Tugasan individu 1 dan 2 Sukan Individu

SEMESTER 1 SESI 2014/2015

QGJ 3033 : SUKAN INDIVIDU
TAJUK TUGASAN

TUGASAN 1 : Program Latihan Acara Lompat Tinggi
TUGASAN 2 : Penganjuran Pertandingan Lompat Tinggi
KUMPULAN
UPSI 05
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
SYAHRUL IZWANI BT. MOHD RAFDI

NO. MATRIKS
D20112054586

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. LEE AI CHOO
TARIKH SERAH: 23 NOVEMBER 2014

1


NO. TELEFON
019-5114461

ISI KANDUNGAN
Bil.

Tajuk

1.

Tajuk Program Latihan

4

2.

Tempoh Masa Program Latihan

4


3.

Matlamat Program Latihan

4

4.

Tempoh Masa Sesi Latihan

5

5.

Jumlah Murid yang dilatih

5

6.


Alatan yang diperlukan

5-7

7.

Jadual Program Latihan

8-10

8.

Objektif Setiap Ansur Maju Latihan

9.

Perincian Aktiviti Ansur maju Kemahiran

10-16


10.

Variasi Latih Tubi Kemahiran

16-18

11.

Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan

18-22

12.

Kaedah Pemilihan Murid Berbakat Selepas Program
Latihan
Aspek Keselamatan yang Harus Diutamakan

22


Persediaan Pasukan ke Kejohanan Sukan Peringkat
Daerah.
Penutup

23

13.
14.
15.

Halaman

2

10

23

24


ISI KANDUNGAN
Bil.

Tajuk

Halaman

1.

Isi Kandungan Kertas Kerja

2.

26-29

3.

Langkah-langkah Persediaan / perancangan penganjuran
pertandingan
Prosedur dan perjalanan pertandingan


4.

Keunikan Lampiran

30-36

3

3

26-29

Tugasan Individu 1 : Program Latihan Acara Lompat Tinggi.
Kertas Kerja Program Latihan untuk acara lompat tinggi
1. Tajuk Program Latihan : Program Latihan Acara Lompat Tinggi
Sekolah Kebangsaan Luat
2. Tempoh Masa Program Latihan : 2 Bulan
3. Matlamat Program Latihan :
 Peningkatan tahap kemahiran dan prestasi.

 Pembentukan
kecergasan
secara
menyeluruh


seperti

keupayaan melompat.
Melakukan segala aksi teknikal dengan betul, memperbaiki
teknik asas yang rasional dengan kemahiran melompat
sepatutnya dan melakukan teknik khusus dengan berbagai
keadaan, memperbaikan teknik lakuan dalam sukan tertentu
dan keyakinan melakukan semua jenis pergerakan secara



umum dan khusus.
Dari segi aspek psikologi juga perlu bagi meningkatkan
prestasi.


Latihan

meningkatkan


dari

segi

psikologi

disiplin, ketabahan,

penting

semangat

bagi


melawan,

keyakinan dan kesungguhan
Latihan dapat meningkatkan pengetahuan atlet mengenai
asas

psikologi

dan

fisiologi

latihan,

perancangan,

pemakanan dan pemulihan. Perbincangan antara atlet dan
jurulatih.
4.


Tempoh masa sesi latihan : Masa latihan bergantung rapat dengan

aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar nadi ke tahap 75% daripada 0%
(kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak masa dari 30
minit adalah cukup bagi

menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada

peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50% kadar
nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini
4

tubuh badan kita
Setelah

beberapa

belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi.
minggu

berlatih

barulah

intensiti

latihan

boleh

dipertingkatkan.
5. Jumlah murid yang dilatih : Latihan ini menyasarkan kepada 5 atlet
(lelaki) dan 5 atlet (perempuan).
6.

Alatan yang diperlukan : Dalam sukan olahraga, terutamanya acara
lompat tinggi , terdapat beberapa peralatan yang diperlukan.



Peralatan
Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk

membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu
kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan
dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti dua batang tiang
diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang
dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat
satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah
mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah
dijatuhkan.
Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun
bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai
dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang
menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan
pada tiang.
Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang
memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa
teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang
sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan
pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut
5

yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau
pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas
lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi.
Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.
Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya
dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan
selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik
digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.
Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali dalam pertandingan-pertandingan
yang dijalankan mengikut peraturan 1 (a) , (b) dan (c) yang jarak minimumnya ialah 20m.
jika keadaan mengizinkan , jarak minimum ini sepatutnya 25m. 4. Keseluruhan
kecerunan maksimum pada 15m terakhir landas lari dan kawasan lonjak berbentuk
separuh bulatan yang pusatnya terletak di tengah-tengah di antara tiang-tiang tegak dan
berjejari minimum seperti yang dinyatakan dalam peraturan 182.3 itu tidak melebihi 1:
250. Kawasan mendarat mesti ditempatkan supaya kemaraan atlet ke arah kecerunan
menurun. 5. Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah
peraturan 182.4 dan Manual Trek dan Padang IAAF Alat-Alat 6. Tiang. Apa jua bentuk
tiang boleh digunakan asalkan tegap. Kedua-duanya hendaklah mempunyai sangga untuk
menopang palang dengan mantap. Tiang-tiang tersebut juga mestilah cukup tinggi supaya
sekurang-kurangnya ia melebihi 10sm daripada paras sebenar palang dinaikkan. 7. Tiang
tersebut tidak boleh dianjak semasa pertandingan melainkan Refri merasakan sama ada
landas lari dan kawasan lonjak menjadi tidak sesuai.jika demikian, perubahan hanya
boleh dibuat selepas selesainya satu pusingan. 8. Sangga Palang. Sangga hendaklah rata
dan berbentuk empat segi bujur, 4smx6sm. Sangga-sangga ini hendaklah melekap kukuh
pada tiang semasa lompatan dilakukan dan kedudukannya mengahadap ke dalam. Hujung
palang akan terletak di atasnya supaya palang mudah jatuh, ke depan atau ke belakang,
apabila tersentuh oleh peserta. Sangga-sangga ini tidak boleh dibalut dengan getah atau
dengan sebarang barang lain yang akan meningkatkan kesan geserannya dengan palang
atau, tidak juga ia boleh dipasang dengan apa jua jenis spring. Sangga hendaklah saam
6

tinggi di atas kawasan lonjak betul-betul di bawah setiap hujung palang. 9. Hendaklah
ada ruang di antara hujung palang dengan bang sekurang-kurangnya 1sm.


Kasut
Kasut atau spikes merupakan peralatan penting bagi para olahragawan bukan

sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut tetapi juga untuk
kegunaan dalam acara lain seperti lompat tinggi. Jenis kasut bergantung kepada
kesesuaian dan keselesaan individu. Bagaimana pun biarlah daripada jenis yang ringan.
Tapak dan tumit kasut yang dibenarkan ialah untuk 11 tempat paku. Bahagian paku yang
teranjur dari tapak atau tumit tidak meelebihi 25 mm panjangnya. Atlit tidak dibenarkan
menggunakan sebarang alat sama ada di dalam atau di luar kasut yang boleh menambah
tebal kasut atau yang boleh memberi bantuan kepada pemakainya.


Nombor peserta
Setiap peserta hendaklah memakai nombor yang dipakai di belakang dan di dada

supaya jelas kelihatan. Nombor-nombor itu mestilah sama dengan nombor dalam buku
aturcara. Ukurannya tidak melebihi 150 mm x 25 mm dan gubahan nombor-nombor
peserta yang mengambil bahagian hendaklah sama.


Pakaian
Dalam semua acara,

peserta-peserta mestilah memakai pakaian bersih dan

digubah supaya tidak menjolok mata. Pakaian mestilah dibuat daripada bahan yang tidak
nipis dan menampakkan susuk badan pemakai walaupun basah dan boleh mengganggu
keputusan hakim.
7.
Sesi
1

Jadual Program Latihan.
Jam
6.45 pg-7.00pg

Aktiviti
Warming up
7

Catatan

7.00pg-7.20pg
7.20pg-7.30pg
5.15ptg5.30ptg
2
5.30ptg6.45ptg
6.40ptg7.00ptg

Fartlek Training
Cooling Down
Warming up
Joging
Streching
Loosening
Leg drill
Weigh Training
Litar Bebanan

Prepare for
heart body 120
bpm
Intensiti 80%

Cooling Down

KITARAN MIKRO
7-14 hari latihan dalam satu pusingan latihan. Beberapa pusingan latihan ini akan
bergabung dan membentuk satu kitaran Meso.
Contoh latihan 1 Minggu (Kitaran Mikro)
Acara : Lompat Tinggi
Hari
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad

Sesi Pagi
Lokasi SK Luat
Latihan Kardio – Fartlek
Lokasi- Padang sekolah

Sesi Petang
Lokasi-bilik bebanan
Latihan bebanan
Lokasi- Padang sekolah
Latihan Teknik Lompatan
Lokasi- Padang sekolah
Latihan Jenis Lompatan
Lokasi-gymnasium
Latihan Plyometrik

Rehat aktif
Lokasi- Padang Sekolah
Latihan Jenis Lompatan
Lokasi- Padang Sekolah
Latihan Teknik Lompatan
Lokasi-SK Luat
Latihan Kardio – 2.5 KM
Bebas

Rehat aktif
Lokasi Padang sekolah
Latihan
Bebas

KITARAN MESO
Minggu 1 hingga minggu 9 : Pada peringkat perubahan kandungan. Latihan akan
nampak lebih ketara berbanding peringkat sebelumnya. Gabungan 2 atau lebih
Kitaran Meso akan membentuk Kitaran Mikro.
8

Hari

Minggu1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Minggu 5

Isnin

Fartlek

Fartlek

Fartlek

Fartlek

Fartlek

Selasa

Plyometrik

Plyometrik

Plyometrik

Plyometrik

Plyometrik

Rabu
Khamis

Rehat Aktif
Teknik
Lompatan
Bebanan

Rehat Aktif
Teknik
Lompatan
Bebanan

Rehat Aktif
Teknik
Lompatan
Bebanan

Rehat Aktif
Teknik
Lompatan
Bebanan

Rehat Aktif
Teknik
Lompatan
Bebanan

Teknik
Lompatan

Teknik
Lompatan

Teknik
Lompatan

Teknik
Lompatan

Teknik
Lompatan

Jumaat
Sabtu

Hari

Minggu 6

Minggu 7

Minggu 8

Minggu 9

Fartlek

Fartlek

Fartlek

Fartlek

Plyometrik

Plyometrik

Plyometrik

Plyometrik

Rehat Aktif

Rehat Aktif

Rehat Aktif

Rehat Aktif

Litar

Litar

Litar

Litar

Bebanan

Bebanan

Bebanan

Bebanan

Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu

Teknik
Lompatan

Teknik
Lompatan

Teknik
Lompatan

Teknik
Lompatan

KITARAN MAKRO
Kitaran lengkap dalam tempoh setahun yang terdiri dari Kitaran Mikro dan
Kitaran Meso.
8.

Objektif Setiap Ansur Maju Kemahiran :

Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Beban kerja hendaklah bertambah.
Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlit yang
9

menjalani latihan. Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang
diperlukan bagi seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik ia 6
hingga 8 minggu.
9.

Perincian Aktiviti Ansur Maju Latihan

Gaya Straddle
Langkah 1 :
Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki
yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan
lonjakan apabila melakukan lompatan.
Langkah 2 :
Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas
tanah. Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah
dipilih untuk membuat lonjakan.
Langkah 3 :
Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki
kanan. Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan
berada di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan
lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap palang.
Langkah 4 :
Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang
agar memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatan sesuatu tanda seperti kain putih di
tengah-tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan tahap
lompatan.
Langkah 5 :
10

Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan
arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda
yang telah diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah dimulakan daripada
paras pinggang sehinggalah paras bahu.
Langkah 6 :
Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk
melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut ;a)

Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang.

b)

Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan.

c)

Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.

d)

Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan dipandu
dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas.
Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan
penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum lagi aksi bagi memutar
melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak
dahulu perlu ditegaskan.
Langkah 7 :
Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikan ditali getah yang menggantikan
palang. Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalah gaya straddle.

Langkah 8 :
Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran. Kedudukan
sekarang adalah berpasangan. Satu demonstrasi cara membuat putaran diperkenalkan
dan dilakukan. Dalam setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke atas.
Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi.
Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu, secara
otomatik badan akan terputar ke arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan

11

ialah badan haruslah diangkut ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan
diturunkan.
Langkah 9 :
Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil di
atas bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang belikat di
atas tilam. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah.
Langkah 10 :
Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian
landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP
Langkah 1 :
Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa
mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan
aktiviti-aktiviti seterusnya.
Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas belakang.
Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat. Ianya
diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar atau atlit diarahkan
untuk berdiri di ats kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan tegak. Kemudian
badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan
seterusnya.
Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan
badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada dada. Perlu
ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke belakang. Untuk peneguhan,
semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola
sepak). Perlakuannya ialah dengan memegang bola tersebut dan semasa jatuhan, bola itu
dibaling ke belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan
12

tangan yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam keadaan kangkang
sedikit.
Langkah 2 :
Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan. Segala
perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1. Pelajar dikehendaki dan diarahkan
untuk membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan. Gunakan tali
getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah
kaki. Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.
Langkah 3 :
Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar
dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. Pengasingan
pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan di kiri dan
kanan tempat melompat.
Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan
kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan
melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah 2.
Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang
sebenar.
Langkah 4 :
Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit dengan
layangan.
i)

Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk mendapatkan
daya putaran pada badan.

ii)

Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat gaya
dan ketinggian yang baik dan sempurna.
Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai
suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini.
Langkah 5 :
13

Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar.
Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas dengan
lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah. Pada mulanya
pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima langkah larian landas. Ini
cuba beberapa kali. Kemudian palang akan ditinggikan sedikit demi sedikiti sekiranya
lompatan berjaya dilakukan.
Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari
landas 9 hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak
laju.

10. Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan

PENEGASAN DAN PEMERHATIAN
1.

Disiplin peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan wajib diberi

perhatian dan penegasan.
2. Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati
dan membuat penerangan kepada atlit jika ada sesuatu perkara yang boleh
memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan.
3. Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya
untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya ada
perlakuan yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan.

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI
UNTUK GAYA FOSBURY FLOP
BIL

PERKARA

FORMULA

PENERANGAN
14

1.

Hukum

F1 = F 2

1.

Semasa lonjakan, tolakkan sebelah kaki ke

Newton

bumi

ketiga

2.

Hayunkan tangan dan kaki hendaklah

berhampiran dengan badan supaya mencapai
2.

lonjakan yang maksimum
1.
Semasa pusingan badan, pelompat

Pusat Graviti

mengekalkan pusat gravity untuk mencapai
stability.
2.

Pelompat menahan pergerakan ke bawah

sebelum melonjak ke atas supaya pusat gravity
beralih ke bahagian
3.

hadapan melibatkan

komponen menegak.
1. Badan dilentikkan ke belakang semasa

Stabiliti

lonjakan untuk offset pusat gravity supaya
pelompat sentiasa cuba mencari stability.
2.

Larian dilakukan secara perlahan ke

pantas, langkah pendek ke langkah panjang
4.

sebelum membuat lonjakan.
1.
Kasut hendaklah jenis spike supaya

Geseran

menghasilkan daya yang lebih besar dengan
permukaan trek semasa larian.
5.

Momentum

MV

1. Pelompat hendaklah mempunyai jarak larian
yang cukup supaya pelompat dapat halaju yang
meksimum bagi jarak itu untuk menghasilkan

15

momentum yang maksimum juga kerana
6.

Daya

momentum = masa X halaju.
1. Badan hendaklah melentik ke belakang

centrifugal

semasa melepasi palang.

dan

2.

centripetal

manakala kepala mendongak ke atas bagi

Semasa melepasi palang, kaki diluruskan

menghasilkan lompatan yang sempurna.
11. Kaedah Pemilihan Murid Berbakat Selepas Program Latihan.
Pemilihan atlet untuk adalah amat penting. Secara umumnya, seorang
jurulatih akan memilih pelari pecut yang mempunyai kelajuan tertinggi
Semua ahli pasukannya harus kukuh dari segi psikologi dan sentiasa
tenang semasa baton dihantar. Adalah menjadi tanggunjawab jurulatih
menempatkan pelari-pelarinya secara strategik untuk mendapat sebarang
kelebihan yang mungkin timbul. Jurulatih juga harus tahu berkenaan
sifat-sifat psikologi pelari-pelarinya, iaitu mengetahui sama ada seorang
atlet akan berlari dengan baik sekali di hadapan atau daripada belakang.
Adalah amat penting supaya mereka ditempatkan di mana mereka boleh
menyumbang yang terbaik dari segi jasmani dan mental. Strategi untuk
menempatkan atlet adalah amat penting.
12. Aspek keselamatan yang harus diutamakan.
Bagi mengelakkan berlaku sesuatu kejadian atau perkara yang tidak diingini,
beberapa langkah keselamatan perlu dielakkan. Setiap atlet juga perlu diingatkan tentang
beberapa perkara agar acara tersebut dapat dijalankan dengan baik. Antaranya :

16

1)

Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan.

2)

Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.

3)

Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah

jatuh.
4)

Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan supaya ia

jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.
13. Persediaan pasukan ke Kejohanan Sukan Peringkat Daerah.
Fasa Persediaan
-

Persediaan Umum
Persediaan Spesifik

-

Pra-Pertandingan

-

Pertandingan

-

Transisi Aktif
Transisi Pasif

Fasa Pertandingan

Fasa Transisi

Jadualkan setiap komponen keupayaan atlet yang ingin dipertingkat mengikut fasa-fasa
latihan yang dikenalpasti. Aspek-aspek utama dalam komponen keupayaan atlet yang
ingin diperkembangkan termasuklah persediaan fizikal, persediaan mental, persediaan
teknik dan persediaan taktik.etapkan peratus masa latihan untuk melatih setiap aspek
komponen latihan utama yang dipilih.
14. Penutup
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa acara lompat tinggi adalah acara
padang yang memerlukan kesungguhan atlet di samping program latihan yang sistematik
untuk hasil yang mantap.

17

Teknik yang digunakan juga adalah penting bagi mendapatkan atlet yang
berkeyakinan tinggi untuk membuat lompatan. Pemilihan jenis lompatan yang tepat dapat
membantu atlet melakukan lompatan dengan jayanya.

18