AMALAN P and P BERKUALITI HASIL PEMANTAU

Karya Dagang Prosiding Seminar Penyelidikan Peringkat Zon Timur Politeknik Malaysia 2013
1 (Disember), 317 – 324.

AMALAN P&P BERKUALITI : HASIL PEMANTAUAN
PELAKSANAAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENSYARAH
Musalifah Binti Mustafa
Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu, KELANTAN

ABSTRAK
Kajian dijalankan ini menguji keberkesanan perlaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilalui oleh para pelajar Jabatan Perdagangan. Kajian ini dijalankan
untuk menilai peningkatan kualiti pensyarah merujuk segi domain yang telah ditetapkan
oleh pihak Jabatan Pengajian Politeknik. Objektif kajian meliputi; pengukuran tahap
kompetensi para pensyarah berkaitan dengan lima (5) domain iaitu perancangan
pembelajaran & pengajaran, instruksional, kompetensi dan profesionalisme pensyarah,
pengurusan kelas dan PPSMTI (Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris). Sampel kajian terdiri daripada 10 peratus bilangan pelajar
Jabatan Perdagangan dari setiap bilangan kelas yang terpilih, ke atas 43 orang pensyarah
yang dipantau, pada Sesi Disember 2012. Soal selidik digunapakai adalah dari terbitan
Jabatan Pengajian Politeknik. Hasil kajian menunjukkan bahawa ramai pelajar bersetuju

bahawa proses pengajaran dan pembelajaran para pensyarah Jabatan Perdagangan
meliputi Domain 1 hingga 4 adalah cemerlang, dan sedikit penambahbaikan perlu dibuat
oleh para pensyarah berkenaan ke atas beberapa item diuji terutamanya meliputi Domain
5.
Kata kunci : pemantauan, domain, kompetensi

1.

PENDAHULUAN

Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan satu bukti untuk meneruskan proses/
aktiviti penambahbaikan. Pemantauan pengajaran adalah merupakan sebahagian daripada Jaminan Kualiti
dan merupakan satu usaha penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran (JPP, 2012).
Pelaksanaan pemantauan dan penyeliaan yang sistematik ternyata dapat meningkatkan kualiti proses P&P.
1.1

Objektif Kajian

Mengukur tahap kompetensi para pensyarah berkaitan dengan lima (5) domain berkenaan :
i. Perancangan pembelajaran & pengajaran

ii. Instruksional
iii. Kompetensi dan profesionalisme pensyarah
iv. Pengurusan kelas
v. PPSMTI (Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris).
1.2

Skop Kajian

Skop perlaksanaan yang dijalankan adalah tertumpu kepada para pelajar Jabatan Perdagangan, meliputi
Diploma Akauntansi, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Pemasaran Sesi Disember 2012.
Kajian mengkhususkan kepada maklumbalas pelajar ke atas proses P&P bagi 43 orang pensyarah
berkenaan. Mengenalpasti impak proses P&P ini mungkin terbatas kepada perubahan pengetahuan,
kemahiran teknikal dan tingkahlaku pelajar berkaitan dengan hasil pembelajaran kursus terpilih.
Pandangan responden adalah dibataskan kepada tahap pemikiran mereka di samping meliputi
penyampaian atau perbincangan oleh tenaga pengajar yang berbeza. Dapatan mungkin bergantung kepada
rasa hati dan pendapat pelajar sahaja, tertakluk kepada proses berlaku sepanjang tempoh pengajian
mereka.

Kajian dibuat merujuk kepada Garis Panduan Pemantauan P&P, yang terpakai bagi pelaksanaan program
pengajian politeknik dalam pelbagai mod di institusi di bawah kawalan JPP yang melibatkan semua PPPT

Kategori I dan II.

2.0

SOROTAN KAJIAN

Kerajaan berhasrat untuk melahirkan modal insan yang baik dan seimbang dari sudut intelektual, emosi,
rohani dan jasmani yang sekaligus akan menjadi anggota masyarakat dan warganegara yang baik serta
berupaya untuk menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Pernyataan ini dijelaskan di dalam Falsafah
Pendidikan Negara, ‘Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara’. Menurut Santrock (2008),
apa yang penting dalam pengajaran di bilik kuliah adalah memberi peluang kepada pelajar untuk
menggunakan bakat dan kecerdasan mereka dalam proses pembelajaran.
Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan yang semakin popular dalam era ini. Pensyarah
digalakkan beralih daripada pengajaran pasif kepada pengajaran aktif dalam proses P&P. Pensyarah juga
perlu mempunyai inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar kelas
untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran aktif. Menurut Meyers & Jones (1993), pembelajaran aktif
berasal daripada dua (2) andaian iaitu :
i. Pembelajaran pada hakikatnya adalah satu aktiviti yang aktif

ii. Pelajar yang berlainan mempunyai cara belajar yang berbeza.
Proses P&P berkesan menggalakkan pelajar memahami dan mengembangkan pengetahuan dan bukan
menerima pengetahuan secara pasif, dan pentingnya pensyarah pula memainkan peranan sebagai
fasilitator dan bukan sekadar penyampai ilmu. Gambarajah di bawah menunjukkan bagaimana proses
pembelajaran berlaku :

Rajah 1 : Audio Visual Methods In Teaching
Menurut The Liang Gie (1988), terdapat empat (4) cara belajar yang efektif iaitu :
i. Belajar secara teratur
Cara belajar yang teratur dan cekap membantu pelajar untuk memperolehi cara pembelajaran
yang berkesan sama ada di dalam atau di luar kelas.
ii. Disiplin belajar
Disiplin semasa belajar adalah penting untuk mewujudkan cara belajar yang baik. Ini kerana,
berdisiplin akan membuat seseorang memiliki kecekapan dan juga akan membentuk perwatakan
serta peribadi yang baik.
iii. Tumpuan
Setiap pelajar perlu memberikan tumpuan semasa melalui proses pembelajaran di dalam atau di
luar kelas.
iv. Penggunaan perpustakaan
Dengan adanya sumber bacaan tambahan, ia akan mendorong minat pelajar dan meningkatkan

prestasi pembelajaran mereka.
Untuk memperolehi pemahaman yang cepat dan tepat, pembelajaran berpusatkan pelajar boleh disediakan
bagi menghuraikan dan memahami proses P&P yang berlaku di dalam dan di luar kelas. Selain dari itu,
pemantauan proses P&P yang dilaksanakan boleh dijadikan titik punca mencetuskan kreativiti belajar
secara kumpulan, yang secara umumnya juga menganjakkan paradigma diri para pelajar. Berdasarkan

daripada pengalaman dan pengetahuan yang dilalui sepanjang melakukan kerja berkumpulan, di situ
terbentuknya anjakan paradigma kepada pelajar kerana pelajar menggunakan pemikiran dan tingkahlaku
bersesuaian bagi mengeluarkan idea atau pendapat untuk menjawab sesuatu persoalan dan saling bertukar
pendapat sesama pelajar.
Merujuk kandungan Garis Panduan Pemantauan Pembelajaran Dan Pengajaran Politeknik (JPP, 2012),
penentuan kecemerlangan akademik pelajar adalah berpunca dari keberkesanan P&P. Keberkesanan P&P
merupakan agenda penting bagi memartabatkan profesionalisme pensyarah, selaras dengan Teras Kedua
dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu untuk menambaik kualiti P&P di institusi
pengajian tinggi tempatan. Proses pemantauan adalah mekanisme yang digunakan untuk pelbagai tujuan.
Antara tujuannya adalah :
i.
Memastikan pelaksanaan kurikulum mencapai outcome yang disasarkan; CLO, PLO, PEO, PAIs,
dan CQI.
ii. Membantu meningkatkan kompetensi dan profesionalisme pensyarah bagi memastikan proses

P&P dilaksanakan dengan berkesan.

3.0

METODOLOGI KAJIAN

Tinjauan dilaksanakan ke atas pencerapan/ pemantauan proses P&P yang dibuat oleh Ketua Jabatan
Perdagangan, Ketua Program dan pegawai dilantik, ke atas sampel satu program pengajian. Sepanjang
tempoh pengajian Sesi Disember 2012 (Disember 2012 hingga Mei 2013), bilangan populasi pensyarah
Jabatan Perdagangan, PKB yang dicerap ke atas sesi P&P adalah seramai 68 orang melibatkan tiga (3)
program pengajian dan melibatkan pelbagai kursus (PB, PA, PM, PE, AS, AR, dan AW). Untuk skop
kajian, sampel bilangan pensyarah dipantau bagi kajian adalah seramai 43 orang pensyarah sahaja.
Instrumen bagi melaksanakan pemantauan proses P&P (JPP, 2012) adalah; Lampiran 1 Instrumen
Pemantauan P&P, yang digunakan oleh pemantau bagi pemantauan P&P, serta Lampiran 2 Instrumen
Penilaian Pensyarah Oleh Pelajar, yang digunakan oleh pelajar untuk memberi maklumbalas terhadap
pensyarah yang dipantau.

4.0

ANALISA DATA DAN PERBINCANGAN


4.1

Domain 1 : Perancangan Pembelajaran & Pengajaran

Majoriti pensyarah (97.7%) didapati menyediakan perancangan yang berkesan sebelum proses P&P
dilaksanakan. FRP disediakan dengan lengkap dan mengandungi semua rekod yang berkaitan mengikut
keperluan Prosedur Kualiti PKB, dikemaskini dengan baik serta rekod mudah dikesan. RMS disediakan
secara komprehensif bagi menunjukkan pencapaian CLO dibuat. Proses P&P kuliah didapati melibatkan
pelbagai kaedah penyampaian, penggunaan ABM yang sesuai dan memenuhi keperluan kurikulum.
Pensyarah juga didapati mampu menyediakan CQI/ catatan refleksi dalam RMS.
Perancangan proses P&P disediakan agar sesuai dengan konsep belajar secara berkumpulan. Menurut
Ismail (2010), belajar secara berkumpulan memerlukan perancangan yang rapi serta kerjasama yang erat
daripada anggota kumpulan.
Berikut merupakan faktor diambilkira agar dapat mempengaruhi
keberkesanan belajar secara berkumpulan :
i.
Jumlah anggota kumpulan
ii.
Topik pembelajaran

iii. Kaedah pembelajaran
iv. Cara persembahan
v.
Interaksi
vi. Rumusan perbincangan.
Persediaan pelajar memenuhi PAIs, PLO dan CLO, di samping menyertai aktiviti pembelajaran kooperatif
dan soft skills adalah memerlukan perancangan penyediaan aktiviti perbincangan secara aktif sebagai satu
persediaan memenuhi hasil pembelajaran pelajar serta menghadapi alam pekerjaan kelak. Manual Kualiti
Politeknik Kota Bharu (2013) menunjukkan ruang dan prosedur kerja mengajar oleh para pensyarah,
dengan menyediakan takwim/ jadual penyelarasan FRP agar proses P&P dapat dijalankan mengikut
perancangannya.

4.2

Domain 2 : Instruksional

Semua pensyarah berjaya mempraktikkan dasar, prinsip dan amalan P&P terkini dalam menyokong
pembelajaran pelajar.
Pensyarah didapati melaksanakan penyampaian dengan mengambilkira
kepelbagaian pelajar di samping penggunaan strategi dan teknologi yang berkesan. Set induksi proses

P&P telah disediakan dengan baik dan pensyarah berjaya menunjukkan betapa pentingnya untuk menarik
perhatian pelajar agar menumpukan perhatian terhadap topik atau perkara yang hendak dibincangkan,
bersesuaian dengan sasaran hasil pembelajaran pelajar. Semasa proses penyampaian isi pengajaran,
pensyarah didapati membuat pembaharuan berasaskan kebolehan pelajar dalam sesebuah kelas. Proses
atau aktiviti penyampaian isi pengetahuan adalah juga bagi menanam kepercayaan baru, menukar
tingkahlaku atau kelakuan pelajar.
Maka, sebagai seorang pensyarah, mereka telah mencuba
menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian supaya proses pembelajaran boleh berlaku dengan
berkesan, teratur, jelas dan bersepadu. Semua pensyarah juga berjaya menyampaikan isi pengetahuan/
pelajaran/ kemahiran dalam tempoh masa yang sesuai dan optimum.
Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk
memberi kesan baik kepada pembelajaran (John & Wheeler, 2008). Sehubungan dengan itu, para
pensyarah telah berusaha menggunakan sumber pendidikan yang sesuai dan didapati berjaya menarik
minat pelajar, yang mana akhirnya berjaya meneguhkan pembelajaran mereka. Beberapa orang pensyarah
berjaya menerapkan unsur kreativiti dan inovasi dalam penggunaan teknologi ABM mereka, bagi tujuan
mencapai hasil pembelajaran pelajar. Usaha ini membantu merangsang pemikiran pelajar dan
mewujudkan perkembangan pemahaman samada dari sudut; pengenalan topik, penerangan konsep,
penutup dan kesimpulan topik pelajaran, serta penilaian kefahaman terhadap topik.
Aktiviti P&P berasaskan OBE dikesan membawa kejayaan bersama pelajar. Majoriti pensyarah berjaya
menerapkan aktiviti-aktiviti nilaitambah hasil pembelajaran pelajar dengan melaksanakan aktiviti

Pembelajaran Kooperatif, seperti Three Step Interview, Roundtable, Think Pair Share, Rotating Review,
Structured Problem Solving, dan Focused Listing. Selain itu, aktiviti nilaitambah lain diadakan seperti;
seminar oleh penceramah luar (Seminar Pelaburan Bijak dan Seminar Keusahawanan), Lawatan
Akademik ke Langkawi serta Site Investigation. Kejayaan P&P juga dikesan kerana kejayaan
mewujudkan interaksi dua (2) hala di antara pensyarah dan pelajar, bagi membawa kesan berterusan
peningkatan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Cara pembelajaran, pemprosesan maklumat yang
diamalkan bagi mencapai hasil pembelajaran pelajar didapati membantu mengesan kelemahan-kelemahan
pelajar dalam proses penyelesaian masalah serta meningkatkan hasil kerja pelajar.
Para pensyarah amat digalakkan melaksanakan penilaian atau pengujian pada akhir sesi pembelajaran.
Strategi ini dibuat bagi memantau pencapaian pelajar sama ada pelajar boleh mengikuti kursus dengan
baik, sederhana atau lemah. Daripada hasil itu, pensyarah akan dapat menilai pelajar, atau juga dapat
menyediakan strategi lain bagi mengatasi masalah jika ada pelajar yang lemah dalam mengikuti kursus.
Teknik penilaian adalah pelbagai dan aras pengujiannya juga dipelbagaikan bagi menepati kesesuaian
mencapai hasil pembelajaran tempoh berkenaan.
Maklumbalas proses P&P dan pengujian oleh pensyarah sentiasa disampaikan untuk pelajar.
Maklumbalas ini penting dan berpotensi merangsangkan belajar secara aktif, ia juga mampu membantu
pelajar menganalisis konsep dan idea serta berupaya menarik minat pelajar, seterusnya dapat
menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Setiap apa yang difikir oleh pelajar akan menganjakkan tahap
hasil pembelajaran pelajar sedikit demi sedikit. Pemikiran kritikal dalam sesi pembelajaran yang
dilaksanakan oleh pensyarah menghasilkan pengalaman pembelajaran yang dapat mempengaruhi pelajar

untuk menjadi seorang yang lebih aktif serta mempunyai keyakinan semasa menghadapi sebarang
kesulitan. Semua pensyarah menyediakan rumusan hasil pembelajaran setiap kali kuliah/ perbincangan
dijalankan. Tiada satu kaedah atau aktiviti P&P yang terbaik, jadi pensyarah mencadangkan pelbagai beza
gaya pembelajaran. Pensyarah mencadangkan aktiviti-aktiviti susulan, mengingatkan persediaan dan
kesediaan pelajar untuk kuliah kelak, serta mewujudkan sikap menyayangi pelajar, agar para pelajar
mencintai kursus berkenaan, merasa yakin tentang kebolehan sendiri, selalu merangsang minat,
mempunyai sikap proaktif dan akan mampu menyelesaikan masalah.
4.3

Domain 3 : Kompetensi Dan Profesionalisme Pensyarah

Semua pensyarah mencapai sasaran penilaian kompetensi dan profesionalime pensyarah. Mereka
didapati menunjukkan bukti pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif ke arah mewujudkan
keyakinan dan kepercayaan pelajar. Para pensyarah didapati mampu memastikan elemen-elemen dalam
teras pengajaran yang perlu bermatlamat pengajaran berkesan dan menarik, juga dapat memotivasikan

pelajar, serta menyediakan contoh-contoh sesuai dan relevan. Mereka mampu mempamerkan penguasaan
mereka bagi menyediakan peluang meningkatkan pencapaian pelajar melalui pelbagai kaedah
penyelesaian masalah. Hasil pembelajaran pelajar diperolehi dengan usaha bijak pensyarah mengaitkan
isu semasa atau pengalaman pelajar itu sendiri. Semua pensyarah menunjukkan kesungguhan yang tinggi
dalam memupuk keperibadian yang positif. Kesungguhan dan komitmen serta mampu menarik minat
pelajar dengan melaksanakan kaedah/ teknik pembelajaran yang sesuai semasa mengendalikan proses
P&P mereka. Selain itu, komunikasi pensyarah yang berkesan mendorong pelajar memberi tumpuan dan
idea yang baik dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Ini kerana, komunikasi yang baik akan
memberi keselesaan kepada pelajar untuk bertanya jika pelajar tidak memahami sesuatu dalam
pembelajarannya. Interaksi secara bersemuka juga berjaya dibentuk dan ianya mampu membentuk rasa
hormat yang tinggi sesama mereka, serta dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada pelajar.
Ciri-ciri baik pensyarah yang sesuai mendekati pelajar dikesan, di antaranya; mesra, sedia membantu dan
penampilan baik boleh dicontohi. Kebolehan pensyarah menunjukkan potensi perubahan di tempat kerja,
kepelbagaian kesan dicapai, kefahaman prinsip pembelajaran dewasa, peningkatan kualiti program
mentoring yang efektif dan kerelevanan material pengajaran sedia ada menunjukkan peningkatan amalan
profesionalisme mereka.
Dalam sesi P&P, pensyarah kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka.
Hal ini memerlukan kepakaran pensyarah dalam menentukan strategi P&P. Pensyarah boleh menentukan
pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan kebolehan pelajar,
serta berupaya menarik minat pelajar dan dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Kenyataan
ini boleh dirujuk bersama kandungan dalam Manual Kualiti Politeknik Kota Bharu (2013).
Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan yang semakin popular dalam era ini. Pensyarah didapati
mampu beralih daripada pengajaran pasif kepada pengajaran aktif dalam proses P&P. Pensyarah juga
perlu mempunyai inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar kelas
untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran aktif. Selain itu, pensyarah berjaya memainkan peranan
sebagai fasilitator dan bukan sekadar penyampai ilmu. Pensyarah juga memainkan peranan sebagai
mentor bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang mampu membentuk peribadi pelajar yang
bermotivasi tinggi, sentiasa mempunyai rasa ingin tahu, berupaya mengurus masa dengan bijak dan mahir
mencari maklumat. Pemikiran dan tingkah laku pelajar amat senang dipengaruhi dalam keadaan
pembelajaran yang dicipta oleh pensyarah. Pengukuran hasil pembelajaran pelajar boleh dikesan daripada
hasil interaksi tiga perlakuan utama yang saling mempengaruhi antara satu sama lain iaitu tingkahlaku
pensyarah, tingkahlaku pelajar serta pencapaian pelajar. Pensyarah didapati sentiasa berusaha menentukan
pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Pensyarah berjaya
memberikan arahan merujuk perancangan P&P, tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan
melakukan aktiviti secara berstruktur. Kaedah kooperatif mengambil kira aspek kognitif, tingkahlaku,
emosi dan sosial pelajar. Dengan itu, pensyarah didapati berjaya menerangkan prosedur tertentu untuk
mengendalikan kumpulan masing-masing. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan
sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.
4.4

Domain 4 : Pengurusan Kelas

Semua pensyarah dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif seterusnya berjaya
meningkatkan kesediaan minat pembelajaran pelajar. Kebersihan dan keselamatan di bilik kuliah/
perbincangan dijaga bersama. Susun atur kedudukan ruang kelas digunakan secara optimum untuk tujuan
pembelajaran. Kehadiran dan ketepatan masa pelajar dititikberatkan. Pelajar sentiasa diingatkan agar
dapat menjaga tatasusila diri dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Teori Sigmund Freud (1856 - 1939) menjelaskan bahawa sebahagian besar tingkahlaku individu
dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar yang merujuk kepada pemikiran, kebimbangan serta
harapan yang tidak disedari oleh seseorang termasuk perlakuan normal dan abnormal hasil daripada faktor
genetik dan persekitaran. Selain itu, persepsi diri sendiri meliputi sikap, perasaan, pengetahuan tentang
kebolehan, kemahiran, penampilan dan penerimaan sosial. Persepsi tersebut banyak dipengaruhi oleh
galakan daripada persekitaran, orang penting bagi seseorang individu tersebut dan atribusi yang dibuat
oleh individu terhadap tingkahlakunya sendiri. Sehubungan dengan itu, pengurusan kelas yang sempurna
dapat mewujudkan persekitaran yang tepat bagi menyediakan pelajar memikirkan tentang sesuatu topik,
berbincang dengan kawan di sebelah dan kemudian berkongsi hasil perbincangan tersebut dengan seluruh
kelas. Suasana kondusif memberikan idea penglibatan keseluruhan pelajar di dalam kelas dan seterusnya
membuka peluang kepada mereka mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi dalam kelas selaras
dengan pengetahuan kehidupan sebenar, tindakan serta akibat sesuatu tindakan.

4.5

Domain 5 : PPSMTI

Hanya 16.3% pensyarah yang menyediakan proses P&P serta penilaian dan nota disediakan dalam Bahasa
Inggeris secara keseluruhannya.
Walau bagaimanapun, pelbagai kaedah dijalankan sebagai
penambahbaikan atas apa yang dapat dikesan ini. Antaranya :
i. Menyediakan kursus berkaitan kepada tenaga pengajar.
ii. Memperkasakan Sudut Bahasa Inggeris di JP.
iii. Menggalakkan secara serius e-learning dalam kalangan pensyarah dengan menggunakan
CIDOS.
Proses yang diambil ini merupakan satu proses lanjutan bagi memastikan para pensyarah sentiasa mencari
dan menguasai pengetahuan dalam Bahasa Inggeris, dan seterusnya membantu para pelajar mengumpul
maklumat yang disepadukan dengan kemahiran inkuiri, komunikasi, pemikiran kritis, penyelesaian
masalah dan sebagainya.
Adalah diharapkan bahawa ciri-ciri graduan yang dapat dilahirkan kelak, memasuki pasaran terbuka akan
memiliki EQ (kebijaksanaan emosi), sikap dan nilai kerja, gigih, cekal, kepimpinan, mahir berkomunikasi
secara globalisasi, menyelesaikan masalah dengan sempurna dan positif, serta boleh bekerja dalam
kumpulan, berupaya menyesuaikan diri, suka mencuba sesuatu yang baru, keinginan untuk belajar, sikap
yang positif, kreatif dan inovasi, pemikiran kritikal dan mempunyai keyakinan diri. Timbalan Pengarah
Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar (2011), menyatakan graduan politeknik bukan sahaja
dibekalkan dengan ilmu pengetahuan malah mempunyai kemahiran tinggi yang dilihat mampu memenuhi
pasaran kerja dalam bidang teknikal dan vokasional yang semakin meluas di Malaysia.
4.6

Maklumbalas Dari Pelajar Ke Atas Pelaksanaan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Pensyarah

Sepanjang tempoh pengajian Sesi Disember 2012, bilangan pelajar yang memberikan maklumbalas adalah
dipilih secara rawak daripada keseluruhan pelajar di kelas berkenaan. Ianya melibatkan pelbagai kursus
di dalam struktur program ataupun sesi pengajaran dan pembelajaran kursus di bawah tanggungjawab
penggubal kurikulum digunapakai. Seramai 100% pensyarah menerima maklumbalas positif; iaitu proses
pengajaran dan pembelajaran berkesan (cemerlang). Walau bagaimanapun, hasil dapatan menunjukkan
wujud beberapa item dipantau ke atas pensyarah sepanjang melaksanakan kuliah menerima hasil kurang
berpuashati oleh pelajar. Hampir 1% bilangan pelajar terlibat memberikan maklumbalas kurang
memuaskan ke atas item-item tersenarai.
Bagi mengatasi kekangan perlaksanaan proses P&P merujuk dapatan oleh pelajar, para pelajar digalakkan
menyertai pelbagai aktiviti dalam dan luar kampus. Antaranya :
i.
Bicara Usahawan pada 30 Mac 2013, sempena Karnival Keusahawanan Kebangsaan
(K3PM) 2013.
ii.
Seminar Biz Talk pada 30 Mac 2013 sempena Karnival Keusahawanan Kebangsaan
(K3PM) 2013.
iii.
Pertandingan Rancangan Perniagaan 30 Mac 2013 (Peringkat Saringan) dan 31 Mac 2013
(Peringkat Akhir), sempena Karnival Keusahawanan Kebangsaan (K3PM) 2013.
iv.
Gerai Keusahawanan pada 8 hingga 11 April 2013, sempena Majlis Konvokesyen PKB Kali
Ke26.
v.
Pembentangan Penyelidikan Perniagaan (PB605 Business Research) pada 18 April 2013,
dijalankan dalam Bahasa Inggeris.
vi.
Program Pengukuhan Kursus JP yang dijalankan pada 7 hingga 9 April 2013, dengan
kerjasama Unit Psikologi & Kerjaya.
vii.
Taklimat MQA pada 2 April 2013, yang memberikan makluman tentang keseluruhan
pengajian di PKB.
5.0

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Skor maklumbalas merujuk perbandingan konsistensi di antara skor cerapan pensyarah dan maklumbalas
dari pelajar menunjukkan tiada staf mendapat julat perbezaan yang ketara, tetapi pemantauan berterusan
perlulah disediakan untuk seorang pensyarah yang mendapat hasil pemantauan pelajar yang paling minima
kecemerlangannya; iaitu 80.1%. Perbandingan ke atas konsistensi skor menunjukkan tidak berlaku
kerumitan dalam proses P&P. Cadangan penambahbaikan diutarakan adalah seperti :
i.
Kursus – kursus dalaman perlu diadakan lebih kerap supaya pensyarah berkenaan mendapat
peningkatan kemahiran/ kompetensi serta dapat memperbaiki diri dari aspek motivasi kerja.

ii.
iii.
iv.

Perbincangan/ nasihat di antara pihak pengurusan jabatan dan pensyarah perlu diadakan secara
berterusan bagi memberikan kesan yang lebih di dalam proses P&P.
Peluang tempoh untuk melaksanakan latih tubi pelajar dipertingkatkan.
Bukti perlaksanaan (gambar atau visual) bagi setiap domain perlu disediakan.

Daripada hasil analisis yang dijalankan, dapatlah dirumuskan bahawa keberkesanan proses pemantauan
P&P oleh pensyarah Jabatan Perdagangan menunjukkan pencapaian pensyarah berada pada tahap yang
tinggi. Seramai 100% pensyarah didapati menjalankan proses P&P berkesan (cemerlang).

RUJUKAN
Dale, E. (1969). Audio Visual Methods In Teaching. 3rd Edition. New York : Holt, Rienhart & Winston.
John, P. D. & Wheeler, S. (2008). The Digital Classroom Harnessing Technology For The Future. Oxon :
Routledge.
Meyers, C. & Jones, T. B. (1993). Promoting Active Learning. Strategies For The College Classroom.
San Francisco : Jossey Bass Publication.
Santrock, J. W. (2008). Adolescence. 12th Edition. McGraw-Hill Higher Education.
The Liang Gie. (1988). Cara Belajar Yang Efektif. Bandung : Tarsito.
Garis Panduan Pemantauan Pembelajaran Dan Pengajaran Politeknik 2012. Jabatan Pengajian Politeknik,
Kementerian PengajianTinggi.
Manual Kualiti Politeknik Kota Bharu (2013).
Ismail Zain, Dr. (2010). Kaedah Belajar Secara Berkumpulan.
http://www.adap.com.my/info.php?id=10
Dipetik pada : 15 Mac 2013.
Laman Web Jabatan Pengajian Politeknik.
http://www.cidos.edu.my
Dipetik pada : 31 Mac 2013.
Laman Web Politeknik Kota Bharu.
http://www.pkb.edu.my
Dipetik pada : 6 Mei 2013.

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

HASIL PENELITIAN KETERKAITAN ASUPAN KALORI DENGAN PENURUNAN STATUS GIZI PADA PASIEN RAWAT INAP DI BANGSAL PENYAKIT DALAM RSU DR SAIFUL ANWAR MALANG PERIODE NOVEMBER 2010

7 171 21

Improving the Eighth Year Students' Tense Achievement and Active Participation by Giving Positive Reinforcement at SMPN 1 Silo in the 2013/2014 Academic Year

7 202 3

KADAR TOTAL NITROGEN TERLARUT HASIL HIDROLISIS DAGING UDANG MENGGUNAKAN CRUDE EKSTRAK ENZIM PROTEASE DARI LAMBUNG IKAN TUNA YELLOWFIN (Thunnus albacares)

5 114 11

KAJIAN MUTU FISIK TEPUNG WORTEL (Daucus carota L.) HASIL PENGERINGAN MENGGUNAKAN OVEN

17 218 83

KARAKTERISASI DAN PENENTUAN KOMPOSISI ASAM LEMAK DARI HASIL PEMURNIAN LIMBAH PENGALENGAN IKAN DENGAN VARIASI ALKALI PADA ROSES NETRALISASI

9 139 85

The Correlation between students vocabulary master and reading comprehension

16 145 49

Improping student's reading comprehension of descriptive text through textual teaching and learning (CTL)

8 140 133

The correlation between listening skill and pronunciation accuracy : a case study in the firt year of smk vocation higt school pupita bangsa ciputat school year 2005-2006

9 128 37

PENERAPAN MODEL COOPERATIVE LEARNING TIPE TPS UNTUK MENINGKATKAN SIKAP KERJASAMA DAN HASIL BELAJAR SISWA KELAS IV B DI SDN 11 METRO PUSAT TAHUN PELAJARAN 2013/2014

6 73 58