Metodologi penelitian sosial pokok bahasan (6)

BAB 3
a

METODOLOGI KAJIAN

Kerangka Penyelidikan
Dalam penulisan ini, perlu ditegaskan bahawa kajian ini bersifat sejarah dengan

mengkaji dokumen atau tekstual yang turut memuatkan aspek penganalisaan. Saya akan
menggunakan pendekatan sejarah atau historical approach dalam mengkaji perang psikologi
yang dijalankan oleh perisik British.
Bahan utama kajian diperolehi dari arkib luar negeri dan dalam negeri. Arkib luar
negeri yang dimaksudkan ialah The National Archives (TNA) Kew, England manakala dalam
negeri ialah Arkib Negara Malaysia. Bahan daripada arkib ini merupakan dokumen rasmi
kerajaan British dalam bentuk fail yang mencatatkan minit perbincangan mengenai perang
psikologi secara khusus dan perisikan secara amnya.
Kaedah

kualitatif

digunakan


dengan

tumpuan

sepenuhnya

kepada

kajian penggunaan dokumen sejarah di arkib dalam negara dan luar negara serta di beberapa
buah perpustakaan universiti tempatan.Tumpuan utama kajian ini adalah menggunakan rekod
rasmi kerajaan British yang merupakan sumber utama (primer) dalam kajian ini antaranya
rekod Pejabat Luar dan Komenwel (FCO), Pejabat Luar (FO), Pejabat Kolonial British
(CO), Pejabat Perang (WO), dan Pejabat Dominion (DO).
Selain

itu,

kajian


ini

juga

menggunakan

kaedah

kajian

luar

yang

melibatkanpenyelidikan di The National Archives (TNA) Kew, England, Arkib Negara
Malaysia dan

Perpustakaan Tun Sri Lanang. Pengkaji turut menggunakan kaedah

menggunakan kajian secara internet untuk mencari dan mendapatkan dokumen yang boleh

dimuat turun daripada beberapa arkib. Kajian internet ini banyak membantu pengkaji dalam
mengumpul maklumat tentang tajuk yang sedang dikaji terutamanya latar belakang perisikan,
organisasi dan sebagainya. Selepas itu proses tafsiran dan analisis dokumen dilakukan dengan
Page 1 of 8

tujuan mendapatkan fakta-fakta sejarah yang tepat dan ‘reliable’ bagi menulis bab dalam
tesis.
Kajian ini terdiri daripada tiga fasa penyelidikan, peringkat pertama adalah
penyediaan kertas cadangan bagi menulis tesis ini. Perbincangan dilakukan bersama penyelia
dan diminta supaya mengesan seberapa banyak dokumen yang terdapat di The National
Archives (TNA) Kew, England di samping membuat pembacaan ke atas sumber sekunder
yang meliputi tahun 1948-1960 bagi mendapatkan maklumat tentang isu yang berkaitan
dengan perang psikologi British di Tanah Melayu.
Selain itu, penyelia juga meminta pengkaji membuat kajian dan pembacaan terhadap
sumber sekunder yang terdapat di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Hasil daripada usaha tersebut, pengkaji telah dapat pengetahuan awal
berkenaan dengan perisikan British dan politik di Tanah Melayu. Pengkaji juga berusaha
untuk membuat rujukan seberapa banyak sumber sekunder bagi mendapatkan maklumat
tentang kajian terdahulu yang telah dilakukan oleh para akademik dan pengkaji sejarah
tentang perisikan dan politik di Tanah Melayu. Sumber sekunder ini banyak membantu

pengkaji dalam membuat penilaian dan menentukan skop kajian yang telah dibuat kajian atau
pun memfokuskan skop kajian yang baru.
B

Perkembangan Hipotesis / Cadangan
Fasa kedua adalah proses pengumpulan sumber primer berbentuk rekod dan dokumen

yang terdapat di dalam Arkib Negara Malaysia dan The National Archives, perpustakaan
universiti tempatan dan sebagainya mengenai perang psikologi, sejarah perisikan dan
politik di Tanah Melayu antara tahun 1948-1960. Kajian ini akan menumpukan penelitian ke
atas rekod-rekod primer seperti rekod-rekod Persekutuan dari tahun 1948-1960. Di Arkib
Negara Malaysia terdapat beberapa dokumen penting British dalam bentuk mikro filem dan
Page 2 of 8

bercetak. Di samping itu terdapat dokumen penting British berbentuk ‘CD-ROM Archive’
iaitu Asia: Official British Documents, 1945-1965 yang disusun oleh Michael Kandiah,
Gillian Staerck, Sumio Hatano, Wang Gungwu, Antony Best dan John Salford di
Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selain usaha mengumpul dokumen yang terdapat di dalam negara, pengkaji juga telah
diminta oleh penyelia supaya mendapatkan


pengalaman

menyelidik

di

luar negara

terutamanya di The National Archives, England. Pengkaji telah mengambil keputusan untuk
pergi ke London bagi mendapatkan dokumen British yang dianggap penting dan terkini bagi
melengkapkan penulisan topik-topik seterusnya. Pengkaji telah menjalankan penyelidikan
selama empat hari di The National Archives,England dari 15 hingga 18 Julai 2014 dan 2
hingga 22 Disember 2015.
Hasil penyelidikan di London di mana pengkaji berjaya merujuk dan mengumpul
sejumlah 557 halaman fail yang berkaitan dengan

tajuk tesis yang dicadangkan.

Kebanyakan fail yang dirujuk dalam tempoh berkenaan adalah berkaitan dengan topik dalam

bab-bab yang digariskan iaitu FCO 141/7306 Monthly Political Intelligence Reports (245
hal), CO 1035/6 Problems of Intelligence, Organisation in the Federation of Malaya in
connection with constitutional development (78 hal), CO 1035/7 Periodic Report of the
Malayan Holding Centre (112 hal), FCO 141/7234 Defence Treaty (46 hal), FCO 141/7269
Malayan Representation in Thailand (Bangkok Songkhla) 35 hal, FCO 141/7270
Constitutional Revision (Malaya) – London Talk Fail (16 hal) dan CO 1035/20 Egyptian
Influence in Colonies (25 hal).
Kajian luar negara yang dilakukan oleh pengkaji dapat melengkapkan bahan rujukan
yang diperlukan dalam kajian ini. Dokumen yang diperoleh daripada The National Archives
di Kew, England telah banyak membantu pengkaji dalam menjelaskan kedudukan perang
Page 3 of 8

psikologi, perisikan dan politik di Tanah Melayu dan implikasinya keatas polisi perisikan
dan keselamatan Tanah Melayu selepas merdeka. Usaha untuk mengesan dokumen tersebut
dianggap penting di luar negara kerana ia bertujuan untuk menghasilkan satu penyelidikan
sejarah yang bersifat menyeluruh dan mempunyai tahap ‘reliability’ yang tinggi. Pada
peringkat ini data yang diperoleh dalam negara dan luar negara akan dikumpulkan sebelum
dilakukan proses kritikan sumber yang melibatkan pentafsiran ke atas dokumen berkenaan.
Dokumen yang telah dikenal pasti akan melalui proses tafsiran dan analisis setiap isi
kandungan dokumen melalui proses kritikan sumber yang terdapat dalam ilmu sejarah. Faktafakta sejarah yang terhasil akan dapat digunakan untuk menjelaskan gambaran sebenar

operasi perang psikologi dan perisikan British di Tanah Melayu sebelum mencapai
kemerdekaan.
Fasa ketiga adalah proses menulis bab dalam tesis di mana pengkaji perlu memberi
lebih banyak tumpuaan kepada aspek meneliti setiap dokumen yang dirujuk oleh
pengkaji. Ini kerana dokumen yang dirujuk adalah pelbagai jenis sama ada dalam bentuk
primer (masih asli) atau pun sudah dipindah dalam bentuk digital. Pengkaji perlu membaca
dan menyusun dokumen mengikut tema yang dibincangkan dan tarikh dokumen tersebut.
Keadaan dokumen yang masih asal banyak membantu pengkaji untuk meneliti dan membuat
analisis dengan mendalam. Bagaimanapun kesabaran diperlukan dalam mengkaji dokumendokumen ini kerana setengahnya agak tebal untuk memahami liku-liku perjalanan perisikan
British dalam mengendalikan perang psikologi. Syukurlah kerana kesemua dokumen dalam
fail yang diperolehi dalam keadaan baik dan mudah untuk dibaca.

Page 4 of 8

Fail dari The National Archives, London yang berkait dengan perang psikologi
BIL
TAJUK
1
CO 1022/28 Interrogation of captured communist
terrorists in Malaya. 1952-1956.

2
CO 1022/31 Medical and health services in the
new villages. 1952-1953.
3
CO 1022/32 Education in the new villages. 19521953.
4
CO 1022/46 Recovered communist propaganda
documents. 1951-1953 (missing 1-112).
5
CO 1022/58 Policy for Emergency Regulations.
1951-1953.
6
1022/132 Detention orders made in the Federation
of Malaya. 1951-1953.
7
CO 1022/145 External aid for the Malayan
communists. 1952-1953.
8
CO 1022/151 Communism - Malaya.
Rehabilitation of detainees. 1952.

9
CO 1022/152 Rewards for death or capture of
communist terrorists in Malaya. 1952.
10 CO 1022/187 Functions and activities of the
Malayan Communist Party. 1951-1953.
11 CO 1022/202 Fortnightly secret abstract of
Intelligence submitted by Criminal Investigation
Department of Malaya. 1951-1952.
12 CO 1022/205 Federal Intelligence Committee
Reports. 1952-1953.
13 CO 1022/209 Pan-Malayan review of political and
security intelligence. 1951-1952.
14 CO 1022/317 Terrorist supplies. 1952.
15 FCO 141/7306 Malaya: Monthly Political
Intelligence Reports. 1953 Jan 01 - 1957 Dec 31.
16 FCO 141/15662 Singapore: Federation of Malaya
Police summaries. 1948 Jan 01 - 1949 Dec 31.
17
18
19


20

FCO 141/15996 Singapore: Malayan Security
Service (MSS) monthly intelligence summaries.
1947 Jan 01 - 1947 Dec 31.
FCO 141/16880 Singapore: Internal security:
Malaya. 1946 Jan 01 - 1947 Dec 31.
WO 203/4015 Malaya: psychological warfare
leaflets. 1 June 1945 – 31 July 1945.
WO 203/6096 Malaya Comd - ISUMS. 1 May
1946 - 31 October 1946
WO 208/3217 Intelligence reports on political and
military situation. 1943 Feb.-1948 Aug.
Page 5 of 8

BUKA
1986

MS

53

1988

138

1983

18

1984

181

1984

62

1984

5

1984

18

1983

31

1983

6

1984

36

1994

179

1994

123

1982

39

1983
18 April
2012
27
September
2013
29
November
2013
27
September
2013
1987

18
244

1987

108

1987

23

73
8
21
99

21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

WO 208/3932 Combined intelligence staff
summaries. 1948 July-Dec.
WO 291/1699 Interrogation of 112 surrendered
communist terrorists in 1955. 1956.
WO 291/1746 Comparison of security force
operations before, during and after amnesty period.
1956.
WO 291/1763 A study of surrender behaviour
among Chinese communist terrorists in Malaya.
1953.
WO 291/1764 A preliminary study of entry
behaviour among Chinese communist terrorists in
Malaya. 1953.
WO 291/1770 Some items of psychological
warfare intelligence as obtained from surrendered
communists terrorists in Malaya. 1953.
WO 291/1771 Further items of psychological
warfare intelligence as obtained from surrendered
communists in Malaya. 1953.
WO 291/1773 A study of reasons for entering the
jungle among Chinese communist terrorists in
Malaya: Part I; overt reasons. 1953.
WO 291/1783 A study of surrenders in Malaya
during the period January 1949 to June 1954. 1954.
WO 291/1785 Some statistics relating to
communist terrorists in Malaya. 1954.
WO 291/1786 A study of surrenders amongst
communist terrorists in Malaya, June-Nov 1954.
1954.

1987

49

1987

28

1987

8

1983

146

1983

21

1983

193

1983

11

1983

8

1985

9

1985

51

1985

81

C Pembahagian Bab
Perbincangan tentang perang psikologi British di Tanah Melayu ini akan dibahagikan
kepada 7 bab. Iaitu:
Bab 1 bertajuk Pendahuluan yang membicarakan tentang pendekatan kajian yang meliputi
tajuk, objektif, kajian kesusasteraan, tujuan/objektif penyelidikan, metodologi, hipotesis,
jangkaan hasil kajian, sumbangan hasil penyelidikan kepada negara dan penutup/ kesimpulan.

Page 6 of 8

Bab 2 bertajuk Latar Belakang Perang Psikologi dengan membincangkan secara meluas
tentang pelbagai aspek mengenai perang psikologi. Selain itu, kajian ditumpukan kepada
sejarah perkembangan perisikan British di United Kingdom dan Malaysia (Malaya semasa
jangka masa kajian), sejarah kemunculan dan paling utama perang psikologi yang dijalankan
oleh British. Turut disentuh ialah modus operandi perisikan di Malaya. Ini meliputi carta
organisasi di United Kingdom dan di Malaya, pegawai pemerintah dan personal yang terlibat
dalam membuat dan menentukan polisi perisikan, cara perisikan, corak perisikan, Piawai
Prosedur Operasi (Standard Operation Procedure – SOP) perisikan.
Bab 3 bertajuk Propaganda Perang Psikologi yang mengulas usaha-usaha kerajaan British
untuk menawan hati pengganas komunis dengan pelbagai kaedah. Memujuk, meaburkan
risalah dari udara, tawaran kewangan dan jaminan keselamatan. Perbincangan akan
menyentuh juga peranan yang dijalankan oleh Perkhidmatan Keselamatan Malaya atau
Malayan Security Services (MSS). Peranan ini dilihat amat penting berlaku pada jangka masa
ini iaitu Darurat. Dokumen yang diperolehi dari The National Archives di Kew, United
Kingdom khususnya FCO 141 dengan jelas mengariskan kegiatan perisikan British dalam
menghapuskan subversif komunis. Menghapus ini di ambil dari akhbar The Guardian yang
menggunakan istilah ‘eliminate’.

Bab 4 bertajuk Perang Psikologi Terhadap Tahanan akan membicarakan tindakan British
keatas tahanan komunis yang ditawan dengan melakukan kerja-kerja mengorek rahsia dan
maklumat, usaha pemulihan dan pemutihan atau brain-washes dan melatih menjadi ejen
kepada kerajaan.
Bab 5 bertajuk Perang Psikologi Dan Lepasan Tahanan membincangkan peranan yang
dimainkan oleh perisik British terhadap lepasan tahanan dengan mengadakan pelbagai
Page 7 of 8

kemudahan seperti pembinaan kampung baru China dan sebagainya. Mereka ini dipantau
supaya tidak kembali memberontak dan mengangkat senjata.
Bab 6 bertajuk Perang Psikologi: Kejayaan dan Kelemahan akan mengulas sejauh mana
kejayaannya selain memperkatakan tentang kelemahannya. Peranan dan sumbangan yang
dijalankan oleh perisik juga turut disentuh terutamanya dalam bidang keselamatan dan politik
Tanah Melayu pada jangkamasa ini. Sumbangan dalam bidang ekonomi dan sosial turut
diperhalusi. Dalam bidang keselamatan, sumbangan perisik dalam beberapa kes kecemasan
akan diperhalusi.
Bab 7 bertajuk Kesimpulan akan menyimpulkan tentang perang psikologi British di Malaya
sebaik sahaja undang-undang Darurat diistiharkan pada tahun 1948 sehingga ditamatkan pada
tahun 1960. Operasi perisikan ini berterusan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Page 8 of 8