Bab Satu - Pengenalan (Tesis PhD, 2006)

(1)

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Latar belakang kajian

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera mewakili sebahagian besar daripada semua PKS Bumiputera dan bukan Bumiputera di Malaysia merupakan sektor niaga yang penting untuk menjana pembangunan ekonomi Malaysia (Malaysia, 2001). Peruntukan kerajaan yang melebihi 35% dalam tahun 2003 boleh memberikan gambaran peri pentingnya pembangunan sektor ini menurut Laporan Ekonomi [LE] (Malaysia, 2003). Sebahagian besar daripada PKS terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Seterusnya terdapat kira-kira 20% daripada jumlah PKS yang beroperasi di utara pantai barat semenanjung Malaysia (Mohamed, 2000).

PKS Bumiputera masih gagal untuk mencapai tahap penyertaan dan prestasi yang diharapkan di dalam sektor perdagangan dan perindustrian (RMK8, 2001). Terdapat dua faktor utama yang dikenalpasti menjadi punca kegagalan ini. Pertama, wujud kelemahan dalam rangka kerja strategik bersesuaian dengan strategi keusahawanan firma dan persekitaran dalam menentukan prestasi di kalangan PKS Bumiputera (Hashim, 2000b, 2002). Kedua, terdapat kekurangan pengetahuan serta perlaksanaan yang tidak berkesan dari segi strategi keusahawanan (Abdullah, 1997).

(2)

Kajian mendalam terhadap PKS Bumiputera didapati masih terhad (Ling, 1990). Kebanyakan kajian hanya tertumpu kepada kajian mengenai ciri-ciri dan keperibadian keusahawanan di kalangan pemilik PKS (Mohamed, 1990; Hashim, 1992; Hashim, 2000a). Kajian mengenai strategi keusahawanan di kalangan PKS Bumiputera pula hanya melibatkan strategi peringkat awal (Hashim, 2000b, 2002). Oleh yang demikian kajian lebih mendalam mengenai strategi keusahawanan dengan menjurus kepada orientasi keusahawanan perlu dilakukan untuk mengenal pasti faktor yang boleh meningkatkan prestasi PKS Bumiputera.

Kajian ini menyelidik orientasi keusahawanan firma di kalangan PKS Bumiputera sebagai sebahagian daripada strategi keusahawanan yang boleh menyumbang kepada kelebihan persaingan untuk meningkatkan prestasi (Hitt, Ireland dan Hoskisson, 2003). Model kajian adalah berdasarkan kepada model Miller (1983), Covin dan Slevin (1989) dan Lumpkin dan Dess (1996). Dimensi orientasi keusahawanan yang digunakan dalam kajian ini adalah konstruk bertahap firma yang diambil guna daripada kajian-kajian oleh Dess, Lumpkin and Covin (1997), Shane, Venkatraman dan McMillan (1995), Miller (1990) dan Covin dan Covin (1990).

Kajian ini menumpukan kepada lima dimensi orientasi keusahawanan firma iaitu dimensi inovatif, proaktif, mengambil risiko, autonomi, dan daya saing agresif (Lumpkin dan Dess, 1996). Tiga dimensi orientasi keusahawanan iaitu inovatif, proaktif dan mengambil risiko telah dikaji seperti dalam kajian Lumpkin dan Dess (2001), Kresier et al. (2002a) dan Wilklund (1998a). Manakala dimensi autonomi

(3)

dan daya saing agresif masih belum dikaji secara mendalam. Kajian terhadap orientasi keusahawanan menggunakan dimensi tersebut di Malaysia masih belum dilakukan dengan mendalam (Hashim, 2000b; Mohd Jan, 1996).

Covin dan Slevin (1991), Zahra dan Covin (1995) dan Wilklund (1998a) mendapati orientasi keusahawanan mempunyai kesan yang signifikan terhadap prestasi firma. Namun demikian, Covin dan Slevin (1991) mendapati hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi agak lemah. Sebaliknya, Wilklund (1998a) pula mendapati hubungan tersebut adalah kuat.

Dari segi metodologi pula kebanyakan kajian menggabungkan dimensi orientasi keusahawanan sebagai satu dimensi (Naman dan Slevin, 1993; Wilklund, 1998a). Beberapa penyelidik lain seperti Kreiser, Marino dan Weaver (2002a) dan Lumpkin dan Dess (2001) menghujahkan bahawa konsep orientasi keusahawanan tidak wajar dianggap sebagai satu dimensi memandangkan konsep orientasi keusahawanan adalah terdiri daripada perlaksanaan proses, amalan dan kegiatan membuat keputusan dalam perniagaan yang memberi makna yang berbeza di antara setiap dimensi dan dalam hubungannya dengan pemboleh ubah lain.

Beberapa kajian yang lepas mengkaji kesan persekitaran luaran firma sebagai pemboleh ubah penyederhana terhadap hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi (Covin dan Slevin, 1991; Miles, Covin dan Heeley, 2000; Kreiser et al., 2002a; Brown dan Kirchoff, 1997; de Koning dan

(4)

Brown, 2001). Kajian oleh Covin dan Slevin (1991) menunjukkan terdapat penemuan yang tidak seragam dalam hubungan tersebut. Kajian Miles, Covin dan Heeley (2000) mendapati hubungan yang sangat kuat, sementara kajian oleh Kreiser et al. (2002a) pula mendapati hubungannya amat lemah. Manakala kajian oleh Brown dan Kirchoff (1997) dan de Koning dan Brown (2001) menemui tiada hubungan persekitaran terhadap hubungan antara orientasi keusahawanan dengan prestasi.

Teori utama yang menyokong model kajian ini ialah teori pandangan asas sumber (PAS) atau resource based view (RBV). Teori PAS mengklasifikasikan dimensi orientasi keusahawanan sebagai gugusan beberapa sumber yang membentuk keupayaan dalaman atau internal capabilities sesebuah firma (Hall, 1993; Wernerfelt, 1984). Keupayaan adalah satu set gabungan sumber berasaskan kemahiran dan pengetahuan di kalangan pekerja dalam firma (Alvarez dan Barney, 2000; Dess et al., 2005; Hitt, Ireland dan Hoskisson, 1999).

Keupayaan juga menghasilkan kompetensi kebezaan atau distinctive yang memastikan kelebihan persaingan yang berdaya tahan dan prestasi yang tinggi dan bersesuaian dengan persekitarannya (Andrew, 1980; Barney, 1991; Conner, 1991; Grant, 1996; Hitt, Nixon, Clifford dan Coyne, 1999; Mathews, 2002; Penrose, 1959; Rumelt, 1984; Teece, Pisano dan Shuen, 1997; Wernerfelt, 1984).

Teori-teori lain yang juga menyokong teori PAS ialah teori neoklasikal (Bain, 1959; Mason, 1939; Scherer, 1970), teori ekonomi inovasi Schumpeter

(5)

(1950), teori kontingensi serba sama dan penempatan (Donaldson, 1987; Lenz, 1980; Miller, 1986; Porter, 1985), teori kontingensi kompetensi (Hitt dan Ireland, 1985; Selznick, 1952; Snow dan Hrebiniak, 1980) dan teori kontingensi persekitaran (Hambrick, 1983; Lawrence dan Lorsch, 1967).

Oleh yang demikian, penyelidik mendapati wujud jurang di dalam sorotan karya berkaitan dengan konsep orientasi keusahawanan dan hubungannya dengan prestasi di kalangan PKS Bumiputera di Malaysia. Sorotan karya juga mengesan kemungkinan terdapat pengaruh persekitaran sebagai pemboleh ubah penyederhana dalam hubungan tersebut. Penyelidikan ini mengkaji pengaruh orientasi keusahawanan kepada prestasi PKS Bumiputera di utara Semenanjung Malaysia dan kesan interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan tersebut.

1.1 Pernyataan Masalah

Tahap prestasi PKS Bumiputera didapati menurun berdasarkan Laporan Separuh Penggal Pertama RMK8 (Malaysia, 2001). Penurunan prestasi yang dimaksudkan ialah apabila peratus hakmilik ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat menurun daripada 20.6% pada tahun 1995 kepada 19.1% dalam tahun 1999 (Malaysia, 2001). Seterusnya, dalam Laporan Separuh Penggal Kedua RMK8 (2004), melaporkan dalam tahun 2003 mencatatkan pemilikan Bumiputera dalam sektor korporat semakin menurun kepada 18.7% daripada keseluruhan pemilikan. Dijangkakan, kekurangan pengetahuan serta kelemahan dalam

(6)

perlaksanaan orientasi keusahawanan menjadi menyumbang kepada prestasi yang semakin menurun ini.

Sehinga kini masih belum ada kajian yang mendalam dilakukan untuk menyelidik aspek orientasi keusahawanan dan pengaruh persekitaran yang ditanggap kepada PKS Bumiputera di Malaysia. Justeru itu, kajian ini menyiasat bagaimana setiap dimensi orientasi keusahawanan PKS Bumiputera berhubung dengan prestasi dan bagaimanakah pengaruh faktor persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan tersebut. PKS Bumiputera merupakan di antara entiti yang terpenting untuk disiasat memandangkan peranannya yang besar terhadap pencapaian matlamat negara.

1.2 Objektif Kajian

Berdasarkan permasalahan di atas, objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan langsung di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi di kalangan PKS Bumiputera di utara Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga memeriksa hubungan kesan penyederhana pemboleh ubah persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi. Objektif khusus kajian adalah untuk:

1. Mengenal pasti kesan langsung lima dimensi orientasi keusahawanan terhadap prestasi PKS Bumiputera di utara Semenanjung Malaysia.

2. Mengenal pasti kesan penyederhana persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan di antara setiap dimensi orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS Bumiputera di utara Semenanjung Malaysia.

(7)

1.3 Soalan Kajian

Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perniagaan kecil dan sederhana selalu menjadi tumpuan utama oleh para pengurus, pembuat dasar dan seluruh masyarakat amnya (Wilklund, 1998a). Pengetahuan mengenai orientasi keusahawanan ini nampaknya agak lemah di kalangan pengurus PKS Bumiputera untuk meningkatkan prestasinya. Justeru itu, kajian lanjut diperlukan untuk mengenal pasti faktor orientasi keusahawanan yang mempengaruhi prestasi serta bagaimanakah pengaruh ini berlaku dalam konteks PKS Bumiputera di utara Semenanjung Malaysia.

Persoalan pertama, apakah kesan langsung setiap dimensi orientasi keusahawanan dalam mempengaruhi prestasi PKS Bumiputera di utara Semenanjung Malaysia?

Persoalan kedua, bagaimanakah faktor persekitaran yang ditanggap mempengaruhi hubungan di antara setiap dimensi orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS Bumiputera di utara Semenanjung Malaysia?

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijangka memberi sumbangan secara langsung terhadap bidang keusahawanan tahap firma dalam kajian pengurusan strategik berasaskan pandangan asas sumber (PAS). Kajian ini memperkukuhkan lagi proses, amalan dan pembuatan keputusan untuk PKS Bumiputera di utara Semenanjung Malaysia. Tambahan lagi, faktor-faktor tersebut dapat dibangunkan dalam

(8)

program pembangunan keusahawanan demi menambahbaikkan prestasi di kalangan PKS Bumiputera. Kajian ini mengenal pasti strategi keusahawanan bagi membantu para usahawan Bumiputera untuk menyesuaikan tindakan mereka dengan pemboleh ubah yang terdapat dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah.

Kajian ini menyumbang kepada asas pengetahuan, kerajaan dan usahawan. Pertama, sumbangan terhadap ilmu keusahawanan dan pengurusan strategik yang masih kurang dalam konteks Malaysia. Kedua, sumbangan kepada agensi latihan kerajaan dan swasta dengan memperkenalkan pemboleh ubah penting untuk membangunkan usahawan dalam program pembangunan keusahawanan mereka. Ketiga, sumbangan terhadap usahawan sendiri dengan menyediakan satu pendekatan yang terkini untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi bersesuaian dengan persekitaran perniagaan.

1.5 Definisi Istilah

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera – Sebuah firma yang dimiliki dan diuruskan oleh kaum Bumiputera di Malaysia. Firma ini mempunyai modal berbayar kurang dari RM2.5 juta, pulangan jualan tahunan kurang daripada RM25 juta, dan bilangan pekerja 10 hingga 150 orang. Firma ini terlibat dalam aktiviti perkhidmatan, perniagaan am dan juga sektor pengilangan (SMIDEC, 2003).

(9)

Orientasi keusahawanan – Keusahawanan bertahap firma yang berorientasikan strategi mengikut pandangan para pemilik dan pengurusan atasan PKS Bumpiutera. Pandangan tersebut adalah mengenai kesanggupan firma untuk mengamalkan gelagat keusahawanan dengan bersikap berinovatif, proaktif, mengambil risiko, berdaya saing agresif dan berautonomi (Dess et al., 2005; Lumpkin dan Dess, 1996).

Sikap berinovatif – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera untuk melibatkan diri sendiri dan kakitangan dengan lapan sikap inovatif. Pertama, memberikan perhatian khusus kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kedua, mementingkan pembaharuan dalam perniagaan. Ketiga, menggunakan kaedah baru dalam menjalankan perniagaan. Keempat, memperkenalkan produk dan/atau perkhidmatan baru. Kelima, mengubahsuai produk dan/atau perkhidmatan. Keenam, berbelanja besar untuk pengeluaran produk dan/atau perkhidmatan baru. Ketujuh, berbelanja besar untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kelapan, menggunakan ramai pekerja mahir (Dess et al., 2005; Lumpkin dan Dess, 1996).

Sikap mengambil risiko – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera untuk melibatkan diri sendiri dan kakitangan dengan lima sikap mengambil risiko. Pertama, membelanjakan sumber firma dalam jumlah yang besar dan berisiko untuk mendapatkan hasil yang tidak pasti di dalam sesuatu projek. Kedua, bertindak berani dan berterus terang untuk mencapai matlamat firma. Ketiga, bertindak dengan segera untuk mengurangkan kemungkinan

(10)

kerugian. Keempat, selalu melabur untuk teknologi baharu. Kelima, selalu menjual produk baru dalam pasaran baru (Brockhaus, 1980; Dess et al., 2005; Lumpkin dan Dess, 1996; Miller, 1983).

Sikap proaktif – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera tentang tindakbalas diri sendiri dan kakitangan terhadap enam sikap proaktif. Pertama, mendahului perniagaan lain dalam menggunakan teknologi baru. Kedua, bertindak sebagai firma yang pertama menjual produk baru dalam pasaran. Ketiga, mengambil peluang-peluang baru dalam pasaran yang tidak berkaitan dengan bidang perniagaan semasa. Keempat, memperkenalkan produk dan teknologi baru mendahului pesaing. Kelima, bertindak secara strategik menghapuskan produk yang sudah matang atau sedang dalam peringkat kitaran hayat menurun. Keenam, bertindak dengan tegas untuk mencapai matlamat firma (Dess et al., 2005; Lumpkin dan Dess, 1996, 1997, 2001; Venkatraman, 1989).

Sikap berdaya saing agresif – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera mengenai tindakbalas diri sendiri dan kakitangan terhadap lima sikap berdaya saing agresif. Pertama, menggunakan corak persaingan dan permintaan yang sedia ada dalam pasaran untuk mengatasi pesaing dalam industri. Kedua, bertindak secara reaktif untuk mempertahankan kedudukannya dalam pasaran. Ketiga, masuk ke dalam pasaran yang telah dikenalpasti menggunakan kaedah yang luar biasa. Keempat, sentiasa berusaha untuk mengetuai pasaran serta berbelanja besar dalam bidang pemasaran. Kelima, menekankan pendekatan “ikut segera” dalam pasaran (Dess et al., 2005;

(11)

Lumpkin dan Dess, 1996, 1997, 2001; MacMillan dan Day, 1987; Venkatraman, 1989).

Sikap berautonomi – Pandangan pemilik dan pengurus PKS Bumiputera mengenai tindakbalas diri sendiri dan kakitangan terhadap enam sikap berautonomi. Pertama, menggalakkan pekerja supaya terlibat dalam perancangan syarikat. Kedua, memberikan kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan mengenai pembaharuan dalam syarikat tanpa merujuk kepada pengurusan atasan. Ketiga, menggalakkan pekerja supaya melaksanakan pembaharuan walaupun terpaksa melanggar peraturan syarikat. Keempat, mendorong cetusan idea baru dari semua pekerja tanpa mengira pangkat. Kelima, mengutamakan idea untuk pembaharuan melebihi peraturan syarikat. Keenam, mengabaikan peraturan pekerjaan dalam syarikat untuk melibatkan pekerja dalam sesuatu idea baru (Burgelman, 1983; Dess et al., 2005; Lumpkin dan Dess, 1996; Shane, Venkatraman dan MacMillan, 1995).

Persekitaran dinamik – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera mengenai enam aspek persekitaran dinamik. Pertama, kecepatan perubahan dalam kaedah pemasaran. Kedua, kecepatan perubahan barangan dan/atau perkhidmatan firma. Ketiga, kesukaran meramal tindakan pesaing. Keempat, kesukaran meramal permintaan pengguna. Kelima, kesukaran meramal citarasa pelanggan. Keenam, kecepatan perubahan dalam kaedah pengeluaran dan/atau operasi perkhidmatan (Kreiser et al., 2002a; Lumpkin dan Dess, 2001; Miller dan Friesen, 1984).

(12)

Persekitaran bermusuhan – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera terhadap tujuh aspek persekitaran bermusuhan. Pertama, tahap ancaman terhadap persaingan harga. Kedua, tahap ancaman persaingan dalam kualiti produk. Ketiga, tahap ancaman terhadap persaingan dalam keunikan produk. Keempat, tahap ancaman persaingan pasaran produk dan/atau perkhidmatan. Kelima, tahap ancaman dalam penawaran buruh. Keenam, tahap ancaman dalam bekalan bahan mentah dan/atau dagangan. Ketujuh, tahap ancaman dalam campur tangan pihak berkuasa (Kreiser et al., 2002a; Lumpkin dan Dess, 2001; Miller dan Friesen, 1984).

Persekitaran membantu atau munifisen – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera mengenai tahap kesediaan enam jenis sumber. Pertama, kemudahan pinjaman kewangan. Kedua, pekerja mahir rakyat tempatan. Ketiga, pekerja mahir rakyat asing. Keempat, bekalan bahan dan peralatan. Kelima, kemahiran pengurusan perniagaan. Keenam, peluang perniagaan (Kreiser et al., 2002a; Brown dan Kirchoff, 1997).

Pulangan Jualan (PJ) – Prestasi firma dalam bentuk keuntungan yang melibatkan suatu pengiraan yang menghasilkan peratus apabila nilai untung bersih tahunan purata (dalam RM) dibahagikan dengan jumlah jualan tahunan purata (dalam RM) (Untung bersih/Jumlah Jualan) (Dess et al., 2005; Zahra dan Covin, 1995). Nilai yang digunakan dalam pengiraan diambil dari nilai purata yang dikutip di antara tahun 2000 hingga tahun 2002.

(13)

Pulangan Harta (PH) – Prestasi firma dalam bentuk keuntungan yang melibatkan suatu pengiraan yang menghasilkan peratus apabila nilai untung bersih tahunan purata (dalam RM) dibahagikan dengan jumlah harta tahunan purata (dalam RM) (Untung Bersih/Jumlah Harta) (Dess et al., 2005; Zahra dan Covin, 1995). Nilai yang digunakan dalam pengiraan diambil dari nilai purata yang dikutip di antara tahun 2000 hingga tahun 2002.

Pulangan Modal (PM) – Prestasi firma dalam bentuk keuntungan yang menggunakan suatu pengiraan yang menghasilkan peratus apabila nilai untung bersih tahunan purata (dalam RM) dibahagikan dengan jumlah modal tahunan purata (dalam RM) (Untung Bersih/Jumlah Modal) (Dess et al., 2005; Higgins, 1989). Nilai yang digunakan dalam pengiraan diambil dari nilai purata yang dikutip di antara tahun 2000 hingga tahun 2002.

1.6 Skop dan Batasan Kajian

Skop dan batasan kajian ini meliputi aspek pembolehubah, responden dan lokasi firma. Pembolehubah yang dikaji ialah pengaruh orientasi keusahawanan firma dan persekitaran yang ditanggap kepada prestasi PKS Bumiputera di utara Semenanjung Malaysia. Perbincangan dalam kajian ini hanya terhad kepada pemboleh ubah yang tersebut sahaja. Hakikatnya, berbagai pembolehubah lain lagi yang boleh mempengaruhi prestasi firma seperti jenis strategi, struktur organisasi, keperibadian individu, strategi pemasaran, dan sebagainya.

(14)

Perbincangan dalam penemuan kajian juga adalah berasaskan tanggapan oleh responden yang terpilih sahaja yang terdiri dari pemilik dan pengurus firma Bumiputera bertaraf kecil dan sederhana di utara Semenanjung Malaysia. Keputusan yang sama mungkin tidak diperolehi bagi organisasi lain seperti perniagaan kecil dan sederhana milik kaum Cina, India dan lain-lain, perniagaan besar, perniagaan milik kerajaan dan koperasi. Faktor lokasi juga boleh memberi kesan yang berbeza jika dilakukan di kawasan lain di Malaysia. Begitu juga dengan keadaan persekitaran yang ditanggap yang lain seperti persekitaran heterogen yang boleh memberikan impak yang berbeza mengikut keadaan persekitaran tempatan. Keadaan ini akan menghadkan generalisasi dapatan kajian yang akan diperolehi.

1.7 Susunatur Tesis

Tesis ini memerihalkan isi kandungannya dalam enam bab, bab pertama membincangkan latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, definisi istilah, skop dan batasan kajian dan susunatur tesis.

Bab kedua memerihalkan sorotan karya berhubung dengan pembangunan keusahawanan dalam PKS Bumiputera di Malaysia. Bab ketiga membincangkan konsep keusahawanan, semua pembolehubah yang dikaji serta hubungan di antara semua pemboleh ubah, jurang dalam sorotan karya dan kerangka penyelidikan serta pernyataan hipotesis dikupas dalam bahagian ini.

(15)

Bab keempat membincangkan metodologi kajian yang digunakan dengan mengambil kira aspek persampelan, responden, kaedah mengutip data, instrumen kajian, pemboleh ubah kawalan, analisis data, penentuan jenis penyederhana, dasar pengujian hipotesis, dan rumusan.

Bab kelima memaparkan penemuan kajian melalui analisis data prima yang dikutip. Penemuan kajian memaparkan kadar maklum balas, bias maklum balas, profil demografik responden dan firma, ketepatan pengukuran, pengukuran kecenderungan memusat, kebolehpercayaan dan analisis korelasi. Seterusnya, pernyataan semula hipotesis, hubungan langsung orientasi keusahawanan dengan prestasi, ujian hipotesis hubungan langsung orientasi keusahawanan dengan prestasi, kesan interaksi penyederhana ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi, ujian hipotesis interaksi penyederhana ke atas hubungan antara orientasi keusahawanan dengan prestasi, dan ringkasan penemuan kajian.

Akhirnya, bab keenam memaparkan perbincangan dan implikasi tentang penemuan kajian dengan lebih terperinci berasaskan teori dan amali yang berkaitan dengan kajian. Bab ini juga membincangkan cadangan untuk kajian akan datang dan kesimpulan dari perbincangan dan implikasi penemuan.