NILAI KEHIDUPAN BERASASKAN HUBUNGAN ANTA

NILAI KEHIDUPAN BERASASKAN HUBUNGAN ANTARA IMAN DAN ISLAM

Mohd Haidhar Kamarzaman
Mudasir Rosder
Abdull Rahman Mahmood
Kamarudin Salleh
Udah Mohsin

1.1

IMAN DAN ISLAM SERTA HUBUNGAN DIANTARA KEDUANYA.

Takrif Iman, pada bahasa adalah bermaksud ta ṣdīq iaitu membenarkan. Makna ta ṣdīq pula
adalah patuh kepada satu-satu ketetapan, menerima dan mengiktirafnya. Asal kalimah iman
( ‫ )اإي ا‬itu diambil dari kalimah ‫ اأمن‬iaitu keamanan, lawan kepada ketakutan.

‫ اإي ا‬itu

adalah ma ṣdar yang fiᶜl māḍīnya adalah ‫آمن‬.
Adapun iman mengikut ᶜuruf Ahli Syarak adalah sesuatu yang menghalang
penganutnya dari masuk ke dalam neraka dan menyebabkannya masuk ke dalam syurga

selamanya, sekalipun sebahagian penganutnya adalah orang yang dimasukkan ke neraka
dalam satu tempoh tertentu (al-Quḍ h 1999: 33).
Sebilangan ulama mentakrifkan iman sebagai sesuatu perbuatan ta ṣdīq di dalam hati
sahaja. Manakala mengucapkan iman itu dengan lidah dan beramal dengan anggota hanyalah
syarat bagi melaksanakan hukum Islam. Mereka berdalil firman Allah s.w.t (al-Muj dilah 58:
22):

‫ب ِِ قُلُوِِِ ُم اإمَا َن‬
َ ِ‫أُولَئ‬
َ َ‫ك َكت‬

Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka

Dari ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t menjadikan hati sebagai tempat
letaknya iman. dengan hati inilah mereka berta ṣdīq dan mereka beriman.

Sebilangan ulama Ahli Sunah Waljamaah pula meletakkan bahawa iman itu mestilah
ta ṣdīq dengan hati dan berikrar dengan lidah sahaja tanpa beramal dengan anggota. Tanpa

kedua perkara ini tidak menunjukkan seseorang itu beriman. Oleh itu seseorang yang hanya

berikrar dengan lidah tanpa membenarkannya di dalam hati, maka tidak ada iman baginya
kerana orang Munafiq juga berikrar dengan lidah tetapi bertentangan dengan apa yang
mereka iktikadkan di dalam hati (Abū an fah 2009: 141).
Manakala jumhur ulama Ahli Sunah Waljamaah meletakkan takrif bahawa iman
adalah ta ṣdīq dengan hati, ikrar dengan lidah dan beramal dengan anggota badan (al-Quḍ h
1999: 38). Apa yang dimaksudkan oleh jumhur tentang takrif ini ialah untuk menunjukkan
kepada kesempurnaan iman. Manakala, tahap iman yang wajib ada pada setiap individu
adalah ta ṣdīq dan ikrar. Adapun amal yang dimaksudkan dalam takrif jumhur ulama ini
adalah untuk kesempurnaan iman.

Manakala dari sudut berkurang dan bertambahnya iman, menurut jumhur ulama alAsh ᶜirah, iman adalah sesuatu yang berkait rapat dengan amal yang telah ditetapkan di
dalam Islam. Apabila seseorang itu melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa
yang dilarang oleh Allah s.w.t, ditambah lagi dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang
sunat, maka iman mereka akan bertambah. Manakala mereka yang melanggar perintah dan
melakukan larangan Allah s.w.t, maka iman mereka berkurangan. Ini berdasarkan dari firman
Allah s.w.t (al-Anf l 8: 2):

ِ
ِ ‫إِمََا الْمؤِم و َن الم ِذين إِ َذا ذُكِر م‬
‫اً َو َعلَى َرِهِِ ْم‬

‫آَتُهُ َز َادتْ ُه ْم إِمَ ا‬
ُ ُْ
ْ َ‫ت قُلُوبُ ُه ْم َوإِ َذا تُلي‬
ْ َ‫اَُ َوجل‬
َ ‫ت َعلَْي ِه ْم‬
َ
َ
‫يَتَ َومكلُو َن‬

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah
mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati
mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan
mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t telah menyatakan, mereka yang mendengar
al-Quran, iaitu melakukan perkara yang disuruh, maka iman boleh bertambah. Begitu juga
dalam beberapa ayat al-Quran yang banyak menggunakan kalimah ‫ ا‬iaitu merujuk kepada
maksud bertambah iman kepada mereka yang mengerjakan amal soleh yang diperintahkan
dan meninggalkan apa yang dilarang. Pertambahan bagi iman juga membuktikan bahawa
iman boleh berkurang disebabkan amal buruk.


Berbeza dengan sebahagian ulama yang lain seperti Abū an fah (2009: 141), mereka
menafikan iman itu berkurang dan bertambah kerana mereka membezakan di antara iman
dan amal. Bagi mereka, iman adalah sesuatu yang berkaitan dengan ikrar dengan lidah dan
iktikad di dalam hati sahaja, manakala amal adalah sesuatu yang tidak termasuk dalam takrif
iman. Oleh itu, iman tidak akan berkurang dan bertambah disebabkan oleh amal.

Perbezaan dua pandangan ulama ini bukanlah isu utama kerana apa yang
dimaksudkan dengan iman tidak berkurang atau bertambah menurut Abū

an fah adalah

pada tahap kedudukan iman yang paling minima, yang mana sekiranya rosak iman yang
minima tersebut akan membawa kepada kafir. Kerana itu Abū

an fah menafikan bahawa

amal boleh memberi kesan kepada iman yang minima tersebut. Manakala yang dimaksudkan
iman berkurang dan bertambah menurut jumhur ulama al-Ash ᶜirah adalah iman yang boleh
mencapai tahap yang sempurna, iaitu dengan bertambahnya amal, dan berkurangnya iman

tersebut tidaklah membawa kepada kekafiran.

Rukun Iman sebagaimana yang disepakati oleh ulama Ahli Sunah Waljamaah ada
enam perkara. Ini berdasarkan dari Firman Allah (al-al-Nis ’ 4: 136, al- ad d 57: 22-23, alQamar 54: 49):

ِ َ‫اب الم ِذي نَمزَل َعلَى رسولِِه والْ ِكت‬
ِ َ‫َ أَيُها الم ِذين آمُوا ِآمُوا ِِ مَِ ورسولِِه والْ ِكت‬
‫اب الم ِذي أَنْ َزَل ِم ْن‬
َ َ
َ َ
َ َُ
َ ُ ََ
ِ ِ ِِ ِ ِِ ِ ِ
‫ضاا بَعِي ادا‬
َ ‫ض مل‬
َ ‫قَ ْب ُل َوَم ْن يَ ْك ُف ْر ِِ مَ َوَمائ َكته َوُكتُبِه َوُر ُسله َوالْيَ ْوم اآخ ِر فَ َق ْد‬

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan
Rasul-Nya, dan kepada Kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci yang telah
diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah,

dan Malaikat-Malaikat-Nya, dan Kitab-KitabNya, dan Rasul-Rasul-Nya dan
juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang
amat jauh.

ِ
ٍ ِ ِ ‫ما أَص‬
ٍ َ‫ض وا ِِ أَنْ ُف ِس ُكم إِا ِِ كِت‬
‫ك َعلَى‬
َ ‫اب ِم ْن قَ ْب ِل أَ ْن نَْب َرأ َََا إِ من ذَل‬
ْ ِِ ‫اب م ْن ُمصيبَة‬
َ َ َ
ْ
َ ِ ‫اأر‬
ِ
‫ب ُك مل ُُْتَ ٍال فَ ُُوٍر‬
‫م‬
‫آَ ُك ْم َو م‬
ُ ُِ ‫اَُ ا‬
َ ‫ ل َكْيا ََْ َس ْوا َعلَى َما فَاتَ ُك ْم َوا تَ ْفَر ُحوا َِِا‬.ٌ‫اَِ يَ ِسر‬


Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi,
dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam
Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya, Sesungguhnya
mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu
tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput

daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga)
dengan apa yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka
kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

‫إِ مً ُك مل َش ْي ٍء َخلَ ْقَا ُ بَِق َد ٍر‬

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang
telah ditentukan)

Dalil Rukun Iman juga diambil berdasarkan dari Hadith Rasulullah s.a.w. Baginda
telah bersabda (Muslim t.th: 36):

ِ ِ
ِ‫اآخ ِر وتُؤِمن ِ لْ َق َد ِر خ ِرِ و َش ِر‬

ِ ‫َ وماَئِ َكتِ ِه وُكتُبِ ِه ورسلِ ِه والْي وِم‬
َ َ ‫أَ ْن تُ ْؤم َن ِ م‬
ْ َ َ ُ َُ َ
‫َْ َ ه‬
َ َْ

Bahawa engkau beriman dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitabNya, rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat dan engkau beriman dengan penentuanNya baik dn buruk.

Berdasarkan kepada ayat al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w ini, iman mempunyai
enam rukun yang wajib dipatuhi iaitu:


Beriman kepada Allah- Iaitu dengan mengenali Allah s.w.t maka syiar Islam yang
mulia itu akan tertegak, menyedarkan perasaan kebaikan, dan mengikat diri dengan



Pencipta dengan satu ikatan.
Beriman kepada Malaikat- Iaitu dengan mengenali Malaikat dapat menyeru kita
untuk mencontohi mereka dan saling membantu dalam menegakkan kebenaran serta




melakukan kebaikan
Beriman kepada Kitab- Iaitu Kitab yang diturunkan Allah s.w.t kepada manusia
adalah penjelasan mengenai manhaj yang perlu diikuti oleh manusia dari sekecil-kecil



perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.
Beriman kepada Nabi dan Rasul- Iaitu pengutusan Rasul adalah bertujuan supaya
manusia mengikuti mereka, berakhlak dengan akhlak mereka, mencontohi mereka





dan lain-lain.
Beriman kepada Hari Akhirat
Beriman kepada Qaḍ dan Qadar Allah

Takrif Islam pada bahasa, Islam itu merujuk kepada asal perkataan ‫ س م‬yang memberi

makna selamat atau sejahtera. Manakala ‫ اسا‬pula adalah masdar daripada fiᶜl māḍīnya ‫أس م‬

yang memberi makna penerimaan dan penyerahan. Dari perkataan ini pula merangkumi
makna yang lebih mendalam iaitu ‫ ال ضوع واإنقيا‬yang memberi maksud tunduk dan patuh
tanpa ingkar (al-Quḍ h 1999: 39, Mohd Sulaiman Yasin 1985: 177).
Islam mengikut pengertian asalnya adalah penyerahan diri kepada Allah s.w.t.
Penyerahan diri ini juga merangkumi kepatuhan yang tiada bantahan padanya. Penyerahan
diri dalam makna Islam ini mempunyai dua sudut iaitu yang pertama adalah penyerahan diri
dari sudut yang ghaib atau hati dan yang kedua adalah penyerahan dari sudut lahiriah iaitu
fizikal. Penyerahan dari sudut yang ghaib inilah yang diistilahkan sebagai iman yang mana ia
merangkumi penyerahan melalui hati dan diterjemahkan melalui lisan. Penyerahan diri dari
sudut ghaib atau hati inilah yang menjadi syarat sah iman. Kerana itu pentakrifan bagi iman
tadi amatlah menepati dengan makna yang terangkum dalam istilah Islam (Mohd Sulaiman
Yasin 1985: 179).

Manakala penyerahan dari sudut lahiriah pula merangkumi perbuatan yang
menzahirkan iman yang telah diiktikadkan dengan hati dan diikrarkan dengan lidah dengan
amalan atau perbuatan. Penyerahan dalam bentuk lahiriah ini bukan menjadi syarat sahnya

iman, tetapi ia menjadi syarat kesempurnaan iman. Penyerahan diri dalam bentuk yang ghaib
itu secara tabi’inya akan melahirkan penyerahan diri dalam bentuk lahiriah iaitu amal.
Sesudah seseorang itu menyempurnakan syarat sah iman, iaitu ikitikad dan ikrar, maka
mereka akan mula beralih kepada beramal dengan anggota tubuh badan sebagaimana yang
dituntut oleh Islam. Setelah sah iman mereka dengan iktikad dan ikrar, mereka akan berusaha
pula untuk menyempurnakan iman mereka kepada tahap yang paling tinggi yang mampu
dicapai iaitu dengan melalui amal dengan anggota (Mohd Sulaiman Yasin 1985: 179).

Beramal ini hakikatnya mempunyai sudut yang sangat luas. Beramal tidak hanya
tertakluk kepada perkara yang wajib, bahkan perkara sunat. Ini menunjukkan skop amal itu
mempunyai keluasan bidang yang amat besar. Walaubagaimanapun batas amal yang paling
minima yang telah ditetapkan oleh Islam bagi mencapai kesempurnaan iman ada lima
perkara disamping perkara-perkara yang lain. Lima perkara ini hakikatnya lebih dikenali
sebagai rukun Islam sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran (al-Baqarah 2: 255, al-Fat
48: 29, al-Baqarah 2: 43, al-Baqarah 2: 183, al-Baqarah 2: 196):

‫وم‬
ْ ‫اَُ ا إِلَهَ إِا َُ َو‬
‫م‬
ُ ُ‫اَْ ُي الْ َقي‬

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup

Nabi Muhammad s.a.w ialah Rasul Allah

ِ‫ول م‬
َ‫ا‬
ُ ‫َُُ مم ٌد َر ُس‬

ِ
ِِ
‫ن‬
‫يموا ال م‬
َ ‫صا َة َوآتُوا المزَكا َة َو ْارَكعُوا َم َع المراكع‬
ُ ‫َوأَق‬

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah
kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

ِ‫م‬
ِ‫م‬
ِ
ِ
ِ
‫ين ِم ْن قَ ْبلِ ُك ْم لَ َعلم ُك ْم تَتم ُقو َن‬
‫ب َعلَْي ُك ُم ه‬
َ ‫ب َعلَى الذ‬
َ ‫ََ أَيُ َها الذ‬
َ ‫الصيَ ُام َك َما ُكت‬
َ ‫ين َآمُوا ُكت‬

Wahai orang-orang yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana
Diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu
bertaqwa.

Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.

ِ
َِ‫اْ مج والْعمرَة ِم‬
َ ْ ُ َ َْ ‫َوأَُِوا‬

Begitu juga sebagaimana dalil yang terdapat dalam Hadith sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Muslim (t.th: 36):

ِ‫ول م‬
ِ
‫صوَم‬
ُ ‫اَُ َوأَ من َُُ مم ادا َر ُس‬
‫ا ِإ ْساَ ُم أَ ْن تَ ْش َه َد أَ ْن اَ إِلَ َه إِام م‬
‫اَ َوتُِق َيم ال م‬
ُ َ‫صاََة َوتُ ْؤت َى المزَكا َة َوت‬
ِ ‫ضا َن وََ مج الْب ي‬
‫ت إِلَْي ِه َسبِياا‬
َ ‫استَطَ ْع‬
َ ْ َ ُ َ َ ‫َرَم‬
ْ ‫ت إِن‬

Islam iatu ialah engkau menyaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t
dan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasulullah s.a.w, engkau mendirikan
sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa dalam bulan Ramadhan dan
engkau mengerjakan haji jika engkau mampu perjalanan kepadanya.
Iaitu:




Mengucap dua kalimah Syahadah



Membayar Zakat



Menunaikan Solat



Berpuasa di bulan Ramadhan
Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan

Rukun pertama iaitu mengucap kalimah syahadah sudah terangkum dalam pengertian
iman tadi. dengan pengucapan kalimah Syahadah beserta dengan iktikad dalam hati telah pun

mencapai syarat sah beriman bagi seorang manusia. Manakala rukun Islam yang lainnya pula
merupakan amal yang wajib dilaksanakan bagi mencapai syarat sah kesempurnaan iman.
Disamping amalan-amalan yang lain dan meninggalkan perkara yang dilarang Allah s.w.t,
amalan-amalan yang disuruh inilah akan menentukan iman seseorang sama ada ia berkurang
ataupun bertambah.

Dari penjelasan di atas menunjukkan perkaitan di antara iman dan Islam adalah
sangat kukuh. Kerana itu ulama Ahli Sunah Waljamaah berpegang bahawa iman dan Islam
merupakan perkara yang sama. Mereka berpendapat bahawa sekalipun dua kalimah ini iaitu
iman dan Islam adalah dua lafaz yang berbeza, tetapi keduanya tidak boleh dipisahkan.
Mereka berdalilkan bahawa tidak mungkin kita akan mendapati bahawa seorang yang Islam
tetapi tidak beriman, atau seorang yang beriman tetapi tidak Islam. Mereka juga berdalilkan
dari ayat al-Quran surah al-Dh riyy t (51: 35-36):

ِ
ِ ٍ
ِِ
ِ ِ
ِِ
‫ن‬
ْ ‫فَأ‬
َ ‫ن فَ َما َو َج ْد ًَ ف َيها َغْي َر بَْيت م َن الْ ُم ْسلم‬
َ ‫َخَر ْجَا َم ْن َكا َن ف َيها م َن الْ ُم ْؤم‬

(Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka)
mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ. (Sesudah
diperiksa) maka (utusan) kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah
rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman
kepada Nabi Lut).
Dua ayat al-Quran ini melambangkan bahawa Allah menggunakan kedua-dua lafaz
untuk mengisyaratkan pada makna yang satu iaitu orang yang beriman juga adalah orang
Islam. Disebabkan inilah mereka berpendapat bahawa, orang beriman merupakan orang
Islam dan orang Islam semestinya adalah dari kalangan orang yang beriman (al-Quḍ h 1999:
38-40).
Sayyid S biq (1986: 9) menjelaskan perkaitan antara Islam, Iman dan Amal adalah,
ketiga-tiga perkara ini merupakan sesuatu yang sangat berkait rapat di antara satu sama lain.
Dalam Islam terkandung Iman dan amal, dan amal pula memberi natijah kepada keimanan.
Ketiga-tiga ini memainkan peranan di antara satu sama lain dalam memberi natijah kepada
satu sama lain.

Di antara Iman dan Amal, keduanya saling berkait rapat dan bergantung di antara satu
sama lain seperti pokok dan buah. Perkaitan ini adalah kerana setiap amal itu akan memberi

kesan terhadap Iman seseorang. Seandainya seseorang itu melakukan kebaikan, maka
Imannya bertambah manakala apabila melakukan keburukan, imannya berkurang. Perkaitan
antara kedua perkara ini juga banyak disebut di dalam al-Quran antaranya (Ibr h m 14: 24,
al-Baqarah 2: 25):

ِ
ٍ
ِِ‫ تُ ْؤ‬.‫ت َوفَ ْرعُ َها ِِ ال مس َم ِاء‬
‫ب م‬
ٌ ِ‫َصلُ َها ََب‬
َ ‫ف‬
َ ‫أََْ تَ َر َكْي‬
ْ ‫اَُ َمثَا َكل َمةا طَيِهبَةا َك َش َجَرةٍ طَيِهبَة أ‬
َ ‫ضَر‬
ٍ ‫أُ ُكلَ َها ُك مل ِح‬
ِ ‫ال لِل‬
‫ َوَمثَ ُل َكلِ َم ٍة َخبِيثٍَة‬.‫ماس لَ َعلم ُه ْم يَتَ َذ مك ُرو َن‬
َ َ‫اأمث‬
‫ب م‬
ْ َ‫ن ِِِ ْذ ِن َرِهَِا َوي‬
ْ َُ‫ا‬
ُ ‫ض ِر‬
ِ
ِ ِ‫اَ الم ِذين آمُوا ِلْ َقوِل الثماب‬
ِ ِ ‫َك َشجرةٍ خبِيثٍَة اجتُث‬
ِ ‫أر‬
‫ت‬
ْ ْ
ُ ‫ يُثَبِه‬.‫ض َما ََا م ْن قَ َرا ٍر‬
َ ََ
ْ ‫مت م ْن فَ ْوق ا‬
َ َ ُ‫ت م‬
ْ
ِ ْ ِِ
ِ
ِ ِ ‫ض ُل م‬
ِ ‫اآخرِة وي‬
‫ن َويَ ْف َع ُل م‬
َ ‫اَُ الظمالم‬
ُ َ َ ِِ‫اَْيَاة الدُنْيَا َو‬
ُ‫اَُ َما يَ َشاء‬

Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah
mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai
sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh,
dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada
tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan
perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat
(mendapat pelajaran). Dan bandingan kalimah yang jahat dan buruk samalah
seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akarakarnya dari muka bumi, tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Allah
menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang
tetap teguh Dalam kehidupan dunia dan akhirat, dan Allah menyesatkan
orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri), dan Allah
berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

ِ ‫وب ِش ِر الم ِذين آم وا وع ِملُوا ال م‬
ٍ ‫ات أَ من َم ج‬
ِ ْ‫ا‬
‫مات ََْ ِري ِم ْن ََْتِ َها اأنْ َه ُار‬
‫ََ ه‬
َ َ َُ َ
َ ُْ
َ ‫ص‬
Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat
baik, bahwa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungaisungai di dalamnya
Selain dari ayat-ayat di atas, banyak lagi ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai
hubungan di antara iman dan Islam adalah mempunyai kaitan yang amat rapat. Hubungan
antara kedua ini tidak mungkin terpisah di antara satu sama lain. Antara ayat-ayatnya yang
lain adalah (al-Yūnus 10: 90, li ᶜImr n 3: 85, li ᶜImr n 3: 20, al-Hujr t 49: 15)

ِ
ِ ِ ِِ َ‫ال آمْت أَنمه ا إِلَه إِا الم ِذي آم‬
ِِ
‫ن‬
ْ َ
َ ‫يل َوأ ًََ م َن الْ ُم ْسلم‬
َ ُ ُ َ َ َ‫ق‬
َ ‫ت به بَُو إ ْسَرائ‬

“Aku percaya, Bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani
Israil, dan Aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut
perintah)”.

ِ ِ
ِ ِ
ِ
ِ ْ ‫اآخرةِ ِمن‬
‫ين‬
ْ ‫َوَم ْن يَْب تَ ِغ َغْي َر‬
َ َ ِ ‫اإسام دياا فَلَ ْن يُ ْقبَ َل مْهُ َوَُ َو‬
َ ‫اَْاس ِر‬

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan
diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang
rugi.

ِ ‫ِم‬
ِِ ِ
ِ
ِ
‫َسلَ ْمتُ ْم‬
َ ‫فَِإ ْن َحا ُج‬
َ ‫اأميِه‬
ُ ‫َسلَ ْم‬
ْ ‫ن أَأ‬
ْ ‫وك فَ ُق ْل أ‬
‫اب َو ه‬
َ َ‫ين أُوتُوا الْكت‬
َ ‫ت َو ْجه َي مَ َوَم ِن اتمبَ َع ِن َوقُ ْل للذ‬
ِ
ِ ‫اَ ب‬
‫صرٌ ِ لْعِبَ ِاد‬
َ ‫َسلَ ُموا فَ َقد ْاَتَ َد ْوا َوإِ ْن تَ َولمْوا فَِإمََا َعلَْي‬
ْ ‫فَِإ ْن أ‬
َ ُ‫ك الْبَاغُ َو م‬

Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu
(Wahai Muhammad), maka katakanlah: “Aku telah berserah diriku kepada
Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku”. Dan bertanyalah
(Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi
kitab, dan orang-orang yang “Ummi” (orang-orang musyrik Arab):
“Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang Aku bawa itu)?”
kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah
memperoleh petunjuk, dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima
Islam), maka Sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah
Islam itu). dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat (tingkah laku) sekalian
hamba-Nya.

ِ‫ِ م‬
ِ
َِ‫ا‬
ِِ
‫ِم‬
‫اَ ُدوا ِ َْم َواَِِ ْم َوأَنْ ُف ِس ِه ْم ِِ َسبِ ِيل م‬
َ ‫ين َآمُوا ِ مَ َوَر ُسوله ُُم َْ يَ ْرََبُوا َو َج‬
َ ‫إََا الْ ُم ْؤمُو َن الذ‬
‫ص ِادقُو َن‬
‫ك َُ ُم ال م‬
َ ِ‫أُولَئ‬
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orangorang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus
percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta
benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang
benar (pengakuan imannya).
Ayat-ayat yang digunakan oleh Allah dalam firman-Nya menonjolkan bahawa istilah
iman dan islam adalah istilah yang satu. Walaubagaimanapun hubungan rapat di antara
istilah-istilah ini tidak memberi makna bahawa keduanya adalah sama. Tetapi ayat-ayat ini
hanya untuk menunjukkan bahawa betapa antara iman dan Islam ini adalah dua perkara yang
tidak mungkin terpisah di antara satu sama lain. Tidak mungkin kita mendengar bahawa
orang yang beriman bukan orang Islam ataupun sebaliknya. Ini kerana sekiranya seorang
yang mengaku beriman tetapi tidak Islam adalah golongan fasik, manakala orang mengaku
Islam tetapi tidak beriman adalah golongan munafiq. dengan ini jelaslah hubungan di antara
keduanya adalah satu hubungan yang tidak terpisah, walaubagaimanapun, iman masih lagi
sesuatu yang lain dan Islam adalah sesuatu yang lain, tetapi kedua berjalan seiringan dalam
jasad dan jiwa seorang manusia (Mohd Sulaiman Yasin 1985: 182-187).

1.2

KEISTIMEWAAN DAN KEUNGGULAN ISLAM

Oleh kerana akidah Islam adalah akidah yang dibawa oleh Allah s.w.t, sudah tentunya akidah
ini adalah akidah yang sempurna dan mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri.
Beberapa keistimewaan yang jelas dapat dilihat dalam akidah Islam adalah (Mohd Sulaiman
Yasin 1985: 279-291):

a.

Akidah Islam adalah akidah yang Rabbani

Antara keistimewaan akidah Islam adalah akidah yang rabbani yang bererti bahawa akidah
ini bukan akidah yang dicipta manusia. Ianya tidak datang dari hasil rekaan atau pemikiran
manusia, ianya datang dari tuhan yang menciptakan manusia dan akidah mereka, iaitu Allah
s.w.t. Akidah yang didatangkan oleh Allah s.w.t ini adalah akidah yang agung dan Maha
Sempurna kerana akidah ini adalah hasil dari acuan Allah s.w.t yang Maha Sempurna. Tidak
ada kekurangan pada akidah yang didatangkan oleh Allah sendiri dengan acuannya yang
sempurna. Allah s.w.t berfirman (al-Baqarah 2: 138):

ِ‫اَ ومن أَحسن ِمن م‬
ِ
ِ
‫اَ ِصْب غَةا َوََْ ُن لَهُ َعابِ ُدو َن‬
َ ُ َ ْ ْ َ َ ‫صْب غَةَ م‬

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Agama Islam, yang kami
telah sebati dengannya ialah): Acuan Allah yang mencorakkan seluruh
kehidupan kami dengan corak Islam), dan siapakah yang lebih baik acuannya
daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami
beribadat”.

Tidak ada acuan yang paling baik dan yang paling sempurna daripada acuan Allah
s.w.t. Ianya lebih jelas dirasakan apabila dilihat kekukuhan dan ketahanannya, dan juga
apabila dilihat kesempurnaan dan kebaikannya. dengan acuan Allah inilah manusia sebagai
makhluk yang juga dicipta Allah dapat menyerahkan diri ke dalam akidah Islam yang juga
menjadi acuan Allah s.w.t, dan akhirnya acuan-acuan inilah yang akan melahirkan insan
rabbani. Manusia yang hidup dengan acuan Allah ini boleh diibaratkan umpama air yang
mengikut bekas acuannya, yang mana mereka yang mengikuti acuan Allah ini akan menjadi
insan yang mulia dan rabbani. Mereka yang telah mengikuti akidah Islam ini pula adalah
umpama gunung yang menjadi pasak kepada bumi untuk mengekalkan keutuhan dan

kestabilannya terhadap umat manusia seluruhnya. Ini lah di antara keistimewaan akidah
Islam yang rabbani.

b.

Akidah Islam adalah akidah fitrah

Di antara keistimewaan akidah Islam lagi adalah, akidahnya merupakan akidah fitrah yang
telah dicampakkan Allah s.w.t ke dalam diri manusia ketika mereka akan dilahirkan ke dunia.
Fitrah ini membawa kepada naluri berakidah dengan akidah fitrah iaitu akidah Islam yang
mengakui bahawa Allah s.w.t sebagai tuhannya. Oleh kerana akidah ini akidah fitrah, ia juga
selaras dengan tuntutan fitrah seorang manusia. Ini telah dibuktikan berdasarkan firman
Allah s.w.t (al-Rūm 30: 30):

ِ‫اَ ذَلِك ه‬
ِ ِ ‫فَأَقِم وجه‬
ِ ‫اَ المِِ فَطَر الماس علَي ها ا تَب ِد‬
ِ‫لدي ِن حِي افا فِطْرَة م‬
ِ
‫ين الْ َقيِه ُم‬
َ َْ َ ْ
َ ‫يل َْْل ِق م‬
َْ َ َ َ
َ ‫كله‬
ُ ‫الد‬
َ
َ ْ
ِ ‫َولَ ِك من أَ ْكثَ َر ال‬
‫ماس ا يَ ْعلَ ُمو َن‬

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan
pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari
kesesatan (hanif), (turutlah terus) fitrah (agama) Allah, iaitu fitrah yang Allah
menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk
menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu
itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
c.

Akidah Islam adalah akidah yang syumul

Di antara aspek yang meliputi akidah Islam adalah kesyumulan risalahnya terhadap alam ini.
Ia tidak mengira bangsa atau mazhab, tidak mengira manusia atau haiwan atau makhlukmakhluk yang lain. Bahkan ia juga tidak mengira masa dan tempat. Kesesuaiannya merentasi
zaman bermula dari penciptaan makhluk, seterusnya penciptaan manusia sehinggalah ke hari
ini. Akidah Islam juga adalah akidah yang bersifat seimbang dan merangkumi aspek hakikat
dan tabiat seorang manusia. Demikian juga lah akidah Islam meliputi seluruh peringkat dan
lapisan masyarakat dan lapisan manusia kerana akidah Islam mengetahui segala keperluan
tabi’i seorang insan. Kerana itu akidah Islam adalah akidah yang istimewa sebagaimana
firman Allah s.w.t (Sab ’ 34:28)

ِ ‫ماس بَ ِش ارا َونَ ِذ ايرا َولَ ِك من أَ ْكثَ َر ال‬
ِ ‫اك إِا َكافمةا لِل‬
‫ماس ا يَ ْعلَ ُمو َن‬
َ َ‫َوَما أ َْر َس ْل‬

Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat
manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orangorang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang
ingkar), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
d.

Akidah Islam adalah akidah yang jelas

Akidah Islam bukanlah berasaskan kepada keraguan atau syak, jauh segala penipuan dan
pendustaan. Ia bukanlah seperti akidah Kristian yang menimbulkan begitu banyak keraguan
di dalam hati manusia, begitu juga banyak menimbulkan syak dan waham. Sehinggakan
apabila seseorang itu ingin bertanya mengenai akidah mereka kepada paderi-paderi, mereka
disuruh untuk diam dan hanya menurut apa yang disuruh dan mempercayai apa yang
dikhabarkan tanpa boleh berfikir. Akidah Islam adalah akidah yang jelas, akidah yang
memandu manusia menuju ke jalan kebenaran. Tidak ada keraguan dalam akidah Islam dan
tidak ada percanggahan yang berlaku di antara akal dan akidah Islam. Ini kerana Allah juga
menyuruh manusia berfikir dalam banyak ayat al-Quran yang menggunakan lafaz ‫أفا تعق و‬
atau ‫ أفا تتفك و‬dan juga ‫ أفا تتذك و‬yang jelas menyuruh manusia supaya sentiasa berfikir
terhadap apa yang diyakininya.

Contohnya dalam ketuhanan, akidah Islam berpegang kepada tuhan yang satu.
Akidah ini adalah jelas sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran yang menunjukkan Tuhan
itu adalah satu dan tidak ada keraguan padanya sebagaimana yang ditegaskan dalam al-Quran
(al-Ikhl : 1-4):

ِ
‫َح ٌد‬
‫قُ ْل َُ َو م‬
‫ م‬.‫َح ٌد‬
‫اَُ ال م‬
َ ‫اَُ أ‬
َ ‫ َوَْ يَ ُك ْن لَهُ ُك ُف اوا أ‬.‫َْ يَل ْد َوَْ يُولَ ْد‬.‫ص َم ُد‬

Katakanlah (Wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa.
Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang
hajat. “Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada
sesiapapun yang serupa dengan-Nya”.

Manakala kepercayaan terhadap tuhan yang berbilang-bilang tidak akan diterima oleh
akal manusia dan tidak selaras dengan akal manusia yang waras. Sebagaimana yang
ditegaskan dalam al-Quran juga (al-Anbiy ’ 21: 22):

ِ ‫اَِ ر ِب الْعر ِش ع مما ي‬
‫ص ُفو َن‬
‫لَ ْو َكا َن فِي ِه َما ِآََةٌ إِا م‬
َ َ ْ َ ‫اَُ لََف َس َد ََ فَ ُسْب َحا َن م َ ه‬

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya
rosaklah pentadbiran kedua-duanya. maka (bertauhidlah kamu kepada Allah
dengan menegaskan): Maha suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari
apa yang mereka sifatkan.
Akidah Islam ini adalah akidah yang kukuh dan tidak ada kelemahan padanya.
Seandainya akidah Islam mempunyai kelemahan, ia tidak layak menjadi akidah dan
kepercayaan. Akidah Islam yang jelas ini pula adalah sesuai dengan tabiat akal manusia dan
tabiat setiap makhluk di muka bumi kerana Allah yang menciptanya, sesuai dengan firman
Allah (al-Baqarah 2: 116):

ِ
ِ ‫اأر‬
‫ض ُك ٌل لَهُ قَانِتُو َن‬
ْ ‫بَ ْل لَهُ َما ِِ ال مس َم َاوات َو‬

Bahkan Dia lah yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya
itu tunduk di bawah kekuasaanNya.
e.

Akidah Islam adalah akidah yang tetap

Keistimewaan akidah Islam juga adalah kerana akidah ini adalah akidah yang tetap dan tepat.
Tidak pernah berlaku perubahan pada akidah Islam. Akidah Islam juga tidak menerima
sebarang bentuk penambahan atau pengurangan, perubahan dan penyesuaian, bahkan akidah
Islam itu itu sememangnya sudah sesuai sepanjang zaman. Oleh kerana hawa nafsu
sebahagian manusia, akidah Islam pernah diubahsuai mengikut kehendak dan kesesuaian
nafsu mereka sehingga lahirlah akidah-akidah yang kafir seperti Yahudi dan Kristian, hasil
perubahan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Walaubagaimanapun
akidah Yahudi dan Kristian tidak diiktiraf sebagai akidah yang tidak diterima oleh Allah.

Akidah Islam tidak menerima sebarang bentuk perubahan kerana ianya adalah akidah
yang diturunkan oleh Allah s.w.t dan tidak akan berubah sampai bila-bila. Ini berdasarkan
daripada firman Allah s.w.t dalam al-Quran ( li ᶜImr n 3: 85):

ِ ِ
ِ ِ
ِ
ِ ْ ‫اآخرةِ ِمن‬
‫ين‬
ْ ‫َوَم ْن يَْب تَ ِغ َغْي َر‬
َ َ ِ ‫اإسام دياا فَلَ ْن يُ ْقبَ َل مْهُ َوَُ َو‬
َ ‫اَْاس ِر‬

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan
diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang
rugi.

Begitu juga Allah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang berusaha untuk
mengadakan perkara yang baharu. Mereka yang mengadakan perkara yang baharu dalam
urusan agama merupakan orang-orang yang zalim. Firman Allah s.w.t (al-Shūr 42: 21):

ِ ‫الْ َفص ِل لَ ُق‬
‫ض َي بَْي َ ُه ْم َوإِ من‬
ْ

ِ‫أَم َم شرَكاء شرعوا َم ِمن ه‬
‫الدي ِن َما َْ ََْ َذ ْن بِِه م‬
ُ‫اَُ َولَ ْوا َكلِ َمة‬
َ ُْ ُ َ َ ُ َ ُ ُْ ْ
ِ ‫الظمالِ ِمن َم ع َذ‬
‫يم‬
ٌ َ ُْ َ
ٌ ‫اب أَل‬

Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana
bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan
oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi
pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa
yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka
(yang berbuat demikian). dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan
beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Selain itu telah jelas bahawa semua para Nabi dan Rasul telah membawa akidah yang
satu yang tetap dan tidak berubah iaitu akidah Islam. Akidah ini adalah akidah yang sama
bermula dari zaman Nabi

dam hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ini berdasarkan

dari ayat al-Quran yang membuktikan akidah Islam adalah akidah yang tetap (al-Shūr 42:
13):

ِ ِ ِِ ‫صى بِِه نُوحا والم ِذي أَوحي ا إِلَيك وما و م‬
ِ‫شرع لَ ُكم ِمن ه‬
‫وسى‬
‫الدي ِن َما َو م‬
َ ‫صْي َا به إبْ َراَ َيم َوُم‬
َ َ َ َ ْ ََْ ْ
َ ‫ا‬
َ ْ َ ََ
ِ‫و ِعيسى أَ ْن أَقِيموا ه‬
ِ
ِِ
‫اَُ َْتَِِ إِلَْي ِه َم ْن‬
‫وَ ْم إِلَْي ِه م‬
َ ‫ين َوا تَتَ َفمرقُوا فيه َكبُ َر َعلَى الْ ُم ْش ِرك‬
ُ ُ‫ن َما تَ ْدع‬
ُ
َ ‫الد‬
َ َ
ِ
ِ
ِ
ِ
‫يب‬
ُ ُ‫يَ َشاءُ َويَ ْهدي إلَْيه َم ْن ي‬

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah
diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu
dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Mūs dan Isa iaitu:
Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat
berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya.
Allah memilih kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi
petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).

Kesatuan dan akidah yang tetap dalam Islam ini juga telah dijelaskan oleh Allah s.w.t
dalam firman-Nya (Yūnus 10: 19):

ِ
ِ
ِ ‫َكا َن الماس أُم اة و‬
ِِ
‫اب ِ َْْ ِهق لِيَ ْح ُك َم‬
‫ث م‬
َ ‫اح َد اة فَبَ َع‬
َ ‫اَُ المبِيِه‬
َ َ‫ين َوأَنْ َزَل َم َع ُه ُم الْكت‬
َ ُ
َ ‫ين َوُمْذر‬
َ ‫ن ُمبَ هش ِر‬
ِ
ِ
ِ
ِ
ِ ِ ‫ب ن ال‬
ِ
ِ
ِ
‫اختَ لَ َ ِ م‬
‫ات بَ ْغياا‬
ْ ‫اختَ لَ ُفوا فيه َوَما‬
ْ ‫يما‬
ُ َ‫ين أُوتُوُ م ْن بَ ْعد َما َجاءَتْ ُه ُم الْبَيِه‬
َ َْ
َ ‫ماس ف‬
َ ‫ف فيه إا الذ‬

ِِ ِِ ِ ْ ‫اَ الم ِذين آمُوا لِما اختَ لَ ُفوا فِ ِيه ِمن‬
ٍ ‫اَ ي ه ِدي من ي َشاء إِ ََ ِصر‬
‫اط‬
ْ َ َ َ ُ‫بَْي َ ُه ْم فَ َه َدى م‬
َ
ُ َ ْ َ ْ َ ُ‫اَْ هق ِ ْذنه َو م‬
َ
‫ُم ْستَ ِقي ٍم‬

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang
satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-Nabi
sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan
balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar
dengan balasan azab neraka).
f.

Akidah Islam adalah Akidah yang Berasaskan Bukti dan Menerima
Pembuktian

Akidah Islam jelas tidak seperti akidah Kristian sebagaimana yang telah disebut sebelum ini.
Akidah Kristian adalah agama yang menurut membuta tuli tanpa berasaskan bukti dan
sebahagian dari akidah Kristian itu adalah bercanggahan dengan akal. Perkara ini berlaku
pada ajaran akidah Kristian, yang mana mereka dipaksa untuk menerima apa sahaja yang
didatangkan oleh Gereja. Kebenaran dan ketetapan akidah Islam tidak hanya didatangkan
dengan khabar semata-mata, bahkan ia juga adalah dikuatkan dengan akal beserta dengan
bukti-bukti yang telah ditunjukkan oleh Allah s.w.t. dengan penuh ketegasan, Allah s.w.t
berhujah kepada orang-orang kafir dalam firman-Nya supaya mendatangkan bukti sekiranya
mereka dari kalangan orang yang benar. Contohnya dalam akidah terhadap keesaan Allah
s.w.t yang membuktikan sekiranya ada tuhan selain Allah maka nescaya akan binasanya alam
ini (al-Abiy ’n 21: 22),

ِ ‫اَِ ر ِب الْعر ِش ع مما ي‬
‫ص ُفو َن‬
‫لَ ْو َكا َن فِي ِه َما ِآََةٌ إِا م‬
َ َ ْ َ ‫اَُ لََف َس َد ََ فَ ُسْب َحا َن م َ ه‬

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya
rosaklah pentadbiran kedua-duanya. maka (bertawhidlah kamu kepada Allah
dengan menegaskan): Maha suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari
apa yang mereka sifatkan.

Ini membuktikan bahawa Allah itu adalah tuhan yang satu dan tidak berbilang-bilang
serta tidak mempunyai sekutu. Berbeza dengan akidah Yahudi dan Kristian yang tidak
mampu membawa bukti dan hujah terhadap dakwaan-dakwaan yang mereka keluarkan
seperti mereka mendakwa bahawa mereka pasti akan masuk ke syurga, sedangkan dakwaan
mereka itu tidak disertakan dengan bukti sebagaimana firman Allah s.w.t (al-Baqarah 2:
111):

‫ك أ ََمانِيُ ُه ْم قُ ْل ََاتُوا بُْرََانَ ُك ْم إِ ْن ُكْ تُ ْم‬
ْ ‫َوقَالُوا لَ ْن يَ ْد ُخ َل‬
َ ‫ص َارى تِْل‬
‫اَْمةَ إِا َم ْن َكا َن َُ ا‬
َ َ‫ودا أ َْو ن‬
ِِ
‫ن‬
َ ‫صادق‬
َ

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan
masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani”.
yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (Wahai
Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan
kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang
benar”.

Dari dalil ini menunjukkan betapa Allah s.w.t menitik beratkan mengenai pembuktian
terhadap satu-satu dakwaan terutamanya apabila ianya melibatkan akidah. Ini kerana akidah
Islam tidak hanya berasaskan kepada perasaan dan hati, tetapi melibatkan situasi akal.
Tentunya orang-orang kafir tidak mampu membawakan bukti kerana mereka adalah dari
kalangan orang-orang yang berdusta. Oleh kerana itu, jelas agama Islam adalah agama yang
unggul dan istimewa kerana ianya adalah berasaskan kepada kebenaran yang tidak mungkin
boleh dipalsukan kerana ia hadir beserta dengan bukti-bukti yang telah didatangkan oleh
Allah s.w.t.

g.

Akidah Islam adalah akidah pertengahan

Maksud pertengahan dalam Islam adalah adil (tidak lebih dan tidak kurang), benar, dan
diterima oleh Allah s.w.t. Ini berdasarkan firmannya (al-Nis ’ 4: 171):

ِ ‫اْ مق إِمََا الْم ِس‬
ِ َ‫َ أ ََْل الْ ِكت‬
ِ ِ‫اب ا تَ ْغلُوا ِِ ِديِ ُكم وا تَ ُقولُوا َعلَى م‬
َََ‫يسى ابْ ُن َم ْر‬
َْ ‫اَ إا‬
ُ َ
َ ْ
َ ‫يح ع‬
َ َ
ِ َ ‫اَِ وَكلِمتُهُ أَلْ َق‬
‫وح ِمْهُ فَ ِآمُوا ِ مَِ َوُر ُسلِ ِه َوا تَ ُقولُوا ثَاثَةٌ انْتَ ُهوا َخْي ارا لَ ُك ْم‬
ُ ‫َر ُس‬
ٌ ‫اَا إ ََ َم ْرَََ َوُر‬
َ َ ‫ول م‬
ِ
ِ ِ ‫إِمََا م‬
ِ ‫اأر‬
‫ض َوَك َفى ِِ مَِ َوكِيا‬
ْ ِِ ‫اَُ إلَهٌ َواح ٌد ُسْب َحانَهُ أَ ْن يَ ُكو َن لَهُ َولَ ٌد لَهُ َما ِِ ال مس َم َاوات َوَما‬

Wahai ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)! janganlah kamu melampaui batas
Dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu
terhadap Allah melainkan yang benar, Sesungguhnya Al-Masih ᶜ s
IbniMaryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan kalimah Allah yang telah
disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadanya.
maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasu-lNya, dan janganlah
kamu mengatakan: “Tuhan itu) tiga” berhentilah (daripada mengatakan yang
demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah
Tuhan Yang Maha Esa, Maha suci Allah daripada mempunyai anak. bagi
Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. dan cukuplah
menjadi pengawal (yang mentadbirkan sekalian makhluk-Nya)

Ayat ini menunjukkan bahawa konsep pertengahan dalam Islam adalah sesuatu yang
tidak melampaui dalam kepercayaan. Di dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa Isa itu
hanyalah sebagai seorang manusia dan Rasul dan bukan sebahagian daripada sebagai Tuhan
sebagaimana yang didakwa oleh golongan Kristian. Ayat ini jelas menunjukkan mengenai
konsep pertengahan dalam Islam.

Keistimewaan dan keunggulan akidah Islam yang paling ketara adalah kerana akidah
Islam merupakan akidah yang bersifat pertengahan dalam segenap bentuk perkara, antaranya
ialah:


Pertengahan di antara kepercayaan yang menafikan perkara metafizik (yang ghaib)
dengan kepercayaan terhadap tuhan yang banyak. Kebanyakan golongan yang
menafikan perkara yang ghaib ini adalah dari kalangan kelompok yang berasaskan
kepada logik akal semata-mata. Mereka tidak mengakui bahawa terdapat satu alam
yang lain selain dari alam yang ini. Mereka yang mempercayai tuhan yang banyak
pula adalah seperti akidah Hindu dan Kristian. Mereka mempercayai bahawa hakikat
tuhan itu menjelma pada jasad manusia, berhala, atau makhluk-makhluk yang lain
lalu makhluk-makhluk ini disembah dan diabdikan diri padanya. Manakala akidah
Islam adalah akidah yang mengakui perkara yang ghaib yang mana dalam perkaraperkara yang ghaib ini ada kepercayaan mengenai tuhan. Walaubagaimanapun tuhan
dalam akidah Islam bukanlah tuhan yang banyak kerana jika tuhan itu banyak, maka
akan musnahlah alam ini seperti firmannya (al-Anbiy ’ 21: 22),

ِ ‫اَِ ر ِب الْعر ِش ع مما ي‬
‫ص ُفو َن‬
‫لَ ْو َكا َن فِي ِه َما ِآََةٌ إِا م‬
َ َ ْ َ ‫اَُ لََف َس َد ََ فَ ُسْب َحا َن م َ ه‬

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya
rosaklah pentadbiran kedua-duanya. maka (bertawhidlah kamu kepada Allah
dengan menegaskan): Maha suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari
apa yang mereka sifatkan.

Akidah Islam bersifat pertengahan dengan menafikan akidah mulhid iaitu
(Athiesme) dan menafikan akidah banyak tuhan (Pantheisme), malahan akidah Islam
adalah akidah yang berasaskan tuhan yang tunggal dan Maha Esa seperti firman-Nya
(al-Mu’minūn 23: 84-89):

ِ‫قُل لِم ِن اأرض ومن فِيها إِ ْن ُكْ تم تَعلَمو َن سي ُقولُو َن ِم‬
‫َ قُ ْل أَفَا‬
َ ْ ََ ُ ْ
ََ ُ ْ ْ ُ
َ ْ
ِ
ِ
ِ
ِ
‫ب الْ َع ْر ِش الْ َعظي ِم َسيَ ُقولُو َن مَ قُ ْل أَفَا تَتم ُقو َن قُ ْل‬
ُ ‫ال مس َم َاوات ال مسْب ِع َوَر‬
ِ‫شي ٍء وَو ُِ ر وا ُ ار علَي ِه إِ ْن ُكْ تم تَعلَمو َن سي ُقولُو َن ِم‬
‫ََ تُ ْس َح ُرو َن‬
‫َ قُ ْل فَأ م‬
ْ َ ُ َ َ ُ ََُ ْ َ
ََ ُ ْ ْ ُ

‫ب‬
ُ ‫تَ َذ مك ُرو َن قُ ْل َم ْن َر‬
ِِ
‫وت ُك ِهل‬
ُ ‫َم ْن بِيَد َملَ ُك‬

Tanyakanlah (Wahai Muhammad): “Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala
yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?” mereka akan menjawab:
“Kepunyaan Allah”. katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan
insaf)?” Tanyakanlah lagi: “Siapakah Tuhan yang memiliki dan
mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang
besar?” Mereka akan menjawab: “(Semuanya) kepunyaan Allah”.
katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?” Tanyakanlah lagi:
siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat
melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat
disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!”
Mereka akan menjawab: “(Segala-galanya) dikuasai Allah”. katakanlah:
“Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak
benar?”
Pertengahan dalam sifat-sifat ketuhanan iaitu pertengahan di antara
tajsim dan tashbih (yang menyerupakan sifat Allah dengan sifat-sifat

makhluk) dan ta ᶜṭīl atau tajrid (menafikan segala bentuk sifat pada Allah).
Akidah Islam tidak seperti akidah Yunani yang menyucikan tuhan sehingga
menafikan sifat pada-Nya. Begitu juga akidah Islam tidak menyerupakan
Allah seperti akidah Yahudi yang mengatakan bahawa Allah itu tidur, penat,
berehat, bertempat dan lain-lain. Akidah Islam adalah akidah yang bersih dari
sebarang bentuk tajsim dan tashbih atau akidah ta ᶜṭil yang menafikan segala
bentuk sifat kepada Allah.

Allah berfirman bahawa tidak ada suatupun makhluk yang
menyerupai Allah dan Dia mempunyai sifat-sifat yang Dia sifatkan bagi
dirinya (al-Shūr 42: 11):

ِ ِ ِ ‫لَي‬
ِ
ِ
ُ ‫س َكمثْله َش ْيءٌ َوَُ َو ال مسم‬
ُ‫يع الْبَصر‬
َ ْ

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan
pentadbiran-Nya) dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah tidak ada sesuatu yang serupa denganNya dan Allah s.w.t bersifat dengan Maha Melihat dan Mendengar.



Pertengahan di antara manusia mempunyai kuasa mutlak terhadap perbuatannya
(Qadariyyah), dan juga manusia tidak mempunyai kuasa langsung untuk menentukan
perbuatannya (Jabariyyah). Akidah Islam dengan teguh berpegang bahawa setiap
manusia tidak dipaksa dalam setiap perbuatannya sebagaimana yang dikatakan oleh
golongan Jabariyyah. Ini kerana seandainya manusia itu dipaksa dalam setiap
perbuatannya, maka manusia bukanlah seorang mukallaf yang akan diadili di akhirat
kelak. Ini kerana perbuatan mereka itu bukan kerana pilihan mereka, tetapi dipaksa
oleh Allah s.w.t dan seandainya Allah menghukum manusia di atas perbuatan jahat
yang dipaksa kepada mereka ini maka ini menunjukkan Allah s.w.t tidak bersifat
dengan sifat adil.

Akidah Islam juga tidak menerima bahawa manusia ini mempunyai kuasa
mutlak ke atas perbuatannya kerana seandainya manusia ini mempunyai kuasa yang
mutlak atas perbuatannya maka ini meletakkan Allah berada dalam keadaan lemah
kerana Allah tidak mempunyai kuasa ke atas perbuatan manusia. Hakikatnya akidah
Islam yang sebenar adalah akidah yang berpegang bahawa manusia mempunyai kuasa
untuk memilih perbuatan yang hendak dilakukan oleh walaubagaimanapun mereka
masih lagi mempunyai batas-batas dalam melakukan perbuatan mereka. Mereka tidak
mempunyai kebebasan yang mutlak sehingga boleh melakukan segala perkara sesuka
hati.

Bagi akidah Islam selain daripada ianya bersifat pertengahan terhadap empat
perkara ini, akidah Islam juga bersifat pertengahan dalam banyak perkara yang lain
seperti pertengahan di antara memuja Nabi sebagai Tuhan dan mereka yang
merendahkan taraf Nabi hingga menghina mereka, dan beberapa perkara lain. Sikap
akidah Islam yang bersifat pertengahan ini telah dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran
sebagaimana firman-Nya (al-Baqarah 2: 143):

ِ
ِ ‫ك َج َع ْلَا ُك ْم أُمةا َو َسطاا لِتَ ُكونُوا ُش َه َداءَ َعلَى ال‬
‫ماس‬
َ ‫َك َذل‬

Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),
Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi
pertengahan, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan
kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)

Kesemua keistimewaan dan keunggulan yang di wujud pada akidah Islam ini
memperlihatkan kepada manusia bahawa akidah Islam merupakan akidah yang seharusnya
menjadi pilihan mereka. Akidah inilah akidah yang didatangkan oleh Allah s.w.t yang
dibawa melalui wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dengan keistimewaankeistimewaan yang tidak ada pada akidah yang lain. Akidah Islam adalah akidah yang
rabbani, syumul, fitrah, sempurna dan sebagainya yang menunjukkan akidah ini merupakan
akidah yang kukuh. Hanya dengan akidah yang kukuh sahajalah yang akan menjadi kekuatan
dan kesempurnaan Islam dan umatnya. dengan bukti-bukti keistimewaan akidah Islam yang
ditunjukkan selaras dengan apa yang dibuktikan melalui wahyu Allah, seharusnya sebagai
manusia, kita perlu menyedari mengenai hakikat dan kekuatan akidah Islam dan
mengikutinya tanpa ragu dan syak. Ini kerana hanya akidah inilah yang akan memandu
manusia menuju kepada Allah s.w.t dan hanya akidah inilah akidah yang diredhai oleh Allah
s.w.t sehingga ke hari kiamat.

RUJUKAN
Abū

an fah, Nuᶜm n bin Th bit. 2009. Wa ṣiyyah. Dlm. Akm l al-D n Mu ammad bin
Mu ammad al-Babirat . Shar Wa ṣiyyah al-Imām Abī anīfah. Pn