Pendidikan Agama Islam Abdurrahman,S.Ag
55. LAILATUL QADAR
Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda : Barang siapa yang shalat malam menepati lailatul qadar, maka diampuni dosanya yang telah lalu. H.R : Jamaah
Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. H.R : Muslim
Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahwa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah saw. bersabda : Sayapun bermimpi seperti mimpimu, ditampakkan pada
sepuluh malam terakhir, maka carilah ia lailatul qadar pada malam-malam ganjil. H.R : Muslim Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Saya berkata kepada Rasulullah saw. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan
bila saya mengetahui lailatul qadar,apa yang saya harus baca pada malam itu ? Beliau bersabda : Bacalah artinya Yaa Allah sesungguhnya Engkau maha pemberi ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku. H.R :
At-Tirmidzi dan Ahmad Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan itikaf pada sepuluh hari terakhir pada
bulan Ramadhan sampai beliau diwafatkan oleh Allah Azza wa Jalla. H.R : Al-Bukhary dan Muslim
Mencari malam Lailatul Qadar
Kini minggu terakhir Ramadan. Satu perkara yang sering diperkatakan dalam minggu terakhir Ramadan setiap tahun oleh umat Islam ialah mengenai malam al-Qadar yang sering disebut sebagai Lailatul Qadar. Seperti mana yang
dimaklumi, malam al-Qadar penuh keberkatan di sisi Allah SWT. Ia mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan dan disebut sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.
Ini seperti mana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-6 yang bermaksud, Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Apakah yang dimaksudkan malam al-Qadar itu?
Malam al-Qadar adalah malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Turunlah malaikat dan rohnya dengan izin Allah. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar.
Pada umumnya sudah banyak diperjelaskan sama ada secara tulisan atau lisan ceramah, forum, bengkel atau seminar mengenai kelebihan, fadilat, sejarah peristiwa dan gandaan pahala amalan ketika malam berkenaan. Namun, apa yang
jelas daripada segala penerangan sama ada tulisan atau lisan, ternyata pada umumnya umat Islam tidak tahu bilakah tarikh atau masa yang tepat bagi memastikan malam al-Qadar.
Antara ketentuan yang diperakukan oleh ulama mengenai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan itu kemungkinan jatuh pada tarikh berikut :
- Pada malam 17 Ramadan; atau - Pada malam ganjil mulai dari 10 hari yang terakhir pada Ramadan.
Selain itu, banyak sekali hadis yang menyarankan umat Islam supaya mencari malam al-Qadar. Antara hadis yang dapat dikutip dalam kitab fikh yang memperkatakan suruhan atau amalan untuk menemui malam al-Qadar menyebut:
Dalam Sunah, Abu Daud, Ibn Masud menyatakan, carilah malam al-Qadar pada malam 17 Ramadan...;
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, carilah dengan sedaya upaya malam al-Qadar pada malam ganjil dari 10 malam yang terakhir pada Ramadan;
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar, Rasulullah menyebut, Saya melihat mimpimu bersepakat menetapkan bahwa Lailatul Qadar pada tujuh malam terakhir. Maka sesiapa yang hendak
mencari Lailatul Qadar, carilah pada malam tujuh yang terakhir;
Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibn Umar, Rasulullah bersabda, Carilah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir, jika seseorang kamu mencari maka janganlah kamu kalah dalam mencari pada tujuh malam terakhir; dan
Bagi al-Qurtubi, seorang ulama menyatakan bahwa, jumhur ulama berpendapat bahwa Lailatul Qadar adalah pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan Rasulullah SAW bersabda, malam al-Qadar adalah malam 27 Ramadan.
Pendidikan Agama Islam Abdurrahman,S.Ag
Berdasarkan maksud hadis itu ternyata tidak disebutkan dengan jelas tarikh Lailatul Qadar yang tepat t. : Apakah hikmah di sebalik rahsia tarikh atau masa sebenar Lailatul Qadar?
Menurut Prof Dr T M Hasbi Ash Shiddeqy dalam bukunya Pedoman Puasa, beberapa ulama sependapat bahwa : a tarikh berkenaan dirahsiakan supaya umat Islam benar-benar beriman, bertaqwa dan ikhlas beribadat serta berusaha
untuk mendapatkannya. Selain itu, dalam konteks yang sama beberapa ulama Salaf memberi beberapa pandangan mengenai hikmah merahsiakan
beberapa urusan agama karena ada kebaikan dan kepentingan di sebaliknya. Antaranya adalah : -
Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam beberapa malam supaya kita menghidupkan malam-malam itu dengan ibadat dan amalan;
- Allah menyembunyikan saat ijabah saat doa dimakbulkan Allah pada Jumaat supaya kita sentiasa berdoa
sepanjang hari; -
Allah menyembunyikan amalan maksiat yang paling dikutuk atau dibenci bagi memastikan supaya kita menghindari segala maksiat;
- Allah menyembunyikan waktu kedatangan kiamat supaya kita sentiasa beringat, berwaspada dan sentiasa beriman,
bertakwa dan beramal baik; dan -
Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita sentiasa beramal dan taat kepadaNya. Semoga pada tahun ini, Allah akan memberikan kita kekuatan untuk melakukan ibadat dalam usaha kita menemui
malam yang telah disebutkanNya sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Insya-Allah.
Pendidikan Agama Islam Abdurrahman,S.Ag
56. Mengenali Alam Jin
1. Jin berasal dari Jan Bapak Jin dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api biru, dan telah beramal puluh ribu
tahun lamanya. 2.
Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin IslamSoleh dan Jin Tidak Islam Tidak Soleh. Syaitan yang
turun kesemuanya jahat tidak Islam. 4.
Makanannya dari Api Asap. Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menggunakan kemeyan karena Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemeyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu sambil berseloroh. 5.
Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi klcc, tandas dan kubur. 6.
Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan contohnya jalanraya, perlu baca Sala Mun, Ala Sulaiman. Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat
membaca ucapan, Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib,
pembohong.... Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasantahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat
kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahwa Nabi Sulaiman
telah mangkat.
8. Manusia juga dilarang membaung air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah
malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang tanah. 9.
Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai....orang melayu suka sangat menepung tawar 10.
Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti tekniknya sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk, membaca sama ayat kursi....
11. Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodohburuk, berbeza dengan manusia, cantiklawa. Jin juga boleh
membentuk dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.
12. Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan
menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita melarang nya masuk karena itu
rumah kita.
13. Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah
manusia. 14.
Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya karena ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.
15. Manusia mempunyai karibnya jin dan suka ikut manusia kemana juga kita pergi.
16. Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya,
sehingga saat mati pun susah. 17.
Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk masjid tahu ikut peraturan.
Pendidikan Agama Islam Abdurrahman,S.Ag
57. PANDUAN PUASA RAMADHAN