13
914 Pemulihan Bahasa Melayu
– Prosedur Pemulihan
Unit 2
Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti pelajaran di dalam unit ini pelajar akan dapat:
1. Memahami prosedur pemulihan dan; 2. Melaksanakan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah.
Arahan
Pelajar dikehendaki: 1. membaca nota yang disediakan dengan teliti,
2. membuat rujukan perpustakaan dan maklumat daripada internet, 3. menjawab soalan tugasan aktiviti yang disediakan.
2.1 Pengenalan
Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, konsep 5P iaiitu, penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan perlu
dilaksanakan oleh para guru di dalam bilik darjah. Di bawah, dinyatakan beberapa prosedur dan prinsip-prinsip pemulihan yang perlu dikuti oleh para guru bagi
membantu mengatasi masalah pembelajaran pelajar.
2.2 Prinsip-Prinsip Pendidikan Pemulihan
Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal ke atas mereka.
Pendekatan secara individu, misalnya mengadakan kelas khas yang kecil. Kurikulum yang diubahsuai.
Dalam mengajar sesuatu item, kita hendaklah menegaskan luasnya dan bukan perinciannya
Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat kepuasan.
14
Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat diberi perhatian.
Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara.
2.3 Pelaksanaan Program Pemulihan
Ujian Saringan Binaan Guru
Kenal pasti dan menganalisis: murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian;
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan dan Diagnostik;
punca masalah dari aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu pembelajaran.
Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.
Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke
dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang baru sekiranya murid berkenaan belum pulih.
15
Langkah-langkah yang dinyatakan di atas boleh digrafikkan sebagaimana rajah yang berikut:
kenal pasti murid
analisis masalah
membuat perancangan
melaksanakan pengajaran
membuat penilaian
tindakan susulan
16
S S
trategi trategi
P P
engajaran engajaran
dan dan
P P
embelajaran embelajaran
Ujian
Perancangan
Pengajaran
Penilaian
Kerja Susulan Balik kelas biasa
Kelas pemulihan khas Ambil kira
Kenal pasti
secara
untuk
belum kuasai
Murid Masalah
Objektif Pendekatan dan teknik
Bahan Alat PP Kelas
Kumpulan Individu
Mengesan Kemajuan Merekod Hasil
Analisis
Sila rujuk rajah di atas. Melalui ujian saringan binaan guru, guru dapat mengenal pasti pelajar yang bermasalah
dalam pembelajaran. Guru bolehlah merancang aktiviti pemulihan berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Pendekatan dan teknik yang diguna pakai hendaklah sesuai dan alat
bantuan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga diharap dapat membantu proses tersebut.
Guru boleh menggunakan kaedah kelas, kaedah kumpulan dan kaedah individu, bergantung kepada jumlah pelajar yang dipilih untuk kumpulan pemulihan. Setelah PP di jalankan, maka
guru perlu membuat penilaian bagi mengesan kemajuan yang dicapai, merekodkan hasil dan menganalis dapatan tersebut.
Bagi pelajar yang berjaya menguasai kemahiran atau objektif yang hendak dicapai, mereka boleh balik ke kelas biasa manakala yang belum mengusai kemahiran atau objektif
hendaklah dikekalkan dalam kelas pemulihan khas sekiranya disediakan guru pemulihan khas.
Sekiranya guru pemulihan khas tidak ada maka guru kelas biasa hendaklah melaksanakan pemulihan di dalam kelas biasa. Pelajar ini tidak boleh ditinggalkan atau diabaikan.
Guru harus faham bahawa mendidik pelajar ini adalah amanah dan tanggungjawab guru membimbing dan mengatasi kelemahannya.
17
2.4 Ujian Diagnostik