7
1.2.1 Objektif Pendidikan Pemulihan
Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu;
Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran;
Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran;
Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka;
Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu;
Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah;
Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
8
Berdasarkan bahan yang telah anda baca di atas, teliti rasional pemulihan di bawah.
RASIONAL PEMULIHAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
Mengembangkan potensi individu
Mengatasi masalah rendah diri murid
Mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran
Perbezaan Murid Pengalaman
Minat Kebolehan
Meningkatkan penguasaan kemahiran
Murid-murid keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan
sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang
bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses
pembelajaran seterusnya.
9
1.2.2 Jenis-Jenis Pemulihan Pemulihan Khas Masalah Pembelajaran Kompleks
Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-
muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai “3M”, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan.
Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah Masalah Pembelajaran Ringan Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa. Murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.
1.2.3 Ciri-Ciri Murid Pemulihan