PROGRAM PEM KEMISKINAN BASTIAN PENCAPAIAN

PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN: PENCAPAIAN PROGRAM 1AZAM
KOLEJ YAYASAN SABAH DALAM MENINGKATKAN PENDAPATAN PESERTA.
Jim Jipun
YAYASAN SABAH
ABSTRAK
Kolej Yayasan Sabah (KYS) merupakan salah satu agensi yang diberi mandat oleh kerajaan
untuk melaksanakan Program 1AZAM. Di bawah program ini, KYS akan melatih golongan
belia beliawanis bagi mengikuti pelbagai kursus jangka pendek dalam bidang kemahiran.
Setelah 3 tahun dilaksanakan, kajian ini dijalankan bagi mengetahui sejauh mana program
1AZAM kendalian Kolej Yayasan Sabah memberi kesan dalam membantu meningkatkan
pendapatan seterusnya mengurangkan masalah kemiskinan di kalangan penerima faedah.
Data kajian di analisis menggunakan Statistical Packages of Social Sciences (SPSS) versi
21.0. Analisis kajian berfokus kepada tujuan asal Program 1AZAM diperkenalkan iaitu
menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dan miskin menambah
pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan bagi negeri Sabah
sebanyak RM1,050.00 Didapati bahawa insiden kemiskinan di kalangan peserta telah
menurun selepas mengikuti program iaitu daripada 99.6% berpendapatan di bawah PGK
kepada 59.5%. Dari segi jumlah pendapatan bulanan, seramai 14.9% responden telah
melepasi garis kemiskinan (RM1,050.00). Jika di lihat dari aspek pendapatan bulanan
isirumah, seramai 26% isirumah peserta telah melepasi garis kemiskinan (RM1,050.00) iaitu
lonjakan sebanyak 11.1% berbanding jika hanya mengambil kira pendapatan bulanan peserta.

Secara keseluruhan, kursus, bimbingan dan latihan yang diberikan oleh KYS kepada
golongan sasar telah membantu meningkatkan keyakinan dalam diri dan seterusnya
meningkatkan pendapatan mereka. Penglibatan peserta di dalam Program 1AZAM kendalian
KYS mampu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan sekaligus membolehkan
mereka menikmati taraf hidup yang lebih baik berbanding dengan keadaan sebelumnya.
Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan lagi impak program tersebut, pihak Yayasan
Sabah perlu mengambil dan melaksanakan beberapa langkah penting seperti menambah
tempoh kursus dan melaksanakan kursus lanjutan agar golongan sasar benar-benar mahir
dalam bidang kursus yang diikuti.
ABSTRACT
Kolej Yayasan Sabah (KYS) is an agency given mandate by the government to conduct
1AZAM Program. Under the program, KYS will to train the youths of several short term
courses in skills field. After 3 years implementation, this research conducted to identify
impact of KYS 1Azam Program in helping to increase their income, and also to reduce the
poverty problem among the participant. Research data, will be analyzed by Statistical
Packages of Social Sciences (SPSS) version 21.0. Research analysis focused to the initial
program of implementing 1AZAM thus, to provide a job opportunity to the hard poor and
poor group to increase their income above of PLI RM1, 050.00 for Sabah. Findings of this
research are, poor incidence among the participant was deep after joining the program,
specifically deferred from 99.6% to 59.5% under PLI. In aspect of monthly income, 14.9% of

the respondents surpluses the PLI of RM1, 050.00. For household monthly income, 26.0% of
the participant household surpluses the PLI (RM1, 050.00) thus increased 11.1% compared
to the monthly income of participant. Generally, courses, instruction and training given by
KYS to the target group caused to increase self-confidence and also increased of their
1

income. Participant involvement in 1AZAM Program conducted by KYS was able to increase
their job opportunity and quality life compared their situation before. Although, to enhance
the impact of the program impact, Yayasan Sabah need to take and conduct some of
important step such as increase the duration of course and provide advance course, so that
target group to obtain specific skill in the course taken.
1.0

Pengenalan

Peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi telah memberi kesan yang mendalam ke atas
corak kehidupan masyarakat masa kini. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila kos sara
hidup dikaitkan dengan isu kemiskinan yang masih membelenggu terutamanya penduduk di
kawasan luar bandar. Manakala kadar inflasi bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada
2.5% yang dipacu oleh program penstrukturan semula subsidi dan potensi pemulihan

permintaan pada akhir tahun 2013.
Dapatan Kajian Pendapatan Isi Rumah (House Income Survey) bagi Sabah pada tahun 2012,
menunjukkan kadar kemiskinan di Sabah pada tahun 2009 ialah 19.7 peratus dan kadar
tersebut telah berkurangan kepada 8.1% pada tahun 2012. Kadar kemiskinan tegar pula ialah
1.6% (2012). Negeri-negeri lain mencapai kurang daripada 2.7% kadar kemiskinan dan 0.5%
miskin tegar. Laporan sama juga mendapati bahawa pendapatan isi rumah purata bagi Sabah
pada tahun 2012 meningkat 24% kepada RM4,013 daripada RM3,102 sebulan pada 2009,
berbanding purata nasional sebanyak RM5,000 sebulan. Kadar pertumbuhan bagi tempoh
2009-2012 ialah 8.6% atau 2.15% setahun. Berasaskan statistik tersebut, jelas menunjukkan
bahawa Sabah adalah negeri yang paling ramai penduduk dalam kategori miskin dan miskin
tegar di Malaysia.
Menyedari akan isu-isu yang menghimpit kehidupan rakyat di atas, kerajaan telah mengambil
langkah proaktif untuk menangani permasalahan tersebut. Di antaranya ialah pelaksanaan
program bantuan Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) yang dilancarkan pada tahun 2010.
Melalui program tersebut, golongan berpendapatan rendah atau keluarga yang dikategorikan
sebagai miskin dan miskin tegar mengikut definisi negeri berpeluang untuk terlibat dalam
sektor pekerjaan dan menjana pendapatan di bawah program 1AZAM mencakupi projek
AZAM Tani, AZAM Niaga, AZAM Kerja dan AZAM Khidmat. Bagi tujuan pelaksanaan
program, sebanyak RM1.2 bilion telah diperuntukkan dalam tempoh Januari 2011 hingga
Januari 2013 melibatkan seramai 106,947 orang menerima faedah di seluruh negara.

Sehingga 30 September 2012, seramai 64,191 wanita telah menyertai program 1AZAM di
seluruh negara dengan kos perbelanjaan sebanyak RM475,221,070.
Pada tahun 2010-2011, peruntukan sebanyak RM120 juta telah disalurkan untuk membantu
seramai 12,557 isirumah miskin tegar di Sabah. Jumlah penyertaan di seluruh Sabah sehingga
2013 ialah seramai 12,557 atau 11.74 peratus daripada keseluruhan 106,947 di peringkat
nasional. Semua kategori program, iaitu AZAM Tani, AZAM Niaga, AZAM Kerja dan
AZAM Khidmat dilaksanakan di negeri ini. Pada tahun 2012, sebanyak RM5.187 juta telah
diperuntukkan kepada Jabatan Pertanian Sabah untuk membiayai sebanyak tujuh projek
pertanian berasaskan makanan yang membabitkan penyertaan seramai 460 keluarga miskin
tegar. Seterusnya, pada 2013 Jabatan Pertanian Sabah dan Kementerian Industri Makanan
telah diberikan peruntukan sebanyak RM75 juta daripada jumlah peruntukan keseluruhan
RM400 juta untuk diagihkan kepada seramai 7,500 kumpulan sasar.

2

Di negeri Sabah, Kolej Yayasan Sabah (KYS) adalah antara agensi yang telah
dipertanggungjawabkan dan diberi mandat oleh kerajaan dalam melatih golongan belia
beliawanis bagi mengikuti pelbagai kursus jangka pendek untuk kumpulan sasar yang terdiri
daripada golongan miskin tegar, miskin dan mudah miskin yang tersenarai dalam e-kasih di
seluruh negeri Sabah dalam bentuk skil kemahiran. KYS telah melatih golongan tersebut

dalam bidang latihan dan teknikal melalui pelbagai kursus dan latihan yang dirangka kerajaan
di bawah Program 1Azam. Melalui program ini, KYS telah berjaya melatih seramai 3,667
orang golongan sasar yang mencakupi 2,463 orang pada tahun 2011 dan 1,204 orang lagi
pada tahun 2012.
Dari segi impak program, tahap kejayaan di peringkat nasional ialah 70% peserta berjaya
meningkatkan pendapatan sehingga RM300 sebulan. Sementara itu, seramai 7,147 peserta
daripada 21,724 penyertaan pada tahun 2012 menjana pendapatan di antara RM200 RM1,000 sebulan, 14,577 peserta lagi berpendapatan melebihi RM1,000. Bagi tempoh
Januari 2010 hingga 31 Disember 2012, seramai 11,694 orang peserta daripada jumlah
keseluruhan 106,967 orang ahli isi rumah di seluruh negara yang menyertai program 1AZAM
telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka melepasi paras garis kemiskinan. Pada tahun
2010 sahaja, sejumlah 44,643 ketua isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada kategori
miskin tegar. Walau bagaimanapun, di Sarawak kesan awal program tidaklah
memberangsangkan kerana hanya seorang peserta daripada setiap lima peserta yang berjaya
mengubah kehidupan.
Pencapaian program 1AZAM di Sabah pula agak berbeza. Berdasarkan maklumat Jabatan
Hal Ehwal Wanita Sabah (komunikasi melalui telefon dengan Pegawai Pelaksananya pada 17
Jun 2013), seramai 522 peserta di bawah jabatan tersebut terlibat dalam AZAM Niaga dan
AZAM Kerja. Kejayaan peserta keluar daripada garis kemiskinan (RM1,050) adalah kurang
daripada 10%. Sementara, kajayaan program 1AZAM yang dikendalikan oleh Kolej Yayasan
Sabah juga belum dapat dipastikan dengan jelas kerana belum ada kajian yang dibuat secara

mendalam berkaitan program tersebut.
Sehubungan itu, adalah mustahak untuk menjalankan satu kajian bagi mengetahui sejauh
mana program 1AZAM kendalian Kolej Yayasan Sabah memberi kesan dalam
mengurangkan masalah kemiskinan di kalangan penerima faedah. Sekiranya terdapat kesan
positif, penyelidik ingin mengetahui apakah jenis program dan strateginya sehingga program
itu berjaya mencapai objektifnya. Kajian ini juga ingin mengenalpasti faktor-faktor yang
membantu kejayaan program. Selain itu, bagi melengkapi dapatan kajian ini, penyelidik ingin
meneliti sistem penyampaian program bermula dari pengendali program hingga kepada
kumpulan sasaran. Jika ada masalah, penyelidik ingin mengenalpasti apakah masalahnya, dan
bagaimanakah cara penyelesaiannya.
2.

Tinjauan Literatur

Analisis kajian yang dilakukan oleh Zaimah (2010) memfokuskan kepada bagaimana Sahabat
yang telah memperoleh pinjaman kredit mikro menguruskan pinjaman yang diperoleh. Kajian
ini dilakukan di Mukim Tobiar dan Daerah Pendang, Kedah. Data dipungut menggunakan
borang soal selidik secara temubual bersemuka. Analisis kajian dilakukan menggunakan
perisian SPSS. Kaedah statistik deskriptif telah dilakukan. Hasil kajian menunjukkan bahawa
kebanyakan Sahabat menggunakan pinjaman yang diperoleh untuk membiayai kegiatan

ekonomi yang mereka usahakan. Selain itu, sebahagian pembiayaan yang diperoleh adalah
untuk penambahbaikan rumah dan perbelanjaan pendidikan anak-anak Sahabat.
3

Kajian yang dilakukan oleh Abdullah et.al. (2010) adalah untuk melihat kesan pembiayaan
kredit mikro AIM ke atas aset perusahaan mikro di Malaysia. Kajian ini dilakukan bertujuan
untuk mengkaji kesan program mikro kredit AIM ke atas isi rumah miskin tegar terhadap aset
perusahaan mikro di Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
penyertaan program kredit mikro AIM ini telah membawa kepada peningkatan dalam aset
perusahaan mikro iaitu nilai pasaran stok pertanian dan bahan mentah, perdagangan aset dan
jumlah aset perusahaan kecil.
Abdullah et.al. (2011) telah melakukan kajian mengenai kesan penyertaan dalam program
kredit mikro terhadap aset yang dimiliki oleh isi rumah miskin tegar di Malaysia. Kajian ini
menggunakan reka bentuk keratan rentas dengan pendekatan quasi-experimental bagi
mengkaji bagaimana penyertaan dalam skim kredit mikro ini memberi kesan ke atas aset isi
rumah miskin tegar. Hasil daripada kajian ini mengesahkan bahawa jumlah pinjaman yang
diterima mempunyai hubungan positif dengan jumlah aset dan bilangan responden yang
mendapat pekerjaan yang kemudiannya membawa kepada peningkatan dalam aset isi rumah.
Dengan mendapat jumlah pinjaman yang tinggi ia dapat membantu menjana pendapatan dan
mengurangkan pengangguran dalam kalangan isi rumah. Analisis kajian yang dilakukan oleh

AIM bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah untuk mengukur impak
sosioekonomi program kredit mikro terhadap taraf kehidupan Sahabat, mengenalpasti faktorfaktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan perusahaan mikro, menilai impak
kredit ke atas tingkat pekerjaan dan pendapatan perusahaan mikro dan mengukur persepsi
Sahabat terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh AIM. Reka bentuk pensampelan yang
digunakan adalah kebarangkalian rawak strata mengikut cawangan AIM. Hasil kajian
menunjukkan terdapat hubungan positif antara tempoh menyertai AIM, pengalaman berkaitan
projek dan jumlah pinjaman dengan tingkat pendapatan yang diperoleh Sahabat. Selain itu,
hasil kajian juga mendapati program kredit mikro AIM memberi kesan ke atas peluang
pekerjaan dan secara tidak langsung telah memberikan kesan ke atas modal sosial dalam
kalangan Sahabat.
Dalam tahun 2011, Norma dan Jarita telah melakukan kajian mengenai “An economic impact
assessment of a microcredit programme in Malaysia: The case of Amanah Ikhtiar Malaysia
(AIM). Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan sama ada pinjaman AIM
menyumbang kepada peningkatan dalam pendapatan dan untuk mengenalpasti faktor-faktor
lain yang menyumbang kepada peningkatan dalam pendapatan. Kaedah yang dilakukan
adalah menggunakan soal selidik di mana soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik
meliputi latar belakang sosioekonomi responden, pinjaman daripada AIM, pendapatan dan
aset yang diperoleh sebelum dan selepas meminjam daripada AIM, perbelanjaan responden,
kesedaran mengenai produk kewangan Islam dan pendapat mengenai produk tersebut.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa prestasi ekonomi peserta AIM adalah ditentukan oleh

jumlah wang yang dipinjam dari AIM. Faktor lain yang mempengaruhi prestasi ekonomi
peserta AIM adalah tahap pendidikan. Responden yang berpendidikan adalah lebih
berpengetahuan dalam mengendalikan projek-projek mereka.
Analisis kajian yang dilakukan oleh Saifoul et.al. (2012) adalah untuk melihat Impak Kredit
Mikro Ke Atas Ketaksamarataan Pendapatan Di Kalangan Sahabat Amanah Ikhtiar Di Kedah
dan Kelantan. Objektif kajian ini ialah menganalisis impak kredit mikro ke atas
ketaksamarataan pendapatan di kalangan sahabat Amanah Ikhtiar di kedua-dua negeri
berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa pendapatan dari sumber projek yang dibiayai oleh
mikro ini memberi kesan kesamaan (equalising effect) ke atas ketaksamarataan pendapatan.
4

Dengan andaian ceteries paribus, peningkatan syer pendapatan dari sumber projek kredit
mikro akan memancu kepada pengurangan dalam jumlah ketaksamarataan.
Mohamed Zaini, Rindam dan Supian (2012) telah membuat kajian mengenai pencapaian
skim kredit mikro AIM dalam landskap pembangunan luar bandar. Kajian ini dilakukan
bertujuan untuk menilai sejauhmana perkembangan cawangan, jangkauan keahlian modal
yang dikeluarkan, produk pinjaman dan prestasi ekonomi di kalangan peserta program AIM.
Kaedah kajian yang dilakukan adalah dengan melihat beberapa kajian impak yang pernah
dijalankan oleh AIM sendiri dan pengkaji-pengkaji bebas sejak tahun 1990 hingga 2006.
Hasil perbincangan berdasarkan beberapa kajian lepas telah menunjukkan pencapaian skim

kredit mikro AIM meningkatkan prestasi ekonomi sahabat. Selain itu, jangkauan peserta dan
jumlah pinjaman yang dikeluarkan juga meningkat setiap tahun.
Mohamed Zaini, Supian dan Norziani (2012) telah membuat kajian mengenai prestasi
ekonomi daripada program kredit mikro luar bandar di mana kajian kes dilakukan di Kedah.
Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji prestasi ekonomi berdasarkan program
AIM dengan (i) menganalisis sama ada ia mempunyai kesan dalam meningkatkan pendapatan
peserta selepas penggunaan pinjaman, (ii) menganalisis sama ada program AIM telah
membawa kepada pengurangan kemiskinan di kalangan peserta dan (iii) melihat sama ada
AIM masih sesuai diteruskan di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa program AIM
sangat berkesan dalam mengurangkan kemiskinan di Malaysia. AIM juga dilihat sebagai
pelengkap kepada program pembasmian kemiskinan yang dilakukan oleh kerajaan. Dapatan
kajian juga menunjukkan program kredit mikro AIM berkesan dalam meningkatkan
pendapatan peserta serta mengurangkan insiden kemiskinan di kalangan peserta selepas
terlibat dalam program AIM.
Analisis kajian yang dilakukan oleh Abdullah, Joseph dan Nurul Huda (2012) adalah untuk
mengkaji kesan program kredit mikro AIM ke atas aset perusahaan mikro di luar bandar
Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan program AIM ke atas
perusahaan mikro yang dimiliki oleh wanita miskin di kawasan luar bandar Malaysia. Hasil
kajian menunjukkan nilai pasaran semasa ternakan, pertanian/kelengkapan pengeluaran, stok
pertanian/bahan mentah, aset perusahaan dan kenderaan yang dimiliki oleh responden yang

telah lama menyertai program AIM ini lebih tinggi berbanding responden yang baru
menyertai program AIM. Bagi menggalakkan pembangunan perusahaan mikro, AIM perlu
menyediakan latihan yang mencukupi, persekitaran yang baik dan fleksibel dan
mempelbagaikan program pinjaman kepada peserta AIM.
Analisis kajian yang dilakukan oleh Abdullah, Joseph dan Sazali (2012) adalah untuk
mengkaji kesan program kredit mikro AIM ke atas kualiti hidup peserta di kawasan luar
bandar di Malaysia. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk keratan rentas dengan kaedah
persampelan rawak berstrata bagi mengkaji sama ada penyertaan peserta dalam program
pembiayaan kredit mikro AIM dapat meningkatkan kualiti hidup golongan miskin luar
bandar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembiayaan kredit mikro dapat meningkatkan
kualiti hidup isi rumah miskin luar bandar di Malaysia dan dapatan kajian juga telah
menunjukkan bahawa status penglibatan responden dikaitkan dengan saiz dan kualiti rumah
yang dimiliki.
Kajian yang dilakukan oleh Syuhada Abd Halim Dorid, Padmini Selvaratnam & Norlaila
Abu Bakar (2013) ke atas Pembasmian Kemiskinan Melalui Program Amanah Ikhtiar: Kajian
Kes Cawangan Kota Setar, Kedah mendapati bahawa secara keseluruhannya, AIM telah
5

berjaya melaksanakan peranan utamanya untuk mengurangkan kemiskinan negara melalui
pembiayaan kredit mikro yang diberikan kepada Sahabat. Bimbingan dan latihan berterusan
kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah telah membantu
meningkatkan keyakinan dalam diri dan meningkatkan taraf hidup mereka. Penglibatan
Sahabat dalam AIM juga mampu meningkatkan pendapatan sekaligus membolehkan mereka
menikmati taraf hidup yang lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum mereka
menerima pembiayaan kredit mikro dan menyertai program AIM. Pembiayaan kredit mikro
yang disediakan oleh AIM telah membantu mereka untuk mengubah corak kehidupan
mereka. Pembiayaan yang diberikan membolehkan mereka memulakan projek perniagaan
dan menambah baik projek perniagaan yang sedia ada. Selain itu, manfaat yang boleh
diperoleh oleh Sahabat ialah manfaat kepada pembaikan rumah dan peluang pendidikan
anak-anak Sahabat. Dengan adanya AIM ini, kehidupan Sahabat-sahabat akan berubah dan
kemiskinan di Malaysia dapat dikurangkan.
3.0

Metodologi Kajian

3.1

Objektif Kajian

Secara umum kajian ini adalah untuk keberkesanan Program 1AZAM yang dilaksanakan oleh
Kolej Yayasan Sabah. Manakala secara khusus kajian ini bertujuan untuk;
3.1.1 Untuk mengetahui keberkesanan program 1AZAM yang dikendalikan oleh Kolej
Yayasan Sabah dalam meningkatkan pendapatan para penerima faedah.
3.1.2 Untuk mengenalpasti bentuk program bantuan 1AZAM yang benar-benar siginfikan
dalam membantu menjana pekerjaan/pendapatan para penerima faedah.
3.2

Skop dan Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan di Kajian ini dijalankan di seluruh negeri Sabah meliputi 22 buah
daerah, iaitu Beaufort, Kota Kinabalu, Keningau, Papar, Kinabatangan, Kota Belud, Kota
Marudu, Kudat, Lahad Datu, Nabawan, Penampang, Pitas, Ranau, Sandakan, Semporna,
Sipitang, Tambunan, Tamparuli, Tawau, Telupid. Tenom dan Tuaran. Daerah ini dipilih
kerana mempunyai pelbagai ciri yang boleh memenuhi objektif kajian.
Sasaran kajian difokuskan kepada penerima faedah program 1AZAM Kolej Yayasan Sabah
pada tahun 2011 iaitu seramai 2,432 orang (populasi kajian). Bilangan sebenar responden
yang diperolehi tidak mencapai sasaran sampel yang ditetapkan (20% daripada populasi)
disebabkan kesukaran untuk menjejaki bekas-bekas peserta program. Walau bagaimanapun,
bilangan responden yang berjaya diperolehi ialah seramai 242 orang atau 10% daripada
populasi kajian. Data kajian dikutip secara langsung daripada responden secara temubual
menggunakan borang soal selidik berstruktur.
3.3

Analisis Data

Data yang dikumpul menerusi borang soal selidik diproses menggunakan Statistical
Packages of Social Sciences (SPSS) Version 21.0. Selain menggunakan kaedah kuantitatif
dalam analisis melalui paparan deskriptif seperti rajah dan jadual frekuensi digunakan bagi
melihat profil asas responden. Analisis Mean juga turut digunakan bagi melihat pendapatan
responden.

6

Selain itu, Crosstabulation juga turut digunakan bagi melihat corak taburan dan perkaitan
dengan dua variabel kajian yang dikaji. Kaedah ini digunakan untuk melihat jenis-jenis
kursus yang berjaya meningkatkan pendapatan peserta dan hubungan kursus dengan bidang
pekerjaan peserta.
Ujian-t (Paired-Samples T-test) pula telah digunakan melihat perbezaan antara variabel yang
sama sebelum dan selepas sesuatu program secara signifikan. Analisis ini digunakan untuk
melihat perbezaan pendapatan peserta sebelum dan selepas mengikuti program.
Walau bagaimanapun, bagi melihat keberkesanan program dalam membantu meningkatkan
pendapatan dan seterusnya membasmi kemiskinan di kalangan para peserta program, maka
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) digunakan. Oleh itu, analisis berfokus kepada tujuan
asal program 1AZAM diperkenalkan iaitu menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan
miskin tegar dan miskin menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang
ditetapkan mengikut wilayah iaitu RM760 (Semenanjung Malaysia), RM1050 (Sabah), dan
RM910 (Sarawak) sebulan.
4.0

Dapatan Kajian

4.1

Profil Responden

Didapati bahawa daripada seramai 242 orang peserta, 64.5% daripadanya adalah wanita. Dari
segi umur, hampir separuh dari keseluruhan responden dalam lingkungan umur antara 18
hingga 27 tahun (45.9%), diikuti peringkat umur 28-37 tahun sebesar 23.1%, dan 38-47
tahun, 21.9%. Peringkat umur di atas 48 tahun kira-kira 8.7%, dan kurang dari 17 tahun pula
diwakili 0.4% sahaja. Mean umur bagi keseluruhan responden ialah 32 tahun. Majoriti
responden beragam Islam (65.7%), manakala selebihnya beragama Kristian. Status responden
pula menunjukkan 51.7% telah berkahwin, manakala 41.3% tidak pernah berkahwin dan
selebihnya adalah ibu tunggal.
Dari segi tahap pendidikan, kajian mengesan 70.2% responden mendapat pendidikan
menengah manakala 15.3% mendapat pendidikan rendah. Terdapat 4.5% responden
mendapat pendidikan di peringkat diploma dan ijazah. Semantara 3.0% responden yang tidak
mempunyai pendidikan, dan 5.1% berpendidikan tidak formal dengan mendapatkan
pendidikan melalui kursus-kursus kemahiran dan seminar.
Selain itu, kebanyakan responden tidak mempunyai tanggungan kerana mereka adalah
lepasan sekolah menengah. Semantara jumlah tanggungan tertinggi adalah 5 orang ke atas
iaitu seramai 20.2%, diikuti dengan 4-5 orang (14.9%) dan 2-3 orang (14.0%).
Manakala, bilangan ahli isi rumah menunjukkan bahawa bilangan isi rumah yang tertinggi
ialah sebanyak 33.9% iaitu 7 orang ke atas, diikuti dengan tanggungan yang berada dalam
lingkungan 5-6 orang iaitu sebanyak 19.0%. Manakala sebanyak 15.7% dan 6.6% responden
masing-masing mempunyai bilangan ahli isi rumah dalam lingkungan 3-4 orang dan 1-2
orang. Secara purata terdapat seramai 6.3 orang bagi setiap isi rumah.
4.2

Profil Program 1AZAM Kolej Yayasan Sabah

Jadual 1 menunjukkan jenis kursus yang disertai oleh responden. Daripada 23 jenis kursus
1AZAM yang dikendalikan oleh Kolej Yayasan Sabah pada tahun 2011, telah dibahagikan
kepada 4 kategori iaitu kemahiran, perkhidmatan, makanan dan ICT.
Jadual 1: Jenis-Jenis Kursus 1AZAM Yang Dikendalikan Kolej Yayasan Sabah
7

Bil
.

Jenis Kursus

Kategori

1

Gubahan Bunga & Keusahawanan

Kemahiran

2

Asas Penerbitan TV

Kemahiran
Kemahiran

3

Asas Fotografi & Videografi

4

Animasi 2D

5

Asas e-Dagang

6

Membuat Kek

Makanan & keusahawanan

7

Perusahaan Sarang Burung

Makanan & keusahawanan

8

Asas Baik Pulih telefon

Kemahiran

9

Kimpalan

Kemahiran

10

Asas Makenik Kenderaan
Bermotor

Kemahiran

11

Asas Elektrik & Penghawa dingin

Kemahiran

12
13

Asas Perhotelan
Jurumudi

Kemahiran
Kemahiran

Perkhidmatan
Kemahiran

14

Rawatan & Hiasan Kuku

15

Rawatan Selepas Bersalin

Kemahiran
Kemahiran
16
17

Menggunting & Dandanan
Rambut
Andaman Asas Profesional

Kemahiran
Kemahiran

18

Kecantikan & Keusahawanan
Kemahiran

19

Teknologi Maklumat

20

Masakan & Penyediaan Makanan

ICT
Makanan & keusahawanan
21

Jahitan
Kemahiran

22

Asas Fotografi
Kemahiran
8

23

Asas Dokumentari
Kemahiran

Kajian mendapati bahawa kebanyakan responden telah mengikuti kursus kemahiran, 50.8%,
diikuti makanan (29.8%) dan seterusnya perkhidmatan (11.2%). Terdapat juga responden
yang mengikuti kursus ICT, 7.9%. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Rajah 1.

Rajah 1: Kategori Kursus Yang Disertai
Kemahiran

4.3

Makanan

51.0
%

29.9
%

11.2
Perkhidmatan %

7.9%
ICT

Impak Program Kepada Pekerjaan & Pendapatan

Rajah 2 menunjukkan impak program kepada pekerjaan responden. Kajian mendapati
bahawa 84.7% peratus responden telah memiliki sumber pendapatan (pekerjaan) berbanding
hanya 1.2% sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, seramai 19.0% telah menjadi peniaga dan
24.4% lagi telah bekerja di sektor kolar biru sebagai pembantu jualan, kerani dan lain-lain
jawatan dalam swasta.
Rajah 2: Pekerjaan

Sebelum

Selepas

1.2%
Mempunyai
pekerjaan

85.1%
Mempunyai
Pekerjaan

Didapati juga bahawa insiden kemiskinan di kalangan responden telah menurun selepas
mengikuti program iaitu daripada 99.6% pendapatan di bawah paras garis pendapatan
kemiskinan kepada 59.5%. Dari segi jumlah pendapatan bulanan, seramai 14.9% responden
telah melepasi garis kemiskinan (RM1,050.00). Di mana tujuan asal program 1AZAM
diperkenalkan iaitu menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dan
miskin menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan
9

mengikut wilayah iaitu RM760.00 (Semenanjung Malaysia), RM1,050.00 (Sabah), dan
RM910.00 (Sarawak) sebulan, dan di bawah RM2,300.00 sebulan bagi golongan
berpendapatan rendah. Untuk keterangan lanjut, rujuk Rajah 3.
Rajah 3: Jumlah Pendapatan
Tidak
Miskin

Miskin

RM1,051RM2,500
(12.0%)

RM2,500
(2.9%)

RM525RM1,050
(25.6%)

Dapatan ini juga disokong oleh keputusan analisis inferens yang dibuat ke atas pendapat
responden. Nilai signifikan bagi jumlah pendapatan bulanan responden sebelum dan selepas
menggunakan Paired-Samples T-test ditunjukkan dalam jadual Nilai p bagi Ujian-t ialah
0.000, iaitu p
RM2,500
0
0.0%
0.0%
2
1.9%
0.9%

Count
% within
Umur
% of Total

25
49.0%

14
27.5%

9
17.6%

3
5.9%

10.9%

6.1%

3.9%

1.3%

Count
% within
Umur
% of Total

39
73.6%

7
13.2%

5
9.4%

2
3.8%

17.0%

3.0%

2.2%

0.9%

Count
% within
Umur
% of Total
Count
% within
Umur
% of Total
Count
% within
Umur
% of Total

12
66.7%

4
22.2%

2
11.1%

0
0.0%

5.2%
0
0.0%

1.7%
2
100.0%

0.9%
0
0.0%

0.0%
0
0.0%

0.0%
141
61.3%

0.9%
55
23.9%

0.0%
27
11.7%

0.0%
7
3.0%

61.3%

23.9%

11.7%

3.0%

1
100.0
%
0.4%
105
100.0
%
45.7
%
51
100.0
%
22.2
%
53
100.0
%
23.0
%
18
100.0
%
7.8%
2
100.0
%
0.9%
230
100.0
%
100.0
%

Analisis yang sama juga dilakukan ke atas pendapatan dan kursus yang disertai menunjukkan
bahawa responden yang kategori kursus kemahiran (Kursus Dendanan Rambut, Elektrik,
Jahitan & Rawatan Selepas bersalin) dan kategori kursus makanan (Kursus Masakan) yang
memperolehi pendapatan melebihi RM1,050.00 iaitu masing-masing sebanyak 6.1% dan
5.3%. Responden daripada kursus masakan mendahului, dengan 5.3% daripadanya

11

memperolehi pendapatan bulanan melebihi RM1,050.00. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk
Jadual 4.
Rajah 4: Pendapatan Dan Kategori Kursus Peserta

Pendapatan

Pendapatan * Kategori kursus 1Azam yang disertai Crosstabulation
Kategori kursus 1Azam yang disertai
Kemahiran
Perkhidmatan
Makanan
< RM525
Count
75
14
43
% within
53.6%
10.0%
30.7%
Pendapatan
% within
64.7%
53.8%
61.4%
Kategori
kursus
% of Total
32.8%
6.1%
18.8%
RM526RM1,050

RM1,050RM2,500

>
RM2,500

Total

Count
% within
Pendapatan
% within
Kategori
kursus
% of Total

27
49.1%

8
14.5%

15
27.3%

23.3%

30.8%

21.4%

11.8%

3.5%

6.6%

Count
% within
Pendapatan
% within
Kategori
kursus
% of Total

11
40.7%

2
7.4%

10
37.0%

9.5%

7.7%

14.3%

4.8%

0.9%

4.4%

Count
% within
Pendapatan
% within
Kategori
kursus
% of Total

3
42.9%

2
28.6%

2
28.6%

2.6%

7.7%

2.9%

1.3%

0.9%

0.9%

Count
% within
Pendapatan
% within
Kategori
kursus
% of Total

116
50.7%

26
11.4%

70
30.6%

100.0%

100.0%

100.0%

50.7%

11.4%

30.6%

Total
ICT
8
5.7
%
47.
1%

140
100.0
%
61.1
%

3.5
%
5
9.1
%
29.
4%

61.1
%
55
100.0
%
24.0
%

2.2
%
4
14.
8%
23.
5%

24.0
%
27
100.0
%
11.8
%

1.7
%
0
0.0
%
0.0
%

11.8
%
7
100.0
%
3.1%

0.0
%
17
7.4
%
100
.0%

3.1%
229
100.0
%
100.0
%

7.4
%

100.0
%

Walau bagaimanapun, purata pendapatan bulanan responden (RM583.40) dan pendapatan
bulanan isirumah responden (RM855.20) masih tidak melepasi PGK yang ingin dicapai oleh
program ini. Purata pendapatan bulanan yang rendah ini dipengaruhi oleh responden yang
tidak bekerja ( 14.5%) dan menjadi surirumah (15.5%) sepenuh masa selepas tamat kursus
seperti yang dipaparkan dalam Jadual 5.
12

Secara spesifik, purata pendapatan bulanan responden daripada kursus kategori ICT
(RM715.50) dan perkhidmatan (RM583.08) lebih tinggi daripada purata pendapatan bulanan
responden kursus kategori makanan (RM561.97) dan kemahiran (RM560.15). Keadaan
sedemikian terjadi kerana kebanyakan responden daripada kursus kategori makanan dan
kemahiran memilih untuk menjadi surirumah dan tidak bekerja setelah tamat kursus. Untuk
keterangan lanjut, sila rujuk Jadual 6.
Jadual 5: Min Pendapatan Bulanan
N
Pendapatan
Responden (RM)
Jumlah Pendapatan
Isi Rumah
Responden (RM)
Valid N (listwise)

Descriptive Statistics
Minimum
Maximum

Mean

242

0.00

5000.00

583.3776

Std.
Deviation
712.93527

242

0.00

5000.00

855.1826

821.96398

242

Jadual 6: Min Pendapatan Setiap Kategori Kursus
Kategori Kursus
dimension1
Kemahiran
Perkhidmatan
Makanan
ICT
Total
5.0
Rumusan dan Perbincangan

N
66
78
78
20
242

Mean
560.1515
583.0769
561.9744
715.5000
580.9669

Median
450.0000
300.0000
400.0000
750.0000
425.0000

Std. Deviation
570.96003
888.90756
649.78730
622.52859
712.44227

Tahap pendidikan yang tinggi sangat mustahak bagi setiap individu kerana pendidikan yang
tinggi mampu menjana peluang pekerjaan yang lebih baik seterusnya membantu
meningkatkan pendapatan. Dalam kajian 1AZAM Kolej Yayasan Sabah mendapati bahawa
18.6% responden berada di bawah sekolah menengah tetapi dengan semangat mereka untuk
berusaha keluar dari kepompong kemiskinan berjaya dilakukan.
Jumlah pendapatan yang diperoleh oleh responden sebelum dan selepas mengikuti Program
1AZAM Kolej Yayasan Sabah telah menunjukkan perubahan yang agak memberangsangkan.
Ini disokong oleh Paired-Samples T-test yang dibuat dengan menunjukkan keputusan yang
signifikan. Selain itu, berdasarkan tahap purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang
ingin dicapai melalui program 1AZAM bagi Sabah ialah RM1,050.00, seramai 14.7%
responden berjaya melepasi PGK tersebut.
Walau demikian, purata pendapatan bulanan responden sebanyak RM583.40, tidak begitu
memuaskan malalah masih jauh daripada PGK yang ingin dicapai oleh program 1AZAM
khususnya di negeri Sabah. Purata pendapatan bulanan yang rendah ini dipengaruhi oleh
responden yang tidak bekerja ( 14.5%) atau menjadi surirumah (13.3%) sepenuh masa
selepas tamat kursus.
Secara keseluruhan, Yayasan Sabah telah mencapai sedikit kejayaan dalam melaksanakan
peranan utamanya untuk membantu dan menokoktambah usaha kerajaan Negeri dan
13

Persekutuan dalam pembangunan negeri Sabah khususnya yang berkaitan dengan
pembasmian kemiskinan negara melalui Program 1AZAM Kolej Yayasan Sabah yang
dilaksanakannya.
Kursus, bimbingan dan latihan yang diberikan kepada golongan sasar dari keluarga miskin
dan berpendapatan rendah telah membantu meningkatkan keyakinan dalam diri dan
meningkatkan pendapatan mereka. Penglibatan responden dalam Program 1AZAM Kolej
Yayasan Sabah juga mampu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan sekaligus
membolehkan mereka meninkmati taraf hidup yang lebih baik berbanding dengan keadaan
sebelumnya. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan lagi impak program tersebut, pihak
Yayasan Sabah perlu mengambil dan melaksanakan beberapa lagkah penting seperti
menambah tempoh kursus dan melaksanakan kursus lanjutan agar golongan sasar benarbenar mahir dalam bidang kursus yang diikuti. Selain itu, menganjurkan pelbagai jenis kursus
kepada golongan sasar yang sama juga perlu bagi menjadikan mereka “Multi Skills” dengan
pelbagai kemahiran yang diperoleh.

6.0

Bibliografi

Abdullah Al-Mamun, Sazali Abdul Wahab, Sayed Hossain & C. A. Malarvizhi. 2010. Impact
Of Amanah Ikhtiar Malaysia’s Microcredit Schemes On Hardcore Poor Households
Quality Of Life. International Research Journal of Finances and Economics.
Amanah Ikhtiar Malaysia & Universiti Kebangsaan Malaysia. Pembangunan Lestari
Keluarga
Miskin Melalui Kewangan Mikro :Penemuan Kajian Impak 6, Amanah Ikhtiar
Malaysia.
Abdullah Al-Mamun, Chinnasarmy Agamudai Nambhi Malarvizhi & Sazali Abdul Wahab.
2011. Examining The Effect Of Participation In Microcredit Program On Assets
Owned
By Hardcore Poor Households In Malaysia. Vol 5(22): 9286-9296.
Abdullah Al-Mamun, Joseph Adaikalam & Mohammad Nurul Huda Mazumder. 2012.
Examining The Effect Of Amanah Ikhtiar Malaysia’s Microcredit Program On
Microenterprise Assets In Rural Malaysia. Vol.8, No.4.
Abdullah Al-Mamun, Joseph Adaikalam & Sazali Abdul Wahab. 2012. Examining The Effect
Of Amanah Ikhtiar Malaysia’s Microcredit Program On Their Clients Quality Of Life
In Rural Malaysia. International Journal Of Economics and Finance. Vol.4, No.1.
Borneo Post Online. 21 Mac 2012.
Chambers, R. (1983). Rural poverty: Putting the last first.
Daily Express, December 21, 2011
Daily Express. 01 April, 2013
Laily Paim & Sharifah Azizah. 2010. Kemiskinan di Malaysia: Isu Fundamental dan
Paparan
Realiti. Penerbitan UPM: Serdang.

14

Mohamed Zaini. 2010. Pembasmian Kemiskinan Di Malaysia: Pengalaman Amanah Ikhtiar
Malaysia. Penerbit: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang .
Malaysia. (2013). GTP2.0 : Low-Income Households Initiatives, July 8, 2013. Accessed:
http://www.pemandu.gov.my. Jabatan Penerangan.
Malaysia. (2012). Program Transformasi Kerajaan. Laporan Tahunan 2011. Jabatan Perdana
Menteri.
Malaysia. (2013). Program Transformasi Kerajaan. Laporan Tahunan 2012. Jabatan Perdana
Menteri
Mohd Saifoul Zamzuri Noor, Siti hadijah Che Mat & Roslan Abdul Hakim .2012. Impak
Kredit Mikro Ke Atas Ketaksamarataan Pendapatan di Kalangan Sahabat Amanah Ikhtiar
di
Kedah dan Kelantan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia
(PERKEM) VII, Jilid 1, 228-237.
Norma, MS., Jarita, D. 2011. An Economic Impact Assessment Of A Microcredit Program In
Malaysia: The Case Of Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). International Journal of
Business and Society, Vol. 12, No.1: 1-14
Mohamed Zaini Omar, Main Rindam & Che Supian Mohamad Nor. 2012. Pencapaian skim
kredit mikro Amanak Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam lanskap pembangunan luar
bandar: Satu penilaian. Malaysia Journal of Society and Space.
Mohamed Zaini Omar, Che Supian Mohamad Nor & Norziani Dahalan. 2012. The Economic
Performance Of The Amanah Ikhtiar Malaysia Rural Microcredit Programme: A
Case Study In Kedah.
New Sabah Times, 21st February, 2013
New Straits Times, 8 February 2013
Syuhada Abd Halim, Doris Padmini Selvaratnam & Norlaila Abu Bakar. 2013. Pembasmian
Kemiskinan Melalui Program Amanah Ikhtiar: Kajian Kes Cawangan Kota Setar,
Kedah. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) VIII, Jilid
1340 - 1351

15