Konsep Penjajahan Barat Di Asia Tenggara

Analisakan Konsep Penjajahan Barat Di Asia Tenggara Dan Setakat Mana Thailand
Boleh Dianggap Sebagai Bebas Dari Gerakan Tersebut.

Konsep penjajahan di Asia Tenggara dapat dilihat dalam tiga keadaan iaitu dalam bentuk
imperialisme, kolonialisme dan juga mekantalisme. Ketiga- tiga bentuk penjajahan ini telah
berlaku di semua negara di Asia Tenggara namun dalam keadaan yang berbeza mengikut prinsip
penjajahan yang diamalkan oleh kuasa-kuasa Barat tersebut.
Penjajahan yang utama yang sering dilakukan oleh pihak Barat adalah dalam bentuk
imperialisme. Imperialisme berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘imperium’ yang merujuk
kepada perhubungan sesebuah kuasa harmoni dengan wilayah-wilayah di bawahnya. Dasar
imperialisme ini juga merujuk kepada sistem pemerintahan serta perhubungan ekonomi dan
politik negara-negara yang kaya dan berkuasa , mengawal dan menguasai negara-negara lain
yang mundur dan miskin bagi tujuan mengeksploitasi sumber-sumber yang ada supaya
menjadi kaya dan berkuasa.1
Imperialisme yang berlaku di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua iaitu
imperialisme konservatif dan imperialisme baru. Menurut Disraeli, Rhodes dan Ruyard ,
imperialisme dilakukan oleh kuasa barat kerana “tanggungjawab kuasa Barat”. Hal ini demikian
kerana orang Barat berasa bangga dengan budaya dan peradaban mereka yang tinggi berbanding
masyarakat di Asia Tenggara kerana lebih maju dari segi sains dan teknologi.

Manakala


Fieldhouse dan Robinshon menyatakan bahawa faktor politik , ketenteraan dan persaingan
kuasa-kuasa di

Eropah

sebagai

faktor utama imperialisme oleh kuasa Barat. 2 Hal ini

disebabkan oleh keadaan di mana kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan
tanah jajahan bagi mendapatkan pengiktirafan dunia sebagai kuasa besar.
Imperialisme lama biasanya dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat berasaskan tiga tujuan
iaitu glory, gold dan gospel.3 Hal ini dapat dilihat pada negara Vietnam selepas dikuasai oleh
Perancis. Penguasaan Perancis terhadap hampir keseluruhan wilayah Vietnam dan Indochina
1

Nicholas Tarling.(2003). Imperialisme In Southeast Asia. New York. Routledge. Hlm 9
Qasim Ahmad.(1999). Revolusi Industri Pertama: Sejarah Permasalahan Sosioekonomi Dan Politik.
Sabah.Universiti Malaysia Sabah. Hlm 193

2

3

bermula disebabkan keinginan Perancis untuk menyebarkan agama Kristian. Namun keadaan
ini berubah apabila Perancis menjadikan Vietnam sebagai landasan bagi menjaga kepentingan
ekonomi Perancis. Hal ini demikian kerana Perancis menjalinkan hubungan baik dengan China
atas tujuan perdagangan. Oleh hal yang demikian Perancis perlu mencari kawasan yang
mampu memberikan jaminan terhadap kelangsungan hubungan tersebut dan Perancis telah
melihat Vietman adalah kawasan yang sesuai bagi tujuan tersebut kerana terletak di ‘pintu
masuk China’.
Selain itu,

imperialisme baru

revolusi perindustrian dan

kemajuan

berlaku disebabkan faktor ekonomi kerana berlaku

teknologi di Eropah

bagi

membantu

memajukan

ekonomi Eropah.4 Keadaan ini berlaku kerana dorongan daripada golongan berkepentingan
di Eropah yang mencari alternatif lain untuk menguasai kawasan- kawasan yang kaya
dengan sumber bahan mentah ekoran permintaan terhadap bahan mentah yang semakin
meningkat di Eropah.5 Malah imperialisme juga dijalankan bagi menyediakan kawasan
pasaran bagi produk yang dikeluarkan di Eropah.
Seterusnya penjajahan oleh kuasa Barat turut dilakukan dalam bentuk kolonialisme.
Kolonialisme berasal daripada perkataan koloni atau tanah jajahan yang ditakluk oleh
kuasa-kuasa asing yang bermotifkan ekonomi. 6 Kolonialisme juga dianggap sebagai
pengembangan kekuasaan sesebuah negara atas wilayah dan manusia di luar batas
negaranya dengan tujuan untuk mendominasi ekonomi dari segi sumber, tenaga kerja dan
pasaran. Malah penjajahan melalui konsep kolonialisme memperlihatkan kemasukan prinsip
yang dipegang oleh kuasa Barat ke atas negara yang dijajah yang meliputi aspek politik,

ekonomi dan sosial.7

Oleh itu kesan kolonialisme ini dapat dilihat apabila berlakunya

penghapusan sistem beraja. Hal ini demikian kerana

sebelum kedatangan Perancis,

maharaja berkuasa mutlak dan dianggap suci dengan agama sebagai alat pengukuhan.
Namun selepas kemasukan Perancis, maharaja Cuma sebagai boneka dan hanya berkuasa
dalam

4

adat

dan

agama


sahaja.

Sementara aspek ekonomi, politik dan sosial Vietnam

Jeffrey D. Sachs.(1999). Twentieth- century political economy: a Brief history of global capitalism. London. Oxford
University Press. Hlm 91.
5
Vladimir Lenin.( 1916).Imperialisme : The Highest Stage Of Capitalism.Toronto. Penguin Books. Hlm VII
6
J. A. Hobson.(2005). Imperialisme: A Study. New York. Old Chelsea Station. Hlm 7
7
Ibid

diuruskan dan dikuasai oleh pegawai Perancis. 8 Keadaan ini juga berlaku di Tanah Melayu
dan Thailand.
Penjajahan Barat di Asia Tenggara juga dilakukan melalui dasar mekantalisme. Dasar
mekantalisme merujuk kepada suatu doktrin ekonomi yang dijalankan oleh negara-negara
Barat akibat kemunculan negara bangsa ( nation states). 9 Matlamat dasar mekantalisme ini
dijalankan adalah untuk menambah kekayaan,


kekuasaan dan kebajikan negara melalui

pemilikan sumber- sumber bahan mentah yang berharga. Hal ini demikian kerana
pemilikan sumber galian yang banyak oleh sesebuah negara menjadi sandaran kepada
mata wang dan menjadi asas kekayaan dan kekuatan sesebuah negara.
Penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat ke atas negara-negara di Asia
Tenggara lebih memperlihatkan usaha mereka untuk mencari kekayaan dan memperkukuhkan
kuasa dan kedudukan mereka di Eropah. Walau bagaimanapun dapat dikatakan

bahawa

penjajahan yang dilakukan melalui dasar imperialisme telah mengerakkan sekali dasar
kolonialisme dan mekantalisme Barat di Asia Tenggara. Thailand merupakan salah sebuah
negara yang terdapat di rantau Asia Tenggara dan dalam konteks sejarahnya, terdapat beberapa
tokoh sejarah yang mendakwa bahawa Thailand merupakan antara salah satu negara yang tidak
pernah dijajah langsung oleh kuasa Barat. Hal ini demikian kerana mereka mendakwa bahawa
pemerintah monarki Thailand telah mengambil langkah bijak dengan ‘membaratkan’ seluruh
sistem pentadbiran dan aspek sosial rakyat Thailand demi menyelamatkan kedaulatan negaranya
dari dijajah. Namun demikian, secara realitinya pemerintah Thailand sendiri sebenarnya enggan
mengakui bahawa sememangnya dan sebenarnya Thailand memang dijajah biarpun tidak secara

langsung oleh kuasa Barat. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa aspek yang dibangkitkan.
Pertama, penjajahan di Thailand mempunyai hubung kait secara langsung dengan sistem
politik di Eropah. Hal ini demikian kerana pada abad ke-19, negara Eropah khususnya The Great
Brittain mengalami proses modenisasi kesan dari zaman pencerahan dan reformasi yang berlaku
di Eropah. Eropah mencapai zaman kegemilangannya setelah berjaya membebaskan diri dari
zaman gelap pada abad ke-16. Pada ketika itu, berlaku kemerosotan kuasa golongan feudal di
Eropah.
8

Golongan feudal seperti bangsawan, tuan tanah dan ahli gereja telah kehilangan

Wan Abdul Rahman Latif.(2001). Sejarah perkembangan tamadun dunia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm 288.
9

kuasanya akibat dari kesedaran politik yang timbul dalam kalangan masyarakat. Maka, ramai
pemikir telah muncul dan mengeluarkan cetusan idea baru tentang sistem berkerajaan misalnya
Montesque yang telah mencetuskan Revolusi Perancis sekaligus menamatkan pemerintahan
mutlah di Perancis. Rakyat pada zaman ini telah mula mempersoalkan hak mereka dan menuntut
kedaulatan serta kebebasan dalam sistem pemerintahan. Hal ini demikian kerana selama ini

rakyat telah terkongkong dengan sistem feudalisme yang lebih menekan rakyat.

Misalnya

melalui sistem feudalisme yang dijalankan di Eropah, raja dan bangsawan berperanan sebagai
tuan tanah dan rakyat terpaksa bekerja demi menyara raja. Maka bertitik tolak dari keadaan ini,
seluruh negara Eropah telah diubah mengikut sistem dan corak pemerintahan baru yang
sekaligus telah mempengaruhi sistem ekonomi dam sosialnya. Misalnya dalam bidang ekonomi,
mereka telah mula menghapuskan sistem merkantalisme yang selama ini mengongkong negara
Eropah.10 Kesannya, monopoli ekonomi dan perdagangan yang dikawal golongan atasan telah
dihapuskan dan sistem ekonomi baru yang lebih liberal telah diwujudkan. Perubahan-perubahan
yang dijalankan ini sekaligus telah menggantikan sistem empayar yang bertapak kukuh selama
ini kepada sistem negara/state.
Oleh itu, Thailand tidak boleh sewenang-wenangnya mendakwa bahawa mereka tidak
pernah dijajah. Hal ini demikian kerana negara Thailand mengalami transformasi dari sistem
empayar kepada sistem negara. Sistem empayar merupakan sebuah sistem politik supernasional
yang mana ia berasal daripada idea imprealisme yang mencetuskan penaklukan terhadap negaranegara lain. Pemusatan kuasa berlaku dalam keadaan ancaman ataupun paksaan. Melalui
konsep empayar, mereka yang terlibat akan mengubah, membentuk institusi baru serta adat dan
idealogi bangsa-bangsa lain. Manakala, konsep negara/state pula berbeza. Negara merupakan
satu kumpulan masyarakat yang teratur di bawah sesebuah kerajaan yang memerintah di

sesebuah kawasan yang tertentu. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa negara Thailand
sememangnya dijajah kerana Thailand telah mengubah dasar negaranya. Konsep negara itu
sendiri merupakan pegangan kepada idealogi secular yang dibawa oleh pihak Barat. Perkara ini
berbeza dengan konsep empayar yang selama ini berkembang melalui tunjang agama dan
perluasan kuasa sesebuah negara.

10

Jeffrey D.Sachs. Twentieth-Century Political Economy : A Brief History of Global Capiltalisme in Oxford Review of
Economy Policy, Vol.15, No.4, hlm.94

Selain dari itu, penjajahan di Thailand juga dapat dinilai melalui hubungan antara
kolonialisasi dengan konsep kapitalisme yang dibawa oleh pihak Barat. 11

Perkembangan

kapitalisme ini bermula setelah revolusi industri di Britain pada akhir abad ke-18. Hal ini
sebenarnya bertitik tolak daripada idea yang dikemukakan oleh golongan pemikir yang cuba
menghapuskan sistem merkantalisme yang selama ini mengongkong ekonomi dan rakyat
Eropah. Maka, kesannya dapat diperhatikan apabila monopoli perdagangan yang selama ini

dipegang oleh SHTI telah dihapuskan. Lantaran dari itu, negara England dapat menjalankan
dasar perdagangan yang lebih liberal dan galakan dasar perdagangan bebas. Oleh itu, secara
tidak langsung negara Barat telah mengambil peluang ini untuk membuka pelabuhan bebas di
negeri Tanah Jajahan yang dikuasai mereka. Kesannya terhadap Thailand dapat diperhatikan
apabila pihak Barat secara perlahan-lahan cuba menjalankan dasar kolonialisasinya terhadap
Thailand melalui perjanjian atas dasar perdagangan yang sekaligus memerangkap Thailand.
Impilikasi terbesar yang menimpa Thailand melalui proses kolonialisasi ini adalah proses
pembaratan yang dijalankan oleh Thailand.

Pembaratan bermaksud perubahan sosial yang

melibatkan transformasi dan penyesuaian institusi yang sentiasa berubah mengikut keperluan dan
zaman.

Pada awalnya, kedatangan pihak Barat ke negara Asia adalah untuk penguasaan

ekonomi, namun dasar Barat sedikit sebanyak berubah apabila pihak Barat menyedari bahawa
mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan bangsa disesebuah negara yang dijajah. Hal
ini tambah rancak apabila kuasa Barat mula berlumba-lumba untuk menguasai tanah jajahan
untuk kepentingan masing-masing.


Oleh itu, proses pembaratan Thailand oleh golongan

Monarki yang dicanang sebagai langkah bijak menyelamatkan negara Thailand dari dijajah
sebenarnya merupakan bukti paling kukuh yang menyatakan bahawa negara Thailand telah
menyerap pengaruh kolonialisasinya terhadap negaranya. Biarpun proses penjajahan ini tidak
berlaku secara langsung seperti di negara-negara Tanah Melayu yang dijajah melalui perjanjian
penyerahan negara atau negeri oleh golongan raja dan pembesarnya kepada pihak Barat, namun
melalui penglibatan Thailand dalam proses permodenan/ pembaratan jelas membuktikan bahawa
Thailand sememangnya telah masuk ke dalam sistem dunia yang dicipta oleh pihak Barat.
Keadaan ini sebenarnya dapat kita perhatikan melalui zaman kejatuhan Turki Uthmaniyyah di
bawah pemerintahan Kamal Attartuk. Kamal telah mengadaptasi sistem Barat dalam segenap
aspek kehidupan masyarakat Islam di Turki melalui proses modenisasinya. Hal yang sama telah
11

Ibid, hlm.96

dijalankan oleh pemerintah Thailand dalam sistem pemerintahan negara Thailand. Misalnya
melalui tindakan pemimpinnya, Phibul Songgram dan Pridi Phanomyong yang cuba
mengadaptasi sistem Barat dalam usaha untuk mengelakkan penjajahan pihak Eropah.12
Thailand menganggap negaranya tidak dijajah namun sebenarnya negara tersebut adalah
salah satu negara yang termasuk dalam ‘world System’yang mana Thailand terjajah secara tidak
langsung melalui penerapan ideologi-ideologi dari barat. Pemimpin Thailand sendiri mengakui
untuk menjaga kedaulatan Thailand, mereka perlu melengkapkan negeri mereka sebagaimana
yang ada di barat atau setidak-tidaknya cuba untuk mengadaptasi cara pentadbiran Barat dalam
negeri mereka.13
Thailand tidak dapat dianggap bebas daripada gerakan penjajahan disebabkan walaupun
Thailand tidak dijajah secara langsung namun Thailand dengan rela hati memasukkan negerinya
kedalam ‘world economy system’. Namun idea-idea daripada pihak penjajah telah digunakan
oleh pemimpin Thailand untuk pemodenan negara mereka. Sejak Thailand dibawah Mongkut
lagi, kita dapat melihat beberapa pemodenan sama ada dalam pentadbiran, ekonomi dan sosial
yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Thailand.
Thailand juga telah membuat beberapa perjanjian dengan beberapa negara Barat yang
lain. Perjanjian-perjanjian itu dibuat dengan Perancis dan Amerika Syarikat (1856), Denmark
dan kota-kota Hanseatic (1858), Portugal (1859), Belanda (1860), dan Prussia (1862). Dalam
tahun 1868 Tuan John Bowring telah dititahkan oleh pihak Siam untuk membuat perjanjian
dengan Belgium, Itali, Norway dan Sweden.
Mongkut juga telah merombak perkhidmatan kerajaan dengan mengupah orang-orang
Eropah dalam mengetuai setiap jabatan penting yang terdapat di Thailand. Orang-orang Eropah
bertindak sebagai penasihat memandangkan kebanyakan orang Siam tidak terlatih dan tidak
berpengetahuan dalam pentadbiran Barat. Oleh itu, orang Eropah menjadi ketua disetiap jabatan.
Kebanyakan penasihat merupakan wakil British kerana mereka sudah menpunyai pengalaman
dalam pentadbiran khasnya di India dan Burma. Kerajaan Siam juga melantik penasihat daripada
12

Robert W.Compton (2000) East Asian Democratization : Impact of Globalization, Culture and Economy. U.S :
Greenwood Publishing Group.hlm.168
13
Kobkua Suwannathat-Pian. Development of Thai Historiography. Jebat : Malaysia Journal of History, Politics and
StrategicStudies. Hlm 87.

Belgium dan Danes. Rolin-Jaequemins adalah ketua penasihat yang akan mengetuai perubahanperubahan yang berlaku dalam pentadbiran Siam.14
Selain itu, pemodenan yang dilakukan oleh pemimpin Thailand iaitu Raja Chulalongkorn
menyaksikan satu perubahan yang sangat ketara dalam pentadbiran kerajaan Thailand. Raja
Chulalongkorn dan Putera Damrong sanagt terpengaruh denghan pemikiran barat dalam usaha
mereka untuk memodenkan Siam dan dalam masa yang sama menyelamatkan Siam daripada
‘Western imperialism’. Raja Chulalongkorn sendiri telah menghantar Putera Damrong ke
England untuk mengkaji sistem kabinet untuk disesuaikan dalam pentadbiran Thailand.15
Pemodenan yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorm dalam sistem pendidikan dengan
menghantar rakyat Thailand untuk menuntut ilmu ke negara-negara Eropah telah menyebabkan
golongan intelektual ini bangkit menentang kerajaan Thailand. Penghantaran rakyat Thailand ke
negara Eropah telah menyaksikan golongan intelektual ini membawa idea untuk membebaskan
pentadbiran monarki mutlak kepada kerajaan berpelembagaan. Tuntutan rakyat keatas kerajaan
berpelembagaan wujud disebabkan tuntutan daripada golongan elit yang telah menghantar
petisyen R.S.103 / 1885 yang meminta politik Thai diasaskan kepada raja berpelembagaan.
Walaupun Thailand menganggap negaranya tidak dijajah oleh Barat, namun kita dapat melihat
bahawa kuasa British dan Perancis telah bertapak di Thailand. Perjanjian pemimpin Thailand
dengan British pada tahun 1897 menyaksikan bahawa Thailand yang memulakan hubungan
dengan British kerana bimbangkan wilayahnya di Selatan dan Negeri-negeri di Tanah Melayu. 16
Ini menandakan Thailand sendiri yang memasukkan negaranya kedalam ‘world system’ dan
segala pemodenan yang dilakukan oleh pemimpin Thailand adalah mengikut acuan Barat. Oleh
itu, Thailand juga sebenarnya telah dijajah tetapi secara tidak langsung.
Asia Tenggara merupakan kawasan yang kaya dengan pelbagai bentuk atau sumber
semula jadi. Sebagai contoh, tanah melayu dikenali sebagai survanabumi17 yang bermaksud
kawasan yang kaya dengan hasil bumi. Begitu juga di Thailand. Walaupun Thailand tidak kaya
dari hasil buminya, namun Thailand juga berkepentingan bagi Barat. Thailand dianggap penting
14

D.G.Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 819-820.
Rabaah Abdullah. 2000. Politik Thai dan Masyarakat Islam Di Selatan Thailand. Kedah : Pustaka Darussalam
Sdn.Bhd. Hlm 62
16
Ibid. Hlm 61
17
Kobkua Suwannathat Pian. (1944). Asia Tenggara: Hubungan Serantau. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm. 16.
15

sebagai ‘buffet state’ kepada British dalam usahanya untuk menguasai Asia Tenggara. Ini dapat
dilihat daripada siri-siri perjanjian yang dimeterai oleh Thailand dengan kuasa-kuasa Barat.
Secara tidak langsung, Thailand dimonopoli dan turut dijajah oleh Barat. Salah satu siri
perjanjian utama yang menjadikan penguasaan Barat ke atas Thailand semakin kukuh adalah
perjanjian Burney 1826. Perjanjian ini telah ditemerai oleh Raja Mongkut atau Rama III dengan
wakil British.18 Hal ini demikian kerana, Raja Mongkut telah melihat akibat sekiranya tidak
mematuhi permintaan British. Ini terbukti dengan penjajahan British di Burma yang
mengakibatkan keseluruhan Burma menjadi hak milik sepenuhnya orang asing. Raja Mongkut
tidak ingin Thailand untuk jatuh ke tangan Barat. Oleh itu, beliau bertindak menandatangani
perjanjian walhal ini telah membuka jalan kepada penjajahan tidak langsung Barat di Thailand.
Seterusnya, beberapa siri perjanjian yang ditandatangani oleh Raja Thailand dengan Barat
yang lain telah menyebabkan pengaruh dan kekuasaan Barat semakin meluas terutamanya dalam
bidang ekonomi. Antara perjanjiaannya adalah Perjanjian Bowring (1855), perjanjian dengan
Perancis dan Amerika Syarikat (1899), Portugis (1859), Belanda (1866), dan tidak terkecuali
Norway dan Sweeden pada tahun 1868. Menerusi perjanjian-perjanjian ini, secara tidak langsung
pengaruh Barat dan kuasa asing semakin meluas. Ekonomi di Thailand kebanyakkannya dikuasai
oleh kuasa luar. Contohnya, pada zaman pemerintahan Raja Vajivarudh, ekonomi perdagangan di
Thailand dikuasai oleh Cina manakala struktur pemerintahan ekonominya dipegang oleh Barat.
Raja tidak berkuasa sepenuhnya seperti mana Raja yang sebelumnya.
Masalah yang paling mendesak yang dihadapi semasa pemerintahan Raja Prajadhipok
ialah masalah ekonomi dan perbelanjaan awam.

19

Kuasa Barat telah memperkenalkan beberapa

bentuk pembaharuan yang berupa ‘indirect imperialisme.’ Keborosan Raja Vajivarudh telah
menyebabkan berlakunya banyak amalan rasuah dan kewangan Negara yang tidak stabil. Oleh
itu, Raja Prajadhipok telah bertindak untuk mengurangkan pegawai amnya dan perbelanjaan Hal
Istana Diraja dan memotong bilangan ‘ Pegawai Pengiring Diraja’ daripada tiga ribu kepada tiga
ratus.

20

Tindakan ini adalah seiring dengan pertambahan hasil cukai daripada perjanjian

perdagangan yang baharu dan perdagangan luar Negara yang maju. Kesannya, Perbendaharaan
Negara dapat memperseimbangkan anggaran belanjawan tanpa perlu berunding bagi
18

Ibid.
D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 984.
20
Ibid. Hlm 985.
19

mendapatkan pinjaman luar atau menaikkan cukai.

21

Raja Prajadhipok juga menubuhkan ‘Privy

Council’ bagi memberi nasihat dalam segala aspek terutamanya ekonomi. Ini menunjukkan
bahawa penguasaan Barat ke atas Thailand adalah luas dan pemerintah Thailand cuba untuk
membebaskan negaranya walaupun pada dasarnya Thailand tidak dijajah.
Dalam usaha membendung pengaruh Barat, Raja Prajadhipok turut melaksanakan
Currency Act yang baharu pada tahun 1928. Menerusi pelaksanaan ini, mata wang telah
dihubungkan dengan emas. Dalam tahun 1930, Dr. Karl Zimmerman dari Universiti Harvard
telah membuat satu penyelidikan ekonomi Negara tersebut. Walaupun Thailand tidak dijajah
sepertimana di Tanah Melayu dan kawasan Asia Tenggara yang lain, namun dapat diteliti bahawa
kuasa Barat melebihi daripada kuasa pemerintah Thailand itu sendiri. Kemelesetan ekonomi
yang buruk dirasai oleh Thailand banyak melemahkan Thailand. Barat telah memperkenalkan
konsep kapitalisme.

22

Ini menyebabkan timbul masalah dalam pasaran beras dan pemansuhan

‘Gold Standard’ oleh Britain telah meninggalkan kesan yang buruk terhadap aktiviti
pengeksportan beras. Kegiatan eksport beras merupakan antara sumber utama ekonomi di
Thailand. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa wujud satu bentuk imperialisme di
Thailand. Hal ini demikian kerana, Barat telah berjaya memasukkan Thailand ke dalam ‘World
Economy System’.
Keadaan semakin buruk apabila berlakuya Revolusi Thailand 1932 pada zaman
pemerintahan Raja Prajadhipok. Hal ini demikian kerana, rakyat Thailand tidak berpuas hati
dengan pemerintahan diraja yang dianggap tidak begitu mempedulikan kebajikan rakyat.
Keadaan ekonomi yang kucar kacir sejak pemerintahan Vajivarudh semakin tidak terkawal dan
situasi ini diwariskan kepada Raja Prajadhipok. Dalam usaha memulihkan ekonomi Negara, Raja
Prajadhipok telah meminta bantuan daripada British dan Amerika Syarikat pada tahun1930 untuk
menjalankan penyelidikan ke atas sistem ekonomi di Thailand. Hak-hak istimewa telah diberikan
kepada golongan Barat yang menjalankan penyelidikan di Barat.

Ini telah menyebabkan

golongan bangsawan menuntut supaya hak-hak istimewa serta kontrak kepada orang asing
dihapuskan. Walau bagaimanapun, Raja Prajadhipok enggan dan ini telah menyebabkan
tercetusnya Revolusi Thai 1932.
21

Ibid. Hlm 210.
Nicholas Tarling. (2001). Imperialism In Southeast Asia: ‘A Feeting, Passing Phase.’London: Routledge Curzon. Hlm
105.
22

Menerusi Revolusi Thai 1932, Raja telah kehilangan kuasa yang sepenuhnya ke atas
bidang ekonomi. Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam sebarang pentadbiran
ekonomi. Sebaliknya, Raja Prajadhipok dianggap sebagai lambang kedaulatan Thailand sematamata. Apabila Raja tidak berkuasa, kuasa Barat semakin kukuh di Thailand. Pengaruh Barat
dalam ekonomi direalisasikan oleh masyarakat Thailand yang berpendidikan Barat. Ideologi
yang diguna pakai oleh golongan masyarakat Thailand yang berpendidikan Barat ini telah
membuktikan bahawa walaupun pada dasarnya bukan Barat yang berkuasa namun Thailand tidak
boleh dikatakan sebagai sebuah Negara yang bebas daripada pengaruh Barat.
Selepas krisis tersebut, pada tahun 1997 dapat dilihat bahawa sebahagian besar daripada
ekonomi di Thailand dipegang oleh pelaburan asing terutamanya Amerika Syarikat. 23 Ekonomi
yang berkembang sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif kepada masyarakat Thailand
amnya kerana tanah-tanah di Thailand dipegang oleh kuasa Barat.

24

ini menunjukkan bahawa

Thailand bukanlah satu-satunya kuasa yang merdeka daripada Barat.
Thai 1932 Penjajahan Barat dari aspek sosial.
Revolusi
Penjajahan Barat di Thailand adalah bermula apabila berlakunya revolusi Thai 1932. Revolusi
Thai 1932 merupakan puncak kepada gerakan nasionalisme negara Thailand. Berbeza dengan
gerakan nasionalisme di Negara-negara Asia Tenggara yang lain, Revolusi Thai meletus
bukannya bertujuan untuk menentang penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan sebaliknya
berhasrat untuk menentang sistem beraja mutlak kearah pembentukan sebuah kerajaan raja
berpelembagaan atau demokrasi berparlimen25. Revolusi Thai dilancarkan oleh golongan
nasionalis berpendidikan barat pada 24 Jun 1932. Ia merupakan satu peristiwa penting kerana
telah mengubah sistem politik Negara Thailand. Ianya juga melambangkan kewujudan sentimen
nasionalisme di kalangan rakyat meskipun tidak pernah dijajah. Pengaruh idea-idea barat telah
memberi inspirasi kepada masyarakat Thai untuk mengubah cara hidup mereka terutamanya
dalam berpolitik. Pemimpin utama Revolusi Thai 1932 ialah Nai Pridi Phanomyong. Pemimpin
23

Wang Gungwu. (2005). Nation-Building Five Southeast Asian Histories. Singapura:Oxforf Graphics Printers Pte.
Ltd. Hlm 35.
24
Ibid.
25
D.J. M. Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid Kedua Perubahan Ekonomi dan Sosial, Petaling Jaya :
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 1980, hlm 4.

Kumpulan Tua terdiri daripada Pya Manopakorn, Pya Bahol Polpayuhasena, Luang Pibul
Songgram dan Khuang Aphaiwong. Mereka terdiri daripada pagawai-pegawai tinggi yang
mendapat pendidikan dari Jerman dan Perancis. Perjuangan mereka tidak berasaskan kepada
ideologi politik. Sebaliknya hanya mahukan kuasa mutlak raja dihapuskan. Sementara Luang
Pibul Songgram, dan Nai Pridi Phanomyong merupakan pemimpin kumpulan Muda yang paling
berpengaruh. Mereka merupakan bekas pelajar yang berpendidikan barat dan pegawai-pegawai
muda tentera yang mahukan perubahan dalam semua aspek. Maka melalui Revolusi 1932,
Thailand mengalami perubahan dalam aspek sosial.
Pendidikan di Thailand.
Kebangkitan Golongan Intelektual yang berpendidikan Barat merupakan salah satu Faktor yang
mencetuskan Revolusi Thai 1932. Semasa pemodenan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn
dalam bidang pendidikan sememangnya banyak meninggalkan kesan yang amat penting dalam
sejarah negara Thailand26. Maka muncullah golongan elit berpendidikan barat yang kemudian
menerajui gerakan nasionalisme di Thailand. Semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn terdapat
ramai pelajar Thai yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Mereka terpengaruh
dengan idea-idea dan falsafah politik barat seperti demokrasi, komunisme, liberalisme yang
diperjuangkan oleh ahli-ahli falsafah barat.
Di samping itu, golongan intelektual juga tidak puas hati degan kehidupan rakyat Thai ketika itu
yang rata-rata masih hidup dalam kemiskinan dan tertindas tanpa pembelaan pemerintah.
Sehubungan itu, timbul kesedaran untuk mereka membela nasib golongan bawahan serta
meningkatkan taraf hidup mereka. Donald E. Nuechterlein dalam bukunya “Thailand and the
Struggle for South East Asia” mendakwa punca utama berlakunya revolusi ialah keazaman
golongan intelek untuk memodenkan struktur politik dan mengadakan pembaharuan yang
radikal27. Pendidikan sekolah di Thailand dilanjutkan kepada empat tahun dengan mewajibkan
pendidikan kepada semua kanak-kanak yang menjadi sebagai alat untuk menangkis pandangan
rendah Barat terhadap Thailand. Pendidikan tidak lagi dijalankan di kuil-kuil Budha kerana
penubuhan tiga buah sekolah kerajaan pada tahun 1890 yang keseluruhannya dikuasai oleh guru26

Sang Leng K, The True History of Siam: Siamese Were Never Under The European Colonization, Combodian:
Khmer Freedom’s Distribution Present, 2006, Hlm. 38.
27
Kobkua Suwannathat Pian, Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1997, Hlm. 3.

guru Inggeris. Setelah kedatangan Barat, mereka mengehadkan kuasa sami dan mula
mendapatkan khidmat guru daripada Barat untuk mengajar kerabat diraja dan orang-orang Barat
telah digunakan secara rasmi sebagai tutor dan penterjemah. Mereka juga dibenarkan
mengeluarkan

buku-buku

tanpa

sekatan

dan

orang-orang

Inggeris

dan

Amerika

bertanggungjawab mengembangkan pendidikan di Thailand seperti Ann Leonowens. Oleh itu,
sekolah-sekolah di Thailand disusun mengikut system persekolahan di England dengan tujuan
untuk mewujudkan suatu system persekolahan moden di Thailand, dengan ini, jelas
menunjukkan bahawa sememangnya Thailand terikat dengan Barat.
Perubahan dalam agama.
Kedatangan kuasa Barat yang lebih ke arah bersifat ingin menyebarkan agama kristian di
kawasan Asia Tenggara khususnya di Thailand telah memberi kesan yang mendalam terhadap
keadaan sosial masyarakat setempat terutamanya dalam aspek keagamaan. Sebelum kedatangan
Barat, negara-negara Asia Tenggara telah terlebih dahulu menganuti agama Islam, Buddha,
Hindu, Hindu-Buddha28, animism dan ajaran Konfucius29 . Kedatangan kuasa Barat seperti
Perancis, Sepanyol, Belanda, dan British yang membawa agama Kristian dari Barat dengan
membawa ideologi untuk mentamadunkan masyarakat di Asia Tenggara yang dikatakan mundur
oleh mereka30. Kekukuhan kuasa Barat di Thailand yang tunduk di bawah pengaruh British telah
meninggalkan kesan terhadap penyebaran agama Kristian yang semakin meluas ke atas Thailand.
Agama Kristian mempunyai aliran-aliran yang tersendiri disamping mempunyai badan
dakwah mereka sendiri. Dua aliran besar yang dibawa oleh kuasa Barat dalam agama Kristian
ialah aliran Roman Khatolik dan Protestan. Kedatangan kuasa Barat telah membawa bersama
agama Kristian, dan ini bersesuaian dengan tujuan utama penjajajahan mereka ke atas bumi
nusantara amnya iaitu God, Gold dan Glory31. Biarpun tujuan utama mereka adalah disebabkan
faktor ekonomi (Gold) namun matlamat untuk menyebarkan agama Kristian (God) tetap
dilaksanakan32. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah sekiranya matlamat menyebarkan agama
Kristian menjadi agenda utama penjajahan negara-negara di Asia Tenggara.
28

Kobkua Suwannathat Pian, Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau, 1997, Hlm. 10.
Wan Abdul Rahman Latif et. al, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001,Hlm.146.
30
Abu Talib Ahmad , Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1991, hlm. 59.
31
Mohamad Kamal Kamaruddin, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur: Pearson, 2008, hlm. 153.
32
D.J. M. Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid Kedua Perubahan Ekonomi dan Sosial, 1980, hlm 4.
29

Pengelibatan agama Kristian adalah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
negara di Asia Tenggara kehilangan kemerdekaan ialah tidak menerima kemasukkan agama
Kristian di negara mereka. Namun begitu, berlainan dengan Thailand yang memberi kebebasan
kepada rakyat untuk memilih agama kepercayaan mereka sendiri. Hal ini bertujuan untuk
menjaga hubungan baik dengan kuasa barat yang majoriti beragama Kristian. Selain itu,
Thailand juga membenarkan mubaligh-mubaligh menyebarkan agama Kristian di mereka
menyampaikan pengetahuan Barat kepada masyarakat Thailand sehingga menyebabkan
berlakunya perkembangan agama Kristian di sekitar Bangkok sehingga banyak sekolah Kristian
dan gereja mula didirikan di Thailand.
Dasar Penghapusan Sistem Perhambaan.
Kedatangan kuasa Barat juga telah mengubah sistem sosial di Thailand yang masih
mengamalkan sistem perhambaan. Semasa Mongkut, sistem buruh paksa atau corvee telah mula
dihapuskan dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. Sistem ini hanya dihapuskan
sepenuhnya pada tahun 1873. Pada tahun 1874, sistem penghambaan mula dihapuskan dan
berjaya dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1905 yang bertujuan untuk menonjolkan Thailand
sebagai sebuah negara yang beradap dan bertamadun sama seperti negara Barat yang lain 33.
Setelah pengaruh Barat masuk ke Thailand sistem sosial berubah, dan tiada lagi lapisan hamba di
Thailand. Dasar liberal raja-raja Siam telah menghapuskan sebab-sebab yang memungkinkan
campur tangan kuasa-kuasa Barat ke atas Siam34.
Di samping itu, pemerintah-pemerintah Siam juga berusaha menghapuskan adat yang
dapat menghalang kemajuan Siam. Rakyat biasa dilarang melarikan diri apabila bertembung
dengan raja. Adat yang melarang rakyat melihat muka raja juga dihapuskan. Semasa Mongkut,
orang-orang asing tidak dipaksa sujud di hadapan raja. Mereka diberi kebebasan untuk
menghormati raja mengikut cara sendiri. Semasa Chulalongkorn, adat sujud di hadapan raja
dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873. Perubahan ini secara tidak langsung dapat menjaga
imej Thailand sebagai sebuah kuasa yang bertamadun sekali gus menjadi strategi Thailand untuk
mengelak dari perluasan kuasa barat35. Namun secara tidak langsung, Thailand sememangnya
33

Marc Frey, Ronald W.Pruessen dan Tan Tai Yong, The Transformation of Southeast Asia: International Perspective
on Decolonization, Singapura: Singapura University Press, 2002, Hlm. 27.
34
Furnival, J.S.. Colonial Policy and Practice. New York: New York University Press. 1956, Hlm.3-4.

terlibat dengan dasar Barat walaupun tidak nampak dari segi zahir tetapi mereka terjajah dari
segi pemikiran.

Kesimpulan.
Penjajahan yang berlaku di Asia Tenggara bermulanya melalui penguasaan ekonomi apabila
berlakunya revolusi perindustrian di Eropah. Revolusi Siam 1932 telah menamatkan
pemerintahan sistem monarki mutlak. Politik Siam yang seterusnya telah memperlihatkan
persaingan antara golongan tentera dan parlimen (ahli-ahli politik) untuk memegang teraju
kerajaan. Revolusi Siam 1932 merupakan peristiwa penting dalam sejarah Siam kerana ia telah
membawa banyak perubahan. Revolusi Siam 1932 juga menunjukkan kecenderungan golongan
nasionalis untuk mengubah institusi pemerintahan yang ada kepada institusi pemerintahan yang
lebih membawa keuntungan kepada negara dan rakyat. Berdasarkan perbincangan, jelaslah
menunjukkan bahawa Thailand sememangnya di jajah oleh Barat secara tidak langsungnya
melalui aspek politik, ekonomi dan sosial dan secara langsungnya melalui pemikiran masyarakat
Thailand36 dan Thailand sememangnya terikat dengan “world economy system” dan tidak boleh
berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan Barat terutamanya Eropah37.

35

Marc Frey, Ronald W.Pruessen dan Tan Tai Yong, The Transformation of Southeast Asia: International Perspective
on Decolonization, 2002, Hlm. 27.
36
Sang Leng K, The True History of Siam: Siamese Were Never Under The European Colonization, 2006, Hlm. 38.
37
Ibid., Hlm.214.