Apa itu Fundamental Analysis Supply and Demand Interest Rate Balance of Trade

6 ahmadul_hadi | www.gtwofx.com

2.0 Pengenalan Kepada Fundamental Analysis

Secara umumnya terdapat 2 bahagian analisis yang menjadi pilihan forex trader iaitu Technical Analysis dan Fundamental Analysis. Kedua-dua disiplin analisis ini amat penting untuk dikuasai oleh seseorang trader yang ingin menjadi Super Trader. Di atas sebab kurangnya pendedahan kepada Fundamental Analysis, kami telah berusaha untuk menyampaikan ilmu mengenai Fundamental Analysis melalui ebook ini, kelas dan thread di Forex Sabah Forum . Tuan-tuan boleh meninjau forum tersebut dengan klik di sini http:www.sabahforex.comfx-analysis-f26forex-intermarket-analysis-t975.htm Sekiranya tuan-tuan berminat mengetahui lebih mendalam mengenai Fundamental Analysis, tuan-tuan boleh menghadiri kelas Basic dan kelas Advance yang kami jalankan. Maklumat mengenai kelas-kelas tersebut tuan-tuan boleh klik di sini http:www.gtwofx.com

2.1 Apa itu Fundamental Analysis

Sering kali apabila ditanya soalan ini kepada Forex Trader di Malaysia kebanyakannya akan memberitahu bahawa Fundamental Analysis adalah News Trade atau trade masa keluar news. Jawapan ini adalah kurang tepat. News trade adalah sebahagian daripada komponen di dalam Fundamental Analysis. Fundamental Analysis mempunyai komponen yang sangat meluas. Fundamental Analysis adalah ilmu mengenai ekonomi sesebuah negara melalui economic indicator. Ia merangkumi supply and demand, interest rate, trade of balance, purchasing power purity, Gross Domestic Product, intervention, economic indicator, forecasting. Kami akan menceritakan beberapa komponen ini.

2.2 Supply and Demand

Supply and demand atau dalam bahasa melayu bermaksud tawaran dan pemintaan adalah perkara utama yang perlu diketahui oleh seseorang trader untuk sebelum meneruskan pelajaran dalam Fundamental Analysis ini. Supply and Demand akan mempengaruhi pergerakan sesuatu matawang tersebut. Apabila supply atau tawaran terhadap matawang itu tinggi atau lebih tetapi demand atau permintaan terhadap matawang itu adalah rendah atau kurang, ini akan menyebabkan harga matawang tersebut turun. Sebaliknya apabila tawaran terhadap matawang itu rendah tetapi permintaan terhadap matawang itu tinggi, ini akan menyebabkan harga matawang itu naik.

2.3 Interest Rate

7 ahmadul_hadi | www.gtwofx.com Interest Rate atau kadar faedah adalah faedah yang dikenakan oleh bank-bank kepada peminjam. Interest Rate bank sesebuah negara itu akan memberi kesan langsung kepada matawang negara tersebut. Hike rate atau kenaikan kadar adalah cara yang digunakan oleh bank untuk mengawal inflasi daripada terus naik. Kenaikan inflasi akan memberi kesan buruk kepada rakyat. Inflasi berlaku apabila terdapat demand atau permintaan tinggi tetapi supply atau tawaran kurang. Ini seterusnya akan menyebabkan harga barang naik.

2.4 Balance of Trade

Trade Balance atau Imbangan Dagangan adalah perbezaan antara nilai import dan nilai eksport sesebuah negara. Apabila sesebuah negara mempunyai nilai import yang tinggi berbanding nilai eksport, ini akan menyebabkan negara tersebut mangalami deficit. Manakala negara yang mempunyai nilai eksport yang tinggi berbanding dengan nilai import, ini dipanggil surplus.

2.5 Gross Domestic Product