Tanpa pengaruh China tidak akan wujud ne

PENGENALAN
Apabila membincangkan tentang kewujudan negara Jepun, kita tidak dapat elak daripada
menyentuh berkaitan kemasukan pengaruh daripada negara China. Hal ini kerana, negara China
memainkan peranan penting dalam membawa kemajuan dan menjadikan negara Jepun
berkembang maju seperti hari ini. Oleh itu, tidak akan wujud negara Jepun pada hari ini
sekiranya tiada pengaruh China masuk ke negara Jepun.
Menurut penulis, faktor geografi juga membolehkan pengaruh China mudah memasuki
negara Jepun. Berdasarkan peta dunia, kita boleh melihat kedudukan China dan Korea
merupakan negara jiran yang berdekatan dengan negara Jepun. Jaraknya yang dekat
memudahkan Jepun mengambil unsur-unsur daripada China untuk dibawa masuk ke negara
Jepun.
Kemasukan pengaruh daripada China ke Jepun didapati berlaku dengan melalui dua cara
iaitu kemasukan pengaruh China ke Jepun melalui Korea dan kemasukan pengaruh China ke
Jepun secara langsung. Kemasukan pengaruh China melalui Korea berlaku kerana Korea telah
menerima pengaruh daripada China lebih awal berbanding Jepun1. Oleh itu, Korea telah
membawa beberapa aspek pengaruh daripada China masuk ke negara Jepun. Manakala
kemasukan pengaruh China secara langsung di sini pula membawa erti Jepun mengambil unsur
daripada China dengan menghantar rombongan ke sana untuk mempelajari ilmu pengetahuan
dan budaya negara China lalu dibawa masuk ke negara Jepun.
Penulis juga mendapati, kemasukan pengaruh China ke Jepun adalah seperti ombak
pasang dan surut kerana ada zaman ketika Jepun mengambil sepenuhnya pengaruh daripada

1

Abu Taib Ahmad, Tamadun Jepun (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), hlm.
94.

China, ada juga zaman ketika Jepun tidak mengambil pengaruh China sepenuhnya tetapi
membuat perubahan untuk disesuaikan dengan budaya tempatan dan ada zaman ketika Jepun
langsung tidak menerima pengaruh daripada China. Oleh demikian, dalam membincangkan tajuk
ini, penulis memberikan fokus daripada zaman Jomon sehinggalah ke zaman Haeian kerana
zaman ini merupakan zaman Jepun telah menerima pengaruh daripada China secara langsung
dan tidak langsung.

CARA KEMASUKAN PENGARUH CHINA KE NEGARA JEPUN
Seperti yang dikatakan sebelum ini, kemasukan pengaruh daripada China masuk ke
negara Jepun adalah melalui dua cara iaitu kemasukan pengaruh China melalui Korea dan
kemasukan pengaruh China secara langsung.
“Orang Jepun tidak menafikan Korea mempunyai budaya yang tinggi malah
dianggap sebagai penghubung kepada kemasukan budaya China yang begitu
besar faedahnya kepada Jepun seperti Buddhisme dan tulisan Cina”.2
Berdasarkan petikan tersebut, maka jelaslah terbukti Korea berperanan dalam membawa

pengaruh China masuk ke negara Jepun. Tambahan pula, hubungan yang terjalin antara Jepun
dan Korea telah wujud sejak 5000 tahun yang lalu yang dibuktikan melalui penemuan arkelogi
bentuk seramik dan alat pertanian yang sama.
Kemasukan pengaruh China masuk ke Jepun melalui Korea dikatakan berlaku antara
tahun 100-300 Masihi kerana wujud sebuah petempatan Cina di Korea yang bertempat di
Lalong. Apabila petempatan itu ditutup, terdapat kemungkinan orang Cina di Lalong itu
2

Ibid., hlm. 91.

berhijrah ke Jepun dengan membawa masuk sekali budaya mereka. Tambahan pula, jarak antara
Korea dan Jepun yang dekat memungkinkan hal ini berlaku.
Kemasukan pengaruh China ke Jepun secara langsung pula berlaku pada tahun 607 ketika
pemerintahan Putera Shotoku. Baginda telah menghantar dua kali rombongan ke China. Menurut
Scott Morton, rombongan pertama kurang berjaya di sebabkan Jepun enggan menerima ketuanan
China.3 Rombongan kedua dikatakan lebih berjaya telah membawa pulang buku-buku dari
China.4 Rombongan ke China seterusnya berlaku setelah tempoh 200 tahun selepas itu, terdapat
14 rombongan rasmi yang di anggotai pelbagai lapisan masyarakat seperti pegawai kerajaan,
pelajar, rahib, setiausaha, petukang, artis dan orang biasa.5 Rombongan Jepun ke China yang
terakhir ialah pada tahun 838 Masihi.


ASAS UTAMA DARIPADA CHINA YANG MEMBAWA KEPADA PEMBENTUKAN
NEGARA JEPUN
Permulaan pembentukan negara Jepun dapat dikaitkan dengan pengenalan tanaman padi.
Pada akhir zaman Jomon dan awal zaman Yayoi dikatakan telah wujud penanaman padi di
Fukuoka dan Saga. Pengkaji berpendapat bahawa padi telah dibawa masuk dari China melalui
semenanjung Korea.6 Dikatakan terdapat dua jenis tanaman padi yang dibawa masuk ke negara
Jepun. Pengenalan tanaman padi ini telah membawa perubahan baik kepada masyarakat Jepun
pada zaman Jomon. Masyarakat Jepun telah berubah daripada masyarakat yang berpindah randah
kepada bentuk kehidupan yang lebih menetap serta masyarakat yang berstratifikasi. 7 Kehidupan
3
4
5
6
7

Ibid.,
Ibid.,
Ibid.,
Ibid.,

Ibid.,

hlm.
hlm.
hlm.
hlm.
hlm.

99.
100.
101.
94.
21.

menetap ini kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan budaya masyarakat Jepun.
Tambahan lagi, penggunaan alatan logam untuk tujuan pertanian dan pengenalan sistem
pengairan yang dibawa masuk daripada China telah membawa peningkatan pengeluaran hasil
tanaman padi. Justeru itu, berlakulah perubahan sosial masyarakat Jepun. Terdapat golongan
masyarakat yang berada di atas dan di bawah. Golongan atasan merupakan golongan pemerintah
ketika itu yang terdiri daripada keluarga (uji) yang berjaya menguasai keluarga lain melalui

kekuatan tentera dan agama. Gabungan beberapa uji ini membawa kepada pembentukan negari
kecil yang diperintah oleh seorang raja yang mempunyai taraf lebih tinggi daripada pemimpin
lain.8 Perkembangan masyarakat ketika itu seterusnya membawa kepada penubuhan sebuah
negara Jepun yang dikenali sebagai Yamato pada awal abad ketiga malah pembahagian
masyarakat Yamato menjadi semakin ketara seperti kelas bangsawan, petani dan pekerja mahir. 9
Oleh demikian, kita dapat simpulkan bahawa asas utama pembentukan Jepun bermula daripada
tanaman padi yang dibawa masuk daripada negara China.
Asas penting yang lain dalam pembentukan negara Jepun juga ialah hubungan diplomatik
serta pengiktirafan yang terjalin antara Jepun dan China. Pada abad pertama Masihi, ketua uji
yang bertukar taraf kepada ketua negeri telah pun menjalinkan hubungan diplomatik serta
perdagangan dengan China.10 Secara tidak langsung, kemasukan barangan dan teknologi
daripada China sebenarnya telah mengukuhkan kedudukan para pembesar tempatan. Kejayaan
ketua negeri menjalin hubungan diplomatik dengan China membolehkan negeri kecil ini diiktiraf
sebagai sebuah negara dan dapat meningkatkan martabat dan kuasanya sebagai sesebuah negara.
Pengiktirafan China dalam kerangka sistem ufti ini merupakan satu perkara yang penting bagi
negeri-negeri kecil di Jepun. Rekod-rekod China ada menyebut sebuah negeri Yamatai yang
8

Ibid., hlm. 22.
Ibid., hlm. 25.

10
Ibid., hlm. 95.
9

diketuai oleh seorang raja perempuan yang bernama Himiko/Pimiko telah menghantar ufti pada
tahun 239.11 Himiko berjaya mengukuhkan kuasanya dengan adanya pengiktirafan daripada
China terhadap negeri-negeri yang berhampiran. Kemudian Yamatai bertukar nama kepada
Yamato dan kini dikenali sebagai Jepun. Pengiktirafan daripada kuasa besar China menjamin
keselamatan sesebuah negara daripada kuasa lain dan menunjukkan China mengiktiraf Jepun
(Yamato) sebagai sebuah negara. Maka jelaslah, pengiktirafan dan hubungan diplomatik ini
adalah langka pertama pembentukan sebuah negara Jepun.
Selain itu, sistem tulisan China yang diambil dan digunakan di Jepun juga adalah asas
kepada pembentukan negara Jepun yang ideal. Hal ini kerana, Jepun tidak mempunyai huruf
sendiri, mereka menggunakan huruf-huruf China untuk menulis bahasa mereka. Sistem tulisan
China dibawa masuk melaui Korea iaitu Paekche.12 Melalui sistem tulisan inilah, hal-hal
pentadbiran serta pengukuhan kawalan politik berjaya dilakukan dengan lebih berkesan di Jepun.
Sistem cukai juga dapat dilaksanakan lebih berkesan dengan adanya rekod yang menggunakan
sistem tulisan ini. Sistem tulisan China ini juga turut membuka pintu bagi ilmu pengetahuan
yang mendalam di Jepun tentang kepercayaan Kong Hu Cu pada zaman pemerintahan Shotoku.
Tulisan seperti Hokke Gisho, Yuimagya Gisho dan Shomangyo Gisho merupakan contoh tulisan

yang diguna pakai dan tulisan tertua yang masih terdapat sehingga ke zaman kini. Masyarakat
Jepun tidaklah terus mengguna pakai sistem tulisan China ini, malahan telah berlaku perubahan
pada zaman Heian (785-1185) terhadap sistem tulisan iaitu pengenalan sistem tulisan Jepun kana
oleh Kibi-no Mabi. Terdapat beberapa bentuk kana iaitu Hiragana dan Katakana. Sistem tulisan
kana ini telah memberi nadi kepada perkembangan puisi (waka), prosa dan juga pertumbuhan
kegiatan kesusasteraan dalam bahasa Jepun sepeti sejarah, karangan dan lain-lain. Dalam erti
11
12

Ibid., hlm. 96.
Ibid., hlm. 98.

kata lain, wujudnya sistem tulisan kana telah membawa kepada pertumbuhan budaya lain
masyarakat Jepun. Sehingga kini, percampuran kana dengan tulisan China masih dapat dilihat
dalam sistem tulisan Jepun moden. Oleh itu, maka jelaslah bahawa kemasukan sistem tulisan
China telah menjadi asas kepada pembentukan negara Jepun yang ideal. Adanya peminjaman
sistem tulisan ini telah membantu Jepun dalam hal kelancaran pentadbiran yang membolehkan
Jepun maju seperti hari ini.
Kesemua aspek yang telah dibincangkan di atas iaitu pengenalan tanaman padi, hubungan
diplomatik dan pengiktirafan daripada China serta peminjaman sistem tulisan China adalah asas

kepada pembentukan negara Jepun. Maka semakin jelaslah bahawa tanpa kemasukan pengaruh
daripada China, negara Jepun tidak akan wujud seperti hari ini.

ASPEK-ASPEK LAIN YANG DIAMBIL DARIPADA CHINA YANG MEMBAWA KEPADA
KEWUJUDAN BUDAYA JEPUN
Perkembangan budaya di Jepun juga dapat dikaitkan dengan pengenalan tanaman padi
daripada China melalui Korea. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, tanaman ini telah
mengubah corak kehidupan masyarakat Jepun daripada kehidupan secara nomad kepada menetap
di sesuatu kawasan. Oleh demikian, barulah sesebuah budaya boleh berkembang. Bermula pada
zaman Yayoi lagi, tanaman padi serta kegiatan yang berkaitan telah menjadi sebahagian daripada
kehidupan budaya Jepun. Justeru, kebudayaan masyarakat Jepun hari ini yang terkenal dengan
nilai etika yang tinggi boleh dikaitkan dengan tanaman padi ini. Perkara yang sama juga turut
dilihat oleh sarjana-sarjana Jepun yang melihat rentak pertanian padi telah memberi kesan

kepada pandang dunia orang Jepun termasuk sifat rajin dan tekun. 13 Kegiatan menanam padi
merupakan sebuah pekerjaan yang memerlukan kesabaran dan kesungguhan seseorang sehingga
tiba musim menuai padi. Sepanjang proses itu, kerja-kerja merumput yang dilakukan dengan
cara mencabut satu demi satu dan tidak boleh putus akan dilakukan untuk memastikan tanaman
padi tidak mendapat saingan daripada tumbuhan lain. Oleh itu, akar padi akan menjadi lebih aktif
dan membantunya melakukan penyerapan nutrient secara efisen supaya tanaman padi menjadi

lebih subur. Kerja-kerja seperti ini memerlukan kesungguhan yang tinggi yang lama kelamaan
menimbulkan sifat rajin. Nilai-nilai yang diperolehi daripada tanaman padi ini telah menjadi
ikutan dan contoh untuk generasi muda. Maka jelaslah, kemajuan Jepun pada hari ini adalah
didorong oleh budaya sikap masyarakat yang rajin dan memiliki kesungguhan dalam melakukan
sebarang pekerjaan. Oleh itu, penulis beranggapan tanaman padi ini adalah pencetus kepada
kebudayaan Jepun di atas yang patut dicontohi oleh negara lain.
Kemasukan agama Buddha dan Konfucianisme di Jepun adalah penting kepada
kehidupan agama dan budaya Jepun sejak abad keenam. Kemasukan agama Buddha daripada
China pada awalnya adalah melalui Korea tetapi selepas abad ketujuh rahib-rahib Jepun
mempelajarinya secara langsung daripada China. Setelah itu, Buddhisme melalui proses
asimilasi untuk disesuaikan dengan kehidupan masyarakat Jepun. Usaha yang dilakukan ini
menjadi sebab Buddhisme Jepun tidak sama dengan Buddhisme yang berada di China, India dan
di Asia Tenggara. Kemasukan Buddhisme di Jepun ini juga membawa kepada kemasukan
budaya China yang lain masuk ke Jepun yang akan dibincangkan selepas ini seperti bidang
kesenian dalam lukisan dan kesusasteraan Jepun. Pengamalan Buddhisme, Shinto dan
Konfucianisme oleh masyarakat Jepun bukanlah menjadi masalah kepada mereka malah menjadi

13

Ibid., hlm. 83.


sebuah keistimewaan kepada masyarakat Jepun. Ketiga-tiga agama tersebut mempunyai peranan
tersendiri dalam masyarakat Jepun iaitu Buddhisme untuk kerohanian, Shinto untuk metafizikal
dan Konfucianisme pula adalah untuk rasional. Ketiga-tiga agama ini menjadi pelengkap kepada
keharmonian kehidupan mereka. Buktinya, setiap rumah biasanya terdapat tempat penyembahan
Shinto dan Buddha. Selain itu, upacara-upacara lain yang dilakukan oleh masyarakat Jepun juga
berlainan dengan masyarakat negara lain. Hal ini kerana, masyarakat Jepun dalam upacara
perkahwinan menggunakan ritual Shinto tetapi apabila ada kematian pula mereka menggunakan
ritual Buddha. Maka jelaslah, kemasukan Buddhisme dan Konfucianisme ke Jepun membawa
pengenalan budaya baru terhadap kehidupan masyarakat Jepun.
Kebudayaan Jepun yang lain yang diambil daripada China dapat dilihat juga dalam
bidang keseniaan. Dalam aspek ini, penulis akan menyentuh berkenaan dengan kesenian dalam
seni bina sahaja. Kemasukan Buddhisme sebenarnya membawa masuk sekali unsur-unsur
kesenian dan pertukangan China ke Jepun. Hal ini membolehkan pembinaan kuil-kuil Buddha
dilakukan. Rumah-rumah berhala yang dibina merupakan seni bina yang mempunyai mutu yang
tinggi serta menyimpan patung-patung dewa Buddha yang diperbuat daripada gangsa dan kayu.
Pada zaman Nara, kuil-kuil yang dibina ini turut dihiasi dengan keindahan seni pahat gaya
Buddhisme. Terdapat beberapa bangunan kuil yang dibina seperti Taima-Dera, Yukushi Ji dan
Toshodai pada tahun 738 Masihi. Pada tahun yang sama juga, terdapat sebuah bangunan yang
dikenali sebagai Todaiji untuk menyimpan sebuah patung Buddha Vairocana yang berketinggian

lebih daripada 15 meter. Kuil-kuil ini masih terdapat di Jepun dan dikenali sebagai Kokubunji.
Sistem tulisan Jepun pada awalnya menggunakan sistem tulisan China dan setelah itu
mengalami perkembangan dan mewujudkan sistem tulisan Jepun sendiri iaitu kana. Pengenalan
tulisan ini telah membawa perkembangan kepada budaya masyarakat Jepun dalam bidang

kesusasteraan. Karya awal Jepun yang menggunakan tulisan China atau kanji boleh didapati
dalam karya Kojiki dan Nihon Shoki. Kedua-dua karya ini sangat penting kepada masyarakat
Jepun hari ini untuk mengetahui sejarah awal Jepun. Dalam karya ini, kita boleh simpulkan
bahawa penggunaan tulisan kanji sangat penting dalam budaya kesusasteraan Jepun. Terdapat
karya-karya kesusasteraan lain yang terkenal pada zaman Haeian yang berbentuk nikki,
monogatari dan Kokinshu. Di sini, penulis menekankan karya Kokinshu yang mengandungi 1100
puisi yang dikarang oleh golongan aristokrat bawahan, wanita dan rahib. Karya ini ditulis dengan
menggunakan tulisan kana dan kanji.14 Meskipun pada zaman ini sudah masuk pengaruh
Buddhisme tetapi dalam karya ini tidak menunjukkan ada penerimaan unsur pengaruh
Buddhisme. Maka dapatlah disimpulkan bahawa kebudayaan Jepun dalam bidang kesusasteraan
tidak akan wujud sekiranya Jepun tidak memiliki sistem tulisan. Sistem tulisan ini pula diambil
daripada China dan menjadi pencetus kepada sistem tulisan Jepun yang lain, barulah masyarakat
Jepun dapat mengembangkan karya kesusasteraan yang lain.

KESIMPULAN
Sepanjang perbincangan di atas, penulis telah membincangkan asas-asas kepada
pembentukan negara dan budaya Jepun. Asas-asas inilah yang membawa perkembangan kepada
pembentukan budaya dan negara Jepun yang merentasi zaman sehingga ke hari ini. Oleh
14

Ibid., hlm. 219.

demikian, penulis hanya menyentuh zaman awal Jepun kerana pada zaman tersebutlah
bermulanya pengaruh China masuk ke Jepun.
Penulis turut melihat pembentukan negara dan budaya Jepun adalah unik kerana
walaupun Jepun boleh dianggap sebagai tiada apa-apa tetapi kerana adanya pengaruh masuk
daripada negara China, Jepun telah menjadi sebuah negara yang dipandang oleh dunia pada hari
ini. Hal ini kerana, masyarakat Jepun bijak semasa proses membawa pengaruh daripada China
masuk ke Jepun iaitu dengan cara menghantar rombongan menetap di China selama beberapa
tahun. Tujuan rombongan tersebut adalah untuk mempelajari budaya China lalu dibawa masuk
ke Jepun. Oleh itu, ramai orang Jepun dan Cina menyebut hubungan “erat” dalam tempoh 2000
tahun pertama amat berfaedah kepada Jepun sehingga negara Matahari Terbit ini sebetulnya
mempunyai “hutang budaya” kepada China.15
Tuntasnya, penulis bersetuju tanpa pengaruh China negara dan budaya Jepun tidak akan
wujud pada hari ini kerana pengaruh China adalah seperti akar kepada pokok kewujudan negara
dan budaya Jepun hari ini.

15

Ibid., hlm. 90.

Dokumen yang terkait

Analisis pengaruh perubahan struktural terhadap pertumbuhan ekonomi dan kesenjangan pendapatan daerah di Kabupaten Sidoarjo thun 2003-2009

2 46 21

Analisis pengaruh pengumuman right issue terhadap expected return dan actual return saham di bursa efek Indonesia (BEI)

0 18 114

Analisis pengaruh perilaku konsumen, kinerja karyawan dan kualitas pelayanan terhadap kepuasan pelanggan serta dampaknya terhadap keputusan pembelian : studi kasus pt. fif cabang pamulang

3 33 213

Analisis pengaruh modal inti, dana pihak ketiga (DPK), suku bunga SBI, nilai tukar rupiah (KURS) dan infalnsi terhadap pembiayaan yang disalurkan : studi kasus Bank Muamalat Indonesia

5 112 147

Analisis pengaruh komponen keahlian internal auditor terhadap pendeteksian dan pencegahan kecurangan (fraud) di inspektorat jendral kementerian perdagangan republik indonesia

4 52 171

Analisis pengaruh pajak daerah, retribusi daerah, dan hasil badan usaha milik daerah terhadap pendapatan asli daerah Kota Tangerang (2003-2009)

19 136 149

pengaruh model pembelajaran kooperatif tipe rotating exchange (RTE) terhadap minat belajar matematika siswa

3 51 76

Analisis pengaruh kinerja pelayanan dan kepuasan konsumen terhadap kecendrungan pembelian kembali 9repurchase)

5 42 144

pengaruh tindakan supervisi pengalaman kerja, komitmen organisasi, dan komitmen profesional terhadap kepuasan kerja auditor (studi empiris pada kantor akuntan publik di DKI Jakarta)

3 43 157

Pengaruh Penerapan Trade Related Investment Measures World Trade Organization Terhadap Peningkatan Investasi Asing Di China

3 57 141