OBJEKTIF SET 2 SMKPP51

BENGKEL PEMBINAAN ITEM
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM )
PERINGKAT WP PUTRAJAYA
TAHUN 2016

SET 2

1249/1
SEJARAH KERTAS 1

Disediakan oleh
ZALINA BT TAMBI
SMK Putrajaya Presint 5(1)

1. Rajah 1 menunjukkan pertembungan antara tamadun awal dunia.

Mesopotamia

Indus

Mesir Purba


Rajah 1
Apakah kesan pertembungan tersebut kepada tamadun Indus?
A. Pertukaran teknologi.
B. Peningkatan hasil ekonomi.
C. Perluasan kawasan pemerintahan.
D. Perkembangan hasil kesusasteraan.
2. Apakah kepentingan kandungan karya The Art of War yang ditulis oleh Sun Tzu kepada
masyarakat hari ini?
A. Mengatur strategi perniagaan
B. Memperkukuh kedudukan pemerintah
C. Membantu pelaksanaan peperiksaan awam
D. Menyemarakkan perjuangan tentera di medan perang
3. Rajah 2 berkaitan dengan sistem republik yang diamalkan di Rom.
Konsul 1 dan Konsul 2

Dewan Senat

Dewan Perhimpunan
Rajah 2

Mengapakah dua orang konsul dilantik mengetuai pentadbiran?
A. Memilih pemimpin berwibawa
B. Mengimbangi kuasa pemerintah
C. Memudahkan perluasan empayar
D. Memperkukuh kedudukan pemerintah

4. Jadual 1 berikut berkaitan dengan Perang Kalinga yang berlaku pada tahun 261 S.M.

Peristiwa
Perang
Kalinga



Kesan
100,000 orang terkorban

 150,000 orang tercedera
Jadual 1


Apakah kesan perang tersebut ke atas pemerintahan Asoka?
A.
B.
C.
D.

Pengamalan sistem demokrasi
Menamatkan perluasan kuasa
Menamatkan sistem pemerintahan beraja
Penaklukan melalui penyebaran agama Buddha

5. Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan Tasik Tonle Sap?
I.

Sumber air untuk pertanian

II.

Sesuai dijadikan kawasan riadah


III. Kemudahan membaiki kapal
IV. Bekalan air minuman
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
6. Pernyataan berikut merujuk kepada hubungan antara kerajaan agraria dengan kerajaan
maritim.
Saling bergantung antara satu sama lain
Apakah kesan hubungan tersebut kepada kerajaan agraria?
A. Menjadi kuasa laut yang unggul
B. Pembekal barangan mewah
C. Pembekal sumber tenaga kerja
D. Menakluk kawasan berhampiran

7. Maklumat berikut merujuk kepada peperangan yang berlaku dalam kalangan masyarakat
Arab pada zaman Jahilliah.




Perang Al-Basus
Berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar



Berlangsung selama 40 tahun

Bagaimanakah peperangan tersebut dapat dielakkan?
A. Mengimbangi taraf ekonomi antara penduduk
B. Meningkatkan kemajuan infrastruktur
C. Meningkatkan persefahaman antara penduduk
D. Memperkuat pasukan ketenteraan
8. Nabi Muhammad s.a.w. diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan
semula Hajar Aswad ke tempat asalnya.
Tafsiran daripada peristiwa perletakan semula Hajar Aswad menunjukkan
A. Nabi Muhammad SAW suka membantu masyarakat Arab yang berada dalam kesusahan
B. kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW menyelesaikan masalah yang timbul
C. amalan kerjasama dalam kehidupan masyarakat dipraktikkan
D. Nabi Muhammad s.a.w. menyayangi semua ciptaan Allah
9. Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah?

I.

Bebas menjalin hubungan dengan pihak luar

II. Terlibat dalam pentadbiran negara
III. Diiktiraf sebagai penduduk Madinah
IV. Dijamin keselamatan selagi setia
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

10. Pernyataan berikut merupakan satu daripada syarat Perjanjian Hudaibiyah.
Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa

kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
Mengapakah Nabi Muhammad SAW menerima syarat tersebut walaupun tidak dipersetujui
para sahabat lain?
A. Mengelakkan peperangan
B. Mempertahankan imej Islam

C. Memelihara hubungan kekeluargaan
D. Memudahkan penyebaran ajaran Islam
11. Pernyataan berikut merujuk kepada tindakan yang diambil oleh Khalifah Ali bin Abu Talib
dalam satu peperangan saudara, iaitu Perang Siffin.
Dalam Perang Siffin, tentera Saidina Ali bin Abu Talib hampir mencapai
kemenangan. Oleh sebab pihak Muawiyah telah mengangkat al-Quran,
Ali telah menghentikan peperangan tersebut.

Apakah kesimpulan yang tepat terhadap tindakan Ali di atas?
A.

Sentiasa mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.

B.

Merupakan helah dan strategi peperangan.

C.

Ingin mengambil hati Muawiyah, iaitu bakal pemimpin Islam.


D.

Ali khuatir tenteranya akan berpihak kepada Muawiyah.

12. Mengapakah kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat di Damsyik menjadi lemah dan
akhirnya jatuh ke tangan pemerintahan Bani Abbasiyah?
I. Perasaan tidak puas hati golongan mawali
II. Khalifah mengabaikan ajaran Islam
III. Tentangan daripada golongan Yahudi
IV. Ibu kotanya ditawan oleh tentera Monggol
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
13. Wilayah berikut termasuk dalam jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka.


Aru




Siak



Rokan

Apakah usaha sultan Melaka untuk memperkukuh kedudukan Islam di wilayah tersebut?
A. Melatih pendakwah tempatan
B. Membina institusi pendidikan
C. Mendirikan pusat penterjemahan
D. Menghantar ulama mengajar agama Islam
14. Perkara yang manakah menunjukkan kedatangan Islam ke Asia Tenggara mempengaruhi
cara hidup masyarakat tempatan?
A. Amalan bersemah
B. Adat persandingan
C. Persaudaraan ummah
D. Cara bercucuk tanam
15. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan formal di Tanah Melayu.



Terdapat sukatan pelajaran



Dilaksanakan secara kelas



Pengajaran mengikut tahap

Maklumat tersebut berkaitan dengan
A.

sekolah pondok

B.

sistem madrasah


C.

pengajaran di istana

D.

pembelajaran di masjid

16. Pepatah berikut merupakan gambaran kehidupan dan nilai murni yang dipegang oleh
masyarakat Melayu.

Seikat seperti sirih, serumpun seperti serai dan sedencing
seperti besi
Apakah nilai murni yang dimaksudkan?
A. Perpaduan
B. Rajin bekerja
C. Bertolak ansur
D. Hormat menghormati
17. Apakah sifat-sifat manusia yang boleh kita rumuskan melalui pencapaian Zaman
Renaissance?
I. Taat setia
II. Semangat inkuiri
III. Yakin kepada diri sendiri
IV. Gentar menghadapi cabaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
18. Pada tahun 1833, Akta Kilang telah digubal bagi melindungi kepentingan pekerja di Britain.
Antara penyataan berikut yang manakah berkaitan dengan akta tersebut?
A. Penggunaan mesin ditegah
B. Pengambilan buruh mahir ditingkatkan
C. Melarang wanita bekerja di lombong arang batu
D. Melarang kanak-kanak bawah sembilan tahun bekerja
19. Andaikan anda mengusahakan sebidang tanah di Tanah Melayu pada awal abad ke-18?
Bagaimanakah anda menjalankan aktiviti tersebut?
A.

Mendapat keizinan residen

B. Memperoleh perkenan sultan
C. Mendapat kebenaran pembesar
D. Mempunyai sumber kewangan
20. Akta Tanah Simpanan Melayu telah diperkenalkan pada 25 November 1913.
Apakah kesan akta tersebut terhadap orang Melayu?

A. Peningkatan taraf hidup
B. Pengekalan pemilikan tanah
C. Meneroka petempatan baru
D. Mempelbagai jenis tanaman
21. Jadual 2 menerangkan perubahan dalam bidang pentadbiran yang berlaku di Thailand pada
abad ke-19.
Tokoh
Raja Mongkut
Raja Chulalongkorn

Perubahan Yang Dibuat
Melantik 80 orang penasihat
British
Memperkenalkan Majlis Penasihat
Rendah
Jadual 2

Apakah implikasi pelaksanaan birokrasi Barat kepada negara Thai ?
A.

Memperkukuh sistem pemerintahan beraja

B.

Memelihara kedaulatan negara

C.
D.

Penguasaan ekonomi oleh pembesar
Persaingan kuasa Barat

22. Jadual 3 merujuk kepada novel yang dihasilkan di Asia Tenggara sebelum Perang Dunia
Kedua.
Novel
Noli Me Tenggere
Kerikil-kerikil Tajam
Putera Gunung Tahan

Penulis
Jose Rizal
Chairil Anwar
Pak Sako

Jadual 3
Andaikan anda adalah salah seorang penulis karya di atas, apakah mesej yang ingin anda
sampaikan?
A. Tuntutan kemerdekaan
B. Kemajuan teknologi
C. Penindasan oleh penjajah
D. Kepentingan pendidikan
23. Rajah 3 di bawah merujuk kepada kesan peristiwa X kepada ekonomi Asia Tenggara pada
abad ke-19.
Urusan perniagaan menjadi
lebih mudah
X
Perdagangan antarabangsa
menjadi lebih pesat
Rajah 3
X ialah
A. penciptaan telegraf
B. penggunaan wang kertas
C. penciptaan kereta bermotor
D. penubuhan institusi perbankan
24. Jadual 4 menunjukkan tokoh tempatan yang telah menentang kuasa British pada abad ke-19.
Tokoh
Rentap
Mat Salleh

Negeri
Sarawak
Sabah
Jadual 4

Mengapakah penentangan tersebut berlaku?
A. Pencerobohan kawasan
B. Penghapusan sistem perhambaan

C. Peningkatan kemasukan imigran
D. Paksaan membayar ufti





Pengasuh, 1918
Majalah Guru, 1924
Bulan Melayu, 1930

25. Mengapakah majalah di atas penting ketika itu?
A. Menghayati ajaran agama
B. Menghargai warisan bangsa
C. Meningkatkan kemajuan bangsa
D. Menggalakkan budaya membaca
26. Kesultanan Melayu Melaka meninggalkan pelbagai warisan sosiopolitik dalam sistem
pemerintahan negara kita pada hari ini.
Apakah yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka?
I. Undang-undang bertulis
II. Amalan demokrasi
III. Pembinaan empayar
IV. Sistem pemerintahan beraja
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

27. Pernyataan berikut berkaitan dengan Sistem Jemaah Menteri di Kelantan.
 Terdapat lapan Jemaah Menteri
 Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas
asing-masing
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang pelaksanaan sistem tersebut?
A. Sistem demokrasi bermula di Kelantan
B. Sistem pentadbiran Kelantan sentiasa berubah
C. Kelantan mengamalkan sistem pentadbiran barat

D. Kelantan mempunyai sistem pentadbiran yang mantap
28. Petikan berikut adalah cogan kata kanak-kanak sekolah semasa perarakan menentang
Malayan Union di bandar Alor Setar.
“ Wahai ibu bapaku, peliharalah hak-hak
kami sementara kami besar”.
Warta Negara
21 April 1946
Apakah hak yang diperjuangkan oleh kanak-kanak tersebut?
A. Meningkatkan pendidikan orang Melayu
B. Kebebasan berpolitik orang Melayu
C. Peningkatan ekonomi orang Melayu
D. Kedudukan istimewa orang Melayu
29. Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946.
Mengapakah penyerahan tersebut tidak dipersetujui oleh penduduk Sarawak?
A. Mencanggahi Perlembagaan 1941
B. Mendapat tentangan ahli Majlis Negeri
C. Menghapus hak istimewa pemimpin tempatan
D. Menggugut pembesar bagi mendapat persetujuan
30. Pernyataan berikut menunjukkan isu hangat semasa penggubalan Perlembagaan 1957.
Kerakyatan jus soli yang menjadi tuntutan orang
dagang tidak dapat diterima orang Melayu

Apakah sikap yang patut diamalkan dalam menghadapi isu tersebut?
A. Berani kerana benar
B. Semangat tolak ansur
C. Tegas dalam pendirian
D. Sabar menghadapi cabaran
31. Jadual 5 merujuk kepada kemerdekaan yang dicapai oleh Indonesia dan Persekutuan Tanah
Melayu.
Negara
Indonesia
Persekutuan Tanah Melayu

Tarikh Kemerdekaan
15 Ogos 1945
31 Ogos 1957

Jadual 5
Apakah perbezaan yang terdapat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan antara negaranegara di atas ?
A.

Perpaduan rakyat

B.

Saluran perjuangan

C.

Bentuk perjuangan

D.

Kerjasama pemimpin

32. Pernyataan di bawah merujuk kepada keadaan hubungan antara Malaysia dengan Indonesia
pada peringkat awal penubuhan Malaysia
Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia telah mendatangkan pelbagai
kesulitan

dan

kesusahan

kepada

penduduk

Tanah

Melayu.

Walaubagaimanapun, terdapat kebaikan akibat dasar konfrontasi tersebut.
Apakah kebaikan tersebut ?
A.

Membolehkan Malaysia mendapatkan bantuan daripada Komanwel

B.

Mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia

C.

Meningkatkan martabat Malaysia di mata dunia

D.

Mempercepat proses pembentukan Malaysia

33. Tarikh penubuhan Malaysia yang dijadualkan pada 31 Ogos 1963 telah ditunda ke 16
September 1963.
Mengapakah tarikh pengisytiharan tersebut terpaksa dipinda ?
A.

Indonesia telah melancarkan konfrontasi secara besar-besaran

B.

Presiden Macapagal dari Filipina menuntut wilayah Sabah

C.

Referendum di Singapura belum menunjukkan hasil yang positif

D.

Laporan oleh Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu belum lengkap
Dari Seremban ke Felda Palong,
Singgah sebentar di Gerai Asia,
Bersatu hati, tolong menolong,
Aman makmur rakyat Malaysia

34. Berdasarkan pantun di atas, apakah unsur yang boleh dikaitkan dengan Perlembagaan
Malaysia?
I.
Kestabilan politik
II.
Perpaduan rakyat
III.
Kebebasan bersuara
IV.
Pembentukan kerajaan
A.
I dan II
B.
I dan IV
C.
II dan III
D.
III dan IV
35. Gambar di bawah adalah Jata Negara yang menjadi kebanggaan bangsa dan negara
Malaysia.

Jata Negara Malaysia
Rakyat Malaysia mesti berbangga dengan Jata Negara tersebut kerana ia adalah lambang
A keagungan
B kegigihan
C
D

kemajuan
kedaulatan

36. Pernyataan berikut ada kaitan dengan usaha mendaulatkan Bahasa Melayu
Akta Bahasa Kebangsaan telah diluluskan pada tahun 1967
Apakah kesan
akta di atas kepada kedudukan Bahasa Melayu?
A. Memajukan Bahasa Melayu
B. Mengukuhkan kedudukan Bahasa Melayu
C. Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu
D. Menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
37. Senarai berikut merujuk kepada agensi kerajaan yang ditubuhkan dalam Rancangan
Malaysia Pertama?


Majlis Amanah Rakyat (MARA)



Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Apakah persamaan peranan agensi kerajaan di atas?
A. Mengawal kemasukan bahan makanan import
B. Meningkatkan pengeluaran tanaman makanan
C. Melatih bumiputera dalam bidang perindustrian
D. Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
38. Rajah 4 merujuk kepada perikatan negara Eropah yang wujud pada akhir abad ke-19.
Jerman

Perikatan
Kuasa
Tengah
(1882)

Austria-Hungary
Itali

Apakah implikasi pembentukan pakatan tersebut?
A.
B.
C.
D.

Perebutan bahan mentah
Peningkatan ekonomi dunia
Permulaan persaingan dunia
Pembentukan perpaduan sejagat
Hubungan Luar Negara Malaysia




Negara-negara Komanwel
Negara-negara Berkecuali
Negara-negara Selatan

39. Apakah tujuan Malaysia mengadakan hubungan luar dengan negara di atas?
I. Menjamin keselamatan negara
II. Mengekalkan kedaulatan negara
III. Mengadakan pakatan ketenteraan
IV. Memantapkan struktur pentadbiran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Walaupun globalisasi membawa kemajuan
dalam bidang teknologi maklumat, namun ia
boleh membawa kesan negatif
40. Apakah kesan negatif yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas?
A. Menjadikan dunia tanpa sempadan
B. Melahirkan manusia yang tidak bermoral
C. Menyekat peluang pekerjaan
D. Mewujudkan manusia yang mementingkan kebendaan

SEJARAH KERTAS 1
JAWAPAN SET 2
NO

JAWAPAN

N

JAWAPAN

N

JAWAPAN

N

JAWAPAN

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

A
A
B
D
B
C
C
B
D
A

O
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

A
A
D
C
B
A
C
D
C
B

O
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

B
C
A
A
C
B
D
D
A
B

O
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40

C
B
D
A
D
B
D
C
A
C

Disediakan oleh
ZALINA BT TAMBI
SMK Putrajaya Presint 5(1)