Tajuk 7 Perkembangan Sosio emosi

Tajuk 7:
Perkembangan Sosio-Emosi

Nordin Tahir
IPG Kampus Ipoh

Perkembangan Sosial-Emosi
• Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan
seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain.
• Menurut kamus Advanced Learner‟s English-Malay
Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai
perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih
gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya.
• Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada
sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah
keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada
kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

2


• Perkembangan emosi juga merangkumi kemampuan individu
untuk mengenali, mengeksperesikan dan menguruskan
perasaan serta mempunyai perasaan empati terhadap orang
lain.
• Keupayaan kendiri merupakan komponen yang penting dalam
perkembangan sosiol-emosi.
• Berdasarkan ahli psikologi Albert Bandura (1986), menyatakan
bahawa keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu
dalam melakukan sesuatu tugasan.
• Selalunya, pada peringkat awal kanak-kanak iaitu ketika
berumur dua hingga tujuh tahun emosi kanak-kanak cepat
berubah dan sukar untuk difahami.
• Pada masa ini juga, emosi kanak-kanak juga sukar untuk
dikawal terutamanya ketika mereka tidak mendapat sesuatu
yang diinginkan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

3

Teori Perkembangan Sosio-Emosi

• Diperkenalkan oleh Erik Erikson yang merupakan ahli
neo-Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual
Freud.
• Walaubagaimanapun, beliau telah menambahbaikkan
gambaran
dengan
menambahkan
peringkat
perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima
kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga
peringkat tua.
• Beliau menyatakan bahawa didalam setiap peringkat
tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang
menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik
emosinya.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

4

Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

• Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial
dengan individu-individu di persekitaran kanakkanak.
• Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak
dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial
ini.
• Dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan
peringkat perkembangan psikososial.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

5

• Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan
dengan kriteria perkembangan dalam setiap
peringkat yang mana pada setiap peringkat
mempunyai matlamat untuk dicapai.
• Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau
menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa
akibat kepada imej kendiri seseorang individu.


Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

6

Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip
utama:
• Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama.
• Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas
individu terhadap keperluan-keperluan asasnya.
• Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.
• Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi
supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap
berikutnya.
• Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan
menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

7


Lapan Peringkat Perkembangan:
Peringkat
1. Asas kepercayaan lawan
asas ketidakpercayaan

Tahap umur
Lahir ke 1 tahun

2. Autonomi lawan keraguan

1 – 3 tahun

3. Inisiatif lawan rasa
bersalah

4 – 5 tahun

4. Industri lawan rasa rendah
diri


6 – 11 tahun

Huraian
Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat,
mendapat kasih sayang dan kepercayaan
daripada penjaga. Sekiranya gagal,
ketidakpercayaan akan timbul.

Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini
tertumpu kepada perkembangan fizikal.
Sekirannya berjaya dan menerima sokongan
menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan
diri sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu
terhadap keupayaan diri.
Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada
inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri,
sekiranya gagal boleh rasa bersalah

Kanak-kanak perlu menguasaikemahirankemahiran tertentu di alam persekolahan,
kegagalan akan membawa rasa rendah diri

dan tiada keupayaan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

8

Peringkat

Tahap umur

Huraian

5. Identiti lawan
kekeliruan identiti

12 – 18 tahun

Mencari identiti diri bagi golongan
remaja dalam perkerjaan,
kemahiran, jantina dan bersosial.


6. Keintiman lawan
keasingan

18 – 35 tahun

Mula membentuk keintiman dalam
hubungan, menuju ke arah
perkhawinan dan membina kerjaya.
Kegagalan membawa kepada
perasaan terasing dan tersisih.

7. Generativiti lawan
kekakuan

35 – 65 tahun

Kehidupan berkeluarga dan kerjaya
yang baik. Kegagalan membawa
kepada perasaan mementingkan diri

sendiri.

65 ke atas

Kejayaan dalam hidup berkeluarga
dan kerjaya. Kegagalan membawa
kepada kesedihan dan kekecewaan.

8. Integriti lawan
kekecewaan

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

9

Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg
• Beliau berpendapat penaakulan moral berkait
dengan perkembangan kognitif seseorang individu
walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif
seseorang tidak menjamin kepada peningkatan

dalam tahap penaakulan moral seseorang.
• Perkembangan moral oleh kohlberg dikupas dengan
lebih terperinci di dalam tiga tahap utama.
• Setiap tahap mengandungi dua peringkat penaakulan
moral.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

10

Tahap 1: Pra- Konvensional
Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman
Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi
Tahap 2: Konvensional
Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik
Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika
peraturan
Tahap 3: Pos- Konvensional
Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu
Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat


Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

11

Tahap 1: Pra- Konvensional
• Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman
yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

12

Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman
• Pada peringkat ini, pemikiran moral kanak-kanak
lebih berorientasikan egosentrik yang mementingkan
diri sendiri.
• Mereka lebih mementingkan kesan fizikal. Kanakkanak mematuhi atau mengikut arahan kerana
takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya
melanggar peraturan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

13

Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi
• Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan
untuk mendapatkan balasan.
• Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak
sendiri.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

14

Tahap 2: Konvensional
• Individu mula mengaplikasi peraturan berdasarkan
sesuatu yang telah ditetapkan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

15

Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik
• Kanak-kanak atau remaja mula mengaplikasikan
ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa,
guru atau orang di persekitaran.
• Mereka menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan
terhadap peraturan yang ditetapkan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

16

Peringkat 4: Akur Kepada Sistem Sosial Dan Etika
Peraturan
• Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan,
undang-undang dan ketetapan yang telah ditetapkan
oleh masyarakat.
• Pada peringkat ini individu percaya terhadap
keutuhan undang-undang.
• Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk
menjaga kesejahteraan komuniti.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

17

Tahap 3: Pos- Konvensional
• Indiviu mula meneroka pilihan dalam penaakulan
moral.
• Mereka mempunyai kod moral dan etika yang
tersendiri.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

18

Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu
• Individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip.
• Mereka menilai undang-undang yang ditetapkan
berdasarkan hak individu.
• Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan
dengan usaha untuk mempertahankan hak-hak asasi,
nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam sesebuah
masyarakat.
• Mereka melihat undang-undang sebagai sesuatu yang
fleksibel dan mempunyai alternatif. Undang-undang
dipatuhi sekiranya ia menepati hak-hak individu.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

19

Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat
• Peringkat tertinggi dalam perkembangan moral
kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral
seseorang.
• Pada peringkat ini individu telah mempunyai kod-kod
moral dan etika yang tersendiri yang menepati hakhak individu sejagat.
• Mereka mementingkan kesamaan hak kepada semua
individu dan menghormati maruah dan prinsip
individu lain.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

20