Analisis Faktor Pendorong dan penghalang

Analisis Faktor : Pendorong dan penghalang kepada
kenderaan tidak bermotor

Muhamad Razuhanafi Mat Yazid
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: razulfi@yahoo.com
Rozmi Ismail
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
E-mail: rozmi@ukm.my
Riza Atiq O.K.Rahmat
Jabatan Kejuruteraan Awam Dan Struktur
Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
E-mail: riza@eng.ukm.my

Abstract
Pengangkutan berkaitan dengan kenderaan tidak bermotor telah wujud
semenjak tahun 50-an dahulu. Ianya adalah penting bagi menjamin
kehidupan dalam persekitaran yang bersih, sihat dan berkualiti tinggi. Kadar
pemilikan kenderaan bermotor meningkat setiap tahun dan ini

mengakibatkan sistem pengangkutan di persekitaran bandar mempunyai
imej buruk seperti kesesakan, kemalangan, ketiadaan pengangkutan awam
sebagai alternatif serta konflik pembebasan gas karbon ke ruang atmosfera
menyumbang kepada pencemaran alam dan kepincangan dari aspek kualiti
mobiliti kehidupan secara umumnya dalam bandar. Tujuan kajian ini adalah
untuk mengkaji kesediaan warga bandar Kota Bharu terhadap pengenalan
model anjakan mod pengangkutan tidak bermotor. Pengenalan model anjakan
mod pengangkutan tidak bermotor terutamanya berbasikal dan berjalan kaki
akan meningkatkan gaya hidup sihat dan dapat mengurangkan karbon
dioksida. Teknik Faktor Analisis digunakan untuk analisis faktor keinginan
pengguna kenderaan bermotor bertukar kepada kenderaan tidak bermotor.
Satu perancangan berkesan perlu dilakukan untuk penerapan
konsep
pengangkutan mampan di bandar.
Keywords: Analisis Faktor, kenderaan tidak bermotor, kenderaan bermotor.

1. Pengenalan

Peningkatan populasi dan ekonomi sesebuah bandar akan
meningkatkan kadar perjalanan. Tanpa perancangan awal agihan

guna tanah boleh menyebabkan masa perjalanan yang panjang
dan berlaku kesesakan. Peningkatan ekonomi memberi kesan
kepada sistem pengangkutan terutama penambahan pemilik
kenderaan persendirian dan peningkatan permintaan perjalanan
(Palmer et al. 1996; Badami & Haider, 2007). Peningkatan
penggunaan kenderaan bermotor boleh menyebabkan berlakunya
kesesakan yang menyumbangkan kepada peningkatan kadar
kemalangan, pencemaran udara, bunyi bising dan gangguan
kepada psikologi manusia (Aiken & Leigh, 1983) Ia juga
menyumbang kepada peningkatan pencemaran udara oleh karbon
dioksida dan ozon oleh pembakaran bahan api yang boleh
meningkatkan lagi pemanasan sejagat (Martens, 2004; Alterkawi,
2006; Beirão & Sarsfield Cabral, 2007)
Kejadian penyakit di kalangan manusia pada hari ini di kaitkan dengan
gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam. Kekurangan
aktiviti bersenang yang mencukupi menyebabkan peningkatan
kadar mortaliti dan menggandakan risiko untuk mendapat pelbagai
jenis penyakit kronik seperti kardiovaskular, diabetes, hipertensi
dan kanser
(Jamsiah et al. 2007)

Kajian WHO 1998, di dapati pengamalan gaya hidup yang tidak sihat
merupakan salah satu antara sepuluh sebab utama punca kematian
dengan lebih dua juta kematian di kaitkan dengan kurang
bersenam. Kajian juga mendapati kurang dari 60% penduduk dunia
gagal mencapai sasaran minimum untuk melakukan aktiviti fizikal
sederhana iaitu selama 30 minit sehari tiga kali seminggu.
(Epidemic, 2012)
Analisis faktor adalah analisis statistik yang bertujuan untuk mereduksi
dimensi data dengan cara menyatakan variabel asal sebagai
kombinasi linear sejumlah faktor sehingga sejumlah faktor tersebut
mampu menjelaskan sebesar mungkin keragaman data yang
dijelaskan oleh variabel asal (Tabachnick & Fidell 2008; Fah & Hoon
2010).

Satu kajian berkenaan faktor penghalang dan pendorong kepada
berbasikal telah dijalankan oleh Winters et al. (2011) ke atas 1402
pengguna berbasikal di bandar Vancouver. Mengguna kaedah faktor
analisis, 73 item dikumpulankan kepada 15 faktor iaitu
keselamatan, kesenangan berbasikal, cuaca, keselesaan laluan,
pendedahan kepada kenderaan bermotor, permukaan laluan,

hubungan dengan kenderaan awam, membawa barang, tempat
letak basikal, kemudahan di perjalanan, pendidikan dan maklumat,
tandaan jalan dan lampu isyarat, halangan fizikal, persimpangan
dan lampu isyarat dan undang-undang berkaitan berbasikal. Soalan
kajian ditanya berdasarkan “Bagaimana keinginan anda untuk
berbasikal?”. Keputusan skor purata daripada 73 item soalan kajian
menunjukkan 0.79 adalah skor yang tertinggi iaitu laluan bebas dari
hingar lalu lintas dan pencemaran udara dan -0.86 adalah skor
yang terendah iaitu laluan yang berais atau bersalji berdasarkan
kepada skala +1 hingga -1, di mana skor positif menunjukkan faktor
pendorong dan skor negatif menunjukkan faktor penghalang
kepada berbasikal.
2. Reka Bentuk Kajian
Di dalam penyelidikan ini, penyelidik menjalankan kajian berbentuk
deskriptif untuk mengenal pasti faktor pendorong dan penghalang
kepada kenderaan tidak bermotor di bandar Kota Bharu. Menurut
Ahmad Mahdzan (1992) dan Bhasah (2007),
kajian deskriptif
merupakan satu kajian yang bermatlamat untuk menerangkan
suatu fenomena yang sedang berlaku. Dengan demikian kajian

deskriptif ini dilakukan secara kajian tinjauan dengan menganalisis
data yang didapati daripada soal selidik. Semua maklumat yang
diperolehi diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan.
Bagi mendapatkan semua data yang dikehendaki, penyelidik telah
mengedarkan borang soal selidik kepada responden.

3. Populasi Kajian dan Sampel Kajian
Kajian ini dijalankan melalui pendekatan secara kuantitatif. Populasi
dalam kajian ini ialah penduduk bandar di 5 mukim dengan
populasi 206,602 penduduk. Pensampelan rawak berkelompok
berdasarkan 5 mukim iaitu Kota Bharu, Panji, Kubang Krian, Kota
dan Badang. Pengumpulan data melalui soal selidik dilakukan
terhadap tiap-tiap unsur dalam semua kelompok yang telah terpilih.
Sekaran (1992) menyebut bahawa jika sampel dibahagikan kepada
sub-sampel (lelaki/perempuan) maka saiz sampel yang minimum
30 peratus dari setiap kategori akan diperlukan. Walau
bagaimanapun penyelidik, tidak menggunakan kadar 30 peratus
sebagai penentuan bilangan responden untuk kajian ini. Penentuan
saiz sampel di buat berdasarkan jadual yang dibuat oleh Krejcie dan
Morgan (1970). Pada saiz populasi (N) 206,602.00 maka saiz

sampel (n) ialah 400. Berdasarkan saiz sampel 400, maka bilangan
responden mengikut jantina dan umur ditentukan berdasarkan
peratusan populasi mukim. Rajah 1 menunjukkan taburan populasi
dan sampel. Saiz sampel ini dianggap oleh penyelidik sebagai satu
jumlah yang sesuai berdasarkan kepada kenyataan oleh Sekaran
(1992) iaitu saiz sampel yang melebihi 30 dan kurang dari 500
adalah sesuai untuk kebanyakan kajian. Bagi mengenal pasti
responden yang terlibat, teknik pensampelan rawak berlapis
digunakan kerana responden terdiri dari responden jantina lelaki
dan perempuan serta mengikut umur. Steinberg (1999)
mengkategorikan umur kepada tujuh tahap iaitu awal remaja (1215 tahun), pertengahan remaja (16-20 tahun), akhir remaja (21-24
tahun), awal dewasa (25-29), pertengahan dewasa (30-34), akhir
dewasa (35-40) dan 40 ke atas adalah matang atau tua. Teknik ini
dikatakan yang paling efieyen (Sekaran, 1992) kerana ia dapat
memberikan lebih banyak maklumat mengikut saiz sampel yang
diberi.
Mengikut kajian lepas, jarak perjalanan yang berkesan untuk
kenderaan tidak bermotor adalah 12 km (Jinyong, Meiping &
Xiaoguang, 2009; Scheiner, 2010; Razuhanafi et al. 2012). Oleh itu
kesemua instrumen telah ditadbir sendiri oleh penyelidik

berdasarkan 12 km jarak dari ‘kilometer post’ di Pejabat Pos Besar
Kota Bharu kepada lima mukim tersebut.
4. Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang dibina untuk
mendapatkan maklum balas dan pengumpulan data. Borang soal
selidik ini telah direka bentuk bagi mengumpul maklumat dan data
yang diperlukan dalam kajian ini berdasarkan daripada soal selidik
kajian lepas (Winters et al. 2011). Kesemua soalan berjumlah 39 item.
Bahagian A mengandungi soalan berkaitan maklumat latar belakang
dan isirumah responden. Bahagian B pula berkaitan dengan profil
perjalanan responden dimana perjalanan dalam tempoh sebulan yang

lepas, maklumat profil perjalanan di ambil berdasarkan kepada tujuan
perjalanan, kekerapan, jenis pengangkutan yang digunakan, dan
anggaran jarak perjalanan. Bahagian ini juga mengandungi faktor –
faktor penghalang dan pendorong kepada kenderaan tidak bermotor
yang perlu dipilih satu daripada lima pilihan. Sejumlah 32 item soal
selidik
dikemukakan. Kaedah pengukuran dalam soal selidik ini
mengguna pakai skala Likert 5-poin untuk mendapatkan faktor

pendorong dan penghalang. Leung, (2011) menyatakan bahawa skala
Likert sangat meluaskan digunakan terhadap instrumen untuk
pengukuran pendapat, pilihan dan sikap. Kaedah pengukuran dalam
soal selidik ini mengguna pakai skala Likert 5-poin tingkah laku.
5. Keputusan
Kajian yang telah di lakukan di sekitar bandar Kota Bharu terhadap 400
responden. Di mana responden telah dikemukakan sebanyak 39 jenis
item. Mereka dikehendaki memberi persetujuan salah satu daripada
lima jawapan, dengan skornya : sangat tidak setuju (-1), tidak setuju (0.5), kurang setuju (0), setuju (0.5) dan sangat setuju (1.0).
Berdasarkan jawapan responden, skor purata bagi setiap item dapat
dikira seperti pada Jadual 1. Item keutamaan kepada kenderaan tidak
bermotor telah disenaraikan mengikut saiz skor purata, daripada yang
terkecil kepada yang terbesar. Keutamaan ini di peringkat kan kepada
tiga peringkat iaitu “setuju”, “tidak setuju” dan “sangat tidak setuju”.
Apabila 39 item keutamaan kepada kenderaan tidak bermotor ini
dilakukan analisis faktor, dengan menggunakan kaedah putaran
varimax, 10 faktor tersirat telah dapat diterbitkan. Kesepuluh faktor ini,
bersama-sama dengan item signifikan dan muatan faktor masingmasing yang melebihi 0.3, seperti pada Jadual 2. Tiada muatan faktor
yang kurang daripada 0.3, maka kesemua koefisien yang melebihi 0.3
dikekalkan dan bagi item yang mempunyai muatan faktor melebihi 0.3

bagi lebih daripada satu faktor, di ambil satu muatan yang terbesar
sahaja.
Seterusnya ialah mengenal pasti item yang menganggotai sesuatu
faktor dengan melihat balik soal selidik dan mencari satu ciri
persamaan serta memberi nama kepada faktor yang diterbitkan ini.
Terdapat tujuh item yang mempunyai muatan yang tinggi bagi faktor
pertama. Faktor pertama mengambil masa terlalu lama untuk sampai
ke destinasi apabila berjalan atau berbasikal (0.793), jarak perjalanan
dari rumah ke pusat bandar terlalu jauh untuk berjalan atau berbasikal
(0.781), keadaan cuaca (panas dan hujan) mengurangkan minat untuk
berjalan atau berbasikal (0.778), banyak barang yang perlu dibawa
(0.609), tiada kemudahan untuk laluan pejalan kaki dan berbasikal
(0.599), kenderaan bermotor lebih sesuai untuk ke tempat-tempat lain
yang jauh. (0.561) dan terpaksa melalui jalan yang sibuk antara satu
tempat ke tempat yang lain (0.535). Tujuh item ini mempunyai satu
persamaan yang menonjol, iaitu semuanya merupakan halangan
kepada kenderaan tidak bermotor yang dianggap “tidak setuju” dan

“sangat tidak setuju” oleh responden mengikut keutamaan yang
diberikan oleh mereka dalam Jadual 1. Faktor ini dinamakan sebagai

“halangan”.
Faktor kedua termasuk enam item : tandaan garisan warna putih pada
kedua-dua sisi jalan hendaklah jelas mengasingkan dari kenderaan
bermotor (0.752), memberi keutamaan laluan kepada pengguna
pejalan kaki dan berbasikal di kawasan lampu isyarat (0.729),
menyediakan banyak
tandaan jalan dan lampu isyarat untuk
kemudahan maklumat kepada pengguna basikal dan pejalan kaki di
sepanjang perjalanan (0.708), menyediakan laluan berbumbung atau
yang boleh melindungi pancaran matahari (0.563), berjalan atau
berbasikal adalah baik untuk persekitaran yang bersih (bebas bahan
cemar udara seperti karbon monoksida) (0.460) dan
kenderaan
bermotor dilarang berada pada laluan berbasikal dan pejalan kaki
(0.447). Kelompok enam item ini dinamakan “kemudahan” kerana
kesemuanya bertujuan untuk kesenangan responden. Keenam-enam
item ini telah dikelompokkan di bawah perkara “setuju” dalam Jadual 1.
Faktor ketiga yang diterbitkan merangkumi enam item, iaitu senang
untuk berbasikal atau berjalan ke sekolah berhampiran (0.761), senang
untuk berbasikal atau berjalan ke pasar atau kedai makan (0.756),

senang untuk berbasikal atau berjalan ke pengangkutan awam (0.746),
berdekatan dengan tempat kerja (0.627), senang untuk berbasikal atau
berjalan ke kawasan rekreasi atau taman permainan (0.484) dan laluan
yang memberi keutamaan kepada pengguna berbasikal dan pejalan
kaki seperti melintas di persimpangan (0.448). Sifat bersama 4 item ini
agak jelas, iaitu keempat-empatnya
memudahkan responden
memenuhi keperluan kegiatan seharian. Dengan itu, kumpulan ini
dapat dinamakan “kesenangan”. Kesemua item ini telah dikelaskan
sebagai “setuju” dalam Jadual 1.
Faktor keempat termasuk hanya empat item, iaitu dapat mengelak
kesesakan jalan raya (0.793), berjalan dan berbasikal adalah baik
untuk kesihatan saya (0.789), boleh menjimatkan wang (0.683) dan
dalam situasi tertentu (kesesakan jalan raya) berjalan atau berbasikal
lebih cepat sampai (0.477). Kesemua ini dapat dinamakan “keperluan”
kerana kesemuanya dapat memberi faedah kepada responden dalam
penjimatan dan kesihatan serta mengelak daripada kesesakan.
Keempat-empat item ini telah dikelaskan sebagai “setuju” dalam Jadual
1.
Faktor kelima termasuk hanya tiga item, iaitu mengurangkan risiko
pengguna (menyediakan kemudahan dan tempat letak basikal )
(0.712), menyediakan tempat berjalan atau berbasikal ( lampu isyarat,
papan tanda, kawasan melintas) (0.683) dan mengurangkan kelajuan
minimum kepada pengguna kenderaan bermotor (0.629). Ketiga – tiga
item ini dapat dinamakan “kemudahan laluan” kerana kesemuanya
bertujuan memberi peluang kepada responden mengguna kemudahan

ini dengan selamat. Ketiga – tiga item ini telah dikelaskan sebagai
“setuju” dalam Jadual 1.
Faktor keenam termasuk apabila ramai orang tempatan berbasikal dan
berjalan dan ia menjadi budaya (0.765), pencahayaan laluan di waktu
malam (0.758) dan saya dapat mengatur perjalanan ke lain-lain tempat
yang terlibat dengan lebih efisien melalui berbasikal dan berjalan
(0.632). Kesemua ini dapat dinamakan “Galakkan” kerana ketigatiganya bertujuan memberi galakkan kepada responden untuk menjadi
dorongan untuk berbasikal dan berjalan kaki. Ketiga-tiga item ini telah
dikelaskan sebagai “setuju” dalam Jadual 1.
Faktor ketujuh termasuk tempat letak kenderaan (parking) susah
didapati di kawasan perumahan saya (0.793), tempat letak kenderaan
(parking) di pusat bandar terhad (0.664) dan keadaan permukaan bumi
yang berbukit dan bercerun menyukarkan untuk aktiviti berjalan dan
berbasikal (0.509). Sifat bersama dua item ini agak jelas iaitu tempat
meletak kenderaan bermotor yang boleh penghalang kepada
penggunaan kenderaan bermotor. Dengan itu, kumpulan ini dapat
dinamakan “sekatan”. Dua daripada tiga item tersebut telah
dikelompokkan di bawah perkara “setuju” dalam Jadual 1 tetapi tidak
termasuk di bawah perkara “setuju” dalam Jadual 1 ialah keadaan
permukaan bumi yang berbukit dan bercerun menyukarkan untuk
aktiviti berjalan dan berbasikal yang telah dikelompokkan sebagai “
tidak setuju”.
Faktor kelapan termasuk menyediakan suasana nyaman (seperti
penanaman pokok-pokok, bungaan berbau harum, landskap) sepanjang
laluan (0.768), pengasingan laluan pejalan kaki dari lalu lintas
kenderaan bermotor dengan mengadakan blok, penanaman pokok
(0.664) dan menyediakan banyak laluan untuk berjalan atau berbasikal
(0.495). Tiga item ini mempunyai satu persamaan yang menonjol, iaitu
semuanya merupakan keselesaan yang dianggap “setuju” oleh
responden mengikut keutamaan yang diberikan oleh mereka dalam
Jadual 1. Faktor ini dinamakan “persekitaran”.
Faktor kesembilan termasuk hanya dua item iaitu keselamatan dari
jenayah (0.719) dan pemakaian topi keselamatan diperlukan semasa
menunggang basikal (0.580). Sifat bersama dua item ini agak jelas,
iaitu kedua-duanya dapat memberi keyakinan kepada responden untuk
berbasikal dan berjalan kaki. Dengan itu, kumpulan ini dapat
dinamakan “perundangan” yang dapat melindungi responden
berbasikal dan berjalan kaki.
Faktor terakhir yang diterbitkan melalui analisis faktor menyentuh
kejadian jenayah di kawasan pejalan kaki dan berbasikal (0.562) dan
tiada kemudahan tempat meletak basikal (0.546). Faktor ini dapat
dinamakan “keselamatan”

Skor purata untuk 39 item survei berada dalam lingkungan yang paling
tinggi adalah 0.639 dan yang terendah adalah -0.662. Skor positif
menunjukkan skor faktor pendorong dan skor negatif menunjukkan
faktor penghalang kepada kenderaan tidak bermotor (Winters et al.,
2011). Rajah 2 dan Jadual 3 menunjukkan 10 item yang popular
sebagai pendorong yang mempunyai skor purata antara 0.587 hingga
0.639. Tiga item pendorong utama adalah berjalan atau berbasikal
adalah baik untuk persekitaran yang bersih (bebas bahan cemar udara
seperti karbon monoksida), boleh menjimatkan wang dan kenderaan
bermotor dilarang berada pada laluan berbasikal dan pejalan kaki. 10
item popular untuk faktor penghalang juga mempunyai skor purata
antara
- 0.295 hingga – 0.662. Tiga item penghalang kepada
kenderaan tidak bermotor adalah keadaan cuaca (panas dan hujan)
mengurangkan minat untuk berjalan atau berbasikal, mengambil masa
terlalu lama untuk sampai ke destinasi apabila berjalan atau berbasikal
dan kenderaan bermotor lebih sesuai untuk ke tempat-tempat lain
yang jauh. Jadual 2, ringkasan skor purata dan kesalahan piawaian
untuk 39 item survei. Ralat piawai (standard errors, SE) berada julat
antara 0.015 hingga 0.029, oleh itu perbezaan dalam skor purata lebih
daripada 0.06 hingga 0.11 (2*1.96*SE) ini menunjukkan selang
keyakinan tidak berlakunya pertindihan. Keputusan ini memberi skor
purata daripada -0.662 hingga 0.639 ia nya menunjukkan signifikan
yang berbeza antara satu sama lain.
Dalam Jadual 2, item soalan dibahagikan kepada 10 kumpulan
setelah dikenal pasti melalui analisis faktor dan direkodkan mengikut
nilai purata item berdasarkan kepada kebarangkalian mempengaruhi
kenderaan tidak bermotor kepada faktor pendorong dan penghalang.
Kumpulan faktor yang amat mempengaruhi keinginan menggunakan
kenderaan tidak bermotor adalah kumpulan halangan, keperluan,
keadaan laluan, persekitaran dan perundangan. Faktor sederhana
kebarangkalian mempengaruhi kepada kenderaan tidak bermotor
adalah kumpulan faktor kesenangan, galakkan dan keselamatan dan
Kumpulan
yang
kurang
berkesan
kepada
kebarangkalian
mempengaruhi kepada kenderaan tidak bermotor adalah kumpulan
faktor sekatan.

6. Perbincangan
Kajian ini dapat menentukan faktor pendorong dan penghalang kepada
kenderaan tidak bermotor setelah 39 item di analisa. Selanjutnya
berdasarkan analisis faktor yang dilakukan, dapat menghasilkan 10
faktor yang mempengaruhi kepada responden untuk menggunakan
kenderaan tidak bermotor iaitu halangan, kemudahan, kesenangan,
keperluan, keadaan laluan, galakkan, sekatan, persekitaran,
perundangan dan keselamatan.
Perancangan pengangkutan dikategorikan kepada empat “E” iaitu
kejuruteraan (Engineering), pendidikan (Education), penggalakan
(Encouragement) dan penguatkuasaan (Enforcement) (Clifton &

Kreamer-Fults, 2007). Kerajaan Malaysia telah guna pakai pendekatan
ini sejak dulu lagi. (Radin Umar, 2005). Hasil kajian menunjukkan 6
Faktor yang dikenal pasti dalam analisis faktor melibatkan kepada
kejuruteraan iaitu kemudahan, kesenangan, keadaan laluan, sekatan,
halangan dan keperluan. Pendidikan adalah faktor persekitaran. Faktor
penggalakan adalah galakkan dan faktor penguatkuasaan adalah
perundangan dan keselamatan.
Pelbagai faktor perlu diambil kira dalam mempromosi penggunaan
kenderaan bermotor seperti berbasikal dan berjalan kaki antaranya
hasil dalam kajian ini adalah faktor pendorong seperti berjalan atau
berbasikal adalah baik untuk persekitaran yang bersih iaitu bebas dari
bahan cemar udara seperti karbon monoksida. Ini dapat dilakukan
dengan mengasingkan kenderaan bermotor daripada kenderaan tidak
bermotor, menyediakan keadaan laluan yang selesa dan kesenangan
untuk mengguna kenderaan tidak bermotor.
Rujukan
Ahmad Mahdzan, A. (1992). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. (A. M.
Ayob, Ed.) (Cetakan Pe.). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aiken, S. R., & Leigh. (1983). Development and Environment in
Peninsular Malaysia (p. 350). McGraw-Hill Education Singapore.
Alterkawi, M. M. (2006). A computer simulation analysis for optimizing
bus stops spacing: The case of Riyadh, Saudi Arabia. Habitat
International, 30(3), 500–508. doi:10.1016/j.habitatint.2004.12.005
Badami, M. G., & Haider, M. (2007). An analysis of public bus transit
performance in Indian cities. Transportation Research Part A: Policy
and Practice, 41(10), 961–981. doi:10.1016/j.tra.2007.06.002
Beirão, G., & Sarsfield Cabral, J. a. (2007). Understanding attitudes
towards public transport and private car: A qualitative study. Transport
Policy, 14(6), 478–489. doi:10.1016/j.tranpol.2007.04.009
Bhasah, A. B. (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah
(Terbitan P.). Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Clifton, K. J., & Kreamer-Fults, K. (2007). An examination of the
environmental attributes associated with pedestrian-vehicular crashes
near public schools. Accident; analysis and prevention, 39(4), 708–15.
doi:10.1016/j.aap.2006.11.003
Epidemic, G., Consultation, W. H. O., Technical, W. H. O., Series, R., &
Consultation, T. (2012). Executive summary. New directions for youth
development, 2012(134), 7–10. doi:10.1002/yd.20021

Fah, L. Y., & Hoon, K. C. (2010). Pengenalan Kepada Analisis Statistik
Dalam Penyelidikan Sains Sosial (Siri 3). Venton Publishing (M) Sdn
Bhd.
Jamsiah, Idris, M., Ezat, S., & Norfazilah. (2007). Amalan senaman dan
faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan penduduk kg.Bangi,
Daerah Hulu Langat, Selangor D.E. Malaysia. Jabatan Kesihatan
Masyarakat 2007:Jilid 13 Bil.1, 91737825, 38–43.
Jinyong, J., Meiping, Y., & Xiaoguang, Y. (2009). Statistical Analysis on
Non-motorized Transportation Mode Choice Considering Trip Distance
and Car Availability. 2009 International Conference on New Trends in
Information and Service Science, 181–186. doi:10.1109/NISS.2009.149
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). ACTIVITIES, 38, 607–610.
Leung, S.-O. (2011). A Comparison of Psychometric Properties and
Normality in 4-, 5-, 6-, and 11-Point Likert Scales. Journal of Social
Service Research, 37(4), 412–421. doi:10.1080/01488376.2011.580697
Martens, K. (2004). The bicycle as a feedering mode: experiences from
three European countries. Transportation Research Part D: Transport
and Environment, 9(4), 281–294. doi:10.1016/j.trd.2004.02.005
Palmer, C., Astrop, A., Babu, M., & Maunder, D. (1996). Attitudes and
travel behavior of households in Pure, India. International symposium
on infrastructure of the future. Bangalore, India, Transport Research
Laboratory.
Radin Umar, R. S. (2005). Updates of road safety status in malaysia,
29(1), 78–80.
Razuhanafi, M., Yazid, M., Ismail, R., Rahmat, R. A. O. K., & Nazri, M.
(2012). City Residence Prepare Towards Implementation Local Lane of
Non Motorized, 4(5), 481–485.
Scheiner, J. (2010). Interrelations between travel mode choice and trip
distance: trends in Germany 1976–2002. Journal of Transport
Geography, 18(1), 75–84. doi:10.1016/j.jtrangeo.2009.01.001
Sekaran, U. (1992). Research Methods for Business: A Skill Building
Approach (2th Editio.). New York: John Wiley & Sons, Inc.
Steinberg, L. (1999). Adolescent. (5th ed.). California: McGraw-Hill
College.
Tabachnick, B. G., & Fidell, L. S. (2008). Using Multivariate Statistics.

Winters, M., Davidson, G., Kao, D., & Teschke, K. (2011). Motivators and
deterrents of bicycling : comparing influences on decisions to ride, 153–
168. doi:10.1007/s11116-010-9284-y

Lampiran
KELOMPOK
KELOMPOK 5
5

12 KM
KELOMPOK
KELOMPOK 1
1
Jum.Penduduk
Jum.Penduduk
33,830
33,830
Responden
Responden
65
65 (16
(16 %)
%)

Jum.Penduduk
Jum.Penduduk
31,700
31,700
Responden
Responden
61
61 (15
(15 %)
%)
KELOMPOK
KELOMPOK 2
2
Jum.Penduduk
Jum.Penduduk
72,790
72,790
Responden
Responden
141
141 (35
(35 %)
%)
KELOMPOK
KELOMPOK 3
3

KELOMPOK
KELOMPOK 4
4

Jum.Penduduk
Jum.Penduduk
54,600
54,600
Responden
Responden
106
106 (27
(27 %)
%)

Jum.Penduduk
Jum.Penduduk
13,682
13,682
Responden
Responden
27
27 (07
(07 %)
%)

Rajah 1. Kelompok bilangan responden dan jarak pengambilan sampel
dari ‘Kilometer Post’
Jadual 1. Keutamaan faktor kepada kenderaan tidak bermotor di
kawasan kajian
Keuta Skor
Perkara untuk mengguna kenderaan tidak
maan Purata bermotor
No.
Setuju / Pendorong
1
0.639 Berjalan atau berbasikal adalah baik untuk
persekitaran yang bersih (bebas bahan cemar
udara seperti karbon monoksida)
2
0.620 Boleh menjimatkan wang
3
0.611 Kenderaan bermotor dilarang berada pada laluan
berbasikal dan pejalan kaki
4
0.609 Menyediakan tempat berjalan atau berbasikal
( lampu isyarat, papan tanda, kawasan melintas)
5
0.609 Menyediakan banyak laluan untuk berjalan atau

6

0.594

7

0.590

8

0.589

9
10

0.587
0.587

11

0.579

12

0.566

13

0.565

14

0.564

15

0.554

16

0.534

17

0.524

18
19

0.520
0.509

20

0.489

21

0.471

22

0.464

23
24

0.462
0.459

25

0.458

26

0.451

27
28

0.389
0.286

berbasikal
Berjalan dan berbasikal adalah baik untuk
kesihatan saya.
Menyediakan suasana nyaman (seperti
penanaman pokok-pokok, bungaan berbau harum,
landskap) sepanjang laluan
Pengasingan laluan pejalan kaki dari lalu lintas
kenderaan bermotor dengan mengadakan blok,
penanaman pokok.
Dapat mengelak kesesakan jalan raya
Laluan yang memberi keutamaan kepada
pengguna berbasikal dan pejalan kaki seperti
melintas di persimpangan.
Tandaan garisan warna putih pada kedua-dua sisi
jalan hendaklah jelas mengasingkan dari
kenderaan bermotor.
Menyediakan banyak tandaan jalan dan lampu
isyarat untuk kemudahan maklumat kepada
pengguna basikal dan pejalan kaki di sepanjang
perjalanan
Senang untuk berbasikal atau berjalan ke
kawasan rekreasi atau taman permainan
Menyediakan laluan berbumbung atau yang boleh
melindungi pancaran matahari.
Memberi keutamaan laluan kepada pengguna
pejalan kaki dan berbasikal di kawasan lampu
isyarat
Mengurangkan risiko pengguna (menyediakan
kemudahan dan tempat letak basikal )
Senang untuk berbasikal atau berjalan ke sekolah
berhampiran
Berdekatan dengan tempat kerja
Apabila ramai orang tempatan berbasikal dan
berjalan dan ia menjadi budaya
Senang untuk berbasikal atau berjalan ke pasar
atau kedai makan
Mengurangkan kelajuan minimum kepada
pengguna kenderaan bermotor
Pemakaian topi keselamatan diperlukan semasa
menunggang basikal
Keselamatan dari jenayah
Dalam situasi tertentu (kesesakan jalan raya)
berjalan atau berbasikal lebih cepat sampai
Senang untuk berbasikal atau berjalan ke
pengangkutan awam
Tempat letak kenderaan (parking) di pusat bandar
terhad
Pencahayaan laluan di waktu malam
Saya dapat mengatur perjalanan ke lain-lain

29

0.255

30

-0.295

31

-0.409

32
33

-0.428
-0.465

34

-0.574

35

-0.589

36
37

-0.601
-0.601

38

-0.621

39

-0.662

tempat yang terlibat dengan lebih efisien melalui
berbasikal dan berjalan
Tempat letak kenderaan (parking) susah didapati
di kawasan perumahan saya
Tidak Setuju / Penghalang
Keadaan permukaan bumi yang berbukit dan
bercerun menyukarkan untuk aktiviti berjalan dan
berbasikal
Tiada kemudahan untuk laluan pejalan kaki dan
berbasikal
Tiada kemudahan tempat meletak basikal
Kejadian jenayah di kawasan pejalan kaki dan
berbasikal
Terpaksa melalui jalan yang sibuk antara satu
tempat ke tempat yang lain
Jarak perjalanan dari rumah ke pusat bandar
terlalu jauh untuk berjalan atau berbasikal
Banyak barang yang perlu dibawa
Keadaan cuaca (panas dan hujan) mengurangkan
minat untuk berjalan atau berbasikal
Mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke
destinasi apabila berjalan atau berbasikal
Sangat Tidak Setuju / Penghalang
Kenderaan bermotor lebih sesuai untuk ke
tempat-tempat lain yang jauh

Jadual 2 Keputusan analisis faktor dan skor purata serta kesilapan
piawaian untuk setiap item soalan.
Analisis
Faktor
Faktor
(eigenvalue)

Halangan
(10.879)

Item survei dan skor
Muatan
Faktor

Item
(Pendorong dan penghalang
kepada responden)

0.561

Kenderaan bermotor lebih
sesuai untuk ke tempat-tempat
lain yang jauh.
Mengambil masa terlalu lama
untuk sampai ke destinasi
apabila berjalan atau
berbasikal
Keadaan cuaca (panas dan
hujan) mengurangkan minat
untuk berjalan atau berbasikal

0.793

0.778

Kebarangkalian
mempengaruhi kenderaan
tidak bermotor
Mean
(SE b)
Mean
Item
Item
Faktor
-0.662
0.019
-0.580
-0.621

0.018

-0.601

0.021

0.609
0.781
0.535
0.599
Kemudahan
(3.298)

0.460

0.447
0.752

0.708

0.563
0.729

Kesenangan
(2.233)

0.448

0.484
0.761
0.627
0.756
0.746
Keperluan
(1.945)

0.683
0.789
0.793
0.477

Banyak barang yang perlu
dibawa
Jarak perjalanan dari rumah ke
pusat bandar terlalu jauh
untuk berjalan atau berbasikal
Terpaksa melalui jalan yang
sibuk antara satu tempat ke
tempat yang lain
Tiada kemudahan untuk laluan
pejalan kaki dan berbasikal
Berjalan atau berbasikal
adalah baik untuk persekitaran
yang bersih (bebas bahan
cemar udara seperti karbon
monoksida)
Kenderaan bermotor dilarang
berada pada laluan berbasikal
dan pejalan kaki
Tandaan garisan warna putih
pada kedua-dua sisi jalan
hendaklah jelas mengasingkan
dari kenderaan bermotor.
Menyediakan banyak tandaan
jalan dan lampu isyarat untuk
kemudahan maklumat kepada
pengguna basikal dan pejalan
kaki di sepanjang perjalanan
Menyediakan laluan
berbumbung atau yang boleh
melindungi pancaran matahari.
Memberi keutamaan laluan
kepada pengguna pejalan kaki
dan berbasikal di kawasan
lampu isyarat
Laluan yang memberi
keutamaan kepada pengguna
berbasikal dan pejalan kaki
seperti melintas di
persimpangan.
Senang untuk berbasikal atau
berjalan ke kawasan rekreasi
atau taman permainan
Senang untuk berbasikal atau
berjalan ke sekolah
berhampiran
Berdekatan dengan tempat
kerja
Senang untuk berbasikal atau
berjalan ke pasar atau kedai
makan
Senang untuk berbasikal atau
berjalan ke pengangkutan
awam
Boleh menjimatkan wang
Berjalan dan berbasikal adalah
baik untuk kesihatan saya.
Dapat mengelak kesesakan
jalan raya
Dalam situasi tertentu

-0.601

0.019

-0.589

0.021

-0.574

0.019

-0.409

0.025

0.639

0.020

0.611

0.018

0.579

0.018

0.566

0.018

0.564

0.020

0.554

0.018

0.587

0.019

0.565

0.016

0.524

0.017

0.520

0.018

0.489

0.016

0.458

0.020

0.623
0.594

0.016
0.016

0.587

0.016

0.459

0.020

0.586

0.437

0.566

Keadaan
laluan
(1.589)

0.683

0.712
0.629
Galakkan
(1.401)

0.765
0.758
0.632

Sekatan
(1.302)

0.664
0.509

0.793
Persekitaran
(1.142)

0.495
0.768

0.664

Perundangan
(1.044)
Keselamatan
(1.002)

0.580
0.719
0.562
0.546

b

Standard error of the

(kesesakan jalan raya) berjalan
atau berbasikal lebih cepat
sampai
Menyediakan tempat berjalan
atau berbasikal ( lampu
isyarat, papan tanda, kawasan
melintas)
Mengurangkan risiko pengguna
(menyediakan kemudahan dan
tempat letak basikal )
Mengurangkan kelajuan
minimum kepada pengguna
kenderaan bermotor
Apabila ramai orang tempatan
berbasikal dan berjalan dan ia
menjadi budaya
Pencahayaan laluan di waktu
malam
Saya dapat mengatur
perjalanan ke lain-lain tempat
yang terlibat dengan lebih
efisien melalui berbasikal dan
berjalan
Tempat letak kenderaan
(parking) di pusat bandar
terhad
Keadaan permukaan bumi
yang berbukit dan bercerun
menyukarkan untuk aktiviti
berjalan dan berbasikal.
Tempat letak kenderaan
(parking) susah didapati di
kawasan perumahan saya
Menyediakan banyak laluan
untuk berjalan atau berbasikal
Menyediakan suasana nyaman
(seperti penanaman pokokpokok, bungaan berbau harum,
landskap) sepanjang laluan
Pengasingan laluan pejalan
kaki dari lalu lintas kenderaan
bermotor dengan mengadakan
blok, penanaman pokok.
Pemakaian topi keselamatan
diperlukan semasa
menunggang basikal
Keselamatan dari jenayah
Kejadian jenayah di kawasan
pejalan kaki dan berbasikal
Tiada kemudahan tempat
meletak basikal
mean

0.609

0.015

0.538

0.534

0.017

0.471

0.020

0.509

0.019

0.389

0.023

0.286

0.025

0.451

0.021

-0.295

0.029

0.255

0.024

0.606

0.016

0.590

0.017

0.589

0.019

0.464

0.022

0.463

0.462
-0.465

0.024
0.024

-0.447

-0.428

0.025

0.395

0.137

0.595

Rajah 2. 10 faktor popular untuk pendorong dan penghalang kepada
kenderaan tidak bermotor daripada 39 item soal selidik.
Jadual 3. 10 faktor popular untuk pendorong dan penghalang kepada
kenderaan tidak bermotor
Item
Skor
Mean

10 Pendorong
10 Penghalang

Berjalan atau berbasikal adalah baik untuk
persekitaran yang bersih (bebas bahan cemar
udara seperti karbon monoksida)
Boleh menjimatkan wang
Kenderaan bermotor dilarang berada pada laluan
berbasikal dan pejalan kaki
Menyediakan tempat berjalan atau berbasikal
( lampu isyarat, papan tanda, kawasan melintas)
Menyediakan banyak laluan untuk berjalan atau
berbasikal
Berjalan dan berbasikal adalah baik untuk
kesihatan saya.
Menyediakan suasana nyaman (seperti
penanaman pokok-pokok, bungaan berbau harum,
landskap) sepanjang laluan
Pengasingan laluan pejalan kaki dari lalu lintas
kenderaan bermotor dengan mengadakan blok,
penanaman pokok.
Dapat mengelak kesesakan jalan raya
Laluan yang memberi keutamaan kepada
pengguna berbasikal dan pejalan kaki seperti
melintas di persimpangan.
Keadaan permukaan bumi yang berbukit dan
bercerun menyukarkan untuk aktiviti berjalan dan
berbasikal
Tiada kemudahan untuk laluan pejalan kaki dan
berbasikal
Tiada kemudahan tempat meletak basikal
Kejadian jenayah di kawasan pejalan kaki dan
berbasikal
Terpaksa melalui jalan yang sibuk antara satu
tempat ke tempat yang lain
Jarak perjalanan dari rumah ke pusat bandar
terlalu jauh untuk berjalan atau berbasikal
Banyak barang yang perlu dibawa
Keadaan cuaca (panas dan hujan) mengurangkan
minat untuk berjalan atau berbasikal
Mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke
destinasi apabila berjalan atau berbasikal
Kenderaan bermotor lebih sesuai untuk ke tempattempat lain yang jauh

0.639
0.620
0.611
0.609
0.609
0.594
0.590
0.589
0.587
0.587
-0.295
-0.409
-0.428
-0.465
-0.574
-0.589
-0.601
-0.601
-0.621
-0.662

Dokumen yang terkait

Keanekaragaman Makrofauna Tanah Daerah Pertanian Apel Semi Organik dan Pertanian Apel Non Organik Kecamatan Bumiaji Kota Batu sebagai Bahan Ajar Biologi SMA

26 317 36

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

FREKWENSI PESAN PEMELIHARAAN KESEHATAN DALAM IKLAN LAYANAN MASYARAKAT Analisis Isi pada Empat Versi ILM Televisi Tanggap Flu Burung Milik Komnas FBPI

10 189 3

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

Pencerahan dan Pemberdayaan (Enlightening & Empowering)

0 64 2

KEABSAHAN STATUS PERNIKAHAN SUAMI ATAU ISTRI YANG MURTAD (Studi Komparatif Ulama Klasik dan Kontemporer)

5 102 24

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65