Apakah Enam Teknik Seni Kemahiran Dal

Apakah Enam Teknik Seni Kemahiran ( 艺) Dalam
Konfusianisme?
Isa Ma Zi Liang dan Tang Si Tin

1. Pengenalan:
Ajaran Konfusianisme telah diasaskan oleh konfusius iaitu Kongzi (孔子). Konfusius merupakan
seorang ahli falsafah yang sangat terkenal di Negara China. Nama sebenar beliau ialah Kung Qiu
(孔丘) iaitu Kung sebagai nama keluarga dan Qiu ialah nama beliau. Konfusius telah dilahirkan
di Zhou (周) (sekarang:Wilayah Shandong) yang terletaknya di negeri Lu pada Zaman Chunqiu
(春秋时代) China. Ayah beliau bertugas sebagai pengawai tentera di negeri Lu dan telah
meninggal dunia sewaktu Konfusius berumur tiga tahun. Konfusius berkahwin dengan Chikuan
pada umur 19 tahun dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang anak lelaki dan dua orang
anak perempuan.
Konfusius sanggup mengambil pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan penyimpan kira-kira
untuk menyara hidup mereka. Beliau memulakan pekerjaanya sebagai guru selepas ibunya
meninggal dunia pada tahun 527 S.M. Beliau mengembara dan mengajar murid-murid yang
berkumpul berhampirannya. Kemashyurannya dan sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh
negeri Lu.

Pada zaman akhiran Dinasti Zhou(1027-256 S.M.), kerajaan menghadapi masalah perebutan dan
komplot penggulingan kuasa. Konfusius mengkritik zaman itu merupakan zaman kacau-bilau

dan kurang bermoral. Beliau berpendapat bahawa cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik
orang ramai agar mereka dapat mengikut prinsip-prinsip dan ajaran-ajaran pendeta dahulu.
Beliau telah menegaskan ajaran-ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya. Selepas beberapa tahun,
ajarannya serta teorinya diluas sebar ke seluruh China oleh anak muridnya dan telah
memanfaatkan masyarakat ketika itu.
1

2. Enam Teknik Seni Kemahiran (六艺)
Kongzi pernah bekerja sebagai majistret di mahkamah Daerah Lu. Tidak lama kemudian, beliau
telah menghentikan pekerjaan ini dan menumpukan perhatiannya dengan sepenuh masa sebagai
mahaguru serta pentadbir yang menyokong falsafah duniawi. Kongzi telah meninggal dunia pada
tahun 479 S.M. Walaupun beliau telah wafat tetapi ajaran dan falsafah beliau masih lagi
diamalkan. 1
Kongzi sangat berminat terhadap ilmu pengetahuan. Selain itu, beliau juga mempunyai bakat
dalam pelbagai bidang contohnya kesenian. Dalam ajaran konfusianisme ini, Kongzi telah
memperkatakan tentang enam artistik(

艺) kemahiran yang dipraktikan dalam masyarakat Cina.

Pada masa dahulu, terdapat satu percakapan bahawa “enam artistik kemahiran dari kitab suci

menetukan segala arah”. Oleh itu, enam artistik kemahiran ini merupakan konsep yang sangat
penting dan juga turut merupakan enam kuliah yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar pada
masa itu. Pada zaman akhir Dinasti Chun Qiu, selepas Kongzi telah membina dan membuka
sekolah peribadi, dia telah meneruskan ajaran tradisional ini dan melaksanakan pendidikan ini
kepada anak muridnya. Enam artistik kemahiran yang diperkenakan oleh Kongzi ini didapati
telah dicatat dalam sebuah buku yang bernama “Zhou Li”

周礼

. “Liu yi”(

艺) dalam

Konfusianisme adalah 礼(li): (ritual), 乐(yue): (muzik), 射(she ):(teknik memanah), 御( yu ):
(tekni menunggang), 书(shu): (cara penulisan) dan 数(shu): (kemahiran penghitungan). 2

1

Feng.J.Z.(1966). Kong Zi Zhuan, Ping Dong: Da Cheng Shu Ju, hlm 3.


2

Yang.C.M. (2000). Ru Jia Wen Hua Mian Mian Guan. Ji Nan: Ji Ru Shu She, hlm 7-8.

2

(1)

Kemahiran Adat Kesopanan 礼 (Li)

Adat (Li) memang merupakan adat kesopanan yang ditekankan oleh Konfusius. Adat ini
mempunyai bentuk dan sistem yang sempurna sejak Dinasti Chou dan menekankan kehormatan
berdasarkan kekelasan masyarakat yang berlainan. Misalnya, hieraki masyarakat dikelaskan
kepada dua golangan, iaitu golongan atasan dan golangan bawahan. Terdapat lima jenis adat.
Lima adat tersebut dapat dibahagi kepada 吉(ji),凶(xiong),宾(bin), 军(jun), 嘉(jia). Adat 吉
(ji) digunakan untuk adat penyembahan, adat 凶(xiong) digunakan untuk pengembumian, adat 宾
(bin) digunakan untuk perjumpaan atau menjalinkan hubungan di antara pembesar-pembesar,
adat 军(jun) digunakan untuk pemburuan dan hal-hal tentang ketenteraan dan 嘉(jia) digunakan
untuk majlis perayaan.3


Li juga turut dapat diterjemahkan sebagai adat istiadat, ritual atau peraturan tingkah laku sosial.
Li telah memberi penyelarasan kepada kehendak manusia tetapi dalam pengertian adat istiadat
dan ritual. Li mempunyai maksud yang berlainan. Maksudnya adalah ia memberi penjernihan
kepada emosi manusia. Adat istiadat yang terpenting dalam ajaran konfusianisme adalah
pengkabungan dan pengorbanan. Karangan tentang upacara dalam ajaran Konfusianisme
mengatakan bahawa kehidupan adalah permulaan manusia manakala kematian adalah
penghujungnya. Jalan manusia akan menjadi sempurna jika permulaan dan penghujung manusia
diperlakukan dengan baik. Di samping itu, kita haruslah member layanan yang sepenuhya
kepada ibu bapa kita semasa hidup sebagai suatu tanda penghormatan bagi mereka. Kemahiran
upacara perkabungan dalam ajaran konfusianisme ialah tindakan menghiasi si mati oleh mereka
yang masih hidup. Tujuan upacara ini adalah untuk menunjukkan makna kehidupan dan
kematian, selamat jalan kepada si mati dengan rasa sedih dan hormat. Hal ini demikian kerana
upacara ini dapat melengkapi penghujung manusia. Upacara pengorbanan merupakan ekspresi
rindu kemesraan manusia. Upacara ini mewakili tahap tertinggi taat setia dan kepercayaan, cinta
dan hormat. Oleh itu, kemahiran Li dapat menujukkan kelakuan sopan dalam masyarakat. Li
juga turut merupakan ilmu tentang sistem politik, pendidikan moral, pendidikan nasionalisme,
adat istiadat kuno dan etika kehidupan harian. Li telah menyediankan golangan atasan sebagai
tapak untuk melibatkan diri dalam politik. Jadi, matlamat Li adalah menyelaraskan sistem politik
3


Yang.C.M. (2000). Ru Jia Wen Hua Mian Mian Guan. Ji Nan: Ji Ru Shu She, hlm 18.

3

dan menanam sikap memberi kehormatan kepada orang yang mempunyai status tinggi seperti
maharaja, golongan bangsawan serta pembesar-pembesar dan sebagainya.

(2)

Kemahiran Muzik 乐 (Yue)

Seni muzik adalah bidang yang telah lama berkembang dalam tamadun China. 乐(yue) termasuk
enam muzik. Ia boleh dibahagi kepada
(dashao)、

大夏

(daxia)、

大濩


(yunmen)、

云门
(dahuo)、

大武

大咸

(daxian)、

大韶

(dawu). Kenam-enam jenis muzik

ini adalah mewakili Dinasti Huang Ti(黄帝), Yao(尧), Shun(舜),Yu(禹),Tang(汤),Wu
Wang(武王).

Ajaran Konfusianisme muzik merupakan cara untuk menujukkan rasa gembira dan menjadi

hiburan kepada pendengarnya. Muzik juga dapat meningkatkan prestasi keperibadian seseorang.
Muzik dapat melahirkan golongan ilmu yang fasil dalam adat istiadat pemujaan Tuhan. Selain itu,
muzik juga turut berperanan untuk menyampaikan nasihat dan gambaran kepada penduduk.
Semasa Dinasti Tang terdapat pejabat Muzik Kemaharajaan 乐府 (yue fu) yang merupakan
tempat mengumpulkan bahan-bahan dan mengedit lagu-lagu rakyat. Terdapat dua bahagian
muzik iaitu muzik golongan atasan. Muzik rakyat merupakan asa perkembangan muzik cina.
Memang tidak menafikan bahawa muzik mempunyai hubung kait yang rapat dengan kehidupan
rakyat. Permainan muzik merupakan salah satu upacara yang penting. Golongan atasan sentiasa
menikmati pelbagai muzik yang merdu semasa upacara istiadat, ritual, jamuan dan sebagainya.
Muzik tradisional juga turut digunakan seperti
lagi. Selain itu, terdapat juga

胡 (erhu),

(qin),

音 (wu yin) iaitu lima vocal dan 十

(pipa) dan lain-lain


律 (shi er lv) iaitu dua belas

vokal.

Oleh itu, 乐 yue merupakan suatu seni kemahiran yang penting dalam kalangan enam artistik
tersebut. Kongzi juga mengajar orang ramai supaya memainkan muzik dengan elok.4

4

Yang.C.M. (2000). Ru Jia Wen Hua Mian Mian Guan. Ji Nan: Ji Ru Shu She, hlm 18.

4

(3)

Kemahiran Memanah 射 (she)

Ilmu kemahiran memanah mementingkan pembelajaran cara penggunaan busur dan panah
dalam pemanahan. Terdapat lima jenis cara memanah iaitu 百矢 (bai shi), 参连 (can lian), 剡注
(shan zhu), 襄尺 (xiang chi),


仪 (jing yi). 5

百矢 (bai shi) menujukkan bahawa apabila memanah mesti menembusi titik tengah papan
memanah itu, penggunaan tenaga yang sesuai, memanah tepat, tinggi sedikit kepala anak panah
yang berwarna putih. 参连 (can lian) adalah pada permulaan memanah sebatang anak panah,
seterusnya diikuti dengan tiga batang, semua adalah terkena kepada matlamat dan lihat pada
permukaan merupakan satu anak panah sahaja. 剡注 (shan zhu) menujukkan bahawa apabila
memanah ke papan, ekor anak panah, kelihatan condong ke depan. 襄尺 (xiang chi) bermaksud
bertolak ansur ( 让 ). Apabila pengawai dan Raja menjalankan permanahan bersama-sama,
pengawai itu tidak boleh menang dan sama rata dengan rajanya. Sebaliknya, sepatutnya biarkan
kejauhannya sebanyak satu meter.

仪 (jing yi) bemakna kempat-empat anak panah dipanah

pada nasa yang serentak, memenah tepat ke atas kawasan titik tengah, hendak disusun dengan
tepat seperti perkataan “

”. Kemahiran ini digunakan dalam peperangan dengan menggunakan


anak panah yang tajam.6

(4)

Kemahiran Menunggang Kereta Kuda 御 (Yu)

御 (Yu) bermaksud “

驭 ” (wu yu) iaitu terdapat lima teknik menunggang kereta kuda.

Antaranya ialah 鸣和鸾 (ming he luan), 逐水曲 (zhu shui qu), 过君表 (guo jun biao), 舞交衢
(wu jiao qu), dan 逐禽左 (zhu qin zuo). 7

鸣和鸾 (ming he luan) ialah loceng yang berada di atas kenderaan apabila kereta bergerak,
loceng digantung di atas kenderaan mesti berbunyi dengan serentak dan kemerduan. Ini
bermaksud kenderaan bergerak dengan stabil dan serentak. 逐水曲 (zhu shui qu) bermaksud
memandu kenderaan melalui laluan air yang bengkang-bengkong tetapi tidak jatuh ke dalam air
5

Yang.C.M. (2000). Ru Jia Wen Hua Mian Mian Guan. Ji Nan: Ji Ru Shu She, hlm 18.

http://zhidao.baidu.com/question/171122066.htm.
7
Yang.C.M. (2000). Ru Jia Wen Hua Mian Mian Guan. Ji Nan: Ji Ru Shu She, hlm 19.

6

5

tersebut. 过君表 (guo jun biao) bermaksud mempunyai dua tiang yang berdiri tegak, kenderaan
yang melalui tidak boleh menyetuh kedua-dua tiang tersebut. 舞交衢 (wu jiao qu) bermaksud
berpusing di atas jalan yang bersilang semasa memandu. Perpusingan itu hendaklah serentak dan
selaras seperti tarian. 逐禽左 (zhu qin zuo) bermaksud apabila mengeja binatang buruan, hendak
mengejar binatang tersebut ke sebelah kanan agar memudahkan penembakan bagi tuan yang
duduk di sebelah kanan dalam kenderaan ketika aktiviti pemburuan. Kemahiran ini hanya
dipelajari oleh golongan bangsawan dan pengawai-pengawai kerajaan. Selain itu, kemahiran ini
juga sangat penting kerana peperangan pada zaman itu sering berlaku. Jadi, kemahiran ini perlu
dikuasai oleh golongan lelaki.8

(5) Kemahiran Menulis 书 (shu)
Kaedah pembentukan bahasa cina berdasarkan pada
penciptaan perkataaan iaitu 象形 (xiang xing), 指

书 (liu shu). Terdapat enam jenis

(zhi shi), 会意 (hui yi) ), 形声 (xing sheng), 转注

(zhuan zhu), 假借 (jia jie). 9

象形 (xiang xing) ialah bentuk imej dan adalah suatu perkataan yang menggunakan garisan
paling mudah untuk bentuk objek tersebut. Contohnya: 月 (bulan). 指

(zhi shi) ialah tiada

objek yang diwakili. Biasanya satu gambar menjadi asas dan menambahkan sesetengah tanda
untuk memberi konsep kepada perkataan itu. Contohnya: 下 (bawah). 会意 (hui yi) ialah dua
perkataan atau ke atas bergabung menjadi satu perkataan yang dijadikan itu adalah daripada
perkataan yang digabung. Contohnya: 休 (rehat). 形声 (xing sheng) menggunakan dua perkataan
bergabung menjadi satu perkataan, satu adalah bentuk, satu adalah berbunyi. Contohnya: 江
(sungai). 转注 (zhuan zhu) ialah dua perkataan yang boleh dijelaskan pada satu makna yang
sama. Contohnya: 首 (pertama) dan 初 (permulaan). 假借 (jia jie) merupakan perkataan tersebut
mempunyai bunyinya tetapi tidak ada perkataan. Oleh itu, pinjaman daripada perkataan lain yang
sama bunyi. Contohnya: 说 (cakap) -悦 (gembira).10

8

http://zhidao.baidu.com/question/171122066.htm.
Yang.C.M. (2000). Ru Jia Wen Hua Mian Mian Guan. Ji Nan: Ji Ru Shu She, hlm 19.
10
http://ks.cn.yahoo.com/question/1307122402707.html.

9

6

(6) Kemahiran Mengira 数 (shu)
Kemahiran ini macam matematik. Terdapat sembilan teknik pengiraan iaitu Sembilan Bab
pada Seni Matematik (九章算术) dan pengarangnya ialah 周
方田

(fang tian),

bang yao
gou gu

,

栗布

均输

(li bu),

差分

(jun shu), 盈不足

(zhou gong). Antaranya ialah

(cha fen),

少广

ying bu zu

,

shao guang

,

傍要

fang cheng ,

方程

勾股

. Cara-caranya telah dilakukan untuk kehidupan seharian dan sedikit sebanyak telah

mengajar masyarakat untuk menghitung pelbagai benda. Alat untuk mengira adalah sempoa (算
盘). Pada zaman dahulu, peniaga menggunakan cara-cara ini untuk menjalankan perniagaan
mereka. Selain itu, cara penghitungan ini digunakan untuk mengukur tanah, pemungutan cukai,
penciptaan kalendar, penghitungan tentang cuaca dan musim dan sebagainya. Jelaslah bahawa
kemahiran penghitungan ini meliputi lingkungan yang amat luas dan dalam. Oleh itu, Kongzi
sangat menekankan kemahiran artistik ini.11

3. Penutup:
Kesimpulannya, enam artistik kemahiran “liu yi” memang merupakan suatu teknik yang sangat
unik dan penting dalam pendidikan lama di China. Liu Yi juga dikenali sebagai
jing) iaitu



(shi),



(shu),



(li),

(yue),





(yi),

春秋



(liu

(chun qiu).

Enam kitab ini berkaitan denhan teori pengetahuan. “Liu Yi” dengan “Liu Jing” memang
mempunyai hubung kait yang sangat rapat. Contohnya,



(shu),



(li),



(yue)

sama-sama terdapat pada kedua-dua buku tersebut. Kongzi menekankan orang ramai harus
menerima pendidikan agar menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat tersebut.

Kemahiran 礼

(li) boleh menyebabkan seseorang menjadi orang yang mengetahui tatasusila

dan bersopan santun dalam kehidupan seharian.



(yue) iaitu muzik dapat membantu

seseorang menghiburkan dan mengembirakan diri sendiri manakala teknik 射 (she) dapat
menjadikan seseorang itu menjadi berani dan pandai menggunakan kemahiran memanah dalam
aktiviti pemburuan dan peperangan. Di samping itu, iaitu 御 (Yu) dapat mempraktikan seseorang
menunggang kereta kuda dengan handal serta menunggang dalam keadaan yang baik dan
11

Yang.C.M. (2000). Ru Jia Wen Hua Mian Mian Guan. Ji Nan: Ji Ru Shu She, hlm 19.

7

selamat. 书 (shu) iaitu kemahiran menulis dapat mengajar seseorang mengenali pelbagai
perkataan dan menambahkan ilmu pengetahuannya. 数 (shu) ialah kemahiran mengira yang
amat berguna dalam pelbagai bidang misalnya bidang perniagaan, bidang astronomi seperti
penciptaan kalendar, peruntukkan alam semula jadi dan lain-lain lagi.
Oleh itu, kemahiran “Liu Yi” telah menjadi sesuatu isi dan ilmu yang asas bagi pembentukan
ajaran Konfusianisme. “Liu Yi” juga turut mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap
generasi baru.

Sumber Rujukan:
Sumber buku:
(1) Feng.J.Z . (1966). Kong Zi Zhuan, Ping Dong: Da Cheng Shu Ju.
(2) Yang.C.M. (2000). Ru Jia Wen Hua Mian Mian Guan. Ji Nan: Ji Ru Shu She.
(3) Li. S. (1992). Zhong Guo Ru Jiao Shi Shang Juan. Shang Hai Ren Min Chu Ban She.
Sumber internet:
http://.wenwen.soso.com/z/q176100090.htm.
http://zhidao.baidu.com/question/171122066.htm
http://ks.cn.yahoo.com/question/1307122402707.html

8