BAB I
PENGENALAN
Bab ini merupakan pengenalan kepada projek yang menjelaskan mengenai pengenalan, huraian, penyataan masalah, objektif serta skop projek.
1.1 Pengenalan
Pada hari ini, bidang industri di negara kita sedang mengalami pembangunan yang pesat. Penggunaan sistem automasi adalah tidak asing lagi
bagi meningkatkan jumlah pengeluaran, mengurangkan kos operasi serta menjimatkan masa bagi memenuhi permintaan yang tinggi daripada pengguna.
Secara amnya, sistem automasi adalah satu sistem lengkap yang menggabungkan penggunaan komputer, alat pengesan
sensor
, alat penggerak
actuator
serta penggunaan robot tertentu bagi melakukan sesuatu kerja yang telah ditetapkan.
Ini adalah kerana, dengan menggunakan sistem automasi ini sesuatu kerja itu dapat dilakukan berulang-ulang kali dengan cepat tanpa mengabaikan aspek
kualiti barangan yang dihasilkan. Ia juga dapat melakukan sesuatu kerja yang tidak dapat dilakukan oleh pekerja biasa.
Oleh yang demikian, projek ini menggabungkan penggunaan sistem komputer, Pengawal Atucara Logik PLC serta perkakasan
hardware
bagi menghasilkan satu sistem automasi yang ringkas sebagai salah satu alat
pembelajaran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran di pusat-pusat pendidikan. Selain itu, projek ini juga dihasilkan bagi memberikan pendedahan
awal kepada para pelajar kepada teknologi automasi yang digunakan di industri pada hari ini.
1.2 Huraian Projek
Projek sistem gerudi berpandukan koordinat ini adalah sebuah projek yang mengintegrasikan penggunaan komputer dan juga mesin gerudi. Gabungan
antara komputer dan juga mesin adalah tidak asing lagi dalam dunia industri pada hari ini. Projek ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu
perisian dan
juga perkakasan.
Perisian yang
dimaksudkan adalah
Pengantaramuka Grafik Pengguna GUI yang dihasilkan dengan menggunakan perisian Visual Basic 6.0 VB6 manakala perkakasan pula adalah mesin gerudi
yang boleh digerakkan pada paksi X, Y dan Z bagi membolehkan pengguna memilih tempat yang hendak digerudi. Operasi sistem ini ialah pengguna
memasukkan koordinat lokasi yang ingin digerudi pada bahan kerja ke dalam komputer melalui GUI yang telah dihasilkan. Kemudian maklumat itu akan
diproses oleh perisian tersebut sebelum dihantar kepada Pengawal Atucara Logik PLC melalui soket selari
parallel port
komputer. Akhir sekali, PLC akan menjalankan operasi mengikut program yang telah ditetapkan.
1.3 Penyataan Masalah