KAJIAN TENTANG TEKNIK TEKNIK UNTUK MENIN

KAJIAN TENTANG TEKNIK-TEKNIK UNTUK MENINGKATKAN MINAT
DAN SIKAP MURID-MURID TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DI
SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA PEI YUAN KAMPAR.

Oleh Chin Han Wei

ABSTRAK

Kajian ini menfokuskan kepada menilai sejauh mana tahap minat murid-murid terhadap
mata pelajaran Sains. Selain itu, kajian ini turut mengkaji tentang sikap murid di
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Yuan Kampar terhadap mata pelajaran
Sains. Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan data kajian
seperti menemubual murid, merujuk kepada catatan murid, catatan diari sendiri, borang
soal selidik dan markah ujian. Kajian ini mengkaji sejauh mana murid-murid menyukai
mata pelajaran Sains terutama di sekolah rendah jenis kebangsaan. Saya berminat
menjalankan kajian ini kerana saya berpendapat minat dan sikap merupakan salah satu
elemen yang penting untuk menjadikan seseorang murid berjaya dalam mata pelajaran
tersebut atau peperiksaan yang didudukinya nanti. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan, kekurangan minat dan sikap yang negative terhadap sesuatu
pembelajaran adalah salah satu punca utama kegagalan seseorang murid dalam
peperiksaan. Ini telah terbukti dengan beberapa buah kajian yang telah dijalankan

sebelum ini di sekolah pendalaman. Kebanyakkan guru gemar menggunakan keadah
pembelajaran yang berpusatkan guru. Tetapi bagi mata pelajaran Sains, kaedah ini
tidak sesuai kerana murid-murid akan berasa bosan dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran. Sesi pembelajaran Sains haruslah menekankan kepada kemahiran sains

dan ini bermakna setiap sesi pembelajaran Sains haruslah mengandungi aktiviti yang
membolehkan murid-murid bergerak. Sesi pembelajaran dan pengajaran perlu
mengandungi aktiviti yang dapat menimbulkan minat untuk memudahkan murid
memahami apa yang dipelajari. Minat yang timbul dari murid sendiri akan
membolehkannya menguasai kemahiran saintifik yang terdapat dalam setiap sesi
pembelajaran dan pengajaran Sains. Kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu
mencari punca-punca yang menyebabkan murid-murid tidak ingin mempelajari mata
pelajaran Sains. Kajian ini secara langsung dapat membolehkan kita mengetahui
teknik-teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata
pelajaran Sains. Pada masa yang sama, dapatan kajian ini mungkin boleh digunakan
untuk mata pelajaran lain seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.

METADOLOGI DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

1. LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Yuan Kampar merupakan sebuah sekolah
besar yang terletak di kawasan bandar Kota Kemuning. Sekolah ini terletak kira-kira 5
kilometer dari pusat bandar Kota Kemuning. Sekolah ini mempunyai 50 orang guru dan
4 orang staf bukan akademik. Bilangan murid di sekolah ini lebih kurang 1500 orang
murid. Kebanyakkan murid terdiri daripada kaum Cina. 90% kaum Cina, 7% kaum
Melayu dan 3% kaum India. Dari segi ekonomi, lebih kurang 90% daripada murid
sekolah ini berasal daripada keluarga yang agak mewah dan bekerja di kawasan
bandar. Kebanyakkan ibu bapa bekerja di pejabat kerajaan, swasta dan sekitar
kawasan bandar. Walaupun begitu, terdapat juga segelintir murid yang berasal daripada
keluarga buruh.
Pencapaian akademik murid sekolah ini agak sederhana iaitu lebih kurang
daipada 70% dalam semua mata pelajaran kecuali Bahasa Melayu. Walaupun sekolah
ini terletak di kawasan bandar, penguasaan Kemahiran 3M juga sederhana iaitu hampir
20% murid tidak menguasai kemahiran 3M.

2. LATAR BELAKANG SUBJEK KAJIAN
Subjek kajian saya adalah murid tahun 4A yang terdiri daripada 50 orang. Seramai 30
orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. Umur mereka dalam lingkungan 10
tahun. Dari segi prestasi akademik kelas ini, 10 orang berpencapaian baik, 20 orang
berpencapaian sederhana, 15 orang berpencapaian lemah dan 5 orang berpencapaian

sangat lemah. Murid-murid ini sangat pasif semasa proses pembelajaran dan
pengajaran Sains tetapi apabila di luar kelas, mereka sangat nakal dan aktif. Melalui
pemerhatian saya, murid-murid ini agak malas dan pasif semasa sesi pembelajaran dan
pengajaran.

3. PERNYATAAN MASALAH
Saya merupakan guru mata pelajaran Sains kelas 4A bagi tahun 2012. Oleh kerana
selama ini saya hanya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik, jadi
saya tidak pernah mengetahui minat dan sikap mereka terhadap mata pelajaran Sains.
Pada awal pra mengajar, saya melihat murid-murid sangat pasif dan tidak menunjukkan
ciri-ciri meminati mata pelajaran Sains. Setelah hampir seminggu saya menjalankan
proses pembelajaran dan pengajaran, saya dapati masalah utama yang dihadapi oleh
murid saya ialah kurang minat dalam mata pelajaran Sains.
Masalah kurang berminat dalam mata pelajaran Sains ini telah menimbulkkan
banyak masalah semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Kebanyakkan murid saya
adalah pendiam dan hanya 4 hingga 5 orang murid yang memberi jawapan serta ada
murid yang tidak menumpukan perhatian ketika proses pembelajaran dan pengajaran
dijalankan. Keadaan sedemikian telah menyebabkan prestasi murid tahun 4A tidak
begitu memuaskan. Menurut guru yang mengajar mereka semasa tahun 3A (2011),
hanya 10 orang murid yang dalam menguasai kemahiran Sains dengan baik.

Oleh itu, saya akan mencari punca-punca yang menghalang minat murid 4A
untuk meminati mata pelajaran Sains. Saya telah cuba menjalankan teknik
pembelajaran koperatif bagi kelas ini dengan harapan dapat memberi motivasi untuk
meningkatkan minat murid kelas 4A dalam mata pelajaran Sains. Disamping itu, saya
akan mencatatkan catatatan harian selepas proses pembelajaran dan pengajaran
Sains. Saya juga akan menemubual murid secara tidak langsung untuk mengetahui
tentang minat mereka terhadap mata pelajaran Sains.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk:
1. Mencari punca-punca yang menyebabkan murid tidak berminat terhadap mata
pelajaran Sains.
2. Mengkaji sikap-sikap murid terhadap mata pelajaran Sains.
3. Mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pengajaran Sains yang lebih
senang serta meningkatkan lagi minat mereka terhadap mata pelajaran Sains
melalui kaedah dan teknik belajar yang berkesan dan menyeronokkan.

CARA ANALISIS DATA


Data Temubual
1. Mengadakan sesi temubual dengan beberapa murid kelas 4A.
2. Menyemak maklumat hasil daripada temubual dengan murid secara terperinci
dengan membaca semula catatan yang dibuat kemudian menggariskan
maklumat penting dalam catatan.
3. Membuat kesimpulan terhadap dapatan temubual tersebut.
4. Contoh-contoh soalan dalam sesi temubual adalah seperti berikut:
a. Adalah kamu meminati mata pelajaran Sains?
b. Adalah kamu berasa mata pelajaran Sains susah untuk lulus?

Data Soal Selidik
1. Satu set borang soal selidik disediakan untuk dijawab oleh murid untuk
mengenal pasti sikap mereka terhadap mata pelajaran Sains.
2. Kemudian, jawapan murid akan diteliti dan skor jawapan mereka akan dikira.
3. Kategori sikap murid ditentukan berdasarkan skor pemerolehan dikira.
4. Membuat kesimpulan melalui dapatan data soal selidik.

Data Senarai Semak
1. Senarai semak digunakan untuk menilai keberkesanan penggunaan kad kocek
dalam pembelajaran.

2. Pemerhatian dapat dibuat semasa sesi pembelajaran dan pengajaran Sains
dijalankan.

KAEDAH KAJIAN

TEMU BUAL

1. Adakah kamu selalu berangan-angan semasa sesi mata pelajaran Sains?
A) Ya
B) Tidak
2. Adakah kamu lebih suka belajar Matematik daripada Sains?
A) Ya
B) Tidak
3. Kamu berasa bosan semasa sesi mata pelajaran Sains?
A) Ya
B) Tidak
4. Adakah kamu berasa mata pelajaran Sains senang untuk lulus?
A) Ya
B) Tidak
5. Adakah kamu berasa mata pelajaran Sains susah untuk gagal?

A) Ya
B) Tidak
6. Kamu rasa aktiviti mata pelajaran Sains sangat bosan?
A) Ya
B) Tidak
7. Adakah kamu belajar mata pelajaran Sains untuk lulus peperiksaan?
A) Ya
B) Tidak
8. Adakah kamu berasa seronok membuat aktiviti berkumpulan bersama-sama?
A) Ya
B) Tidak
9. Adakah kamu mendapat markah yang baik dalam mata pelajaran Sains kerana
takut kepada guru kamu?
A) Ya
B) Tidak
10. Adakah kamu rasa aktiviti dalam mata pelajaran Sains sangat menarik?
A) Ya
B) Tidak

ANALISIS BORANG DAN SOAL SELIDIK SEBELUM KAJIAN TINDAKAN DAN

SELEPAS KAJIAN TINDAKAN DALAM %

N

ITEM

SBL

O

SLP

M

SBLM

SLPS

S
YA


KADANGKADAN

1

Keadaan kelas yang tidak sesuai untuk pembelajaran

2

Sains.
Aktiviti pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran

3
4
5

Sains yang sangat membosankan
Makmal Sains yang sangat jauh daripada kelas.
Mata pelajaran Sains sangat susah untuk lulus.
Bahan untuk mata pelajaran Sains yang

mencukupi di sekolah.

tidak

SBL

SLP

M
S
TIDAK

6

Murid-murid lebih suka corak pembelajaran yang
berasaskan

aktiviti

eksperimen


dan

gerak

kerja

7
8
9

berkumpulan.
Murid-murid hanya belajar untuk peperiksaan.
Murid minat belajar kerana meninati guru.
Sains tidak seronok seperti mata pelajaran Pendidikan

10

Jasmani.
Mata pelajaran Sains sangat susah untuk difahami.

Borang Senarai Semak Sikap Murid Terhadap Mata Pelajaran Sains

Nama:
Kelas:
Arahan:
Baca setiap pernyataan dengan teliti. Lengkapkan ruang dibawah dengan memberikan
nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasai paling tepat menerangkan perasaan
anda berhubung dengan setiap pernyataan berdasarkan skala berikut.
SS

S

TP

TS

STS

(Sangat Setuju)

(Setuju)

(Tidak Pasti)

(Tidak Setuju)

(Sangat Tidak

5

BIL

4

3

2

ITEM

A
1

MINAT
Saya lebih berminat belajar mata pelajaran lain

2

seperti Dunia Seni Visual.
Saya dapat menyiapkan banyak tugasan jika

3
4
B
5

saya melakukannya bersama murid lain.
Saya lebih suka belajar secara bersendirian.
Mata pelajaran Sains sangat membosankan.
GAYA PEMBELAJARAN
Lebih banyak yang saya pelajari jika saya

6

belajar dalam kumpulan.
Di kelas, saya membuat sesuatu dengan lebih

C
7

baik apabila saya melakukannya sendiri.
SIKAP TERHADAP SESI PEMBELAJARAN
Saya berasa sangat takut apabila menjalankan
eksperimen

terutamanya

berkaitan

dengan

8
9

mengkaji serangga.
Mata pelajaran Sains sangat susah untuk lulus.
Terlalu banyak jawapan dan sukar menentukan

10

jawapan yang tepat.
Banyak yang perlu

11

pembelajaran dan pengajaran Sains.
Saya rasa sangat susah memahami istilah

12
13

Sains.
Mata pelajaran Sains menghiburkan.
Sangat seronok kerana banyak menjalankan

14
15

eksperimen.
Mata pelajaran Sains senang untuk lulus.
Mata pelajaran Sains menyeronokkan kerana

diingati

semasa

sesi

saya sendiri yang menjalankan kajian tentang
sesuatu topik.

Setuju)
1

SS

S

TP

TS

STS

5

4

3

2

1

PENCARIAN MAKLUMAT

PERINGKAT PERTAMA
TINJAUAN AWAL
Kaedah:
1. Pemerhatian
2. Temubual
3. Senarai semak

PERINGKAT PERMULAAN
Sebagai seorang guru baru kepada murid-murid kelas 4A, saya telah masuk ke kelas
dengan membawa ciri-ciri seorang guru yang tegas.saya mendapati murid berada
dalam keadaan diam. Murid tidak mendatangkan masalah dari segi pengawalan kelas
pada peringkat awal. Murid-murid hanya duduk dalam keadaan diam dan hanya ada

beberapa murid yang menjawab soalan yang diutarakan. Seperti biasa saya bertanya
tentang markah ujian yang terdahulu. Hanya 30 daripada 50 murid yang melepasi
peringkat lulus. Ini bermakna 60% orang murid menguasai kemahiran Sains. Saya
bertanya kepada murid secara tidak langsung tentang minat mereka terhadap mata
pelajaran Sains. Kebanyakkan daripada mereka tidak menyukai mata pelajaran Sains.
Saya mendapati hanya 20% orang murid yang betul-betul menyukai mata pelajaran
Sains.

KEPUTUSAN

PEMERHATIAN
Sejak minggu pertama, saya melihat subjek kajian saya merupakan murid yang cergas
apabila berada diluar kelas. Mereka akan bertindak pasif apabila berada di dalam kelas.
Pada 11 September 2012, saya melihat subjek kajian saya berada di luar kelas untuk
menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Saya mendapati mereka sangat aktif dan
terlibat sepenuhnya dalam semua aktiviti yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan
Jasmani tersebut. Saya juga telah meneliti proses pembelajaran dan pengajaran yang
dijalankan di dalam kelas iaitu Bahasa Cina. Saya mendapati murid juga aktif
mengeluarkan idea yang bernas apabila diminta. Keadaan ini sebaliknya berlaku
apabila tiba masa mata pelajaran Sains.

TEMUBUAL

Saya telah menemubual beberapa orang murid untuk bertanya tentang minat mereka.
Saya telah memilih 10 orang murid kelas 4A untuk ditemubual. Setiap murid yang dipilih
terdiri daripada kategori yang berbeza iaitu 3 orang berpencapaian baik, 3 orang
berpencapaian sederhana, 3 orang berpencapaian lemah dan 1 orang berpencapaian
sangat lemah. Hasil yang diperoleh hanya 3 orang murid yang menyukai mata pelajaran
Sains, 3 orang kadang-kadang dan manakala 4 orang tidak menyukai langsung mata
pelajaran Sains.

SENARAI SEMAK
Saya telah memberi senarai semak kepada setiap murid untuk diisi oleh mereka.

1. MINAT
Hasil dapatan tentang minat murid yang telah dibuat pada peringkat awal telah
menunjukkan seramai 20 orang murid iaitu 40% menyatakan mereka kurang berminat
terhadap mata pelajaran Sains. 15 orang murid iaitu 30% berada di tahap tidak
berminat dan 15 orang murid iaitu 30% menyatakan minat terhadap mata pelajaran
Sains. Secara puratanya 15 orang murid iaitu 30% daripada murid-murid kelas 4A yang
meminati mata pelajaran Sains.

2. GAYA PEMBELAJARAN

Kebanyakkan murid menyatakan mereka lebih senang untuk belajar sendiri. Seramai
30 orang murid iaitu 60% murid kelas 4A lebih senang untuk belajar sendiri. 15 orang
murid iaitu 30% murid kelas 4A memilih pembelajaran secara berkumpulan. Manakala
baki 5 orang murid iaitu 10% murid kelas 4A masih kabur tentang gaya pembelajaran
mereka.

3. SIKAP TERHADAP SESI PEMBELAJARAN
Seramai 30 orang murid kelas 4A iaitu 60% menyatakan mereka tidak meminati mata
pelajaran Sains dan mata pelajaran Sains sangat susah untuk dipelajari. Selebihnya
40% iaitu seramai 20 orang murid kelas 4A menganggap mata pelajaran Sains sangat
menyeronokkan.

RUMUSAN KAJIAN PERTAMA
Melalui kajian peringkat pertama, saya mendapati kebanyakkan murid tidak meminati
mata pelajaran Sains di sekolah. Melalui sesi temubual yang dibuat secara tidak formal,
murid-murid kelas 4A lebih meminati mata pelajaran lain seperti Pendidikan Jasmani.
Ada juga murid yang menyatakan bahawa mereka tidak meminati mata pelajaran Sains
kerana takut kepada guru yang mengajar mereka (saya). Daripada markah ujian
bulanan jelas menunjukkan mereka amat tidak menyukai mata pelajaran tersebut.
Hanya 60% daripada murid kelas 4A yang lulus peringkat 40% keatas dalam ujian
bulanan. Ini jelas menunjukkan mereka sangat lemah dalam mata pelajaran tersebut.
Secara pemerhatian juga, saya mendapati murid sangat pasif apabila sesi
pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Melalui senarai semak, jelas menunjukkan
minat dan sikap terhadap mata pelajaran Sains di dalam kelas. Hampir 60% murid
kelas 4A tidak menyukai atau memandang negatif mata pelajaran Sains. Hasil daripada
soal selidik dan temubual yang dijalankan menunjukkan murid tidak menyukai mata
pelajaran Sains yang diajar.

PERINGKAT KEDUA

KAJIAN KEDUA
KAEDAH:
1. Temubual
2. Borang senarai semak
3. Borang analisis sebelum dan selepas kajian tindakan

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH DALAM
KAJIAN PERTAMA
1. Pembentukkan kumpulan.
2. Pengaplikasian kemahiran saintifik dalam setiap sesi pengajaran.

PEMBENTUKAN KUMPULAN
Masalah murid kelas 4A yang kurang berminat dalam mata pelajaran Sains telah
menyebabkan banyak masalah timbul semasa sesi pembelajaran dan pengajaran
Sains. Maka, saya telah memilih pendekatan pengajaran koperatif bagi kelas 4A
dengan harapan dapat mencapai objektif untuk menaikkan minat serta meningkatkan
motivasi murid-murid dan seterusnya meningkatkan prestasi mata pelajaran Sains kelas
4A.

PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN SAINTIFIK DALAM SETIAP SESI PENGAJARAN
Semasa setiap sesi pembelajaran dan pengajaran, saya akan menekankan
penguasaan kemahiran saintifik kepada murid-murid kelas 4A. Pada masa yang sama,
saya juga akan membekalkan nota-nota tentang kemahiran saintifik yang perlu mereka
kuasai kepada murid-murid kelas 4A.
KEPUTUSAN
Setelah hampir 4 minggu menjalankan kajian peringkat kedua, saya sekali lagi
menemubual beberapa orang murid secara rawak, mengedar borang senarai semak,
borang analisis sebelum dan selepas kajian tindakan. Secara tidak langsung, saya juga
membuat pemerhatian sepanjang saya menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran
mata pelajaran Sains kelas 4A.

PEMERHATIAN
Pada 15 Oktober 2012, saya telah menjalankan aktiviti pembelajaran secara koperatif
bagi tajuk “Bahan Semula Jadi dan Bahan Sintetik”. Semasa sesi pembelajaran dan
pengajaran ini, saya telah menyuruh murid mencari bahan semula jadi dan bahan
sintetik lalu menulis namanya. Saya membawa murid keluar dari kelas untuk
mendapatkan bahan-bahan tersebut. Hasilnya amat memberangsangkan. Murid-murid
kelas 4A menunjukkan tahap kerjasama yang amat tinggi untuk menjayakan kerja

berkumpulan yang diberikan. Murid-murid juga bekerjasama untuk mendapatkan
jawapan yang tepat. Aktiviti ini memperlihatkan murid-murid kelas 4A menyukai aktiviti
yang dijalankan.

TEMUBUAL
Saya telah menemubual semula murid kelas 4A yang telah disoal oleh saya pada kajian
peringkat pertama. 100% daripada mereka menyatakan mereka amat meminati,
gembira dan seronok pada sesi pembelajaran dan pengajaran Sains. Terdapat juga
murid kelas 4A yang meminta agar saya terus mengajar mereka mata pelajaran Sains
pada tahun depan (2013). Hasil temubual ini jelas menunjukkan saya telah berjaya
menarik minat mereka dalam mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran Sains.

SENARAI SEMAK
Saya telah memberikan senarai semak kepada setiap murid kelas 4A untuk diisi pada
minggu ke enam. Senarai semak ini akan menunjukkan sejauh mana minat dan sikap
mereka terhadap pembelajaran mata pelajaran Sains setelah diajar oleh saya.

A. MINAT
Hasil dapatan penyelidikan tentang minat yang telah dibuat pada peringkat kedua telah
menunjukkan peningkatan dimana seramai 45 orang murid iaitu 90% menyatakan
mereka amat berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sains. Manakala 5 orang
murid masih dalam keadaan ragu-ragu. Ini telah menunjukkan hampir kesemua murid
kelas 4A meminati mata pelajaran Sains.

B. GAYA PEMBELAJARAN
Kebanyakkan murid telah mengubah pendirian mereka terhadap gaya pembelajaran
yang mereka sukai. Seramai 45 orang murid iaitu 90% murid kelas 4A meminati
pembelajaran secara berkumpulan. Baki 5 orang murid atau 10% murid kelas 4A masih
ragu-ragu tentang jawapan mereka. Kelima-lima murid ini sangat lemah dalam mata
pelajaran tersebut. Lima orang murid ini mungkin berasa malu apabila sesi
perbincangan dalam kumpulan berlangsung kerana mereka takut memberikan
pendapat. Tetapi secara keseluruhannya, murid-murid kelas 4A telah memilih kaedah
pembelajaran koperatif untuk mata pelajaran Sains.

C. SIKAP TERHADAP SESI PEMBELAJARAN
Murid-murid kelas 4A telah mengubah persepsi negatif mereka terhadap mata pelajaran
Sains setelah mereka memahami kemahiran saintifik yang perlu mereka kuasai.
Dengan berbekalkan kemahiran saintifik ini, mereka telah mengetahui bagaimana untuk
mendapatkan maklumat. Pada masa yang sama, mereka telah mula menyukai mata
pelajaran Sains. Mereka tidak lagi menganggap mata pelajaran Sains sebagai mata
pelajaran yang membebankan tetapi menyeronokkan serta menghiburkan.

KESELURUHAN ITEM
Sikap murid terhadap mata pelajaran Sains telah menigkat. 90% murid telah menyukai
mata pelajaran Sains. Min skor bagi setiap soalan ialah 3.7. Ini bermaksud
kebanyakkan murid menyukai mata pelajaran Sains. Purata bagi skor murid ialah 56.1.

Ini menunjukkan mereka tidak berada di paras bahaya. Maklumat selanjutnya
ditunjukkan didalam jadual dibawah:
BILANGAN

SKOR

MIN/PURATA

PERATUS

PELAJAR
50 ORANG

56.1

3.7

75

ANALISIS SEBELUM DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKAN

1. SEBELUM
Sebelum kajian tindakan dibuat boleh dikatakan murid-murid kelas 4A tidak sesuai
untuk menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Sains. Aktiviti
pembelajaran dan pelajaran guru terdahulu mungkin tidak menarik minat murid kelas 4A
untuk belajar. Keadaan murid-murid yang bersikap negatif dan tidak berminat ini telah
menyebabkan murid-murid berasa susah dan tidak menyukai mata pelajaran Sains.

2. SELEPAS

Aktiviti yang menarik seperti diluar kelas dapat meningkatkan minat murid untuk
mempelajari mata pelajaran Sains. Murid suka suasana dan persekitaran belajar yang
baru. Pada masa yang sama pembelajaran koperatif turut membantu murid berkongsi
idea dan meningkatkan minat mereka terhadap Sains. Aktiviti yang menarik dapat
menarik minat murid untuk belajar.

ANALISIS BORANG DAN SOAL SELIDIK SEBELUM KAJIAN TINDAKAN DAN
SELEPAS KAJIAN TINDAKAN DALAM %
N

ITEM

SBLM

SLPS
YA

O

SBLM
SLPS
KADANG-

SBLM
SLPS
TIDAK

1

Keadaan kelas yang tidak sesuai untuk

60

90

KADANG
35
3

5

2

2

pembelajaran Sains.
Aktiviti pembelajaran dan pengajaran Sains yang

75

80

15

15

5

5

3
4
5

sangat membosankan
Makmal Sains yang sangat jauh daripada kelas.
Mata pelajaran Sains sangat susah untuk lulus
Bahan untuk pembelajaran Sains yang tidak cukup

45
15
45

30
5
70

25
55
45

50
25
20

30
30
10

20
70
10

6

sekolah.
Murid-murid lebih suka corak pembelajaran yang

20

90

60

5

20

5

80
60
80

15
50
40

10
35
40

5
40
40

10
15
15

75
10
20

berasakan aktiviti eksperimen dan gerak kerja
7
8
9

berkumpulan
Murid-murid hanya belajar untuk peperiksaan
Murid minat pembelajaran kerana meminati guru.
Sains tidak seronok seperti pembelajaran
Pendidikan Jasmani

10

Mata pelajaran sains sangat susah untuk difahami

90

15

3

25

7

60

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN
Setelah hampir selesai menjalankan kajian tindakan, saya telah memberikan
peperiksaan akhir tahun (PKSR2) kepada murid-murid kelas 4A. Hasilnya, hampir 80%
murid telah lulus dalam peperiksaan mata pelajaran Sains. Ini telah menunjukkan
peningkatan peratus lulus sebanyak 20% jika dibandingkan dengan peratus lulus dalam
peperiksaan terdahulu. Setelah menjalankan kaedah pembelajaran koperatif dan
menyerapkan unsur kemahiran saintifik, kefahaman murid-murid terhadap mata
pelajaran Sains telah bertambah. Ini telah membuktikan kaedah pembelajaran koperatif
amat sesuai dijalankan bagi mata pelajaran Sains di sekolah. Hasil daripada soal selidik
dan temubual, saya mendapati saya telah berjaya meningkatkan minat dan
memotivasikan

murid-murid

untuk

belajar

mata

pelajaran

Sains.

Kajian

ini

menghasilkan dapatan yang menarik. Sesetengah dapatan ini adalah tidak dijangka.
Dapatan utama adalah seperti berikut:

CADANGAN

1. Penggunaan Makmal
Murid-murid menyatakan mereka lebih senang belajar di tempat yang berbeza. Makmal
Sains merupakan tempat yang sesuai untuk menggantikan bilik kelas.

2. Pembelajaran Koperatif
Dapatan soal selidik mendapati bahawa 90% murid menyukai kaedah pembelajaran
koperatif. Saya berpendapat pembelajaran koperatif dapat membantu mereka dalam
mempelajari mata pelajaran Sains kerana murid-murid dapat membantu satu sama lain
ketika menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran Sains.

3. AMALI
Amali Sains dapat membantu murid untuk memahami konsep-konsep sains serta
kemahiran saintifik secara lebih mendalam. Pada masa yang sama, pembelajaran
Sains akan menjadi lebih mudah dan bermakna dengan membuat banyak amali Sains.

4.PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN SAINTIFIK DALAM SETIAP SESI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Kebanyakkan guru sering menyamakan semua teknik untuk setiap mata pelajaran yang
diajar. Tetapi, mata pelajaran Sains mempunyai teknik pendekatan pembelajaran yang
berbeza dimana kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir hendaklah dilihat sebagai
komponen pelengkap kepada semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran dan
bukannya sebagai bahan tambahan.

BIBLIOGRAFI

Abdul Wahid Ismail. (1989). Falsafah Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Chan Fok Cheong. (1983). Ujikaji dalam Sains. Kertas Kerja Seminar Sains
Kebangsaan.

Jurnal Akademik Jilid XIII 2001/2002, Maktab Perguruan Terengganu.

Ng Soon Boon. (1999). Pemupukan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir Melalui
Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Kimia
Kebangsaan.

Poh Siew Hiang. (1988). Pedagogi Sains. Penilaian dan Pengurusan Kurikulum Sains.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Stanley Laja Anak Jimbau. (2004). Mengkaji Minat dan Sikap Serta Cara-Cara
Meningkatkan Minat Murid-Murid Terhadap Pembelajaran Sains di Sekolah
Kebangsaan

Bandaran

No.3

Sibu.

Dipetik

dari

laman

sesawang

http://www.ebookscenter.co.uk/7729664/Kajian-Tindakan-an-Sains.html pada 20
September 2012.