ARTIKEL DILEMA PEMBANGUNAN TANAH RIZAB M

ARTIKEL : DILEMA PEMBANGUNAN TANAH RIZAB MELAYU : SATU
WARISAN ATAU SATU TANGISAN?
Editor :

Syazliyati Ibrahim, Azni Syafena Andin Salamat, Najah Mokhtar, Maisarah
Abd Rahim, Shahriza Ilyana Ramli

Keluaran :

2014

1.0 ABSTRAK
Tanah Rizab Melayu adalah tanah yang diwariskan oleh nenek moyang kita pada suatu ketika
dahulu dan ia merupakan lambang kedaulatan dan keistimewaan bagi orang-orang melayu.
Hal ini bagi menjamin ketuanan bangsa Melayu yang pada asalnya adalah milik orang
Melayu di muka bumi Malaysia ini. Bagi mencapai segala visi dan misi Transformasi
Nasional pada tahun 2050 nanti, penggunaan Tanah Rizab Melayu yang merupakan tanah
yang mempunyai komposisi terbesar di Malaysia perlulah dioptimakan dengan baik agar ia
dapat menjamin pendapatan yang lebih tinggi. Suatu undang-undang bagi Tanah Rizab
Melayu perlulah diadakan dengan tujuan supaya undang-undang ini dapat mengawal dalam
memastikan pelaksanaan undang-undang yang dibuat adalah seimbang dan memenuhi

kesemua hak setiap pihak. Di dalam artikel ini akan mengupas tentang Pembangunan Tanah
Rizab Melayu yang mengakibatkan pengurangan saiz dan nilai tanah melalui pelbagai cara
seperti Pengambilan Tanah Rizab Melayu yang terdapat di dalam Akta Pengambilan Tanah
1960, penukaran status Tanah Rizab Melayu kepada pegangan bebas di bawah Perkara 89
Perlembagaan Persekutuan serta beberapa faktor lain. Objektif utamanya adalah bagi
mengkaji dengan mendapati bagaimana aspek pengurusan tanah yang melibatkan Tanah
Rizab Melayu yang dibuat melalui pelbagai cara telah menjejaskan saiz serta nilai tanah jenis
ini.

1.1 PENGENALAN
Secara umumnya, seperti semua sedia maklum bahawa Tanah Rizab Melayu merupakan salah
satu keistimewaan yang dimiliki oleh orang melayu. Di dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia, terdapat peruntukan untuk Tanah Rizab untuk orang-orang melayu iaitu di bawah
Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan. Di dalam perkara 89 fasal (6) ini ada menerangkan
tentang bahawa tanah rizab orang melayu atau erti kata lainnya ia adalah tanah yang disimpan
dan dikhaskan hanya untuk diberi milik kepada orang melayu atau kepada anak negeri bagi
negeri tempat terletaknya tanah itu. Orang melayu pula bermakna mana-mana orang yang di
bawah undang undang Negeri tempat dia bermastautin, dikira sebagai orang Melayu adalah
bagi makna perizaban tanah.
Tanah Rizab Melayu ini adalah merujuk kepada kategori tanah khusus yang diletakkan di

sesebuah kawasan tertentu di setiap negeri yang hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu.
Undang-undang Tanah Rizab Melayu ini telah mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914
apabila Enakmen Rizab Melayu (ERM) 1913 dikuatkuasakan pada negeri-negeri yang pada
dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu, iaitu Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang. Namun Enakmen Rizab Melayu 1913 telah pun dimansuhkan
mulai daripada 15 Disember 1993 dan digantikan dengan Enakmen Rizab Melayu 1933. Pada
tahun 1935 Enakmen Rizab Melayu 1933 ini telah pun disemak semula dan diterbitkan
sebagai Enakmen Rizab Melayu (NMB Bab 142) dan sehingga kini ia masih diguna pakai. Di
samping itu, undang-undang Tanah Rizab Melayu juga terdapat bagi lima negeri yang pada
suatu ketika dahulu ia dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis,
Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Terdapat dua objektif utama dalam Enakmen Rizab
Melayu iaitu menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan
dengan apa jua carapun kepada orang bukan melayu, seterusnya menyekat tanah pegangan
Melayu atau tanah rizab melayu daripada dibuat apa-urusniaga persendirian di antara orang
melayu dan orang bukan melayu. Walau bagaimanapun tidak semua tanah boleh diwartakan
sebagai Tanah Rizab Melayu. Namun terdapat beberapa jenis tanah yang hanya boleh
diisytiharkan sebagai Rizab Melayu antaranya Tanah Kerajaan, Tanah Hutan Simpan, Tanah
Rizab Awam dan Tanah Milik.
Oleh hal yang demikian, mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai tanah rizab
melayu perlulah dikekalkan sebagai tanah rizab melainkan jika ianya diisytiharkan dan

diwartakan batal oleh pihak-pihak yang berkenaan. Bagi memastikan Tanah Rizab Melayu ini

dipelihara oleh orang melayu, maka sekatan-sekatan ke atas tanah rizab ini diadakan di dalam
tiap-tiap Enakmen Rizab Melayu iaitu dari segi penjualan, penggadaian, pindah milik,
penyewaan dan lain-lain urusniaga yang diniagakan kepada orang bukan melayu. Di
Terengganu contohnya semua tanah yang dimiliki oleh orang melayu dan semua tanah desa
di bawah hakmilik orang melayu di mana luas tanah mereka adalah tidak lebih daripada 10
ekar adalah menjadi tanah pegangan Melayu dan tanah tersebut tidak boleh dijual, dipajak
dan dibuat apa-apa urusan ke atasnya melainkan oleh orang Melayu sahaja.

1.2 ADAKAH KONSEP TANAH RIZAB MELAYU SUDAH TIDAK RELEVAN DI
NEGARA KITA?
Ada sesetengah rakyat di negara kita berpendapat bahawa tiada lagi keperluan untuk undangundang Tanah Rizab Melayu terus berada di negara kita pada masa kini. Hal ini kerana, jika
dilihat semula sejarah tentang Tanah Rizab Melayu, ia bermula pada zaman penjajahan
British yang diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelamatkan pengaruh politik mereka di
Tanah Melayu. Enakmen-enakmen Tanah Rizab Melayu ini telah diwujudkan oleh Badan
Perundangan Kolonial British dengan tujuan untuk mengawal segala transaksi penjualan
tanah oleh orang-orang melayu kepada orang yang bukan melayu, hal ini bagi mengekalkan
kawasan pertanian ataupun kawasan penanaman makanan untuk masyarakat melayu dengan
memperkenalkan Dasar Pecah dan Perintah oleh Kerajaan Kolonial British di Tanah Melayu

dan seterusnya tela mengurangkan penglibatan masyarakat melayu dalam aktiviti-aktiviti
ekonomi bercorak komersial. Tindakan yang telah dilakukan oleh pihak British dengan
memperkenalkan undang-undang ini dengan jelas memanglah amat bertentangan dengan
amalan sistem ekonomi di Britain yang berteraskan kepada sistem ekonomi pasaran bebas.
Oleh itu, konsep ini tidak perlu lagi dipertahankan di negara ini setelah British keluar
daripada Malaysia.

1.3

BAGAIMANA

PEMBANGUNAN

TANAH

RIZAB

MELAYU

BOLEH


DILAKUKAN?
Pembangunan Tanah Rizab Melayu adalah ditakrifkan mengikut seksyen 2 yang bermaksud
merangkumi kerja-kerja yang dilakukan ke atas tanah sama ada ianya melibatkan bangunan
kecil ataupun besar, mahupun kerja-kerja untuk memecah bahagi, memecah sempadan dan
penyatuan tanah. Antara faktor penyebab yang menjadi penghalang kepada pembangunan
Tanah Rizab Melayu adalah kerana hakmilik tanah yang terlalu kecil, hakmilik bertindih
akibat daripada sistem perwarisan secara faraid serta faktor lokasi Tanah Rizab Melayu
tersebut adalah terpinggir. Biarpun pelbagai kajian telah mendapati bahawa Tanah Rizab
Melayu jauh ketinggalan dari sudut pembangunan berbanding tanah yang mempunyai
pegangan bebas. Namun demikian, apabila dilihat dari segi sekatan perundangan di bawah
Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan penjualan, penggadaian, pindah
milik, penyewaan dan lain-lain urusniaga kepada bukan Melayu tidak boleh dijadikan alasan
untuk mengabaikan Tanah Rizab Melayu dari aspek pemajuan tanah ataupun pembangunan.

Oleh itu, pelbagai alternatif untuk pendekatan perancangan pembangunan di atas Tanah Rizab
Melayu mestilah diberikan tumpuan daripada sering menyalahkan faktor yang telah
dinyatakan di atas. Antara cadangan strategi pembangunan Tanah Rizab Melayu adalah
dengan membenarkan pajakan ataupun pajakan kecil yang tidak boleh melebihi daripada 60
tahun kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membangunkan Tanah Rizab Melayu

dengan kebenaran pemilik Tanah Rizab Melayu. Selain itu, penubuhan syarikat milikan
sepenuhnya orang melayu ataupun syarikat penglibatan orang bukan melayu adalah sebanyak
45% dalam pegangan syer yang bertujuan untuk membangunkan Tanah Rizab Melayu.

1.4 FAKTOR YANG MENYEBABKAN SAIZ DAN NILAI TANAH RIZAB MELAYU
SEMAKIN BERKURANG
Antara faktor-faktor utama yang banyak menyumbang dalam sebab mengapa saiz dan nilai
Tanah Rizab Melayu semakin berkurangan adalah seperti berikut :
a) Pengambilan Tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri
Akta Pengambilan Tanah adalah merupakan satu undang-undang yang digubal khas untuk
mengambil balik tanah milik dengan syarat yang perlu dipatuhi segala peruntukan yang sedia
ada dan pembayaran pampasan yang mencukupi dibuat. Seksyen 3, Akta Pengambilan Tanah
1960 memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil tanah mengikut
tujuan yang berikut :
a) Bagi maksud awam
b) Tanah itu diambil oleh mana-mana badan, dengan apa-apa tujuan sekalipun sekiranya
Pihak Berkuasa Negeri berpendapat bahawa tujuan tanah yang ingin diambil itu
memberi manfaat yang baik kepada pembangunan ekonomi di Malaysia atau manamana bahagian dari itu ia memberi manfaat kepada orang awam pada umumnya atau
mana-mana kelas orang ramai
c) Tujuan tanah itu dengan bermaksud untuk melombong ataupun kediaman, pertanian,

perdagangan, industri, rekreasi atau gabungan di antara tujuan-tujuan tersebut.
Namun secara keseluruhannya, perkara ini bukanlah menjadi aspek utama tujuan penghasilan
artikel ini. Sebaliknya, ia adalah tentang isu pengambilan balik tanah yang melibatkan tanahtanah rizab melayu yang jarang ataupun sukar diganti semula.

b) Tukar status
Di bawah agenda pembangunan, pihak kerajaan negeri dalam peruntukkan undang-undang di
bawah Perkara 89 (1) Perlembagaan Persekutuan 1957 telah mengambil langkah dengan
menukar status Tanah Rizab Melayu kepada tanah jenis pegangan bebas (freehold). Dalam
hal ini, kerajaan negeri telah memberikan kebenaran untuk menukar status Tanah Rizab
Melayu yang dikatakan kurang dikomersialkan dan ianya ditukar kepada tanah jenis
pegangan bebas (freehold) melalui kaedah ‘land swapping’ dengan tujuan untuk memberi
peluang kepada pihak ataupun individu-individu, syarikat-syarikat bukan Melayu untuk
melakukan pembangunan pada Tanah Rizab Melayu dengan tujuan untuk meningkatkan taraf
ekonomi dan pendapatan negeri. Antara pendekatan yang telah diambil misalnya oleh
Kerajaan Negeri Kedah dibuktikan apabila jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu di negeri
Kedah pada 1 Januari 1995 pada asalnya adalah sebanyak 964 hektar tetapi telahpun
dibatalkan dengan ditukar status tanah dan dibuat pengambilan balik tanah sehinggalah ia
menyebabkan jumlah tanah rizab melayu yang ada di Kedah hanya tinggal berbaki seluas
692.77 hektar sahaja. Mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain telah
menyatakan bahawa kaedah ‘land swapping’ adalah cara terbaik untuk membangunkan negeri

tersebut hal ini kerana lebih 80% daripada tanah yang ada di negeri tersebut adalah tanah
jenis rizab melayu. Biarpun kaedah ini tidak dinafikan mampu menaikkan nilai harga tanah
serta menyumbang banyak kepada ekonomi pembangunan di negeri tersebut, namun
penyusutan kawasan Tanah Rizab Melayu menimbulkan persoalan tentang adakah proses
penukaran status tanah ini dibuat menurut peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan
Persekutuan.
c) Kuasa Pihak Berkuasa Negeri
Walaupun di dalam peruntukkan ada menyatakan tentang undang-undang yang berkaitan
Rizab Melayu adalah di haling dalam apa-apa jua transaksi seperti jualan, gadaian, pajakan,
pindah milik atau apa-apa urusniaga yang lain terhadap Tanah Rizab Melayu kepada orang
bukan Melayu, namun hakikatnya Raja dalam Mesyuarat boleh diberi kuasa untuk memberi
milik tanah negeri yang termasuk dalam Rizab Melayu kepada mana-mana badan atau
syarikat seperti yang telah ditetapkan. Walaupun pada peringkat awal Enakmen Rizab Melayu
diperkenalkan oleh Inggeris ia hanyalah bermaksud ‘Melayu’ di mana ia boleh dipindahmilik
kepada ‘orang’ melayu, namun setelah beralih zaman maka ia difikirkan timbul keperluan di
mana ‘melayu’ juga boleh diintepretasikan sebagai badan ataupun syarikat orang melayu.

Kedudukan badan-badan ini di bawah peruntukan Enakmen Rizab Melayu untuk setiap
negeri adalah berbeza.
Selain itu, kuasa yang dimiliki oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk memberi milik tanah jenis

Rizab Melayu kepada orang bukan Melayu juga dapat dilihat dalam beberapa peruntukan.
Misalnya, seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu Kedah memberi kuasa kepada Raja dalam
Mesyuarat dengan menggunakan budi bicara, dengan perintah bertulis dan mengisytiharkan
mana-mana orang dari apa-apa bangsa atau kewarganegaraan ‘Melayu’ bagi maksud
Enakmen Rizab Melayu Kedah. Oleh hal itu, orang-orang bukan melayu seperti Cina dan
India atau yang berlainan bangsa yang bukan daripada Malaysia juga boleh diisytiharkan
sebagai ‘Melayu’ bagi maksud enakmen tersebut.
d) Sebab-sebab lain
Tanah Rizab Melayu yang termaktub dalam Fasal 89 di dalam Perlembagaan Malaysia
dikatakan turut terancam akibat perbuatan orang Melayu itu sendiri. Sikap orang melayu
yang hanya mementingkan diri dan ingin mengaut keuntungan hasil daripada penjualan
Tanah Rizab Melayu kepada orang bukan Melayu amatlah merugikan. Malah ada sesetengah
daripada mereka ini sanggup menjadi ‘pak sanggup’ untuk mendapatkan wang sehingga
mengakibatkan Tanah Rizab Melayu dimanfaatkan oleh orang bukan melayu.
1.5 CADANGAN BAGI MENGEKALKAN TANAH RIZAB MELAYU DI TANGAN
ORANG MELAYU
Terdapat pelbagai cara ataupun kaedah yang boleh diusahakan dengan tujuan untuk
mengekalkan status Tanah Rizab Melayu kepada orang-orang melayu. Antaranya ialah seperti
berikut :
a) Gadai

Berikutan dari dasar dan strategi untuk membangunkan Tanah Rizab Melayu yang dibuat
melalui pindaan ke atas Enakmen Rizab Melayu, bagi tujuan memudahkan usaha-usaha
membangunkan Tanah Rizab Melayu dan untuk meningkatkan nilai pasarannya, kerajaan
telah membenarkan untuk mana-mana pihak bank dan institusi yang dilesenkan untuk
menerima gadaian Tanah Rizab Melayu. Ia lebih baik jika Pihak Berkuasa Negeri
memastikan hanya orang melayu sahaja yang boleh menebus semula gadaian tersebut. Bagi
membanteras masalah pemilikan Tanah Rizab Melayu kepada orang bukan melayu maka
pengkapan lelong oleh orang bukan melayu dikekalkan tetapi dengan syarat yang ketat. Pada

masa yang sama, institusi kewangan diminta agar untuk melonggarkan syarat pinjaman
kepada orang melayu bagi memajukan Tanah Rizab Melayu kepada pemaju bumiputera
berikutan Tanah Rizab Melayu yang susut sebanyak 20 peratus. Kelonggaran yang dibuat ini
mampu untuk menggalakkan pembangunan dibuat oleh syarikat-syarikat yang dimilik penuh
oleh bumiputera.
b) Menggantikan Tanah Rizab Melayu
Seperti yang sedia maklum, pengambilan Tanah Rizab Melayu mestilah dengan hanya tujuan
untuk kepentingan awam dan bukan bertujuan untuk pembangunan syarikat swasta. Dalam
keadaan ini, tanah yang telah diambil semula itu mestilah diganti dengan serta merta, dengan
nilaian yang berasaskan aliran pendapatan masa depan.
c) Penubuhan agensi khas bagi tujuan pembangunan Tanah Rizab Melayu yang

terbiar
Pihak kerajaan dengan inisiatif yang betul perlulah mewujudkan sebuah agensi tanah yang
khas untuk tujuan membangunkan tanah terbiar yang dimiliki oleh orang melayu, dengan
menjadikan pemilik tanah itu sebagai rakan kongsi pembangunan harta tanah itu. Agensi
yang sama juga boleh ditugaskan untuk membeli kesemua tanah yang dimiliki oleh orang
melayu yang hendak di jual di pasaran. Agensi ini mestilah mempunyai hak keutamaan
membeli semua tanah melayu dan perlu ada peruntukan undang-undang mengenainya.
d) Tindakan kerajaan negeri
Peranan Pihak Kerajaan Negeri amatlah besar dengan memastikan agar nama orang melayu
tidak lagi digunakan oleh orang asing. Maksudnya disini tiada orang asing yang membeli
Tanah Rizab Melayu. Biarpun ia sukar dilakukan namun demi warisan nenek moyang pada
suatu ketika dahulu ia perlulah dilakukan bagi menjamin keistimewaan orang melayu.
e) Mengetatkan intepretasi ‘Melayu’ dalam Enakmen Rizab Melayu
Intepretasi Melayu dalam Enakmen Rizab Melayu adalah berbeza mengikut negeri masingmasing. Memandangkan hanya enakmen-enakmen ini sahaja yang merupakan satu-satunya
perundangan yang boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan definisi
Melayu, wajar definisi ‘Melayu’ di setiap negeri agar diperketatkan maksudnya bagi
memastikan orang yang benar-benar ‘Melayu’ sahaja yang boleh memiliki Tanah Rizab
Melayu. Misalnya orang melayu yang telah keluar daripada bangsa melayu ataupun perlu

dikeluarkan dari intepretasi ‘Melayu’ di bawah Enakmen Rizab Melayu dan tindakan
pengambil milikan boleh dibuat ke atas tanah-tanah tersebut.

1.6 KESIMPULAN
Tidak dinafikan bahawa Tanah Rizab Melayu merupakan lambang kedaulatan dan
keistimewaan bagi orang-orang melayu untuk menjamin warisan bangsa melayu di muka
bumi di Malaysia. Namun jika dilihat pada masa kini tanah-tanah bukan milik orang melayu
sedang membangun pesat. Amatlah memalukan sekiranya tiada apa-apa tindakan untuk
memajukan tanah rizab melayu, tidak mustahil jika orang melayu akan menjadi ketinggalan
banyak perkara dalam kemajuan ekonomi dan terus berada di dalam kelompok yang miskin.
Manakala apabila dilihat secara zahirnya orang-orang bukan melayu pada masa kni sedang
terus terusan berlumba untuk menjadi golongan peniaga dan usahawan yang berjaya serta
dapat mengawal ekonomi untuk menjana keperluan kehidupan dan pekerjaan di Malaysia.
Oleh hal yang demikian, orang-orang melayu perlulah sedar dan bangkit dengan melakukan
tindakan yang proaktif untuk memajukan harta tanah demi kemajuan bangsa melayu sendiri.
Kita semua sedia maklum harga harta tanah saban hari semakin meningkat dan ini merupkan
peluang yang hebat kepada orang melayu kerana orang melayu mempunyai tanah rizab
melayu sendiri yang tidak dipunyai oleh bangsa lain. Hasrat kerajaan untuk meningkatkan
lagi nilai Tanah Rizab Melayu untuk mengelakkan daripada tanah tersebut terbiar melalui
cara yang tidak seharusnya mengundang pelbagai prejudis yang melampau. Pengeluaran hasil
daripada tanah rizab melayu pada sebelum ini yang kebanyakannya terbiar sebelum ini
amatlah tidak dinafikan turut membantu menjana ekonomi negara namun ia juga mampu
menguntungkan pemilik tanah itu sendiri.
Apabila dilihat perancangan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan Tanah Rizab Melayu
merupakan idea yang sangat bernas. Lebih-lebih lagi apabila ia ditumpukan kepada kawasan
Tanah Rizab Melayu yang terdapat di luar bandar di mana ia dilihat mampu menaikkan
ekonomi negara biarpun ia terletak di kawasan yang mundur dan kurang komersial. Oleh itu,
pelbagai agensi pembangunan tanah yang telah berjaya ditubuhkan dengan tujuan untuk
meningkatkan dan melaksanakan matlamat kerajaan untuk pembangunan kawasan luar
bandar itu.

Namun, perancangan pembangunan yang amat tinggi matlamatnya sememangnya bagus
namun ia perlulah diseimbangkan dengan memastikan sekurang-kurangnya orang melayu
memiliki 60 peratus jumlah luas keluasan Tanah Rizab Melayu di negara ini. Kita sedia
maklum, Tanah Rizab Melayu semakin berkurang mengikut zaman namun dalam
keghairahan untuk memajukan kawasan Tanah Rizab Melayu yang masih tinggal kita juga
perlu berjuang untuk mendapatkan kembali hak orang melayu yang sepatutnya di mana
tanah-tanah yang tekah dijual perlulah diganti semula. Usaha yang dibuat atas nama
pembangunan tidak seharusnya mengorbankan hak bangsa yang menjadi warisan turun
temurun sehingga ia bertukar menjadi tangisan kepada generasi muda yang akan datang.

Rujukan :
https://www.academia.edu/14995638/DILEMA_PEMBANGUNAN_TANAH_RIZAB_MEL
AYU_SATU_WARISAN_ATAU_SATU_TANGISAN_-2014