Dari sudut ekonomi kedatangan pedatang a

KESAN PENDATANG ASING KE NEGARA KITA
Dari sudut ekonomi, telah berlakunya masalah pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan. Hal
ini disebabkan oleh sikap sesetengah majikan yang lebih mengutamakan pekerja asing berbanding
pekerja tempatan kerana pekerja asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding
rakyat tempatan. Namun, pekerja tempatan sebenarnya bukanlah memilih sangat kerja atau terlalu
mementingkan upah yang tinggi tetapi disebabkan kos sara hidup yang semakin lama semakin tinggi
menyebabkan pekerja tempatan meminta upah yang lebih tinggi supaya mereka turut dapat merasa
nikmat kemajuan yang ada di negara ini. Namun sikap sesetengah majikan yang lebih mengutamakan
keuntungan mereka sahaja tanpa rasa tanggungjawab sosial terhadap rakyat tempatan
menyebabkan mereka lebih menutamakan pekerja asing dan menganaktirikan pekerja tempatan.
Sikap majikan seperti ini adalah seperti "anak diriba diletakkan, kera di hutan disusukan" dan
akhirnya majoriti pekerja dalam sesuatu sektor itu telah dikuasai pekerja asing terutamanya sektor
pembinaan.
Implikasi dari sudut sosial pula boleh dilihat dengan bertambahnya kegiatan jenayah yang
dilakukan oleh pendatang asing. Ramai dari kalangan pendatang asing ini yang terlibat dengan
kegiatan ragut, pecah rumah, samun terutamanya di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan
rumah kongsi. Pada tahun 2007, sebanyak 2019 kes jenayah dilaporkan yang melibatkan pendatang
asing. Selain itu, kehadiran mereka ke negara ini secara tidak langsung membawa masuk budaya
mereka yang sebahagiannya bertentangan dengan norma hidup masyarakat tempatan. Contohnya
mereka mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan malah ada yang tinggal
serumah tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Ada pula yang tanpa segan silu meneguk arak di

kawasan perumahan yang sebahagian besar penduduknya penduduk tempatan. Di bandar-bandar
besar pula kebanjiran pendatang asing ini juga telah menimbulkan masalah setinggan disebabkan
sewa rumah yang tinggi menyebabkan mereka menceroboh tanah-tanah kerajaan dan mendirikan
rumah setinggan. –
Kehadiran pendatang asing ini juga menyebabkan merebaknya beberapa kes penyakit berjangkit.
Mereka membawa sekali penyakit ke negara seperti kala azar atau demam hitam yang dipercayai
dibawa oleh pendatang dari India, Bangladesh dan Myanmar. Menurut rekod Persatuan Perubatan
Malaysia (MMU), penyakit berjangkit seperti batuk kering, malaria dan H1N1 adalah disebabkan
interaksi rakyat tempatan dengan pendatang asing. Hal ini akan menyebabkan turunnya taraf
kesihatan rakyat Malaysia. –
Hal ini baru masalah penyakit berjangkit, belum lagi masalah "penyakit hati". Berapa banyakkah anak
gadis Melayu yang jatuh hati dengan ketampanan dan keromantikan 'Mat Bangla' hingga ada isteri
yang meminta cerai dari suami kerana terpikat dengan mereka. Walaupun berkomunikasi seperti itik
dengan ayam, tetapi apabila hati dah tertawan yang pahit pun manis rasanya bila ditelan. Anak gadis
Melayu pula ramai yang hilang akal warasnya apabila sanggup berkorban apa sahaja asalkan dapat
bersama orang yang disayang walaupun umur baru setahun jagung dan keperluan hidup pun masih
ditanggung ibu bapa tetapi itulah penangan pendatang asing ini.