5 ahmadul_hadi | www.gtwofx.com
1.0 Prakata
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T maka dapat juga diterbitkan ebook
“Bagaimana Menggunakan Analisis Fundamental dan Analisis Intermarket Dalam Forex”.
Ebook ini ditulis adalah bertujuan memberi sedikit pengetahuan kepada para Forex trader di Malaysia. Diharap ebook ini dapat membuka minda Forex trader di Malaysia agar lebih terbuka
kepada Analisis Fundamental dan Analisis Intermarket kerana kebanyakan Forex Trader di Malaysia lebih menumpu kepada Analisis Teknikal.
Ebook ini diberi secara percuma kepada Forex Trader Malaysia sebagai satu cara saya untuk menyumbangkan idea dan pengetahuan saya mengenai Forex. Seperti ramai sedia maklum,
di Malaysia amatlah kurang Forex Trader yang menulis ebook mengenai Forex jika dibandingkan di negara-negara lain.
Analisis Fundamental dan Analisis Intermarket bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia Forex. Analisis ini banyak digunakan oleh Forex trader luar negara. Mempelajari Analisis
Fundamental dan Analisis Intermarket akan memberikan trader pandangan luas mengenai dunia forex yang sebenar. Dengan adanya pengetahuan mengenai Analisis Fundamental dan Analisis
Intermarket, trader akan dapat mengetahui sebab mengapa pasaran Forex ini bergerak. Penggunaan Analisis Fundamental dan Analisis Intermarket hendaklah disertakan dengan
pengetahuan mengenai Analisis Teknikal dan Psychlogy Trading supaya analisis menjadi lebih baik.
Oleh kerana banyak istilah forex ini dalam bahasa Inggeris dan apabila dialihkan kepada bahasa Malaysia maknanya agak berlainan, saya akan mengekalkan beberapa istilah forex dalam
bahasa Inggeris bagi mengelakkan kekeliruan. Memandangkan ini ada ebook pertama saya, diharap semua pembaca dapat memberi
teguran sekiranya terdapat kesilapan yang tidak disengajakan. Saya akan meningkatkan kualiti ebook yang akan saya hasilkan lagi nanti.
Untuk makluman semua, kami di GTwoFX memang telah lama praktikkan menggunakan Analisis Fundamental dan Analisis Intermarket dalam trading kami. Sekiranya ada yang berminat
boleh mengikuti kelas yang kami anjur. Untuk keterangan lanjut boleh layari website kami di www.gtwofx.com
atau Facebook kami GTWoFX Intermarket Analysis. Anda juga boleh skype kami menggunakan id : asanatan atau ahmadul_hadi untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Ahmadul Hadi Bin Mohammad 12 Ogos 2010
Skype ym : ahmadul_hadi
6 ahmadul_hadi | www.gtwofx.com
2.0 Pengenalan Kepada Fundamental Analysis