Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

Pendahuluan
Pada awal tahun 1956, satu delegasi yang terdiri daripada empat wakil Raja, Ketua
Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri persekutuan serta Pesuruhjaya
Tinggi British di Tanah Melayu dan penasihatnya mengadakan rundingan di London.
Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956. Selain menentukan
tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, perundingan tersebut juga bersetuju untuk
menubuhkan sebuah suruhanjaya perlembagaan untuk mengatur pertahanan Tanah Melayu dan
lebih penting lagi menggubal sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
yang merdeka.1 Suruhanjaya ini akan dipengerusikan oleh Lord Reid, dan ahlinya termasuk
Ivor Jennings (British), Sir William McKell (Australia), B. Malik (India), dan Hakim Abdul
Hamid (Pakistan).
Suruhanjaya Reid mengadakan mesyuarat di Tanah Melayu antara bulan Mei dan
Oktober, 1956. Sepanjang mesyuarat diadakan, sebanyak 131 buah pertubuhan dan individu
menghantar memorandum kepada Suruhanjaya tersebut. Namun, pendapat Perikatan
merupakan yang paling penting memandangkan pada peranan yang akan dimainkan sebagai
kerajaan di masa hadapan. Laporan yang panjang dan terperinci disiapkan pada Februari 1957.2
Pada masa yang sama, British telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja yang mengandungi

empat orang wakil Raja-raja Melayu, empat orang wakil Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi,
Setiausaha Persekutuan dan Peguam Negara sebagai wakil kerajaan British untuk mengkaji
Cadangan Suruhanjaya Reid tanpa mengambil kira bantahan atau pandangan luar.
Jawatankuasa ini menyiapkan kerja pada Mac 1957 dan seterusnya membincangkan beberapa
perkara teknikal dan tambahan yang ingin dilakukan oleh Jawatankuasa Kerja dengan

Virginia Matheson Hooker, A Short History of Malaya: Linking East and West, Crows Nest, NSW: Allen &
Unwin, 2003, hlm. 206.
2
J. Kennedy, A History of Malaya, KL: S. Abdul Majeed & Co., 1993, hlm. 279-280.

1

1

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

Suruhanjaya Reid. Laporan Reid dan tambahan dari pihak Jawatankuasa Kerja melahirkanlah

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) atau Merdeka Constitution. Perjanjian PTM
ditandatangani oleh Donald MacGillivray dan Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957 di King’s
House, Kuala Lumpur dengan menurunkan tandatangan dan cop mohor.3
Isi-Isi Penting
Terdapat tiga ciri utama dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang boleh
dibincangkan dalam kertas kerja ini. Antaranya:
Ciri 1: Konsep Raja Perlembagaan Diperkenalkan
Semasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan, perlembagaan ini
telah memulihkan kedudukan Raja-raja Melayu kepada status quo mereka. Apabila
Semenanjung mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, beberapa pemindahan dilakukan atas
kuasa Raja agar selaras dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. 4 Selepas
Perjanjian PTM ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, Raja-Raja pun setuju dengan
kemerdekaan negara dan menyerahkan kuasa mereka kepada rakyat. Walau bagaimanapun,
kedudukan dan keistimewaan mereka terjamin. 5 Fungsi mereka telah ditakrifkan oleh
Perlembagaan. Malah peranan tambahan telah diberikan kepada mereka dalam peruntukkan
Perlembagaan Malaysia.
Mengikut Perjanjian PTM 1957, Raja-Raja yang dahulunya menerima nasihat daripada
pihak British kini menerima nasihat daripada menteri mereka dan perlu bertindak dengan
sewajarnya. Satu lagi lapisan institusi Raja ditambah dalam perlembagaan iaitu Yang Di-


Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, KL: Penerbit Universiti Malaya, 1998, hlm. 281.
Aishah Bidin, ‘The Historical and Traditional Features of the Malayan Constitution,’ Jebat, Jil. 21, 1993, hlm.
6.
5
Raja Azlan Shah, ‘The Role of Constitutional Rulers in Malaysia,’ dalam F.A. Trindade dan H.P. Lee (editor),
The Constitution of Malaysia: Further Perspectives and Developments, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1988,
hlm. 78-79.

3

4

2

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

Pertuan Agong (YDPA) yang merupakan ketua negara dan pihak berkuasa tinggi. Sebelum ini,
Pesuruhjaya Tinggi British merupakan pihak berkuasa tinggi yang dilantik oleh Ratu Britain

tetapi beliau bukan ketua negara. 6 Perlembagaan Persekutuan 1957 telah membahagikan
institusi raja kepada peringkat persekutuan dan negeri di mana YDPA selaku Ketua Negara
bertindak atas nasihat kabinet dan Sultan-Sultan negeri selaku Ketua Negeri perlu bertindak
atas nasihat Majlis Eksekutif.7
YDPA adalah Raja Perlembagaan dan hal ini boleh dilihat dengan sumpah jawatan
yang perlu dilakukan di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara (Chief Justice).
Dalam Jadual Keempat Perlembagaan PTM 1957, sumpah tersebut menyatakan baginda akan
taat setia menjalankan pemerintahan dengan adil bagi Persekutuan Tanah Melayu dengan
mengikut undang-undang dan perlembagaan negeri yang telah atau akan disahkan dan
dimasyhurkan pada masa hadapan...dan memeliharakan agama Islam pada setiap masa dan
berpegang teguh pada pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri.8 Sumpah ini dibawa
ke Persekutuan Malaysia seterusnya.
Fungsi raja perlembagaan adalah bersifat simbolik. Secara umumnya, Perlembagaan
Merdeka 1957 menyatakan YDPA boleh bertindak menurut budi bicaranya melantik seorang
Perdana Menteri, tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen dan meminta
diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja (Perkara 40). Selain itu, YDPA juga bertindak sebagai
Pemerintah tertinggi angkatan tentera (Perkara 41) dan ketua agama Islam di negeri sendiri,
Penang dan Melaka yang tidak mempunyai Sultan Negeri (Perkara 3). YDPA berkuasa
memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah
dibicarakan dalam mahkamah tentera (Perkara 42). YDPA hendaklah melantik suatu Jemaah

Tunku Sofiah Jewa, Salleh Buang, dan Yaacob Hussain Merican (editor), Tun Mohammed Suffian’s An
Introduction to the Constitution of Malaysia: 3rd Edition, Petaling Jaya: Pacifica Publications, 2007, hlm. 21.
7
Aishah Bidin, ‘The Historical and Traditional Features of the Malayan Constitution,’ hlm. 6.
8
Colonial Office, Constitutional Proposal for the Federation of Malaya, dibentang oleh Setiausaha Negara atas
perintah Ratu British, June 1957, hlm. 118.
6

3

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

Menteri untuk menasihatinya dalam urusan pentadbiran (Perkara 43). Tambahan pula, YDPA
boleh mengisytiharkan darurat sekiranya ketenteraman negara terancam (Perkara 150). Di
peringkat negeri, Sultan-Sultan juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan YDPA
seperti melantik Menteri Besar, tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Dewan
Undangan Negeri dan merupakan Ketua Agama Islam dan apa berkaitan dengan adat Melayu

di negeri sendiri.9
Perkara 34 seterusnya menyatakan bahawa YDPA tidak boleh a) menjalankan
fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua agama Islam, b) memegang
apa-apa jawatan yang memberikan keuntungan, c) melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa
perusahaan komersil, d) menerima apa-apa jenis emolumen yang kena dibayar kepadanya
sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri, dan e) meninggalkan
Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja kecuali
semasa lawatan Negara ke suatu negara lain.10
YDPA dipilih dalam kalangan Raja-Raja yang sedia ada dalam sembilan Negeri-Negeri
Melayu dalam Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja diimplementasikan semasa Malayan Union
dan dikukuhkan dalam Perjanjian PTM 1948. Berdasarkan Perjanjian PTM 1957, majlis ini
terdiri daripada sembilan Raja-Raja dan dua gabenor atau yang dipertua negeri. YDPA secara
teknikal bukan ahli dalam majlis tetapi YDPA perlu disertai oleh Perdana Menteri dalam majlis
semasa mengambil bahagian dalam perkara-perkara mengenai dasar negara yang penting.11
Walaupun Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang,
mengenakan cukai atau menyekat perbelanjaan awam, Majlis berpengaruh kerana mampu
menghubungkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di peringkat tertinggi. Dalam
Tunku Sofiah Jewa et al., Tun Mohammed Suffian’s An Introduction to the Constitution of Malaysia: 3rd Edition,
hlm. 42.
10

Colonial Office, Constitutional Proposal for the Federation of Malaya, hlm. 45.
11
Ceramah Awam Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah di Raffles Hotel, Singapore pada 27 Julai 2004, The
Monarchy in Contemporary Malaysia, hlm. 6-7.

9

4

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

mesyuarat Majlis yang dihadiri oleh YDPA dan Perdana Menteri bagi pihak kerajaan
persekutuan serta semua Sultan dan Gabenor masing-masing dan Menteri Besar atau Ketua
Menteri bagi pihak kerajaan negeri, mereka diberi peluang untuk membincangkan perkaraperkara yang mempunyai kepentingan bersama yang menyusahkan mana-mana pihak.12 Bukan
sahaja itu, mesyuarat juga dilakukan secara tertutup malah perbincangan mereka boleh
dilakukan secara bebas. Sementara itu Perdana Menteri juga boleh menjelaskan dasar
persekutuan sama ada diputuskan atau belum diputuskan.
Mesyuarat lazimnya diadakan tiga kali setahun dan sebelum setiap mesyuarat, kertas

akan diedarkan atas kehendak sama ada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana kerajaan negeri
melalui setiausaha majlis, iaitu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.13 Apa-apa persetujuan,
pelantikan atau nasihat Majlis perlu melalui Mohor Besar Raja-Raja. Beliau akan menghadiri
mesyuarat dan menyimpan minit. Beliau juga akan mengadakan mesyuarat apabila
dikehendaki oleh YDPA atau oleh tidak kurang dari tiga orang anggota Majlis itu.
Pada mulanya, Suruhanjaya Reid tidak membuat apa-apa syor atau memberi peranan
yang penting kepada Majlis Raja-Raja. Suruhanjaya hanya menyebut kuasa Majlis Raja-Raja
hanyalah melantik YDPA.14 Perakuan atau cadangan yang dikemukakan dalam Kertas Putih
telah memperincikan kuasa dan kedudukan majlis berkenaan. Berdasarkan kepada
Perlembagaan PTM 1957, selain melantik YDPA, Majlis juga boleh melantik Timbalan Yang
di-Pertuan Agong. Perkara 38 juga menyatakan Majlis boleh mempersetujui atau tidak
mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluaskan ke
Persekutuan secara menyeluruh, dan memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa
undang-undang dan membuat atau memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan di bawah
Tunku Sofiah Jewa et al., Tun Mohammed Suffian’s An Introduction to the Constitution of Malaysia: 3rd Edition,
hlm. 53.
13
Ibid., hlm. 59.
14
Abdul Aziz Bari: Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka,

2003, hlm. 72.
12

5

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

Perlembagaan yang perlu diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja atau dikehendaki dibuat oleh
atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.15
Selain itu, tiada undang-undang secara langsung boleh menyentuh keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis
Raja-Raja. Majlis hendaklah dirunding sebelum apa-apa perubahan tentang dasar yang
menyentuh tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153 (Kedudukan istimewa orang Melayu).16
Jadual kelima Perlembagaan Persekutuan 1957 juga menerangkan Gabenor Melaka dan
Penang tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-raja bagi maksud mesyuarat berhubung
dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan
jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-raja.17
Ciri 2: Pembentukan Satu Persekutuan yang Melibatkan Sembilan Negeri

Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ditubuhkan oleh Perjanjian PTM tahun 1948.
Perjanjian itu akhirnya digantikan oleh perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka pada tahun
1957.18 Prinsip Perlembagaan 1957 menegaskan dasar am memerlukan penurunan kuasa dari
pusat kepada negeri demi keseragaman. Penguatkuasaan PTM 1957 juga menyebabkan Ratu
Inggeris atau Parlimen United Kingdom tidak lagi berhak atas negeri-negeri dalam persekutuan.
Malah, apa-apa perjanjian yang dilakukan antara Raja-Raja Melayu dengan Ratu Inggeris
termasuk Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dimansuhkan.
Menurut Perkara 1 Perjanjian PTM 1957, mulai daripada 31 Ogos 1957, sembilan
Negeri-Negeri Melayu dan dua Negeri-Negeri Selat dijadikan sebuah Persekutuan Negeri-

Penambahan dilakukan pada tahun 1993 untuk memperluaskan kuasa Majlis Raja-Raja dengan melantik
anggota Mahkamah Khas di bawah Perkara 182 dan memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau
meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42. Perlembagaan
Persekutuan.
16
Colonial Office, Constitutional Proposal for the Federation of Malaya, hlm. 46.
17
Ibid., hlm. 119.
18
Tunku Sofiah Jewa et al., Tun Mohammed Suffian’s An Introduction to the Constitution of Malaysia: 3rd Edition,

hlm. 181.
15

6

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

Negeri yang baharu yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Bahasa Inggeris
Federation of Malaya. Seterusnya, dalam Perkara 2 Perlembagaan 1957, Parlimen boleh
melalui undang-undang menerima masuk Negeri-negeri lain ke dalam Persekutuan dan
mengubah sempadan mana-mana Negeri. 19 Maka penambahan negeri seperti Sabah dan
Sarawak boleh dilakukan selepas itu serta memperkenalkan status wilayah persekutuan.
Semasa PTM 1957 dirangka, terdapat beberapa pegawai British berpendapat bahawa
Pulau Pinang dan Melaka perlu diteruskan sebagai tanah jajahan British atau Crown Colonies.
Walaupun dalam PTM 1948 sudah termaktub bahawa kedua-dua negeri ini berada dalam
persekutuan. Mengikut rekod-rekod Pejabat Tanah Jajahan, kerajaan British pernah
menimbang bahawa Pulau Pinang dan Melaka diletakkan di bawah bidang kuasa Queen
Elizabeth lanjutan daripada tuntutan yang dibuat oleh beberapa Menteri British dan perwakilan
Straits Chinese Association. Walau bagaimanapun, Pesuruhjaya Tinggi Sir Donald
MacGillivray, menasihatkan Pejabat Tanah Jajahan bahawa cadangan itu tidak praktikal kerana
sebarang usaha British untuk meneruskan pemerintahannya di Pulau Pinang dan Melaka akan
ditentang kuat oleh Parti Perikatan dan akan dilihat sebagai tindakan yang bercanggah dengan
Perjanjian yang dipersetujui di persidangan London pada Januari 1956.20 Suruhanjaya Reid
juga mengatakan tindakan itu tidak konsisten kerana kedua-dua wilayah ini akan menjadi
sebahagian daripada PTM yang akan diberi kemerdekaan dan mencadangkan kedua-dua
wilayah ini dijadikan sebagai dua negeri yang berautonomi adan bertaraf sama dengan negerinegeri yang lain.21 Bukan sahaja itu, terdapat beberapa percubaan yang pernah dilakukan oleh
negeri untuk menarik diri dari persekutuan dengan sebab-sebab tertentu. Antaranya, empat

Colonial Office, Constitutional Proposal for the Federation of Malaya, hlm. 33.
Joseph M Fernando, ‘Dato Onn Jaafar dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957,’ dalam Arba’iyah
Mohd Noor, Mohammad Redzuan Othman, Suffian Mansor, Salina Zainol (editor), Persada Jauhari: Kumpulan
Esei Sempena Persaraan Prof. Emiritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff b. Haji Hashim, Kuala Lumpur: Jabatan
Sejarah, University Malaya, 2012, hlm. 196.
21
Ibid.

19
20

7

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

percubaan oleh Pulau Pinang antara tahun 1948 dan 1949 dan sekali lagi antara 1953 dan 1957,
sekali oleh Johor dan Kelantan antara tahun 1955 dan 1956.22
Federalisme Malaya yang ditubuhkan ini ingin menggabungkan pemodenan kerajaan
pusat dengan penyelenggaraan corak budaya tradisional yang ada pada negeri Melayu. 23
Formula persekutuan boleh dilihat sebagai untuk meredakan orang Melayu dengan
mengekalkan kuasa nominal raja-raja Melayu, dalam konteks cabaran daripada bukan Melayu.
Federalisme digabungkan bersama-sama dengan Islam, bahasa dan budaya Melayu mampu
mengekalkan sumber dan simbol kuasa dan kesahihan Melayu. 24 Oleh itu, Semenanjung
walaupun saiznya yang kecil masih sebuah persekutuan yang ditubuhkan pada dasarnya bukan
kerana tuntutan etnik tetapi untuk menampung warisan negeri-negeri Melayu disertakan
dengan institusi kesultanan dan kepelbagaian wilayah.
Seterusnya, satu ciri penting negara persekutuan adalah wujudnya perlembagaan
bertulis. Perlembagaan menjadi sangat penting untuk pembahagian kuasa dan autoriti kerana
tanpanya, pertikaian antara pihak berkuasa pusat dan negeri akan berlaku. Peruntukkan dalam
perlembagaan dapat menyelesaikan pertikaian itu. 25 Dalam PTM 1957, sekiranya berlaku
konflik antara Perlembagaan Persekutuan dengan negeri-negeri, keutamaan akan diberi kepada
Perlembagaan Persekutuan (Perkara 75). Hal ini dapat menunjukkan keinginan perlembagaan
untuk membentuk satu kuasa pusat yang kuat. Suruhanjaya Reid telah diminta untuk
mengemukakan gagasan persekutuan yang mempunyai Pihak berkuasa pusat yang kuat. Hal
ini banyak dipengaruhi oleh sejarah dan suasana politik ketika itu. Ada yang menyebut bahawa

Mohd. Salleh bin Abas, ‘Federalisme di Malaysia: Perubahan dalam Dua Puluh Tahun yang Pertama,’ dalam
Tun Mohamed Suffian, H.P. Lee dan F.A. Trindade (editor), Perlembagaan Malaysia, Perkembangannya: 19571977, PJ: Fajar Bakti, 1983, hlm. 194.
23
Martin Rusner, ‘The Structure of Government in the Colonial Federation of Malaya,’ South East Asian Studies,
Jil.13, No.4, 1976, hlm. 498.
24
Shafruddin Hashim, ‘Thirty Years on the Road between Centre and States in Malaysia,’ Reflection on the
Malaysian Constitution, Penang: Aliran Kesedaran Negara, 1987, hlm. 170.
25
Abdul Aziz Bari: Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah, hlm. 198-199.

22

8

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

suasana darurat wujud pada masa itu tidak mengizinkan negeri-negeri yang tidak mempunyai
kekuatan ketenteraan sendiri untuk beroperasi secara bersendirian. 26
Perlembagaan 1957 telah membentuk persekutuan yang lebih menyebelahi kerajaan
pusat berbanding dengan kerajaan negeri dan seterusnya menjadikan asas untuk pemusatan.27
Hal ini boleh dilihat dalam bidang kuasa yang ada pada Senarai Persekutuan, Senarai Negeri
dan Senarai Bersama dalam perlembagaan. Perkara-perkara yang penting bagi negeri terus
berada pada negeri. Kerajaan negeri bertanggungjawab bagi fungsi-fungsi yang memberi kesan
secara langsung dan jelas terhadap alam sekitar dan kehidupan masyarakat. Kebanyakan
berkaitan dengan persekitaran fizikal seperti hutan.28 Perkara-perkara peringkat kerajaan yang
utama penting serta memerlukan peruntukkan wang yang tinggi seperti hal-ehwal luar negeri,
pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, undang-undang dan tatacara sivil, dan
pentadbiran keadilan, kewarganegaraan, perdagangan dan perindustrian adalah terletak dalam
persekutuan.

29

Peruntukan-peruntukan kewangan dalam Bahagian VII perlembagaan

menguntukkan sumber-sumber hasil yang terpenting kepada kerajaan persekutuan kecuali hasil
dari tanah dan hutan kepunyaan kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan juga Pihak berkuasa
pencukai yang utama (Perkara 96) dan mengawal kuasa-kuasa peminjaman (Perkara 111) bagi
negeri. 30 Senarai Bersama pula membenarkan parlimen dan dewan undangan negeri untuk
menggubal undang-undang untuk perkara yang sama. Asalkan undang-undang tersebut tidak
bercanggah, ia boleh terus wujud dan berkuat kuasa bersama.
Kecenderungan satu kerajaan pusat yang kuat sebenarnya sudah wujud seawal tahun
1948 dan hal ini jelas dilihat dalam bidang kuasa perundangan yang disenaraikan dalam Jadual

Ibid., hlm. 202.
Shafruddin Hashim, ‘Thirty Years on the Road between Centre and States in Malaysia,’ hlm. 174.
28
Andrew Harding, The Constitution of Malaysia: A Contextual Analysis, Oregon: Oxford and Portland, 2012,
hlm. 138.
29
Mohd. Salleh bin Abas, ‘Federalisme di Malaysia: Perubahan dalam Dua Puluh Tahun yang Pertama,’ hlm. 196.
30
Ibid., hlm. 197.
26
27

9

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

Kedua PTM 1948. Sebanyak 144 perkara yang merangkumi dasar-dasar awam yang penting
telah diberikan kepada pihak berkuasa Persekutuan.31 Jadual tersebut kemudian dipindahkan
ke Perlembagaan PTM 1957 dan seterusnya Perlembagaan Malaysia dalam Jadual Kesembilan.
Selain itu, di bawah Perkara 76, Parlimen diberi kuasa untuk menggubal undang-undang
berkenaan dengan perkara dalam senarai negeri ini dalam tiga situasi. Antaranya, untuk
melaksanakan perjanjian antarabangsa, untuk menggalakkan keseragaman undang-undang
antara dua negeri atau lebih dan Parlimen boleh menggubal undang-undang selepas diminta
oleh badan perundangan negeri. Perubahan yang dilakukan tidak boleh bercanggah dengan
agama Islam dan adat Melayu.32
Seterusnya, prinsip kesaksamaan antara negeri juga termaktub dalam perlembagaan.
Namun, hak kesaksamaan berhubung dengan kerajaan pusat itu dicabar semasa pembentukan
Malaysia 1963. Hal ini kerana, Singapura, Sabah dan Sarawak diberi lebih banyak autonomi
berbanding dengan Semenanjung. Kesannya, penyertaan ketiga-tiga negeri ke dalam
persekutuan yang asal telah mereka bentuk persekutuan baru yang bertujuan untuk menghalang
atau menyekat ‘overcentralization’.33
Ciri 3: Bidang Legislatif Berasaskan Demokrasi Berparlimen
Perlembagaan Merdeka membentukkan satu demokrasi berparlimen yang mengikut
sistem Westminster. 34 Sistem ini merupakan sistem parlimen kerajaan demokratik yang
dimodelkan mengikut acuan kerajaan British. Sistem pilihan raya, tanpa mengambil kira sistem
alternatif oleh Suruhanjaya Reid, dibentuk mengikut garisan Westminster dengan sistem 'firstpast-the-post'. Di samping itu, Perlembagaan menggabungkan banyak konvensyen
Westminster terutamanya hubungan antara Kerajaan, Ketua Negeri dan Parlimen. Kerajaan,

Martin Rusner, ‘The Structure of Government in the Colonial Federation of Malaya,’ hlm. 499.
Ibid., hlm. 139.
33
Ibid.
34
Andrew Harding, The Constitution of Malaysia: A Contextual Analysis, hlm. 85.
31
32

10

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

mengikut definisi, mesti menguasai majoriti di Parlimen. Satu sistem perikatan yang dominan
(Perikatan) telah beroperasi secara berterusan sejak Merdeka. Oleh itu, parlimen secara
langsung menyokong kehendak kerajaan.

35

Struktur Westminster yang diikuti dalam

perlembagaan 1957 juga memperuntukkan Perdana Menteri dan menteri dalam kabinet mesti
menjadi ahli dalam salah satu daripada dua majlis dalam sistem parlimen (Perdana Menteri
dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat boleh mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan
Rakyat). Konfigurasi perlembagaan 1957 secara keseluruhan mempunyai perbezaan daripada
model Westminster terutama dalam beberapa hal yang penting seperti ketuanan diletakkan
pada perlembagaan dan bukannya kehendak Parlimen dan struktur persekutuan juga berbeza
dengan sistem kerajaan British.
Berdasarkan demokrasi berparlimen yang mengikut sistem Westminster, Suruhanjaya
Reid dalam proses merangka Perlembagaan 1957 telah memutuskan untuk membahagikan
kuasa kepada tiga cawangan kerajaan iaitu perundangan, pemerintah dan pihak berkuasa
kehakiman. Namun, mereka menganggap cawangan perundangan sebagai punca tenaga
kerajaan dan tempat letaknya kuasa negara. Mereka menganggap parlimen sebagai saluran
utama dorongan demokratik. 36 Mengikut Perkara 44 dalam Perlembagaan 1957, Parlimen
mengandungi YDPA, Dewan Negara, dan Dewan Rakyat. Kuasa perundangan Persekutuan
untuk menggubal undang-undang secara rasmi yang terletak dalam Perkara 66 Perlembagaan
Persekutuan 1957.
Sebahagian dari parlimen, YDPA tidak duduk bersidang dalam parlimen dan juga tidak
mempunyai kata pemutus tentang undang-undang yang dibuat kerana dalam perkara-perkara
perundangan baginda bertindak mengikut nasihat kabinet (Perkara 40). YDPA berkuasa untuk

Ibid., hlm. 86.
Nik Abdul Rashid, ‘Parlimen Malaysia,’ dalam Tun Mohamed Suffian et al., Perlembagaan Malaysia:
Perkembangannya 1957-1977, hlm. 158.

35
36

11

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

memberi ucapan dalam Majlis Parlimen (Perkara 60), memanggil parlimen dari semasa ke
semasa tidak kurang daripada enam bulan (Perkara 55(1)) serta memberhenti atau
membubarkan parlimen (Perkara 55(2)).37 Seterusnya, perlembagaan pada hari ini menyatakan
YDPA dalam masa 30 hari perlu memperkenankan Rang Undang-Undang yang dikemukakan
kepadanya. Rang Undang-Undang yang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
dalam masa 30 hari akan menjadi undang-undang. (Perkara 66 (4 dan 4a)).38 Perkara ini tidak
dimasukkan dalam Perlembagaan 1957. Maka, YDPA mempunyai kuasa untuk tidak
memperkenankan sesuatu rang undang-undang. Keadaan berubah dengan pemindahan
perlembagaan pada tahun 1983 dan seterusnya pada tahun 1994.
Walaupun sistem berparlimen yang ditubuhkan oleh Perlembagaan berkuat kuasa pada
Hari Merdeka, parlimen hanya mula berfungsi pada tahun 1959. Sebelum itu, badan
perundangan adalah Majlis Perundangan Persekutuan. Sejak 1 Februari 1948, majlis ini terdiri
daripada 76 orang ahli seperti berikut: Pesuruhjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha, Peguam
Negara, Setiausaha Kewangan, 9 Presiden Majlis negeri Melayu, 1 wakil daripada Kerajaan
Melaka dan Pulau Pinang, 11 ahli rasmi dan 50 ahli tidak rasmi. 39 Pada tahun 1955,
perlembagaan 1948 dipinda untuk menambah bilangan ahli dalam majlis selepas pilihan raya
pertama diadakan. Jumlah tersebut meningkat sehingga 98 ahli dengan 52 ahli dipilih melalui
pilihan raya. Mengikut perlembagaan baru, Majlis Perundangan Persekutuan akan diteruskan
selepas Hari Merdeka sehingga 27 Jun 1959 apabila pilihan raya umum pertama selepas
merdeka telah diadakan dan digantikan oleh parlimen.40 Selain itu, pindaan kecil dibuat di
mana kuasa perundangan diletakkan di bawah YDPA dan kuasa eksekutif diserahkan kepada
Kabinet. Perbezaan boleh dilihat kerana sebelumnya, Pesuruhjaya Tinggi British secara teori

Ibid., hlm. 158-159.
Andrew Harding, The Constitution of Malaysia: A Contextual Analysis, hlm. 101.
39
Tunku Sofiah Jewa et al., Tun Mohammed Suffian’s An Introduction to the Constitution of Malaysia: 3rd Edition,
hlm. 69-70.
40
Ibid., hlm. 70.
37
38

12

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

mempunyai kedua-dua kuasa eksekutif dan perundangan di peringkat persekutuan dan boleh
menerima atau menolak nasihat majlis.41 Hal ini kerana kedudukan yang berbeza dengan Raja
Berperlembagaan di mana YDPA hanya boleh bertindak mengikuti nasihat kabinet.
Peranan Dewan Negara dalam legislatif adalah minimum. Salah satu sebab Dewan
Negara wujud adalah untuk mewakili kepentingan negeri-negeri. Oleh itu, kepentingan negeri
diambil kira dalam pembuatan undang-undang di peringkat persekutuan.42 Tertakluk kepada
Perkara 45 (1), Dewan Negara hendaklah terdiri daripada dua orang ahli bagi setiap Negeri
hendaklah dipilih dan 16 orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, (2) ahliahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah orang yang pada pendapatnya
telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam
profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial
atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli, dan (3)
tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Negara ialah enam tahun dan tempoh itu tidak terkesan
dengan pembubaran Parlimen. Selain itu, menurut Perkara 47 (a), setiap warganegara yang
bermastautin di Persekutuan layak menjadi Dewan Negara dengan berumur 30 tahun dan ke
atas. Penambahan serta penurunan ahli Dewan Negara juga boleh dilakukan oleh Parlimen
melalui undnag-undang berdasarkan Perkara 45 (4).
Dewan Rakyat adalah dewan yang lebih berfungsi dalam Parlimen. Rakyat boleh
memilih ahli-ahli Dewan Rakyat, dewan yang lebih berkuasa dalam dwidewan Parlimen.
Perjanjian PTM 1957 menerangkan dalam Perkara 46(1) bahawa Dewan Rakyat hendaklah
terdiri daripada 100 ahli kecuali Dewan Rakyat pertama yang ditubuhkan perlu mempunyai
104 ahli.43 Parlimen berdasarkan kuasa undang-undang boleh menambah nombor ahli dalam

Abdul Aziz Bari: Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah, hlm. 52.
Ibid., hlm. 54.
43
Colonial Office, Constitutional Proposal for the Federation of Malaya, hlm. 51.

41

42

13

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

Dewan Rakyat setelah banci dilakukan selepas merdeka (Perkara 46(2)). Perkara 47 (b) juga
menyatakan setiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan layak menjadi ahli Dewan
Rakyat jika berumur tidak kurang daripada 21 tahun.
Dengan melihat perlembagaan persekutuan Malaysia, suatu dapat melihat bahawa ahli
dalam kedua-dua dewan sudah bertambah. Dewan Negara mengandungi 70 ahli manakala
Dewan Rakyat mengandungi 222 orang. Hal ini kerana populasi negara yang semakin
bertambah dan juga pertambahan negeri Sarawak dan Sabah. Selain itu, sedikit pemindahan
juga dilakukan dalam kedua-dua dewan. Contohnya, tempoh jawatan seseorang ahli dalam
Dewan Negara sekarang adalah tiga tahun walaupun tempoh tersebut masih tidak terkesan
daripada pembubaran parlimen. Berdasarkan Perkara 48, seseorang boleh menghilangkan
kelayakan untuk menjadi ahli dalam mana-mana Majlis Parlimen jika a) dia didapati atau
diisytiharkan tidak waras, atau b) dia masih bankrap, atau c) dia memegang sesuatu jawatan
yang berpendapatan atau d) setelah dinamakan dalam mana-mana satu Majlis Parlimen, atau
setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian dan dia
tidak membayar perbelanjaan yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan cara
yang dikehendaki, atau e) dia telah disabitkan kesalahan dalam mahkamah di Persekutuan dan
dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan dia tidak mendapat
pengampunan bebas; atau f) dia secara sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana
negara di luar Persekutuan, atau secara sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di manamana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana
negara di luar Persekutuan.44

44

Ibid.

14

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

Penutup
Kesimpulannya, terdapat lagi banyak ciri-ciri yang boleh dibincangkan dalam
Perjanjian PTM 1957 ini seperti kerakyatan, bidang eksekutif, bidang kehakiman, hak
keistimewaan orang Melayu dan lain-lain. Tujuan kertas kerja memilih tiga ciri utama yang
dibincangkan di atas adalah kerana ciri-ciri tersebut adalah penting dalam membentuk kerajaan
Persekutuan Malaysia pada hari ini. Dalam tiga ciri yang telah dianalisis, boleh didapati
bahawa adanya ciri-ciri yang terdapat dalam Perjanjian PTM 1957 telah dibawa dari Perjanjian
PTM 1948. Contohnya, kewujudan satu persekutuan yang melibatkan sembilan Negeri-negeri
Melayu dan dua Negeri-negeri Selat. Di samping itu, terdapat juga ciri yang baru dimasukkan
dalam Perjanjian itu. Misalnya, pengenalan Yang di-Pertuan Agong. 3 ciri yang dibincangkan
juga boleh memperlihatkan bahawa kebanyakan aspek yang didapati dalam Perjanjian PTM
1957 juga dibawa depan kepada pembentukan Perlembagaan Malaysia. Sedikit pemindahan
tetap dilakukan supaya dapat melicinkan pentadbiran negara serta melibatkan semua pihak
dalam persekutuan. Contohnya, penambahan bilangan ahli dalam kedua-dua Dewan Negara
dan Dewan Rakyat untuk menampung kemasukan negeri baru seperti Sarawak dan Sabah serta
wilayah persekutuan yang pertama kali dibentuk pada tahun 1974.

15

Carlson Chew Yee Herng

AEE140006

Rujukan
Abdul Aziz Bari: Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pusaka, 2003.
Aishah Bidin, ‘The Historical and Traditional Features of the Malayan Constitution,’ Jebat, Jil.
21, 1993, hlm. 3-20.
Ceramah Awam Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah di Raffles Hotel, Singapore pada 27
Julai 2004, The Monarchy in Contemporary Malaysia.
Colonial Office, Constitutional Proposal for the Federation of Malaya, dibentang oleh
Setiausaha Negara atas perintah Ratu British, June 1957.
Fernando, Joseph M., ‘Dato Onn Jaafar dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957,’
dalam Arba’iyah Mohd Noor, Mohammad Redzuan Othman, Suffian Mansor, Salina Zainol
(editor), Persada Jauhari: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Prof. Emeritus Datuk Wira Dr.
Mohd Yusof b. Haji Hashim, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, University Malaya, 2012, hlm.
191-208.
Harding, Andrew, The Constitution of Malaysia: A Contextual Analysis, Oregon: Oxford and
Portland, 2012.
Hooker, Virginia Matheson, A Short History of Malaya: Linking East and West, Crows Nest,
NSW: Allen & Unwin, 2003.
Kennedy, J., A History of Malaya, KL: S. Abdul Majeed & Co., 1993.
Mohd. Salleh bin Abas, ‘Federalisme di Malaysia: Perubahan dalam Dua Puluh Tahun yang
Pertama,’ dalam Tun Mohamed Suffian, Lee H.P. dan Trindade, F.A., (editor), Perlembagaan
Malaysia, Perkembangannya: 1957-1977, PJ: Fajar Bakti, 1983, hlm. 189-222.
Nik Abdul Rashid, ‘Parlimen Malaysia,’ dalam Tun Mohamed Suffian et al., Perlembagaan
Malaysia: Perkembangannya 1957-1977, hlm. 158-188.
Perlembagaan Persekutuan.
Raja Azlan Shah, ‘The Role of Constitutional Rulers in Malaysia,’ dalam Trindade, F.A. dan
Lee H.P. (editor), The Constitution of Malaysia: Further Perspectives and Developments,
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1988, hlm. 76-91.
Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, KL: Penerbit Universiti Malaya,
1998.
Rusner, Martin, ‘The Structure of Government in the Colonial Federation of Malaya,’ South
East Asian Studies, Jil.13, No.4, 1976, hlm. 495-512.
Shafruddin Hashim, ‘Thirty Years on the Road between Centre and States in Malaysia,’
Reflection on the Malaysian Constitution, Penang: Aliran Kesedaran Negara, 1987, hlm. 169185.
Tunku Sofiah Jewa, Salleh Buang, dan Yaacob Hussain Merican (editor), Tun Mohammed
Suffian’s An Introduction to the Constitution of Malaysia: 3rd Edition, Petaling Jaya: Pacifica
Publications, 2007.

16