Akhbar mampu membangkitkan semangat nasi

Pendahuluan
Menurut Mahatma Gandhi dalam akhbar minggu Harjian, objektif akhbar adalah
untuk memahami perasaan yang popular dan memberi ekspresi kepadanya; kedua,
membangkitkan sentimen yang diingini dalam kalangan rakyat and ketiga adalah
membongkar ‘kecacatan popular’ (popular defects).1 Benedict Anderson pula berpendapat
kapitalisme pencetakan (print-capitalism) termasuk akhbar dan majalah membolehkan orang
ramai untuk berfikir tentang diri mereka sendiri, dan mengaitkan diri mereka dengan orang
lain.2 Mulai abad ke-20, akhbar dan majalah turut memainkan peranan yang penting dalam
mewujudkan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu. Walaupun media percetakan berasal
dari Barat, namun masyarakat tempatan di Malaya, seperti negara-negara Timur yang lain,
telah mengeksploitasi potensi untuk kepentingan budaya, politik, dan ekonomi melalui
penerbitan akhbar vernakular.3
Isi-Isi Penting
Di Tanah Melayu, akhbar dan majalah boleh dibahagikan mengikut bahasa penghantar.
Akhbar dan majalah vernakular yang diterbitkan pada awal 1900-an sehingga pendudukan
Jepun mampu mewujudkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu.
Antaranya:
A. Akhbar dan Majalah Melayu
Detik-detik akhbar dan majalah membangkitkan kesedaran kebangsaan boleh dikesan
pada akhir abad ke-19 dengan akhbar Melayu pertama yang diterbitkan pada tahun 1876 di
Singapura, iaitu Jawa Peranakan. Jawi Peranakan (1876 – 1895) telah menegur penggunaan

Melayu ‘yang kasar dan hina’ oleh orang Barat dan pihak berkuasa British dan memberi

Malik Zahra Khalid dan Aaliya Ahmed, ‘A Snapshot of Role of Newspapers in the Contemporary Newspeak’,
IOSR Journal of Humanities And Social Science, Jil. 19, No. 5, Mei 2014, hlm. 6.
2
Benedict Anderson, Imagined Communities, London: Verso, 2006, hlm 48.
3
Mohd. Dhari Othman, ‘Malaysian Press: A brief account of newspaper published in British Malaya,’ Jurnal
Komunikasi, Jil. 8, 1992, hlm. 117.
1

1

perhatian kepada hak kebebasan beragama. Akhbar Jajahan Melayu (1896–1897) pula
menitikberatkan hal-hal berkaitan dengan kepentingan dan kedudukan orang Melayu.
Pengasas Jajahan Melayu, Sayyid Abul Hassan berhasrat menjadikan akhbar itu lambang
kedaulatan serta memartabatkan Bahasa Melayu di Tanah Melayu.4
Menurut sejarawan William R. Roff, kewartawanan Melayu menggambarkan
kesedaran kebangsaan orang Melayu di Tanah Melayu dengan soal-soal kontroversi termasuk
agama dan adat. Roff juga menjelaskan kewartawanan Melayu secara umum boleh

dibahagikan kepada dua iaitu penerbitan golongan pembaruan agama dan penerbitan tiada
kaitan dengan agama. 5 Isu-isu yang merangkumi hal berkaitan dengan agama hingga ke
politik turut dibincangkan dan hal ini menanam akar umbi kesedaran kebangsaan atau national
consciousness kepada masyarakat Melayu di Malaya.
I.

Penerbitan golongan pembaruan agama
Satu perkembangan penting dalam kewartawanan Melayu mulai abad ke-20 ini adalah

kemunculan majalah agama Islam meskipun sebahagian besar daripada mereka, kecuali
Pengasuh (1918-1937,

1946-1968), tidak

berpanjangan.

6

Majalah-majalah Islam


kebanyakannya diterbitkan oleh para reformis Islam, terutamanya graduan dari universiti di
Asia Barat termasuk Universiti Al-Azhar di Kaherah. Mereka dipengaruhi oleh idea-idea
reformis Muhammad Abduh dari Mesir, yang merupakan pengarang Al-Manar sejak tahun
1905. 7 Para reformis Melayu ini dikenali sebagai Kaum Muda yang fahaman mereka
bertentangan dengan Kaum Tua, iaitu ulama tradisional yang mempelajari Islam dari institusi
keagamaan tempatan, terutama pondok-pondok di kampung. Ciri utama akhbar yang

Abdul Rahman Haji Ismail, ‘Pelopor persuratkhabaran Melayu di Malaysia: Perjuangan dan wawasan,’ dalam
Abdul Rahman Haji Ismail dan Mahani Musa (Peny.), Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun
Ke-20, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2011, hlm. 40. hlm. 18.
5
William R. Roff; penterjemah Ahmad Boestamam, Nationalisme Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 2003, hlm. 200.
6
Mohd. Dhari Othman, ‘Malaysian Press: A brief account of newspaper published in British Malaya’, hlm. 121.
7
Ibid
4

2


diterbitkan oleh kumpulan ini adalah lebih bersifat mengkritik diri sendiri dan menyeru umatumat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan berpandukan Al-Quran dan AsSunnah. 8 Akhbar seperti Al-Imam, Neraca, Al-Ikhwan, Saudara juga banyak menyiarkan
berita di Timur Tengah dan bersekutu dengan gerakan Pan- Islamisme, iaitu gerakan politik
yang memperjuangkan perpaduan umat Islam di bawah satu negara Islam, biasanya dipimpin
oleh seorang khalifah.9 Mesej-mesej yang disampaikan ini mampu menyemarakan semangat
nasionalisme dalam kalangan pembaca.
Al-Imam mula diterbitkan di Singapura pada tahun 1906. 10 Menarik di sini adalah
tujuan awal penerbitan Al-Imam adalah untuk membendung pengaruh golongan misi Kristian
daripada Seventh Day Adventist yang menyebarkan ajaran Kristian dalam kalangan orangorang Melayu.11 Pengurusan Al-Imam dikendalikan oleh orang-orang berketurunan Arab atau
campuran darah Arab-Melayu seperti Syaikh Muhammad bin Salim Al-Kalali, dan
kemudiannya Sayyid Muhammad bin Aqil, Sayyid Hussain bin Syahab dan Sayyid Syaikh
Al-Hadi yang lebih mahir dalam bidang perniagaan. Dalam rencana bertajuk ‘al-Ummah’
yang dituliskan oleh Muhammad Murtaji, konsep umat adalah satu perhimpunan manusia
yang boleh dikesan melalui tiga aspek iaitu berdasarkan tinggal dalam satu watan (tanah air),
menggunakan satu bahasa atau satu agama.12 Konsep ini adalah penting untuk meningkatkan
kesedaran kebangsaan pembaca. Al-Iman juga menyanjung tinggi ilmu dan pelajaran kerana
masyarakat yang berilmu hanya boleh memahami pesanan yang ingin disampaikan.
Berdasarkan artikel dalam jilid pertama majalah,

Abdul Rahman Haji Ismail dan Mahani Musa (Peny.), Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun

Ke-20, hlm. 279.
9
William R. Roff; penterjemah Ahmad Boestamam, Nationalisme Melayu, hlm. 201.
10
Majalah Al-Imam dikeluarkan setiap sehari bulan Arab dan dicetak oleh al-Imam Printing Co. Ltd. Senaskah
berharga 30sen. Harga langganan $3.00 setahun di Negeri Selat atau 5 rupiah di Hindia Timur Belanda.
Maklumat dipetik dari Abdul Aziz Mat Ton, Politik al-Imam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Bahasa, 2000,
hlm. 170.
11
Mohd. Sarim Haji Mustajab, ‘Tokoh-Tokoh Agama dalam Persuratkhabaran Melayu Kurun Ke-20,’ dalam
Abdul Rahman Haji Ismail dan Mahani Musa (Peny.), Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun
Ke-20, hlm. 40.
12
Abdul Aziz Mat Ton, Politik al-Imam, hlm. 201.
8

3

“Ilmu itulah senjata yang boleh didapati dengan dia kemenangan di dalam mesan
peperangan kehidupan dan ialah jua persambungan yang teguh bagi

menyampaikan orang yang berkehendak akan setinggi-tinggi darjah kebesaran dan
kelebihan”.13
Dari segi agama, Al-Imam menegur raja-raja dan ketua-ketua agama tidak alpa dan lalai
kerana agama yang dibawa mereka itu mengikut tabiat dan adat, bukannya Al-Quran dan AsSunnah.14 Al-Imam sering mengingatkan ulama supaya membetulkan diri kerana kelalaian
mereka pada masa lepas telah menjadi sebahagian daripada sebab jatuhnya umat Islam. Maka
ulama yang mementingkan harta, berpura-pura warak tetapi tidak ambil peduli terhadap
kekecohan sosial di sekeliling dan tidak berminat memperkasakan ilmu pengetahuan seperti
yang dikehendaki Islam adalah sifat kelekaan mereka.15
Apabila penerbitan Al-Iman dihentikan pada penghujung tahun 1908, Haji Abbas
memulakan Neraca pada awal Mac 1911. Neraca banyak memuatkan berita-berita tentang
perkembangan yang berlaku di Asia Barat terutama pergolakan politik di Turki.16 Petikanpetikan dalam Neraca turut menggesa orang Melayu jangan meniru bangsa lain secara
membuta tuli, tetapi mencontohi sesiapa sahaja termasuk orang Barat dalam hal-hal yang
positif seperti menuntut ilmu, kuat berusaha, bencikan pembaziran dan bekerjasama untuk
kejayaan bersama.17 Neraca juga membincangkan soal-soal agama dan masyarakat Melayu.
Dalam rencana akhbar pada Januari 1915, Neraca menyuarakan rasa kesal kerana khutbah
Jumaat pada masa itu banyak ditempel dengan bidaah yang keji.18 Selain itu, Neraca menegur
mentaliti sesetangah orang Melayu yang gemar bermain bola sepak daripada berusaha
mengumpulkan wang. Sifat ini dilihat oleh Neraca sebagai satu racun yang melumpuhkan
kemuliaan dan kemajuan masyarakat Islam di Tanah Melayu. Di samping itu, berbeza dengan


Ibid., hlm. 172.
Ibid., hlm. 177.
15
Ibid., hlm. 218.
16
Mohd. Sarim Haji Mustajab, ‘Tokoh-Tokoh Agama dalam Persuratkhabaran Melayu Kurun Ke-20,’ hlm. 47.
17
Abdul Rahman Haji Ismail, ‘Pelopor persuratkhabaran Melayu di Malaysia: Perjuangan dan wawasan,’ hlm.
18.
18
Mohd. Sarim Haji Mustajab, ‘Tokoh-Tokoh Agama dalam Persuratkhabaran Melayu Kurun Ke-20,’ hlm. 48.
13
14

4

Al-Imam, Neraca lebih rela mengkritik sistem pemerintahan kolonial British yang tidak minat
memajukan tahap pendidikan anak Melayu. Rencana akhbar menyatakan anak Melayu hanya
diajar pelajaran asas sahaja seperti membaca, menulis dan mngira semata-mata untuk
memenuhi keperluan tenaga kerja peringkat rendah dalam sistem biokrasi kolonial. 19

Perasaaan juga disuarakan apabila kerajaan Jajahan Selat sanggup memberi kapal perang
kepada kerajaan Inggeris di England sedangkan orang Melayu masih gagal menikmati
kemajuan ekonomi.20
Sayyid Syaikh Al-Hadi berjaya memulakan majalah Al-Ikhwan pada tahun 1926
melalui syarikat percetakan sendiri, Jelutong Press. Al-Ikhwan di bawah pimpinan Syed Syekh
al-Hadi bermatlamat untuk membawa pembaharuan agama kepada masyarakat Melayu serta
memberikan kesedaran politik dan sosial. Perkara yang dibincangkan termasuk juga
emansipasi wanita dan perluasan pelajaran Inggeris dalam kalangan orang Melayu.21 Satu lagi
tujuan Al-Ikhwan dihasilkan adalah untuk menyediakan satu medan bagi para penulis
mengembangkan ilmu pengetahuan dan menyampaikan maklumat, pandangan dan seruan
yang berguna kepada masyarakat dalam linkungan peraturan dan undang-undang kerajaan.
Namun, malajah ini tidak bersifat politik kerana Sayyid Syaikh Al-Hadi menegaskan penulis
dilarang mencampuri atau membahaskan perkara politik kerajaan.22
Pengasuh pula berbentuk majalah dan juga akhbar yang dihasilkan oleh Majlis
Kebudayaan dan Agama Islam Kelantan. 23 Pada mulanya, Pengasuh diterbitkan dua kali
seminggu, kemudian mingguan, dan seterusya bulanan. Seperti akhbar-akhbar islah yang lain,
selain menghuraikan persoalan-persoalan agama Islam secara umum, kandungan Pengasuh

Ibid., hlm. 50.
Ibid.

21
Mazlan Nordin, Tokoh dan Akhbar Melayu: Penebus Peminggiran Melayu, Selangor: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2009, hlm. 27.
22
Abdul Rahman Haji Ismail, ‘Pelopor persuratkhabaran Melayu di Malaysia: Perjuangan dan wawasan,’ hlm.
19.
23
Mohd. Dhari Othman, ‘Malaysian Press: A brief account of newspaper published in British Malaya,’ hlm.
121.
19
20

5

meliputi isu-isu kemasyarakatan dan tidak terbatas kepada hal ehwal negeri Kelantan sahaja.24
Pengasuh juga menyeru pihak yang berkenaan untuk mendirikan sekolah-sekolah tinggi,
maktab bahkan universiti demi memajukan ilmu pengetahuan orang Melayu yang ketinggalan
dalam hampir semua bidang kehidupan.25
II.


Penerbitan tiada kaitan dengan agama
Akhbar sejenis ini tidak membincangkan soal-soal agama secara meluas seperti Al-

Iman dan Neraca. Sebaliknya, mereka memberi penumpuan kepada isu-isu sosioekonomi,
terutama soal pendidikan, bahasa Melayu dan kemunduran orang Melayu yang memerlukan
pembelaan. Mereka menegur polisi-polisi pentadbir British secara ‘lembut’. Contohnya,
selain mengkritik Persekutuan Islam Singapura supaya bekerja daripada bercakap, Utusan
Melayu berkeras terhadap pemerintahan British supaya memenuhi permintaan Persekutuan
Islam Singapura iaitu mendirikan sebuah sekolah pertanian dan pertukangan pada Jun 1913.26
Namun, peraturan dan pengawasan pentadbir kolonial mampu menyekat akhbar-akhbar
menyuarakan perasaan politik secara bebas.27
Akhbar-akhbar Melayu sejenis ini pada mulanya diterbitkan seiring dengan akhbar
induk Inggeris. Misalnya, Utusan Melayu merupakan versi Melayu Singapore Free Press dan
petikan Lembaga Melayu merupakan penterjemahan daripada akhbar induknya Malaya
Tribune. 28 Akhbar seperti ini berjaya melahirkan beberapa golongan terpelajar Melayu
termasuk Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba), Abdul Rahim Kajai dan beberapa orang lain yang
menggunakan nama samaran mengemukakan pelbagai pandangan dan saranan untuk
memajukan orang Melayu.29

Abdul Rahman Haji Ismail, ‘Pelopor persuratkhabaran Melayu di Malaysia: Perjuangan dan wawasan,’ hlm.

19.
25
Ibid., hlm. 20.
26
William R. Roff; penterjemah Ahmad Boestamam, Nationalisme Melayu, hlm. 203.
27
Abdul Rahman Haji Ismail, ‘Pelopor persuratkhabaran Melayu di Malaysia: Perjuangan dan wawasan,’ hlm.
28.
28
Ibid., hlm. 23.
29
Ibid., hlm. 24.
24

6

Pengarang pertama akhbar Utusan Melayu ialah wartawan Melayu, Muhammad Eunos
bin Abdullah yang bertugas selama 2 tahun sehingga tahun 1909. Utusan Melayu pada
mulanya dimodali oleh sebuah akhbar bahasa Inggeris, Singapore Free Press dan diterbitkan
hanya 3 kali seminggu dalam tulisan Jawi dan Rumi dan menghentikan penerbitan pada tahun
1921.30 Pada peringkat awal, Utusan Melayu pertama ini benyak bergantung kepada ceretan
akhbar Singapore Fress Press. Namun, di bawah pimpinan Mohammad Eunos Abdullah,
Utusan Melayu mula berfungsi sebagai lidah Melayu yang berani menegakkan hak-hak orang
Melayu tetapi masih dapat diterima oleh pihak Inggeris kerana sifat kesederhanaan akhbar.
Mesej akhbar juga mampu tersebar luas kerana akhbar digunakan sebagi bahan pengajaran di
sekolah negeri-negeri Melayu.31 Apabila Utusan Melayu diberhentikan penerbitannya pada
tahun 1922, Lembaga Melayu pada masa itu merupakan satu-satunya akhbar harian Melayu
yang ada di Malaya. Lembaga Melayu diterbitkan pada tahun 1914 dan Eunos Abdullah telah
dilantik menjadi pengarang. Sehingga tamat penerbitannya pada tahun 1931, Lembaga
Melayu dianggap sebuah akhbar yang progresif dan sederhana. 32
Pada 1930-an beberapa perkembangan dalam kewartawanan Melayu berlaku dan
antaranya ialah niat orang Melayu merancangkan penerbitan akhbar Melayu tulen yang
dimiliki serta dikendalikan oleh orang Melayu.33 Maka lahirlah akhbar yang diterbit secara
independent iaitu, Majlis (1931-41), Lembaga (1935-41) dan Utusan Melayu kedua (1939-).34
Seterusnya, soal kaum imigren mula mendapat perhatian akhbar-akhbar Melayu. Hal ini
kerana kebimbangan orang Melayu terhadap imigren Cina dan India yang mula menyoalkan
dasar British yang ‘pro-Melayu’. 35 Kesannya, lahirlah pengarang seperti Ibrahim Yaakob,

Mustaffa Suhaimi, Jurnalisme Akhbar, hlm. 2.
William R. Roff; penterjemah Ahmad Boestamam, Nationalisme Melayu, hlm. 203-204.
32
Ibid., hlm. 205.
33
Mazlan Nordin, Tokoh dan Akhbar Melayu: Penebus Peminggiran Melayu, hlm. 28.
34
William R. Roff; penterjemah Ahmad Boestamam, Nationalisme Melayu, hlm. 213.
35
Mohd. Kornain bin Hashim, ‘Soal Kaum Imigren dalam Akhbar Melayu’, dalam Khoo Kay Kim (peny.),
Lembaran Akhbar Melayu, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1980, hlm. 82.
30

31

7

Dato Onn bin Jaafar dan Ishak Haji Mohamad yang seterusnya menjadi pemimpin yang
menggerakkan lagi semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu selepas
Perang Dunia Kedua.36
Akhbar Warta Malaya yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1930 diasaskan oleh
Syed Hussein al-Sagoff dan ahli keluarganya.37 Pengarang pertama ialah Dato Onn bin Ja’afar
yang bertugas dari tahun 1930 hingga tahun 1933.38 Warta Malaya adalah lebih pro-Melayu
daripada anti-kolonial. Pengarang-pengarang Warta Malaya dari semasa ke semasa memberi
tekanan kepada penjajah Inggeris supaya orang Melayu diberi peluang dalam jawatan tinggi
pentadbiran Tanah Melayu tetapi tidak berniat untuk menghalau orang-orang Inggeris keluar
dari Tanah Melayu.39 Seterusnya, Warta Malaya juga mempersoalkan status imigran orang
Cina dan India. Rencana seperti ‘Ayam jantan bertenggek di atas pagar’ mengkritik orang
Cina dan India yang berusaha mendapatkan kerakyatan tetapi masih mempunyai hubungan
dengan negera asal mereka. 40 Dalam soal ekonomi pula, Warta Malaya menggesa orang
Melayu bergiat aktif dan bersaing dengan bangsa lain yang lama berpengalaman dalam bidang
tersebut.41 Pada tahun 1935, syarikat Warta Malaya menerbitkan lagi Warta Ahad dan Warta
Jenaka yang berjenis akhbar mingguan. Cerpen-cerpen berunsur lucu sebagai media
menyampaikan sindiran turut diterbitkan dalam kedua-dua akhbar ini. Contohnya, “Satu
Cerita dari Kampung” dan “Anak Dibuat Denak” merupakan karya Ishak Haji Muhamad yang
menyindirkan kelekaan orang Melayu.42
Akhbar Majlis diterbitkan di Kuala Lumpur pada tahun 1931 oleh Selangor Press
kepunyaan satu keluarga usahawan Melayu. Pimpinan pertama ialah Abdul Rahim Kajai dan
Mazlan Nordin, Tokoh dan Akhbar Melayu: Penebus Peminggiran Melayu, hlm. 29.
Ibid., hlm. 28.
38
Pada tahun 1935, Dato Onn mempelopori Lembaga Malaya. Dipetik dari Mustaffa Suhaimi, Jurnalisme
Akhbar, hlm. 2.
39
Zulkipli Mahmud, Warta Malaya Penyambung Lidah Bangsa Melayu 1930-1941, Bangi: Jabatan Sejarah,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 1979, hlm. 15.
40
Ibid.
41
Ibid., hlm. 17.
42
Mohd. Yusof Hasan, Penghayatan Fiksyen Melayu, KL: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 187.
36

37

8

seterusnya digantikan oleh Othman Kalam. Dalam keluaran pertamanya, tujuan penerbitanan
akhbar diterangkan iaitu menjadi sebuah akhbar nasional untuk penyatuan nasional orang
Melayu.43 Majlis juga antara akhbar yang berani menyediakan ruangan yang membincangkan
politik secara meluas dan membincangkan hak-hak orang Melayu.44
Peranan Abdul Rahim Kajai sebagai pengarang dapat lihat dalam akhbar Utusan
Melayu yang sekarang dimodali dan diusahakan oleh orang Melayu sendiri. Utusan Melayu
dihasilkan oleh Yusuf Ishak dan ahli-ahli dari Kesatuan Melayu Singapura yang
membentukkan Syarikat Utusan Melayu yang seterusya menerbitkan akhbar yang
menggunakan nama yang sama.45 Terbitan pertama di Singapura adalah pada 29 Mei, 1939.
Ishak Haji Mohammad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako daripada Majlis juga menyertai
Utusan Melayu. Dengan pengarang yang berkaliber serta pengurusan yang cekap, Utusan
Melayu kedua ini semakin berpengaruh dalam masyarakat Melayu dan seterusnya dapat
menerbitkan Utusan Zaman sebagai edisi hari Ahad yang banyak membicarakan soal takrif
Melayu.46 Cara penyampaian Utusan Zaman juga agak menarik, iaitu menggunakan kartun
komik dan satira yang menfokuskan watak fiskyen Wa’Ketok untuk menerangkan
kemunduran masyarakat Melayu. Akhbar ini hanya bertahan selama 6 bulan tetapi
pengaruhnya dapat dirasai di seluruh Tanah Melayu.47
Seterusnya, Melayu Muda merupakan akhbar mingguan yang dikendalikan oleh
Sulaiman Ahmad. Akhbar ini diterbitkan pada Julai 1936 di Singapura. Pernyataan iltizam,
“berhaluan kepada perubahan baharu dan kemajuan anak-anak Melayu” berserta ungkapan

Mohd. Kornain bin Hashim, ‘Soal Kaum Imigren dalam Akhbar Melayu’, dalam Khoo Kay Kim (peny.),
Lembaran Akhbar Melayu, hlm. 87.
44
Mazlan Nordin, Tokoh dan Akhbar Melayu: Penebus Peminggiran Melayu, hlm. 28.
45
Abdul Rahman Haji Ismail, ‘Pelopor persuratkhabaran Melayu di Malaysia: Perjuangan dan wawasan,’ hlm.
26.
46
Ibid.
47
Zainal Abidin B. Ahmad, ‘Malay Journalism in Malaya’, Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic
Society, Jil. 19, No. 2, Oktober 1941, hlm. 246.
43

9

bahasa Inggeris, “A Malay weekly newspaper devoted to reformation and progress of Malays”
sentiasa tertera di bahagian atas muka hadapan akhbar.48
B. Akhbar dan Majalah Inggeris
Kesedaran kebangsaan dalam kalangan golongan pendidikan Inggeris boleh
dibangkitkan melalui akhbar Inggeris. Akhbar Inggeris yang berpihak kepada kerajaan
kolonial British banyak menerbitkan berita berkait dengan ekonomi negeri dan berita-berita
di Eropah dan Amerika. Bukan sahaja itu, berita di China, India, Ceylon, Japan dan Siam turut
mendapat liputan dalam akhbar Inggeris.49 Di samping itu, akhbar Inggeris turut menyediakan
ruangan khas dan di sinilah kesedaran kebangsaan itu dapat dilahirkan dengan pembaca
bertukar dan mengutarakan pendapat masing-masing. Masyarakat bukan Melayu turut
mempertahankan hak-hak mereka akibat daripada kebangkitan nasionalisme Melayu yang
semakin menebal melalui akhbar Inggeris. Misalnya, Malaya Tribune (1914-1951)
mencetakkan semula petikan-petikan Straits Echo yang menyokong pembentukan satu
‘Malayan Nation’ dan mengkritik Tanah Rizab Melayu dan dasar British yang ‘proMelayu’.50
Golongan Melayu yang berpendidikan Inggeris juga diberi peluang untuk
menyuarakan pendapat mereka dalam akhbar Inggeris. Ruangan khas The Malay Mail “Surat
Kepada Pengarang” mengandungi tulisan seperti A Malay. A Malay menulis rencana
mengenai hak orang Melayu yang telah dirampas oleh bangsa asing. Persoalan tentang
penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran British di Tanah Melayu turut dilontarkan oleh
A Malay. Selain itu, ruangan yang sama turut ditemui dalam Malaya Tribune iaitu Muslim

Ibid., hlm. 29.
Mohd. Dhari Othman, ‘Malaysian Press: A brief account of newspaper published in British Malaya,’ hlm.
120.
50
‘Malay Reserves’, Malaya Tribune, 17 Jun 1933, hlm. 5, ‘Govt. and Chinese’, Malaya Tribune, 4 Mei 1933,
hlm. 3. (Lampiran 1 dan 2)

48
49

10

Affairs. Pada 15 January 1932, Muslim Affairs telah membincangkan soal pendidikan orang
Melayu secara mendalam51
C. Akhbar dan Majalah Cina
Secara umumnya, atas sebab orang Cina beranggap Tanah Melayu hanya merupakan
tempat tinggal sementara dan tiada dorongan daripada kerajaan British supaya terus
menduduki di sini, semangat nasionalisme yang telah dibangkitkan dalam akhbar Cina juga
lebih cenderung kepada negara China. Pada peringkat awal abad ke-20, akhbar Cina jelas
membincangkan isu-isu berorientasikan China. Pergolakan politik antara Kuomintang
(golongan nasionalis) dan reformis mencetuskan penubuhan surat khabar partisan di Tanah
Melayu untuk menyokong pandangan kedua-dua pihak.52 Akhbar Nanyang Tsung Hui Pao
dan Ching Shin Yit Pao membincangkan kebaikan dan keburukan monarki berperlembagaan
agar masyarakat Cina ataupun Huachiao di Tanah Melayu lebih memahami situasi yang
sedang berlangsung di tanah air mereka. Selepas revolusi 1911, akhbar-akhbar Cina tempatan
mengubahkan fokus kepada sosioekonomi masyarakat Cina di Tanah Melayu. Hal ini
dicerminkan dalam akhbar-akhbar yang muncul pada masa itu termauk Nanyang Siang Pau
(1923-) dan Sin Chew Jit Poh (1929-). Nanyang diterbitkan di Singapura oleh hartawan
perniagaan, Tan Kah Kee manakala Sin Chew ditubuhkan di Singapura oleh keluarga Aw
Boon Haw. 53 Seterusnya, kehidupan Huachiao mendapat liputan dalam akhbar Cina.
Contohnya, halaman sastera Sin Kok Min Pao, “Neraka dalam Dunia Manusia” mendedahkan
kesusahan dan penderitaan Huachiao di Tanah Melayu yang hidup dalam masyarakat kolonial
dan feudal.
Boleh dikatakan hampir semua akhbar Cina tidak mengkritik pentadbiran British
secara mendalam kecuali Kok Min Jit Po dan Yik Qun Pao. Kedua-dua akhbar ini adalah
‘Education of Malay boys’, Malaya Tribune, 15 Januari 1932, hlm. 11. (Lampiran 3)
Mohd. Dhari Othman, ‘Malaysian Press: A brief account of newspaper published in British Malaya,’ hlm.
123.
53
Ibid.
51

52

11

antara akhbar Cina terawal yang mengkritik kerajaan kolonial dan menyebar idea-idea radikal
kepada pembaca. Rencena yang dihasilkan dalam akhbar sejenis ini bersifat antikerajaan yang
menggesa orang Cina mengambil tindakan seperti mengadakan mogok menghentikan bayaran
cukai dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan.

54

Perkembangan ini seterusnya

melahirkan penulis Cina yang mengutamakan isu seperti ketidakadilan sosial, antikapitalisme
dan antikolonialisme. Mereka juga digalakkan oleh Parti Komunis Malaya dan menubuhkan
Proletarian Art League yang bertujuan untuk menyebarkan propaganda melalui akhbar untuk
menghasut rakyat menentang imperialisme dan kapitalisme. Antara penulis yang menonjol
ialah Jian Sheng Feng, Pan Yihang, Ya Yong, Zen Yufang, Mai Dishen, dan lain-lain. 55
Tulisan dan kritikan sosial serta politik dalam halaman sastera akhbar Cina
menyebabkan kerajaan kolonial mengambil tindakan yang lebih tegas. Misalnya, Kok Min Jit
Po diharamkan pada tahun 1919. Undang-Undang Penerbitan Akhbar 1920 dan 1924 telah
dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri-Ngeri Selat (NNS) dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(NNMB) untuk mengawal akhbar Cina. Beberapa akhbar Cina diarah menghentikan
penerbitan selama beberapa bulan kerana melanggar undnag-undang yang ditetapkan itu.
Kwang Hua Jit Po terpaksa menghentikan penerbitan selama tiga bulan pada tahun 1930
kerana menghasut orang Cina menolak negara Jepun.56 Beberapa penulis juga ditangkap serta
dibuang negeri. Ketua editor Yik Qun Pao, Xu Jie diarah pulang ke China oleh kerajaan
kolonial pada Oktober 1928 kerana idea-ideanya yang bercanggah dengan kerajaan British.
Proletarian Art League pada akhirnya turut diharamkan.57 Seterusnya, akhbar-akhbar Cina
mampu membangkitkan semangat nasionalisme segenap lapisan masyarakat Cina di Tanah

Zheng Li Peng, ‘The Political Economic Analysis on the Development of the West’s Malaysia Chinese
Newspaper :1880-2008’, tesis untuk Universiti Shih Hsin, 1999, hlm. 31.
55
Leong Yee Fong, ‘Penulis Cina dan Halaman Sastera Akhbar Cina di Tanah Melayu,’ dalam Abdul Rahman
Haji Ismail dan Mahani Musa (Peny.), Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun Ke-20, hlm, 89.
56
Zheng Li Peng, ‘The Political Economic Analysis on the Development of the West’s Malaysia Chinese
Newspaper :1880-2008’, hlm. 31.
57
Leong Yee Fong, ‘Penulis Cina dan Halaman Sastera Akhbar Cina di Tanah Melayu,’ hlm. 90-91.
54

12

Melayu dengan melaporkan berita-berita mengenai Perang China-Jepun 1937-1941 serta
artikel-artikel yang bersifat anti Jepun. Artikel ‘Ngauman Singa’ karya Zheng Chukan dalam
Nanyang Siang Pao menggalakkan perjuangan anti-jepun dan usaha menyelamatkan China.58
Penulis Yu Dafu mendesak semua lapisan masyarakat Huachiao bersatu padu untuk
membantu China. Kesedaran kebangsaan Huachiao di Tanah Melayu dibangkitkan dengan
sentimen anti-Jepun yang kuat.
D. Akhbar dan Majalah India
Akhbar Tamil mencetuskan kesedaran kebangsaan orang India dengan mengutamakan
pemeliharaan sastera dan bahasa Tamil. Akhbar seperti Tamil Nesan, yang diterbitkan pada
tahun 1924 dan Tamil Kody pada 1938 mempunyai ruangan khas sebagai satu cara untuk
memupuk masyarakat Tamil untuk menulis dan menerbitkan artikel dalam bahasa sendiri.
Tamil Murasu yang diterbitkan pada tahun 1934 oleh G. Sarangapani mempunyai ruang yang
khas disediakan kepada kanak-kanak. Selain itu, akhbar-akhabar India juga melaporkan hal
ehwal tempatan dan luar negara. 59 Berita luar negara yang diutamakan adalah gerakan
nasionalis Parti Kongres India yang dipimpin oleh Mahatma Gandhi. Berita tempatan pula
memberi tumpuan kepada masalah sosial dan penindasan yang dialami buruh India di estet
getah.
Berbeza dengan akhbar Cina, kesedaran kebangsaan yang dibangkitkan oleh akhbar
India adalah berada di dalam Tanah Melayu. Hal ini boleh dibuktikan dengan penubuhan
PanMalaya Tamil Publishing Organization pada tahun 1930. Organisasi ini telah menerbitkan
Tamilan dan matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran orang India supaya
sikap mereka yang menganggap Tanah Melayu hanya merupakan tempat sementara boleh
berubah. Akhbar lain seperti Tamil Nesan, Samudaya Oolin, dan Bharata Mithran, sependapat
Ibid., hlm. 91.
Thilagavathi Vasudevan, ‘G. Sarangapani (1903-1974): Pejuang Nasib Masyarakat India dan Pelopor
Kesedaran Kebangsaan Tanah Melayu melalui Indian Daily Mail’, dalam Abdul Rahman Haji Ismail dan
Mahani Musa (Peny.), Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun Ke-20, hlm. 101-102.

58
59

13

dengan Tamilan dan menyeru warga India harus mempertimbangkan Malaya sebagai tanah
air mereka.60 Akhbar-akhbar India juga menggesakan pembentukan sebuah badan sosiopolitik
kebangsaan untuk menyatupadukan dan mewakili kepentingan masyarkat India. Akhbar
seperti Indian Pioneer memberikan liputan yang luas kepada persidangan-persidangan India
SeMalaya (1927 hingga 1931) yang membincangkan hasrat untuk menubuhkan sebuah
persatuan. India Pionner pada 30 Ogos 1929 memberi amaran kepada pihak yang terlibat
dalam persidangan supaya tidak melakukan terlalu banyak janji. Sebaliknya, mereka perlu
berusaha untuk menrancang sedikit demi sedikit. Liputan akhbar dan usaha persidangan
akhirnya menyumbang kepada tertubuhnya Cenral Indian Association of Malaya (CIAM).
CIAM merupakan badan sosiopolitik kebangsaan pertama bagi masyarakat India di Malaya.
Akhbar-akhbar seperti The Indian seterusnya memainkan peranan dalam meningkatkan
kesedaran kebangsaan masyarkat India dengan menyokong pendirian CIAM yang mengkritik
kerajaan British di Malaya kerana tidak memberi perhatian kepada kebajikan buruh India di
estet.61
Penutup
Kesimpulannya, kewartawanan yang giat berkembang di Tanah Melayu sehingga
Perang Dunia Kedua memang dapat mencurahkan idea awal nasionalisme kepada pembaca.
Seperti akhbar-akhbar Barat di British (The Spectator) dan Jerman (Patriotisches Archiv) pada
abad ke-18, ruangan khas yang disediakan dalam akhbar-akhbar Malaya juga mampu
merangsangkan minda pembaca dan diberi peluang untuk mengkritik kerajaan mereka.62 Sifat
kenegerian yang menebal terutama dalam masyarakat Melayu juga boleh dihakiskan melalui
satu medium akhbar yang menyampaikan mesej yang sama dan akhbar-akhbar tersebut

Mohd. Dhari Othman, ‘Malaysian Press: A brief account of newspaper published in British Malaya,’ hlm.
124.
61
Thilagavathi Vasudevan, ‘G. Sarangapani (1903-1974): Pejuang Nasib Masyarakat India dan Pelopor
Kesedaran Kebangsaan Tanah Melayu melalui Indian Daily Mail’, hlm. 103.
62
Hans Kohn, The Idea of Nationalism, New York: Collier Boooks, 1944, hlm. 210, 377.
60

14

mampu dibaca oleh masyarakat Melayu di sekitar Tanah Melayu. Seterusnya, tidak boleh
dilupakan bahawa terdapat juga faktor-faktor lain yang membangkitkan kesedaran
kebangsaan masyarakat Tanah Melayu pada tempoh tersebut seperti gerakan Islah,
perkembangan sistem pendidikan, penubuhkan persatuan-persatuan separa politik, pejuangpejuang nasionalis di luar negara termasuk di China, India, Filipina dan Indonesia, serta
kemenangan Jepun dalam Perang Russo-Jepun. Seterusnya, oleh kerana masyarakat majmuk
di Tanah Melayu masih tidak mempunyai satu identiti atau idea yang yang boleh dikongsi
sama dan hanya membaca akhbar atau majalah yang menggunakan bahasa penghantar
masing-masing, maka akhbar mahupun majalah tidak boleh membangkitkan semangat
nasionalisme secara menyeluruh. Kenyataan ini disokong lagi dengan penulis akhbar Melayu
dan Inggeris bertelingkah antara satu sama lain mengenai konsep ‘Melayu dan Malayan’ dan
hak bangsa 63 . Kesedaran kebangsaan yang lebih menyeluruh hanya wujud apabila Tanah
Melayu mula beralih ke arah berkerajaan sendiri. Di situlah akhbar tidak mengira bahasa
penghantar mula menyeru semua warga bekerjasama supaya Tanah Melayu diberi
kemerdekaan.

Maklumat selanjutnya boleh didapati dalam Mohd. Kornain bin Hashim, ‘Soal Kaum Imigren dalam Akhbar
Melayu’, dalam Khoo Kay Kim (peny.), Lembaran Akhbar Melayu, hlm. 82-104.

63

15

Rujukan
Buku
Abdul Aziz Mat Ton, Politik al-Imam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Bahasa, 2000.
Abdul Rahman Haji Ismail dan Mahani Musa (Peny.), Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran
Malaysia Kurun Ke-20, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2011.
Anderson, Benedict, Imagined Communities, London: Verso, 2006.
Insun Sony Mustapha, Memoir Mustapha Hussain: Kebangkitan Nasionalisme Melayu
Sebelum UMNO, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999.
Kohn, Hans, The Idea of Nationalism, New York: Collier Boooks, 1944.
Mazlan Nordin, Tokoh dan Akhbar Melayu: Penebus Peminggiran Melayu, Selangor:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009.
Mohd. Kornain bin Hashim, ‘Soal Kaum Imigren dalam Akhbar Melayu’, dalam Khoo Kay
Kim (peny.), Lembaran Akhbar Melayu, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1980,
hlm. 82-104.
Mohd. Yusof Hasan, Penghayatan Fiksyen Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1995.
Mustaffa Suhaimi, Jurnalisme Akhbar, Ulu Klang: Progressive Products Supply, 1986.
Roff; William R., penterjemah Ahmad Boestamam, Nationalisme Melayu, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya, 2003.
Zulkipli Mahmud, Warta Malaya Penyambung Lidah Bangsa Melayu 1930-1941, Bangi:
Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1979.
Jurnal Artikel dan Tesis
Malik Zahra Khalid dan Aaliya Ahmed, ‘A Snapshot of Role of Newspapers in the
Contemporary Newspeak’, IOSR Journal of Humanities and Social Science, Jil. 19, No. 5,
Mei 2014, hlm. 6-11.
Mohd. Dhari Othman, ‘Malaysian Press: A brief account of newspaper published in British
Malaya,’ Jurnal Komunikasi, Jil. 8, 1992, hlm. 117-130.
Zainal Abidin B. Ahmad, ‘Malay Journalism in Malaya’, Journal of the Malayan Branch of
the Royal Asiatic Society, Jil. 19, No. 2, Oktober 1941, hlm. 244-250.
Zheng Li Peng, ‘The Political Economic Analysis on the Development of the West’s Malaysia
Chinese Newspaper :1880-2008’, tesis untuk Universiti Shih Hsin, 1999.
Akhbar
Malaya Tribune, 15 Jan 1932, 4 Mei 1933, 17 Jun 1933.

i

Lampiran
Lampiran 1: ‘Malay Reserves’, Malaya Tribune, 17 Jun 1933, hlm. 5.

Sumber: NewspaperSG
Lampiran 2: ‘Govt. and Chinese’, Malaya Tribune, 4 Mei 1933, hlm. 3

Sumber: NewspaperSG

ii

Lampiran 3: ‘Education of Malay boys’, Malaya Tribune, 15 Jan 1932, hlm. 11.

Sumber: NewspaperSG

iii