Apa itu Intermarket Analysis Hubungkait antara stock dan matawang. Hubungkait Stock dan Komoditi Hubungkait Komoditi dan matawang Hubungkait antara Bond dan Stock

10 ahmadul_hadi | www.gtwofx.com

4.0 Pengenalan Kepada Forex Intermarket Analysis

Intermarket Analysis bukanlah sesuatu yang baru dalam dagangan matawang. Ramai forex trader antarabangsa yang telah menggunakan intermarket analysis dalam trade mereka. Namun begitu di Malaysia, istilah Forex Intermarket Analysis Di atas usaha memperkenalkan dan memperluaskan penggunaan Forex Intermarket Analysis, kami telah menyediakan kelas-kelas Forex Intermarket Analysis untuk membantu tuan- tuan menggunakan Forex Intermarket Analysis ini. Tuan-tuan boleh mengetahui mengenai kelas tersebut dengan klik di sini masih terlalu baru. Terdapat juga trader yang menggunakan asas Intermarket Analysis tetapi tidak mengetahui ianya dipanggil Intermarket Analysis. Mereka sering menamakannya dengan nama correlation. Walau apa pun ianya tetap sama. http:www.gtwofx.com

4.1 Apa itu Intermarket Analysis

Forex Intermarket Analysis adalah satu cabang ilmu yang menggunakan maklumat daripada stock, komoditi dan bond untuk trade matawang. Intermarket Analysis diperkenalkan oleh John J. Murphy melalui bukunya bertajuk Intermarket Technical Analysis yang diterbitkan pada tahun 1991. Semenjak dari itu ramai trader yang telah menggunakan Intermarket Analysis dalam trade mereka. Para trader yang menggunakan Intermarket Analysis amat mempercayai bahawa semua pasaran adalah bergerak dengan seragam dan mempunyai hubungkait dan tidak bergerak bersendirian. Setiap pasaran akan memberi kesan kepada pasaran lain. Namun begitu hubungkait ini adalah berbentuk dinamik dan akan berubah pada masa-masa yang tertentu. Di sini kami akan menerangkan hubungkait yang wujud sekarang ini.

4.2 Komponen- komponen Intermarket Analysis

4.2.1 Stock

Stock atau juga dikenali burse saham adalah komponen yang penting dalam sesebuah negara. Semua negara mesti mempunyai burse saham masing-masing seperti BSKL di Malaysia. Stock dapat memberi gambaran kepada umum bagaiman keadaaan ekonomi sesebuah negara itu. Apabila stock naik ini menunjukkan ekonomi negara tersebut turut naik. Dalam Forex Intermarket Analysis hanya stock seperti yang dilihat oleh trader: US Stock 1 Dow Jones 2 SP 3 Russel 11 ahmadul_hadi | www.gtwofx.com 4 Nasdaq Euro Stock 1 Dax 2 SMI 3 CAC UK Stock 1 FTSE Chart bagi stock di atas boleh dilihat melalui platform Broco.

4.2.2 Komoditi

Dagangan komoditi adalah dagangan bahan-bahan daripada sumber pertanian, perternakan, dan perlombongan. Komponen komoditi yang sering diperhatikan oleh trader adalah emas, perak, tembaga, minyak dan gas.

4.2.3 Bond

Bond adalah perdagangan yang dijamin sendiri oleh kerajaan keuntungannya. Bond memberi pulangan yang kecil tapi adalah perdagangan yang paling selamat disebabkan jaminan daripada kerajaan. Dalam intermarket analysis, hanya US bond dan Germany Bund yang sering diperhatikan

4.2.4 Index Matawang

Index matawang mengambarkan kekuatan matawang tersebut berdasarkan peratusan dengan matawang lain. Apabila index matawang meningkat bermakna matawang negara tersebut turut meningkat 12 ahmadul_hadi | www.gtwofx.com

4.3 Hubungkait antara stock dan matawang.

Kenaikan harga stock bagi sesebuah negara mengambarkan keadaan ekonomi yang baik. Negara yang menpunyai ekonomi yang baik akan mempunyai nilai matawangnya yang tinggi. Graf di atas adalah overlay chart antara EURUSD hijau dan stock FTSE biru

4.4 Hubungkait Stock dan Komoditi

Stock dan komoditi mempunyai hubungkait yang rapat buat masa sekarang ini. Kenaikan stock juga menyebabkan komoditi turut naik. Apabila ekonomi negara tersebut semakin baik, permintaan ke atas sumber komoditi seperti emas, perak, tembaga dan minyak akan turut meningkat kerana diperlukan dalam industri. Graf di atas adalah overlay chart antara stock FTSE hijau dan komoditi EMAS biru 13 ahmadul_hadi | www.gtwofx.com

4.5 Hubungkait Komoditi dan matawang

Ekonomi negara-negara komoditi akan turut meningkat apabila komoditi negara tersebut meningkat. Keadaan ini akan menyebabkan matawang negara tersebut menjadi lebih tinggi. Graf di atas adalah overlay chart antara komoditi copper hijau dan pair AUDUSD biru

4.6 Hubungkait antara Bond dan Stock

Bond adalah instrument dagangan yang paling kurang menguntung tetapi selamat. Kebiasaannya apabila stock turun, bond akan naik. Graf di atas adalah overlay chart antara stock Dow Jones hijau dan 10 year US Bond biru 14 ahmadul_hadi | www.gtwofx.com

4.7 Hubungkait antara Emas dan US Dollar