sufi yang terkenal yang tidak

TOKOH SUFI YANG TERKENAL

1. JUNAID AL BAGHDADI
Nama lengkapnya adalah Abu al Qasim al Junaid bin Muhammad al Khazzaz al
Nihawandi. Beliau wafat di Baghdad pada hari jumaat tahun 297H/910M. Beliau
termasuk seorang tokoh sufi yang luar biasa, teguh dalam menjalankan syariat
agama, sangat mendalam jiwa kesufiannya. Dia adalah seorang yang sangat faikh,
sering memberi fatwa sesuai mazhab yang dianutinya, mazhab Abu Sauri serta
teman karib Imam al Syafi’i. Beliau adalah orang yang mula-mula menyusun ilmu
Tasauf sehingga dapat berdiri sebagai satu mazhab (kerohanian) yang dapat diakui
dalam Islam.

Mengikut riwayat, Imam Junaid menyara hidupnya dengan menjalankan perniagaan.
Setiap pagi beliau akan ke kedainya dan masa perniagaannya hanyalah sekejap
sahaja sebab beliau akan di datangi oleh murid-muridnya untuk menerima pelajaran
dari beliau. Pengajarannya banyak menyentuh sekitar cinta pada Allah, menghiasi
diri dengan akhlak yang mulia menjauhkan akhlak lahir batin yang keji disamping
mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Setiap hari setelah selesai memberikan pengajaran serta nasihat-nasihat kepada
murid-muridnya beliau akan menutup kedai. Ditinggalkan kedainya kerana apa yang

diharapkan ialah rezeki yang cukup untuk menampung kehidupannya sahaja.
Masanya yang selebihnya digunakan untuk berzikir dan mengerjakan solat sunat
sehinga 400 rakaat. Pada malam hari beliau akan mengajar di masjid besar
Baghdad.

Dikatakan bahawa diantara para sufi pada masanya, al Junaid adalah seorang sufi
yang mempunyai wawasan luas terhadap ajaran tasauf, dan mampu membahaskan
secara mendalam, khususnya tentang faham tauhid dan fana. Kerana itulah ia
digelari Imam Kaum sufi (Syaikh al Ta’ifah); sementara al Qusairi di dalam kitabnya
al Risalah al Qusyairiah menyebutnya sebagai tokoh dan Imam Kaum Sufi. Asal usul
keluarga al Junaid berasal dari Nihawan, tapi dia lahir dan tumbuh dewasa di Iraq.
Tentang riwayat pendidikannya, al Junaid pernah berguru pada bapa saudaranya
Surri al Saqti serta pada Haris bin Asad al Muhasibi.

Ulama dalam memperlihat ajaran tasauf, khususnya telah tampil Abu Yazid al
Bustami, terbahagi kepada dua golongan, yakni kelompok yang bersikap moderat
dan kelompok yang bersikap ekstrim. Dalam hal ini, al Junaid dipandang sebagai
seorang sufi yang moderat. Atau dengan kata lain, dia mewakili tasauf para fuqaha
yang mendasarkan diri pada al quran dan al sunnah secara benar. Dalam ungkapan
al Junaid yang berikut, barangkali tergambar metodenya dalam tasauf.

“Barangsiapa yang tidak menghafal al Quran dan tidak menulis hadis, dia tidak
boleh dijadikan ikutan dalam masalah itu. Sebab ilmu kita ini terikat dengan al
Quran dan al Sunnah.” “Semua jalan tertutup bagi semua makhluk kecuali bagi
orang-orang yang meneladani asar Nabi, mengikut sunnahnya dan konsisten
dengan jalannya. Baginya semua jalan kebajikan terbuka.”

Al Junaid dikenal dalam sejarah tasauf sebagai seorang sufi yang banyak membahas
tentang tauhid. Pendapat-pendapatnya dalam masalah ini banyak diriwayatkan
dalam kitab-kitab biografi para sufi, Antara lain sepertimana yang telah
diriwayatkan oleh al Qusairi: Suatu hari al Junaid telah ditanya tentang pengertian
tauhid. Dia menjawab: “Orang-orang yang merasa akan wujudnya Allah (al
Muwahid) ialah mereka yang merealisasikan keesaannya dalam erti sempurna,
meyakini bahawa Dia adalah yang maha Esa, Dia tidak beranak dan tidak
diperanakkan, menafikan segala bentuk politeistik (banyak tuhan). Dia tidak boleh
diserupakan, diuraikan, digambarkan dan dibuat contohnya. Dia tanpa padanan dan
Dia adalah zat yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.”

Pengertian tauhid yang diberikan al Junaid di atas tidak keluar dari pengertian yang
diberikan oleh para teolog, sekalipun dia menghuraikannya dari sudut pandangan
para sufi. Menurutnya, akal budi tidak mampu memahami itu. Sebab, “Seandainya

pemikiran para pemikir dicurahkan sedalam-daalmnya pada masalah tauhid, fikiran
itu akan berakhir dengan kebingungan.” Dan katanya pula: “Ungkapan terbaik
tentang tauhid adalah ucapan Abu Bakar al Siddiq: Maha suci zat yang tidak
menjadikan
jalan
bagi
makhluknya
untuk
mengenalnya,
melainkan
ketidakmampuan mengenalnya.”

Tauhid yang hakiki menurut al Junaid adalah buah dari fana terhadap semua yang
selain dari Allah. Dalam hal ini dia mengatakan: “Tauhid yang secara khusus dianuti
oleh para sufi adalah pemisah yang kidan dan yang hudus. Ketika menjelaskan
sebuah hadis: “Manakala aku menyintainya, maka aku menjadi pendengarannya,
hingga melaluiku ia mendengar,” al Junaid berkata: “Kalau demikian, maka Allahlah
yang memampukannya. Dialah yang menjadikan mampu mencapai hal ini. Dialah
yang menjadi penuntunnya dan mengurniakan kepadanya hakikat dan kebenaran.
Dengan demikian, ia adalah perbuatan Allah melalui dirinya.


Tauhid yang begini menurut al Junaid adalah tauhid bagi kelompok yang tertentu.
Misalnya al Tusi dalam kitabnya al Luma’, menuturkan: “Suatu ketika al Junaid
ditanya tentang tauhid bagi kelompok yang tertentu (kaum khawas), Jawabnya:
“Hendaklah seseorang menjadi peribadi yang berada ditangan Allah di mana segala
kehendaknyaberlaku pada dirinya. Dan ini tidak boleh tercapai kecuali dengan
membuat dirinya fana terhadap dirinya dan makhluk sekitarnya. Dengan sinarnya
perasaan dan kesedrannya maka seluruhnya berlaku dengan kehendak Allah SWT.

Al Junaid memahami sepenuhnya bahawa pengalaman sufistik tidak boleh diuraikan
dengan akal dan berbahaya untuk dibicarakan secara terbuka mengenai rahsia
terdalam dari iman di hadapan orang-orang awam (Terutama sekali terhadap orangorang sunni yang memandang kegiatan para sufi dengan kecurigaan). Berdasarkan
alasan inilah ia menolak al Hallaj yang telah menjadi contoh mereka yang telah
menjalani hukuman kerana telah berbicara secara terbuka tentang perkara rahsia
cinta dan penyatuan. Oleh kerananya, al Junaid memperhalusi seni bicara melalui
isyarat-suatu kecenderungan yang mula-mula diprakarsai oleh al Kharraz. Suratsurat dan risalah-risalahnya ditulis dengan gaya samar-samar, bahasanya begitu
padat sehingga sulit untuk difahami oleh mereka yang tidak biasa dengan cara khas
pengungkapan sufistik. Bahasa yang indah itu lebih menutupi daripada
mendedahkan makna yang sebenarnya.


Diantara sekian ramai murid-murid al Junaid, ada seorang murid yang disayanginya.
Kerana itu murid-murid yang lain merasa tidak senang kepada murid tersebut. Hal
ini diketahui oleh al Junaid. Maka untuk penyelesaian perkara tersebut, al Junaid
memanggil mereka semua, sambil memberikan kepada mereka masing-masing
sebilah pisau dan seekor ayam. Mereka disuruh menyembelih ayam itu di tempat
yang sunyi dan tidak boleh dilihat oleh orang lain.

Tidak lama kemudian semua murid pulang membawa ayam yang sudah disembelih,
kecuali murid yang disayangi membawa ayam yang tidak disembelih. Al Junaid
betanya: “Kenapa tidak disembelih?” Murid itu menjawab: “Tidak ada tempat yang
tidak terlihat oleh Allah kerana itu saya tidak dapat menyembelih ayam ini di
tempat yang tersembunyi.” Mendengar itu, murid-murid yang lain barulah sedar,
bagaimana ketinggian ilmu murid yang disayangi guru itu dan sejak itu mereka
mulai tunduk dan hormat kepada murid yang seorang itu.

Beberapa orang muridnya yang terkenal dalam dunia tasauf menceritakan
bagaimana indah dan tenangnya guru mereka Junaid al Baghdadi ketiak akan
meninggal dunia. Diantaranya Abu Bakar al Athawi berkata: “Selama dalam sakit
tidaklah berhenti beliau sembahyang dan membaca al Quran. Setelah tamat
diulanginya kembali. Demikian seterusnya, hingga terakhir selesai dibacanya 70

ayat dari surah al Baqarah, beliau pun menghembuskan nafas yang penghabisan.”

Sufi besar ini wafat pada hari Jumaat tahun 297H.