PENGAJIAN MALAYSIA Diploma Unit 1 Pelaja

PENGAJIAN MALAYSIA (Diploma)
Unit 1 (Pelajaran 1)
PENGENALAN MAYARAKAT MALAYSIA
OBJEKTIF
Setelah mempelajari bab ini, pelajar dapat memahami fakta-fakta berikut:
1. Anda dapat menegetahui takrif masyarakat dengan lebih mendalam dan lain-lain
aspek penting yang berhubungan dengan masyarakat.
2. Anda juga pasti dapat memahami beberapa konsep asas hubungan antara pelbagai
suku kaum yang menjadi teras kemajmukan masyarakat Malaysia.
3. Dengan mempelajari bab ini, beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan untuk
mengeratkan hubungan suku kaum di Malaysia dapat dipelajari.
Huraian tentang tiga aspek utama dalam unit ini akan kita lakukan sekarang: (a) konsep
masyarakat; (b) konsep budaya dan (c) hubungan Etnik Di Malaysia. Ketiga-ketiga topik
ini berkait rapat antara satu dengan lain.
PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA
Unit 1a
Masyarakat
1a. 1 Definisi
1a. 1.1. Masyarakat
Kamus Dewan (2005) menyatakan: “Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan

kumpulan – kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat
wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya, melalui hubungan bersemuka.
Melalui pergaulan, maka berlakulah hubungan sosial yang sifatnya berulangan seperti
gotong royong, menjayakan majlis-majlis perkahwinan, menyambut hari-hari kebesaran
agama dengan ziarah menziarahi, mengadakan rumah tebuka, jamuan rakyat dan
sebagainya. Kekerapan perpaduan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat
tersebut sebagai satu unit sosial.”

1a.1.2 Masyarakat Majmuk
Apakah takrif masyarakat majmuk?
“Masyarakat majmuk adalah kewujudan budaya, ekonomi, tempat tinggal, pegangan
ideologi politik dan sosial dalam pelbagai etnik yang berbeza.” Dalam hubungan ini, cuba
kita perhatikan pandangan J.S.Furnival, seorang sarjana sains politik yang mula-mula
mengemukakan konsep masyarakat majmuk pada tahun 1948. Kata J.S.Furnival:
“Di Burma, seperti di Jawa, barangkali perkara yang amat menarik hati pelawat adalah
campuran kumpulan-kumpulan manusia – orang Eropah, Cina, India dan Bumiputera.
Dalam ertikata yang setepat-tepatnya, mereka bercampur tetapi tidak bersatu padu. Tiaptiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, pemikiran dan cara hidup masingmasing. Sebagai seorang perseorangan, mereka bercampur, tetapi hanya diapasar, dalam
menjual dan membeli. Wujud satu masyarakat majmuk yang terdiri dari kumpulankumpulan manusia yang hidup berdampingan, tetapi berasingan, dalam satu unit politik
yang sama. Malahan dalam bidang ekonomi terdapatnya pembahagian tugas atau garisgaris perkauman” (T.P. Jagedo, 1989: 28-9).
Jadi, anda sekarang dapat membuat satu rumusan tentang apa yang dimaksudkan dengan

masyarakat majmuk itu. Secara ringkas, ia adalah kemajmukan pelbagai kelompok etnik
yang tinggal dibawah satu bumbung politik dalam sesebuah negara tetapi tidak bersatu
padu. Masing-masing kelompok mempunyai bahasa, budaya, agama, nilai dan pemikiran
serta cara hidup yang berlainan. Dengan kata lain, mereka nampak kelihatan hidup
bersama tetapi berasingan.
Aktiviti
Soalan Objketif
Jawab semua soalan di bawah. Pilih jawapan yang paling tepat.
1. Semua pernyataan berikut adalah tepat, kecuali
A.
B.
C.
D.

Manusia ialah kumpulan bersama yang hidup bersama di sesuatu tempat.
Manuisa adalah hidup dengan peraturan dan cara tertentu.
Manusia adalah kumpulan yang suka hidup menyendiri
Manusia berhubungan antara satu sama lain

2. Apakah yang mencirikan masyarakat majmuk?

A.
B.
C.
D.

Warna kulit
Perumahan
Sekolah
Kilang

3. Anasir-anasir kemajmukan masyarakat Burma mengikut pandangan J.S. Furnival
kecuali
A.
B.
C.
D.

Masyarakat Burma terdiri dari pelbagai etnik
Masyarakat Burma bercakap pelbagai bahasa
Masyarakat Burma hanya beragama Buddha

Masyarakat Burma bercampur tetapi tidak berpadu dalam politik

1a.2 Ciri-Ciri
Antara ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Berkelompok.
Berbudaya
Mengalami perubahan.
Berhubungan (dalam dan dengan pihak luar).
Mempunyai kepimpinan.
Mempunyai aturan soisalnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)

1a.2.1. Faktor
Kita semua wajar memahami secara jelas konsep masyarakat kerana factor-faktor berikut:

1. Hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi
untuk hidup bermasyarakat.
2. Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup masyarakat.
3. Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.
4. Memupuk kerjasama yang berterusan dalam amsyarakat sendiri dan dengann
masyarakat lain. Jadi, sifat dan ciri masyarakat mesti difahami kerana masyarakat
itu adalah satu yang dinamik.
Aktiviti
Soalan Objektif
1. Pilih penyataan yang benar dibawah ini berhubung dengan ciri-ciri masyarakat.
A. Masyarakat dari segi tabiatnya adalah statik (tidak bergerak)
B. Masyarakat suka berbudaya
C. Masyarakat tidak minat untuk berkahwin
D. Masyarakat tidak suka hiburan

2. Jelaskan satu sebab kenapa konsep masyarakat wajar difahami dengan jelas dan
tepat?
1a.3 Konsep Etnik
Anda telitikan takrif etnik sekarang:
“Satu sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam dari segi

adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik adalah berkait rapat
dengan konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan
fizikal atau sifat biologi. Di Malaysia, pelbagai etnik hidup secara berlainan tetapi tetap
berada di bawah satu sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan
budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,
orientasi politik, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Di negara ini, orang Melayu, Cina,
India, Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnosentrik
itu mengaggap ciri-ciri budayanya sangat wajar, betul dan lebih utama daripada budaya
etnik yang lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun dikatakan berada
pada tahap rendah atau tidak bermoral.”
Jika anda berada di Sarawak dan Sabah, anda pasti dapat melihat dengan jelas pelbagai
suku kaum yang terdapat di negeri-negri tersebut. Dari satu kaum berkembang pula kaum
yang lain. Inilah yang dinamakan sub-etnik. Dalam satu etnik, terdapat satu jenis budaya.
Ini menandakan adanya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas menyatukan
anggotanya dengan nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.
Tahukah anda pakah yang dinamakan etnosentrisme? Maksudnya ialah kepercayaan atau
rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa
budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat dari kelompok lain.
1a.3.1 Konsep Ras dan Rasisme
Di negara kita nampaknya konsep ras dan etnik kerap kali bercampur aduk sehingga

maknanya menjadi lebih kurang sama. Jadi, orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai
etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras
dalam kehidupan seharaian.
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai
tanda-tanda pengenalan bersama seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan
sebagainya. Lazimnya perbezaan warna kulit seperti seorang India yang berkulit hitam
dengan seorang Cina yang berkulit putih kuning menjadi kriteria utama bagi
membezakan kumpulan manusia.
Apakah yang dimaksudkan dengan rasisme?

Ia diertikan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesautu kelompok lain berdasarkan
perbezaan wajah fizikal biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara
terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prasangka buruk
(prejudis) dan kuasa yang ditunjukkan melalui amalan pilih kasih (diskriminasi) warna
kulit dan ciri-ciri fizikal-bilogikal yang lain.
1a. 3.2. Konsep Sangka Buruk (prejudis)
Apakah yang dimaksudkan dengan sangka buruk (prejudis)? Satu sikap negatif yang
ditunjukkan oleh seorang individu dan kelompok tertentu terhada sesuatu bangsa, ras,
etnik, individu dan masyarakat. Sikap sangka buruk ada dimana-mana sahaja dalam

masyarakat dunia. Dalam konteks Malaysia, lazimnya ia dirujukkan kepada amalan
sangka buruk antara pelbagai kaum dan masyarakat.
1a. 3.3 Diskriminasi
Sekarang mari kita pelajari apa itu diskriminasi? Ia ditakrif sebagai pandangan, pemikiran
dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau
anggota kelompok etnik yang lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang
berpandangan negatif. Pokoknya, diskriminasi ialah perbuatan membezakan seseorang
individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan cirri-ciri etnik semata.
Aktiviti
Soalan Objektif
Pilih mana satu yang benar dalam kenyataan berikut.
1. A. Konsep etnik berkait rapat dengan ras dan bangsa
B. Konsep etnik tidak berkait lansgung dengan ras dan etnik
C. Konsep etnik hanya sadikit sahaja berkait dengan ras dan bangsa
D. Konsep etnik pada hakikatnya tidak wujud
2. A. Etnosentrisme menganggap budayanya rendah dari yang lain
B. Etnosentrisme tidak menganggap budayanya lebih tinggi dari yang lain
C. Etnosentrisme hanya kadang kala mengangap budayanya tinggi dari yang lain
D. Etnosentrisme bangga dengan ketinggian budayanya dari etnik yang lain
3. A. Rasisme adalah faham yang ekstrim bangsa

B. Rasisme bukan satu faham esktrim bangsa
C. Rasisme hanya separuh ekstrim
D. Rasime kadangkala ekstrim kerena faktur suasana

Unit 1B
Budaya
1b.1. Definisi
1. Kamus Dewan (2005) mentakrifkan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara
berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Dengan lain perkataan, budaya bolehlah
didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi system sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, keprcayaan, adat
resam, sikap dan nilai.
2. Kamus Falsafah (1996) nenberikan maksud budaya sebaga: “Cara hidup bagi rakyat,
termasuk sikap-sikap, nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan, seni, ilmu penegtahuan,
bentuk-bentuk persepsi (pemerhatian), tingkah laku, tabiat dan kegiatan-kigiatan.”
1.b. 2 Ciri-Ciri Budaya?
1.
2.
3.
4.

5.
6.
7.

Budaya yang dipelajari;
Budaya yang dikongsi;
Budaya yang bersifat sejagat;
Budaya yang diwarisi;
Budaya yang berubah-ubah;
Budaya yang berunsur simbolik;
Budaya yang berpandangan semesta (world-view).

1b.3 Perubahan
1. Seperti yang diketahui bahawa setiap masyarakat mempunyai budayanya yang
tersendiri. Ia terbentuk kerana adanya hubungan yang rapat dalam kalangan
anggota seseuah masyarakat itu. Sebai contoh, masyarakat Melayu di desa-desa
telah wujud berpuluh abad lamanya iaitu sebelum kedatangan budaya asing (Cina,
India, Aab dan Eropah). Masyarakat berubah kerana zaman beredar.
2. Dalam konteks masyarakat Melayu di negara ini, orang-oarng Melayu berpindah
ke Rancangan FELDA (Lembaga kemajuan tanah Perseketuan) dalam tahun

60’an. Pergerakan orang-orang Melayu dari luar bandar ke bandar KL berlaku
dalam era 70an. Objektif utamanya adalah untuk ekonomi dan pelajaran.
3. Mutakhir ini perpindahan masyarakt Melayu diluar bandar berhijrah ke bandar
besar seperti KL, JB, Ipoh, Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Seremban, Melaka,
Kucing dan lain-lain bandar di seluruh negara menjadi semakin rancak akibat
pelaksaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan
Wawasan 20/20.

Ib.3.1 Faktor
Jika kita mengkaji factor-faktor kenapa berlakunya perubahan dalam masyarakat Melayu,
ini adalah disebbakan oleh factor-faktor berikut:
1. Manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta,
mengubah, menambah dan melastarikan budaya. Mereka menurunkannya dari
satu generasi kepada satu generasi yang lain. Selanjutnya, generasi yang
menerima telah mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan situasi
sosial dan fizikal semasa.
2. Manusia yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya:
bdaya material seperti Tembok Besar Cina dan budaya bukan material seperti
system kepercayaan dan pemikiran. Paduan kedua-dua budaya ini menjadi
pemacu kepada kemajuan sesebuah masyarakat.
3. Penglibatan setipa anggota masyarakat adalah diperlukan bukan sekadar untuk
mengatir pengurusan hidup harian seperti politik ekonomi dan pentadbira, tetapi
melibatkan juga nilai, norma, emosi dan sebagainya.
1b.3.2. Impaknya Keatas Pembinaan Negara Bangsa
Setelah kita memahami konsep masyarakt dan budaya, persoalanya sekarang apakah
impak (kesan) kedua-dua konsep tadi dalam konteks pembinaan negara bangsa (nation
state)? Cuba kita lihat fakta-fakta ini:
1. Oleh kerana pelbagai etnik wujud di negara ini – Melayu, Cina, India dan lainlain suku kaum di Semannajung, Sabah dan Sarawak, perjuangan untuk
membentu sebuah Bangsa Malaysia amatlah diperlukan oleh semua lapisan
masyarakat di Malaysia demi kestabilan dan keharmonain hubungan antara
pelbagai bangsa/etnik di negara ini.
2. Justeru, pembinaan sebuah Bangsa Malaysia adalah lebih sulit dan mencabar dari
membina sebuah masyarakat Malaysia. Ini ialah kerana terdapatnya kepelbagaian
agama, bahasa dan budaya.
3. Pembentukan Bangsa Malaysia boleh diukur dengan berpandukan tiga perkara
berikut: (a) Semangat Cinta keppada negara seperti menghayati Rukun Negara
Lagu Negaraku dan Jalur Gemilang; (b) Status Kewarnegaraan Malaysia seperti
yang ditunjukkan dalam MyKad (Kad pengenalan); (c) Memupuk semanagat
kebangsaan seperti yang dapat dilihat dalam penghayatan budaya kebangsaan
seperti memakai baju Melayu untuk kaum jenis lellaki dan perempuan dalam
acara-acara rasmi atau kegiatan harian bagi setiap seorang rakyat Malaysia.

Aktiviti

1. Definisi budaya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka menyebut bahawa budaya adalah satu
cara hidup. Sebutkan 2 lagi elemen penting dalam konsep budaya?
2. Sebutkan 4 ciri-ciri budaya
3. Apa yang dimaksudkan dengan perubahan. Berikan contohnya
Unit 1c
Hubungan Etnik Di Malaysia
1c.1 Faktor Mempengaruhi
Perbincangan dalam bab ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara etnik yang
dapat dilihat dalam tiga suku kaum terbesar di Malaysia – Melayu, Cina dan India. Di
Sabah dan Sarawak, terdapat pula pelbagai suku kaum/etnik/sub-etnik .
1c.1.1. Komposisi Dan Taburan Penduduk Sebelum Merdeka










Sebelum penemuan bijih Timah oleh Long Jaafar di Taiping, Perak, pada tahun
1948, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang-orang
Melayu.
Hanya sebilangan kecil sahaja orang Cina yang datang ke Tanah Melayu sebagai
pedagang dan membuka penempatan mereka di Melaka, Kuala Trengganu, Sungai
Johor, Sungai Pahang dan Kelantan. Pada masa yang sama, terdapat pergerakan
kecil kaum India yang bekerja sebagai buruh di ladang kopi dan tebu yang
terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Prai.
Walaubagaimanapun, pada pertengahan kurun ke 19, orang-orang Cina dan India
telah berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku
kerana dasar kapitalisme penjajah Inggeris yang bertanggungjawab membawa
orang-orang asing masuk ke negara ini untuk bekerja di lombong-lombong bijih
dan ladang-ladang getah.
Kesan yang nyata dari dasar liberalisme ekonomi Inggeris itu telah menyebabkan
berlakunya proses pembentukan pelabagai kaum di Tanah Melayu. Nyata sekali
bahawa penghijrahan secara besar-besaran dalam kalangan imigran Cina dan
India telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil iaitu dari 54%
merosot 49% pada tahun 1921. Peratus warga Melayu menurun lagi kepada 45%
pada tahun 1931. Lihat Jadual (A) dan (B).
Kemajmukan penduduk di Tanah Melayu telah menyebabakan Inggeris mentadbir
negara ini dengan menggunakan dasar ‘pecah dan perintah” (divide and rule).
Dasar yang bersifat tipu helah politik ini telah menyebabkan berlakunya polarisasi
kaum yang semakin ketara di Tanah Melayu akibat pengkhususan orang-orang
Melayu yang hanya bekerja dalam sektor pertanian, sementara orang-orang Cina

diberikan ruang di dalam sektor perniagaan, dan orang-orang India pula dalam
bidang perladangan.
Rajah A

Rajah B

1c.1.2 Penduduk Utama Malaysia
Komposisi penduduk di negara ini boleh diperincikan dengan melihat etnik-etnik yang
terdapat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Masing-masing etnik ada sub-etnik yang
dapat dibezakan berdasarkan negeri, dialek bahasa dan lain-lain corak budaya yang
diprakstiskan. Contohnya, terdapat sub-etnik seperti suku Banjar yang bayak terdapat di
Tanjung Karang, Selangor, Parit Buntar Perak, dan Senggarang, Batu Pahat, Johor. Suku
Mandailing banyak yang tinggal di negeri Perak dan Selangor. Suku Jawa banyak
terdapat di Johor dan Selangor.

Rajah D
Komposisi Kaum dan Suku Kaum Penduduk Malaysia
Semenanjung Malaysia
Sabah
Melayu
Cina
India
Orang Asli
Hokien
 Banjar
 Malayali
 Negrito
 Kadazan
 Chuan Boyan
 Punjabi
 Senoi
 Bajau
chew
 Bugis
 Selon
 Melayu
 Dusun

Chin-chew
Asli
 Jawa
 Tamil
 Murut

Eng-hua
(setiap
 Kampar
 Telegu
 Bisaya
rumpun

Eng-choon
 Kerinci
 Kadayun
ini pula

Hok-chew
 Mendaling
 Orang
terdiri
Kwangtung
Sungai
 Minangkabau
daripada

Teochew
 Suang
 Rawa
suku

Hakka
Laut
 Johor-Riau
kaum)
 Hailam
 Brunei

Sarawak
 Bidayuh
Bisaya
 Iban
 Kayan
 Kedayan
 Kelabit
 Kenyah
 Melanau
 Melyau
 Murut
 Penan
 Punan

Aktiviti
Soalan Objektif
Antara pernyataan berikut, yang manakah fakta yang benar
1. A. Hampir separuh penduduk di negara ini terdiri dari pelbagai kaum sebelum Long
jaafar membuka lombong bijih di Taiping, Perak
B. Penduduk Melayu di Tanah Melayu adalah majoriti sebelum Long Ja’afar membuka
lombong bijih di Taiping, Perak, pada tahun 1948
C. Penduduk Cina telah datang berama-beramai sebelum tahun 1948
D. Penduduk India dan Melayu merupakan penduduk yang ramai di utara tanah
Melayu
2. Apakah dasar Penjajah Inggeris yang telah menyebabkan kemasukan beramai-beramai
orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu?
A.
B.
C.
D.

Dasar liberalisme ekonomi
Dasar orientalism
Dasar Pandang Ke Timur
Dasar “pecah dan perintah”.

3. Kaum Kelabit terdapt di negeri-negeri berikut:

1.
2.
3.
4.

Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Johor

1c.1.3. Etnik Melayu
Bagi memahami dengan lebih mendalam kedudukan orang-oarang Melayu di Tanah
Melayu, kita huraikan sejarah dan sosio-budaya masyarakat Melayu.
1. Orang Melayu dapat ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu dimana
nenek moyangnya datang dari Indo-China dan Yunan lebih 3,500 tahun dahulu.
Walaubagaimanapun, kewujudan etnik Melayu di negara ini juga adalah
disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia sejak
abad kesembilan lagi.
2. Antara kumpulan penduduk Indonesia yang ramai berpindah ke Tanah Melayu
ialah etnik Minangkabau, Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Mandailing, Kampar dan
Rawa. Kebanyakan mereka berhijrah beramai-ramai pada zaman penjajahan
Inggeris kerana menjadi buruh kontrak dan buruh bebas diladang-ladang kopi dan
getah.
3. Selain itu, ada juga orang-orang Melayu yang berasal dari Patani (Selatan Thai).
Kebanyakan mereka bertumpu di Kelantan, Kedah dan di utara Perak.
1c.1.4. Ekonomi
1. Corak ekonomi orang-orang Melayu berubah dan meleset sadikit demi sedikit
apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan. Kemasukan
buruh-asing telah mengubah strukur ekonomi masyarakat Melayu. Beberapa buah
bandar baru seperti Por Weld (Perak), Kuala Lumpur (Selangor) dan lain-lain
telah muncul sebagai pusat-pusat ekonomi baru.
2. Sebaliknya, kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau di
perkampungan masing-masing. Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat
dari semasa kesemasa, namun peratusan kaum Melayu di bandar-bandar baru ini
kekal kecil.
3. Akibat perdagangan yang berat sebelah, prsetasi ekonomi orang Melayu di zaman
penjajahan tidak mencapai sebarang kemajuan. Penjajah Inggeris sengaja tidak
mahu memajukan orang-orang Melayu dalam semua bidang penghidupan
terutama di luar bandar.
1c.1.5 Etnik Cina

1. Sebelum kedatangan Inggeris, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil.
Kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga sahaja. Penghijrahan masuk
masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengabilan Pulau Pinang
oleh Inggeris dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura
dari Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat
pada tahun 1826.
2. Pada peringkat permulaan, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak
perlombongan awal seperti Lukut dan Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Menjelang
tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong telah mencecah hampir
10,000 orang; dan di Larut, Perak, pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000
orang. Kawasan-kawasan lombong bijih timah di Kuala Lumpur, seperti di
Ampang, Sungai Kancing dan Klang di Selangor, kesemuanya diuasahakan oleh
buruh-buruh Cina. Akibat peluasan kegiatan ekonomi perlombongan,
penempatan-penempatan baru masyarakat Cina telah dibuka.
3. Selanjutnya, kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu digerakkan melalui
aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui
sistem Kangcu dengan menggunakan surat kebenaran yang dipanggil Surat
Sungai. Implikasi dari system ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina
di Johor telah menacapai 100,000 orang.
4.

Pihak Inggeris menggalakkan kemasukan buruh Cina ke tanah ayer dengan
meluluskan beberapa undang-undang seperti the Chinese Immmigrants and The
Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan Perlindungan Orang Cina pula
ditubuhkan bertujuan untuk melindungi kepentingan buruh-buruh Cina.

5. Imigran Cina ke Tanah Melayu terdiri dari pelbagai suku kaum dengan perbezaan
loghat yang ketara, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama
adalah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Suku Hokkienlah yang
terbesar sekali sehingga kehari ini. Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan.
6. Bilangan orang Cina kini setabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun
1967, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu adalah seramai 2, 332, 936 orang.
Sehingga tahun 1957, 37% penduduk Tanah Melayu adalah terdiri dari kaum Cina.
Walaubagaiamanapun, peratusan terakhir kaum Cina telah menurun ke paras 25%
sahaja berdasrkan laporan akhbar-akahbar tempatan (Oktober, 2007).
1c.1.6. Kaum India
1. Dalam konteks komuniti India di negara ini, hubungan antara India dengan
Semenanjung Tanah Melayu sejak beberapa kurun lalu. Pada Abad Pertama
Masihi, penganut-penganut agama Hindu-Buddha telah menyebarkan agama
mereka di Nusantara.

2. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka pedagang-pedagang India menjalankan
perniagaan rempah ratus di Pelabuhan Melaka.
3. Penghijrahan masyarkat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran
mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India. Mereka
mulai bekerja sebagai peladan-peladang kopi dan tebu di Seberang Perai, Pulau
Pinang. Selepas itu, kaum India menambahkan jumlah pekerja-pekarja mereka di
kawasan-kawasan penanaman getah di Perak, negeri Semblan dan Selangor. Dari
tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah
berhijrah ke Tanah Melayu. Angka tersebut telah berlipat ganda kemudiannya,
iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 98,000 buruh
India berhijrah ke Tanah Melayu.
4. Komposisi suku kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu, kebanyakannya
adalah terdiri dari suku Tamil yang berasal dari Tamil Nadu, selebihnya adalah
Malayalam dan Telegu. Selain itu, orang-orang India yang berasal dari Sri Lanka
dan Punjabi dari Utara India. Kumpulan Tamil adalah yang terbesar iaitu kira-kira
80%. Suku Malayalam di sekitar 7% dan Telegu 4%.
5. Buruh-buruh India telah datang kenegara ini samaada secara paksaan atau
sukarela. Kumpulan yang dipaksa adalah terdiri dari banduan atau tawanan yang
bekerja membina jalan-jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan bangunanbangunan kerajaan.
6. Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India
ialah system Kangani. Mengikut sistem ini, seorang buruh India yang telah
bekerja di Tanah Melayu apabila pulang ke India, dia hendaklah mencari seorang
pekerja baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang-orang ini dikenali
sebagai Kangani. Walaubagaiamanapun, sisitem ini dihapuskan pada tahun 1938.
1c.1.7. Etnik Sabah dan Sawarak
1. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga meriah dengan pelbagai suku kaum dan
sub-suku kaum. Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal,
ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah, misalnya, terdapat lebih kurang 23 suku
kaum, tetapi suku Kaum Kadazanlah yang terbesar sekali. Ini diikuti oleh suku
kaum Bajau, Murut, Suluk, dan Orang Brunei. Masyarakt kadazan-Dusun masih
berpegang kepada animisme. Sebahagian kecil telah memluk agama Islam dan
Kristian.
2. Di Sarawak, setiap suku kaum ada ciri-cirinya yang tersendiri. Antara suku kaum
yang terbesar ialah Dayak, Iban, Melanau (Kristian dan Muslim), orang Melayu,
Bidayuh, Penan dan Kelabit. Melainkan orang Melayu dan Melanau, dahulunya
kebanyakan suku kaum pribumi Sarawak tinggal di kawasan hutan mendiami
rumah panjang atau rumah sementara. Kini rumah panjang telah mengalami
perubahan fikizal kerana arus pemodenan hidup yang kuat di negeri itu.

Aktiviti
Soalan Objektif.
Manakah yang benar dalam kenyataan dibawah:
1. A. Orang Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu
B. Orang India dan Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu
C. Orang-orang Indocina adalah penduduk asal Tanah Melayu
D. Orang-orang Arab adalah penduduk asal di Tanah melayu
2. Masyarakat Jawa yang berhijrah dari Indonesia bertumpu kebanyakannya di negerinegeri berikut:
A.
B.
C.
D.

Perak dan Kedah
Johor dan Selangor
Pulau Pinang dan Johor
Selangor dan Melaka

3. Sebelum zaman penjajahan, masyarakat Melayu mengerjakan aktiviti seperti
A. bertani
B. menagkap ikan
C. brniaga
D. semua diatas
4. Masyarakat Cina di dalam kelompok Hokkien yang berhijrah ke negara ini lazimnya
tertumpu kepada kegiatan
A. Perlombongan
B. Perniagaan
C. Pertukangan
D. Perladangan
5. Kebanyakan suku kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah berasal dari
A.
B.
C.
D.

Punjab
Kalkota
Tamil Nadu
Coramandale

1c.2 Pendakatan Menyatupadukan Masyarakat Malaysia

1. Pelbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses
akomodasi, akultrasi, asimilasi, amalgamasi
2. Akomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik
menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing .
3. Akulturasi bererti penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza sehingga unsur kebudayaan
asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza degan
proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan jati diri asal
masyarakat penerima.
4. Asimilasi dapat difahami sebagai satu proses percantuman dan penyatuan antra
kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identity yang sama. Asimilasi mutlak boleh berlaku apabila
terhapusnya sesuatu kebudayaan sehingga tidak nampak apa-apa perbezaan lagi
dengan kebudayaan lain. Contoh terbaik adalah kejayaan pemerintahan Thailand
menjadikan orang-orang Melayu di Selatan Thai menagmbil nama-nama Thai
sebagai tanda berlakunya asimilasi dengan bangsa Thai. Mislanya, nama Wan
Sulaiman telah disiamkan menjadi Waeselame.
5. Amalgamasi adalah merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Misalnya, pendekatan
yang paling berkesan adalah menerusi perkahwinan campuran antara pelbagai
etnik seperti orang Cina berkahwin dengan orang India.

Etnik
Bumiputera
Cina
India
Lain-lain
Jumlah
Penduduk

Jadual Komposisi Penduduk Malaysia, 2000 dan 2005
Tahun 2000
Tahun 2005
Juta
Peratus
Juta
Peratus
14.35
65.0
16.06
65.9
5.76
26.1
6.15
25.3
1.70
7.7
1.83
7.5
0.27
1.2
0.32
1.3
22.08

100

24.36

100

Aktiviti
1. Huraikan perbezaan antara akomodasi dan akulturasi?
2. Di negara Thai, orang Isalm yang tinggal di Selatan negara itu telah disiamkan namanama mereka kerana arahan pemerintah untuk mewujudka integrasi nasional. Apakah
konsep integrasi yang dipakai?
3. Apakah contoh terbaik dalam system amalgamasi?

1c.3 Cabaran Pembinaan Negara Malaysia
Setelah kita memahami pelbagai formula untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi
nasional, kini kita akan memfokuskan perbincangan tmenegnai cabaran-canaran untuk
membina sebuah negara bangsa Malaysia. Cabaran-cabarannya adalah seperti berikut:
1c.3.1. Perpaduan
Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara, terutama negara yang mempunyai
pelbagai kaum seperti Malaysia. Pertelingkahan kaum selepas Pilihan Raya Umum 1969
telah mengakibatkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 berlaku. Tragedi nasional itu
menandakan perpaduan kaum-kaum di Malaysia pada masa itu berada pada tahap yang
rendah.
1c.3.2. Pengagihan Kekayaan
Dari segi agihan pendapatan, Kerajaan Malaysia sedar bahawa rata-rata orang Melayu
berada dalam kemiskinan dengan kadar 64.8 %, berbanding dengan bukan Melayu (26%)
seperti yang dibanci pada tahun 1970. Jurang perbedaan pendapatan antara Bumiputera
dengan Bukan Bumiputera masih lagi tinggi. Sbagai conto, RM 1 pendapatan bagi orang
Melayu berbanding dengan RM 2.3 bagi orang Cina dan RM1.8 bagi orang India pada
tahun 1970. Jadi, faktur pendapatan yang tidak seimbang antara bumi puetera dengan
bukan bumiputera bahkan bagi semua rakyat di negara ini merupakan factor yang paling
kuat mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia.
1c.3.2. Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan warisan penjajah Inggeris telah menimbulkan masalah perpaduan
antara kaum. Wujud kepelbagian sekolah mengikut kaum dan tempat tinggal masingmasing. Akibatnya sistem pendidikan di Malaysia menghadapi masalah polarisasi antara
pelajar-pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain suku kaum di Sabah dan Sarawak di
semua peringkat pengajian. Jadi, matlamat untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum
masih belum dapat dicapai sepenuhnya.
1c.3.3. Perbezaan Kepercayaan dan Agama
Perbezaan kepercayaan dan agama antara pelbagai kaum di Malaysia telah menyebabkan
berlaku beberapa ketegangan dan prasangka antar penganut pelbagai agama sehingga
menimbulkan sensasi yang boleh mengancam kestabilan politik negara. Sebagai contoh,
pembinaan kuil-kuil Hindu di beberapa buah negeri tanpa mendapat kelulusan pihak
berkuasa telah menyebabkan penduduk-pendudk Islam di negara ini merasa tidak puas
hati. Sebaliknya, orang-orang Kristian merasa bimbang dengan proses Islamisasi yang
berlaku dalam era Pemerintahan Dr.Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri
Malaysia keempat.
1c.3.4 Penggunaan Akhbar

Penggunaan akhbar yang berbeza-beza seperti akhbar dalam Bahasa Melayu, Mandarin
dan Tamil telah menyebabkan semangat perkauaman menyemarak dalam keadaankeadaan tertentu sehingga ianya kelihatan boleh mencetuskan rusuhan antara kaum di
Malaysia.
1c.3.5 Jati Diri
1. Salah satu aspek yang mejadi jati diri rakyat Malaysia ialah mengiktiraf adanya
perbezaan agama dan budaya di Malaysia. Perbezaan agama tidak menjadi factor
penghalang perpaduan rakyat Malaysia. Sebaliknya sikap toleransi dan hormat
menghormati antara pelbagai penganut agama – Islam, Buddha, Hindu,
Konfusius/Toa, Sikh dll adalah sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia.
2. Walaupun masyarakat Malaysia terpaksa menerima pembangnan, kemajuan dan
idea-idea progresif, pemodenan, industrilaissi, pembandaran dan globalisasi,
Wawasan 20/20 telah menetapkan bahawa corak pembangunan di negara ini
hendaklah berteraskan acuan Malaysia – menghormati dan menghayati budaya
Timur.
1c.3.6. Identiti Nasional
1. Rakyat Malaysia telah menerima Rukun Negara sebagai lambang identiti
nasional. Ia adalah asas utama untuk menjamin kestabilan politik dan
kesejehteraan hidup rakyat.
2. Islam telah diterima sebagai agama rasmi negara dan lain-lain agama dapat
mengamalkan agama masing-masing denganbebas.
3. Bunga raya adalah Bunga Kebangsaan bagi negara Malaysia.
4. Jalur Gemilang adalah labang kedaulatan negara.
5. Negaraku adalah Lagu Kebangsaan.
6. Baju Melayu, baju kebaya/kurung serta baju batik adalah pakaian kebangsaan
untuk semua rakyat Malaysia.

Rajah E
Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Mengikut Ethnik 1970
Pendapatan Purata
Kadar Kemiskinan
Kaum
Keluarga Sebulan
(peratus)
(RM)
Melayu
64.8
172.00
Cina

26.0

394.00

India

39.2

304.00

Lain-lain

44.8

813.01. 0

Aktiviti
Soalan-soalan objektif
1. Antara penyatan berikut, yang manakah sering dikaitkan sebagai masalaha-masalah
yang lahir dalam membentuk perpaduan rakyat selepas merdeka?
1. Pemisahan tempat tinggal.
2. Pengasingan sisem pendidikan.
3. Fahaman dan tumpuan politik pendidikan.
4. Perbezaan warna kulit.
A 1,2,3
B 1 dan 2
C 1, 2 dan 4
D. I, 2, 3 dan 4
2. Sifat-Sifat kemajmukan rakyat Malaysia boleh dicirikan dengan
1.
2.
3.
4.

Etnik dan budaya yang pelbagai
bahasa dan resam yang pelbagai
faham politik yang pelbagai
anutan agama yang pelbagai

A. Semua datas
B. 2 dan 4
C. 1,2 dan 3
D. 1,2 dan 4
Rumusan
Dalam huraian di atas, kita dapat merumuskan bahawa konsep masyarakat di Malaysia
adalah bersifat dinamik. Walaupun bangsa Melayu telah berkomromi kerana polisi
“pecah dan perintah” penjajah Inggeris Inggeris yang bertanggungjawab membawa
masuk buroh-buroh dari Cina dan India, tetapi pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia adalah satu peristiwa sejarah. Justeru, kemajmukan masyarakat di Malaysia
adalah satu yang unik. Meskipun ada halangan-halangan untuk menyatupadukan rakyat,
tetapi asas-asas pembinaan sebuah negara bangsa yang majmuk adalah kukuh. Ini dapat
dilihat dalam pelbagai strategi yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengelakkan
tragedi 13 Mei, 1969 berulang.

Rujukan

A.Aziz Deraman. 1992. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia.
KL:Arena Ilmu.
_______________. 2001. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. KL:DBP
Chew Hock Thye. 1979. Masalah Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur: DBP.
Mansor Mohd Nor. 2006. Hubungan Etnik Di Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: UPENA.
Syed Husin Ali. 1989. Ethnicity, Class and Development in Malaysia: Implications
for Theory and Practice. KL:Oxford University Press.
Penilaian Keseluruhan
Soalan Struktur
1.Pilih sama ada pernyataan berikut BETUL atau SALAH
A. Akibat daripada kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu telah memunculkan bandarbandar baru seperti Taiping, Ipoh, Port Swettenham, Sermban dan Pot Dickson.
(Betul/Salah).
B. Adat Pepatih dan Temenggong diamlkan di Negeri Sembilan (Betul/Salah)
C. Sistem “Kangani” adalah berkaiatan dengan dasar pemgambilan buruh-buruh India
yang digunakan oleh penjajah Inggers di Tanah Melayu. (Betul/Salah)
D. Perbezaan agama dalam kalangan penduduk Malaysia adalah menjadi penghalang
utama kepada kemajuan negara. (Betul/Salah)
E. Masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah kebanyakannya beragama Kristian (Betul/Salah)

PROSES POLITIK
Unit 2a
Zaman Penjajahan
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar diharapkan dapat:
 Menjelaskan wujudnya proses penjajahan di negara yang berlkau akibat
kemasukan kuasa-kuasa asing yang silih berganti

 Membeincangkan bentuk pentadbiran penjajah-penjajah yang diaplikasikan di
dalam negara sehingga menjeaskan pentadbiran yang sedia ada
 Huraian mengenai semangat penetangan terhadap penjajahan dan menilai kesankesan penjajahan tersebut
Pengenalan
Aapabila dunia Eropah mula terddah dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan serta
kemudiannya diikuti dengan penjajahan, maka Tanah Melayu turut menjadi tumpuan
kuasa-kuasa barat kerena kedudukannya yang strategik dari segi ekonomi dan politik.
Penjajahan Inggeris (1824 – 1957) telah meninggalkan satu kesan besar terhadap
kedudukan politik, ekonmi dan sosial negera. Disamping itu pendudukan Jepun (141
-1945) dan Siam (negeri-negeri utara) turut menjadi faktur penglibatan British dalam
pentabiran Tanah Melayu.
2a.1. Faktor Campurtangan British
1. Campur tangan British di Tanah Melayu dipengaruhi oleh factor-faktor: (a) Dorongan
ekonomi iaitu memonopoli (menguasai) hasil-hasil dagangan utama di negeri-negeri
Melayu iaitu bijih timah terutamanya di Selangor dan Perak; (b) Perkembangan Revolusi
Perusahan pada pertengahan kurun ke 19 di Eropah dan bermulanya aktiviti mengetin
makanan memuncakkan lagi keinginan British untuk memenopoli perdagangan timah; (c)
Dorongan politik iaitu adanya kuasa-kuasa lain di Eropah seperti Perancis, Itali, Jerman
dan Rusia yang sedang bersaing untuk meluaskan jajajahan takluk masing-masing. Jadi,
tanpa pengawalan British keatas pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa ini boleh masuk
dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan ekonomi dengan raja-raja Melayu.
Jsuteru campur tangan adalah jalan terbaik untuk mengelakkan fenomena tersebt terjadi.
2a.2. Reaksi Awal Masyarakat Tempatan
1. Penentangan Di Naning (1831 – 1832) ialah kerana Dol Said (Abdul said), iaitu
Penghulu Naning tidak bersetuju dengan cadangan British untuk membayar cukai
1/10 daripada hasil ekonomi kepada Kerajaan British di Melaka yang telah
mengambil alih dari pentadbiran Belanda pada 17 Mac 1824.
2. Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831, apabila British menghantar
sepasukan tentera untuk menagkap Dol Said dan memaksa pengikutnya supaya
menerima cadangan British.
3. Dalam serangan pertama, tentera British tewas. Seterusnya British melancarkan
serangan kedua pada tahun 1832. Dol Said kemudiannya telah mendapat
sokongan penduduk Rembau, Seri Menanti dan Sungai Ujong.
4. Akhirnya penentangan Dol Said dapat ditumpaskan oleh British dan belua
menyerah diri pada bulan Februrai 1834.

5. Di Perak, setelah Perjanjian Pangkor dimeterai pada 20 Januari 1874,
J.W.W.Birch telah dilantik sebagai Residen Perak. J.W.W.Birch tidak mendapat
kerjasama daripada Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar melayu yang lain
kerena kebanyakkannya tidak suka dengan tingkah laku beliau.
6. Ketidakpuasanhati terhadap Sistem Residen dan sifat peribadi telah menyebabkan
J.W.W Birch telah menyebabkan berlakunya komplot pembunuhan J.W.W Birch
di Pasir Salak, Perak.
7. Penentangan di Pahang bermula apabila British mmeperkenalkan Sistem Residen
di negeri itu dengan melantik J.P.Rodger sebagai Residennya.
8. Pemberontakan di pahang telah berlaku dibawah kepimpinan Dato’ Bahaman, Tok
Gajah dan mat Kilau pada tahun 1891.
9. Antara sebab-sebab berlakunya pemberotakan di Pahang ialah kerana: Sultan dan
pembesar negeri kehilangan kuasa; (b) Undang-undang Tanah menyekat
kebebasan Sultan/Pembesar; (c) Undang-Undang dikendalikan oleh British; (d)
British menggantikan penghulu-penghulu tempatan; (e) pembesar dan orang
awam tidak berpuas hati.
10. Di Kelantan, pemberontak rakyatnya pada tahun 1909 terhadap Penasihat British
yang bernama James Scott Mason dipimpin oleh seorang pedagang tempatan iaitu
Haji Mat Hassan Munas atau yang terkenal dengan gelaran Tok Janggut.
11. Penentangan rakyat Kelantan kerana seorang pembesar tempatan di Pasir Putih
yang bernama Engku Besar Jeram Tun Ahmad merasa tidak puasa hati dengan
kehilangan kuasa. Selain itu, rakyat Kelantan tidak puas hati kerana pengenalan
system tanah baru 1915 dimana rakyat terpaksa membayar sewa tanah yang tetap.
British juga telah mengenakan cukai terhadap setiap hasil pertanian seperti padi
dan kelapa.
12. British akhirnya berjaya menumpaskan pemberontakan Tok janggut yang mati
terbunuh pada 24 Mei 1915.
13. Di Treangganu, Haji Abdul Rahman Limbong telah bangun menentang British.
Pemberontakan Tani berlaku pada tahun 1928 iaitu dalam zaman pemerintahan
Sultan Sulaiman badrul Alam Shah. Rakyat tidak puas hati hati kerana British
mengenakan cukai kepala, memperkenalkan system pendidikan Barat dan
memperkenalkan “Pas kebenaran” bagi sesiapa yang ingin membuka tanah baru
untuk bercucuk tanam.
14. Orang-orang Melayu telah menyerang balai polis dan pejabat daerah di Kuala
Berang pada 21 Mei 1928. British berjaya menumpasknnya dengan Haji Abdul
rahman Limbong dibuang negeri di Mekah.
Aktiviti
Soalan Objektif
Pilih jawaban yang palin tepat dari soalan-soalan berikut:
1. Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh:

(A) Dorongan agama Islam
(B) Dorongan lokasi yang startegik
(C) Dorongan politik
(D) Dorongan Eknomi
2. Manakah yang tidak benar dari penyataan dibawah:
(A) Dol Said pada mulanya tewas di Naning dalam perjuangan
menentang penjajah Inggeris
(B) Tuan Haji Abdul Rahman Limbong akhirnya dibuang daerah
(C) Tok Janggut mati terbunuh di Pasir Putih, Kelantan
(D) Inggeris telah menggunakan pelbagai jenis cukai keatas warga
tempatan
3. Dimanakah tempat sebenar J.W.W. Birch mati dibunuh:
(A) Kampong Gajah, Perak
(B) Telok Anson, Perak
(C) Pasir Salak, Perak
(D) Kuala Kangsar, Perak

2a.3. Kesan Penjajahan
1. Penjajah Inggeris paling banyak meninggalkan kesan politik, sosial, pentadbiran,
ekonomi dan agama ke atas negeri ini jika dibandingkan dengan penjajah Portugis
dan Belanda.
2. Inggeris menggunakan pelabagai kaedah untuk terus menjajah Tanah Melayu:
menubuhkan Negeri-Negeri Selat (Pulau pinang dan Melaka), campur tangan di
Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak, membentuk Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (Pahang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan) dan Negeri-Negeri
Melayu Tak Bersekutu (Johor, Kelantan, Kedah, Perlis dan Trengganu)
3. Kucar kacir politik berlaku di semua negeri seperti perang saudara, perebutan
takhta dan perlombongan, kegiatan lanun dan pertelingkahan antara kongsikongsi gelap.
4. Walaupun Inggeris telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Perseketuan yang
bertujuan untuk menambahkan kuasa Raja-Raja Melayu bagi Negeri Melayu
Bersekutu, tetapi pada hakikatnya kuasa raja-raja Melayu semakin lemah.
5. Pada tahun 1910, Inggeris telah mengemukakn dasar desentralisasi (pengurangan
kuasa pusat) ke negeri-negeri. Dasr ini telah tidak mendapat sokongan kerana
faktur kemelesetan ekonomi dunia, bantahan raja-raja melayu dan keinginan
untuk membentuk sebuah Perseketuan Tanah Melayu.

6. Dasar desentralisasi terbantut apabila Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun
1941. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan bangkitnya
semangat kebangsaan rakyat untuk merdeka dari penjajahan.
7. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya (PKM) telah cuba
mengambil alih pentadbiran negara selama tiga hari. Setelah Inggeris kembali ke
tanah ayer, PKM mengisytiharkan pering gerila untuk mearmpas kuasa
sehingga Inggeris mengisytiharkan darurat di negera ini. Rakyat menolak
faham komunis.

Aktiviti
Manakah yang betul dalam penyataan-penyataan berikut:
1. A. Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu tidak memberi apa-apa impak
B. Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu kurang memberi impak
C. Penjajahn Inggeris di Tanah Melayu benar-benar memberi impak
D. Penjajahan Inggeris di Tanah hanya mmeberi impak diperingkatan awalnya
sahaja
Bagaimanakah kedudukan kuasa Raja-Raja Melayu dengan penubuhan Majlis Undangan
Perseketuan?
2. A. Menjadi bertambah kuat
B. Menjadi bertambah lemah
C. Kekal seperti biasa
D. Raja-Raja Melayu bersikap dingin
3. Apakah sebab dasar desentralisasi Inggeris terbengkalai?
A. Pendudukan Siam di Tanah Melayu
B. Serangan tentera Jepun di Tanah Melayu
C. Ratu England tidak bersetuju
D. Tentangan dari Raja-Raja Melayu

Rumusan
Adalah jelas kepada kita bahawa kekayaan hasil mahsul negara serta warisan peradaban
Alam Melayu telah menyebabkan Inggeris menjajah, campur tangan serta berkuasa
dalam pantabiran Tanah Melayu hamper satu setengah kurun lamanya. Meskipun
penjajahan telah mendapat tentangan hebat dari seluruh rakyat, kehadiran Inggeris

akhirnya telah menatijahkan berlakunya satu transformasi politik dan pentadbiran di
dalam negara ini. Kemerdekaan tanh ayer adalah satu rahmat. Rakyat telah dapat
mengembalikan maruah bangsa dan negara dari kongkongan penjajahan Inggeris.
Penilaian keseluruhan
Aktiviti
Jawab semua soalan-soaln berikut:
1. Senaraikan negeri-negeri yang terletak dibawah system pentadbiran Inggeris:
(A) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
___________________________
(B) Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
______________________________
(C) Negeri-Negeri Selat
_______________________________
2. Berikan nama pegawai British pertama yang menjawat jawatan Residen bagi negerinegeri berikut:
(A) Perak
(B) Selangor
(C) Pahang
3. Berikan satu sebab utama yang menyebabkan Jepun menduduki Tanah Melayu pada
tahun 1942
(A)
(B)
(C)
(D)

Faktur ekonomi
Faktor pentadbiran
Faktor kehandalan tentera Jepun
Faktor smanat nasionalisme Jepun

4. Jawab mana yang BETUL/SALAH dari soalan-soalan beriku:
Titik tolak kepada campur tangan langsung Inggeris di Tanah Melayu ialah Perjanjian
Pangkor 1874 di negeri Selangor. (Betul/Salah)

5. Perang saudara tidak pernah berlaku di Tanah Melayu semasa Inggeris menjajah.
(Betul/Salah)
Unit 2b
Perjuangan Kemerdekaan
Objektif Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar diharap dapat:
 Membincangkan semangat kebangkitan nasionalisme di kalangan masyarakat tempatan
tanpa mengira kaum
 Menghurai proses yang telah dilalui oleh Tanh Melayu sebelum mencapai kemerdekaan
 Mengenal pasti seba-sebab Malaysia dibentuk serta cabaran-cabaran yang dihadapi
semasa pembentukan Malaysia
 Menjelaskan sebab-sebab Singapura dan Brunei berpisah dan tidak menyertai
Perseketuan Malaysia.
Pengenalan
Perjuangan kemerdekaan di negara ini kemudiannya mula berkembang secara
menyuluruh. Faktor kebangkitan nasionalsime Melayu adalah penyebabnya. Gagagsan
Malayan Union tajaan Inggeris telah menyemarakkan perjuangan rakyat menentang
pentadbiran Inggeris dengan begitu kuat sekali. Akibatnya beberapa buah parti politik
kebangsaan timbul di tanah ayer seperti UMNO, MIC dan MCA. Kemudian parti-parti
tersebut menubuhkan gabungan Perikatan yang meberikan kesan kestabilan politik di
tanah Melayu sehingga terbentuknya Barisan Nasional hingga kehari ini. Tunku Abdul
Rahman telah mengemukakan idea penubuhan Malaysia yang telah mendapat dokongan
Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei pada petingkat awalnya. Kerajaan British
bersetuju dengan formula penyatuan politik nasional anjuran Tunku Abdul rahman putra
itu. Pelbagai jawatankuasa telah ditubuhakn seperti Suruhanjya Cobbold dan lain-lain
lagi dalam usaha untuk memperteguhkan idea pembentukan Malaysia. Singapura
akhirnya berpisah dengan Perseketuan Malaysia dan diikuti dengan Brunei kerena fakturfaktur politik dan ekonomi.

2b.1. Malayan Union

2b.1.1. Latarbelakang
1. Sekembalinya penjajah Inggeris ke Tanah Melayu selepas penjajah Jepun
berundur, Inggeris mmeperkenalkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali
dengan nama Malayan Union (Kesatuan Malaya).
2. Rancangan ini telah diluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Pada
12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael telah dilantik sebagai wakil Kerajaan
Inggeris untuk mendapatkan tanda tangan dari Raja-Raja Melayu. Malayan Union
telah diluluskan pada bulan Januari 1946.
2b.1.2 Tujuan diperkenalkan
1. Tujuan Inggeris memperkenalkan Malayan Union ialah:
(a) Untuk menyatupadukan wilayah dan meningkatkan kecekapan pentadbiran. Inggeris
tidak bersedia menanggong perbelanjaan pentadbiran yang besar untuk Negeri-Nnegeri
Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Berseketu.
(b) British menyimpan rasa dendam terhadap orang-orang Melayu kerena sebelum ini
orang-orang Melayu telah bekerjasama dengan Jepun. Jadi, Malayan Union dapat
mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu.
(c) Percubaan Inggeris kea rah pemerintahan sendiri oleh masyarakat tempatan
tetapi mengikut ciri politik Inggeris.
(d) Sebagai langkah penyatuan politik dalam kalangan rakyat Tanah Melayu yang
berbilang kaum – Melayu, Cina dan India dengan matlamat untuk membentuk
sebuah masyarakat yang kuat.
2b.1.3. Implikasi
Implikasi penting dari gagasan Malayan Union adalah seperti berikut:
1. Semua negeri Melayu, kecuali Singapura disatukan dibawah pemerintahan
Gebenur British. Gabenur ini dibantu oleh Majlis Mesyurat Perseketuan dan
Majlis Undangan Perseketuan.
2. Singapura dijadikan wilayah koloni British selepas dikeluarkan dari Perseketuan
dengan seorang Gebenor British menjadi wakil kerajaan British.
3. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Sultan hanyalah gelaran sahaja dan
mereka mempunyai kuasa di bidang agama Islam dan adat istiadat.
4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan
keturunan. Mereka yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union
boleh menjadi warganegara secara otomatik. Prinsip jus soli di perkenalkan.

Aktiviti
Soalan Objektif
Jawab soalan-soalan berikut:
1. Bilakah gagasan Malayan Union dirancang oleh Inggeris?
A.
B.
C.
D.

Sebelum Jepun berundur dari Tanah Melayu
Dirancang sejak dari awal penjajahan Inggeris di Tanah Melayu
Digagaskan selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu
Inggeris rancang bersama Jepun di Tokyo

2. Siapakah Wakil Kerajaan Inggeris untuk mengemukan gagasan Malaysan Union
di Tanah Melayu?
A. Frank Sweetenham
B. Huge Clifford
C. Sir Harold Mac Michael
D. Sir Stanford Raffles
3. Bilakah gagasan Malayan Union diluluskan di Parlimen England?
A. 10 Oktober 1946
B. 10 Oktober 1948
C. 10 Oktober 1945
D. 10 Oktober 1955
4. Mana yang BENAR dari kenyataan dibawah:
A. Malayan Union menjadikan Singapura sebagai Negeri Persektuan
B. Malayan Union telah menjadikan Singapura sebagai koloni Inggeris
C. Malayan Union tidak memberi apa-apa kesan politik kepada Singapura
D. Malayan Union menangguhkan tindakan dasar politik Iggeris keatas
Singapura

5. Manakah yang TIDAK BENAR dari kenyataan berikut:

A. Inggeris tidak berdendam dengan orang Melayu
B. Inggeris berdendam sedikit sahaja dengan orang Melayu
C. Inggeris pada hakkatnya berdendam sungguh dengan orang Melayu
D. Inggeris menaruh dendam dengan alim ulama Melayu

2b. 1.4. Tentangan Orang-Orang Melayu
Malayan Union telah mendapat tentangan hebat orang-orang Melayu kerana sebab-sebab
berikut:
1. Kehilangan kedaulatan raja. Orang-orang Melayu melihat Raja-raja Melayu
sebagai lambang kuasa dan kedaulatan bagi masyarakat Melayu.
2. Majoriti orang-orang Melayu akan berkurangan apabila dasar keterbukaan
pemberian kerakyatan kepada warga asing dilakukan oleh Brit