Strategi Kumpulan: Strategi Individu:

21 Ujian diagnostik di atas merujuk contoh sukatan pelajaran sekolah rendah manakala bagi sukatan pelajaran sekolah menengah, guru-guru boleh melihat dan merancang mana-mana kemahiran yang perlu didiagnostik seperti contoh di atas. SELAMAT MENCUBA

2.5 Strategi Pengajaran Pemulihan

2.5.1. Strategi Kumpulan:

 Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama;  Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk murid- murid yang bermasalah;  Murid-murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru.

2.5.2 Strategi Individu:

 Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan;  Guru boleh bergilir-gilir membetulkan kesalahan murid secara individu;  Murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan;  Guru boleh menggalakkan murid cerdas mengajar murid-murid bermasalah secara individu. Daripada strategi yang dikemukakan di atas, bina satu senarai semak tentang cara mengajarkan kelas pemulihan, secara individu atau kumpulan. Syabas, anda bersedia melaksanakan tugasan ini. 22 Lampiran Contoh Borang Skor Individu Nama Murid: _______________________________________________________ Tahun: ____________________________ Kod Elemen: Membaca Bil. Item O B A T Catatan 1. Kebolehan mengecam huruf 2. Kebolehan menamakan huruf 3. Kebolehan membunyikan vocal 4. Kebolehan menguasai suku kata KV, KVK, KVKK 5. Kebolehan membaca dan memahami perkataan VKV, KVKV, VKVK, dan perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding dan konsonan bergabung 6. Kebolehan membaca dan memahami perkataan 7. Kebolehan membaca dan memahami pelbagai jenis dan bentuk ayat 8. Kebolehan membaca dan memahami perenggan Petunjuk: O = Omit  Apabila murid tidak memberi sebarang respon atau jawapan  Respon atau jawapan murid tidak berkaitan B = Belum Belum menguasai perkara yang ditaksirkan A = Asas Menepati kriteria: Penguasaan terhadap sesuatu konstruk pada peringkat asas berpandukan kriteria yang telah ditetapkan T = Tinggi Penguasaan terhadap sesuatu konstruk yang melebihi daripada kriteria yang perlu ditetapkan 23 Tugasan Anda telah meneliti maklumat dan menyempurnakan tugasan tentang pemulihan. Sila hubung kaitkan maklumat tersebut dengan pengalaman anda sendiri dalam melaksanakan pengajaran pemulihan di sekolah. Sehubungan dengan pengalaman anda itu, sediakan suatu refleksi terhadap keberkesanan pengajaran dan tindakan susulan yang diambil. Dokumentasikan refleksi anda itu. Penutup Sebagai rumusannya, dalam keseluruhan usaha pemulihan tentang sesuatu kemahiran bahasa, proses yang sering kita lakukan adalah seperti berikut: Sebelum kita membuat ujian saringan atau diagnostik kita perlu membina alat atau bahan ujian. Selepas ujian itu sempurna ditadbirkan kita akan mengumpulkan tindak balas atau jawapan pelajar untuk diperiksa dan dinilai. Bagi pelajar yang lemah diberikan pemulihan di dalam kelas. Aktiviti pemulihan amat penting kerana pelajar yang lemah dapat mengikuti PP seterusnya bersama-sama rakan yang lain. 24 914 Pemulihan Bahasa Melayu – Aktiviti Pemulihan di dalam Bilik Darjah Unit 3

3.1 Peringkat Prabacaan