Contoh karangan 1 BAGAIMANA MENJADI SEOR

Contoh karangan 1
BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENGGUNA YANG BESTARI DEMI
MENGATASI MASALAH EKONOMI NEGARA.
............Keperluan membentuk kesedaran dalam kalangan para pengguna demi
memantapkan ekonomi negara adalah satu agenda yang berkepentingan tinggi
dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan suatu aliran “Pengguna Perkasa”. Jika
pada suatu masa dahulu, penjual, pembekal atau pun pengilang boleh bertindak
menaikkan harga sesuatu barangan di pasaran terutamanya apabila menjelang
sesuatu musim perayaan mengikut suka hati mereka, hari ini dengan kesedaran
dalam kalangan pengguna khususnya bahawa kekuatan sebenarnya berada dalam
tangan pengguna sendiri, keadaan-keadaan seperti ini telah semakin berkurangan.
Kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini, jika tidak dibendung dengan berkesan
akhirnya akan membahayakan ekonomi negara dan akibatnya masyarakat juga
yang akan menanggung rugi.
............Jika pengguna terasa ditipu dengan sesuatu produk, maka pengguna boleh
bertindak memboikot barangan berkenaan. Tindakan ini akhirnya akan memberi
kesan kewangan negatif kepada syarikat pembuat barangan berkenaan, dan ini
akan memberi kesedaran kepada mereka tentang “kuasa pengguna”. Kesedaran
dan keprihatinan ini perlu datang daripada para pengguna sendiri. Contohnya
apabila kita membeli tepung sekampit yang ditulis berat bersihnya 1 kilogram,
adalah wajar bagi kita menimbang semula kampit tepung berkenaan dan

memastikan bahawa berat bersih produk berkenaan adalah benar-benar 1 kilogram.
Sebagai pengguna prihatin, kita juga perlu mengambil tahu dengan lebih teliti
tentang barangan yang kita beli. Apakah ramuannya? Adakah bahan pewarna yang
digunakan menepati syarat-syarat kesihatan pengguna seperti yang telah di
tetapkan oleh kerajaan? Adakah produk berkenaan mengandungi MSG? Adakah
produk itu benar-benar berstatus halal? Adakah harga jualannya menepati harga
yang telah ditetapkan oleh kerajaan? Ketika membeli belah, berapa ramaikah yang
akan membelek-belek dan membaca setiap satu pek atau tin barangan yang
hendak dibeli dan membuat perbandingan harga setiap produk yang dibeli? Isu-isu
sebeginilah yang perlu menjadi perhatian para pengguna hari ini.
............Fenomena kenaikan harga barangan keperluan ini bukanlah suatu masalah
yang cuma berlaku di Malaysia sahaja, malahan telah menjadi suatu permasalahan
global hari ini. Pada Oktober 2007, rakyat Itali telah memboikot keluarangan
barang-barang “pasta” apabila harga makanan ini naik melebihi 20 peratus dalam
masa seminggu. Hasil daripada tindakan ini pengeluar “Pasta” terpaksa akur
kepada sentimen “kuasa pengguna” Itali, dan menurunkan semula kadar harga
barangan berkenaan. Mekanisma penyebab pada kenaikan harga barangan
sememangnya berhubung rapat antara satu sama lain. Contohnya di Mexico,
apabila permintaan meningkat untuk minyak bio-diesel yang dipanggil “Ethanol”
yang dihasilkan daripada jagung, maka harga jagung di pasaran terus melambung

dan ini menyebabkan timbulnya masalah bekalan jagung kepada penternak lembu
tenusu yang juga memerlukan jagung sebagai makanan utama untuk haiwan
ternakan mereka. Ekoran ini harga susu, keju, dan mentega pula turut naik di
pasaran Mexico. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Pertanian dan

Pemakanan Sedunia yang beribu pejabat di Brussels, harga pasaran makanan
sedunia pada hari ini naik sebanyak 70 peratus berbanding dengan harga pada
tahun 2000. Jadi sebagai pengguna yang bijak, mereka perlu bertindak dengan
menggunakan "kuasa pembeli" mereka.
............Hakikatnya pada hari ini, dengan meningkatnya taraf hidup bagi pendudukpenduduk di negara-negara membangun dunia yang besar seperti China dan India,
maka permintaan dunia untuk barangan seperti gandum, beras, minyak masak dan
bahan-bahan keperluan asas kehidupan yang lain akan terus juga meningkat.
Faktor lonjakan harga minyak dunia juga bererti bahawa kos dalam proses
pembuatan serta penghantaran akan terus meningkat dan ini akan menyumbang
pada peningkatan harga barangan di pasaran. Faktor cuaca juga memainkan
peranan yang penting bagi sektor penanaman sedunia. Permintaan bahan mentah
seperti jagung, gandum dan lain-lain lagi untuk diproseskan menjadi bio-fuel atau
ethanol adalah juga merupakan faktor penyumbang kepada kestabilan harga
barangan pasaran.
............Manusia memerlukan tiga perkara asas untuk kehidupan iaitu makanan,

pakaian dan tempat tinggal. Akibat krisis bekalan makanan yang gagal dikawal,
akan membawa kepada kemelut kenaikan harga bekalan makanan di pasaran dan
ini akan akhirnya menyebabkan berlakunya infasi pada ekonomi sesebuah negara.
Oleh itu, pemantauan dan usaha berterusan perlu diperhebatkan lagi dalam usaha
untuk menangani apa-apa jua krisis bersangkutan yang berkemungkinan akan
timbul pada masa depan. Kita sebagai pengguna yang bijak adalah agen pemerhati
harga barangan di pasaran yang paling efektif untuk membantu pihak kerajaan
memantau pergerakan harga-harga pasaran. Selain itu, akta undang-undang
perlindungan pengguna yang membawa kepada hukuman yang lebih drastik
mestilah terus digubal demi untuk perlindungan jangka panjang kepada pengguna.
............Kementerian yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk
menjaga hal ehwal pengguna ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna. Pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh kementerian
terbabit demi memastikan kebajikan pengguna benar-benar terjamin. Antara
langkah-langkah berikut adalah dengan menubuhkan Stok Penimbal Kebangsaan
serta Penubuhan Majlis Harga Negara. Kerajaan juga turut mengenakan larangan
membawa keluar barangan kawalan dari Malaysia serta memberi pengetahuan dan
kefahaman kepada pengguna tentang hak-hak mereka melalui penggubalan rang
undang-undang “Akta Perlindungan Pengguna 1999” dan penubuhan Mahkamah
Tribunal Pengguna. Pada masa yang sama, kerajaan juga menggerakkan sektor

pertanian negara secara aggresif sebagai langkah membangunkan Sarawak sebagai
“Negeri Jelapang Padi Kedua Negara”.
............Tindakan-tindakan ini telah berjaya mengawal kestabilan harga barangan di
pasaran dan juga dengan bantuan padu beberapa agensi berwajib yang lain, telah
dapat mengurangkan kadar aktiviti penyeludupan bahan makanan ke negara jiran.
Hasil daripada pemantauan berterusan dan beberapa lagi langkah susulan proaktif
kerajaan, kebajikan dan kesejahteraan kita sebagai pengguna telah dapat
dimantapkan lagi. Dengan terlaksananya perubahan-perubahan kritikal ini, telah
dapat membantu untuk memangkinkan lagi ekonomi negara. Justeru marilah kita
sebagai pengguna bersama-sama memupuk kesedaran tentang hak-hak kita,

langsung menjalankan tanggungjawab sosial kita dan juga memartabatkan diri kita
sebagai “Pengguna Bestari”.
MEMINJAM DARIPADA CETI HARAM DAN KESANNYA.
(Huraikan isi karangan supaya menjadi lebih panjang sesuai dengan SPM)
............Kegiatan ceti haram sememangnya tidak asing lagi pada masa kini. Malah,
kegiatan ini juga sering dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah berat seperti
pengedaran dadah, serta pil-pil khayal, sindiket pelacuran, dan pembunuhan.
Kegiatan ini sekiranya tidak diatasi dengan segera, boleh mengundang padah
bukan sahaja kepada masyarakat, bahkan juga kepada pembangunan negara. Kini,

dalam era yang lebih moden, kegiatan ceti haram lebih terkenal dengan jolokan
"along" dan kegiatan mereka kebiasaannya bertumpu di semua bandar di negara
kita.
............Isu ceti haram boleh dilihat sebagai kegiatan sekumpulan manusia
menjalankan urusan meminjamkan wang haram hasil curian, pengedaran dadah
dan sebagainya kepada sesetengah masyarakat yang ‘terdesak’. Pinjamannya
mudah diperoleh dengan cepat kerana tidak memerlukan cagaran, penjamin, serta
tidak perlu mengikut prosedur tertentu, seperti mana di institusi kewangan yang
lain. Hal ini menyebabkan sesetengah masyarakat tidak berfkir panjang untuk
meminjam wang daripada ceti haram.
............Kesempitan hidup atau masalah beban kewangan juga turut menjadi faktor
orang ramai meminjam daripada ceti haram. Hal ini dikaitkan juga dengan kos
hidup yang tinggi, perbelanjaan yang melebihi pendapatan dan kerugian yang
dihadapi dalam perniagaan. Tambahan pula, bagi mereka yang sememangnya
berpendapatan kecil turut menganggap ceti haram sebagai jalan pintas untuk
penyelesaian masalah kewangan mereka. Lantas, mereka bertindak dengan
meminjam wang daripada ceti haram dan tidak memikirkan risiko yang bakal
dihadapi kelak.
............Namun begitu, terdapat implikasi buruk daripada kegiatan ceti haram ini.
Bagi ceti haram, mereka akan menjejaki si penghutang sehingga ke ‘lubang cacing’

dan akan memberikan amaran pertama, kedua dan seterusnya kepada si
penghutang. Sekiranya si penghutang tidak mampu untuk melangsaikan
hutangnya, maka ceti haram tidak akan teragak-agak untuk mencetuskan
keganasan berupa penderaan dan juga pembunuhan. Malahan yang lebih
menakutkan, ceti haram juga akan menjejaki keluarga si penghutang untuk
dijadikan tebusan bagi mendapatkan semula wang mereka. Jika tidak pun, rumah
mereka akan disimbah cat atau keluarga mereka dimaki hamun sebagai cara untuk
memalukan si peminjam agar melangsaikan hutang mereka. Malangnya, tindakan
ganas ini bagaimanapun masih tidak menyedarkan ramai pihak agar menjauhi ceti
haram berkenaan.
............Bagi si penghutang, ancaman berterusan yang diterima daripada penceti
haram menyebabkan mereka semakin tertekan dan bagi mereka yang lemah dari
segi iman dan pendidikan, mereka akan mengambil jalan mudah dengan
membunuh ahli keluarga sebelum bertindak membunuh diri sendiri supaya penceti

haram tidak dapat menjejaki mereka sekeluarga. Apa tidaknya, bunga yang
dikenakan oleh ceti haram bukanlah calang-calang tingginya. Pinjaman seribu dua
mungkin boleh mencecah puluhan ribu dalam tempoh yang singkat sehingga
menyebabkan si penghutang tidak mampu membayar hutang mereka. Hal seperti
inilah yang sepatutnya menjadi perkiraan utama kepada orang ramai sebelum

membuat keputusan untuk melibatkan diri dengan ceti terbabit.
............Intihanya, masyarakat hari ini hendaklah bersatu tenaga bersama-sama
pihak berkuasa untuk menangani kegiatan jenayah ini daripada berleluasa. Hal ini
perlu untuk menjaga keharmonian, keamanan dan kestabilan dalam negara. Pihak
berkuasa perlulah bertindak tegas kepada ceti haram dan juga pihak yang
membuat pinjaman kepada ceti haram berkenaan. Kerajaan telah menyediakan
pelbagai alternatif agar orang ramai meminjam daripada institusi kewangan yang
diiktiraf seperti pihak bank. Jadi, tidak timbul isu mengapa kita tidak boleh
melepaskan diri daripada cengkaman ceti haram demi mengatasi masalah
kewangan kita.

PERANAN PERSATUAN PENGGUNA DI NEGARA KITA.
(Ubah suai karangan ini supaya sesuai untuk SPM)
............Saban tahun kita kerap membaca berita mengenai pengguna yang tertipu
akibat kerakusan peniaga. Hal ini berlaku kerana kejahilan pengguna sendiri yang
tidak tahu peranan mereka sebagai pembeli. Keadaan ini menyebabkan kita terfkir
apakah peranan persatuan pengguna dalam menangani masalah pengguna di
negara ini.Sebenarnya, persatuan pengguna memainkan peranan penting untuk
membantu pengguna mengatasi masalah penipuan oleh penjual.
............Isu kenaikan harga barang-barang mula mendapat perhatian media massa

terutama selepas kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada pekerja kerajaan. Hal
ini bertambah parah apabila berlaku kenaikan harga minyak sehingga
mengakibatkan penjual mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang
dijual. Berita kenaikan harga barang mula dipaparkan dan pelbagai tindakan telah
dilakukan terutama oleh kerajaan untuk membanterasnya. Ada yang berjaya dan
ada juga yang hanya cakap-cakap angin sahaja. Cuma, kita tertanya-tanya
mengenai peranan persatuan pengguna dalam kemelut yang semakin mencengkam
rakyat ini.
............Dalam menangani situasi negatif ini persatuan pengguna perlulah
menjelaskan dan menerangkan hak serta kepentingan pengguna dengan lebih
mendalam. Persatuan pengguna boleh menjalankan kempen bagi menjelaskan
betapa pentingnya pembeli berbelanja dengan bijak. Penerangan ini mampu
menyedarkan sebilangan penngguna yang akan memastikan mereka hanya
membeli keperluan yang penting dan bukan berbelanja mengikut kemahuan.
Kempen penerangan ini seelok-eloknya dijalankan dalam kalangan pelajar terutama
pelajar sekolah agar orang ramai terdidik tentang isu kepenggunaan sejak mereka
kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini membolehkan
kesannya dirasai dalam jangka panjang apabila masyarakat terdidik dengan ilmuilmu kepenggunaan.
............Tambahan pula, persatuan pengguna boleh mendedahkan kepincangan dan
penipuan yang dilakukan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Nama-nama

peniaga ini boleh didedahkan di dada akhbar atau di media massa yang lain untuk
makluman orang ramai. Menyenaraikan nama peniaga yang tidak
bertanggungjawab di akhbar pengguna dapat mengelakkan orang ramai daripada
terus berbelanja di premis mereka dan secara tidak langsung akan
membimbangkan peniaga daripada menipu orang ramai. Maklumat seperti ini
mampu membantu pengguna untuk berbelanja dengan bijak kerana mereka sudah
pasti tidak mahu ditipu oleh peniaga jenis ini.
............Selain itu, pengguna yang mempunyai masalah dengan peniaga setelah
membeli produk atau barangan mereka boleh merujuk kepada persatuan

pengguna. Kini, semakin banyak kes pengguna ditipu oleh peniaga tetapi pengguna
tidak tahu tempat untuk mengadu. Antara kes penipuan peniaga termasuklah dari
segi harga, kualiti, kandungan mahupun tarikh sah luput barangan yang dibeli
malah barangan yang dijual sebenarnya indah khabar dari rupa. Justeru, kehadiran
persatuan pengguna dalam memberi nasihat kepada pengguna untuk mengambil
langkah susulan menangani masalah mereka amatlah besar kesannya. Keadaan ini
boleh menyebabkan nasib pengguna terbela dan tidak terus ditekan oleh golongan
peniaga yang tidak bertanggungjawab.
............Tambahan pula, kewujudan persatuan pengguna memastikan adanya
"pemerhati" senyap di antara pengguna dengan peniaga. Maksudnya, peniaga akan

lebih berhati-hati sebelum cuba menipu pengguna kerana sedar setiap tindakan
mereka akan dipantau oleh persatuan pengguna. Dalam masa yang sama
pengguna pula berasa nasib mereka menerima pembelaan yang sewajarnya. Jadi,
kewujudan persatuan pengguna akan memastikan keadaan pasaran sentiasa dalam
keadaan baik kerana semua pihak sedar ada pihak ketiga yang memerhatikan
keadaan pasaran ekonomi negara.
............Malahan, persatuan pengguna boleh menjalankan perniagaan mereka
sendiri. Persatuan pengguna boleh menubuhkan koperasi atau syarikat yang
mampu menjual produk kepada pengguna dengan harga yang lebih murah.
Kemahiran persatuan pengguna dalam hal-hal meletakkan harga barang sudah
pasti memudahkan mereka menjual produk tanpa masalah. Koperasi atau kedai ini
boleh dijadikan satu rangkaian di seluruh negara untuk memudahkan masyarakat.
Dengan adanya penglibatan persatuan pengguna dalam bidang perniagaan,
pengguna berpeluang memperoleh sesuatu barangan keperluan dengan harga yang
lebih rendah dan kompetatif. Pertandingan sihat antara persatuan pengguna
dengan peniaga lain juga akan mewujudkan persaingan sihat yang bakal mengawal
harga pada tahap yang sentiasa rendah.
............Ringkasnya, persatuan pengguna mempunyai tanggungjawab yang besar
dan penting di negara ini. Kewujudannya telah menyebabkan kita sebagai
pengguna berasa selamat dan peniaga pula lebih berhati-hati. Cuma sejauh

manakah keberkesanan persatuan ini yang masih belum terjawab biarpun ramai
pihak beranggapan bahawa badan bebas ini berfungsi sebagai payung untuk
melindungi pengguna. Mungkin persatuan pengguna harus mencari jalan yang lebih
berkesan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda pengguna masa kini.

Kejadian Buli Dalam Kalangan Remaja
Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan
masyarakat semakin gusar. Huraikan punca-punca dan langkah-langkah
yang tercetus.
(ubah suai karangan isi agar sesuai dengan SPM)
............Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi
kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan
sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak
boleh dinafkan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin
berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat
merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa,
kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.
............Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun
dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin
masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu
mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai
penyumbang kepada masalah kes buli ini.
............Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada
pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat
demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan
kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai
kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.
............Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan
prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa
yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.
............Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan
berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan
sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan
terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya.
Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi
peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar
lain.
............Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat

pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan
membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian
Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam
pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan
Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan
menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga
didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan
membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.
............Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh
diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi
menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz
tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam
menangani masalah kes buli ini.
............Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa
pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan
sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi
sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli
mangsanya.
............Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai
Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan
memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes
buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh
menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar
semua pelajar tahu akannya.
............Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan
kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan
kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut
juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika
kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.
............Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak
sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak
kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk
melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi
dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.
............Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada
pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh
dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes
ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan
berleluasa lagi.
.............Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri
dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi
oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus
mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak

mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar
yang lain.
............Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha
untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik
kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa
betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak
sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya.
Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan
lurus sedangkan dirinya berjalan senget’.
............Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan
sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan
anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang
sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu
bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh
biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang
dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.
............Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang
ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan
tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan
2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini
kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui
negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan
sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa
mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha
yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama
negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa
dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan
punca-punca dan langkah mengatasinya.
(Ubah suai karangan ini agar sesuai dengan SPM)
............Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat
masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah
pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah
peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
............Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan
perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya
mereka sehingga alpa tanggung jawab mereka mendidik anak yang dahagakan
kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan
melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu
bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah
disiplin menjadi-jadi.
............Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini
memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan
telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan
masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton
sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar
yang terus merosot itu.
............Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi.
Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar.
Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa
yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang
negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.
............Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam
isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak
sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu
nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan

tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap
acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar
semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah
menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin
pelajar.
............Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut
menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat
menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan
terjerumus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk
menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
............Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup
menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan
anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus
memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi.
Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
............Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh
masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal
cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak
media massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini
berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Keburukan pelajar menyertai industri hiburan
SOALAN KARANGAN:
Keburukan penglibatan pelajar dalam industri hiburan tanah air.
...............Dewasa ini, industri hiburan tanah air semakin berkembang maju.
Kemajuan industri ini dapat dilihat melalui monopoli media massa tempatan baik
media cetak mahupun media elektronik yang lebih cenderung pada berita-berita
bercorak keseronokan berbanding dengan berita bercorak pengetahuan. Namun
apa yang amat dikesali, ada juga golongan yang cuba meraih keuntungan mudah
dengan mengeksploitasi para remaja khususnya golongan pelajar agar melibatkan
diri dalam dunia hiburan biarpun sepatutnya mereka perlu menggalas wadah
memajukan diri dalam bidang pendidikan. Lantaran budaya berhibur melebihi
keutamaan menuntut ilmu, situasi kini sudah pasti memberi impak yang negatif
kepada generasi akan datang. Justeru, apakah kewajaran yang membolehkan
golongan pelajar melibatkan diri dalam dunia hiburan dan apakah pula kesannya?
...............Antara kesan negatif yang bakal timbul ialah kesukaran pelajar untuk
membahagikan waktu di antara melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan tugas
utama mereka iaitu menuntut ilmu. Dalam usia yang masih terlalu muda, dunia
pelajar seharus ditumpukan sepenuhnya untuk memperoleh ilmu sebagai
menggalas aspirasi menjadi insan yang berilmu dan berpengetahuan. Namun jika
mereka terlibat dengan dunia hiburan, masa yang ada terpaksa dibahagikan pula
dengan tanggungjawab mereka untuk memajukan diri dalam bidang hiburan. Hal ini
sudah tentu akan menjejaskan keupayaan mereka meluangkan waktu pada
pelajaran dan kesannya bakal memberi impak yang tidak baik kepada pelajar itu
sendiri. Sekiranya seseorang pelajar terlibat secara langsung dalam bidang
nyanyian atau lakonan, mereka memerlukan masa yang panjang bukan sahaja
untuk mengikuti penggambaran atau pertunjukan yang diadakan malah masa untuk
berlatih juga perlu diambil kira. Justeru, kesannya akan menyebabkan kesukaran
kepada mereka untuk memperuntukan waktu yang secukupnya pada pelajaran.
...............Pada masa yang sama, penglibatan pelajar dalam Program Realiti Hiburan

seperti yang kerap kita lihat di kaca televisyen akan menjejaskan peluang pelajar
bergiat dalam aktiviti yang dijalankan di sekolah. Penglibatan mereka juga
menyebabkan pelajar terpaksa mengambil cuti untuk melaksanakan kehendak
penganjur hiburan mengadakan pertunjukan di mana-mana juga. Akibat terikat
dengan kontrak bersama dengan syarikat hiburan, para pelajar terpaksa melupakan
tugas utama mereka dalam usia muda iaitu melaksanakan aspek pembelajaran dan
mengikuti aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan. Hal seperti ini akan
menyebabkan para pelajar yang terbabit ketinggalan dalam pelajaran dan
menjejaskan prestasi mereka dalam peperiksaan. Bayangkanlah, apa yang bakal
berlaku kepada generasi kita pada masa depan jika rakyatnya tidak berilmu
lantaran memilih bidang hiburan dan mengetepikan ilmu pengetahuan. Janganlah
pula sampai ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran’.
...............Realiti hidup sebagai seniman sebenarnya adalah terlalu kompleks dan
penuh dengan tipu muslihat. Persoalannya, mampukah golongan remaja seperti
pelajar mengharungi kehidupan dan menyahut cabaran dalam dunia artis yang
penuh cabaran? Bakat yang dimiliki sahaja mungkin tidak mencukupi jika ilmu di
dada tidak seberapa. Menyertai bidang hiburan memerlukan seseorang yang
mampu mendepani segala rintangan, apatah lagi dunia hiburan masa kini berdepan
dengan pelbagai saingan yang terlalu rumit. Dalam usia setahun jagung,
kemungkinan untuk menempa nama dalam dunia hiburan adalah terlalu kecil,
lantas mereka berdepan pula dengan kemungkinan menghadapi kegagalan.
Mampukah golongan semuda ini berdepan dengan kegagalan? Kita amat bimbang,
kegagalan akan menjerumuskan golongan pelajar dalam gejala sosial yang tidak
sihat seperti penyalahgunaan dadah, sek bebas dan sebagainya. Justeru, sebelum
menceburi bidang hiburan, remaja khususnya pelajar perlulah bijak menilai dan
memilih sebelum membuat keputusan.
...............Selain itu, dunia hiburan dan pendidikan dilihat sebagai dua dunia yang
begitu berbeza. Lihat sahaja pertuturan seorang artis, pergaulan bebas sesame
peminat, pakaian malah keseluruhan gaya hidup mereka. Hal ini amat berbeza
sama sekali dengan objektif pendidikan yang berperanan melahirkan insan yang
seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani. Ambil sahaja contoh rambut seorang
artis, bergaya, panjang dan berwarna. Hal ini amat bertentangan dengan kehendak
didiplin yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Persoalannya nanti, mahukah
golongan golongan pelajar yang telah masuk dalam golongan artis berpakaian
kemas, berambut pendek dan menggayakan perlakuan sopan di khalayak ramai?
Mampukah mereka merendahkan rasa ego mereka apabila berada di sekolah
bersama rakan-rakan mereka yang lain? Kesannya lebih menjurus pada keburukan
dan boleh mewujudkan konfik dalam diri pelajar terbabit. Hal inilah yang perlu
difkirkan dengan serius sebelum mengambil pendirian untuk menyertai bidang
hiburan.
...............Ada pula pandangan yang mengatakan bahawa mereka yang menyertai
bidang hiburan adalah individu yang mementingkan ‘glamour’ dan bersifat
meterialistik. Kenyataan ini mungkin ada kebenarannya jika dilihat dari situasi
industry hiburan kita pada hari ini. Kejayaan seseorang pelajar dalam dunia hiburan
mungkin bakal melahirkan pelajar yang bersifat bongkak, sombong dan
memandang rakan dan guru sebagai manusia yang tidak patut dihargai. Lihat
sahaja perlakuan seorang artis remaja ketika bercakap dengan seorang jururawat di
sebuah hospital. Apa pula pandangan anda jika seorang artis remaja mengherdik

seorang pengawal di sebuah lapangan terbang di Sepang? Sikap bongkak ini lahir
apabila mereka merasakan diri mereka terlalu ‘glamour’ sehingga memandang
rendah orang lain yang bukan golongan artis. Natijahnya, sikap negatif sebegini
lahir disebabkan kurangnya nilai-nilai moral yang sepatutnya mereka pelajari di
sekolah. Malangnya, oleh sebab terlalu banyak waktu digunakan untuk dunia
hiburan, nilai-nilai moral sebegini terus dilupakan.
...............Intiharnya, dunia hiburan masa kini bukanlah dunia seorang pelajar.
Sebagai pelajar, mereka perlu mempunyai acuan sendiri iaitu menyahut cabaran
mendepani bidang ilmu yang terlalu luas dan tidak bertepi. Menuntut ilmu
memerlukan komitmen yang menyeluruh dan bukan sekadar melepaskan batuk di
tangga. Andai terbuka hati untuk menyertai industri hiburan, berilah ruang untuk
memenuhi ilmu di dada terlebih dahulu kerana hanya ilmu yang mampu membina
impian masa depan gemilang.

Kepentingan Bahasa Inggeris
Kepentingan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pendidikan.
............Menjelang tahun 2003, bahasa Inggeris telah mula digunakan dalam
pendidikan di Malaysia. Sistem ini dimulakan apabila bahasa Inggeris dijadikan
bahasa penghantar untuk mata pelajaran sains dan matematik. Pelaksanaannya
dijalankan secara berperingkat-peringkat yang dimulakan kepada pelajar tahun 1
serta pelajar tingkatan 1. Beberapa tahun kemudian, semua pelajar sekolah rendah
dan sekolah menengah telah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam
pendidikan sains dan matematik. Biarpun program ini diliputi dengan pelbagai
kontravesi namun tindakan kerajaan melaksanakan dasar penggunaan bahasa
Inggeris dalam pendidikan memberi pelbagai kebaikan.
............Antara faedah menguasai bahasa Inggeris dalam pendidikan adalah bagi
membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran yang kebanyakannya bersumberkan
bahasa Inggeris. Sebagai contohnya, memandangkan beberapa mata pelajaran
penting seperti sains, matematik, teknologi maklumat dan sebagainya
menggunakan bahasa Inggeris maka kegagalan pelajar menguasai bahasa ini akan
melemahkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang disebutkan tadi.
Pepatah Melayu pernah menyebut, “kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat
sagunya”. Begitulah juga halnya, jika penggunaan bahasa Inggeris tidak dimulai
dari sekarang, selagi itulah para pelajar akan ketinggalan dalam mata pelajaran
tersebut. Justeru, penggunaan bahasa Inggeris adalah amat perlu dikuasai agar
para pelajar dapat memperoleh ilmu npengetahuan yang kebanyakannya hanya
dapat diperoleh melalui kemahiran berbahasa Inggeris.
............Selain itu, bahasa Inggeris juga penting dalam pendidikan di negara kita
selaras dengan objektif pendidikan yang ingin melahirkan individu yang mampu
bersaing dalam dunia global. Penguasaan bahasa inggeris yang dimulakan dari
sekolah mampu melahirkan individu yang dapat berkomunikasi dengan berkesan
dengan individu lain dari seluruh dunia. Sebagai contohnya, kemahiran berbahasa

Inggeris amat penting apabila seseorang individu ditugaskan di luar Negara atau
membawa misi negara di luar negara. Kegagalan berkomunikasi dengan berkesan
menggunakan bahasa Inggeris akan menjejaskan pelbagai peluang baik berupa
peluang ekonomi mahupun sosial. Jelasnya, pendidikan bahasa Inggeris di peringkat
sekolah mampu melahirkan individu yang “berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah” dengan masyarakat lain di seluruh dunia.
............Penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan juga penting kerana dengan
penguasaan bahasa tersebut para pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan
baik dapat berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara. Memandangkan
bahasa Inggeris telah diterima sebagai bahasa antarabangsa, kebanyakan universiti
teragung di seluruh dunia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
penghantar. Jika seseorang pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik
maka peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah lebih
cerah. Sebagai contohnya, institusi pendidikan swasta seperti kebanyakan institusi
pendidikan swasta di negara kita juga telah mengimplementasi penggunaan bahasa
inggeris sebagai bahasa penghantar mereka di institusi pendidikan tinggi swasta.
Oleh yang demikian, para pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke
institusi pendidikan tinggi perlulah menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
............Pada masa yang sama, penggunaan bahasa Inggeris juga penting kepada
para pelajar bagi tujuan mendapatkan pekerjaan pada masa depan. Perlu diingat
bahawa majikan akan lebih tertarik untuk mengambil pekerja yang mampu
berkomunikasi dalam pelbagai bahasa termasuklah berbahasa Inggeris. Sebagai
contohnya, pekerjaan dalam bidang telekomunikasi, penyiaran, teknologi maklumat
dan sebagainya amat memerlukan penggunaan bahasa Inggeris. Oleh itu, lepasan
sekolah atau universiti yang mahir berbahasa Inggeris lebih mudah mendapat
pekerjaan berbanding dengan mereka yang kurang menguasai bahasa Inggeris.
Tambahan pula, mereka yang mahir berbahasa Inggeris lebih diminati oleh majikan
dari syarikat-syarikat besar yang biasanya menawarkan pendapatan lebih lumayan.
Jelasnya, bahasa Inggeris amat penting dipelajari di sekolah demi memanfaatkan
pelajar bagi tujuan membina kerjaya pada masa yang akan datang.
______Sementara itu, kemajuan ekonomi negara yang telah melepasi sempadan
negara, mengakibatkan Malaysia memerlukan penduduk yang mampu berbahasa
Inggeris dengan baik agar dapat bersaing dengan mereka dari seluruh dunia.
Pendidikan bahasa Inggeris amat penting bagi melahirkan masyarakat yang dapat
berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa. Sebagai contohnya, perkongsian
dalam bidang ekonomi, sosial mahupun bidang teknologi memerlukan mereka yang
mahir berbahasa Inggeris. Umumnya, mereka yang gagal menguasai bahasa ini
akan berdepan dengan pelbagai rintangan yang dapat mengganggu komunikasi
serta boleh menggagalkan peluang yang tersedia pada peringkat antara bangsa.
Justeru, pendidikan bahasa Inggeris di sekolah berperanan membina masyarakat
yang lebih berdaya saing pada peringkat global suatu hari nanti.
______Intihanya, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat perlu dipelajari dan
dikuasai oleh semua pelajar. Seseorang yang dapat menguasai bahasa ini akan
lebih berkeyakinan dan mampu merebut peluang yang tersedia sama ada pada
peringkat nasional atau pada peringkat antara bangsa. Namun begitu, biar
bagaimana penting sekalipun bahasa Inggeris ini digunakan oleh masyarakat

antarabangsa namun penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara
amat perlu dipertahankan dan dipertingkatkan martabatnya. Kita tidak mahu
bahasa rasmi kita pupus akibat kelalaian kita mengagungkan bahasa Inggeris
umpama kata pepatah Melayu “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”.

Kepentingan Memelihara dan Mengekalkan Bangunan Bersejarah di
Negara Kita.
Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Kerajaan telah
mengambil langkah bijak dengan menjadikan binaan lama tersebut
sebagai salah satu daripada Warisan Kebangsaan. Bincangkan
kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah di
negara kita.
.
.
……….Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring
dengan nama Malaysia yang kini berjaya menempa nama di persada antarabangsa.
Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan perumahan dibina bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Senario ini telah menggunakan ruang yang luas
sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang
telah dibincangkan adalah sama ada Stadium Merdeka patut dirohohkan untuk
pembangunan kerana bangunan itu tidak lagi berfungsi sebagai tapak akvtiviti
sukan lagi. Isu tersebut pernah menjadi polemik pelbagai lapisan masyarakat kita.
Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut
diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai
kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di
negara kita.
.
……….Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah
bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era
atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan
Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati
seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan
selama 52 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British,
Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk
dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi
kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan

bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dicatat
merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau
legenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada
abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de
Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota
Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat
mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu
dijajah dan juga dapat membuktikan bahawa berlakunya penjajahan awal
pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18.
Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak
wajar dilaksanakan.
.
……….Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah
perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen
lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya
remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis.
Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah
hitam negara, namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut
semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka
kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan
oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang
merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah
mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi
kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga
kelemahan tentera pada zaman Kesultanan Melaka. Negara kita jugamampu
menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain bagai berdiri
sama tinggi duduk sama rendah sekiranya kita tidak mengambil mudah dan
mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di
negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan
teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
.
……….Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan
monumen dapat menarik pelancong baik pelancong domestik mahupun pelancong
dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah
satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan
pemandangan alam yang indah. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu
diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan
lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat
pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah
negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar
bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya
melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik.
Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat
menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat
bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar
bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifakartifak di dalam muzium dan galeri seni lukis bagai menyelam sambil minum air.
Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu
industri pelancongan negara.
.

……….Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan
yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan
penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji
bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan
dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan
Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan
sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan
dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan
Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial
dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah
Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan
air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada
tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor
polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan
kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak
cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai
nilai yang tersendiri.
.
……….Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan
minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan
khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang
patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan
terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan
peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah
masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan
bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan
bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan dan dilestarikan, bak
kata pepatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Oleh hal yang demikian,
mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah,
mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.

Penderaan Kanak-kanak
............Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap
pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris
sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan
kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di
dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan
belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah
mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin
berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di
televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut
kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.
............Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanakkanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka
menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa
balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang
tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana
mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan
geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan
sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang
tidak berfkiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung
rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

............Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana
masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan
yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas
terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain,
sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan
sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan
sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan
perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah
dilepaskan kepada anak-anak dan fkirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan
masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.
............Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis
rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin
disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn.
Hasilnya pergaduhan
antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa
pergaduhan.
............Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini
ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting
di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam
menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya
jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap
yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang
tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah
menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tid