PERKEMBANGAN GERAKAN POLITIK KIRI DARI 1

PERKEMBANGAN GERAKAN POLITIK KIRI DARI 1948-1960 DAN
PERJUANGAN GERAKAN INI DALAM PENULISAN Abdullah C.D.
Md Hasri B Rajali
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Sidang Akademik 2012/2013
Sejarah & Arkeologi

1.0 PENDAHULUAN
Secara umumnya, radikal memberi maksud yang berlainan mengikut masa, waktu dan
tempat. Menurut Kamus Dewan, radikal bermaksud secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit)
dan secara menjejaskan aspek-aspek sifat. Kedua, pengertiannya

memperjuangkan

(menyokong atau cenderung kepada) perubahan-perubahan dasar pada bidang atau keadaan
politik.1 Penambahan ‘lisme’ kepada perkataan radikal menjadi radikalisme secara umumnya
didefinisikan sebagai fahaman(kepercayaan) yang radikal dalam politik dan juga fahaman
yang menginginkan perubahan mendadak dalam arena politik dan sosial serta juga menentang
keburukan bagi mendapatkan kebaikan-kebaikan asas agar dasar diubah untuk memperolehi
keadilan.2 Namun, konsep radikalisme Melayu yang ditekankan dalam penulisan saya ini
merujuk kepada suatu individu badan dan organisasi adalah suatu perjuangan yang bersifat

penentangan terhadap golongan penjajah dan golongan elit Melayu. 3 Mereka juga dikatakan
memperjuangkan erti kata sebenar merdeka demi mendapatkan kebenaran. Misalnya seperti
golongan radikal atau golongan kiri di Perak memperjuangkan tanah air walaupun sanggup
mengorbankan banyak masa dan tenaga demi tanah bangsa mereka sendiri.
Di Tanah Melayu, sebelum darurat tahun 1946 hingga 1948, telah berlaku banyak
penentangan yang ekstrem daripada golongan radikal/ kiri ini terhadap pihak penjajah. Antara
konsep yang berlainan antaranya pemimpin-pemimpin yang terkenal memimpin golongan ini
1

Kamus Dewan Edisi Ke-3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1994,
hlm. 1084.
2

Kamus Dewan Edisi Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1993,
hlm. 1010.
3

Ishak Saat, Radikalisme Melayu di Perak 1945-1970, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2007, hlm. 22.

Page 1 of 13


seperti Ishak Haji Mohamad (Ketua Umum PKMM), Mahmud Baginda (Ketua PKMM
Pahang), Ahmad Boestamam (Ketua API), Jaafar Hussein dan sebagainya. Mulanya
penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada pertengahan 1938 yang dikatakan para
sarjana terpengaruh dengan pergerakan Turki Muda, namun ada yang mengatakan KMM
mencontohi persatuan seberang seperti Jong Java dan Jong Sumatera di Indonesia.
Penulisan ini dihasilkan adalah untuk memperlihatkan proses pergerakan golongan radikal
dan juga sumbangannya selepas darurat dari tahun 1948 hingga 1960. Dalam tempoh 12
tahun tersebut banyak perkara dan peristiwa yang penting telah berlaku dan dihadapi oleh
golongan ini, walaupun ada golongan menghentikan usaha golongan ini daripada
pensejarahan kemerdekaan Tanah Melayu.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami pelbagai cabaran dan dugaan dalam
mencapai kemerdekaanya. Maka, sebelum Malaysia merdeka telah lahir pelbagai aliran
politik yang menjadi pendorong kepada misi besar tersebut antaranya golongan radikal atau
kiri yang tidak banyak disebut banyak sumbangannya dalam pensejarahan Malaysia sekarang.
Maka sejauhmanakah usaha golongan radikal atau kiri pada tempoh 1948 hingga 1960 dalam
membantu proses kemerdekaan di Tanah Melayu?

2.0 LASYKAR RAKYAT DIWUJUDKAN
Seperti mana yang kita tahu, Undang-undang Darurat dikuatkuasa di Tanah Melayu pada 21

Jun 1948 oleh British yang memerintah Tanah Melayu pada masa itu, ramai pemimpinpemimpin gerakan kiri

ditangkap dan segala pergerakan golongan ini mula terhenti.

Seumpamanya penangkapan Kamarulzaman Teh merupakan aktivis gerakan Temerloh kerana
memiliki senjata api (sepucuk pistol), ini menyebabkan ada khabar angin yang mengatakan
ahli-ahli Pembela Tanah Air (PETA) akan menyerang balai polis untuk membebaskan
Kamarulzaman.

4

Sememangnya ini bukti cinta penyokong terhadap pemimpin mereka

walaupun dikatakan pemeberontak yang terpaksa menyerang sebuah institusi kerajaan yang
memerintah pada masa itu. Maka, disini kita tidak hairanlah kenapa pihak penjajah British
melakukan penguatkuasaan terhadap pergerakan berhaluan kiri ini, pada masa yang sama
membendung kegiatan ideologi komunis yang sedang rancak untuk mempengaruhi rakyat
4

Mohd Salleh Lamry, Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh Dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan,

Selangor: SIRD, 2006, hlm. 59.

Page 2 of 13

khususnya kaum Cina, ha lini bermungkinan golongan-golongan ini jika mereka bersatu dan
bekerjasama maka berlakulah suatu perubahan yang ekstrem yang boleh mengubah proses
pentadbiran Tanah Melayu pada masa itu.
Selepas pemimpin berhaluan kiri banyak ditangkap, maka orang kanan mereka telah
bersepakat melantik pemimpin mereka sendiri seperti Musa Ahmad dan Wahi Anuar wakil
daerah Temerloh. Mungkin disini timbul persoalan kenapa mereka memilih pemimpin tanpa
mendengar arahan daripada pihak atasan misalnya perlantikan Musa Ahmad dan Wahi
Anuar? Hal ini kerana mereka telah terlalu lama menunggu arahan atau tindakan yang
seterusnya halnya seperti menunggu arahan daripada Dr Burhanuddin selaku Penasihat Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) . Perlantikan ini juga diatas budi bicara masing-masing
dan berdasarkan kriteria mereka yang mempunyai banyak pengalaman bersama Parti
Komunis Malaya (PKM), tambahan pula mereka diantara tokoh yang berjaya melepaskan diri
daripada pihak penjajah.
Bermulanya perlantikan Musa Ahmad dan Wahi Anuar, secara tidak langsung telah
melancarkan kempen


penerangan atau propaganda di kampung-kampung di sekitar

Temerloh, juga bersama pemimpin-pemimpin lain seperti Yusof Salleh (bekas Ketua Pembela
Tanah Air), Ibrahim Chik (bekas Ketua Penerangan Pembela Tanah Air), dan Ahmad Salleh
(bekas ketua Barisan Tani Malaya) untuk mengerakkan penduduk desa supaya mengangkat
senjata daripada pendamaian. Sememangnya, pada mulanya sokongan gerakan mereka hanya
melibatkan ahli atau penyokong gerakan kiri, tetapi orang-orang lain yang bukan ahli boleh
juga terlibat sama. Persoalan akan timbul di manakah pergi pemimpin lain yang masih bebas
daripada tangkapan pihak penjajah seperti kumpulan pimpinan Abu Samah? Kenapa gerakan
kiri ini tidak melakukan bentuk pendamaian sahaja kerana kebanyakan “orang kuat” mereka
telah dipenjarakan ? Jawapannya yang pertama, hanya diketahui oleh Abu Samah dengan
pucuk pimpinan baru tersebut iaitu Musa Ahmad. Menurut Abu Samah, beliau ingin
membawa 70 pemuda pemudi untuk berjuang, malangnya Musa Ahmad tidak membenarkan
kerana masalah kekurangan senjata, wang dan makanan. Yang kedua,

mereka terpaksa

menggunakan kekerasan dengan mengangkat senjata kerana melalui petanda British
mengharamkan pertubuhan atau parti politik yang menentang mereka melalui penangkapan
secara besar-besaran.5 Namun, kita berpandangan dalam perjuangan kemerdekaan, Abu

Samah mementingkan kekuatan semangat anak muda yang sentiasa menyokong mereka
5

Islam Melayu Komunis: Wawancara Dengan Abdullah C. D., Rashid Maidin, Abu Samah, 2005, Selangor:
Strategic Information Research Development.

Page 3 of 13

(pejuang anti-penjajah) maka tidak hairanlah beliau agak kecewa apabila Musa Ahmad ketika
itu cuba menolak kemasukan pemuda hanya kerana sumber makanan dan persenjataan yang
terhad untuk berjuang.

3.0 PERTUBUHAN REJIMEN KE-1O
Rejimen Ke-10 adalah sebuah pasukan Melayu Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang
juga merupakan gerakan radikal Melayu yang dikatakan sebuah badan gerakan yang berjaya
selepas darurat. Sebenarnya, ini sememangnya rancangan pasukan gerila Melayu yang
dibincangkan dalam Sekolah Parti Kem Semalaya pada pertengahan Jun 1948. 6 Menurut
Abdullah C. D, di Temerloh akan dipimpin ole Kamarulzaman Teh manakala di Benta oleh
Rashid Maidin, oleh kerana kedua-dua ditangkap makaAbdullah C. D sendiri terpaksa
memimpin Rejimen Ke-10 di Temerloh.

Abdullah C. D juga dibantu oleh rakan seperjuangannya yang lain seperti Musa Ahmad,
Wahi dan Rashid Maidin bagi menubuhkan pasukan bersenjata Melayu pertama. Bagaimana,
nama Rejimen Ke-10 wujud? Menurut Bung Musa Ahmad disuatu majlis dialog dengan
rakyat Pahang dan antara lainnya pada 6 Julai1985:

”…tanggungjawab penubuhan pasukan gerila Melayu itu terserah kepada saya
dan diantara tugas utamanya ialah menamakan pasukan itu dengan nama yang
paling sesuai dan munasbah. “Penubuhan itu bertepatan dengan menyebut hari
raya aidiladha yang dikenali juga dengan hari raya korban, “7

6

Keterangan lanjut lihat dalam Bab 35 dalam Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin
Rejimen Ke-10.
7

Jaafar Hussein. Kebenaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm 159.

Page 4 of 13


Beliau seorang yang mempunyai pendidikan agama yang kuat kerana pelajar Sekolah Agama
al-Mashyur, Pulau Pinang telah menggunakan nombor 10 sempena 10 haribulan Zulhijjah
iaitu hari raya korban, maka tertubuhlah Rejimen Ke-10!.
Maka, tidak hairanlah jika mereka ini dilabelkan sebagai pengganas dan sayap kiri komunis,
amat tidak adilkah pihak Inggeris kerana mengecop mereka sebagai pemusnah doktrin
kemerdekaan kerana mereka inginkan kebebasan daripada pihak kolonial. Sesetengah rakyat
Melayu adakala bangga dengan Rejimen Ke-10 ini kerana semangat tiada kompromi terhadap
pihak penjajah dan hanya memberi

ruang kepada golongan Melayu untuk menuntut

kebebasan diri dan negara. Maka, kehadiran golonga ini juga member peluang kepada Parti
Komunis Malaya (PKM) dalam menambat hati mereka lalu mengariskan strategi dalam
Kerdan Document yang dirampas pada bulan Disember 1949 di Pahang8 yang menyatakan:

Peringkat Pertama- Persiapan gerila bermula daripada pangkalan untuk
melemahkan kekuatan pihak kerajaan dan membina kekuatan awam serta tentera
parti.
Peringkat Kedua- Tempat memperbesar dan memperkuat Min Yuen (organisasi
massa/ gerakan rakyat)- memperhebat serangan ke atas kerajaan dan sistem

komunikasi serta menawan pangkalan-pangkalan keselamatan di kampung-kampung
dan pekan-pekan kecil.
Peringkat Ketiga- Min Yuen ambil alih secara berperingkat-peringkat pentadbiran
kawasan yang ditinggalkan oleh pasukan keselamatan dan seterusnya membina dan
mengistiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan bebas (liberated area). Kemudian
membina pangkalan-pangkalan tetap di kawasan tersebut dan menukarkan gerilagerila kepada anggota tentera biasa (regular army).9
Walaupun sesetengah karya menyatakan Rejimen Ke-10 ini sanggup membunuh, merompak,
menculik dan menyerang hendap demi mencapai matlamat penubuhan Republik
Pembebasan Rakyat (People’s Liberation Republic), namun dalam 10 Fasal Perhatian
8

Ishak Saat. Radikalisme Melayu di Perak 1945-1970. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2007, hlm. 172.

9

Mohd Reduan Haji Asri. Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1993, hlm 22-23.

Page 5 of 13


terdapat fasal-fasal yang menidakkan situsai yang menggelarkan diri mereka “binatang buas”
antara fasal berikut:
(7) Jangan memukul atau memaki orang;
(8) Jangan merosaki tanaman;
(9) Jangan berlaku tidak senonoh terhadap wanita;
(10) Jangan menganaiyai wanita perang.10
Selain itu, situasi dimana para askar Melayu yang menjadi tahanan pada bulan November
1949 di Temerloh, Pahang juga menunjukkan terdapat ihsan kemelayuan terhadap bangsa
sendiri seperti dinyatakan oleh Abdullah C. D:
“Para askar tawanan itu menyatakan yang mereka tidak memahami keadaan
sebenarnya. Kepada tawanan-tawanan itu saya berikan 20.00 ringgit setiap
seorang untuk mereka pulang ke rumah. Para itu menceritakan layonan baik dari
Tentera Pembebasan itu kepada orang ramai sehingga menimbulkan pengaruh
yang besar ”.11

Kita lihat disini terpulang kepada sesiapa untuk memberi pandangan kerana bagi penulis
situasi ini dan fasal Rejimen Ke-10 membuktikan bahawa terdapat etika-etika yang diamalkan
oleh setiap ahli Rejimen Ke-10 sendiri sekali gus menidakkan setiap tuduhan liar yang
dilemparkan kepada pihak Rejimen Ke-10 yang mengatakan mereka sanggup membunuh
sesiapa sahaja yang merosakkan rancangan mereka.Maka, tidak hairan jika banyak golongan

Melayu lebih-lebih lagi golongan muda yang menyokong Rejimen Ke-10 ini. Malah kejayaan
tadi menyebabkan mereka merancang untuk menguasai dan mengistiharkan kawasan Gua
Musang, Kelantan sebagai kawasan bebas daripada jajahan British. Malangnya, tidak sempat
Gua Musang dijadikan kawasan bebas, pihak British telah bertindak dengan pantas denga
menyerang kedudukan mereka. Serangan ini menyebabkan pakatan Rejimen Ke-10 menjadi
kucar-kacir. Akibatnya lebih kurang 70 peratus daripada mereka terpaksa menyerah diri,
sebahagian mereka menjadi mangsa perjuangan dan terbunuh. Namun, kebanyakan yang
10

Abdullah Che Dat. Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Selangor:
Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), 2007, hlm 75-76.
11

Abdullah Che Dat. Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Selangor:
Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), 2007, hlm 93.

Page 6 of 13

gugur di medan peperangan adalah daripada Platun yang dipimpin oleh Wahi Anuar dan
Musa Ahmad manakala hanya Platun Abdullah C. D sahaja yang berjaya melarikan diri, ini
dibuktikan kata-kata Kapten Abas:

“Hanya platun Abdullah C. D dapat melepaskan diri. Mereka meneruskan
perjalanan ke Utara sehingga ke sempadan Thailand. Kedashyatan yang
menimpa mereka tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Rejimen Ke-10

bagaikan berkecai!”12

Persoalanya, kenapa berlaku kesukaran yang perit dalam peristiwa berikut? Bagaimana,
strategi Rejimen Ke-10 boleh punah sebegitu sahaja? Kenapa hanya platun Abdullah C. D
boleh terselamat? Adakah ini menyebabkan soal-soal keyakinan pemimpin khususnya Musa
Ahmad dan Wahi Anuar? Perkara sebegini perlu dikaji semula oleh para sarjana sejarah yang
berminat dalam kajian politik radikal Melayu kerana perpecahan Rejimen Ke-10 memebri
tanda tanya pembaca, Terdapat masalah yang berlaku sebelum penyerangan ke Gua Musang
tersebut antaranya:
(a) Kesilapan strategi dan pelan tindakan yang tidak mantap
(b) Ketidaksefahaman antara pucuk pimpinan.
(c) Pengalaman yang tidak cukup matang.13

Kesilapan dalam mengatur strategi dengan baik menyebabkan Rejimen Ke-10 tumpas ke
tangan pihak Inggeris, ini kerana pengalaman yang kurang daripada para rekrut sendiri yang
hanya berusia 4 bulan sahaja seramai kira-kira 400 orang untuk memadamkan Kempen
Kepung Basmi Pertama di Temerloh daripada pihak lawan terdiri daripada 6000 orang. Selain
itu, menurut Abdullah C. D berlaku ketidakasefahaman antara pemimpin Rejimen Ke-10
khususnya kurang keyakinan Musa Ahmad dan Wahi Anuar dalam melakukan sarangan
balas. Namun, sesuatu yang menarik apabila kaitan strategi yang digunakan oleh Rejimen Ke10 yang mengambil bulat-bulat straregi peperangan daripada strategi revolusi Tiongkak

12

Jaafar Hussein. Kebenaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm 167.

13

Ishak Saat. Radikalisme Melayu di Perak 1945-1970. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2007, hlm. 173.

Page 7 of 13

dibawah pimpinan Mao Zedong. Ini kerana iklim dan bentuk muka bumi Malaysia dengan
Tiongkak amat berbeza yang boleh mempengaruhi kemenangan mereka.
Akhirnya, berlaku Rejimen Ke-10 mula hilang apabila pihak British menggunakan teknik
lain seperti Perang Saraf, serang hendap, Taktik “Pengampunan Semula”, dan Kempen
“Kemabali Ke Pangkuan Masyarakat”. Maka ada yang menyerah diri manakal ada yang lari
ke sempadan Thailand, sementara PKM Masih lagi ingin mencapai matlamat dengan
penubuhan negara Republik Komunis Malaya.

4.0 KEBENARAN PERJUANGAN PENULISAN
Jika kita melihat pemikiran-pemikiran pejuang golongan kiri/ radikal ini kita akan melihat
kepada pemikiran Abdullah C.D merupakan salah satu pemimpin Rejimen Ke-10 yang amat
dihendaki oleh pihak British dan juga terkenal dengan kekuatan fahaman komunismenya
(pengaruh Mao Zedong). Perjuangannya juga boleh dikatakan perjuanagan sepanjangh zaman
kerana beliau dikatakan bukan sahaja mahir dalam persenjataan tetapi juga mahir dalam
penulisan, dengan ini beliau dilabelkan sebagai penulisyang profilik dan telah menghasilkan
tiga bahagian memoir yang dikenali ramai, antaranya Memoir Abdullah C. D (Bahagian
Pertama): Zaman Pergerakan Sehingga 1948 , hasil pada tahun 2005; Memoir Abdullah C. D
(Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, hasil pada tahun 2008; Memoir
Abdullah C. D (Bahagian Ketiga):Perjuangan di Sempadan dan Penamatan Terhormat, hasil

pada tahun 2009. Semangat nasionalisme daripada perjuangan Dato’ Maharajalela telah
menaikkan kemarahan dan kebencian beliau terhadap pihak penjajah atau piahk kolonila yang
asyik mengambil kesempatan terhadap kebaikan masyarakat Melayu Perak pada masa itu.
Selain itu, pengalaman ketika beliau menyertai Tentera Malaya Anti-Japanese (MPAJA) dan
juga Kesatuan Melayu Malaya (KMM) telah mengajar beliau banyak perkara khususnya
dalam mengatut strategi peperangan dan strukutr organisasi. Kehebatan dalam pencaturan
peperangan dibuktikan apabila

cadangan di dalam Sidang darurat Markas Besar untuk

menghadapi Kempen Kepung Basmi, namun malangnya Wahi dan Musa menolak cadangan
tersebut bahkan membuat komplot lain.14 Jika cadangan Abdullah C.D tidak dibantah nescaya
tidak berlaku kesulitan yang perit akan dihadapi oleh tentera mereka. Dalam karyanya juga
14

Abdullah Che Dat. Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Selangor:
Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), 2007, hlm 134-135.

Page 8 of 13

beliau banyak menyatakan tentang perselisihan dengan Musa Ahmad dalam pelan tindakan
peperangan seperti berikut:
“Saya tidak nampak di mana logiknya rancangan Musa dan Wahi itu”.15
“Walaupun saya tetap mempertahankan fikiran saya, tetapi dapat melaksanakan
kerana Wahid an Musa bermatian-matian pendapat mereka.”16

“…ini satu komplotan Musa dan Wahi sahaja…, …Mereka sangat tidak
berpuashati dengan pengaturan yang dibuat oleh Musa dan Wahi.”17

Ini bermaksud beliau terlalu menceritakan kedudukan dan permasalahan yang berlaku dalam
kompeninya sendiri walaupun sefahaman ideologi dan juga berlaku perebutan pangkat dalam
kalangan pemimpin sendiri khususnya perbalahan Abdullah C. D dengan Musa Ahmad.
Selain itu, dalam karyanya juga tiada yang menceritakn tentang kezaliman Parti Komunis
Malaya terhadap penduduk Tanah Melayu. Ketiga-tiga bahagian karyanya tidak juga
menyebut tentang penderitaan rakyat ataupun mangsa kesengsaraan akibat peperangan.

5.0 KESIMPULAN
Di sini dapat disimpulkan bahawa selepas pihak British mengwartakan Undang-Undang
Darurat pada tahun 1948 telah mengakibatkan kebanyakan para pemimpin telah ditangkap
dan dipenjara seperti Rashid Maidin, Kamaruzaman Teh dan beberapapa pemimpin lain,
secara tidak langsung kesan perundangan ini difikirkan mampu melumpuhkan pergerakan
golongan radikal/ kiri dengan mengharamkan segala kegiatan berpersatuan dalam kalangan
mereka. Namun, sekatan ini tidak mampu untuk mencanagkan semangat nasionalisme
mereka, buktinya! Mereka telah menubuhkan Lasykar Rakyat atau tentera rakyat yang
dipimpion oleh Wahi Anuar dan Musa Ahmad walaupun tidak sampai beberapa mingggu
15

Lihat muka surat 135 dalam Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10,
Selangor: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), 2007.
16

Lihat 135 dalam Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Selangor:
Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), 2007.
17

Lihat 136 dalam Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Selangor:
Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), 2007.

Page 9 of 13

bertahan telah ditangguh pergerakannya kerana kurangnya proaktif daripada kedua-dua
pemimpin tadi. Maka, munculnya Abdullah C. D yang membawa semangat nasionalisme,
menginginkan merdeka dan berjiwa Dato’ Maharajalela ini telah menubuhkan Rejimen Ke-10
atau Tentera Pembebasan Nasional, terdiri daripada serpihan-serpihan ahli-ahli Angkatan
Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Malaya (BATAS) dan
banyak lagi yang bermatlamat untuk menghapuskan pihak kolonial dengan menggunakan
cara kekerasan iaitu angkat senjata walaupun akhirnya tumpas ke tangan pihak Inggeris,
naumun pergerakan ini telah member suatu impak yang besar kepada kemerdekaan di Tanah
Melayu.

Page 10 of 13

6.0 BIBLOGRAFI

Abdullah Che Dat. 2007. Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua): Penaja Dan Pemimpin
Rejimen Ke-10. Selangor: Strategic Information And Research Development.

Cheah Boon Kheng. 1982. Tokoh-Tokoh Tempatan (Kumpuln Esei Sejarah Malaysia Oleh
Pelajar Universiti Sains Malaysia) & Dokumen Dalam Sejarah Malaysia . Pulau

Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia.

Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu . Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

Islam Melayu Komunis. 2005. Wawancara Dengan: Abdullah C. D., Rashid Maidin, dan Abu
Samah. Selangor: Strategic Information Research Development.

Ishak Saat. 2007. Radikalisme Melayu Di Perak 1945-1970. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.

Ishak Haji Muhammad. 1975. Pengalaman Pak Sako Tiga Tahun di Singapura . Petaling Jaya:
Pustaka Budaya Agency.

Ibrahim Chik. 2010. Memoir Ibrahim Chik: dari API Ke Rejimen Ke-10. Petaling Jaya,
Selangor: Strategic Information Research Development.

Jaafar Hussein. 1989.Kebenaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Page 11 of 13

Kamaruddin Jaafar. 2000. Dr Burhanuddin al-Helmy: Pemikiran dan Perjuangan. Seri
Kembangan: IKDAS.

Md Salleh Md Gaus. 1984. Politik Melayu Pulau Pinang 1945-1957. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Salleh Lamry. 2006. Gerakan Dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh Dalam Kancah
Perjuangan Kemerdekaan. Selangor: Strategic Information Research Development.

Mohd Reduan Haji Asri. 1993. Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia . Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohmed Salleh Lamry. 2006. Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh Dalam Kancah
Peperangan Kemerdekaan. Petaling Jaya, Selangor: Strategic Information Research

Development.

Noresah Baharom et.al. 1994. Kamus Dewan Edisi Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Osman Mamat. 1981. Darurat di Terengganu 1948-1960: Berapa Aspek Sosial dan Ekonomi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramlah Adam. 1999. Sumbanganmu Dikenang. Seri Kembangan: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Page 12 of 13

Rashid Maidin. 2005. Memoir Rashid Maidin: Daripada Perjuangan Bersenjata Kepada
Perdamaian. Kuala Lumpur, Selangor: Strategic Information Research Development.

Sheikh Othman Sheikh Salim et.al. 1993. Kamus Dewan Edisi Baru . Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 13 of 13