USAHA USAHA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
USAHA-USAHA INDIVIDU (ANDA) MEMUPUK AMALAN MEMBACA
Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan hari ini telah menyebabkan remaja
hilang keyakinan diri dan ketahanan jiwa sehingga terdorong melakukan pelbagai aktiviti negatif
seperti berpeleseran, membuli dan vandalisme. Mengapakah remaja lebih gemar melakukan
aktiviti yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada mereka? Tidak pernahkah terdetik
dalam sanubari mereka bahawa terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh mereka
lakukan khususnya membaca? Hal ini demikian kerana, membaca akan menghubungkan
antara manusia dengan segala ilmu pengetahuan. Namun begitu, berdasarkan kajian, rakyat
Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun berbanding bilangan buku yang dibaca oleh
rakyat Jepun. Justeru, kita perlulah mencari formula terbaik persis mutiara kata “yang buruk
dibuang dengan runding, yang baik ditarik dengan maufakat” untuk menjadikan rakyat
Malaysia gemar membaca. Oleh itu, sebagai seorang pelajar dan remaja, kita perlulah mencari
inisiatif dan cara yang efektif untuk menjadikan amalan membaca itu amalan hidup.
Prakarsa pertama untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup ialah, saya
perlulah rajin pergi ke perpustakaan. Marcapada, Malaysia tidak pernah ketandusan
perpustakaan malah di negara ini terdapat pelbagai jenis perpustakaan, tamsilnya
perpustakaan sekolah, perpustakaan awam dan perpustakaan bergerak. Di perpustakaan yang
dikunjungi, saya dapat membaca dan meminjam pelbagai jenis buku untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan. Saya akan sentiasa berusaha dan rajin ke perpustakaan untuk membaca
walaupun memaklumi bahawa perpustakaan yang dipenuhi dengan buku itu ibarat lautan
yang terbentang luas yang tidak mungkin dapat diteroka. Walaupun sekadar membaca
sebuah buku seminggu, dapat saya rasakan ilmu yang diperoleh amat besar nilainya.
Sementara itu, saya juga akan melakukan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negara atau
perpustakaan di universiti-universiti terkemuka di Malaysia. Selain dapat menyemai minat
membaca dalam diri, saya juga dapat melihat kecanggihan teknologi yang terdapat di situ
bertepatan dengan kata peribahasa sambil menyelam minum air. Ternyata pasti, dengan
bersikap rajin mengunjungi perpustakaan saya akan sentiasa terdorong untuk menjadikan
membaca sebagai amalan hidup.
Peribahasa Melayu yang menyatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan, amat bersesuaian untuk saya jadikan pegangan dalam usaha memupuk amalan
membaca. Kata-kata hikmat di atas akan diperjelaskan serta dibahaskan dari perspektif
menyediakan sudut bacaan di rumah atau bilik sendiri. Suka saya tegaskan bahawa
perubahan diri sendiri merupakan cara yang paling proaktif dan mujarab untuk menjadikan
membaca sebagai amalan dalam kehidupan. Demi memupuk budaya membaca dalam jiwa
saya, saya perlu menyediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah untuk
kegunaan semua ahli keluarga. Situasi ini akan menggalakkan serta mendorong kami
sekeluarga supaya berjinak-jinak dengan bidang ilmu supaya amalan membaca diterapkan
dalam minda setiap anggota keluarga. Sementalahan itu, saya perlu membeli pelbagai judul
buku yang menarik dan sesuai untuk dibaca di samping mengamalkan budaya “bed story”
sebelum tidur.
Neville Black, seorang ahli falsafah Barat, berpendapat bahawa ilmu
pengetahuan adalah aset yang paling dominan sekiranya kita ingin bersaing dengan pihak lain
1
pada zaman globalisasi ini. Atas kedahagaan menuntut ilmu pengetahuan, saya akan membaca
dan terus membaca sehingga menjadi seorang modal insan yang berminda kelas pertama.
Berdasarkan perbincangan di atas, pada hemat saya, saya perlu memupuk amalan membaca
dalam diri sekali gus menjadi suri teladan kepada adik-adik saya.
Selain itu, saya juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau Nadi
Ilmu Amalan Membaca. Hal ini kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para pelajar
membaca dalam kuantiti yang banyak. Melalui program ini, saya perlu membaca dua versi buku
iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kemudiannya direkodkan dalam buku NILAM.
Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang banyak akan diberi penghargaan bermula daripada
gangsa, perak, emas dan seterusnya nilam. Malah, pelajar yang aktif juga boleh mewakili
sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam
program ini juga terdapat tahap Rakan Pembaca. Rakan Pembaca berfungsi untuk menarik
minat pelajar lain dan seterusnya berkongsi ilmu dengan mereka. Kesannya pelajar lain juga
akan turut sama menjadikan amalan membaca sebagai satu keperluan dalam hidup mereka.
Apa yang pasti, segala keinginan untuk meningkatkan jumlah bahan bacaan yang dibaca perlu
lahir daripada diri saya tanpa wujud paksaan daripada pihak lain. Dalam hal ini, saya amat
berpegang kepada ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah
nasib seseorang, sekiranya seseorang itu sendiri tidak mahu mengubahnya.
Sementara itu, saya juga boleh pergi ke pameran buku, ekspo dan kedai buku. Hal
ini kerana, saya akan mengetahui pelbagai klasifikasi buku di sini. Misalnya, pameran buku
yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pameran Buku Kebangsaan.
Dalam pameran-pameran seperti inilah saya dapat membeli buku dengan harga yang murah
dan berpatutan dan membaca buku secara percuma di tempat-tempat yang disediakan di
pameran tersebut. Terdapat juga ruang-ruang khas yang disediakan di sudut maklumat di
pameran atau ekspo tersebut mengenai sinopsisi buku-buku yang dijual. Dengan ini, saya
dapat membaca secara ringkas tentang buku-buku tersebut sebelum membuat pilihan untuk
membelinya. Justeru, saya bukan sahaja dapat membaca secara percuma, malah dapat
menjimatkan masa, kos dan tenaga. Dengan mengunjungi pameran-pameran, ekspo atau kedai
buku, saya akan mengenali lebih ramai rakan yang berkongsi minat yang sama iaitu membaca.
Peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan amat bersesuaian dengan perkara dan
situasi yang saya bincangkan di atas.
Seterusnya, saya juga boleh membuat langganan buku pada setiap bulan. Bukubuku atau majalah yang dilanggan bukanlah sekadar berunsurkan tarbiah sahaja, tetapi juga
bercorak santai seperti Dewan Siswa, majalah i-sihat dan Solusi. Di manakah saya boleh
mendapatkan buku atau majalah tersebut? Saya boleh melanggannya melalui internet atau
meminta bantuan guru di sekolah untuk melanggannya. Impaknya, saya akan sentiasa
membaca pada setiap masa, menjimatkan masa dan dapat mengetahui perkembangan terkini
apabila melanggan buku pada setiap bulan. Dalam hal ini, saya akan menjadikan individu yang
gemar membaca dan sentiasa dekat dengan buku sebagai idola. Sebagai contoh, A.Samad
Said yang terkenal dengan karya puisinya, Profesor Ungku Aziz, Mary Renault dengan bukubuku sejarahnya dan penulis novel tersohor, Sharifah Abu Salem. Apabila saya menjadikan
2
mereka sebagai idola, saya akan sentiasa terdorong untuk melanggan pelagai buku di pasaran
sekali gus menjadikan membaca sebagai rutin hidup saya.
Memang tidak dapat disangkalkan bahawa negara kita sedang mengecapi
perkembangan dan kemajuan dengan menongkah arus globalisasi, liberalisasi dan duniawi
yang melanda seantero dunia. Oleh hal yang demikian, untuk meneruskan perjuangan kita
merealisasikan hasrat membentuk ”negara pembaca teras negara maju’. Saya juga
berperanan penting dalam menyahut cabaran negara supaya menjadi seorang rakyat
yang minat membaca. Pada dasarnya, media massa sebagai arus perdana yang berpengaruh
sama ada media cetak atau media elektronik sentiasa mengadakan pertandingan atau aktiviti
malahan kempen kesedaran di seluruh pelosok negara untuk memupuk minat membaca dalam
masyarakat. Oleh hal yang demikian, saya perlu menyertai aktiviti seperti sayembara, menulis
esei, syarahan dan sebagainya untuk menanam tabiat membaca. Tidak ketinggalan juga, saya
dapat mengajak rakan-rakan sebaya ataupun ahli keluarga untuk menyertai kempen ”Amalan
Membaca Nadi Ilmu Pengetahuan” bersama-sama. Hal ini diibaratkan sambil menyelam
minum air dan serampang dua mata kerana dapat menjalinkan hubungan silaturahim serta
mendapat info terkini tentang amalan membaca.
Konklusinya, remaja perlulah berusaha memajukan diri untuk jaminan masa hadapan.
Hal ini kerana, remaja adalah pewaris tampuk kepimpinan negara. Remaja merupakan aset
negara kerana bertepatan dengan kata-kata pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Janganlah dibiarkan usia remaja dipenuhi dengan perkara yang sia-sia. Kontradiksinya,
penuhilah masa remaja kita dengan aktiviti yang berfaedah seperti amalan membaca. Remaja
perlu berpegang teguh dan jitu dengan slogan ’Membaca Jambatan Ilmu’ dan ’Rakyat
Membaca, Bangsa Berjaya’ seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Seri
Najib bin Abdul Razak. Generasi berpengetahuan merupakan tunjang untuk mencapai
wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam tempoh lapan tahun
mendatang.
3