Pengaruh Lokus Kawalan Terhadap Simptom

Pengaruh Lokus Kawalan Terhadap Simptom Tekanan Emosi
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Rosly Kayar (PhD)
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan,
IPG Kampus Temenggong Ibrahim.
Email: oslykay68@yahoo.com
ABSTRAK
Tekanan emosi merupakan satu keadaan bangkitan yang mengganggu garis dasar keseimbangan
individu dalam aspek perubahan fisiologi, psikologi dan tingkah laku. Simptom tekanan emosi pula
merupakan satu set tindak balas automatik, viseral dan komunikasi yang dipaparkan oleh seseorang
yang mengalami tekanan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap simptom tekanan
emosi dalam kalangan pelajar, hubungan antara lokus kawalan dengan simptom tekanan emosi dan
seterusnya pengaruh faktor lokus kawalan terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar.
Responden kajian ini merupakan pelajar sekolah menengah dalam tingkatan 2 dan 4. Sekolahsekolah yang dikaji adalah dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Johor yang
melibatkan sebanyak 30 buah sekolah. Seramai 600 orang pelajar yang telah melakukan pelbagai
kesalahan disiplin di sekolah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini yang merangkumi pelbagai
kaum. Kajian ini menggunakan soal selidik Simptom Tekanan Emosi (2002)

dan soal selidik Lokus

Kawalan (2009). Analisis kuantitatif menggunakan min, sisihan piawai, korelasi dan regresi digunakan

bagi menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang bermasalah disiplin mengalami
simptom tekanan emosi pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.90. Kajian ini mendapati
hubungan yang signifikan antara lokus kawalan dalaman (r = .358) dan luaran (r = .430) dengan
simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar. Kajian ini juga menunjukkan terdapat pengaruh yang
signifikan antara lokus kawalan dalaman (β=.287) dan luaran (β=.164) terhadap simptom tekanan
emosi dalam kalangan pelajar. Satu model peramal simptom tekanan emosi melalui faktor lokus
kawalan dalaman dan luaran telah dibina oleh penyelidik. Kajian ini membuktikan lokus kawalan
mempunyai implikasi yang sangat berguna dalam membantu pelajar menangani masalah simptom
tekanan emosi.
Kata Kunci: Simptom Tekanan Emosi, Lokus Kawalan Dalaman, Lokus Kawalan Luaran

PENGENALAN
Tekanan emosi merupakan suatu fenomena yang melanda pelbagai golongan manusia di
dunia bermula dari golongan kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan begitu juga warga emas.
Perkara ini dapat diperhatikan melalui simptom-simptom tekanan emosi yang dialami seperti
kemurungan, meminggirkan diri, tidur yang tidak lena, pertambahan berat badan dan pelbagai
simptom yang lain. Keadaan ini menyebabkan golongan yang mengalami tekanan emosi merasakan

kehidupan mereka seolah-olah dipenuhi dengan pelbagai masalah, sukar untuk meneruskan
kehidupan, dunia menjadi semakin sempit dan mengalami perasaan kebimbangan yang tinggi (Mohd

Anuar & Norshahril, 2011).

Mengikut Terri Mauro (2004) terdapat banyak faktor yang menyebabkan menyebabkan
tekanan emosi dalam kalangan pelajar seperti persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga,
pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan kurikulum sekolah. Kajian mengenai
tekanan emosi dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia telah lama dilaporkan oleh
pelbagai pihak. Pelajar yang menunjukkan simptom tekanan emosi didapati sukar untuk belajar dan
ini memberikan implikasi yang besar dalam proses pengajaran, pembelajaran dan disiplin di sekolah.
Keadaan ini akan mengganggu tugas guru untuk mendidik generasi pemimpin yang akan mentadbir
negara pada masa akan datang.
PERNYATAAN MASALAH

Pelajar sekolah menengah merupakan golongan remaja yang mengalami pelbagai perubahan
kematangan yang sedang berlaku dalam kehidupan mereka. Konsep remaja dapat dibahagikan
kepada tiga tahap iaitu remaja awal yang berusia 13 – 14 tahun (tingkatan 1 hingga 2), remaja
pertengahan berusia 15 – 17 tahun (tingkatan tiga hingga 5) dan remaja akhir berusia 18 – 21 tahun
(tingkatan 6 hingga universiti). Ketiga-tiga peringkat perkembangan ini meliputi perubahan fisiologi,
biologi dan kognitif. Zaman remaja sebenarnya merupakan proses membentuk identiti kendiri yang
unik dan berbeza dengan orang dewasa. Dalam keadaan ini juga pelajar mengalami masalah yang
tidak seimbang antara hormon tubuh badan dalam aspek fizikal, kognitif dan emosi. Hall (1904)

menyatakan, pelajar berada dalam keadaan ‘storm and stress’ bagi menggambarkan keadaan yang
penuh dengan ketegangan, perubahan-perubahan hormon dan sering mengalami konflik. Ketika ini
pelajar sentiasa ingin bersama dengan rakan sebaya dan pada masa yang sama sering berkonflik
dengan orang dewasa seperti ibu bapa dan guru (Mead, 1968). Proses perubahan dan penyesuaian
yang berlaku ini menyebabkan pelajar mengalami tekanan emosi dan sebahagiannya mengalami
simptom tekanan emosi hingga ke tahap yang kronik (Mates & Allison, 2002).
Pelajar sekolah menengah juga dilaporkan sering mengalami tekanan emosi kerana mereka
merupakan golongan pelajar yang mula mengalami zaman peralihan, antara zaman kanak-kanak
dengan zaman dewasa (Mohd Anuar & Norshahril, 2011). Ma’arof dan Haslinda (2008), menyatakan
bahawa pelajar mengalami tekanan emosi yang memuncak disebabkan perubahan fisiologi dan
psikologi yang berlaku ke atas diri mereka. Perubahan yang pesat berhubung dengan kematangan
seksual juga menyebabkan remaja tidak pasti tentang dirinya, keupayaan dan minatnya. Perubahan
ketika zaman remaja, menyebabkan jangkaan dan aspirasi masyarakat terhadap golongan pelajar
semakin tinggi (Ma’arof dan Haslinda, 2008). Keadaan ini menyebabkan pelajar merasa lebih tertekan
emosinya apabila mereka cuba memenuhi aspirasi diri, ibu bapa, sekolah dan masyarakat.
Kegagalan menangani cabaran-cabaran ini merupakan punca utama pelajar meninggalkan sekolah

(Gerdes & Mllinckrodt, 1994) atau menjejaskan pencapaian akademik mereka (Sennett, et al., 2003;
Wintre & Bowers, 2007).
Pelajar sekolah menengah juga didapati mengalami tekanan emosi disebabkan sistem

persekolahan yang berorientasikan peperiksaan. Mereka perlu menghadapi dua peperiksaan utama
yang menentukan masa hadapan mereka iaitu Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Waktu pagi dan petang dihabiskan dengan berlajar di sekolah manakala
waktu malam pula mereka perlu menghadiri kelas tuisyen. Mereka juga menjadi harapan ibu bapa,
sekolah, pejabat pendidikan daerah dan negeri untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Situasi ini menyebabkan kehidupan mereka terkongkong, kebebasan bersosial dihalang
dan tidak mempunyai masa yang mengcukupi untuk menguruskan kehidupan sendiri sehingga
menyebabkan emosi mereka terganggu (Ma’arof dan Haslinda, 2008).
Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan simptom tekanan emosi yang dialami oleh
pelajar mempunyai kaitan dengan lokus kawalan yang lemah (Cole dan Sapp (1988), Toler dan
Murphy (1985), Vaux dan Ruggiero (1983), Mates dan Allison (1992) dan Rosly (2007). Penemuan
yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan bahawa tekanan emosi yang tidak terkawal boleh
mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelajar yang mengalaminya. Justeru, identifikasi awal
kepada simptom-simptorn tekanan emosi boleh membantu pelajar berkenaan.
Dalam menghadapi pelbagai perubahan

dan tekanan emosi, golongan remaja

harus


mengalami anjakan paradigma dengan pemupukan ciri-ciri yang mampu memperkuatkan daya tahan
mereka melalui lokus kawalan diri (Jamaludin & Nazwa, 2011). Lokus kawalan dalaman dan luaran
yang kuat dan kukuh mampu membantu remaja membina benteng pertahanan diri daripada pelbagai
unsur yang tidak sihat (Jamaludin & Nazwa, 2011). Ramai remaja kita telah membuktikan mereka
mempunyai daya tahan yang tinggi dan mampu menghadapi pelbagai cabaran dalam hidpnya
dengan penuh kejayaan (Rohani, 2008). Ainon (2011) mendapati kualiti lokus kawalan diri yang baik
telah sedia wujud di kalangan remaja negara ini dan mereka juga mempunyai potensi besar dalam
membangunkan diri. Apa yang perlu sekarang adalah untuk menggilap dan memperkukuhkan lagi
kualiti lokus kawalan diri seiring dengan perubahan pesat yang melanda negara (Yonca & Nuray,
2006). Sesungguhnya, dengan adanya ciri-ciri lokus kawalan diri yang kuat dalam kalangan pelajar,
diyakini golongan ini mampu terus berdaya saing dan menjadikan mereka golongan yang cemerlang
dan gemilang.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar
2. Mengenal pasti hubungan antara lokus kawalan dengan simptom tekanan emosi dalam
kalangan pelajar.
3. Mengenal pasti pengaruh lokus kawalan terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan
pelajar.

4. Membina model peramal simptom tekanan emosi melalui faktor lokus kawalan.

PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar?
2. Apakah tahap simptom tekanan emosi berdasarkan jumlah pelajar, jantina dan kaum?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara lokus kawalan dalaman dan luaran dengan
simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar?
4. Adakah terdapat pengaruh yang signifikan antara lokus kawalan dalaman dan luaran
terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar?
5. Tidak terdapat model peramal simptom tekanan emosi yang signifikan melalui faktor lokus
kawalan?
HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan soalan kajian 2 dan 3, hipotesis berikut dikemukakan;
Ho1

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara lokus kawalan dalaman dan luaran dengan
simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar

Ho2

Faktor lokus kawalan dalaman dan luaran tidak mempunyai pengaruh yang signifikan
terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar


METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan tinjauan deskriptif dan inferensi berkaitan tahap, hubungan dan pengaruh lokus
kawalan dalaman dan luaran terhadap simptom tekanan emosi dalam kaalangan pelajar sekolah
menengah. Sampel kajian ini merupakan pelajar sekolah tingkatan 2 dan 4 daripada sekolah
menengah harian biasa dalam Pejabat Pendidikan Daerah, Johor Bahru pada tahun 2012. Jumlah
sampel adalah seramai 600 orang pelajar yang dipilih secara rawak bertujuan. Pelajar-pelajar yang
dipilih sebagai sampel dalam kajian ini merupakan pelajar yang pernah melakukan kesalahan disiplin
dalam sekolah dan nama telah dicatatkan dalam buku rekod disiplin. Maklumat mengenai pelajar ini
diperolehi dengan bantuan guru disiplin, guru kaunseling dan guru penolong kanan hal ehwal pelajar.
Tekanan emosi diukur menggunakan soal selidik Simptom Tekanan Emosi yang diadaptasi oleh
penyelidik. Soal selidik ini mempunyai 3 elemen bagi menilai simptom tekanan emosi dalam kalangan
pelajar dalam aspek psikologi, fisiologi dan kognitif yang mengandungi 15 item. Bagi mengukur lokus
kawalan, soal selidik Modul Ketahanan Diri Rohani (2008) digunakan yang mengandunggi 2 aspek
iaitu Lokus Kawalan Dalaman (10 item) dan Lokus Kawalan Luaran (10 item). Setelah kajian rintis
dijalankan nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach bagi simptom tekanan emosi (0.88), lokus kawalan
dalaman (0.88) dan lokus kawalan luaran (0.88).

Data kajian telah dianalisis menggunakan perisian ‘Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)’
berasaskan statistik min, korelasi dan regresi bagi menjawab persoalan kajian yang telah

dikemukakan. Nilai min adalah berdasarkan interpretasi Nunally (1994) seperti Jadual 1.
Jadual 1: Jadual Interpretasi Skor Min (Nunnally, 1994).
_________________________________________________________________________________
Selang Skala Min
Interpretasi
_________________________________________________________________________________
1.00 – 2.00
Rendah
2.01 – 3.00
Sederhana Rendah
3.01 – 4.00
Sederhana Tinggi
4.01 – 5.00
Tinggi
_________________________________________________________________________________
Skala Davies (1971) dalam Jadual 2 digunakan bagi menilai hubungan antara dua pemboleh ubah.
Jadual 2: Skala Davies (1971) Bagi kekuatan Korelasi Antara Dua Pemboleh Ubah
_________________________________________________________________________________
Nilai Pekali
Tafsiran Deskriptif

_________________________________________________________________________________
0.70 – 1.00
Amat Tinggi
0.50 – 0.69
Tinggi
0.30 – 0.49
Sederhana Tinggi
0.10 – 0.29
Rendah
0.01 – 0.09
Diabaikan
_________________________________________________________________________________

DAPATAN KAJIAN
Analisis dapatan kajian dalam Jadual 3 menunjukkan tahap simptom tekanan emosi dalam kalangan
pelajar adalah min 3.90 (S.P= .348). Dapatan ini menunjukkan pelajar menunjukkan simptom tekanan
emosi secara keseluruhannya pada tahap yang sederhana tinggi.
Jadual 3: Tahap Simptom Tekanan Emosi Dalam Kalangan Pelajar
Pemboleh Ubah


Min

Sisihan Piawai

Simptom Tekanan Emosi

3.90

.348

Analisis dapatan kajian dalam Jadual 4 menunjukkan tahap simptom tekanan emosi berdasarkan
jumlah pelajar ialah seramai 379 (63.17 peratus) orang pelajar mengalami simptom tekanan emosi
pada tahap sederhana tinggi dan 221 (36.83 peratus) orang pelajar mengalami simptom tekanan
emosi dalam tahap tinggi.

Jadual 4: Tahap Simptom Tekanan Emosi Berdasarkan Jumlah Pelajar
________________________________________________________________________________________

Min
Jumlah Pelajar

Peratus
Tahap
________________________________________________________________________________
1.00 – 2.00
0
0
Rendah
2.01 – 3.00
0
0
Sedehana Rendah
3.01 – 4.00
379
63.17
Sederhana Tinggi
4.01 – 5.00
221
36.83
Tinggi
_________________________________________________________________________________
Analisis dapatan kajian dalam Jadual 5 menunjukkan min keseluruhan pelajar lelaki mengalami
simptom tekanan emosi pada tahap 3.92 (Sisihan Piawai = .378) dan bagi pelajar perempuan ialah
3.84 (Sisihan Piawai = .255) iaitu kedua-duanya pada tahap yang sama sederhana tinggi.
Jadual 5: Min Simptom Tekanan Emosi Berdasarkan Jantina
_________________________________________________________________________________
Jantina
Min
Sisihan Piawai
Tahap
_________________________________________________________________________________
Lelaki (N=424)
3.92
.378
Sederhana Tinggi
Perempuan(174)
3.84
.255
Sederhana Tinggi
_________________________________________________________________________________
Analisis dapatan kajian dalam Jadual 6 menunjukkan min keseluruhan simptom tekanan emosi kaum
Melayu ialah 3.94 (SP=.369), Cina 3.89 (SP=.279), India 3.67 (SP=.202) dan lain-lain kaum 3.68
(SP=.198).
Jadual 6: Min Simptom Tekanan Emosi Berdasarkan Kaum
_________________________________________________________________________________
Kaum
Min
Sisihan Piawai
Tahap
_________________________________________________________________________________
Melayu
3.94
.369
Sederhana Tinggi
Cina
3.85
.279
Sederhana Tinggi
India
3.67
.202
Sederhana Tinggi
Lain-lain Kaum
3.68
.198
Sederhana Tinggi
_________________________________________________________________________________
Analisis dapatan kajian dalam Jadual 7 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
antara lokus kawalan dalaman r = .36 (p ˂ 0.05 = 0.00) dan lokus kawalan luaran r = .43 (p ˂ 0.05 =
0.00) dengan simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar . Oleh itu, pengkaji berjaya menolak
hipotesis Ho1 iaitu lokus kawalan dalaman dan lokus kawalan luaran memang mempunyai hubungan
yang signifikan dengan simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar kerana nilai p ˂ 0.05.

Jadual 7: Hubungan antara Lokus Kawalan Dalaman dan Luaran dengan Simptom Tekanan Emosi
Dalam Kalangan Pelajar
Simptom Tekanan Emosi
r

p

Lokus Kawalan Dalaman

.358**

.000

Lokus Kawalan Luaran

.430**

.000

Analisis Regrasi Pelbagai telah digunakan untuk mengenal pasti perubahan dalam dua faktor
yang menyumbang kepada perubahan dalam satu pemboleh ubah bersandar. Analisis Regrasi
Pelbagai dengan prosedur ‘Stepwise’ telah digunakan untuk menjawab soalan kajian berikut:
Ho2

Faktor lokus kawalan dalaman dan luaran tidak mempunyai pengaruh yang signifikan
terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar

Jadual

8

menunjukkan

kedua-dua

pemboleh

ubah

iaitu

lokus

kawalan

dalaman

menyumbang kadar varians yang signifikan terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar
iaitu R = .358 dan signifikan pada aras p ˂ .05 = 000. Kombinasi faktor lokus kawalan dalaman dan
lokus kawalan luaran didapati menyumbang kadar varians sebanyak R = .387, signifikan pada aras p
˂ .05 = 000.
Jadual 8: Model Summary
Model

1
2

R

.358a
.387b

R
Square

Adjuste
dR
Square

.128
.150

.127
.147

Std.
Error of
the
Estimat
e
.32564
.32179

Change Statistics
R
F
Square Change
Change
.128
.022

87.772
15.415

df1

df2

Sig. F
Change

1
1

598
597

.000
.000

Keputusan analisis data dalam Jadual 9 menunjukkan bahawa secara signifikan kedua-dua
pemboleh ubah peramal, iaitu lokus kawalan dalaman (β = .287, signifikan pada aras p ˂ .05) dan
kombinasi lokus kawalan dalaman dan luaran (β = .164, signifikan pada aras p ˂ .05) merupakan
faktor terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar. Hasil analisis menunjukkan bahawa
secara signifikan, peramal lokus kawalan dalaman (β = .287, t = 6.873 dan signifikan pada aras p ˂ .
05) menyumbang sebanyak 29 peratus terhadap simptom tekanan emosi. Ini menunjukkan apabila
faktor lokus kawalan dalaman bertambah satu unit, simptom tekanan emosi pelajar akan bertambah
sebanyak .29 unit. Kombinasi faktor peramal lokus kawalan dalaman dan luaran (β = .164, t = 3.926
dan signifikan pada aras p ˂ .05) pula menyumbang sebanyak .16 peratus terhadap simptom tekanan
emosi. Ini menjelaskan bahawa apabila elemen lokus kawalan dalaman dan luaran meningkat
sebanyak satu unit, simptom tekanan emosi pelajar akan bertambah sebanyak .16 unit.

Jadual 9: Coefficientsa
Model

Unstandardized

Standardized

Coefficients

Coefficients

Confidence

Beta

Interval for B
Lower
Upper

B

Std.

2.785

Error
.119

Lokus Kawalan Dalaman
2 (Constant)

.293
2.389

.031
.155

.358

Lokus Kawalan Dalaman

.235

.034

Lokus kawalan Luaran
.155
.039
Dependent Variable: Simptom Tekanan Emosi

1

(Constant)

T

Sig.

95.0%

23.329

.000

Bound
2.551

Bound
3.019

9.369
15.386

.000
.000

2.084

2.694

.287

6.873

.000

.168

.303

.164

3.926

.000

.077

.232

Analisis AMOS (Analysis of Moment Structures) digunakan dalam pembentukan model yang sesuai
(Fit Model) bagi melihat pengaruh faktor lokus kawalan dalaman dan luaran terhadap simptom
tekanan emosi. Jadual 10 menunjukkan pengaruh yang signifikan antara semua pemboleh ubah yang
dikaji. Analisis dalam Jadual 10 menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh
ubah yang dikaji iaitu lokus kawalan dalaman dengan simptom tekanan emosi (STE