metodologi penelitian sosial pokok bahasan (5)

960817025025

4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Menurut Hornby (1985) (dalam Nor Hidayah binti Mohamed, 2004), metodologi
merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek
kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian,
sampel kajian, batasan kajian, instrument kajian dan prosedur analisis data bagi
menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal. Bahagian
ini membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument kajian, cara
pengumpulan data dan cara analisis data.
4.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ialah kaedah mengumpul
maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang
dipilih daripada satu populasi yang hendak dikaji. Kajian ini juga merupakan satu
rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan,
pengukuran dan analisis data. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan
teknologi dalam proses penghasilan air berkarbonat di Kampung Bukit Raya,
Pendang, Kedah dan mengkaji sambutan orang ramai yang tinggal berdekatan
terhadap air berkarbonat.
4.3 Sampel Kajian

Bilangan sampel bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan
sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji.
4.4 Instrument Kajian
Instrument ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang
berkaitan dengan sikap, perpepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam
kajian ini, instrument yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan
menggunakan boring soal selidik, boring temu bual dan kaedah rujukan.
Kaedah
Kuantitatif
Kualitatif
4.4.1 Soal Selidik

Instrument kajian
Borang soal selidik
Borang temu bual, rujukan

1

960817025025


Instrument soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS (Keep it short and
simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami. Soalan dalam
boring soal selidik merupakan soalan tertutup dan menggunakan skala Lirket 5 point.
4.5 Cara Pengumpulan Data
Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai
cara seperti dokumentasi, soal selidik dan temu bual.
4.5.1 Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah
diterbitkan seperti buku, jurnal, akhbar, tesis, majalah dan sumber daripada internet
bagi mendapatkan maklumat berkenaan air berkarbonat di Kampung Bukit Raya,
Pendang, Kedah.
4.5.2 Kepustakaan
Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data.
Pengkaji mendapatkan bahan rujukan daripada :
i.
ii.

Arkib Negara Kedah dan Perlis
Perpustakan Awam Negeri Kedah


4.5.3 Soal selidik
Boring soal selidik yang sesuai telah dibuat oleh pengkaji untuk mendapatkan dan
mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Boring telah
diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. Boring soal selidik
terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah
mengenai maklumat diri responden manakala Bahagian B adalah soalan mengenai
kesan penggunaan teknologi terhadap proses penghasilan air berkarbonat dan
sambutan penduduk setempat di Kampung Bukit Raya terhadap air berkarbonat.
Kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert lima mata yang mengandungi lima
aras, iaitu 5 = sangat setuju, 4 = setuju, 3 = kurang setuju, 2 = tidak setuju, dan 1 =
sangat tidak setuju.
Jadual 4.1: Skala likert 5 aras yang digunakan

2

960817025025

Sangat Setuju
Setuju
Kurang Setuju

Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

5
4
3
2
1

4.6 Kesimpulan
Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan
kesahan dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan menikut tatacara
kajian yang ketat dengan menepati prosuder kutipan data dan instrument yang telah
dikenal pasti.

3