Hubungan antara mantik Yunani dengan Isl

Hubungan antara mantik Yunani dengan Islam
Ilmu mantik merupakan salah satu bidang yang penting dalam Islam kerana
aplikasinya dalam kebanyakan bidang ilmu seperti usul fiqh, ilmu dakwah, ilmu tafsir,
falsafah serta ilmu kalam. Menurut imam al-Ghazali dan Nasruddin al-Tusi, ilmu mantik
merupakan ilmu alat serta diibaratkan seumpama kunci kerana sifatnya yang boleh digunakan
dalam semua bidang ilmu kepada tanggapan dan kefahaman terhadap ilmu-ilmu yang lain.
Disamping itu, al-Tusi juga percaya bahawa ilmu mantiq mampu menghalang akal fikiran
daripada terjerumus ke dalam kesilapan dan kekeliruan.
Perkembangan Mantik Yunani
Berdasarkan kepada sejarah, ilmu mantik mula berkembang pada zaman Yunani atau
Greek kira-kira tahun 470 sebelum Masihi yang dipelopori oleh cendekiawan Yunani seperti
Socrates, Plato serta Aristotles1. Tokoh mantik yang lahir pada zaman tersebut menggunakan
ilmu mantik untuk menolak cara berfikir golongan Sofisme (Sufathaiyun) yang berlawanan
dengan logik akal serta menyesatkan. Socrates menggunakan kaedah perdebatan (Jadal),
dialog (hiwar) dan perbincangan (munaqashah). Disamping itu, beliau juga menggunakan
kaedah al-istiqra’ dalam mencapai hakikat sesuatu haqa’iq al- Ashya’ dengan menggunakan
akal. Plato telah menolak pendapat kumpulan Sofisme dengan kaedah ta’rif dan istiqraa’ serta
al-qismah al-mantiqiyah. Al-qismah al-mantiqiyah adalah suatu susunan yang menurun,
bermula dengan jins dan dibahagikan kepada naw yang berada di bawahnya. Berdasarkan
beberapa karya mantik yang wujud ketika zaman tersebut seperti Organon Oa Laterpretation
dan Prior Arsilyteis meletakkan Aristoteles sebagai tokoh yang menyusun ilmu mantik secara

sistematik yang telah dirintis oleh gurunya iaitu Socrates dan Plato 2. Ilmu mantik pada zaman
tersebut diklasifikasikan sebagai mantik klasik digunakan oleh Socrates

dalam ilmu

perdebatan dan berhujah serta dalam memikirkan alam cakerawala. Pada zaman Aristotles,
1 H. Syukriadi Sambas, Mantik Kaidah Berpikir Islami (Bandung: Remaja Rosda Karya, 1996), 9
2 Ibid., 10

beliau tidak menganggap mantik sebagai satu cabang ilmu dari Falsafah, malah melihatnya
sebagai “organon” (iaitu organ) atau “alat” bagi pemikiran yang betul seperti yang dicatat
dalam karyanya “Organon”3. Ilmu mantik pada zaman tersebut dianggap berkembang dengan
baik atau sudah masak kerana beliau telah mengemas kini kaedah yang telah wujud bermula
pada zaman Socrates dan Pluto serta mencatatkannya dalam bukunya “Organon”. Beliau juga
telah membahagikan kaedah yang telah dikemas kini kepada beberapa bahagian tertentu
seperti4:
1

al-Maqulat (Kategori) : mengandungi perbahasan tentang cara menghuraikan sesuatu


2

dari 10 aspek.
al-qiyas (Analitika Priora) atau

3

bentuk-bentuk susunan fikiran yang digunakan dalam berfikir.
al-burhan (Analitika Posteriora) : mengandungi perbahasan tentang jenis-jenis buah

4

fikiran yang mempunyai kekuatan dan keyakinan.
al-mughalifah (Sophistika) : mengandungi perbahasan tentang penguasaan tentang

5
6
7
8
9

10

melalui bentuk fikiran atau idea.
al-‘Ibarat (Hermenutika)5
al-jadal (Topika)
al-kitabah (Retorika)
al-shi’r (Poetika)
al-Tahliyat al-‘Ula
al-Tahlilat al-Thaniyah

perkadaran : mengandungi perbahasan tentang

Perkembangan Mantik Dalam Dunia Islam
Kemasukan ilmu mantik Yunani ke dalam dunia keilmuan Islam berlaku selepas
berlaku pembukaan wilayah oleh khalifah bani Umayyah dan Abbasiyyah berdasarkan faktor
penterjemahan karya-karya mantiq Yunani ke dalam bahasa Arab. Sebahagian sejarawan
berpendapat asimilasi mantik Yunani dengan budaya pemikiran umat Islam dalam
menentukan sama ada proses tersebut berlaku pada zaman Umayyah (40-133 H/661-750 M).
3


Jancar-Webster, Barbara. "The Philosophy of Aristotle." (1966),

29.

4 H.M Joesoef Sou’yb, Logika Hukum Berfikir Tepat (Jakarta : Pustaka Al Husna, t.t,), 231-232
5 Wan Salwani, “Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq” (latihan ilmiah, Universiti
Malaya,1997),72

Sebahagian yang lain percaya bahawa penterjemahan tersebut berlaku pada abad pertama
khalifah Abbasiyyah (133-235 H/750-850 M)6. Perkembangan ilmu mantik dalam dunia
Islam sebelum abad ke-10 berlaku dengan pesat setelah peningkatan terjemahan karya logik
Yunani ke dalam bahasa Arab seperti Isagoge, karya Porphyry (w. 304), dan Categories, De
Interpretatione, Posterior Analytics dan Prior Analytics karya Aristoteles7.
Selain itu, ilmu mantik dalam dunia Islam tersebar melalui pergaulan dengan
masyarakat bukan Islam dan kegiatan terjemahan disokong oleh pemerintah seperti khalifah
Abu Ja’far al-Mansur, Harun al-Rashid dan al-Ma’mun. Tokoh penterjemah awal yang
terlibat dalam penterjemahan karya mantik Yunani ke dalam bahasa Arab seperti Hunayn Ibn
Ishaq, Ibn al-Muqaffa’, Abu Bishr Matta Ibn Yunus (seorang Kristian) serta al-Khindi banyak
menterjemah karya Aristoteles seperti al-Burhan (Analytica Poteriora), al-Shi’r (Poetica), alKhatabah (Topica) dan al-Ibarah (Peri Herminies). Pada abad ke-10 hingga abad ke 14,
cendekiawan Islam seperti ibn sina, Abu Bakar al-Razi, al-Farabi, Imam al-Ghazali, dan Ibn

Rushd telah melakukan penambahbaikan dan kritikan terhadap mantik Yunani. Di samping
itu, ilmuwan Islam telah menggunakan kaedah al-qiyas untuk mempertahankan Islam dalam
berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang terdiri daripada orang-orang Yahudi, Kristian,
Zindiq dan Mulhid8.
Perkembangan ilmu mantik dalam dunia Islam menghadapi beberapa konflik kerana
terdapat beberapa ulama’ Islam yang menolak kerana menganggap Logik Yunani adalah ilmu
asing yang bertentangan dengan prinsip Islam. Kebanyakan golongan yang menolak adalah
terdiri daripada tokoh fuqaha’ dan ulama’ hadis sehingga mengeluarkan fatwa yang
mengharamkan tokoh dan pelopor dalam bidang mantik. Antara ulama’ yang menolak ilmu
6 Inati Shams, “Logika”, dalam Ensiklopedi Tematis Filsafat Islam: Buku Kedua, (ed.). Nassr, Seyyed Hussein
dan Oliver Leaman, (Bandung: Mizan, 2003), 112

7 Muhammad Nur, "Islam Dan Logika Menurut Pemikiran Abu Hamid Al-Ghazali." 2011 11, no. 1
(2011).

8 Salwani, “Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq”, 83

Mantik adalah Ibn Solah, al-Imam al-Shafie, Imam al-Nawawi, Imam as-Suyuti, Ibn
Taimiyyah serta anak muridnya Imam Ibn Qayyim al-Jawziyah 9. Walau bagaimanapun,
terdapat tokoh falsafah Islam yang menerima kehadiran ilmu mantik ke dalam dunia

akademik Islam seperti al-Khindi, Ibn Rushd, al-Farabi, Ibn Sina. Di samping itu, terdapat
tokoh fuqaha’ dan mutakallimun seperti Ibn Hazm, Imam al-Ghazali, Imam Fakhr al-Din alRazi dan lain-lain10 yang menerima dan menggunakan ilmu Mantik sebagai ilmu ‘alat’ dalam
bidang yang tertentu seperti dalam bidang akidah, usul al-fiqh, ulum Hadith serta dalam ilmu
akhlak11.

Perbandingan tokoh ilmu Mantik dalam Islam
Perkembangan ilmu mantik dalam dunia akademik Islam telah melahirkan ramai
tokoh ilmu Mantik yang hebat. Pemikiran dan karya mereka masih dikaji dan dihargai
sehingga pada zaman sekarang dan kaedah mantik yang dirintis oleh tokoh-tokoh mantik
Islam masih lagi digunakan dalam pelbagai ilmu. Antara tokoh ilmu Mantik yang hebat dan
masih dikaji karya-karya mereka pada zaman sekarang seperti al-Farabi, Ibn Sina Imam alGhazali serta Ibn Rusyd.

9 Mohd Fauzi Hamat, Ketokohan Al-Ghazali Dalam Bidang Logik (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,,
2005), 3
10 Ibid
11 Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali, Pengantar Ilmu Mantik (Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2009), 66

1. Al-Farabi (m. 339H/950M)
Abu Nasr Al-Farabi adalah salah seorang tokoh mantik Islam yang lebih
dikenali sebagai al-Farabi atau Abu Nasr dalam sumber tradisional Islam. Ketokohan

beliau dalam bidang ilmu mantik adalah setanding dengan tokoh Mantik Yunani
Aristoteles sehingga mendapat gelaran “guru kedua” setelah melakukan ulasan
terhadap Organon yang merupakan karya Aristoteles12. Minat al-Farabi terhadap ilmu
logik bermula setelah beliau berhijrah ke Baghdad dan menuntut ilmu dengan seorang
tokoh ilmu mantik iaitu Ibn Hailan dan Matta ibn Yunus semasa pemerintahan
Khalifah al-Muqtadir13. Guru beliau yang pertama juga telah mengajar dan
membimbingnya dalam menganalisis karya agung Aristoteles, Organon dan mengkaji
asas logik Aristoteles iaitu Analytica Posterior14.
Kitab beliau yang terkenal adalah Kitab ihsa’ al-Ulum (kitab pembahagian
Ilmu) yang mengklasifikasikan ilmu kepada lapan ilmu yang utama; ilmu nahu dan
linguistik, ilmu logik (mantik), matematik (propaedeutik), fizik, metafizik, ilmu
politik, ilmu fiqh, serta ilmu kalam. Beberapa karya ilmu mantik beliau yang masih
ada sehingga zaman ini adalah Syarah kitabah al-ibarah li Aristo (Penjelasan Terhadap
Buku Al-Ibarah Aristoteles) serta tahsil as-saadah15. Walau bagaimanapun, beliau
banyak menumpukan tulisan beliau dalam ilmu mantik khususnya dalam melakukan
syarah terhadap karya Aristotle seperti Kategori (al-maqulat), Hermenutika
(al-‘ibarah), Analitika Priora (al-qiyas), Analitika Posteriora (al-burhan), Topika (aljadal), Sophistika (al-mughalifah atau al-safsatah), Retorika (al-khitabah) dan Poetika
(al-shi’r)16.

12 Salwani, “Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq”, 89

13 Osman Bakar, Al-Farabi : Kehidupan, Hasil Karyanya Dan Peri Penting Tokoh, (Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1991), 30-31
14 Salwani, “Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq”, 33
15 A. Hanafi, Pengantar Filsafat Islam (Jakarta : penerbit bulan bintang, 1976), 129
16Osman Bakar, Al-Farabi : Kehidupan, Hasil Karyanya Dan Peri Penting Tokoh, 44

Menurut al-Farabi, mantik merupakan satu ilmu yang mencari kebenaran
melalui logik akal dan menjadi panduan kepada manusia dalam berfikir tentang
kebenaran sesuatu perkara. Beliau juga berpendapat bahawa kaedah mantik boleh
dimanfaatkan dalam semua ilmu pengetahuan dalam membezakan antara kebenaran
dan kebatilan dan juga boleh memberi kekuatan dan kesempurnaan kepada manusia.
Selain itu, al-farabi juga berpendapat bahawa ilmu mantik mempunyai hubungan yang
rapat dengan ilmu Nahw dalam menyediakan kaedah untuk maqulat. Disamping itu,
al-Farabi telah mengklasifikasikan kaedah qiyas kepada lima kategori;
a) Qiyas burhani ; qiyas yang memberikan keyakinan
b) Qiyas jadali ; qiyas yang terdiri daripada hal yang sudah terkenal dan sudah biasa
diterima. Qiyas jadali juga digunkan untuk menimbulkan tanggapan yang kuat
untuk mencapai keyakinan terhadap orang lain. Namun begitu, tanggapan tersebut
sebenarnya tidak boleh meyakinkan setelah diteliti.
c) Qiyas sofistika ; qiyas yang boleh menimbulkan sangkaan bahawa sesuatu yang

tidak benar kelihatan benar atau sebaliknya.
d) Qiyas khitabi ; qiyas yang menimbulkan tanggapan yang tidak begitu kuat.
e) Qiyas syi’ri ; qiyas yang menggunakan perasaan dan khayalan yang menarik
perhatian orang lain.
2. Ibn sina (m 428H/1036M)
Ibn Sina atau Avicenna merupakan ahli falsafah dan tokoh mantiq Islam
mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam dunia Islam dan tamadun Barat.
Kemunculan

beliau selepas 30 tahun kematian al-Farabi meneruskan legasi

pemikiran al-Farabi dalam bidang falsafah serta disiplin ilmu mantik dalam dunia
akademik Islam. Ketokohan beliau dalam pelbagai bidang ilmu telah menjadikan
beliau dikenali sebagai al-Shaykh al-Rais17.
Ibnu Sina melihat ilmu mantik sebagai satu alat yang mengandungi peraturan
dan kaedah-kaedah dalam mengawasi pemikiran manusia agar tidak berlaku kesilapan
dalam proses berfikir. Beliau juga menjelaskan peranan ilmu mantiq dalam pelbagai
17 Salwani, “Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq”, 91

dalam bentuk pembinaan teori. Selain tu, beliau juga menjelaskan mantiq merupakan

prinsip-prinsip yang diperlukan oleh seseorang untuk mengetahui tentang maklumat
sesuatu yang belum diketahuinya melalui perantaraan maklumat sesuatu yang telah
sedia ada18.
Disamping itu, ibn Sina juga telah mengarang beberapa kitab tentang ilmu
mantik dalam usaha menjelaskan dan mengembangkan disiplin ilmu mantiq dalam
dunia Islam. Beberapa karyanya yang terkenal dalam ilmu mantik seperti19;
a) al-shifa’ : merupakan buku tentang falsafah yang terbahagi kepada ilmu logik,
fizik, matematik, dan metafizik.
b) al-Isharat wa al-Tanbihat : kitab mengenai logika dan hikmah.
c) An-najat ; ringkasan kitab al-Shifa’
d) Al-Manthiq al-Masyriqiyin : mengandungi tentang ilmu logik.
Beliau juga telah merintis satu teori pemikiran yang mudah (al-ilm al-fikr alBasit) yang menjadi asas dalam bidang falsafah menggunkan metode tajribi yang
mengubah mantiq Aristotle kepada suatu hakikat yang relevan dengan keadaan realiti.
Berdasarkan kitab al-Isharat wa al-Tanbihat, beliau berbeza pendapat dengan
Aristotle dalam tiga perkara, antaranya berkenaan proposisi berbentuk ‘semua A
adalah B manakala A’ dan pembezaan antara silogisme terhubung (conjunctive, alistithna’i) dan silogisme berulang (repetitive, al-iqtirani), menggantikan pembezaan
Arsitotle iaitu silogisme hipotetik dengan silogisme kategori. Selain itu, beliau
berbeza pendapat dengan Aristotle tentang proposisi silogisme yang mana beliau
menolak tanggapan bahawa kondisi silogisme (conditional silogisme) dihasilkan
daripada persamaan satu kategori (al-Maqulat). Beliau juga mengembangkan sistem

logik modal berdasarkan pentafsiran modal logik Stoiks 20. Beliau juga menggunakan
ilmu mantiq dalam bidang sains matematik dengan mengaplikasikan kaedah empirikal
berdasarkan kaedah silogisme Aristotle. Di samping itu juga, beliau menggunakan
18 Ibid
19 A. Hanafi, Pengantar Filsafat Islam, 170-171

20

Goodman, L.E., Avicenna (New York ; Taylor & Francis, 2013), 196

metode induksi dalam menghasilkan kaedah saintifik yang berkaitan dengan kaedah
empirikal, pemerhatian serta eksperimen21.

3. Imam al-Ghazali (m 478/1085M)
Imam al-Ghazali merupakan seorang ilmuwan Islam yang menguasai pelbagai
ilmu pengetahuan termasuklah dalam ilmu mantiq dan mendapat gelaran ‘hujjatul
Islam’. Walau bagaimanapun, imam al-Ghazali adalah tokoh pemikir Islam yang
bukan tergolong dalam kalangan ahli falsafah namun memberi sumbangan besar
dalam pengajian ilmu Mantiq dalam dunia akademik Islam.
Walaupun ilmu mantik adalah ilmu yang berasal daripada tamadun Yunani,
beliau berminat dan mengharuskan mempelajari ilmu mantik yang jelas merupakan
anak kandung falsafah (Yunani) berbanding dalam bidang falsafah yang juga berasal
daripada sumber tamadun yang sama. Imam al-Ghazali berpendapat bahawa ilmu
mantik merupakan muqaddimah bagi semua ilmu pengetahuan kerana ilmu mantik
menggalakkan manusia berfikir dalam mencari kebenaran dan untuk mengelak
daripada melakukan kesalahan dalam berfikir22. Beliau juga berpendapat bahawa
harus mempelajari ilmu mantik dalam menghadapi dan mematahkan hujah daripada
musuh-musuh Islam seperti Yahudi, Kristian, Muktazilah dan lain-lain untuk
mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam serta menyelamatkan umat Islam
terpesong dengan dakwaan salah dalam Akidah23. Beliau berbeza pendapat dengan
ulama’ Islam yang menolak mantik dengan alasan tidak ada dalil yang menunjukkan
Islam memerintah dan melarang mempelajari mantik. Namun yang demikian, beliau
21 Nasr, Seyyed Hossein. "The Achievements of Ibn Sina in the Field of Science and His Contributions to Its
Philosophy." Islam & Science 1, no. 2 (2003): 235.
22 Nur, Muhammad. "Islam Dan Logika Menurut Pemikiran Abu Hamid Al-Ghazali." 2011 11, no. 1 (2011).
23 Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali, Pengantar Ilmu Mantik, 63

menolak penggunaan mantik secara mutlak dalam memahami soal ketuhanan
(metafizik)24.
Berdasarkan catatan sejarah,pemikiran tentang ilmu logik Imam al-Ghazali
lahir semasa ilmu mantik berada di kemuncak kegemilangan atas usaha tokoh mantik
yang terdahulu seperti Abu Bakar al-Razi (w. 313 H/925 M), al- Farabi (w. 339 H/950
M), Ibn sina (m 428H/1036M). Beliau menguasai mantik dengan merujuk kepada
karya-karya terjemahan mantik Yunani dan membuat ulasan serta mengkritik argumen
yang bercanggah dengan syara’25. Al-Ghazali mentakrifkan mantiq sebagai satu
undang-undang pemikiran yang membezakan antara al- had dan al-qiyas yang betul
daripada selainnya. Ia juga membezakan antara ‘ilm al-yaqin dengan kejahilan yang
(meragukan). Ia juga seumpama penimbang atau pengukur kepada ilmu pengetahuan
kepada pengetahuan yang lain26. Imam al-Ghazali juga telah menghasilkan beberapa
karya dalam bidang mantik seperti27;
a) Maqasid Al-Falasifah ; menjelaskan tentang kebanyakan kaedah logik seperti
tasawwur dan tashdiq dan menyatakan faedah mempelajari mantiq28.
b) Al-Mi’yar Al-Ilm ; menjelaskan bahawa logik merupakan neraca ukuran atau
piawai terhadap ilmu pengetahuan. Beliau juga menjelaskan tentang
penggunaan kaedah mantik seperti dalam mengeluarkan kesimpulan serta
memahamkan umat Islam metode berfikir dan al-nazar.
c) Mihak Al-Nazar Fi Mantiq : mengandungi tentang analisis dan menjelaskan
kaedah-kaedah mantik berdasarkan pendekatan beliau.
d) Al-Qistas Al-Mustaqim : kitab menonjolkan disiplin logik yang berperanan
sebagai pengawas kegiatan berfikir manusia.

24 A. Hanafi, Pengantar Filsafat Islam, 211
25 Nur, Muhammad. "Islam Dan Logika Menurut Pemikiran Abu Hamid Al-Ghazali." 2011 11, no. 1 (2011)..
Dicapai dari http://www.journal.iaingorontalo.ac.id/index.php/au/article/view/16
26 Salwani, “Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq”, 99
27 Mohd Fauzi Hamat, Ketokohan Al-Ghazali Dalam Bidang Logik, 55-60
28 Al-Ghazali, Maqasid al-falasifah (Kaherah: dar al-Tabaa’ah al-mahmudiyah al-Tijariyah, 1936), 33-35

e) Al-Mustasyfa fi al-Ilm Ushul : mengadunkan dua disiplin ilmu yang berbeza
iaitu ilmu mantik dengan ilmu usul al-fiqh dan menegaskan kepentingan ilmu
mantik dalam memahami ilmu seperti ungkapan beliau “ sesiapa yang tidak
mengetahui tentangnya (ilmu mantik), maka ilmunya tidak boleh dipercayai.
Kitab Al-Mustasyfa berbeza dengan kitab fiqh yang lain kerana Imam alGhazali melakukan integrasi ilmu asing (kaedah ilmu mantik) dengan ilmu
Islam dalam muqaddimah kitab seperti Madarik al-uqul dan batasannya
dalam al-had dan al-burhan, syarat al-burhan al-haqiqi29.
Al-Ghazali menggunakan beberapa kaedah mantik seperti ilm al-Khilaf dalam
menghasilkan kitab al-Mi’yar al-Ilm serta ilm al-Jadal dalam membahaskan tentang
kaedah bagi menegakkan sesuatu pendapat30. Beliau juga mengaitkan induksi dengan
al-burhan dan kaedah al-had serta perbahasaan al-tasawwurat dalam karyanya AlMustasyfa31.

Dalam

perbahasan

metode

al-burhan,

beliau

membahagikan

perbahasannya kepada tiga bahagian yang membahaskan tiga kesenian; iaitu
preleminari al-burhan, perbincangan tentang maqasidnya yang berkisar tentang
‘surah’ (format) dan ‘bahan asas’ (maddah) bagi al-burhan dan akhir sekali
perbincangan tentang lawahiq bagi al-burhan32. Beliau juga menggunakan kaedah alburhan dalam ilmu akidah dalam mengisbatkan kewujudan Allah sebagai pencipta
bagi alam seperti berikut33 :

29 Salwani, “Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq”, 115
30 Mohd Fauzi Hamat, “Ketokohan Al-Ghazali Dalam Bidang Mantik: Suatu Analisis Terhadap Muqaddimah AlKitab dalam Kitab Al-Mustasyfa Min Ilm Al-Usul” (tesis kedoktoran, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,2011), 156
31 Ibid., 495 & 560
32 Mohd Fauzi Hamat, "Mantik Dan Tradisi Ilmu Islam: Taakulan Terhadap Pemikiran Al-Ghazzali" (kertas kerja,
Bengkel Pengislaman Ilmu II, Akademi Sains Islam Malaysia, UPM, 18 Oktober 2008).
33 Fauzi Hamat, “Ketokohan Al-Ghazali Dalam Bidang Mantik: Suatu Analisis Terhadap Muqaddimah Al-Kitab
dalam Kitab Al-Mustasyfa Min Ilm Al-Usul”. , 555

“jikalau alam ini baharu dan dijadikan (muhdath), tentu sekali ada orang yang
menjadikannya”[premis pertama]
“Memang diketahui bahawa alam ini adalah baharu”[premis kedua]
“Alam ini ada baginya pencipta (muhdith)” [konklusi]
Di samping itu, Imam al-Ghazali juga menggunakan istilah yang serasi dengan
disiplin ilmu Islam kerana beberapa faktor, iaitu34;
a) Untuk berdamai dengan golongan fuqaha’ yang menentang keras
kemasukan Mantik ke dalam dunia Islam kerana beranggapan mantik
merupakan ilmu yang asing dan berasal daripada tamadun Yunani. Usaha
ini juga dilakukan untuk meredakan kemarahan dan menghentikan kritikan
tajam para fuqaha’ terhadap ilmu mantik.
b) Keinginan al-Ghazali untuk memberi penjelasan tentang kedudukan

mantik sebagai satu disiplin ilmu yang terpisah daripada falsafah dengan
menampakkan mantik sebagai suatu neraca ukuran (mi’yar) bagi semua
ilmu pengetahuan dan neraca timbangan dalam menentukan proses
berfikir.

34 Ibid., 578