Pendidikan Agama Islam  Abdurrahman,S.Ag
58. PENYAKIT ROHAHI  RAWATANNYA DALAM ISLAM
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh Dengan  nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah S.W.T. Kami memujiMu wahai
Zat yang Maha Memiliki sifat Keagungan dan Kemuliaan  atas segala sesuatu yang telah Engkau sempurnakan daripada agama Islam. Selawat  dan  salam  atas  Nabi  pemberi petunjuk dan rahmat yang diutuskan dengan  membawa  al-Kitab
dan  Hikmah  sebagai  penutup para nabi dan para pemimpin petunjuk kebenaran, iaitu Nabi Muhammad s.a.w., juga ke atas semua keluarga, sahabat dan para pengikutnya.
Pada  hari  ini,  insya Allah  dapat kita merenung dan memikir sejenak hasil buku  mengenai PENYAKIT ROHANI DAN RAWATANNYA DALAM ISLAM yang ditulis oleh Drs.  Hanafi Mohamed. Semoga dengan apa yang akan
disampaikan dapat menjadi peringatan,  nasihat dan bimbingan terutama pada diri saya dan seluruh kaum muslimin  dan muslimat  dalam rangka meyempurnakan disiplin kehidupan agar sentiasa memperoleh taufik, hidayah dan rahmat
daripada Allah S.W.T. Umat Islam masa kini banyak mengalami gejala penyakit rohani sehingga boleh menimbulkan  keresahan dan
kegelisahan. Kesannya, kesihatan fizikal manusia mengalami  seksaan dan penderitaan jiwa. Penyakit rohani yang boleh membawa kepada  keresahan  kehidupan  manusia  telah timbul sejak adanya manusia di dunia  ini  sebagaimana yang
dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran dengan firmanNya : Ertinya  :  Sesungguhnya  manusia  dijadikan  bersifat keluh kesah, apabila ditimpa  keburukan,  dia keluh kesah dan apabila mendapat kebaikan harta, dia enggan bersedekah
kecuali orang yang bersembahyang. Surah al-Maarij : 19-22 Dalam Islam, penawar atau rawatan yang paling mujarab untuk mengubat penyakit rohani adalah dengan meningkatkan
taqwa kepada Allah, mendekatkan diri kepadaNya, banyak mengerjakan amal soleh, mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya serta mencontohi atau mengamalkan Sunnah Rasullullah s.a.w.
PENYEBAB KERESAHAN HIDUP.
Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam sangat banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :
1. Tidak adanya iman atau lemahnya imat seseorang.
2. Percampuran antara iman dan syirik.
3. Kurangnya kesedaran bahwa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha  Berkuasa. Manusia hanya
sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya. Firmat Allah :  Ertinya : Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua   makhluk tunduk kepadaNya. Surah al-Rum : 26
4. Umat  Islam  kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga   berlandaskan ajaran Islam.
5. Orang  tua  kurang  memberi  perhatian  ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping
ilmu pengetahuan yang lain. 6.
Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia  melakukan perkara  yang  haram  mengikut  hukum syarak.
7. Manusia  terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal  manusia  tanpa  disertai  iman
sedangkan  pemikiran  manusia amat terbatas. 8.
Pengaruh makanan dan minuman haram ke atas umat Islam secara sedar atau tidak sedar. 9.
Adanya  penyakit  rohani  yang membahayakan dan merosakkan peribadi dan martabat   manusia  seperti  hasad, dengki, khianat, dusta, takbur, riak dan sebagainya.
10. Kurangnya  kesedaran rasa syukur sewaktu mendapat nikmat Allah S.W.T. dan terlalu mementingkan urusan
duniawi. 11.
Sentiasa  diselubungai  perasaan  bersalah  atau berdosa karena telah melakukan  perbuatan  terkutuk  yang bertentangan dengan hati nuraninya sehinga  terjadi  konflik  batin. Konflik batin ini menyebabkan gangguan fikiran
seperti tidak tenteram dan tertekan. Sekianlah  dulu  buat  kali  ini,  InsyaAllah  kita bersambung dilain waktu dengan melihat faktor-faktor keresahan hati
dan fikiran manusia.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
Dengan  nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah S.W.T. Kami memujiMu wahai Zat yang Maha Memiliki sifat Keagungan dan Kemuliaan  atas segala sesuatu yang telah Engkau sempurnakan daripada
agama Islam.
Pendidikan Agama Islam  Abdurrahman,S.Ag
Selawat  dan  salam  atas  Nabi  pemberi petunjuk dan rahmat yang diutuskan dengan  membawa  al-Kitab  dan Hikmah  sebagai  penutup para nabi dan para pemimpin petunjuk kebenaran, iaitu Nabi Muhammad s.a.w., juga ke atas
semua keluarga, sahabat dan para pengikutnya. Insya Allah,  hari  ini  kita  akan melihat beberapa faktor yang menyebabkan keresahan hati dan fikiran manusia.
Antaranya ialah : 1.
Melakukan dosa.
Orang yang melakukan dosa akan mencetuskan keresahan dalam hidupnya. Ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud : Yang  menyebabkan  timbulnya  huru-hara  di dalam hati sanubari manusia
ialah dosa-dosa yang dilakukan manusia. Hadis riwayat Muslim.
2. Berpaling daripada peringatan Allah.