OBJEKTIF AM DAN OBJEKTIF KHUSUS

OBJEKTIF AM DAN OBJEKTIF KHUSUS
OBJEKTIF AM
Objektif am yang berkaitan tentang agama islam ialah Orang-orang Muslim,
penganut Islam, percaya bahwa Qur’an itu merupakan firman Allah yang terakhir dan
sempurna. Selain itu, banyak orang Muslim yang menolak Qur’an dalam versi
bahasa lainnya. Terjemahan bukanlah versi yang sah dari Qur’an; yang hanya
tersedia dalam bahasa Arab. Meskipun Qur’an merupakan kitab suci yang utama,
Sunnah dipandang sebagai sumber kedua untuk pengajaran agama. Sunnah ditulis
oleh sahabat-sahabat Muhammad tentang apa yang dikatakan, dilakukan dan
disetujui oleh Muhammad. Kepercayaan utama Islam itu menyakini bahwa tidak ada
Tuhan selain Allah; yang esa dan sejati, dan Muhammad merupakan rasul Allah.
Cukup dengan mengucapkan kepercayaan ini, seseorang langsung dianggap
memeluk agama Islam. Kata “Muslim” itu sendiri berarti "orang yang takluk kepada
Allah.” Islam menganggap diri sebagai satu-satunya agama yang benar yang
menjadi sumber dari semua agama lain.

OBJEKTIF KHUSUS
Dalam objektif khusus ini, kami mengkaji tentang, solat sunat, solat Puasa: selain
berpuasa pada waktu tertentu, semua orang Muslim harus berpuasa saat merayakan
Ramadan (bulan kesembilan dalam kalender Islam) dan solat- solat yang terkenal di
Malaysia. Selanjutnya, kami ingin memberi sedikit informasi tentang perkara yang

kami sebutnya tadi. Kami mengkaji di tempat MASJID IMAN AS SYAFIE tentang
Solat Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang
merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam
sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam
keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.Tujuannya
Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan dan
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Menggunakannya untuk menghafal kembali
surah al-Quran. Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.ya. Kami
juga berbuka puasa di Masjid tersebut.

Seterusnya, Kami mengkaji tentang Solat Sunat Dhuha dan Tahiyyatul di MASJID
USAMAH BIN ZAID. Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih
seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak
yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan
adalah dua rakaat. Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik.
Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim
waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk

7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00

pagi. Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah
anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam
pukul 9.30 pagi. Selain itu, untuk Solat Tahiyyatul pula olat Sunat Tahiyatul Masjid
ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan
sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu
duduk atau melakukan sesuatu yang lain. Tujuannya membuat solat ini ialah
1. Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.
2. Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.
3. Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda ketika di masjid.

Selain itu,Qiamullail Amalan Utama Ramadhan . Pada waktu siangnya umat Islam
diwajibkan berpuasa, manakala malamnya disunatkan ‘Qiamullail’ iaitu ‘memakmur
dan menghidupkan malam dengan ibadat’. Qiamullail dituntut dan dijanjikan dengan
pelbagai kelebihan. Antaranya sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang melakukan
qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan
diampunkan
dosa-dosanya
yang
lalu.”
(Hadis

riwayat
Bukhari
dan
Muslim).Berikutnya dikaji di tempat MASJID WILIYAH.
Seterusnya, Kami ingin mengkaji Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama
Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke
atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu
tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam. Solat
fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor,
asar, maghrib dan isyak.Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya
untuk mengulangkannya dengan niat qada.Bagi mereka yang musafir, ia merupakan
rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan
menjamakkannya.