4
1.1 Konsep Pemulihan
914 Pemulihan Bahasa Melayu
– Latar Belakang dan Konsep
Unit 1
Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti pelajaran di dalam unit ini pelajar akan dapat:
1.
menghuraikan konsep pemulihan dalam Bahasa Melayu.
Arahan
Pelajar dikehendaki: 1.
membaca nota yang disediakan dengan teliti, 2.
membuat rujukan perpustakaan dan maklumat dari internet, 3.
menjawab soalan tugasan aktiviti yang disediakan.
1. Pengenalan
1.1.1 Kamus Dewan Edisi Keempat 2005: 1245,1246
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa keadaan semula. “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini
konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk
memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.
5
1.1.2 Blair 1956
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat
diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.
1.1.3 O. C. Simpson 1975
Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran
dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.
1.1.4 Syarifah Alawiah Alsagoff 1983
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di
pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.
1.1.5 Ishak Harun dan Koh Boh Boon 1983
Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.
Rumusan Konsep
Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program
pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih
baik di dalam kelas biasa.
6
1.2 Program Pemulihan “... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari
segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman
atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah...”
Buku Panduan Am KBSR, 1982 Menurut Ab. Rahman, et. al. 1997, dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSR, program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai
kemahiran asas 3M membaca, menulis, dan mengira. Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.
Ab. Rahman et. al. 1997 menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perlu dilaksanakan kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yang memperoleh
pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid seumpama ini ada di semua peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di bandar.
Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yang
menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas pemulihan di kelas khas.
Apabila kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas
khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-murid pemulihan di kelas biasa, akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas kepada kumpulan-kumpulan mengikut kebolehan
berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa.
7
1.2.1 Objektif Pendidikan Pemulihan