Pendidikan Agama Islam Abdurrahman,S.Ag
Selawat dan salam atas Nabi pemberi petunjuk dan rahmat yang diutuskan dengan membawa al-Kitab dan Hikmah sebagai penutup para nabi dan para pemimpin petunjuk kebenaran, iaitu Nabi Muhammad s.a.w., juga ke atas
semua keluarga, sahabat dan para pengikutnya. Insya Allah, hari ini kita akan melihat beberapa faktor yang menyebabkan keresahan hati dan fikiran manusia.
Antaranya ialah : 1.
Melakukan dosa.
Orang yang melakukan dosa akan mencetuskan keresahan dalam hidupnya. Ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud : Yang menyebabkan timbulnya huru-hara di dalam hati sanubari manusia
ialah dosa-dosa yang dilakukan manusia. Hadis riwayat Muslim.
2. Berpaling daripada peringatan Allah.
Seseorang yang lupa tentang peringatan dan amaran Allah akan mengalami kesempitan rohani dan kehidupannya sehingga menimbulkan keresahan. Firman Allah yang bermaksud : Dan barangsiapa berpaling daripada
peringatan Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta Al-Quran Surah Thaha : 124
3. Melakukan syirik kepada Allah baik dengan perkataan, perbuatan, atau hati.
Firman Allah yang bermaksud : Dan barangsiapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jauh. Al-Quran Surah al-Nisa : 116
Firman Allah : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa orang yang mempersekutukanNya dan Dia mengampuni yang selain itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang
mempersekutukanNya maka sesungguhnya dia telah berbuat dosa yang besar. Al-Quran Surah al-Nisa : 48
4. Hidupnya diselubungai perasaan putus asa, lantaran itu apabila imannya lemah akan mendorong pula
seseorang melakukan perkara yang boleh membahayakan diri sendiri. Firman Allah yang bermaksud : Dan apabila kami berikan kepada manusia suatu rahmat, nescaya mereka
bergembira menerimanya. Dan apabila mereka ditimpa suata musibah kerena perbuatan mereka sendiri, lantas mereka menjadi putus asa. Al-Quran Surah al-Rum : 36
Jikalau seseorang itu hidupnya penuh dengan penderitaan, tidak bererti dia banyak dosa karena tidak semua derita itu akibat dari perbuatan atau dosanya. Sesungguhnya segalanya datang daripada Allah yang mahu menguji
keimanan manusia.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah S.W.T. Kami memujiMu wahai Zat yang Maha Memiliki sifat Keagungan dan Kemuliaan atas segala sesuatu yang telah Engkau sempurnakan daripada
agama Islam. Selawat dan salam atas Nabi pemberi petunjuk dan rahmat yang diutuskan dengan membawa al-Kitab dan
Hikmah sebagai penutup para nabi dan para pemimpin petunjuk kebenaran, iaitu Nabi Muhammad s.a.w., juga ke atas semua keluarga, sahabat dan para pengikutnya.
Dipagi jumaat yang mulia ini, kita menyambong kembali persoalan penyakit rohani dengan hurain jenis-jenis penyakit hati. InsyaAllah, hari ini kita melihat kepada penyakit hati yang pertama iaitu Hasad Dengki.
Hasad dengki adalah satu daripada penyakit rohani yang ada dalam diri seseorang manusia. Penyakit ini akan memusnahkan kehidupan manusia jikalau tidak dapat dicegah atau dijaga secara wajarnya. Penyakit hasad dengki
merupakan sikap mental yang mempengaruhi manusia yang mengakibatkan timbulnya rasa iri hati terhadap seseorang atau orang lain yang mendapat kesenangan atau kejayaan.
Hasad dengki dapat diertikan sebagai suatu sikap tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yang diperolehi oleh orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar berpindah ke tangannya sendiri.
Oleh itu, sifat hasad dengki boleh menyuburkan perasaan dendam, permusuhan, busuk hati, tidak mempunyai rahmat dan kasih sayang serta suka berpra-sangka buruk terhadap orang lain. Dalam Islam, kesemua sifat inii adalah tercela
dan dilarang karena boleh membinasakan diri. Firman Allah : Ertinya: Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah
berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya? Surab al-Nisa: 54
Pendidikan Agama Islam Abdurrahman,S.Ag
Orang yang sedang dimusuhi oleh orang lain yang berhati dengki perlu berhati-hati dan waspada karena mereka akan menghancurkan dan membuat fitnah dengan pelbagai tipu daya secara senyap. Malah orang yang suka
bersikap hasad itu sendiri sebenarnya berasa terseksa batinnya, seakan-akan dia tidak men-dapat rahmat sama sekali sehingga dalam batinnya terasa ber-perang melawan musub yang tidak kelihatan.
Justeru itu, orang bersifat hasad dengki jiwanya selalu berasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya. Firman Allah Ertinya : Dan daripada kejahatan orang yang hasad apalila dia hasad. Surah al-Falaq: 5
Sabda Rasulullah s.a.w. : Ertinya: Yang paling aku takuti daripada apa yang aku takuti pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka berdengki-dengkian dan berbunuh bunuhan. H.R. Ibnu Abid Dunya daripada Abi
Amir al-Asyari Orang yang menaruh perasaan hasad dengki terhadap orang lain tidak menyedari bahwa Allah amat tidak
menyukainya. Firman Allah : Ertinya : Adakah orang yang di dalam hatinya penyakit ke-kafiran mengira bahwa Allah tidak akan melahirkan kedengkian hati mereka? Surah Muhammad: 29
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :Janganlah kamu dengki-mendengki, janganlah marah-memara-hi, janganlah tambah-menambah pada jual beli dan janganlah belakang-membelakangi dan janganlah mengumpat satu sama
lain. Kamu semua adalah hamba Allah bersaudara. H.R. Bukhari dan Muslim Dalam Islam keharusan melahirkan perasaan dengki terhadap orang lain hanya dalam dua perkara sahaja, iaitu
terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimilikinya. Sabda Rasulullah s.a.w. : Ertinya: Tidak ada dengki selain daripada dua hah iaitu orang yang diberikan harta oleh Allah lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang
yang diberikan ilmu oleh Allah lalu diamal-kan ilmu itu dan diajakannya pada manusia. H.R. Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar
Sekianlah dulu untuk renungan kita dipagi jumaat ini, mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dan muhasabah diri agar sifat hasat dengki yang tercela tidak mendapat tempat dihati kita. InsyaAllah dilain masa kita akan
melihat punca timbulnya perasaan hasad dengki. Wassalam.
ps : Huraian diatas adalah dari petikan dari pada buku penyakit rohani dan rawatannya dalam Islam.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah S.W.T. Kami memujiMu wahai Zat yang Maha Memiliki sifat Keagungan dan Kemuliaan atas segala sesuatu yang telah Engkau sempurnakan daripada
agama Islam. Selawat dan salam atas Nabi pemberi petunjuk dan rahmat yang diutuskan dengan membawa al-Kitab dan
Hikmah sebagai penutup para nabi dan para pemimpin petunjuk kebenaran, iaitu Nabi Muhammad s.a.w., juga ke atas semua keluarga, sahabat dan para pengikutnya.
InsyaAllah dipagi yang mulia ini, marilah sekali lagi kita merenong penyakit rohani yang telah disebut dalam siri 3 yang lalu dengan menyambong dan meneliti akan punca timbulnya perasaan hasad dengki, akibat hasad dengki dan
rawatan perubatan hasad dengki.
Punca Timbulnya Perasaan Hasad Dengki a.
Disebabkan adanya rasa permusuhan dan kebencian terhada orang lain. b.
Berasakan adanya orang lain yang melebihinya dalam ap sahaja seperti kekayaan, kepandaian, kecantikan wajah, maju dalam perniagaan, banyak jasa, tinggi pangkat, banyak pengaruh dan sebagainya.
c. Gemar menjadi pemimpin dan inginkan pangkat dan kedudukan yang tinggi lagi terhormat.
d. Hatinya keras dan enggan melakukan kebaikan kepada sesama manusia.
Hasad dengki boleh merosakkan akidah karena seseorang yang berperasaan hasad itu seolah-olah tidak rela kepada iradat dan takdir Allah S.W.T. dengan anggapan mengapa bukan dirinya dikurniakan kelebihan dan kenikmatan
sebagaimana orang yang dihasadnya. Jadi keadilan Allah S.W.T. yang mengatur semua urusan hidup manusia inilah yang dibenci oleh orang. Ini adalah
sama seperti iblis atau orang kafir yang tidak senang sama sekali jikalau orang Islam memperoleh kejayaan dan kelebihan.
Pendidikan Agama Islam Abdurrahman,S.Ag
Firman Allah : Ertinya : Sebahagian besar ahli kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setetah kamu beriman karena dengki yang timbul daripada diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran.
Surah aI-Baqarah: 109 Akibat Hasad Dengki
a. Menurut ulama hikmah perbuatan hasad dengki boleh mendatangkan lapan bencana, iaitu :
1. Merosakkan ketaatan.
2. Mendorong berbuat derhaka.
3. Menghalangi daripada mendapat syafaat.
4. Masuk neraka.
5. Melaksanakan sesuatu membahayakan orang lain.
6. Sentiasa dalam keadaan berdosa.
7. Hatinya tertutup daripada memahami hukum Allah.
8. Tidak tercapai cita-citanya.
b. Merosak amal kebajikan.
Sabda Rasulullah s.a.w. : artinya : Jauhilah dirimu daripada hasad dengki karena hasad itu memakan amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu. H.R. Abi Daud daripada Abi Hurairah
Berdasarkan hadis di atas, perasaan hasad dengki yang merosakkan amal kebajikan seseorang pada dasarnya meliputi tiga aspek :
1. Merosakkan diri sendiri karena semakin banyak nikmat yang berupa kesenangan yang diterima orang lain,
semakin berat pula penderitaan yang dirasakan oleh orang yang berhasad dengki. 2.
Apabila ada seseorang yang berakhlak mulia, lalu semua orang memujinya tetapi orang yang ada perasaan hasad dengki memandangnya dengan nada yang sinis dan cuba merendahkan martabatnya dengan
mengucapkan ucapan yang buruk atau jelek. 3.
Orang yang suka bersifat hasad dengki, di akhirat kelak akan mendapat kerugian yang besar karena pahala semua kebajikan yang dilakukannya selama di dunia akan diberikan oleh Allah kepada orang yang dihasad
dengki.
c. Mendapat lima jenis bencana. Menurut al-Faqih Abu Lait Samarqandi, orang yang berhasad dengki akan ditimpa
bencana semasa hidup di dunia, iaitu : •
Hatinya selalu resah dan tidak tenteram. •
Ditimpa bala atau cubaan yang tiada pahala baginya. •
Perbuatannya seburuk-buruk celaan. •
Dimurkai Allah S.W.T. •
Tidak mendapat taufik daripada Allah S.W.T. Khalifah Muawiyah pernah berpesan kepada anaknya : Hai anakku, awasi diri, lenyapkan rasa hasad dengki sebab
akibatnya akan membahayakan diri kamu secara nyata sebelum dinyatakan pada musuh-musuhmu.
d. Mendatangkan tujuh perbuatan tercela. Menurut Iman al Ghazali, perasaan hasad dengki seseorang itu akan
mendatangkan tujuh perbuatan yang amat tercela dan merosakkan diri sendiri, iaitu : 1.
Suka kepada permusuhan. 2.
Perasaan kemuliaan diri. 3.
Takbur. 4.
Mengagumi diri sendiri. 5.
Takut hilang cita-cita yang diingini. 6.
Suka merjadi ketua. 7.
Jiwanya jahat dan kikir.
Rawatan Perbuatan Hasad Dengki a.
Menguatkan iman dan takwa serta mensyukuri segala nikmat Allah. b.
Membersihkan diri dengan mengerjakan amal salih dan bertaubat kepada Allah S.W.T. c.
Awasi diri muraqabah dengan merasakan bahwa rasa hasad dengki itu boleh merosakkan diri dan amal kebajikan.
d. Sentiasa tekun berusaha mencari rezeki yang halal yang telah disediakan oleh Allah.
e. Bersikap baik sangka terhadap orang lain dalam setiap tindakan atau urusan.
f. Sentiasa mengeratkan tali silaturrahim dan saling tolong-menolong antara satu sama lain dalam perkara kebajikan.
g. Sentiasa menjaga perbuatan dan percakapan daripada menyinggung hati dan perasaan orang lain.
h. Mengamalkan sikap kasih sayang dan hormat-menghormati sesama manusia.
Pendidikan Agama Islam Abdurrahman,S.Ag
Cukup menjadi peringatan kepada umat Islam bahwa memiliki sifat hasad dengki akan mendatangkan kerugian yang besar dan merosakkan iman dan pribadi.
Sekianlah dulu untuk renungan kita dipagi ini, mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dan muhasabah diri agar sifat hasat dengki yang tercela tidak mendapat tempat dihati kita. InsyaAllah dilain masa kita akan
merenong penyakit rohani yang kedua iaitu SOMBONG. ps : Huraian diatas adalah petikan dari pada buku penyakit rohani dan rawatannya dalam Islam.
Pendidikan Agama Islam Abdurrahman,S.Ag
59. SABDA NABI
1 Nabi s.a.w. bersabda : Tunaikanlah amanah kepada orang yang mengamanahkan kepadamu dan jangan kamu
khianati orang yang mengkhianatimu. - Riwayat Muslim Abu Dawud 2
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya : Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan sopan santun dan merendah diri. - Riwayat Ad-Dailami
3 Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat
sombong dan takbur. - Riwayat Al Baihaqi Al Khatib 4
Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahwa Nabi s.a.w. bersabda : Ketika seorang berjalan, kemudian didapatinya sepotong duri dijalanan itu lalu dibuangkannya Allah berterima kasih kepadanya dan mengampunkan dosanya. -
Sahih Al-Bukhari 5
Dari Umar r.a. katanya : Siapa yang hafaz sebuah hadis dari Nabi s.a.w. berkenaan fitnah? Jawab Huzaifah, Aku mendengar baginda bersabda: Fitnah seorang dalam keluarga, dalam hartanya dan tetangga dapat ditutup
dihapuskan oleh solat, puasa dan sedekah. - Sahih Bukhari 6
Nabi s.a.w. bersabda : Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur didalam neraka dapat mengganggu ahli neraka lainnya karena sangat busuk. - Riwayat
Albazzar 7
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda : Barang siapa percaya kepada Allah dari hari akhirat maka berbicaralah dengan baik atau diam. Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka harus memuliakan
tetangga. Barang siapa percaya kepada Allah dan hari akhirat maka harus memuliakan tetamu. - Sahih Bukhari Muslim
8 Seorang sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w. : Amal perbuatan apakah yang paling disukai Allah?; Baginda
s.a.w. menjawab : Amal yang kekal dikerjakan walaupun sedikit. - Sahih Bukhari 9
Nabi s.a.w. bersabda : Orang yang mencekik dirinya sendiri hingga mati akan mencekiknya juga dalam neraka, dan orang yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya di dalam neraka dan orang yang melemparkan
dirinya dari tempat tinggi untuk membunuh diri, maka akan selalu dia melemparkan dirinya di dalam neraka. - Sahih Bukhari dari Abu Hurairah r.a.
10 Nabi s.a.w. bersabda : Siapa yang menyiapkan keperluan orang yang berjihad fisabilillah maka bererti dia telah
berjihad dan siapa yang menjaga keluarga orang yang pergi berjihad dengan baik maka bererti dia telah ikut berjihad fisabilillah. - Riwayat Bukhari Muslim dari Zaid bin Khalid Aljuhani
11 Nabi s.a.w. bersabda; Telah datang kepadaku utusan Tuhanku dan memberitahu, siapa yang membaca selawat
untukmu dari umatku satu kali maka Allah akan mencatat untuknya 10 hasanat dan menghapus daripadanya 10 dosa dan dinaikkan 10 darjat dan dijawab atasnya sesuai dengan selawatnya. - Riwayat Ahmad
12 Berita dari Anas r.a. mengatakan bahwa Nabi s.a.w. bersabda; Siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan ditunda
ajalnya dipanjang umurnya maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan. - Riwayat Bukhari dan Muslim
13 Dari Abu Hurairah r.a. katanya; Wanita itu dikahwini karena 4 perkara, karena hartanya, karena keturunannya,
karena kecantikannya dan karena agamanya maka utamakanlah karena agamanya nescaya engkau bahagia. - Sahih Muslim
14 Nabi s.a.w. bersabda; Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh firullahaladzi
lailahailla huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi 3 kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih dilaut. - Riwayat Ibnu Assubhi dari Anas r.a.
15 Nabi s.a.w. bersabda; Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat maka akan menjadi cahaya yang
terang untuknya dari tempatnya sampai ke Kaabah. - Riwayat al Baihaqi dari Abu Saied r.a. 16
Abu Hurairah r.a. berkata; Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan wuduknya kemudian pergi ke masjid untuk Jumaat dan mendengar khutbah dan
memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya. - Riwayat Muslim dan Ahmad
17 Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda; Segerakanlah menguburkan mayat, jika ia baik bererti
kamu telah menyampaikan kepada kebaikkannya dan jika ia tidak baik bererti kamu telah menghindarkan bahaya daripadamu. - Sahih Bukhari
18 Dari Aisyah r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda; Janganlah kamu memaki orang yang telah mati karena
sesungguhnya mereka telah menemui apa yang mereka amalkan semasa hidupnya. - Sahih Bukhari 19
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; Pada suatu ketika ada seseorang berjalan di jalan umum. Ia melihat duri lalu dibuangkannya. Tuhan memberinya pahala dan keampunan. - Sahih Bukhari
20 Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; Kalau memakai sandalselipar, pasang yang kanan terlebih
dahulu tetapi kalau membukanya yang kiri terlebih dahulu. Jadi yang kanan adalah yang pertama di pasang dan yang terakhir dibuka. - Sahih Bukhari
21 Dari Ibnu Abbas r.a., katanya; Rasulullah s.a.w. mengutuk lelaki yang berpakaian seperti wanita dan wanita
berpakaian seperti lelaki. - Sahih Bukhari
Pendidikan Agama Islam Abdurrahman,S.Ag
22 Nabi s.a.w. bersabda; Setiap isteri yang minta cerai pada suaminya tanpa apa-apa tanpa alasan yang dapat
dibenarkan maka haram atasnya bau syurga. - Riwayat Abu Dawud Attirmidzi 23
Dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; Bersiwak bersihkan gigi itu dapat membersihkan mulut dan mendapat keredhaan Allah. - Sahih Bukhari
24 Dari Ibnu Umar r.a. katanya; Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda; Bagi tiap-tiap orang pengkhianat penipu
ada bendera yang dipancang tanda pengkhianatan pada hari kiamat. - Sahih Bukhari 25
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; Apabila lalat masuk ke dalam minuman seseorang kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu karena sesungguhnya salah satu sayapnya
mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat. - Sahih Bukhari 26
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berada bersama kami, baginda menceritakan tentang orang yang suka menipu dan khianat dengan begitu serius. Kemudian baginda bersabda:
Pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seekor unta yang sedang melenguh di atas tengkoknya dan berkata: Wahai Rasulullah Tolonglah aku. Lalu aku katakan
kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa lagi untukmu, semuanya telah aku sampaikan kepadamu. Pada Hari Kiamat nanti, aku juga akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seekor kuda
yang sedang meringik di atas tengkoknya. Dia berkata : Wahai Rasulullah Tolonglah aku. Lalu aku katakan kepadanya : Aku sudah tidak mempunyai apa-apa lagi untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu.
Seterusnya pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seekor kambing yang sedang mengembek di atas tengkoknya. Dia berkata : Wahai Rasulullah Tolonglah aku.
Maka aku katakan kepadanya : Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu. Begitu juga pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang
dengan memikul seorang manusia yang sedang menjerit di atas tengkoknya. Dia berkata : Wahai Rasulullah Tolonglah aku. Lalu aku katakan kepadanya : Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya sudah
aku sampaikan kepadamu. Pada Hari Kiamat nanti, aku juga akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan membawa secebis pakaian yang compang-camping di atas tengkoknya dan dia berkata : Wahai
Rasulullah Tolonglah aku. Maka aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu. Begitu juga pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah
seorang dari kamu datang dengan memikul sejumlah harta terdiri dari emas dan perak di atas tengkoknya dan berkata : Wahai Rasulullah Tologlah aku. Maka aku katakan kepadanya : Aku sudah tidak mempunyai apa-apa
untukmu, semuanya telah aku sampaikan kepadamu. [Bukhari Muslim]
27 Dari Jundub bin Sufyan r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa yang bersembahyang subuh, maka
ia adalah dalam tanggungan Allah yakni mengenai keselamatan dirinya dan lain-lain. Maka perhatikan hai anak Adam, yakni manusia, janganlah sampai Allah itu menuntut kepadamu sesuatu dari tanggungannya. Riwayat
Muslim
28 Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda : Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau
petang hari, maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan yang lazim diberikan untuk tamu di syurga, setiap kali ia pergi pagi atau petang hari itu. Muttafaq alaih
29 Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Nabi s.a.w bersabda : Barangsiapa yang bersuci di rumahnya kemudian
ia pergi ke salah satu dari beberapa rumah Allah, yakni masjid untuk menyelesaikan salah satu salat wajib dari beberapa salat yang diwajibkan oleh Allah, maka langkah-langkahnya itu yang selangkah dapat menghapuskan
satu kesalahan sedang langkah yang lainnya dapat menaikkan satu arjat. Riwayat Muslim.
30 Nabi s.a.w. bersabda : Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-
apa balasan, maka hendaklah engkau doakan kepadanya. - Sahih Muslim 31
Nabi s.a.w. bersabda : Orang yang seumpama Islamnya ialah orang yang menyelamatkan orang Islam yang lain dari gangguan lidahnya dan tangannya, dan orang yang berhijrah sebenarnya itu orang yang meninggalkan apa
yang dilarang Allah. - Sahih Bukhari 32
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya sehingga dilangsaikan hutang tersebut. - Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibn. Majah
33 Nabi s.a.w. bersabda : Sesungguhnya orang yang menziarahi orang sakit itu dinaungi oleh Allah dengan 70000
malaikat. - Riwayat Atthabarani 34
Nabi s.a.w. bersabda : Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dari yang haram dan mentaati suaminya maka dipersilakan dia masuk ke dalam
Syurga dari pintu mana sahaja yang disukainya. -Riwayat Ahmad 35
Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila imam membaca Amin maka ucapkanlah pula Amin karena siapa yang bersamaan Aminnya dengan Amin malaikat di ampuni segala
dosa-dosanya yang telah lalu. - Sahih Bukhari 36
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : Orang yang sangat dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan. - Sahih Bukhari
37 Dari Abu Qatadah Al-Ansari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin, Jawab baginda s.a.w. :
Hari Isnin itu hari kelahiranku dan hari Isnin itu Quran diturunkan. - Sahih Bukhari 38
Nabi s.a.w. bersabda : Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan akan agama. Allah dalamkan fahamannya dalam agama diberikan ilham kepada kebenarannya. - Sahih Bukhari
Pendidikan Agama Islam Abdurrahman,S.Ag
39 Nabi s.a.w. bersabda : Ingatlah tiap sesuatu yang memabukkan itu Khamar arak dan tiap khamar itu haram. -
Riwayat Ahmad Abu Yalia 40
Nabi s.a.w. bersabda : Duduk sendirian itu lebih baik dari mendekati orang yang durjana, sedang bergaul dengan orang yang baik soleh itu lebih baik dari duduk sendirian. - Riwayat Al-Haakim
41 Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya : Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya
melainkan Allah akan memberi padanya rasa lazat beribadat dalam hatinya. - Riwayat Ahmad Atthabarani 42
Nabi s.a.w. bersabda : Andaikan berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah memberi keampunan kepadamu. – Riwayat Ibnu Majah
43 Dari Anas b. Malik r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda : Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hambaNya
yang mengucapkan tahmid Alhamdulillah sesudah makan dan minum. - Sahih Muslim 44
Dari Anas r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda : Yang menghantar jenazah ada tiga macam, yang dua kembali satu tinggal menemaninya. Yang menghantar ialah keluarganya, hartanya pulang dan yang tinggal menemaninya ialah
amalannya. - Sahih Muslim 45
Dari Anas b. Malik r.a. dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Siapa yang rezekinya dilapangkan Allah atau usianya dipanjangkan maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim. - Sahih Muslim
46 Dari Ummu Habibah r.a. isteri Nabi s.a.w., ia mengatakan bahwa ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda : Tidak
halal bagi wanita yang percaya kepada Allah dan hari yang akhir, berkabung lebih dari tiga hari karena kematian,selain terhadap suami selama empat bulan sepuluh hari. - Sahih Bukhari
47 Dari Anas r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda : Seorang Muslim yang kematian tiga orang anak yang belum baligh,
dimasukkan Allah ke dalam Syurga, karena limpahan rahmat dari Allah terhadap mereka. – Sahih Bukhari 48
Dari Sahat b Saad As Saidi r.a. katanya Nabi s.a.w. Bersabda : Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri sembahyang maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya maka setiap kali dia rukuk
atau sujud berjatuhanlah dosa-dosanya itu. - Riwayat Athabarani Albaihaqi dari Umar r.a. 49
Dari Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda; Sesungguhnya waktu seseorang kamu sedang solat, syaitan datang menggoda, sehingga tidak diketehuinya telah berapa rakaat dia solat maka apabila
kejadian seperti itu terjadi pada kamu, sujudilah dua kali waktu duduk. - Sahih Bukhari 50
Bersabda Rasulullah saw: Sesungguhnya Allah kasih sayang kepada hamba-hambanya yang pengasih. HR Tabrani
51 Orang-orang yang kasih sayang, Tuhan yang Rahman Tabaraka wa Taala akan kasih sayang kepadanya. Oleh
karena itu kasih sayanglah kamu semua kepada semua makhluk yang di bumi, niscaya semua makhluk yang di langit akan kasih sayang kepada kamu semua. HR Ahmad, Abu Daud, At Tirmizi dan Al Hikam
52 Dan sabda Rasulullah saw: Barangsiapa orang yang kasih sayang meskipun kepada seekor burung pipit yang
disembelih, Allah kasih sayang kepadanya pada hari kiamat. HR Bukhari 53
Hadis dari Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya : Seorang lelaki berkata : Aku akan memberikan sedekah pada malam ini. Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan
seorang perempuan yang berzina iaitu pelacur. Keesokannya orang ramai mula memperkatakan mengenai perempuan tersebut yang telah diberikan sedekah pada malam tadi. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku Hanya
buatMu segala puji-pujian Sedekahku telah aku berikan kepada wanita yang berzina. Aku akan bersedekah lagi, lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan orang kaya. Keesokan harinya orang ramai
mula memperkatakan mengenai seorang kaya yang telah diberikan sedekah. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku Hanya buatMu segala puji-pujian. Sedekahku telah aku berikan kepada seorang yang kaya. Aku akan bersedekah
lagi, lantas dia keluar dengan membawa sedekah dan meletakkannya di tangan seorang pencuri. Esoknya orang ramai mulai bercakap-cakap mengenai seorang pencuri telah diberikan sedekah. Dia berkata: Wahai Tuhanku
Hanya buatMu segala puji-pujian Sedekahku telah aku berikan kepada seorang perempuan zina, pada orang kaya dan pada pencuri. Lalu dia didatangi seseorang dan dikatakan kepadanya: Sedekahmu benar-benar telah diterima.
Boleh jadi perempuan zina itu berhenti dari berzina karena sedekahmu. Orang kaya itu pula dapat mengambil pengajaran dan mahu membelanjakan sebahagian dari harta yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya dan
mungkin juga pencuri itu akan berhentidari mencuri karena sedekahmu itu. [BukhariMuslim]
54 Huzaifah r.a. mengatakan, Biasanya Nabi s.a.w. apabila bangun di tengah malam, beliau membersihkan
mulutnya dgn memberus gigi. Sahih Bukhari 55
Dari Abu Hurairah r.a.,katanya Nabi s.a.w. bersabda, Apabila bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istinsarmembersihkan lubang hidungmu 3 kali karena syaitan tidur di dlmnya. Sahih Muslim
56 Dari Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w bersabda, Kalau makanan telah dihidangkan dan sembahyang telah datang
waktunya, maka makanlah terlebih dahulu. Sahih Bukhari 57
Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. bahwasanya beliau bersabda, Allah azza wajalla berfirman : Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu dan Aku selalu bersamanya selama ia mengingat Aku. Demi Allah, sungguh Allah
lebih senang menerima taubat hamba Nya melebihi senangnya seorang di antara kamu sekalian yang menemukan kembali barangnya yang hilang di tengah-tengah gurun sahara. Barangsiapa mendekat kepadaKu sejengkal maka
Aku mendekat kepadanya sehasta, dan barangsiapa yang mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa, serta bila ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari.
HR Bukhari dan Muslim
58 Dari Abu Hurairah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda, Seandainya orang mukmin mengetahui siksaan
yang disediakan oleh Allah niscaya tidak ada seorangpun yang tidak berharap masuk syurgaNya. Dan seandainya
Pendidikan Agama Islam Abdurrahman,S.Ag
orang mengetahui rahmat yang dikaruniakan oleh Allah niscaya tidak ada seorangpun yang berputus asa dari rahmat Nya. HR Muslim
59 Dari Abu Hurairah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda, kamu tidak dapat masuk Syurga sebelum kamu
beriman dan kamu belum dpt dikatakan mukmin sebelum kamu mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan utk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam sesamamu. Sahih Muslim
60 Dari Abu Darda r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikan bagi
saudaranya sesama Muslim yg berjauhan , melainkan Malaikat mendoakan pula, Mudah-mudahan engkau berolah kebaikan pula. Sahih Bukhari
61 Rasulullah s.a.w. bersabda apabila engkau duduk di tempat tidurmu maka bacalah ayat Kursi hingga akhir.
Sesungguhnya atas dirimu akan sentiasa ada pengawal drp Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu sehingga pagi. Sahih Muslim
62 Allah s.w.t. berfirman : Aku selalu bersama hambaKu apabila dia ingat kepadaKu dan apabila bibirnya menyebut
namaKu. Hadis riwayat Bukhari dari Abu Hurairah 63
Dari Anas bin malik r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia selalu menghubungkan silaturrahim.
Sahih Muslim 64
Nabi s.a.w. bersabda : Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh firullah allazi la ilaha illa huwal qayyum waatubu ilahi 3 kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun
sebanyak buih di laut. Riwayat Ibn Assunni dari Anas r.a. 65
Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. semasa bercakap pasal solat bersabda, Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengerjakannya, menjadi penghujah bagi pihaknya dan menjadi
penyelamatnya. Walhal, tidak ada nur, pembela dan penyelamat siksa bagi orang yang tidak menjaga solatnya dan dia senasiblah dengan Firaun, Haman dan Ubay bin Khalaf. Riwayat Ahmad Ibnu Hibban
66 Nabi bersabda : Allah berfirman : Aku telah sediakan balasan buat hambaKu yang beramal soleh, apa yang
belum pernah dilihatnya, belum pernah didengarnya malah belum pernah terbayang dan terangan-angan dalam fikiran manusia. Riwayat Tarmidzi dai Abi Hurairah
67 Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan
Allah akan menyelamatkannya dari ujian kubur. Riwayat Ahmad Attirmidzi. 68
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya : Andaikata kamu berbuat dosa sehingga mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah memberi keampunan kepadamu. Riwayat Ibnu Majah
69 Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Bertenang-tenang itu dari Allah dan bergopoh-gopoh itu dari syaitan.
Riwayat AlBaihaqi 70
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan memberinya rahmat 10 kali Allah akan
berselawat kepadanya 10 kali. Riwayat AlBaihaqi 71
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya. Riwayat Attabrani
72 Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Tidak ada suatu cubaan yang menimpa orang Mukmin, seperti sakit biasa,
kesusahan, sakit berat, kesedihan dan kecemasan, melainkan Allah menghapuskan dosa-dosanya karenanya. Sahih Muslim
73 Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya : Tiada dosa yang lebih banyak untuk disegerakan oleh Allah
seksanya di dunia ini disamping apa yang disediakan kelak di akhirat daripada membuat aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan. Riwayat Attirmidzi Ibnu Majah dari Abu bakar r.a
74 Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahwa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : Zikir yang
termulia ialah LAA ILLAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfarminta keampunan. 75
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya : Jika berdiri bulu roma seseorang karena takut kepada Allah, maka akan berguguran dosa-dosanya bagaikan gugurnya daun dari pokok yang telah kering. Riwayat AlBaihaqi
dari Abas bin Abu Mutalib r.a 76
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,: Sesungguhnya apabila orang2 kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amal itu berupa rezeki di dunia. Ada pun orang2 mukmin maka pahala kebajikannya disimpan
oleh Allah utk akhirat diberi rezeki di dunia berhubung dengan taatnya. Sahih Muslim 77
Nabi s.a.w.bersabda,maksudnya; sesiapa yg membaca Al-Waqiah pd tiap2 malam, maka tidak akan menderita kemiskinan utk selamanya. Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn. Masud.
78 Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda : yg bernama pendekar bukan org yg banyak menjatuhkan
lawan tetapi pendekar sejati ialah org yg sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah. Sahih Muslim 79
Dari Aisyah r.a. katanya; Sesungguhnya ramah tamah dlm segala urusan itu indah.Tanpa ramah tamah nescaya setiap urusan itu menjadi buruk. Sahih Muslim
80 Dari Ibnu Abbas ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, Janganlah kamu sekalian minum sekaligus seperti
minumnya onta, tetapi minumlah dengan dua atau tiga kali nafas; serta bacalah basmalah sewaktu kamu sekalian mulai minum dan bacalah hamdalah sewaktu selesai minum. HR At Turmudzi
81 Dari Kab bin Malik ra. berkata: Saya melihat Rasulullah saw. makan dengan menggunakan tiga jari, dan bila
sudah selesai makan maka beliau memakan sisa-sisa makanan yang menempel pada jari-jarinya. HR Muslim
Pendidikan Agama Islam Abdurrahman,S.Ag
82 Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda, Barangsiapa yang beristeri dua, lalu dia cenderung
berlebihan kepada salah satunya, maka pada hari kiamat ia akan tampil dalam keadaan salah satu sisi pundaknya miring menurun. HR Abu Daud
83 Catatan kaki Muhammad Nashib Ar-Rifai: Yang dimaksud kecenderungan di sini bukan kecenderungan hati
sebab ia berada di tangan Allah dan tidak ada seorangpun yang mampu menciptakannya pada permulaan dan mengembalikannya. Sesungguhnya kecenderungan yang dilarang oleh hadis ini ialah kecenderungan dalam
perlakuan, misalnya di rumah isteri yang satu tidur semalam dan isteri lain lebih banyak; atau membelikan makanan dan pakaian yang lebih banyak bagi isteri yang ini daripada bagi yang lain sehingga terjadilah
ketidakadilan dalam muamalah. Suami semacam inilah yang pada hari kiamat akan tampil miring. Wallahu alam.
84 Umar bin Khattab ra. berkata: Saya berkunjung kepada Rasulullah saw, waktu itu beliau berada dalam sebuah
kamar, tidur di atas tikar yang tidak beralas. Di bawah kepalanya bantal dari kulit kambing yang diisi dengan sabut. Pada kedua kakinya daun penyamak terkumpul. Di atas kepalanya, kulit kambing tergantung. Saya melihat
bekas tikar pada dua lambungnya, maka menangislah saya. Beliau berkata: Apakah yang menyebabkan engkau menangis ya Umar? Saya menjawab: Wahai Rasulullah, Kisra dan kaisar selalu di dalam kesenangan,
kemewahan dan serba cukup dan Engkau adalah Rasulullah dan dalam keadaan begini? Rasulullah menjawab: Apakah Engkau tidak senang, bahwa dunia ini bagi mereka dan akhirat bagi kita. HR Bukhari dan Muslim
85 Dari Ibnu Masud ra. dari Nabi saw. bersabda, Tidak ada iri hati yang diperbolehkan kecuali dlm 2 hal yaitu:
seseorg yg diberi kekayaan harta oleh Allah kemudian dihabiskannya dlm menegakkan kebenaran, dan seseorang yg diberi ilmu oleh Allah kemudian diamalkan dan diajarkannya kepada sesama manusia. HR B dan M
86 Dari Anas ra. berkata: Rasulullah saw. Pernah berkhutbah yang luar biasa dimana saya belum pernah mendengar
khutbah yang seperti itu, yang mana beliau bersabda, Seandainya kamu sekalian mengetahui apa yang kuketahui niscaya kamu sekalian akan sedikit sekali tertawa dan pasti akan banyak menangis. Anas berkata lagi: Maka para
sahabat Rasulullah saw. menutup mukanya sambil terisak-isak menangis. [HR Bukhari dan Muslim]
87 Dari Abu Usaid Malik bin Rabiah As Saidy ra. berkata: suatu ketika kami duduk di hadapan Rasulullah saw.
kemudian tiba-tiba datanglah seorang laki-laki dari Bani Salimah dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah masih ada kebaikan yang bisa saya kerjakan untuk berbakti kepada kedua orang tua setelah mereka meninggal dunia?
Beliau menjawab, Ya, masih ada yaitu menshalatkan keduanya, memintakan ampun buat keduanya, melaksanakan janji-janjinya setelah keduanya meninggal dunia, menyambung tali persahabatan yang tidak bisa
disambungnya kecuali dengan keduanya, dan memuliakan kenalan baik keduanya.HR Abu Daud
Pendidikan Agama Islam Abdurrahman,S.Ag
60. MENGAPA MANUSIA DICIPTAKAN DAN APAKAH TANGGUNGJAWABNYA ?