program pembangunan keusahawanan demi menambahbaikkan prestasi di kalangan PKS Bumiputera. Kajian ini mengenal pasti strategi keusahawanan bagi
membantu para usahawan Bumiputera untuk menyesuaikan tindakan mereka dengan pemboleh ubah yang terdapat dalam persekitaran perniagaan yang
sentiasa berubah.
Kajian ini menyumbang kepada asas pengetahuan, kerajaan dan usahawan. Pertama, sumbangan terhadap ilmu keusahawanan dan pengurusan
strategik yang masih kurang dalam konteks Malaysia. Kedua, sumbangan kepada agensi latihan kerajaan dan swasta dengan memperkenalkan pemboleh ubah
penting untuk membangunkan usahawan dalam program pembangunan keusahawanan mereka. Ketiga, sumbangan terhadap usahawan sendiri dengan
menyediakan satu pendekatan yang terkini untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi bersesuaian dengan persekitaran perniagaan.
1.5 Definisi Istilah
Perusahaan kecil dan sederhana PKS Bumiputera – Sebuah firma yang dimiliki dan diuruskan oleh kaum Bumiputera di Malaysia. Firma ini mempunyai
modal berbayar kurang dari RM2.5 juta, pulangan jualan tahunan kurang daripada RM25 juta, dan bilangan pekerja 10 hingga 150 orang. Firma ini terlibat dalam
aktiviti perkhidmatan, perniagaan am dan juga sektor pengilangan SMIDEC, 2003.
8
Orientasi keusahawanan – Keusahawanan bertahap firma yang berorientasikan strategi mengikut pandangan para pemilik dan pengurusan
atasan PKS Bumpiutera. Pandangan tersebut adalah mengenai kesanggupan firma untuk mengamalkan gelagat keusahawanan dengan bersikap berinovatif,
proaktif, mengambil risiko, berdaya saing agresif dan berautonomi Dess et al., 2005; Lumpkin dan Dess, 1996.
Sikap berinovatif – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera untuk melibatkan diri sendiri dan kakitangan dengan lapan sikap
inovatif. Pertama, memberikan perhatian khusus kepada penyelidikan dan pembangunan RD. Kedua, mementingkan pembaharuan dalam perniagaan.
Ketiga, menggunakan kaedah baru dalam menjalankan perniagaan. Keempat, memperkenalkan produk danatau perkhidmatan baru. Kelima, mengubahsuai
produk danatau perkhidmatan. Keenam, berbelanja besar untuk pengeluaran produk danatau perkhidmatan baru. Ketujuh, berbelanja besar untuk penyelidikan
dan pembangunan RD. Kelapan, menggunakan ramai pekerja mahir Dess et al., 2005; Lumpkin dan Dess, 1996.
Sikap mengambil risiko – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera untuk melibatkan diri sendiri dan kakitangan dengan lima sikap
mengambil risiko. Pertama, membelanjakan sumber firma dalam jumlah yang besar dan berisiko untuk mendapatkan hasil yang tidak pasti di dalam sesuatu
projek. Kedua, bertindak berani dan berterus terang untuk mencapai matlamat firma. Ketiga, bertindak dengan segera untuk mengurangkan kemungkinan
9
kerugian. Keempat, selalu melabur untuk teknologi baharu. Kelima, selalu menjual produk baru dalam pasaran baru Brockhaus, 1980; Dess et al., 2005;
Lumpkin dan Dess, 1996; Miller, 1983.
Sikap proaktif – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera tentang tindakbalas diri sendiri dan kakitangan terhadap enam sikap proaktif.
Pertama, mendahului perniagaan lain dalam menggunakan teknologi baru. Kedua, bertindak sebagai firma yang pertama menjual produk baru dalam
pasaran. Ketiga, mengambil peluang-peluang baru dalam pasaran yang tidak berkaitan dengan bidang perniagaan semasa. Keempat, memperkenalkan produk
dan teknologi baru mendahului pesaing. Kelima, bertindak secara strategik menghapuskan produk yang sudah matang atau sedang dalam peringkat kitaran
hayat menurun. Keenam, bertindak dengan tegas untuk mencapai matlamat firma Dess et al., 2005; Lumpkin dan Dess, 1996, 1997, 2001; Venkatraman, 1989.
Sikap berdaya saing agresif – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera mengenai tindakbalas diri sendiri dan kakitangan terhadap lima
sikap berdaya saing agresif. Pertama, menggunakan corak persaingan dan permintaan yang sedia ada dalam pasaran untuk mengatasi pesaing dalam
industri. Kedua, bertindak secara reaktif untuk mempertahankan kedudukannya dalam pasaran. Ketiga, masuk ke dalam pasaran yang telah dikenalpasti
menggunakan kaedah yang luar biasa. Keempat, sentiasa berusaha untuk mengetuai pasaran serta berbelanja besar dalam bidang pemasaran. Kelima,
menekankan pendekatan “ikut segera” dalam pasaran Dess et al., 2005; 10
Lumpkin dan Dess, 1996, 1997, 2001; MacMillan dan Day, 1987; Venkatraman, 1989.
Sikap berautonomi – Pandangan pemilik dan pengurus PKS Bumiputera mengenai tindakbalas diri sendiri dan kakitangan terhadap enam sikap
berautonomi. Pertama, menggalakkan pekerja supaya terlibat dalam perancangan syarikat. Kedua, memberikan kebebasan kepada pekerja untuk
membuat keputusan mengenai pembaharuan dalam syarikat tanpa merujuk kepada pengurusan atasan. Ketiga, menggalakkan pekerja supaya melaksanakan
pembaharuan walaupun terpaksa melanggar peraturan syarikat. Keempat, mendorong cetusan idea baru dari semua pekerja tanpa mengira pangkat.
Kelima, mengutamakan idea untuk pembaharuan melebihi peraturan syarikat. Keenam, mengabaikan peraturan pekerjaan dalam syarikat untuk melibatkan
pekerja dalam sesuatu idea baru Burgelman, 1983; Dess et al., 2005; Lumpkin dan Dess, 1996; Shane, Venkatraman dan MacMillan, 1995.
Persekitaran dinamik – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera mengenai enam aspek persekitaran dinamik. Pertama, kecepatan
perubahan dalam kaedah pemasaran. Kedua, kecepatan perubahan barangan danatau perkhidmatan firma. Ketiga, kesukaran meramal tindakan pesaing.
Keempat, kesukaran meramal permintaan pengguna. Kelima, kesukaran meramal citarasa pelanggan. Keenam, kecepatan perubahan dalam kaedah pengeluaran
danatau operasi perkhidmatan Kreiser et al., 2002a; Lumpkin dan Dess, 2001; Miller dan Friesen, 1984.
11
Persekitaran bermusuhan – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera terhadap tujuh aspek persekitaran bermusuhan. Pertama, tahap
ancaman terhadap persaingan harga. Kedua, tahap ancaman persaingan dalam kualiti produk. Ketiga, tahap ancaman terhadap persaingan dalam keunikan
produk. Keempat, tahap ancaman persaingan pasaran produk danatau perkhidmatan. Kelima, tahap ancaman dalam penawaran buruh. Keenam, tahap
ancaman dalam bekalan bahan mentah danatau dagangan. Ketujuh, tahap ancaman dalam campur tangan pihak berkuasa Kreiser et al., 2002a; Lumpkin
dan Dess, 2001; Miller dan Friesen, 1984.
Persekitaran membantu atau munifisen – Pandangan pemilik dan pengurus atasan PKS Bumiputera mengenai tahap kesediaan enam jenis sumber.
Pertama, kemudahan pinjaman kewangan. Kedua, pekerja mahir rakyat tempatan. Ketiga, pekerja mahir rakyat asing. Keempat, bekalan bahan dan
peralatan. Kelima, kemahiran pengurusan perniagaan. Keenam, peluang perniagaan Kreiser et al., 2002a; Brown dan Kirchoff, 1997.
Pulangan Jualan PJ – Prestasi firma dalam bentuk keuntungan yang melibatkan suatu pengiraan yang menghasilkan peratus apabila nilai untung
bersih tahunan purata dalam RM dibahagikan dengan jumlah jualan tahunan purata dalam RM Untung bersihJumlah Jualan Dess et al., 2005; Zahra dan
Covin, 1995. Nilai yang digunakan dalam pengiraan diambil dari nilai purata yang dikutip di antara tahun 2000 hingga tahun 2002.
12
Pulangan Harta PH – Prestasi firma dalam bentuk keuntungan yang melibatkan suatu pengiraan yang menghasilkan peratus apabila nilai untung
bersih tahunan purata dalam RM dibahagikan dengan jumlah harta tahunan purata dalam RM Untung BersihJumlah Harta Dess et al., 2005; Zahra dan
Covin, 1995. Nilai yang digunakan dalam pengiraan diambil dari nilai purata yang dikutip di antara tahun 2000 hingga tahun 2002.
Pulangan Modal PM – Prestasi firma dalam bentuk keuntungan yang menggunakan suatu pengiraan yang menghasilkan peratus apabila nilai untung
bersih tahunan purata dalam RM dibahagikan dengan jumlah modal tahunan purata dalam RM Untung BersihJumlah Modal Dess et al., 2005; Higgins,
1989. Nilai yang digunakan dalam pengiraan diambil dari nilai purata yang dikutip di antara tahun 2000 hingga tahun 2002.
1.6 Skop dan Batasan Kajian