MENGAPAKAH PERLU AMERIKA SYARIKAT TERBAB

PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG PERANG DUNIA PERTAMA
Amerika Syarikat (AS) merupakan sebuah kuasa besar dunia yang tidak perlu lagi
diperkatakan tentang kehebatan dan kelebihannya. Negara ini merupakan salah sebuah
negara yang mempunyai kuasa veto serta sering dirujuk sebagai ‘polis dunia’. Uniknya
juga, rakyat AS terdiri daripada pelbagai etnik. Namun hal ini tidak menjadi penghalang
buat rakyat AS untuk bersatu membina sebuah negara yang berkuasa di dunia malah terus
mengorak langkah menjadi pendahulu dalam pelbagai aspek dan sektor seperti ekonomi,
teknologi, ketenteraan dan lain-lain. Sebagai salah sebuah kuasa besar, adalah tidak
menghairankan dan mengejutkan jika AS terlibat dalam salah sebuah peristiwa penting
dalam sejarah dunia iaitu Perang Dunia Pertama. Walaupun keterlibatan AS di dalam
peperangan ini dilihat telah melahirkan banyak percanggahan pendapat tokoh-tokoh
politik mahupun sejarah tentang kewajaran AS melibatkan diri di dalam perang ini,
namun demikian AS sendiri mempunyai justifikasi di atas penglibatan mereka di dalam
perang tersebut.
Oleh yang demikian persoalan besarnya di sini ialah ‘Mengapakah perlu AS
terbabit dalam Perang Dunia Pertama?’. Bagi menjawab persoalan tersebut beberapa
aspek seperti reaksi awal AS semasa berlakunya Perang Dunia Pertama dan faktor yang
menyebabkan AS terlibat dalam Perang Dunia Pertama akan dikupas dengan teliti.
Seterusnya, kesan yang dihadapi oleh AS lanjutan dari keterlibatannya dalam Perang
Dunia Pertama juga turut akan disentuh dalam bahagian kesimpulan. Sebelum melihat

kepada reaksi awal AS semasa berlakunya Perang Dunia Pertama, latar belakang Perang
Dunia Pertama itu sendiri perlu ditelusuri. Latar belakang Perang Dunia Pertama dapat
difahami dengan jelas jika melihat kepada suasana di Eropah pada ketika itu. Hal ini
1

demikian kerana peperangan ini bermula di kawasan Balkan iaitu di bahagian Tenggara
Eropah yang disebabkan oleh ketegangan di antara Serbia dan Austria-Hungary dan
peperangan ini telah berlangsung selama empat tahun iaitu dari tahun 1914 sehingga
1918.1
Perang ini dikenali sebagai Perang Dunia Pertama oleh kerana ianya melibatkan
30 buah negara daripada enam buah dunia dan didapati telah melibatkan kehilangan
nyawa seramai 15 juta orang. Antara negara utama yang terlibat dalam perang ini
termasuklah Britain, Perancis, Russia, Jerman, Austria-Hungary, Itali dan turut
melibatkan tanah jajahan negara-negara tersebut. Beberapa dekad sebelum perang ini
meletus, negara-negara di Eropah telah menunjukkan sikap kesangsian dan persaingan
yang kuat antara satu sama lain. Situasi ini kemudiannya telah membawa kepada
kebangkitan nasionalisme, perkembangan imperialisme dan ketenteraan serta pakatan
politik yang telah menjadi faktor utama meletusnya perang ini. Joyce Appleby, Alan
Brinkley dan James M. McPherson dalam buku mereka The American Journey telah
menyatakan bahawa nasionalisme merupakan salah satu faktor yang menyebabkan perang

ini berlaku.2
Nasionalisme pada dasarnya bermaksud perasaan cinta pada negara dan bangsa
sendiri. Namun begitu, di Eropah khususnya kebangkitan nasionalisme dilihat sebagai
penyatu serta penggalak kepada pembentukan negara bangsa baru seperti Itali dan Jerman
untuk mereka mengukuhkan kuasa di dunia. Hal ini dibuktikan apabila Itali menjadi
sebuah negara pada tahun 1860-an manakala Jerman pula berjaya disatukan pada 1870an. Situasi ini dilihat seolah mencabar kedudukan negara yang lebih awal dibina seperti
Perancis dan Britain. Buktinya, Perancis selaku seteru utama Jerman merasa terancam
1 Henry N. Drewry, America Is, Columbus, Ohio: C.E. Merrill Pub., 1984, hlm. 485.
2 Joyce Appleby, The American Journey: building a nation, New York: Glencoe/McGraw-Hill, 2000, hlm.
655.

2

dengan penyatuan Jerman dan masih lagi menuntut wilayahnya yang dirampas oleh
Jerman iaitu Alsace dan Lorraine. Kebangkitan nasionalisme turut berlaku dalam
kumpulan etnik yang berkongsi bahasa serta tradisi yang sama. 3 Hal ini dapat dilihat pada
Russia yang menganggap negaranya sebagai pemimpin bagi negara-negara berbangsa
Slav seperti Serbia. Kebangkitan nasionalisme di Eropah ini sedikit sebanyak telah
menyuburkan benih-benih kebencian antara negara yang terlibat dan akhirnya membawa
kepada Perang Dunia Pertama.

Perkembangan imperialisme dan ketenteraan turut menyumbang kepada
berlakunya perang ini. Perkembangan imperialisme berkembang selari dengan hasrat
negara-negara di Eropah yang ingin meluaskan empayar masing-masing. Imperialisme
telah menyebabkan berlakunya persaingan bagi mendapatkan tanah jajahan seperti di
Afrika dan Asia. Hal ini kerana tanah jajahan diperlukan bukan sahaja untuk
meningkatkan status negara yang menjajah malah ianya diperlukan sebagai kawasan
pasaran baru.4 Britain dan Perancis contohnya telah sedia ada mempunyai empayar yang
cukup luas namun mereka menyimpan hasrat untuk meluaskannya lagi bagi
meningkatkan imej mereka sebagai sebuah kuasa besar dunia. Begitu juga dengan Itali,
Jerman dan Russia yang masing-masing cuba meluaskan pengaruh serta empayar
tersendiri dan perkembangan imperialisme ini adalah tidak lengkap tanpa kekuatan
ketenteraan. Kekuatan ketenteraan sama ada tentera darat atau laut sememangnya
diperlukan untuk meluaskan kuasa dan pengaruh sesebuah negara. Oleh itu pada awal
tahun 1900, Jerman, Perancis dan Russia telah meningkatkan jumlah tentera mereka.
Britain pula yang memang terkenal dengan tentera laut terbesar dan terkuat di dunia
semakin merasa disaingi apabila Jerman juga cuba mengukuhkan angkatan lautnya.

3 Joyce Appleby, The American Journey: building a nation, New York: Glencoe/McGraw-Hill, 2000, hlm.
656.
4 George Dunlap Crothers, American History, New York: Holt, Rinehart and Winston, 1964, hlm. 181.


3

Apabila persaingan di antara negara-negara di Eropah semakin sengit, maka
terbentuklah beberapa pakatan politik. Antara pakatan tersebut termasuklah Triple
Entente (Kuasa Bersekutu) yang terdiri daripada Perancis, Russia dan Britain manakala
Triple Alliance (Kuasa Paksi) pula terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary dan Itali. 5
Negara-negara yang berada di dalam pakatan yang sama telah berjanji untuk membantu
antara satu sama lain apabila krisis berlaku dan akan melindungi negara-negara kecil yang
bernaung di bawah pakatan mereka. Pembentukan pakatan ini juga bertujuan untuk
mengimbangi kuasa dan mengelakkan daripada dominasi sesebuah negara terhadap
negara lain. Akan tetapi dengan wujudnya pakatan politik ini sebenarnya telah
memburukkan lagi keadaan kerana ianya menyemarakkan persaingan yang sedia ada serta
membina jurang berdasarkan kepentingan masing-masing. Namun begitu, kemuncak
kepada faktor berlakunya Perang Dunia Pertama adalah disebabkan oleh sebuah tragedi
pembunuhan.
Dalam tragedi yang berlaku pada 28 Jun 1914 di Sarajevo iaitu ibu negara
Bosnia, pewaris takhta kerajaan Austria-Hungary iaitu Archduke Franz Ferdinand telah
dibunuh oleh Gavrilo Princip. Beliau merupakan seorang ahli kumpulan nasionalis Serbia
yang dinamakan sebagai kumpulan Black Hand.6 Rentetan dari pembunuhan ini, kerajaan

Austria-Hungary menyalahkan Serbia dan mengancam akan menyerang Serbia. Akan
tetapi, Serbia pula disokong kuat oleh Russia. Apabila tentera Austria-Hungary mula
menyerang Serbia, Rusia juga bersiap sedia dan bermulalah Perang Dunia Pertama pada
tanggal 28 Julai 1914. Pada masa yang sama, Jerman telah mengambil kesempatan atas
alasan mahu melindungi Austria-Hungary selaku sekutunya dan bertindak menyerang

5 Donald A. Ritchie, American History: the modern era since 1865, New York: Glencoe/McGraw-Hill,
1999, hlm. 458.
6 Joyce Appleby, The American Journey: building a nation, New York: Glencoe/McGraw-Hill, 2000, hlm.
656.

4

Perancis melalui Belgium pada bulan Ogos 1914.7 Situasi ini semakin genting kerana
Belgium merupakan negara berkecuali dan tindakan Jerman membuat serangan ke atas
Perancis melalui Belgium begitu ditentang serta mencetuskan kontroversi di Eropah. Hal
ini kemudiannya telah membawa kepada penglibatan Britain dalam Perang Dunia
Pertama.
REAKSI AWAL AMERIKA SYARIKAT (AS) TERHADAP PERANG DUNIA
PERTAMA

Jika dilihat dengan teliti, tiada langsung nama AS disebut-sebut sepanjang
kronologi Perang Dunia Pertama. Jadi apakah reaksi AS pada tahap awal semasa
berlakunya perang ini? AS dibawah pimpinan Presiden Woodrow Wilson telah
mengambil jalan selamat iaitu mengamalkan sikap berkecuali. 8 Beliau telah
mengumumkan pada 4 Ogos 1914 bahawasanya tidak ada seorang pun warganegara
Amerika yang boleh mengambil bahagian dalam Perang Dunia Pertama secara langsung
atau tidak langsung. Kenyataan beliau disokong oleh rakyat AS dan beliau turut
berpendapat penglibatan AS dalam perang tersebut hanya akan memberi kesan negatif
serta tidak mendatangkan keuntungan kepada AS sendiri. Pada masa yang sama juga,
terdapat segolongan rakyat AS yang menolak penglibatan AS dalam perang serta
menentang sebarang pergerakan yang boleh membawa AS ke dalam kancah peperangan.
Golongan ini dikenali sebagai pacifists. Antara tokoh-tokoh pacifist termasuklah Jane
Addams dan Setiausaha AS sendiri iaitu William Jennings Bryan. 9 Golongan pacifists ini
menolak kekerasan dan perang sebagai jalan penyelesaian.

7 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005, hlm. 202.
8 George Dunlap Crothers, American History, New York: Holt, Rinehart and Winston, 1964, hlm. 182.
9 Henry N. Drewry, America Is, Columbus, Ohio: C.E. Merrill Pub., 1984, hlm. 491.


5

Dengan itu dapat difahami bahawa AS mengamalkan dasar berkecuali dalam
Perang Dunia Pertama pada tahap awal akan tetapi ianya adalah sukar untuk
dilaksanakan. Hal ini kerana AS mempunyai rakyat dari pelbagai latar belakang. Menurut
bancian pada tahun 1910, didapati bahawa satu per tiga rakyat AS lahir di luar negeri atau
merupakan anak kepada ibu bapa dari luar negeri. 10 Jumlah satu per tiga ini mewakili
seramai 32 juta orang rakyat AS. Daripada jumlah 32 juta ini, 10 juta daripadanya datang
dari Jerman dan Austria-Hungary. Mereka jelas-jelas memihak dan menyokong Jerman
dalam perang tersebut manakala rakyat AS yang berketurunan Irish, Czech, Slovak dan
Serbia pula turut memihak kepada Kuasa Paksi. Akan tetapi, rakyat AS yang
berketurunan British serta Kanada memihak dan menyokong Kuasa Bersekutu. Oleh yang
demikian, keputusan untuk menjalankan dasar berkecuali bukanlah suatu perkara yang
mudah buat AS.
FAKTOR KELEWATAN AMERIKA SYARIKAT (AS) MENYERTAI PERANG
DUNIA PERTAMA
LOKASI BERLAKUNYA PERANG DUNIA PERTAMA
Tidak dapat dinafikan bahawa dasar berkecuali yang diamalkan oleh AS telah
melambatkan penyertaan mereka dalam Perang Dunia Pertama yang telah pun rancak
berlaku di benua Eropah. Namun begitu di sebalik semua ini AS mempunyai justifikasi

tersendiri tentang mengapa mereka lewat serta tidak melibatkan diri dengan lebih awal
dalam Perang Dunia Pertama. Lokasi berlakunya Perang Dunia Pertama itu sendiri telah
menjadi salah satu faktor mengapa AS tidak melibatkan diri dengan lebih awal dalam
peperangan ini. Seperti yang diketahui, Perang Dunia Pertama meletus di benua Eropah
iaitu di kawasan Balkan yang letaknya beribu batu jauh dari kedudukan AS sendiri.
10 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005, hlm. 209.

6

Dengan itu secara langsung AS berpendapat bahawa perang tersebut hanyalah perang
yang melibatkan negara-negara di kawasan Balkan dan jelas-jelas tiada kena mengena
dengan AS. Bagi AS adalah lebih baik jika Eropah sendiri yang menyelesaikan masalah
tersebut kerana ianya berlaku di benua mereka. Ada juga golongan yang menentang
penglibatan AS dalam perang ini dan mencadangkan supaya AS menumpukan kepada
masalah sosial dan ekonomi serta pembentukan sebuah negara yang aman makmur agar
dapat menjadi model kepada negara lain.11
KEBERGANTUNGAN NEGARA YANG TERLIBAT DALAM PERANG DUNIA
PERTAMA TERHADAP AMERIKA SYARIKAT (AS)
Seterusnya, antara faktor yang melambatkan penyertaan AS dalam Perang Dunia

Pertama ialah kebergantungan negara-negara yang terlibat dalam peperangan terhadap
AS. Peperangan telah mewujudkan permintaan luar biasa terhadap barangan tertentu.
Negara-negara yang terlibat dalam perang seperti Jerman, Britain, Perancis dan AustriaHungary sememangnya tidak dapat memberikan perhatian kepada penghasilan barangan
seperti makanan, pakaian serta peralatan senjata di negara mereka. Hal ini kerana
tumpuan mereka telah dialihkan sepenuhnya kepada peperangan yang sedang
berlangsung. Oleh itu, mereka sangat memerlukan bekalan makanan, pakaian serta
peralatan senjata dari pihak luar. AS dilihat bijak dan melihat keadaan ini sebagai
menguntungkan ekonominya. Kuasa Bersekutu dilihat sangat bergantung kepada AS dari
segi bekalan makanan, peralatan senjata serta bahan mentah perindustrian. 12 Buktinya,
pengeksportan senjata api oleh AS telah meningkat dari $500 juta Dolar pada bulan
Januari 1916 kepada $1680 juta Dolar pada bulan Mac 1917. 13 Keadaan ini ternyata
11 John M. Blum et. al., The National Experience: A History of the United States, New York: Harcourt,
Brace & World, 1963, hlm. 557.
12 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005, hlm. 211.
13 Foster Rhea Dulles, Twentieth Century America, Boston, Mass.: Houghton Mifflin, 1945, hlm. 193.

7

merangsang pertumbuhan ekonomi AS pada ketika itu. Dapat dilihat semasa perang

berlangsung, ekonomi AS berkembang pesat, pengangguran hampir terhapus dan upah
juga meningkat dengan banyak. AS juga mampu melancarkan beratus-ratus kapal dagang
dalam setahun dan ini menjadi satu keperluan penting kepada Britain apabila Jerman
semakin agresif menenggelamkan kapal-kapal dagang mereka.14
KEPENTINGAN PERDAGANGAN AMERIKA SYARIKAT (AS)
Kepentingan perdagangan AS juga turut menjadi penyebab mengapa mereka
dilihat lambat untuk terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Perdagangan merupakan
sektor penting yang menjadi tunjang utama ekonomi AS. Oleh yang demikian, bagi
menjamin hal ini AS tidak boleh turut serta dalam perang tersebut dan perlu mengambil
jalan selamat iaitu dengan mengamalkan dasar berkecuali. Dasar berkecuali ini
membenarkan AS menggunakan perairan laut secara bebas dan dengan itu AS dapat
menjalankan perdagangan dengan mana-mana pihak yang sedang berperang. Sebaliknya
jika AS terbabit dalam Perang Dunia Pertama pada tahap awal, kapal-kapal dagang
mereka semestinya tidak dapat menggunakan perairan laut secara bebas dan hal ini akan
mendatangkan kerugian kepada AS. Perdagangan di antara Amerika dengan negaranegara Kuasa Bersekutu mencecah $824.9 juta Dolar manakala dengan Kuasa Paksi pula
mencecah $169.3 juta Dolar dan jumlah ini terus meningkat pada tahun-tahun berikutnya
iaitu lebih kurang $2 bilion Dolar pada 1915 dan $3 bilion Dolar pada 1916. 15 Dengan itu
AS berjaya menyelamatkan ekonominya daripada kemelesetan. Duta Britain iaitu Cecil
Spring-Rice juga menyatakan perkara yang sama dan hal ini dapat dilihat pada tahun
1914 di mana jumlah eksport Amerika kepada Kuasa Bersekutu terhadap makanan

14 Paul M. Kennedy, terjemahan Mohd. Nor Long, Mohamed Diah Isa, Abdul Razak Ator, Kebangkitan
dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar: perusahaan ekonomi dan konflik ketenteraan dari tahun 1500 ke 2000,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 363.
15 David F. Long, The Outward View: An Illustrated History of the United States Foreign Relations,
Illinois: Rand McNally & Co., 1963, hlm. 246.

8

berjumlah $40 juta Dollar dan pada tahun 1916 jumlah ini meningkat kepada $1.3 billion
Dolar iaitu sebanyak 32 kali ganda.16
Selain berdagang dengan negara-negara yang berperang, AS juga turut
memberikan pinjaman kewangan kepada mereka. AS telah memberikan pinjaman
sebanyak $2.3 bilion Dolar kepada Kuasa Bersekutu manakala $27 juta Dollar bagi Kuasa
Paksi.17 Namun demikian, faktor-faktor di atas hanya mampu menyekat AS daripada
melibatkan diri lebih awal dalam perang tersebut tetapi faktor-faktor tersebut tidak cukup
kuat untuk menidakkan penglibatan AS dalam kancah Perang Dunia Pertama. Oleh yang
demikian, Presiden Wilson telah mengubah dasar berkecuali AS dalam perang tersebut
dan pada 2 April 1917 beliau telah memberi ucapan peperangan di Kongres. Hal ini
memperlihatkan bahawasanya AS benar-benar komited untuk menyertai peperangan
tersebut. Mengapakah pendirian AS yang pada tahap awal mengambil sikap berkecuali
kemudiannya berpaling dengan menyertai Perang Dunia Pertama? Berikut akan
disenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan AS menyertai Perang Dunia Pertama.
FAKTOR AMERIKA SYARIKAT (AS) MELIBATKAN DIRI DALAM PERANG
DUNIA PERTAMA
ISU KAPAL SELAM JERMAN
AS melalui kongresnya telah membuat pengisytiharan menyertai Perang Dunia
Pertama pada 6 April 1917 iaitu kira-kira setahun sebelum perang tersebut tamat. 18 AS
dilihat memilih untuk menyertai Kuasa Besekutu iaitu Britain, Perancis dan Russia dalam
peperangan ini dan terdapat beberapa faktor mengapa AS mengubah pendiriannya untuk
16 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005, hlm. 211.
17 Ray Allen Billington, American History After 1865, New Jersey: Adam & Co., 1963, hlm. 145.
18 Franklin Escher, terjemahan Aditiaman, Dari Koloni Mendjadi Salah Satu Negara Terbesar: sedjarah
ringkas Amerika Serikat, Jakarta: Endang, 1954, hlm. 126.

9

terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Antara faktor awal yang membawa kepada
penglibatan AS dalam Perang Dunia Pertama ialah isu kapal selam. Pendirian AS untuk
tidak terlibat dalam Perang Dunia Pertama dilihat mula goyah apabila Jerman
menggunakan kapal selam atau U-Boat (undersea boat) bertujuan untuk menyekat
bekalan makanan dan peralatan senjata daripada sampai ke pelabuhan-pelabuhan di
Britain.19 Tindakan Jerman menggunakan kapal selam ini adalah kerana Britain dan
sekutunya iaitu Perancis yang telah mengenakan sekatan laut bagi menghalang sebarang
perdagangan dengan Kuasa Paksi. Dalam situasi ini, AS seperti tersepit di tengah-tengah
kerana AS tidak mahu memutuskun hubungan perdagangan dengan Jerman dan pada
masa yang sama AS juga mahu memelihara hubungan baiknya dengan Kuasa Bersekutu.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila pada 4 Februari 1915 Jerman telah
mengumumkan bahawa kawasan perairan Kepulauan British sebagai kawasan perang.
Jerman telah memberi amaran bahawa kapal selamnya akan menahan mana-mana kapal
termasuklah kapal-kapal negara berkecuali seperti AS, memeriksa barangan yang dibawa
serta menurunkan penumpang di dalam kapal yang ditahan.
AS bertindak memberi amaran kepada Jerman jika kapal mereka diserang dan
nyawa rakyat mereka terkorban maka AS akan mengambil tindakan terhadap Jerman.
Keadaan semakin memburuk apabila Jerman kemudiannya mengambil keputusan untuk
menyerang kapal Britain tanpa amaran tidak seperti sebelumnya. Sebagai contoh, kapal
Falaba milik Britain telah diserang oleh kapal selam Jerman tanpa amaran dan
melibatkan

kematian

seorang

warga

AS

bernama

Leon

C.

Thrasher. 20

Walaubagaimanapun, isu ini belum cukup kuat untuk menarik AS melibatkan diri dalam
peperangan. Penglibatan AS dalam Perang Dunia Pertama dilihat bertitik tolak pada
tanggal 7 Mei 1915 apabila kapal Britain iaitu Lusitania telah diserang oleh Jerman dan
19 Donald F. Drummond, Five Centuries in America, New York: American Book Co., 1964, hlm. 525.
20 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005, hlm. 206.

10

menyebabkan 128 orang warga AS terbunuh. 21 Seterusnya serangan Jerman ke atas kapal
Arabic pula pada 19 Ogos 1915 telah membawa kepada pembunuhan dua orang warga
AS.22 Rentetan dari itu mula kedengaran suara dari rakyat AS yang mahukan negara
mereka untuk terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Presiden Wilson bagaimanapun
masih bertegas untuk mencari jalan perdamaian berkaitan isu tersebut dan pada masa
yang sama Jerman juga sebenarnya tidak mahu hubungannya dengan AS terputus.
Dengan itu mereka berjanji untuk tidak lagi menyerang kapal penumpang tanpa amaran.
Namun janji Jerman hanya sekadar janji kerana sekali lagi pada 24 Mac 1916
Jerman telah menyerang kapal Sussex iaitu kapal penumpang Perancis dan
mengakibatkan kematian 80 orang serta mencederakan sebahagian besar rakyat Amerika.
Presiden Wilson kemudiannya mengancam untuk memutuskan hubungan dengan Jerman
jika Jerman masih lagi berpendirian untuk menyerang kapal dagang dan kapal
penumpang. Oleh itu pada 4 Mei 1916, Jerman melalui Sumpah Sussex atau Sussex
Pledge telah berjanji kepada AS untuk tidak lagi menyerang kapal dagang dan kapal
penumpang tanpa amaran.23 Akan tetapi, Sumpah Sussex ini tidak terlaksana seperti yang
dijanjikan kerana Jerman telah memperbaharui strategi peperangan kapal selam dan
meneruskan serangan terhadap kapal-kapal negara berkecuali. Dengan itu jelas dapat
dilihat Jerman telah melanggar Sumpah Sussex dan kemuncaknya berlaku apabila pada 3
Februari 1917, utusan Jerman telah meninggalkan AS dan hal ini bermaksud terputuslah
hubungan diplomatik di antara Jerman dan AS ketika itu. 24 Ada sesetengah pendapat
seperti Samuel Flagg Bemis menyatakan bahawa tindakan Jerman yang mencetuskan

21 Franklin Escher, terjemahan Aditiaman, Dari Koloni Mendjadi Salah Satu Negara Terbesar: sedjarah
ringkas Amerika Serikat, Jakarta: Endang, 1954, hlm. 125.
22 Henry N. Drewry, America Is, Columbus, Ohio: C.E. Merrill Pub., 1984, hlm. 489.
23 Donald A. Ritchie, American History: the modern era since 1865, New York: Glencoe/McGraw-Hill,
1999, hlm. 460.
24 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005, hlm. 208.

11

semula serangan kapal selam telah memaksa AS melibatkan diri dalam Perang Dunia
Pertama.25
TELEGRAM ZIMMERMANN
Faktor lain yang mengukuhkan penglibatan Jerman dalam Perang Dunia Pertama
termasuklah pembongkaran maklumat sulit dalam telegram Zimmermann. 26 Telegram ini
dihantar oleh Arthur Zimmermann selaku Setiausaha Luar Jerman kepada Menteri Jerman
di Mexico. Dalam telegram ini terkandungnya pendedahan tawaran rahsia Jerman kepada
Mexico. Melalui telegram tersebut Zimmermann menyatakan bahawa sekiranya
peperangan antara Jerman dan AS berlaku, maka Menteri Jerman harus mengajak Mexico
menyertai pakatan Jerman untuk menyerang Amerika. Bagi menarik minat Mexico untuk
menyertai Jerman, satu tawaran telah dibuat di mana Jerman telah berjanji jika Mexico
bekerjasama dengan Jerman, Jerman akan membantu Mexico mendapatkan wilayah
seperti Texas, Arizona dan New Mexico.27 Wilayah-wilayah ini sebelumnya jatuh ke
tangan AS akibat kekalahan Mexico kepada AS dalam Perang Mexico atau Mexican War.
Dalam telegram tersebut juga Zimmermann ada menyebut supaya Mexico berunding
dengan Jepun untuk menyertai pakatan mereka.28
Namun demikian, rancangan licik Jerman dapat dikesan kerana telegram tersebut
berjaya dipintas oleh perisik British. Susulan itu kandungan telegram ini telah disiarkan di
dada akhbar AS pada 1 Mac 1917 dan hal ini telah membawa kepada kemarahan rakyat
AS.29 Di sini jelas terbukti bahawa kedudukan serta keselamatan AS terancam dan mereka
perlu mengambil tindakan bagi mengatasi isu ini. Pada 2 April 1917, Presiden Wilson
25 Samuel Flagg Bemis, The United States As a World Power: A Diplomatic History 1900-1950, New York:
Holt & Co., 1951, hlm. 146.
26 Paul M. Kennedy, terjemahan Mohd. Nor Long, Mohamed Diah Isa, Abdul Razak Ator, Kebangkitan
dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar: perusahaan ekonomi dan konflik ketenteraan dari tahun 1500 ke 2000,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 363.
27 Herbert L. Peacock, terjemahan Amri Hasbullah, Zaidah Othman, Sejarah Eropah Moden, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm. 356.
28 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005, hlm. 208.
29 Henry N. Drewry, America Is, Columbus, Ohio: C.E. Merrill Pub., 1984, hlm. 492.

12

telah memberi ucapan dan meminta kebenaran daripada pihak Kongres untuk
mengisytiharkan perang terhadap Jerman.30 Menurut Presiden Wilson, penglibatan AS
dalam perang tersebut bukan untuk kepentingan diri sebaliknya bertujuan untuk
berkhidmat bagi memelihara keamanan dunia. Namun begitu, jika dilihat dari satu sudut
lain, AS sebenarnya bimbang terhadap pengaruh Jerman yang akan membawa kesan
buruk kepada kedudukannya. AS juga tidak mahu pengaruh mereka disaingi oleh Jerman
dan dengan demikian hanya melalui penglibatan dalam Perang Dunia Pertama sahaja
dikira sebagai jalan penyelesaian terbaik buat AS.
PROPAGANDA BRITAIN
Penglibatan AS dalam Perang Dunia Pertama juga berpunca daripada propaganda
Britain. Sebagai kuasa besar dunia Britain sememangnya memainkan peranan yang cukup
besar selama Perang Dunia Pertama berlangsung. Peranan ini termasuklah dengan
melakukan propaganda terhadap AS yang akhirnya berjaya membawa AS ke kancah
peperangan.31 Britain sebenarnya telah lama mengadakan kempen agar rakyat AS berhatihati supaya tidak berhadapan dengan kekejaman pihak Jerman. Berita-berita tentang
kekejaman serta penderitaan mangsa perang akibat daripada serangan Jerman sering kali
dihebohkan oleh Britain. Berita-berita ini dihebohkan dan dijadikan isu utama bagi
meraih simpati rakyat AS. Tidak hanya itu, Britain juga membuat tuduhan dengan
menyatakan bahawa Jerman adalah kuasa yang memulakan Perang Dunia Pertama
manakala

Kuasa

Bersekutu

pula

sentiasa

digambarkan

sebagai

pihak

yang

memperjuangkan keadilan dan berusaha untuk menamatkan penindasan.
Propaganda yang dijalankan kemudiannya menyuburkan perasaan benci rakyat AS
terhadap Jerman dan juga Kuasa Paksi. Hal ini kerana Jerman sering dilihat sebagai
kejam dan tidak berperikemanusiaan. Rakyat AS juga lama kelamaan dilihat lebih
30 Donald F. Drummond, Five Centuries in America, New York: American Book Co., 1964, hlm. 526.
31 Joyce Appleby, The American Journey: building a nation, New York: Glencoe/McGraw-Hill, 2000,
hlm. 661.

13

cenderung memberi bantuan kepada Kuasa Bersekutu dalam peperangan tersebut.
Sebagai tindak balas terhadap propaganda Britain, Jerman juga cuba untuk melakukan
perkara yang sama. Untuk itu, kerajaan Jerman telah membelanjakan sebanyak $35 juta
Dolar bagi menerbitkan akhbar The Fatherland di AS untuk menyebarkan propaganda
bagi pihaknya.32 Namun demikian, langkah itu tidak berjaya mengatasi pengaruh
propaganda yang telah dibuat lebih awal oleh Britain. Hal ini berlaku kerana Jerman
dilihat mempunyai pengetahuan sejarah yang terhad tentang sejarah, pemikiran dan
institusi di AS berbanding Britain. Britain lebih arif dengan suasana dan perkembangan
yang berlaku di AS kerana Britain merupakan bekas penjajahnya. Propaganda Britain
juga dilihat lebih berjaya kerana adanya penglibatan tokoh-tokoh AS yang berpengaruh.
Antara tokoh-tokoh tersebut termasuklah juru cakap AS yang berpengaruh seperti
Theodore Roosevelt, Elihu Root, Leonard Wood, Henry Cabot Lodge dan Charles W.
Eliot dari Harvard.33 Mereka ini adalah nama-nama besar yang telah menjalankan
propaganda bagi pihak Britain. Selain itu, tokoh politik AS juga dilihat cenderung
menyokong Kuasa Bersekutu terutamanya Britain. Antara tokoh politik AS yang dilihat
pro-Britain termasuklah Walter Hines Page iaitu Duta AS ke Britain dan penasihat
peribadi Presiden Wilson sendiri iaitu Kolonel Edward M. House yang sentiasa melihat
bahawa AS perlu campur tangan dalam perang tersebut kerana bimbang kuasa
ketenteraan Jerman akan mengancam demokrasi di AS sekiranya kemenangan Perang
Dunia Pertama berpihak kepada Kuasa Paksi. Oleh yang demikian, apa yang dapat
diperjelaskan ialah propaganda yang dilakukan oleh Britain secara terancang dan efektif
telah mengubah pendirian AS terhadap penglibatannya dalam Perang Dunia Pertama.
Britain juga sememangnya licik kerana menggunakan kedudukan tokoh-tokoh tertentu
bagi mempengaruhi AS melibatkan diri dalam peperangan ini.
32 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005, hlm. 209.
33 Ibid., hlm. 210.

14

PERIMBANGAN KUASA & DEMOKRASI
Pada tahun-tahun akhir Perang Dunia Pertama berlangsung, AS telah mulai sedar
bahawasanya mereka perlu berbuat sesuatu atau lebih tepat lagi mengambil tindakan
segera bagi memelihara perimbangan kuasa. AS tidak boleh berdiam diri dan membiarkan
Kuasa Paksi terutamanya Jerman memenangi Perang Dunia Pertama. Hal ini kerana jika
Jerman dan sekutunya menang dalam perang tersebut, perimbangan kuasa serta
kedudukan AS akan terjejas. Sebaliknya AS menaruh harapan supaya Britain dan Kuasa
Bersekutu yang menang dalam peperangan tersebut kerana dominasi Britain di laut
membawa kebaikan kepada AS. Jika dilihat dengan teliti, sejak abad ke-20 lagi kedua-dua
kuasa ini iaitu AS dan Britain sering menekankan kewujudan kepentingan antara keduadua pihak. Walaupun terdapatnya persaingan di antara dua kuasa ini dalam sektor
perdagangan, namun imperialisme Britain tidaklah mengancam kepentingan AS
terutamanya di Hemisfera Barat.34 Malah, Britain juga sentiasa menyokong konsep
perimbangan kuasa di samping memperakui kuasa AS di Hemisfera Barat. Sekiranya
Jerman menang dalam peperangan ini dan penguasaan tentera laut Britain diambil alih
oleh Jerman, AS bimbang keadaan tersebut akan mengancam kestabilan kawasan
lingkungannya pada masa akan datang.
Keadaan ini kemudiannya telah menyebabkan Presiden Wilson telah memberikan
ucapan peperangan di hadapan Kongres dan meminta supaya Kongres meluluskan
pengisytiharan perang terhadap Jerman. Presiden Wilson cuba meyakinkan rakyat AS
bahawasanya penglibatan AS dalam Perang Dunia Pertama adalah berlandaskan dua
perkara penting iaitu yang pertama AS ingin menyelamatkan demokrasi dan penglibatan
tersebut merupakan satu perang suci menentang pihak yang melanggar prinsip
kemanusiaan. Selain itu, Presiden Wilson juga turut menyatakan bahawa AS melibatkan
34 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005, hlm. 212.

15

di dalam Perang Dunia Pertama bukan untuk memperoleh koloni sebaliknya untuk
memperjuangkan hak negara baik kecil atau besar dan dunia harus selamat demi
demokrasi.35 Perkara penting yang kedua ialah penglibatan AS dalam peperangan ini pada
masa yang sama dilakukan demi keselamatan negara. Dengan itu rakyat Amerika melihat
tindakan kerajaan mereka melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama adalah ke arah
tujuan untuk menamatkan perang dan juga menegakkan kembali demokrasi di Eropah
yang kian terancam. Kongres kemudiannya telah meluluskan pengisytiharan perang pada
6 April 1917 dan dengan ini secara rasminya AS telah melibatkan diri dalam Perang
Dunia Pertama dengan memihak kepada Kuasa Bersekutu.
KESIMPULAN
AS hanya sempat menyertai Perang Dunia Pertama kira-kira setahun lapan bulan
sahaja kerana Perang Dunia Pertama telah tamat pada 11 November 1918 apabila
gencatan senjata dibuat.36 Pengumuman gencatan senjata ini telah diumumkan oleh
Komander Tentera Bersekutu iaitu Frederick Ferdinand Fosch. Sebelum gencatan senjata
dilakukan, Presiden Wilson yang sentiasa ingin dikenali melalui kepimpinannya yang
bermoral telah merancang satu Persidangan Perdamaian yang membabitkan negaranegara terlibat dalam Perang Dunia. Lama sebelum Perang Dunia Pertama tamat, beliau
juga telah terlebih dahulu mengutarakan berkenaan Empat Belas Fasal. Empat Belas Fasal
ini telah dikemukakan pada 8 Januari 1918 yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama
antara semua negara, kebebasan laut, hak perdagangan yang sama, mengecilkan saiz
tentera dan membenarkan rakyat memilih untuk membentuk kerajaan sendiri serta yang
paling penting ialah mencadangkan penubuhan Liga Bangsa Bangsa.37

35 George Dunlap Crothers, American History, New York: Holt, Rinehart and Winston, 1964, hlm.
184.
36 Franklin Escher, terjemahan Aditiaman, Dari Koloni Mendjadi Salah Satu Negara Terbesar: sedjarah
ringkas Amerika Serikat, Jakarta: Endang, 1954, hlm. 127.
37 George Dunlap Crothers, American History, New York: Holt, Rinehart and Winston, 1964, hlm.
186.

16

Presiden Wilson percaya bahawa idea mewujudkan Liga Bangsa Bangsa adalah
yang paling penting untuk sebuah rancangan ke arah keamanan. Hal ini dapat dilihat
melalui kenyataan beliau iaitu “jika dunia ini adalah tempat yang layak dan selamat untuk
menjalankan kehidupan, maka Empat Belas Fasal ini perlulah dilaksanakan”. 38 Beberapa
hari setelah gencatan senjata diumumkan, pada 18 November 1918 Presiden Wilson telah
membuat pengumuman untuk menghadiri satu persidangan di Paris bersama
penasihatnya. Antara yang turut hadir dalam persidangan tersebut ialah Perdana Menteri
England iaitu David Lloyd George, Georges Clemenceau dari Perancis dan Vittorio
Orlando dari Itali. Mereka jelas membawa kepentingan tersendiri di dalam persidangan
tersebut dan bersepakat untuk menghukum Jerman. Dengan itu, Empat Belas Fasal yang
dikemukakan oleh Presiden Wilson sejak dari awal telah ditolak. Penolakan terhadap
Empat Belas Fasal ini akhirnya benar-benar terlaksana apabila Perjanjian Versailles
ditandatangani pada tanggal 28 Jun 1919.39
Perjanjian ini sememangnya berat sebelah terutamanya terhadap Jerman kerana
Jerman dianggap sebagai pihak yang bertanggungjawab mencetuskan Perang Dunia
Pertama dan sebagai hukumannya Jerman dikehendaki membayar ganti rugi kepada
Kuasa Bersekutu di samping jumlah tenteranya dihadkan kepada 100000 orang sahaja,
jumlah angkatan laut dihadkan kepada 6 buah kapal perang sahaja, Jerman juga terpaksa
melepaskan semua tanah jajahanya dan menyerahkan Alsace serta Lorraine kepada
Perancis.40 Melalui Perjanjian Versailles juga Liga Bangsa Bangsa telah ditubuhkan.
Selepas Perjanjian Versailles ditandatangani, Presiden Wilson kemudiannya kembali ke
AS untuk mendapatkan kelulusan Senat berkaitan perjanjian tersebut. Akan tetapi pada
masa yang sama rakyat AS sendiri seperti ramai yang tidak bersetuju dengan perjanjian
38 John Donald Hicks, A Short History of American Democracy, Boston, Mass.: Houghton Mifflin, 1956,
hlm. 710.
39 Henry N. Drewry, America Is, Columbus, Ohio: C.E. Merrill Pub., 1984, hlm. 501.
40 Donald F. Drummond, Five Centuries in America, New York: American Book Co., 1964, hlm. 530.

17

tersebut kerana melalui perjanjian itu AS perlu menyertai Liga Bangsa Bangsa dan ahliahli Senat juga tidak bersetuju dengan hal tersebut. Antara ahli Senat yang tidak bersetuju
dengan perjanjian ini ialah Henry Cabot Lodge dari Massachusetts, Willian E. Borah dari
Idaho dan Hiram Johnson dari California.41 Bukan itu sahaja, Parti Republikan yang telah
menang pilihan raya pada tahun tersebut juga telah menjalankan kempen untuk menolak
penyertaan AS dalam Liga Bangsa Bangsa. Bagi kebanyakan rakyat AS sendiri,
penglibatan negara mereka dalam Liga Bangsa Bangsa menyebabkan negara mereka akan
melibatkan diri dalam peperangan asing. Mereka sebenarnya sudah letih melihat negara
mereka terlibat dengan urusan luar seperti peperangan yang akhirnya tidak membawa
sebarang faedah kepada mereka. Mereka juga telah banyak berkorban dari segi bekerja
lebih masa, menyertai angkatan tentera dan banyak lagi pengorbanan lain sepanjang AS
terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Kini mereka hanya mahukan kehidupan lama yang
lebih aman dan fokus untuk membangun negara sendiri sahaja.
Presiden Wilson ternyata kecewa dengan keadaan tersebut dan beliau pernah
menyatakan kekecewaan tersebut melalui ucapannya beberapa ketika sebelum beliau
meninggal dunia “kita telah mendapat kesempatan yang baik sekali untuk merebut
pimpinan dunia tetapi kesempatan itu telah kita lepaskan dan tidak lama lagi nescaya
akan kita alami akibatnya”.42 Kenyataan Presiden Wilson ini jelas menunjukkan beliau
gagal dalam memahami hasrat kebanyakkan rakyatnya yang tidak bersetuju dengan
penglibatan AS dalam Liga Bangsa Bangsa kerana tidak mahu AS terbabit dalam manamana perang. Hal ini kerana penglibatan dalam Perang Dunia Pertama telah banyak
memberikan pengajaran buat rakyat AS sendiri. Walaupun Perang Dunia Pertama telah
berakhir dan kemenangan berpihak kepada Kuasa Bersekutu yang telah banyak dibantu
41 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005, hlm. 219.
42 Franklin Escher, terjemahan Aditiaman, Dari Koloni Mendjadi Salah Satu Negara Terbesar: sedjarah
ringkas Amerika Serikat, Jakarta: Endang, 1954, hlm. 129.

18

oleh AS, akan tetapi keadaan selepas peperangan tersebut adalah lebih memberikan kesan
dalam diri rakyat AS. Perang Dunia Pertama telah mengorbankan seramai 13 juta nyawa
dan setiap jam peperangan berlangsung empat orang askar akan terbunuh manakala
sembilan akan cedera.43
Menurut penulisan Herbert L. Peacock dalam bukuya yang telah diterjemahkan
iaitu Sejarah Eropah Moden, selama Perang Dunia Pertama berlangsung perbelanjaan
perang jika dinilai dari segi matawang dianggarkan sebagai cukup untuk memberikan
setiap keluarga di AS, Kanada, Australia, Britain, Perancis, Belgium, Jerman dan Russia
peruntukan wang sebanyak $500 untuk rumah, $200 untuk perabot rumah dan $100 untuk
tanah malah selebihnya adalah sama dengan seluruh nilai modal Perancis dan Belgium. 44
Begitu besar sekali perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh negara-negara yang terlibat
dalam Perang Dunia Pertama dan perbelanjaan ini tidak langsung menguntungkan malah
merugikan pihak yang terlibat termasuklah AS yang telah membelanjakan sebanyak $33
bilion dalam peperangan tersebut.45 Bagi menampung kos perbelanjaan perang yang besar
itu, kerajaan AS telah mengambil pelbagai tindakan seperti meningkatkan cukai serta
mengenakan cukai baru terhadap pelbagai perkhidmatan dan barangan. Hal ini dilihat
membawa beban kepada rakyat AS sendiri dan disebabkan itu rakyat AS tidak mahu lagi
negara mereka terlibat dengan mana-mana perang di dunia.
Selain dari itu, dapat juga dilihat kesan ketara yang lain terhadap AS selepas
tamatnya Perang Dunia Pertama. Kesan Perang Dunia Pertama terhadap AS juga
termasuklah penganiayaan terhadap rakyat AS yang berketurunan Jerman. Walaupun
Presiden Wilson kerap menyatakan bahawa “AS adalah rakan yang ikhlas terhadap orang
Jerman” akan tetapi sentimen anti-Jerman begitu tinggi di AS. Hal ini dapat dilihat
43 Herbert L. Peacock, terjemahan Amri Hasbullah, Zaidah Othman, Sejarah Eropah Moden, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm. 358.
44 Ibid.
45 Donald A. Ritchie, American History: the modern era since 1865, New York: Glencoe/McGraw-Hill,
1999, hlm. 470.

19

apabila banyak sekolah mengharamkan pengajaran bahasa Jerman. 46 Orkestra-orkestra
juga tidak dibenarkan membuat persembahan lagu-lagu dari komposer Jerman seperti
Beethoven dan Schubert.47 Pekerja-pekerja yang mempunyai darah keturunan Jerman
juga ramai yang dipecat dan dibuang kerja berikutan sentimen anti-Jerman yang begitu
tinggi pada ketika itu. Buku-buku yang ditulis oleh penulis-penulis Jerman juga
dikeluarkan daripada perpustakaan dan segala unsur-unsur yang berkaitan dengan Jerman
sedaya upaya dihapuskan. Hal ini menunjukkan bahawa berlakunya penganiayaan
terhadap rakyat AS yang berketurunan Jerman walaupun mereka tidak memainkan
peranan secara langsung membantu Jerman serta sekutunya dalam Perang Dunia Pertama.
Kesan lain yang paling jelas berlaku di AS selepas tamatnya Perang Dunia
Pertama adalah masalah ekonomi. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, keperluan
tenaga ketenteraan semakin berkurang dan AS mengambil langkah mengecilkan jumlah
angkatan tenteranya supaya kurang daripada 500000 orang. Oleh itu, AS telah
menamatkan perkhidmatan ramai tenteranya untuk tujuan ini. Keadaan ekonomi di AS
juga telah berubah dan menyebabkan ramai ahli-ahli perniagaan meninggal Washington.
Hal ini kerana semasa berlakunya perang ekonomi AS meningkat serta berkembang
dengan pesat akibat permintaan tinggi daripada negara-negara yang terlibat dalam Perang
Dunia Pertama sama ada dari segi bekalan makanan, senjata, pakaian dan juga bahan
mentah lain. Perkembangan ekonomi AS yang pesat ini membawa banyak faedah kepada
rakyat AS seperti meningkatnya kadar upah serta peluang pekerjaan yang banyak. Tetapi,
selepas perang tamat ekonomi AS kembali kepada sedia kala kerana permintaan terhadap
barangan mereka telah berkurang. Keadaan ditambah buruk lagi apabila kerajaan AS
membelanjakan kos yang tinggi untuk membiayai peperangan. Rentetan itu inflasi telah
46 Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005, hlm. 220.
47 Donald A. Ritchie, American History: the modern era since 1865, New York: Glencoe/McGraw-Hill,
1999, hlm. 472.

20

berlaku dan menyebabkan kos sara hidup rakyat AS hampir meningkat dua kali ganda
pada tahun 1919.48 Golongan petani merupakan golongan yang paling terkesan dalam
situasi ini berikutan semasa perang berlaku mereka telah banyak berhutang untuk
meningkatkan serta mengembangkan pertanian mereka kerana permintaan yang tinggi
tetapi selepas perang tamat dan permintaan kembali menurun, ramai di antara mereka
telah bankrap. Inflasi yang berlaku juga telah menyebabkan harga barangan meningkat
dengan mendadak dan perkara ini kemudiannya telah membawa kepada mogok-mogok
umum oleh pekerja dan buruh di bandar-bandar.
Secara keseluruhannya Perang Dunia Pertama yang berlangsung antara tahun
1914 sehingga tahun 1918 telah banyak memberikan kesan khususnya kepada AS.
Walaupun AS melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama di atas kerelaan mereka
sendiri akan tetapi sebenarnya terdapat satu pihak yang bertanggungjawab serta berjaya
mempengaruhi dan mengheret AS ke dalam peperangan tersebut. Pihak ini tidak lain dan
tidak bukan adalah Britain sendiri. Britain ternyata berjaya menyusun strategi dengan
bijak dan rapi bagi memastikan AS akhirnya campur tangan dalam Perang Dunia
Pertama. Britain sejak dari awal menggunakan isu-isu seperti pencerobohan Belgium oleh
Jerman untuk menarik minat AS supaya terlibat dalam perperangan ini. Hal ini kerana AS
yang sememangnya terkenal dengan penegak kepada demokrasi dan nilai-nilai
kemanusiaan pastinya akan menentang perbuatan Jerman sekali gus menyokong Britain.
Selain itu, Britain juga bijak bertindak meraih simpati rakyat AS khususnya dengan
menyebarkan kekejaman yang dilakukan oleh Jerman semasa Perang Dunia Pertama
berlangsung melalui akhbar-akhbar terbitan mereka di AS.
Propaganda yang dilaksanakan oleh Britain di AS juga dilihat begitu berkesan
sekali. Britain sering menonjolkan kepada dunia dan AS khususnya bahawa Jerman
48 Donald A. Ritchie, American History: the modern era since 1865, New York: Glencoe/McGraw-Hill,
1999, hlm. 475.

21

adalah pihak yang bertanggungjawab memulakan peperangan tersebut manakala Kuasa
Bersekutu hanyalah pihak yang mahu menegakkan keadilan dan menamatkan penindasan.
Dengan itu, AS lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam peperangan tersebut bagi
membantu Britain menegakkan keadilan dan keamanan. Melalui propaganda-propaganda
Britain juga telah berjaya menimbulkan kebimbangan AS terhadap kuasa Jerman yang
mungkin akan menggugat kedudukan serta kepentingannya. Hal ini ditambah lagi dengan
penglibatan-penglibatan tokoh yang berpengaruh di AS dalam menjalankan propaganda
bagi pihak Britain. Britain ternyata tidak mahu menanggung kekalahan kepada Jerman
serta memikul beban perang bersendirian dan dengan itu langkah melibatkan AS dalam
peperangan ini dilihat sebagai satu strategi terbaik. Tegasnya, melalui propaganda licik
Britain terhadap AS yang didasari oleh slogan “untuk menyelamatkan demokrasi bukan
menyelamatkan empayar British”, akhirnya Britain telah berjaya mengheret AS dalam
kancah Perang Dunia Pertama.

22

RUJUKAN
1. Appleby, Joyce., The American Journey: building a nation, New York:
Glencoe/McGraw-Hill, 2000.
2. Billington, Ray Allen., American History After 1865, New Jersey: Adam & Co.,
1963.
3. Blum, John M., et. al., The National Experience: A History of the United States,
New York: Harcourt, Brace & World, 1963.
4. Crothers, George Dunlap., American History, New York : Holt, Rinehart and
Winston, 1964.
5. Drewry, Henry N., America Is, Columbus, Ohio: C.E. Merrill Pub., 1984.
6. Drummond, Donald F., Five Centuries in America, New York: American Book
Co., 1964.
7. Dulles, Foster Rhea., Twentieth Century America, Boston, Mass.: Houghton
Mifflin, 1945.
8. Escher, Franklin., terjemahan Aditiaman, Dari Koloni Mendjadi Salah Satu
Negara Terbesar: sedjarah ringkas Amerika Serikat, Jakarta: Endang, 1954.
9. F. Long, David., The Outward View: An Illustrated History of the United States
Foreign Relations, Illinois: Rand McNally & Co., 1963.
10. Flagg Bemis, Samuel., The United States As a World Power: A Diplomatic
History 1900-1950, New York: Holt & Co., 1951.
11. Hicks, John Donald., A Short History of American Democracy, Boston, Mass.:
Houghton Mifflin, 1956.
12. Kennedy, Paul M., terjemahan Mohd. Nor Long, Mohamed Diah Isa, Abdul Razak
Ator, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar: perusahaan ekonomi dan
konflik ketenteraan dari tahun 1500 ke 2000, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1994.
13. Peacock, Herbert L., terjemahan Amri Hasbullah, Zaidah Othman, Sejarah
Eropah Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.
14. Ritchie, Donald A., American History: the modern era since 1865, New York:
Glencoe/McGraw-Hill, 1999.
15. Shakila Yacob, Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

23