Panduan Penulisan Paraphrasing Olahan a (1)

1

PANDUAN PENULISAN
(Summarizing, Quoting & Paraphrasing)

Disediakan oleh:
Dr Mohd Anuar Ramli,
Jabatan Fiqh & Usul,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya,
KUALA LUMPUR.
mohdanuar@um.edu.my

‫اللهم فقهنا فى الدين‬

‫‪2‬‬

‫‪2‬‬

‫‪© DR MOHD ANUAR RAMLI‬‬


ISI KANDUNGAN

3

1. • Pengenalan
2. • Konsep Summarizing, Quoting & Paraphrasing
3. • Kenapa Paraphrasing?
4. • Teknik Paraphrasing
5. • Langkah-langkah Paraphrasing

6. • Contoh Teknik Paraphrasing
7. • Kesilapan Teknik Paraphrasing
8. • Penutup
© DR MOHD ANUAR RAMLI

3

4

PENGENALAN


 Dalam penulisan, terdapat pelbagai kemahiran yang perlu
dikuasai oleh pelajar tergantung kepada jenis genre
penulisan. Khususnya dalam penulisan akademik, selain
kemahiran membina dan menyusun ayat, terdapat
kemahiran lain yang sering diabaikan oleh pelajar, iaitu
teknik menggabungkan idea penulis lain.
 Secara asasnya terdapat tiga cara untuk menggabungkan idea
penulis lain dalam penulisan, iaitu:

1) Summarizing (meringkas)
2) Quoting (memetik)
3) Paraphrasing (mengolah)
© DR MOHD ANUAR RAMLI

4

5

 Gabungan idea penulis lain ini dapat meningkatkan lagi

kredibiliti hasil penulisan dan menyediakan sokongan
terhadap idea penulis.
 Dalam perbincangan ini, tumpuan hanya difokuskan
terhadap teknik olahan atau paraphrasing teks sahaja.

 Kemahiran paraphrasing amat signifikan dalam menulis
laporan kajian dan menyusun draf kajian. Ini kerana pelajar
akan terjebak dengan gejala plagiarisme disebabkan
wujudnya persamaan ayat dengan penulis asal kajian, ekoran
pendekatan mudah tanpa etika, iaitu copy-paste.
© DR MOHD ANUAR RAMLI

5

6

SUMMARIZING

 Meringkaskan kembali teks asal yang panjang dalam struktur
baharu.

 Ringkasan ini tidak boleh mengubah idea asal dan makna
teks asal.
 Hasil teknik ringkasan baharu lebih pendek daripada teks

asal.

© DR MOHD ANUAR RAMLI

6

QUOTING

7

 Memetik kembali dalam bentuk yang sama dengan teks

penulis asal tanpa sebarang perubahan.

© DR MOHD ANUAR RAMLI


7

8

 Petikan digunakan apabila:
1) Teks asal yang hebat dan meninggalkan kesan.

2) Penulis asal mempunyai kredibiliti.
3) Perkataan dalam teks asal akan digunakan untuk

analisis.
4) Bimbang mengubah makna asal teks.

© DR MOHD ANUAR RAMLI

8

9

PARAPHRASING

 Menulis semula maklumat daripada teks yang dibaca
menggunakan perkataan penulis.
.

© DR MOHD ANUAR RAMLI

9

10

 Dengan kata lain, ia merujuk kepada olahan semula terhadap
maklumat yang dikumpulkan tanpa menyalin semula dalam
bentuk teks asal.
 Ringkasnya

dalam

proses

olahan


ini,

penulis

mengungkapkan kembali teks asal dalam bentuk baharu

menggunakan bahasa penulis baharu dengan mengekalkan
makna penulis asal.

.

© DR MOHD ANUAR RAMLI

10

11

 Justeru, proses olahan ini mesti memasukkan makna teks asal


serta tidak boleh mengubah makna asal dan kehendak
penulis

asal

berkenaan.

Dengan

kata

lain,

penulis

menggunakan idea penulis asal dalam perkataannya.
 Proses olahan boleh menghasilkan ayat yang lebih pendek
atau lebih panjang daripada teks asal.
 Walaupun diolah semula, penulis perlu memasukkan
kembali


citation

terhadap

sumber

teks

asal

untuk

mengelakkan plagiat.
© DR MOHD ANUAR RAMLI

11

KENAPA PARAPHRASING?


12

 Untuk lebih mendalami pemahaman terhadap teks asal.

 Untuk mengelak daripada gejala plagiarisme kerana ia
dianggap sebagai jenayah akademik dan dosa penipuan

dalam Islam.
 Untuk menghindari persamaan ayat dengan penulis asal
hingga tiada originaliti dalam penulisan baharu.
 Untuk membendung pelajar menjadi pakar copy-paste yang
hebat.

© DR MOHD ANUAR RAMLI

12

13

TEKNIK PARAPHRASING


 Terdapat beberapa teknik yang boleh diaplikasikan ketika
melakukan olahan ayat, antaranya:
1) Tukar ke sinonim atau definisi.
2) Tukar bentuk ayat. (misalnya, gunakan kata keterangan
ganti kata sifat, kata kerja ganti kata nama)
3) Tukar klausa ke frasa.
4) Tukar petikan ucapan ke ungkapan tidak langsung.
5) Tukar ayat aktif ke pasif.
6) Gabung teknik.

7) Interpretasi makna.
© DR MOHD ANUAR RAMLI

13

14

LANGKAH-LANGKAH PARAPHRASING
 Terdapat

beberapa

langkah

dalam

melakukan

proses

paraphrasing, iaitu:
1) Baca teks asal dengan hati-hati.
2) Pastikan anda benar-benar faham kandungan teks.
3) Berehat sekejap untuk hadam maklumat.
4) Kembali menulis semula dalam bentuk tulisan tanpa
bergantung kepada teks asal. Pastikan untuk mengubah
tata bahasa dan kosa kata yang berkaitan.
© DR MOHD ANUAR RAMLI

14

15

5) Semak perbezaan perkataan, tatabahasa dan susunan
antara teks anda dengan teks asal.

Bagi teks yang berbahasa Inggeris, terdapat beberapa tool
yang boleh digunakan untuk menyemak, antaranya:
1.

http://handymandanonline.com

2.

http://smallseotools.com

3.

http://antspinner.com

4.

http://caligonia.com

5.

http://www.ezrewrite.com

© DR MOHD ANUAR RAMLI

15

16

6. http://www.articlechanger.net
7. http://Paraphrasing-tool.com
8. http://www.contentprofessor.com
9. http://www.wordflood.com
10. http://Spinbot.com
Dengan bantuan tool ini, proses paraphrasing dalam Bahasa
Inggeris akan lebih mudah.

© DR MOHD ANUAR RAMLI

16

17

6) Sebut (citation) teks yang dirujuk terutamanya jika
maklumat yang baharu. Misalnya: “aktiviti berlari dapat
membakar sebanyak 100 kalori bagi setiap kilometer
(anuar, 2015)”.
Sekiranya ia hanya maklumat biasa dan diketahui umum,

penulis tidak perlu menyebut sumber rujukan. Misalnya,
“berlari dapat menyihatkan tubuh badan”.

© DR MOHD ANUAR RAMLI

17

18

RINGKASAN LANGKAH PARAPHRASING
 Ringkasan proses paraphrasing dalam 8 langkah mudah, iaitu:

(B2F3T2S)
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

Baca.
Faham.
Fikir.
Tanda.
Tukar.
Tulis.
Semak.
Sebut (citation).

© DR MOHD ANUAR RAMLI

18

19

CONTOH TEKNIK PARAPHRASING
 Contoh:
1) Keterlibatan para remaja dalam gejala sosial disebabkan
oleh kurangnya didikan agama pada peringkat awal. (ayat
asal)
2) Pengabaian asuhan spiritual dalam fasa tumbesaran kanakkanak mengakibatkan golongan muda terjebak dalam
kancah masalah keruntuhan akhlak. (ayat olahan)
p/s: warna yang sama merujuk kepada perkataan yang hampir sama makna.
© DR MOHD ANUAR RAMLI

19

20

KESILAPAN TEKNIK PARAPHRASING
 Sekiranya anda hanya melakukan 3 perkara berikut, ia masih

dianggap sebagai plagiat. Iaitu:
1) Sekadar menukarkan beberapa perkataan.

2) Sekadar

memasukkan

beberapa

perkataan

baharu

dalam struktur ayat asal.

3) Sekadar mengubah susunan ayat (misalnya, ayat depan
ke belakang dan sebaliknya).

© DR MOHD ANUAR RAMLI

20

21

 Terdapat

pelbagai

tool

yang

boleh

digunakan

untuk

memeriksa plagiat sama ada berbayar ataupun percuma,
antaranya:

1. http://www.duplichecker.com
2. http://copyleaks.com
3. http://www.paperrater.com
4. http://turnitin.com
5. http://www.ithenticate.com
6. http://www.scanmyessay.com
© DR MOHD ANUAR RAMLI

21

22

7. http://www.plagiarismchecker.com
8. http://plagiarisma.net
9. http://www.canexus.com
10. http://www.dupeoff.com
11. http://www.quetext.com
12. http://www.plagtracker.com
“Be Original & Don’t Plagiarize”
© DR MOHD ANUAR RAMLI

22

PENUTUP

23

 Penulisan yang baik dapat dilihat dari aspek struktur yang

jelas, susunan yang sistematik, tatabahasa yang tepat dan
kekemasan serta kesinambungan idea.
 Plagiat

dapat

membunuh

mempersembahkan

idea

kreativiti

yang

bernas

penulis
di

dalam

samping

ia

merupakan jenayah akademik dan dosa.
 Justeru, pelajar perlu melakukan latihan yang berterusan
agar dapat menguasai teknik mengolah ayat dengan baik dan

karya penulisan yang bermutu dapat dihasilkan.
© DR MOHD ANUAR RAMLI

23

24

PLAGIAT adalah JENAYAH!

COPY-PASTE DOSA
“Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa”

Sekian, terima kasih.
Moga bermanfaat.
22/11/15
© DR MOHD ANUAR RAMLI

24