Kemudian dia berkata kepada raja; “Sesungguhnya kamu tidak boleh membunuh aku sehingga kamu melakukan apa yang aku suruh.” Raja berkata; “Apakah dia?” ghulam menjawab; “Kamu kumpulkan orang ramai di suatu kawasan

IMAN DAN HARAKAH

  Ringkasan daripada iman dan harakah –Hisyam Soqr (Terjemahan Ustaz Mohd Asri Hashim)

  Di antara perkara badihi (iaitu kewujudan dan penerimaan terhadapnya tidak memerlukan kepada sebarang dalil) dalam aqidah Islam ialah Allah SWT telah mengakhirkan semua syariat dengan turunnya syariat Islam. Dengan itu, menjadi perkara badihi juga bahawa syariat Islam ialah syariat yang akan kekal sehingga hari kiamat. Ia terpelihara disebabkan pemeliharaan yang dilakukan Allah. Pemeliharaan tersebut berlaku dengan pemeliharaan Al-Quran. Itulah kitab mukjizat yang tidak mempunyai sebarang kebatilan. Pemeliharaan juga berlaku dengan terpeliharanya sunnah Rasulullah yang merupakan penjelas dan penerang. Begitu juga dengan asas-asas yang menjadi tunggak kepada kebanyakan hukum syarak.

  

“Ketahuilah, sesungguhnya aku diberikan al-Kitab (al-Quran) dan seumpamanya”

Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah

  Pemeliharaan tidak hanya mencukupi dengan terpeliharanya perkara tersebut. Ia tidak mencukupi sehinggalah ia dihayati oleh rijal dan sehingga ia berperanan di dalam realiti kehidupan manusia. Sebab itu pemeliharaannya merangkumi pemeliharaan terhadap contoh-contoh yang menghidupkan nas-nas syariat. Selepas itu, manusia akan hidup berdasarkannya.

  

Sabda Rasulullah SAW: “akan sentiasa ada segolongan daripada umat ini yang

melaksanakan arahan Allah. Orang yang tidak bersama mereka tidak dapat

mendatangkan kemudaratan kepada mereka sehinggalah Allah mendatangkan

keputusan-Nya sedangkan mereka berada di dalam keadaan demikian.”

  

Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Ibnu Majah

  Selagi al-Kitab dan as-Sunnah terpelihara sehingga hari kiamat dan selagi contoh yang bercirikan alim, ‘amil dan daie terpelihara sehingga hari kiamat, maka tidak hairanlah jika nas-nas tersebut amat berhajat kepada golongan yang disebutkan oleh hadis di atas dalam setiap perkara yang memerlukan kepada beriltizam kepada agama dan berdakwah kepadanya. Di antara nas-nas yang menarik dan mengandungi banyak unsur pengajaran ialah ‘Hadis Sihir, Ghulam dan Rahib’. Ia bolehlah dianggap sebagai kisah dakwah atau sebagai hikayat Iman yang telah berlaku sekian lama.

  

Haddab bin Khalid menceritakan kepada kami daripada Hammad bin Salamah

daripada Sabit bin Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa Rasulullah

SAW bersabda:

“Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir.

  

Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; “Usiaku telah lanjut,

berilah kepadaku seorang ghulam (budak/ remaja) untuk aku ajarkan kepadanya

ilmu sihir.” Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir

kepadanya. Di perjalanannya menuju kepada ahli sihir terdapat seorang rahib.

Maka ghulam bertemu dengannya, mendengar pengajarannya dan tertarik

dengannya. Setiap kali ghulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan

bertemu dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir, dia akan dipukul. Lalu dia

mengadu perkara tersebut kepada rahib. Rahib menjawab; “ Apabila kamu takut

kepada ahli sihir, maka katakanlah; Keluargaku menyebabkan aku pulang lewat.

Apabila kamu takut kepada keluargamu, maka jawablah; Ahli sihir menyebabkan

aku pulang lewat.” Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia

bertembung dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang

ramai. Ketika itu, ghulam tersebut berkata; “Pada hari ini, aku akan mengetahui

adakah ahli sihir yang lebih afdal ataupun rahib yang lebih afdal.” Maka dia

  

mengambil seketul batu lalu berdoa; “Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu

sukai daripada urusan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai

dapat lalu-lalang.” Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang

ramai dapat lalu lalang.

  Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Maka rahib berkata,

“Wahai anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnya

aku melihat bahawa urusanmu telah sampai kepada satu peringkat. Kamu akan

diuji. Sekiranya kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang aku.” Ghulam

tersebut mempunyai kebolehan untuk mengubati penyakit buta sejak lahir, sopak

dan dia juga mengubati berbagai lagi penyakit.

  Seorang pembesar diraja yang sentiasa bersama raja telah mendengar kisah

kebolehan ghulam. Beliau adalah seorang buta. Lalu beliau mendatanginya dengan

membawa hadiah yang banyak. Beliau berkata; “Semua yang aku kumpulkan ini

adalah untuk kamu sekiranya kamu dapat menyembuhkan aku.” Ghulam

menjawab; “Aku tidak boleh menyembuhkan seseorang pun. Yang menyembuhkan

hanyalah Allah. Apabila kamu beriman kepada-Nya, aku akan berdoa kepada-

Nya, maka Dia akan menyembuhkan kamu.” Lalu beliau beriman, maka Allah

menyembuhkan penyakitnya. Kemudian beliau mendatangi majlis raja. Beliau

duduk di sisi raja sebagaimana sebelumnya. Raja berkata kepadanya; “wahai Fulan,

siapakah yang telah mengembalikan penglihatanmu?” Beliau menjawab;

“Tuhanku.” Raja bertanya lagi; “Apakah kamu mempunyai tuhan selainku.” Beliau

menjawab; “Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” Beliau terus menerus diseksa

sehinggalah beliau menceritakan tentang ghulam. Maka ghulam pun dibawa

menghadap. Raja berkata kepadanya; “Wahai anakku, sesungguhnya sihir kamu

telah sampai peringkat dapat menyembuhkan penyakit buta, sopak dan berbagai

lagi yang kamu lakukan.” Ghulam menjawab; “Aku tidak boleh menyembuhkan

sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah.” Maka dia pun diseksa. Dia terus

menerus diseksa sehinggalah dia menceritakan tentang rahib. Maka rahib dipanggil

lalu dikatakan kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Rahib enggan berbuat demikian

lalu dibawa gergaji dan diletakkan di tengah-tengah kepalanya sehinggalah

tubuhnya terbelah dua.

  Kemudian dibawa pembesar diraja dan dikatakan kepadanya; “Tinggalkan

agamamu.” Dia enggan lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepalanya

sehinggalah tubuhnya terbelah dua. Selepas itu ghulam dibawa dan dikatakan

kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Dia enggan lalu dia diserahkan kepada

sekumpulan tentera raja. Raja berkata; “pergilah kamu semua membawanya ke

bukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai ke kemuncaknya, jika dia

meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak, maka

campakkanlah dia. Mereka pergi membawanya dan mendaki bukit tersebut.

Ghulam pun berdoa; “Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu

sukai.” Lalu bukit bergoncang dan mereka semua jatuh. Ghulam pun pulang untuk

menemui raja. Raja berkata kepadanya; “apakah yang telah dilakukan oleh kawan-

kawan kamu?” ghulam pun menjawab; “Allah telah menyelamatkan aku daripada

mereka.” Lalu dia dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain. Raja berkata;

“pergilah kamu semua membawanya ke sampan. Bawalah dia ke tengah lautan,

jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika

tidak,campakkan dia ke laut. Maka mereka pergi membawa ghulam lalu dia

berdoa; ; “Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai.” Maka

sampan pun terbalik dan mereka semua tenggelam. Ghulam pun pulang untuk

menemui raja. Raja berkata kepadanya; “apakah yang dilakukan oleh kawan- kawan kamu?” dia menjawab; “Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.”

  Kemudian dia berkata kepada raja; “Sesungguhnya kamu tidak boleh

membunuh aku sehingga kamu melakukan apa yang aku suruh.” Raja berkata;

“Apakah dia?” ghulam menjawab; “Kamu kumpulkan orang ramai di suatu kawasan

  

lapang dan kamu salibkan aku pada sebatang pokok. Kemudian kamu ambil anak

panahku daripada bekasnya, dan letakkan pada busarnya. Selepas itu sebutlah

“Dengan Nama Allah, Tuhan ghulam,” dan panahlah aku. Sekiranya kamu

melakukan sedemikian, kamu boleh membunuhku.” Maka raja pun mengumpulkan

orang ramai di suatu kawasan lapang, menyalibnya pada sebatang pokok,

kemudian mengambil anak panah kepunyaan ghulam daripada bekasnya dan

meletakkan pada busarnya. Selepas itu raja berkata; “Dengan Nama Allah, Tuhan

ghulam,” sambil melepaskan anak panah menuju sasarannya. Anak panah tersebut

kena pada bahagian di antara mata dan telinga ghulam lalu dia meletakkan

tangannya pada tempat panahan dan meninggal. Orang ramai pun berkata; “Kami

beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman

dengan Tuhan ghulam.” Maka raja pun datang dan dikatakan kepadanya; “Apakah

tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah

menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman.” Lalu raja memerintahkan

supaya digali parit dan dinyalakan api. Raja berkata; “Sesiapa yang tidak kembali

kepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya.” Mereka pun

melaksanakan perintahnya sehingga datang giliran seorang perempuan dengan

membawa bayinya. Dia berhenti kerana takut untuk terjun ke dalam api. Lalu

bayinya berkata; “Wahai ibu, bersabarlah, sesungguhnya ibu berada di atas

kebenaran.”

  

Sahih Imam Muslim.

  Firman Allah;

“Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit. (Parit) api yang dipenuhi

bahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. Dan mereka

menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang yang beriman. Dan

mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin melainkan kerana mereka beriman

kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha terpuji.”

  

(Al-Burujj : 4-8)

HURAIAN HADIS

  

“Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir.”

  1) Nabi SAW tidak menyebut masa, tempat dan nama peribadi yang terlibat dalam kisah ini. Ini supaya yang tinggal hanyalah pengertian (ma’ani) hadis dan hadis kekal dalam keumumannya; tidak dikaitkan dengan masa dan tempat. Dan supaya pengalaman dakwah yang dapat dicungkilkan daripada kisah dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat sehingga berlakunya kiamat.

  2) Nabi SAW telah menghubungkan pengalaman ini dengan realiti dakwah dan . Ini seolah-olah jamaah di zaman baginda melalui sabdanya “sebelum kamu”

  Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat dan muslimin selepas mereka; “ini adalah kisah saudara kamu di sisi Allah di zaman dulu. Inilah pengalaman mereka menghadapi kebatilan. Belajar dan ambillah pengajaran yang terdapat di dalamnya.”

  3) Nabi SAW menjelaskan dalam hadis di atas bahawa sistem pemerintahan dalam masyarakat tersebut adalah sistem yang rosak. Ini disebabkan ia dibina di atas hawa nafsu dan kezaliman. Di sana terdapat raja yang menegakkan kerajaannya di atas asas sihir, tukang nujum dan paksaan. Kerajaan yang tertegak di atas asas-asas tersebut tidak akan berjaya selama-lamanya di dunia dan di akhirat.

  Sesungguhnya semua sistem pemerintahan yang tidak dibina berdasarkan syariat langit dan hukum Allah, maka ia semestinya akan terbina berdasarkan hawa nafsu dan kezaliman sekalipun bentuknya adalah berbagai-bagai, sekalipun dilakukan dalam bentuk undang-undang dan teori-teori yang menipu. Perkara ini berlaku pada zaman moden ini di semua negara (Islam atau pun bukan Islam).

  

Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; “Usiaku telah lanjut,

berilah kepadaku seorang ghulam (budak/ remaja) untuk aku ajarkan kepadanya

ilmu sihir.” Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir

kepadanya.

  1) Hadis di atas menampakkan keprihatinan ahli sihir dan kebimbangannya daripada hilangnya ilmu sihir dan kedudukannya di dalam sistem pemerintahan. Oleh itu dia mengingatkan usianya yang lanjut kepada raja dan meminta seorang ghulam untuk dia mengajar ilmunya itu supaya risalah sihirnya berpanjangan dan penguasaannya terhadap negara berterusan. Ia tidak akan berkubur dengan matinya ahli sihir.

  2) Ahli sihir telah meminta ghulam yang mempunyai ciri-ciri khusus iaitu mempunyai kemampuan untuk memahami, cerdik, bijak dan bersedia untuk menerima ilmu dan pengajaran. Ini kerana setiap tugas dan pekerjaan terdapat mereka yang layak memikulnya. Semakin besar tugas, susah dan penting, maka ciri-ciri yang sesuai dengannya adalah lebih tinggi mendalam dan kuat.

  3) Raja telah memperkenankan permintaan ahli sihir. Dia telah memilih seorang ghulam yang sesuai dan menghantarnya kepada ahli sihir supaya dia belajar daripadanya.

  Pengajaran di sudut dakwah

  1) Ahli batil banyak berkorban dan mencurahkan tenaga mereka untuk menjayakan kebatilan mereka. Golongan sosialis berusaha menyebarkan akidah mereka yang sesat. Mereka berkorban, dipenjara dan berjuang kerananya. Golongan Kristian pula sanggup menjelajahi hutan belantara dan kawasan padang sahara demi mengajak manusia kepada akidah mereka yang batil dan menyeleweng. Negara-negara Kristian membelanjakan harta dan jiwa untuk menjaga dan menyebarkan agama mereka. Golongan Yahudi pula bekerja siang dan malam, bergerak di seluruh dunia untuk menguasai dunia secara terang-terangan tanpa segan-silu lagi. Di manakah muslimin dalam hal ini? Sedangkan merekalah pembawa obar-obar kebenaran yang jelas dan al-Quran yang mulia. Apakah mereka terdiri daripada pemerintah yang zalim dan fasik, kafir yang keluar dari agama, ataupun mereka adalah pemaksiat yang bergelumang dengan dosa dan noda, dan orang-orang jahil pendokong dajal dan khurafat. Mereka adalah majoriti dan pembawa kebenaran adalah minoriti. Sebahagian mereka pula hanya bersembahyang dan berpuasa. Selepas itu, mereka tidak pedulikan apa yang berlaku. Yang lain pula hanya sibuk bercakap tanpa beramal. Golongan daie pula sedikit, tapi malangnya mereka sibuk bercakaran sesama sendiri. Sepatutnya mereka memusatkan tenaga menghadapi kebatilan yang mengepung dan memerangi mereka. Mereka hendaklah meneliti kembali hati-hati mereka, nasib mereka, realiti kehidupan mereka dan mereka hendaklah cepat-cepat kembali kepada Allah sebagai seorang pekerja, pejuang dan hanya menjadikan Allah sebagai tujuannya dengan mengenepikan semua selainnya.

  Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan kepada kamu suatu

perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu

beriman kepada Allah dan rasul-Nya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan

  

harta benda kamu dan diri-diri kamu. Itulah yang lebih baik kepada kamu, sekiranya

kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan

memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan

(memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik dalam syurga Adn’. Itulah

keuntungan yang besar. Dan yang lain kamu sukai (ialah) pertolongan dari Allah

dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira ini

kepada orang-orang mukmin. Wahai orang-orang beriman, jadilah kamu penolong-

penolong (agama) Allah sepertimana Nabi Isa Ibni Maryam berkata kepada

pengikut-pengikutnya: “Siapakah yang menjadi penolong-penolongku (untuk

menegakkan agama) Allah?”, penolong-penolongnya menjawab: “Kamilah

penolong-penolong (agama) Allah”, maka berimanlah segolongan dari Bani Israel

dan segolongan lagi kufur. Maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang

beriman ke atas musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang

menang.

  

(As-Saf : 10-14)

  2) Peranan generasi baru dan pemuda dalam membawa sebarang bentuk dakwah dan ideologi adalah terlalu besar bahkan merekalah sebagai tiang seri dan bekalannya. Oleh itu, prihatin terhadap mereka, mendidik dan menyediakan mereka untuk membawa risalah dakwah dan jihad adalah tidak boleh diabaikan. Ahli sihir (contoh ahli batil) memahami pengertian ini. Dia tidak meminta daripada raja seorang yang telah berusia dan tua tetapi yang dipinta adalah seorang ghulam. Ini disebabkan pemuda dan generasi baru mempunyai kemampuan untuk menerima, belajar, diberi tunjuk ajar dan tarbiah. Juga kerana mereka mudah untuk mengubah tradisi dan adat serta kefahaman mereka. Begitu juga kerana kemampuan yang tinggi dan kekuatan semangat sebagai penolak untuk bergerak yang mereka miliki. Keruntuhan sesebuah bangsa atau masyarakat adalah berpunca dari runtuhnya akidah dan rosaknya pemuda mereka. Ustaz Hassan al-Banna telah berkata; “Sesungguhnya fikrah akan berjaya apabila keyakinan kepadanya

  kuat, keikhlasan dalam membawanya sempurna, semangat dalam memperjuangkannya meningkat dan adanya kesediaan untuk berkorban dan bekerja demi merealisasikannya. Keempat-empat rukun ini iaitu keyakinan, keikhlasan, semangat dan bekerja hampir-hampir menjadi ciri-ciri pemuda. Ini kerana asas keyakinan ialah akal yang cepat memahami, asas ikhlas ialah hati yang bersih, asas semangat ialah kuat kehendak, asas bekerja ialah muda keazaman. Kesemua ini tidak dimiliki kecuali pemuda.”

  “Di perjalanannya menuju kepada ahli sihir terdapat seorang rahib. Maka ghulam

bertemu dengannya, mendengar pengajarannya dan tertarik dengannya.”

  Mereka yang memerhati petikan ini akan menimbulkan persoalan di mindanya; “Bagaimanakah hubungan antara ghulam dan rahib mula terjalin?” untuk menjawabnya, di sana ada beberapa kemungkinan,

  1. Ghulam, ketika dalam perjalanannya memerlukan sesuatu atau berhajatkan pertolongan seperti minuman, makanan, tempat berehat dan berteduh dan sebagainya. Maka dia mendapati rumah rahib atau ada orang yang menunjukkan kepadanya. Dengan itu rahib pun memberikan pertolongan yang diperlukan dan melayannya dengan baik serta melakukan perbincangan dengannya. Maka ghulam berasa senang hati terhadap rahib tersebut. Jiwanya mula tertarik kepada rahib itu dan dia mula menghadiri majlis rahib dan mendengar pengajarannya.

  2. Rahib memerhatikan ghulam yang setiap hari melalui jalan yang berhampiran dengan rumahnya. Kemungkinan dia bertanya kepada orang ramai mengenai ghulam tersebut, keadaannya dan keluarganya. Dengan itu dia merancang untuk berkenalan dan mengikuti perkembangannya. Suatu ketika datanglah peluang yang dinantikan. Maka rahib menggunakan peluang tersebut untuk melayannya dengan baik, berbual dan berbincang dengannya sehinggalah ghulam merasa senang hati dengan rahib. Dengan itu, ghulam pun sentiasa menemuinya dan mendengar pengajarannya.

  3. Ghulam telah mendengar beberapa syubhat (kekeliruan) atau tohmahan yang disebarkan oleh orang ramai terhadap rahib yang sedang beribadat itu. Ataupun mereka memberi amaran kepadanya supaya tidak berjumpa dengan rahib disebabkan dia sentiasa melalui jalan yang berdekatan dengan rumah rahib. Oleh kerana perkara yang diceritakan adalah keterlaluan, maka ghulam dengan sengaja datang berjumpa rahib untuk mengetahui hakikat yang sebenar. Maka rahib berkenalan dengannya, melayannya dengan baik, bercakap dan berbincang dengannya sehingga dia merasa senang hati dengan rahib dan tertarik kepadanya.

  Pengajaran di sudut dakwah

  1) Daie wajib berlemah lembut dengan orang ramai. Kalau tidak dia akan bersikap kasar dan keras hati. Dengan itu, dia sendiri yang memusnahkan benih-benih penerimaan dan sokongan orang ramai. Natijahnya, daie akan tersisih daripada orang ramai sedangkan merekalah sasaran dakwah para daie. Dengan itu juga, daie telah menghalang dirinya daripada mendapat ganjaran yang besar bahkan apa yang diperolehi ialah dosa sekiranya orang ramai bertindak menentang dakwah. 2) Daie wajib menggunakan peluang yang ada dengan baik dalam hubungannya dengan orang ramai. Ini bertujuan untuk membina hubungan dengan mereka dan mengeratkan serta mengukuhkannya. Daie hendaklah menggunakan peluang yang ada untuk kepentingan orang ramai dan kepentingan dakwah dengan cara mengajar mereka kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran serta memindahkan mereka daripada golongan pemaksiat kepada golongan mukminin yang sentiasa berusaha melakukan ketaatan dengan izin Allah, kelebihan dan taufik- Nya. 3) Daie tidak sepatutnya merasa sempit dada ketika mendengar syubhat dan penipuan serta tohmahan yang dilontarkan kepadanya. Semua ini kadang- kadang boleh menjadikan manusia tertarik dan memberi sokongan kepadanya apabila mengetahui hakikat yang sebenar dan akhlaknya. Ini juga akan membawa seseorang untuk meminta penjelasan terhadap hakikat yang sebenarnya.

  

“Setiap kali ghulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan bertemu

dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir, dia akan dipukul. Lalu dia mengadu

perkara tersebut kepada rahib. Rahib menjawab; “ Apabila kamu takut kepada ahli

sihir, maka katakanlah; Keluargaku menyebabkan aku pulang lewat. Apabila kamu

takut kepada keluargamu, maka jawablah; Ahli sihir menyebabkan aku pulang

lewat.”

  1) Mad’u hendaklah bersabar ketika menuntut ilmu, bersabar lantaran panjangnya tempoh tarbiah, bersungguh-sungguh dan sangup bersusah- payah, sentiasa mendampingi mereka yang sepatutnya didampingi sebagaimana yang dilakukan oleh ghulam terhadap rahib. Dia telah berjumpa rahib sebanyak dua kali sehari yang menyebabkan kelewatannya. 2) Kita dapat perhatikan dalam petikan hadis ini bahawa beberapa kefahaman terhadap tarbiah telah tersebar luas dalam masyarakat (sekalipun mereka berada dalam kekufuran dan kesesatan). Ahli sihir memukul ghulam kerana kelewatannya dan tidak beriltizam dengan waktu yang ditentukan. Begitu juga dengan keluarga ghulam. Pada zaman ini juga, kita dapati terdapat beberapa peraturan dan adab-adab umum di negara kafir. Mereka telah menghayatinya demi kebaikan masyarakat dan negara mereka. Sedangkan kita masih jauh daripada melaksanakannnya. Ini menyebabkan ramai yang terfitnah termasuklah anak-anak umat Islam. Menjadi kewajipan kepada semua muslimin (terutamanya golongan daie) mengambil berat semua aspek pentarbiahan akhlak dan tindak-tanduk. Mereka semestinya menganggap sebagai bahagian asasi dan salah satu rukun tarbiah. Begitu juga dalam pembinaan peribadi muslim.

  3) Pukulan yang diterima oleh ghulam adalah sebahagian daripada ujian dan cubaan. Mad’u semestinya sanggup mengorbankan waktu, tenaga dan harta demi mempelajari dakwah dan tarbiah berdasarkan kefahamannya yang betul. Setiap kali usaha yang dicurahkan lebih besar, maka hasilnya adalah lebih bermakna dan tarbiah adalah lebih mendalam. 4) Daie yang bercirikan murabbi semestinya membezakan di antara aduan yang berbentuk meinta keuzuran dan meninggalkan tanggungjawab dan aduan yang benar-benar ingin menjaga dakwah dan melepasi halangan yang membantut usaha dakwah. Kedua-dua bentuk aduan ini tidak dapat dibezakan kecuali daie yang cerdik, berpengalaman dan berfirasat. Mutabaah yang bersungguh-sungguh disertai dengan pergaulan mesra dapat membantu daie dalam bertindak dan membuat keputusan.

  5) Sekalipun tekanan yang dihadapi ghulam hasil pukulan yang dikenakan oleh ahli sihir dan keluarganya disebabkan kelewatannya, dia masih lagi mampu menyembunyikan agama barunya yang benar dan hubungannya dengan rahib daripada pengetahuan orang ramai. Lidahnya tidak sesekali menuturkan perkara tersebut walaupun dengan satu perkataan, atau pun bertindakbalas secara tidak disedari yang menyebabkan terbongkar sebahagian atau semua yang berlaku. Ini merupakan bukti betapa mendalamnya tarbiah yang diberikan oleh rahib kepadanya dan baiknya penerimaan ghulam serta iltizamnya. 6) Kita juga dapat perhatikan bahawa rahib tidak memberhentikan pertemuannya dengan ghulam, atau mengurangkannya kerana bimbangkan kesulitan. Sebaliknya beliau mencari jalan penyelesaian dalam bentuk lain yang tidak memberi kesan terhadap hubungan dakwah dan tarbiah yang sedia terjalin. Daie semestinya tidak merasa tertekan dan memandang remeh ketika menghadapi sebarang suasana terhadap pertemuan-pertemuan tarbiah atau mencuaikannya. Sebaliknya, daie semestinya menyelesaikan masalah tersebut tanpa menggadaikan amalan dan bekalan harian, bekalan pemikiran dan bekalan harakah untuk daie dan mad’u.

  Pengajaran di sudut dakwah.

  1) Pertemuan di antara rahib dan ghulam berlaku dua kali sehari. Pertemuan- pertemuan ini memberikan pengajaran kepada kita terhadap kepentingan tarbiah tertumpu dan intensif serta hubungan yang mesra untuk sampai kepada kualiti yang diingini. Ia juga memberi pengajaran kepada kita betapa pentingnya memahami suasana yang dihadapi oleh mad’u dan kesan terhadap mereka serta menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

  2) Hubungan di antara mad’u dan daie adalah berbentuk dua hala dan bukan hanya terbatas kepada urusan dakwah sahaja. Mad’u perlulah sentiasa diminta supaya menceritakan berkenaan diri dan masalah peribadinya lebih- lebih lagi masalah dakwah kepada daie untuk dia mengetahui suasana- suasana yang dihadapi oleh mad’u dan mengemukakan jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Ini juga dapat membantu diae untuk melakukan pergaulan sempurna dengannya dan menyempurnakan jalan tarbiah bersamanya.

  3) Daie sepatutnya hidup bersama-sama mad’u. Daie hendaklah merasakan bahawa mad’u adalah pintu yang besar untuk mendaptkan pahala dan dia adalah teman rapatnya dalam perjalanan menuju jihad di jalan Allah. Dengan itu, daie akan mentarbiah, memberi peringatan, menolong, menyelesaikan masalah peribadi dan dakwah mad’u sekadar yang termampu dilakukan. Imam Syahid Hasan al-Banna telah menyifatkan seorang mujahid dengan terperinci. Beliau berkata; “Saya menggambarkan seorang mujahid sebagai

  individu yang telah mempersiapkan bekalannya, telah mendapatkan kesedarannya dan apa yang tersemat di jiwa dan terbuku di hatinya menguasai dirinya. Oleh itu beliau adalah seorang yang sentiasa berfikir, tersangat mengambil berat, sentiasa bersedia, apabila dipanggil dia menjawab, apabila diseru dia menyahut. Pergi dan pulangnya, percakapan dan perbualannya, kesungguhan dan berguraunya tidak melebihi apa yang ditetapkan olehnya untuk dirinya sendiri. Kerjanya hanyalah menunaikan segala tanggungjawab yang dihalakan kepadanya segala kehidupan dan kehendaknya. Dia sentiasa bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Kamu dapat membaca melalui raut wajahnya, melihat melalui kilauan kedua matanya dan mendengar daripada tutur katanya kedukaan yang membara dan kepedihan yang tersembunyi di dalam hatinya, keazaman yang benar yang melimpah dari jiwanya dan semangat yang berkobar-kobar serta matlamat yang jauh.”

  4) Pengajaran lain ialah penyelesaian yang dianjurkan oleh rahib kepada ghulam iaitu yang berhubung dengan menolak kefasadan dan mendapatkan maslahah (manfaat). Rahib telah menyuruh ghulam berbohong kepada ahli sihir dan keluarganya untuk menyelamatkannya daripada kesakitan yang benar-benar dirasainya. Imam Nawawi telah membuat komentar terhadap hadis ini dengan katanya; “Hadis ini mengandungi hukum harus berbohong ketika dalam peperangan dan seumpamanya dan ketika ingin menyelamatkan diri daripada binasa atau orang lain. Iaitu diri yang diharamkan daripada dibunuh.”

  

Daripada Ummu Kalsum binti ‘Utbah katanya: Aku tidak mendengar Rasulullah

memberi kebenaran untuk berbohong kecuali dalam peperangan, menyelesaikan

perbalahan di antara manusia, perbualan suami dengan isterinya dan perbualan

isteri dengan suaminya.

  

Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud

  Dr Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Majmu’ Buhuth Fiqhiyah dalam kajiannya mengenai Dhorurah Dalam Syariat Islam di bawah tajuk “Harus berbohong dan bersumpah dusta kerana dhorurah.” Beliau berkata;

  Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya juga telah meriwayatkan daripada ahli fikah di kalangan tabie’n mengenai harusnya berbohong dan bersumpah dusta demi menyelamatkan nyawa dan harta pelakunya atau pun nyawa atau harta orang lain daripada tindakan si zalim dan seumpamanya. Riwayat-riwayat tersebut merupakan peninggalan fikah lama yang telah berjaya membongkar salah satu sudut yang penting daripada fikah Islam di dalam menghadapi realiti kehidupan. Ia juga menunjukkan bagaimana fikah Islam mengambil kira niat manusia dan kesudahan sesuatu perbuatan. Antara riwayat yang disebut dalam tafsir al-Qurtubi ialah apa yang telah dinyatakan oleh Hassan al-Basri (r.a) sebagai jawapan terhadap pertanyaan yang diajukan kepadanya. Hassan al-basri telah ditanya mengenai sultan zalim yang meminta seorang lelaki bersumpah atau dia menunjukkan tempat persembunyian orang yang dicari-carinya supaya dapat disiksa dengan zalim, atau pun tempat simpanan harta supaya dia dapat merampasnya dengan cara yang tidak sebenar? Beliau menjawab; “sekiranya dia bimbang terhadap keselamatan diri atau hartanya, maka bersumpahlah dan sumpahnya itu tidak akan dikenakan kafarah.” Perkara yang semestinya diperingatkan ialah bahawa berbohong yang di luar daripada apa yang diharuskan oleh syarak adalah termasuk dalam dosa besar. Perkara penting juga bahawa para pemuda yang bekerja untuk Islam mestilah memahami bahawa perkara ini mempunyai garis sempadan yang telah ditentukan oleh syarak dan kita wajib berpandukan kepadanya. Kita janganlah melampauinya yang menyebabkan kita akan kehilangan banyak kebaikan. Kita juga janganlah mencuai dan bermudah-mudah dengannya yang akan menyebabkan perjalanan kita menuju kepada keredhaan Allah akan tergendala. Kedua-dua ini adalah dimurkai oleh Allah SWT.

  Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia bertembung dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang ramai. Ketika itu, ghulam

tersebut berkata; “Pada hari ini, aku akan mengetahui adakah ahli sihir yang lebih

afdal ataupun rahib yang lebih afdal.” Maka dia mengambil seketul batu lalu

berdoa; “Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu sukai daripada urusan ahli sihir,

maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai dapat lalu-lalang.” Dia pun

melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai dapat lalu lalang.

  1) Ketika hubungan di antara ghulam dan rahib berjalan dengan teratur, berterusan dan mendalam, tiba-tiba berlaku peristiwa binatang yang menghalang perjalanan orang ramai. Peristiwa yang menjadi persoalan penting dan mengakibatkan perpindahan besar dalam marhalah dakwah serta peranan ghulam. Perhatikanlah kata-kata ghulam “Pada hari ini, aku akan mengetahui adakah ahli sihir yang lebih afdal ataupun rahib yang lebih afdal.” Adakah kata-kata ini memberi makna bahawa ghulam masih lagi ragu-ragu dalam keyakinannya terhadap kebenaran ajaran rahib dan kebaitlan pegangan ahli sihir? Atau ia 1 bermakna meminta peringkat ‘hakkul yakin ’ demi mendapatkan ketenteraman hati yang sepenuhnya. Yang jelasnya, permintaannya adalah untuk membulatkan keyakinan sepertimana permintaan Nabi Ibrahim kepada Tuhannya; “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?” Allah berfirman: “Adakah

  engkau belum percaya? Nabi Ibrahim menjawab: bahkan aku (percaya), akan tetapi untuk menenangkan hatiku.” [al-Baqarah: 260]

  Pengertian ini menjelaskan kepada kita bahawa seorang muslim secara umumnya dan daie khususnya mengalami berbagai perkembangan yang berbeza dan peringkat keimanan yang tidak sama. Ghulam pada mulanya tidak mengetahui sedikitpun mengenai agama yang benar ini. Kemudian dia belajar dan dididik oleh rahib serta melalui beberapa pemeringkatan dalam keimanannya sehinggalah berlakunya peristiwa ini yang memindahkan keimanannya kepada keyakinan sebagai tanda bermulanya marhalah dakwah yang baru khususnya bagi ghulam. Sesungguhnya Allah telah mempersiapkan ghulam untuk itu. Para daie semestinya menjadikan ilmu, amal dan tarbiah sebagai jalan untuk 1 menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dan sentiasa mencari peluang untuk

  Terdapat tiga peringkat keyakinan; Ilmu Yakin, Ainul Yakin dan Hakkul Yakin. Ibnu Tamiah berkata; Ilmu yakin ialah apa yang didapati melalui pendengaran, perkhabaran, perbandingan dan pemerhatian. Ainul Yakin pula melalui apa yang disaksi dan dilihat dengan mata kepalanya sendiri. Manakala Hakkul Yakin ialah yang dia sendiri terlibat, merasai dan mengetahuinya melalui pengajaran yang diambil. Contoh yang pertama; seseorang mendengar bahawa di sana ada madu dan dia membenarkannya. Atau dia melihat kesan madu dan mengakui kewujudannya berdalilkan kesan tersebut. Contoh kedua; mereka yang melihat madu dan menyaksikan dengan kepalanya sendiri. Peringkat ini lebih tinggi dari peringkat yang pertama. Contoh ketiga; mereka yang makan madu dan merasai kemanisannya. Sememangnya diakaui bahawa peringkat ini lebih tinggi dari sebelumnya. mempertingkatkan diri dan ikhwah yang bersamanya. Dia juga semestinya tidak berhenti-henti daripada mengorbankan tenaganya demi memperbaiki hati dan menghisab diri. Janganlah dia tertipu dengan sangkaan bahawa para daie akan sampai ke satu tahap yang tidak memerlukan kepada persiapan diri dan menjadi sempurna. Sesungguhnya iman mempunyai tingkatan dan peringkatnya. Beruntunglah mereka yang berkorban di dunia dan bersikap zuhud terhadapnya serta bertemu Allah ketika berada di tingkatan iman yang paling tinggi hasil kurniaan Allah dan rahmat-Nya. 2) Dalam peristiwa ghulam meminta perkara luar biasa daripada Allah, dia telah mengambil anak batu dan berdoa kepada Tuhannya, kemudian melontarnya.

  Dengan lontaran itu binatang tersebut mati. Sesungguhnya mengambil sebab yang dibenarkan adalah perkara penting yang semestinya tidak dilupai oleh para daie. Allah telah menjadikan undang-undang dan peraturan yang tidak berubah untuk alam ini. Allah jugalah telah mengarahkan mukminin supaya mengambil sebab-sebab kemudian bertawakal sepenuhnya kepada-Nya. Inilah yang dilakukan ghulam dengan mengambil sebab yang dibenarkan (melontar dengan batu) kemudian berdoa kepada Allah (dalam keadaan bertawakal dan meminta kepada-Nya). Hasilnya binatang besar yang menghalang perjalanan orang ramai dan menakutkan itu mati disebabkan batu kecil yang dilontarkan oleh ghulam yang beriman.

  3) Prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan cuba menyelesaikannya adalah pengajaran lain yang dapat diambil oleh para daie melalui petikan ini “... bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai dapat lalu-

  lalang.” Begitulah yang semestinya dilakukan oleh daie kepada Allah; sangat

  cintakan kepada kebaikan dan sentiasa berusaha menyelesaikan masalah orang ramai. Ini kerana dia disuruh melakukan kebaikan, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kejahatan. Juga kerana perilaku seumpama ini akan membuka hati-hati manusia.

  Allah berfirman; “Wahai orang-orang beriman! Ruku’lah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadat kepada Tuhan kamu serta kerjakanlah amal- amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)

  (al-Hajj: 77)

  Semestinya kita tidak melupakan perkara yang penting ini. Oleh itu, kita hendaklah bergaul dengan orang ramai, bersabar terhadap apa yang mereka lakukan, cuba menyelesaikan masalah mereka sekalipun mereka bergelumang dengan maksiat yang ditutup dengan kejahilan. Bahkan masyarakat ghulam adalah kafir, bukan hanya bermaksiat kepada Allah. Kita hendaklah menyeru mereka hanya kepada dakwah Allah, berpegang teguh kepada tali-Nya yang kukuh dan tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan takwa. Perlu diingatkan, kita sewajibnya tidak terlalu mementingkan perkara ini sehingga menyebabkan kita melupai kewajipan dakwah dan matlamatnya yang besar.

  

Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Maka rahib berkata, “Wahai

anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnya aku

melihat bahawa urusanmu telah sampai kepada satu peringkat.

  1) Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Ini adalah dalil yang menunjukkan bentuk hubungan di antara daie dan mad’unya.

  Ghulam telah bertemu dengan rahib untuk memberitahunya apa yang berlaku dan apa yang diperkatakan oleh orang ramai. Apakah yang dapat kita gambarkan sekiranya ghulam tidak menceritakan peristiwa tersebut dengan terperinci kepada rahib? Apakah peristiwa seterusnya akan berlaku sebagaimana yang telah berlaku? Rahib dapat menyelami peristiwa yang berlaku dan dapat menggambarkan apa yang akan berlaku. Dengan itu, dia meletakkan ghulam pada marhalahnya yang baru, memahamkan kepadanya apa yang berlaku dan mengarahkannya supaya menyimpan rahsia. 2) “Maka rahib berkata, “Wahai anakku,...” perkataan “Wahai anakku” mempunyai pengertian kasih sayang dan hubungan hati yang mengikat di antara rahib dan muridnya, sekalipun dia sedang memperkatakan perkara yang penting dan serius. Ini kerana ukhuwwah dan kasih sayang tidak bertentangan dengan kesungguhan, keputusan muktamad, berharakah dan pengurusan.

  Sesungguhnya kasih sayang kerana Allah dan merendah diri kepada mukminin adalah milik mereka yang merasa kebesaran kurniaan Allah kepada hamba- hamba-Nya selepas beriman kepada-Nya. Kita tidak sepatutnya lupa terhadap kewajipan berkasih sayang kerana Allah dan rukun ukkhuwwah dalam berhadapan dengan peristiwa yang berlaku, kerja yang dibuat dan tindakan yang diambil. Kedua-duanya adalah senjata mukmin yang ampuh selepas iman dalam pertempuran mereka dengan syaitan manusia dan jin.

  Firman Allah; “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara.”

(Hujurat:10)

firman Allah lagi;

  

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang murtad dari

ugamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai

mereka dan mereka mencintai-Nya, mereka pula bersikap lemah-lembut

terhadp orang-orang yang beriman dan berlaku tegas terhadap orang-orang

kafir.”

(al-Maidah: 54)

  3) kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungghnya aku melihat

  bahawa urusanmu telah sampai kepada satu peringkat. Kata-kata ini tidak

  dituturkan kecuali oleh mereka yang benar-benar ikhlas, faham dan mampu menilai sesuatu dengan tepat. Ini kerana sukakan kemasyhuran, ghurur (tertipu dengan diri sendiri) dan cintakan pangkat kedudukan adalah di antara penyakit hati yang paling merbahaya yang sentiasa menyerang manusia.

  Sulaiman bin Yassar berkata: orang ramai telah bertebaran dari sisi Abu

Hurairah. Maka Naatil berkata kepadanya: Wahai Syeikh, penduduk Syam telah

meriwayatkan kepada kami hadis yang anda dengar daripada Rasulullah SAW.

Beliau menjawab: ya, saya mendengar Rasulullah Saw bersabda; manusia pertama yang dihukum pada hari kiamat ialah lelaki yang mati syahid. Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya, maka dia mengenalinya. Allah berfirman kepadanya: Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya? Dia menjawab: aku telah berjihad kerana-Mu sehingga

mati syahid. Allah berfirman: kamu berbohong. Sebaliknya kamu berjihad untuk

dikatakan sebagai orang yang berani. Sesungguhnya kamu mendapati apa yang kamu ingini. Kemudian diperintahkan supaya diheret di atas mukanya sehingga dicampakkan ke dalam neraka. Dan lelaki yang mempelajari ilmu dan mengajarnya serta membaca al-quran. Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya, maka dia mengenalinya. Allah berfirman kepadanya: Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya? Dia

menjawab: aku telah mempelajari ilmu dan mengajarnya serta membaca al-

Quran kerana-Mu. Allah berfirman: kamu berbohong. Sebaliknya kamu mempelajari ilmu untuk dikatakan sebagai alim dan kamu membaca al-Quran supaya dikatakan sebagai seorang qari. Sesungguhnya kamu telah mendapati apa yang kamu ingini. Kemudian diperintahkan supaya diheretkan di atas

  mukanya sehingga dicampakkkan ke dalam neraka. Dan lelaki yang dimurahkan rezeki dan dikurniakan berbagai-bagai kekayaan. Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya, maka dia mengenalinya. Allah berfirman kepadanya: Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya? Dia menjawab: aku tidak tinggalkan satu perkara pun yang Kamu suka supaya dibelanjakan padanya kecuali aku belanjakan hartaku padanya kerana-Mu. Allah berfirman: kamu berbohong. Sebaliknya kamu melakukan semua itu supaya kamu dikatakan sebagai seorang pemurah. Sesungguhnya kamu telah mendapati apa yang kamu ingini. Kemudian diperintahkan supaya diheretkan di atas mukanya sehingga dicampakkkan ke dalam neraka.

  Sahih Muslim

  As-Syahid Syed Qutb pernah berkata: “...hati-hati ini sewajibnya memiliki kekuatan,