BULLET Mibulang iaitu penggunaan binatan

Kaum asli Bisaya mempunyai adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak turuntemurun. Contohnya, orang muda kaum asli Bisaya mesti menghormati orang dewasa kaum asli
Bisaya. Anak gadis kaum Asli Bisaya mesti pandai menjaga kesopanan dan kesusilaan.
Kebudayaan Kaum Asli Bisaya adalah seperti:


Tarian Liliput Bisaya



Tarian Jipin (Zapin) Bisaya



Tarian Sayau bagarus (Tarian menggarus batang rumbia)



Tarian Mengalawat (Tarian memijak hempas batang rumbia)




Tarian Minsayau (untuk meraikan kejayaan mengalahkan lanun)



Alat tradisional kulintangan Bisaya yang mempunyai 27 lagu dan 3 lagu berkaitan acara
berasik



Pencak silat Bisaya dengan muzik bamboo



Tarik tali



Bermain gasing




Bermain layang-layang



Ugang Bamboo



Badaup terutama semasa menuai padi



Mibulang iaitu penggunaan binatang Kerbau



Tarian Bubu Mangalai dengan menggunakan jampi serapah

‘Ya Bamban Ya Lukah,

Ya Bamban Eh Basari,
Main Kita Si Ipar Muda,
SiLukah Pandai Menari’


Berambit/Bahambit



menimbang anak kecil yang lahir pada bulan Safar



Lastik/Melastik



Panah/Memanah




Andiban/Alat membujak binatang liar



Perubatan tradisional Bisaya



Pakaian Tradisional Bisaya



Kuih-muih tradisional Bisaya seperti kalopis, kuih cincin, kuih tapai, kuih sapit, dll.

TEMPOH memberi kata putus selepas adat merisik
dibuat menjadi petunjuk sama ada pihak perempuan
sudi atau tidak menerima lelaki sebagai menantu. Jika
dalam masa tiga hari keputusan dapat dibuat, tandanya
mereka bersetuju tetapi jika sudah memasuki tempoh

seminggu maka boleh dianggap lelaki itu tidak bernasib
baik.
Itulah antara kebiasaan yang diamalkan dalam adat
perkahwinan masyarakat Bisaya sejak dulu namun
sudah semakin kurang diamalkan kini. Adat itu biasanya
dilakukan sebagai satu peringkat awal sebelum
peminangan secara rasmi dibuat dan perbincangan
selanjutnya mengenai jumlah berian (hantaran)
diputuskan.
Bisaya juga tidak banyak bezanya dengan orang Melayu
dalam menentukan jumlah hantaran. Jika dulu, hantaran
kahwin tidak sampai RM1,000 tetapi kini sesiapa yang
mahu berkahwin dengan gadis Bisaya perlu

menyediakan paling kurang pun RM6,000 dan ada yang
boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.
Ketua Kampung Suasa, Kida Assan, 62, berkata sama
seperti Melayu, nilai hantaran perkahwinan ditentukan
berdasarkan beberapa faktor. Yang paling utama ialah
taraf pendidikan dan kerjaya perempuan itu. Jika tidak

bekerja, nilai hantarannya adalah kira-kira RM6,000.
“Soal rupa tak penting sangat. Kedudukan keluarga dan
tahap pendidikan lebih utama. Perjanjian ketika
bertunang mengikut keadaan. Biasanya hubungan itu
diikat setahun. Ada yang lebih lama dan ada yang cepat
tapi kebanyakan setahun.
“Wang hantaran biasanya perlu diserahkan semuanya
sebulan sebelum majlis perkahwinan. Ketika bertunang,
cukup dengan menyarung cincin dan bertukar dulang
hantaran,” katanya.
Dalam konteks pakaian untuk majlis perkahwinan juga
menampakkan semakin kurang orang Bisaya memakai
pakaian tradisi mereka meskipun masih ada butik
perkahwinan menyewakan pakaian itu selain menghias
pelamin dengan adat lama.
Adat perkahwinan juga sudah semakin berubah. Dulu
ada adat paling utama selepas majlis perkahwinan iaitu
pasangan pengantin perlu tinggal selama tiga hari di
rumah keluarga pihak perempuan sebelum ke rumah
keluarga lelaki untuk tinggal pula di situ selama

seminggu dan kemudian berpatah balik ke rumah
perempuan untuk tiga hari lagi.
Pelamin juga tidak ada dalam adat Bisaya kerana dulu
pengantin hanya bersanding di atas kotak kayu yang

dihias cantik. Jika sekali pandang, konsep perkahwinan
dalam masyarakat ini agak ringkas dan tidak banyak
berbeza dengan orang Melayu, mungkin kerana mereka
juga beragama Islam.
Paling unik dalam adat perkahwinan mereka ialah
penggunaan gulungan rokok daun yang perlu diselit di
mulut
pasangan
pengantin
sepanjang
tempoh
bersanding dan kini, masih ada yang mengamalkan adat
itu tetapi menggunakan rokok tembaga yang berukir
cantik.
Bisaya juga mengamalkan sistem yang melindungi

sesuatu ikatan perkahwinan dengan meletakkan syarat
sekiranya berlaku perceraian yang berpunca daripada
pihak wanita maka wang hantaran perlu dipulangkan
sebanyak dua kali ganda. Namun jika lelaki yang
meminta perceraian, wang hantaran dianggap hangus.
Kida berkata, perubahan dalam adat perkahwinan
masyarakat Bisaya antara lain disebabkan berlaku
perkahwinan campur dan perubahan zaman selain
mengelakkan kos yang sangat tinggi jika kekal dengan
cara lama.
“Adat lama memang tinggi belanjanya. Jika nak buat
majlis dengan pakaian budaya Bisaya, kos sewanya
mahal kerana banyak aksesori yang digunakan. Dulu,
setiap kali kenduri kahwin, paling kurang pun tiga ekor
kerbau ditumbangkan. Kerana itulah belanja dulu
sebenarnya lebih tinggi.
“Sekarang, semuanya dipermudahkan. Sehari saja
sudah selesai majlis. Dulu, tiga hari tiga malam pun
belum selesai. Banyak adat yang perlu dipatuhi. Selepas
tiga hari di rumah perempuan, seminggu di rumah lelaki,


patah balik ke rumah perempuan dan bersanding lagi,”
katanya.
Langkah bendul atau kataliban (berkahwin dengan adik
sedangkan kakaknya belum berkahwin) dalam
masyarakat Bisaya adalah sesuatu yang dianggap
serius kerana sehingga hari ini, sekiranya berlaku
sebegitu, pihak lelaki perlu membayar denda seperti
sepersalinan pakaian kepada kakak pengantin
perempuan. Namun, kini nilai denda itu digantikan
dengan duit di mana pengantin lelaki perlu membayar
RM100 untuk seorang kakak.
Gotong-royong
dilakukan
sepenuhnya
dalam
perkahwinan Bisaya. Lebih unik, beberapa hari sebelum
kenduri kahwin keluarga pihak lelaki perlu hadir di rumah
bakal pengantin perempuan untuk membantu kerja
persiapan. Sekiranya tidak hadir, denda akan dikenakan

seperti tidak dibenarkan naik ke rumah ketika majlis
perkahwinan.
Menambah keunikan majlis perkahwinan dalam adat
Bisaya ialah tetamu tidak boleh makan selagi pengantin
lelaki belum sampai. Majlis jamuan biasanya bermula
selepas majlis persandingan dan dilakukan secara
berhidang. Namun, tidak banyak lagi orang Bisaya
mengamalkan budaya ini.
“Banyak
sebenarnya
perkara
yang
dianggap
menyusahkan dalam adat perkahwinan sebelum ini.
Bayangkan, selama tiga hari di rumah pengantin
perempuan, semua ahli keluarga lelaki perlu tinggal di
situ juga.
Kerja cuci kawah dan mengemas sisa daging kerbau
adalah kerja pengantin lelaki,” kata Kida.


Kini, adat dan budaya dalam perkahwinan Bisaya sudah
semakin terhakis. Namun dengan adanya seorang
pengusaha butik di Beaufort yang hanya mahu dikenali
sebagai Kak Jamilah, masih ada beberapa perkahwinan
yang cuba mengembalikan konsep perkahwinan asal
masyarakat itu.
Jamilah masih menyimpan hampir semua koleksi wajib
aksesori yang perlu dipakai oleh pasangan pengantin
supaya kelihatan benar-benar mengikuti adat Bisaya
selain menyediakan pelamin seumpama konsep lama.
Dalam konteks kebudayaan, Bisaya sebenarnya cukup
kaya dengan nilai dan khazanah seni budaya. Mungkin
kerana mereka bukan sekadar dikenali dengan
kehebatan dalam bertempur tetapi terkenal dengan sifat
ketimuran sejati. Ia jelas dilihat kerana hampir setiap
lokasi kampung penduduk Bisaya di Beaufort, akan ada
satu jenis kebudayaan yang dimainkan secara aktif
sama ada oleh orang tua atau generasi muda dengan
nafas dan irama baru.
Mereka ada banyak lagu rakyat yang masih dinyanyikan
sebahagian orang Bisaya seperti ‘badaup’ yang
dianggap paling popular menjadi irama dalam pesta
menuai padi serta ketika mendodoi anak. Ia dinyanyikan
wanita dan kini, masih ada kumpulan badaup bergerak
aktif dalam masyarakat itu.
Penulis berkesempatan melihat persembahan badaup
dan kulintangan, iaitu alat muzik yang digunakan ketika
‘bagandang’ membabitkan beberapa jenis alat muzik
seperti gong dan caklempong. Di Beaufort, ada
beberapa kumpulan bergerak aktif seperti di Suasa yang
membabitkan dua kumpulan iaitu kanak-kanak dan

wanita. Di sini, kami dihiburkan irama bagandang baru
yang menerima suntikan melodi lagu moden oleh
kumpulan kanak-kanak.
Selain muzik, Bisaya terkenal dengan pelbagai jenis
permainan tradisi. Ia biasanya aktif dihidupkan kembali
setiap kali tiba musim hari keramaian seperti ketika
menyambut Adau Janang Gayuh pada 15 Julai setiap
tahun. Permainan seperti pulas jari (mitompulas), gusti
kaki (mibinti) dan gusti tangan (miambit) menonjolkan
imej kekuatan masyarakat itu sejak dulu.
Ramai wanita pandai hasil kraf tangan, kuat amal
awet muda
SEIRING peredaran zaman, ketika ini amat sukar untuk
menemui mereka yang masih mempunyai darah Bisaya
tanpa campuran masyarakat lain dan kebanyakan
mereka hanya ada di kawasan pedalaman, jauh dari
Beaufort.
Kebanyakan orang Bisaya di sekitar Beaufort
termasuk di Padas Damit dan Suasa mempunyai
campuran darah dengan masyarakat lain sekali gus
mengurangkan ciri-ciri asli yang ada pada wajah
tulen orang Bisaya iaitu wajah seperti Cina
sepenuhnya.
Kebanyakan yang ditemui di beberapa kampung
masyarakat itu tidaklah seperti gambaran orang Bisaya
yang digambarkan sebelum ini. Jika adapun, ketika
menemu bual beberapa wanita di Suasa, ada seorang
saja
wanita
daripada
sembilan
yang
hadir
mempersembahkan permainan kulintangan mempunyai

wajah mirip orang Cina dan dikatakan tidak ramai
sepertinya masih ada di kampung itu.
Wanita Bisaya pula sangat aktif dalam aktiviti
masyarakat termasuk menubuhkan pasukan kulintangan
seperti yang ada di Suasa. Dikatakan, mereka juga aktif
dalam membantu ekonomi rumah tangga dengan
meringankan beban suami di kebun, malah ada yang
masih sedia ke laut untuk menangkap ikan.
Cuma, mungkin kerana mereka (wanita) lebih gemar
melakukan aktiviti di rumah atau bersama suami di
kebun, agak sukar menemui wanita Bisaya berlegar di
kampung. Boleh dikatakan sepanjang kami di Beaufort,
jarang sekali kelibat mereka kelihatan, kecuali jika
adapun sedang bekerja.
“Kami bukan pemalu, tetapi wanita Bisaya memang tidak
merayau sembarangan. Kami buat kerja di rumah dan
bantu suami di ladang. Tak ada pula larangan wanita
Bisaya untuk keluar merayau di luar, tetapi memang
kami jarang begitu.
“Ramai sebenarnya wanita Bisaya pandai menganyam
hasil kraf tangan. Boleh dikatakan hampir semuanya
pandai. Dalam kerja di laut pula, wanita Bisaya ini
terkenal dengan kemahiran menjala, tetapi bukan semua
tahu mengenai perkara ini,” kata seorang wanita Bisaya
di Suasa, Siti Saadiah Matjiah, 42.
Beberapa tradisi orang Bisaya sebenarnya sudah
semakin terhakis kerana enggan dituruti orang muda
seperti mengunyah sirih yang dikatakan menjadi
kebiasaan wajib mereka sejak dulu. Malah, cara

pemakaian wanita dulu turut tidak digemari gadis muda,
termasuk pemakaian batik dan baju kurung Kedah.
“Berkemban? Semua wanita di Bisaya (warga tua)
gemar dan tak kisah berkemban di rumah. Sama juga
dengan orang Melayu, tapi saya tak suka, malah
kebanyakan gadis seusia saya tak pandai pun
berkemban. Rasa tak selesa. Pemakaian lilitan kain di
kepala juga kami tak pandai,” kata seorang gadis
Bisaya, Suriyati Syamsul, 22.
Memang tak dinafikan, sukar sebenarnya untuk
membezakan orang Bisaya dengan Melayu jika dinilai
dari segi cara pemakaian, raut wajah dan kebiasaan
lain. Malah, ada juga ketikanya mereka tak ubah pula
seperti Melayu Minang di Negeri Sembilan.
Bercakap mengenai ilmu kebatinan seperti diceritakan
dalam sebelum ini, wanita Bisaya juga sebenarnya
hebat dengan amalan ilmu dalaman termasuk
mengamalkan petua awet muda yang berbentuk bacaan
dan amalan.
“Wanita Bisaya kuat amalkan ilmu dalaman dan cara
mengamalkan awet muda juga berbentuk bacaan, bukan
makan herba seperti kebanyakan wanita lain,” kata
seorang lagi wanita Bisaya, Guati Samai, 49.

Dokumen yang terkait

Analisis korelasi antara lama penggunaan pil KB kombinasi dan tingkat keparahan gingivitas pada wanita pengguna PIL KB kombinasi di wilayah kerja Puskesmas Sumbersari Jember

11 241 64

Analisis korelasi antara lama penggunaan suntik KB DMPA dan tingkat keparahan gingivitis di wilayah kerja puskesmas Sumbersari Jember

0 29 71

Pengaruh penggunaan pendekatan pembelajaran kontekstual (CTL) terhadap hasil belajar Pendidikan Agama Islam; eksperimen SMPN 2 Tangerang Selatan

0 42 122

Urgensi penggunaan variasi stimulasi dalam meningkatkan motivasi belajar siswa pada mata pelajaran Ips ekonomi di Madrasah aliyah Putri Annuqayah Sumenep Madura

2 49 77

Pengaruh penggunaan media internet pada situs www.facebook.com terhadap perilaku asertif remaja (studi kasus di RW.05 Kel.Semanan Kec.Kalideres Jakarta Barat)

3 16 81

Pengaruh penggunaan model pembelajaran creative problem solving: CPS termodifikasi terhadap hasil belajar siswa pada konsep hukum newton tentang gravitasi

3 36 0

Efektivitas penggunaan audio visual sebagai media pembelajaran pendidikan agama islam di SD Islam Al-Azhar 12 Cikarang -Bekasi

0 26 99

Prosedur penggunaan anggaran untuk pembiayaan belanja rutin pada kantor Pusat Pengembangan Penataran Guru (PPG)-IPA Bandung

0 6 77

Analisa perancangan sistem informasi surat ijin penunjukkan dan penggunaan tanah (SIPSIPPT) di Dinas Perumahan dan Pemukiman Kota Bandung : laporan kerja praktek

2 31 54

Sistem komputerisasi penerbitan IPPT (ijin peruntukan penggunaan tanah) pada Dinas Tata Kota-Kota Bandung

0 10 44