Amalkan Cara Hidup virus Sihat

Amalkan Cara Hidup Sihat
Kunci untuk sihat sepanjang hayat
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat :


Makan secara sihat



Tidak merokok



Lakukan aktiviti fizikal



Belajar menangani stres

Faedah cara hidup sihat:



Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda.



Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok
(angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.



Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik



Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.



Menjadikan anda lebih produktif samada di rumah atau di tempat kerja




Secara keseluruhan, penampilan diri anda lebih menarik dan anda akan rasa lebih selesa.

Makan Secara Sihat


Nikmati pelbagai jenis makanan



Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari
dan makan malam)



Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.




Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
Contoh 1 sajian:

Bijirin, produk bijirin dan ubi


½ cawan nasi (putih atau perang)



½ cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)



1½ keping capati



½ cawan keledek/ubi kayu/keladi
Sayur-sayuran


Buah-buahan




½ cawan sayur hijau tua bersama

batangnya (dimasak)

½ cawan sayur buah/berakar (dimasak)

½ biji jambu berukuran sederhana
1 hiris betik/nanas

Susu, dadih dan keju

Ikan, ayam dan daging



1 ketul paha ayam saiz sederhana
1 ketul paha ayam saiz sederhana



1 gelas susu





1 cawan dadih





1 keping keju



2 ketul daging tanpa lemak
berukuran kotak mancis
5 sudu besar ikan bilis

Tidak Merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius
seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan
hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200
beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).
Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:


Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok



Yakinkan diri




Buat nota peringatan



Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’



Tumpukan pada hari ini



Sentiasa berfikiran positif



Dapatkan sokongan




Lawan keinginan untuk merokok



Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)



Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok



Melengahkan-lengah



Minum banyak air




Menarik nafas panjang



Membuat sesuatu



Menjauhkan diri dari tempat orang merokok



Mengunyah sesuatu



Membasuh tangan




Mandi dengan kerap



Melakukan senaman regangan



Memohon doa
Klik di sini untuk keterangan selanjutnya..

Lakukan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan
seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.
Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti
penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
Lakukan aktiviti fizikal
Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh




aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda



Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:

AKTIVITI RINGAN
60 minit setiap hari



Berjalan kaki



Aktiviti regangan



Aktiviti berkebun yang ringan

AKTIVITI SEDERHANA
30 minit setiap hari


Berjalan laju



Berbasikal



Berenang



Menari



Lompat tali



Aerobik



Berlari-lari anak



Turun naik tangga

Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.

F

Frequency :
(Kekerapan)

3 – 5 kali seminggu

I

Intensity (Effort) :

Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang

(Kehebatan)

dengan selesa.
Anda masih boleh bercakap tetapi tidak boleh menyanyi
semasa menjalankan aktiviti.

T

Time : (Masa)

Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk
tempoh memanas dan menyejukkan badan.

T

Type : (Jenis)

Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jaring, badminton,
lompat tali, berbasikal.

Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di
rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada
kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:


Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’



Bertenang…kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap



Kenal pasti kenapa anda marah



Cuba dengar penjelasan orang lain



Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan



Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan



Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan
kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:


Berfikir secara positif



Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan



Belajar menyukai diri sendiri



Belajar bertenang



Adakan hobi



Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah



Dapatkan tidur yang cukup



Dapatkan teman untuk meluahkan masalah



Bersifat tegas/asertif



Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda
Klik di sini untuk keterangan selanjutnya.…
Klik disini untuk menilai risiko kesihatan anda!!!