PERKEMBANGAN EKONOMI KOLONIAL 1874 1900

PERKEMBANGAN EKONOMI KOLONIAL 1874-1900
1.0)

PENGENALAN

Malaysia yang dibincangkan di sini ialah merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak
dan Sabah. Kolonialisme atau juga dikenali penjajahan merupakan satu dasar atau amalan oleh
sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara yang lain.[1] Bagi pendapat
J.A Habson pula, Kolonialisme berlaku sekiranya sesuatu bangsa atau negeri mengembangkan
kuasa dan pengaruhnya melalui penghijrahan rakyatnya kepada sesuatu kawasan atau jajahan
baru di seberang laut yang belum diterokai atau diduduki orang lain.[2]

Hal ini memjelaskan bahawa dasar kolonialisme yang dilakukan British di Malaysia ialah satu
dasar untuk mengeksploitasi rakyat dan sumber daya sesuatu bangsa demi kepentingan Negara
induk iaitu British.[3] Jika diteliti makna ‘colonialism’ dalam istilah Bahasa Malaysia ianya
membawa dua makna iaitu yang pertama ekploitasi dan penindasan tanah jajahan oleh sesebuah
kerajaan sama ada barat atau asia yang mempunyai tanah jajahan. Kedua, keadaan kerajaankerajaan Melayu lama yang mempunyai tanah jajahan dan daerah-daerah tertakluk kepada
rajanya.[4]

2.0)


2.1

PERTANIAN

Tebu dan Kopi

Pada era zaman kolonial di Tanah Melayu penanam tebu dan kopi di Tanah Melayu telah
diperkenalkan. Hal ini jelas apabila dari semua tanaman yang diusahakan oleh orang-orang
Eropah, hanya tebu dan kopi sahaja yang boleh dikatakan Berjaya.[5] Tebu menjadi industri yang
bermodal besar dibawah kuasa Eropah dan nampaknya mempunyai masa depan yang cerah pada
masa itu. Usaha orang-orang Cina pada masa awal-awal menanam tebu dan penyertaan
penanam-penanam tebu yang berpengalaman dari Mauritius menjamin tanaman ini sebagai usaha
komersial. Bagaimanapun, menjelang 1905, penanaman tebu semakin merosok di Seberang Perai
dan Perak. Pada tahun 1911, jumlah kawasan yang ditanami tebu di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (NNMB) dalam daerah Kerian di Perak hanya 8400 hektar. Dua tahun kemudian di
Seberang Perai, kawasan yang ditanami tebu merosok kepada 12.4 hektar. Sebab utama
kemerosotan ini, terutama di daerah Kerian, ialah perubahan dasar kerajaan mengenai pertanian.
Pada tahun-tahun 1980-an, pihak berkuasa kolonial memutuskan untuk meluaskan penanaman
padi sawah dan membiayai rancangan tali air tetapi malangnya kawasan-kawasan yang didapati
sesuai bagi rancangan-rancangan itu melibatkan tanah yang telah ditanami tebu. Terdapat sebab

lain kemerosotan industri gula, namun pukulan terakhirnya ialah disebabkan keuntungan besar
yang didapati dari getah sebagai tananam eksport.

Selepas itu, tanaman kopi berbeza berbanding dari tananm tebu. Pada akhir abad ke-19 dan awal
abad kurun ke-20, penanaman kopi terbukti telah menguntungkan. Penanaman kopi secara besarbesaran di Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor adalah seluruhnya usaha orang-orang
Eropah dengan sebilangan besar mereka yang dulunya peladang-peladang kopi di Ceylon (Sri
Lanka). Kopi telah menjadi sebagai tanaman komersial pertama yang boleh hidup dengan baik di
kebanyakan tempat di Tanah Melayu. hal ini telah menarik begitu banyak modal pengurusan dan
membawa masuk ramai buruh Tamil dan Jawa ke beberapa tempat di Semenanjung. Oleh sebab
penanaman kopi memuaskan dan matlamat kerajaan hendak menegakkan perusahaan pertanian
Eropah yang stabil secara besar-besaran, maka kerajaan sendiri telah bertindak untuk membantu
operasinya. Peladang-peladang kopi telah mendapat syarat-syarat yang baik mengenai
pengambilan tanah. Setelah itu kebun-kebun perseorangan telah menjadi syarikat-syarikat besar.
Namun menjelang dekad pertama kurun ke-20, ramai peladang eropah meninggalkan kopi untuk
menanam getah kerana usaha yang singkat serta waktu yang kurang untuk mendapat hasil. Hal
ini getah telah menjadikan industri kopi merosot.[6]

2.2

Getah


Pokok getah berasal dari Brazil. Sir Henry Wickham berjaya membawa sejumlah biji
getah ke England. Biji-biji getah tersebut disemai di Royal Botanical Garden, Kew, London. Di
Singapura, pokok getah ditanam di Botanical Garden. Di Tanah Melayu pula, sebanyak Sembilan
batang anak getah mula ditanam oleh Sir Hugh Low ( Residen Perak) di halaman kediamannya
di Kuala Kangsar.[7] H.N.Ridley telah mempopularkan penanaman getah sehingga member
sumbangan seperti memperkenalkan sistem torehan ibedem atau system tulang herring pada

tahun 1897.[8] Beliau turut memperkenalkan cara mengangkut anak benih secara membungkus
dalam arang yang lembap dan keghairahan beliau menjalankan kempen “tanaman getah” dalam
kalangan peladang kopi, tebu dan gambir menyebabkan beliau digelar “Ridley Gila” atau
“Ridley Getah”.[9]

Pokok getah mula ditanam secara komersial pertama kali pada pertengahan 1890 an di
ladang-ladang yang mula-mulanya dibuka untuk tanaman seperti kopi. Para peladang kopi yang
mempunyai sumber modal sedia, tenaga pengurusan serta buruh dari India yang dibawa masuk
adalah yang mula-mula mencuba menanam getah disebabkan kemerosotan harga kopi.[10] Getah
menjadi tanaman yang ideal bagi memenuhi keperluan Eropah dan pada tahun 1897 peraturan
tanah khas telah diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk menggalakkan
penanaman padi.[11] Disebabkan peningkatan permintaan dan harga getah yang tinggi bagi

menampung pembuatan tayar banyak syarikat ditubuhkan untuk menanam getah yang ditaja oleh
firma-firma besar di Singapura seperti Guthrie dan Harrisons & Crosfield.[12]

2.3

Padi dan Gambir

Masyarakat Melayu pada zaman penjajahan British adalah berasaskan pengeluaran pertanian.
[13] Padi merupakan salah satu tanaman yang diusahankan dengan ditanam secara bendang.
Tokoh agung Melayu seperti Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba pernah mengusahakan tanaman
padi dan beberapa jenis tanaman lain ketika beliau masih kecil dan seringkali membantu ayahnya
menanam padi.[14]

Zaman kolonialisme adalah zaman berlakunya eksploitasi kekayaan, penindasan[15] bagi
golongan yang terjajah dan konsep kebebasannya adalah dalam konteks pada orang putih atau
'white man' sahaja. Pengeksploitasian ekonomi terutamanya dalam perusahaan padi khususnya
hanya menguntungkan pihak kolonial manakala masyarakat setempat pula terus ditindas dan
terus berada ditakuk lama. Malah dengan penguasaan pihak British pada zaman kolonial
menyebabkan orang-orang tempatan hilang kekuasaan seterusnya makin terhapus. Hal ini
disebabkan oleh dasar yang dilakukan oleh British yang membawa masauk orang Cina dan India

untuk penanaman getah serta lombong bijih timah. Pada asasnya, padi pada zaman kolonial
adalah untuk membekalkan makanan kepada penduduk tempatan.[16] Namun begitu padi juga
amat penting bagi British kerana bagi merupakan makanan pekerja-pekerjanya. Pada peringkat
awal penjajahan British di Negeri Melayu, beras dimport dari Siam[17] untuk menampung
bekalan makanan yang tidak mencukupi di Semenanjung Tanah Melayu yang mengalami jumlah
peningkatan penduduk.[18]

British juga telah memperkenalkan Jabatan Parit dan Tali Air yang sehingga kini wujud dikenali
juga Jabatan Pengairan dan Saliran. Hal ini bagi memudahkan pengurusan penanaman padi.
Selain itu gambir dan cengkih juga turut diperkenalkan pada zaman kolonial. Pengeluaran
pertanian secara ladang yang pertama di Malaya ialah ladang rempah ratus dan gambir. Tanaman
lain pula termasuklah tebu (di Seberang Prai pada tahun 1850-an), ubi kayu, kelapa dan kopi.
Berdasarkan analisis yang dibuat, British hanyalah ‘menggunakan’ orang Melayu untuk
kepentingan mereka sendiri supaya orang Melayu tidak berkembang pemikiran mereka dengan
membuat dasar pecah perintah seperti orang Melayu mengusahakan padi di kawasan pedalaman.