Masa depan sesebuah negara itu dapat dir

Masa depan sesebuah negara itu dapat diramal hanya dengan melihat golongan
muda yang bermastautin di negara tersebut . Assalamualaikum dan selamat
sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang adil lagi
bijaksana dalam menegakkan panji keadilan, guru-guru yang sentiasa komited
dalam menjalankan tugas , rakan-rakan seperjuangan yang turut sama berjuang
untuk bergelar juara serta hadirin-hadirat yang dihormati sekalian. Teguh berdirinya
saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk,
“Program televisyen yang berbentuk hiburan merupakan factor kemerosotan
pencapaian akdemik dalam kalangan pelajar di sekolah” .apa yang saya bakal
utarakn mengenai tajuk ini berkait rapat dgn masalh pelajar pada masa sekrang ini.
Bibir saya bukan diretak panas ,bahkan banyak kesan buruk yang kita dapat lihat
yang berlaku dlm kalangn para pelajar hari ini

Hadirin sekalian,
Terungkapnya pembuka bicara daripada bibir saya sebentar sahaja tadi bukan
hanya sekadar kiasan, tidak pula sebagai hiasan namun ia merupakan sebuah
hipotesis yang dibuat berdasarkan penyelidikan yang rapi serta pemerhatian yang

Remaja ialah

teliti.

Tulang Belakang negara. Jelas terbukti bahawa remaja
pada masa kini mencerminkan masa depan sesebuah negara. Hal ini demikian
kerana, golongan separa matang ini merupakan benih-benih yang bakal bercambah
dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Jika mereka dijaga dan
dibesarkan dengan baik, maka cerahlah masa depan negara tersebut. Namun, jika
mereka diabaikan dan tidak mendapat pendidikan yang optimum maka hancur
berkecailah masa depan negara tersebut.

TELEVISYEN adalah media yang menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat
terutama golongan pelajar. Televisyen menayangkan banyak perkara seperti politik,
ekonomi, sosial, sukan dan hiburan. Pelajar merupakan golongan yang teramai
menonton televisyen. Rancangan yang menjadi kegemaran mereka adalah hiburan,
seperti kartun dan nyanyian. Hiburan boleh mendatangkan ketenangan,
menghilangkan kekecewan, dan mengatasi masalah emosi, tetapi kartun di
televisyen sering berorientasikan hiburan yang patut dijauhi kerana ia bukan
mematangkan tetapi menjadikan pelajar berfikiran negatif. MENONTON RANCANGAN
TELEVISYEN YANG BERBENTUK HIBURAN DENGAN MELAMPAU Ikan di hulu tuba di hilir yang
bermaksud perbuatan sia ai

Banyak kesan negatif menonton televisyen kepada golongan pelajar, bukan hanya

terhadap fizikal menurut sains tetapi juga terhadap emosi dan tingkahlaku.
Antaranya ialah menjejaskan prestasi akademik. Menurut laporan Jabatan
Pendidikan Amerika Syarikat (1994), pencapaian akademik jatuh ketara bagi pelajar
yang menonton lebih daripada 10 jam seminggu.

Otak direka bagi memenuhi cabaran-cabaran kognitif. Ia seperti otot: jika kita tidak
membuat latihan ia akan lemah. Jika tidak melatih otak, ia juga akan lemah.
Kemahiran bahasa boleh dirangsang melalui pembacaan dan juga perhubungan dua
hala lebih-lebih lagi keluarga iaitu ibu bapa bukannya menonton televisyen.
Menonton televisyen adalah proses interaksi sehala sahaja iaitu televisyen
menayangkan rancangan dan pelajar sibuk menonton tanpa berfikir dan tidak
kreatif.bab kata pepatah Fikir itu pelita hati

Remaja yang terlalu taksub dengan rancangan hiburan realiti akan membazirkan
masa tanpa berfaedah. Setiap detik yang berlalu hanya membawa minda mereka ke
alam hiburan realiti. Mereka sentiasa memikirkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan rancangan hiburan itu sambil terus meminggirkan perkara-perkara yang
lebih penting, terutamanya pelajaran. Sebagai contoh, apabila rancangan Akademi
Fantasia hampir ke udara, maka perasaan teruja akan menyebabkan remaja yang
fanatik dengan rancangan itu akan melupakan hal-hal yang lain. Dalam konteks ini,

sudah terang lagi bersuluh bahawa rancangan realiti di televisyen mengakibatkan
tumpuan pemikiran remaja beralih dari bidang akademik ke bidang yang remehtemeh. apabila mereka mengabaikan pelajaran akan mempengaruhi keputusan
peperiksaan.justeru jgn sampai seperti nasi menjadi bubur kerna sesal dahulu
pedapatn sesal kemudian tiada gunanya lagi.

Hadirin hadirat yang saya kasihi sekalian
.Gejala yang paling membimbangkan marcapada ini ialah pengaruh hedonisme
yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat. Hedonisme merujuk kepada
fahaman atau pegangan yang mementingkan hiburan dan keseronokan dalam
kehidupan. Budaya ini turut disuburkan dengan program realiti yang telah
mendapat sambutan hangat daripada kalangan remaja. Kemunculan rancangan
hiburan yang berbentuk realiti telah menjadi virus yang menyebabkan barah dalam
masyarakat semakin parah. Fanatisme terhadap hiburan telah menjadikan golongan
remaja semakin alpa terhadap peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenar.
Keseronokan menghayati dunia hiburan telah mengatasi segala-galanya. Kaset,
cakera padat, cakera padat video, cakera padat digital dan lambakan majalah
hiburan memenuhi ruang kamar remaja. Demikian juga halnya dengan gambar dan
poster bintang pujaan mereka yang memenuhi dinding, fail dan kulit buku remaja
pelajar. Lantas, sajian rancangan hiburan berbentuk realiti telah menyubursegarkan
fahaman hedonisme dalam kalangan remaja. Pendirian yang tidak tetap.I BARAT

Kemana angin deras, kesitu condongnya mendatngkn byk lagi kesan negative pada
pelajar

Tambahan pula, program berbentuk hiburan itu turut memaparkan
pemaparan kesopanan yang bertentangan dengan kebudayaan tradisional

kita. Sudah banyak kali kita mendengar komentar masyarakat yang
mengaitkan dengan kehilangan adat sopan generasi muda akibat terlalu
terpengaruh dengan budaya yang mereka tonton di televisyen itu. Budaya
memarahi ibu bapa, bergaduh dengan guru dan mengeluarkan bahasa
kesat sudah dianggap biasa kerana masyarakat sering melihat adegan
sebegini di televisyen. Jelaslah, masyarakat kita semakin melupakan adat
sopan ketimuran yang suatu masa dahulu amat kita banggakan sudah
hilang lantaran terlalu banyak menonton adegan yang kurang sesuai di
televisyen pula. Oleh demikian Buang yang keruh, ambil yang jernih

Begitu juga penggunaan bahasa dalam rancangan hiburan yang disiarkan
menerusi televisyen telah menyebabkan kebudayaan tradisional kita
terjejas. Akibat aspek masa dan cuba menjadikan rancangan hiburan itu
lebih menarik, penggunaan bahasa yang rojak dan tidak tepat digunakan

secara meluas sehingga menjadikan masyarakat sukar hendak
membezakan penggunaan bahasa yang betul. Keadaan ini menyebabkan
ada pihak yang menganggap bahasa dalam televisyen itu lebih betul
berbanding dengan tatabahasa yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka di negara ini. Maka, kekeliruan sebegini menjadikan bahasa
kebangsaan kita akan diperlekehkan penggunaannya oleh pihak-pihak
tertentu sehinga menjejaskan imej kebudayaan tradisional negara kita
pada jangka masa panjang pula.
Kesimpulannya, televisyen memberi pengaruh yang besar dan boleh mendatangkan
kesan yang buruk kepada pelajar. Pelajar harus bijak memilih rancangan yang
sesuai yang mendatangkan manfaat. Jauhi sebarang rancangan yang boleh
merosakkan akal, fikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, perancangan yang
pragmatik serta inisiatif yang efektif haruslah dirancang dan diimplimentasikan
dengan kadar segera agar permasalahan ini dapat dicegah sesuai dengan pepatah
Melayu yang mengatakan, “mencegah lebih baik daripada merawat” Antara usaha
yang wajar diambil oleh pihak seperti Kementerian Pelajaran Negara adalah dengan
memberikan pendedahan serta pendidikan kepada remaja tentang kepentingan diri
mereka terhadap masa depan negara sejak di bangku sekolah lagi.Pada tempoh ini,
remaja lebih mudah untuk dibentuk dan diasuh bagi menjadi modal insan yang
berkualiti kerana mereka masih belum pandai untuk melawan dan hanya akan

mengiyakan setiap butir kata yang disemai dalam diri mereka. Hal ini sesuai dengan
pepatah yang mengatakan, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.