Merekabentuk Dan Membangunkan Sistem Gerudi Berpandukan Koordinat.
MEREKABENTUK DAN MEMBANGUNKAN SISTEM GERUDI BERPANDUKAAN KOORDINAT
MOHAMAD AZLI CHE AZHAR
(2)
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kawalan, Instrumentasi dan Automasi)”
Tandatangan : _______________________ Nama Penyelia : ENCIK MASLAN ZAINON
(3)
ii
MEREKABENTUK DAN MEMBANGUNKAN SISTEM GERUDI BERPANDUKAN KOORDINAT
MOHAMAD AZLI CHE AZHAR
Laporan ini dihantar bagi memenuhi keperluan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik
(Kawalan, Instrumentasi dan Automasi)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
(4)
iii
PENGAKUAN
“Saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan petikan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : _______________________ Nama Penyelia : MOHAMAD AZLI CHE AZHAR
(5)
iv
DEDIKASI
Istimewa untuk ibunda, Nahariah bt. Mohd Noor, ayahanda, Che Azhar b. Ibrahim, serta adik-adik tersayang.
(6)
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya melaksanakan serta menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) saya serta menyediakan Laporan Akhir Projek Sarjana Muda ini. Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia PSM saya iaitu Encik Maslan Zainon di atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Tidak lupa juga di atas kesudian beliau meluangkan masa mendengar segala masalah yang dihadapi serta pendapat yang telah diberikan bagi memastikan projek ini berjaya dilaksanakan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terkira kepada ibu bapa saya di atas segala bantuan, dorongan serta sentiasa mendoakan agar projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna agar mendapat keputusan yang cemerlang. Selain itu, tidak dilupakan juga kepada Encik Azhan Abdul Raub serta rakan-rakan yang lain yang telah memberikan nasihat serta pendapat yang membina dalam merealisasikan projek ini.
(7)
vi
ABSTRAK
Projek sistem gerudi berpandukan koordinat ini adalah sebuah projek yang mengintegrasikan penggunaan komputer dan juga mesin gerudi. Gabungan antara komputer dan juga mesin adalah tidak asing lagi dalam dunia industri pada hari ini. Projek ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu perisian dan juga perkakasan. Perisian yang dimaksudkan adalah Pengantaramuka Grafik Pengguna (GUI) yang dihasilkan dengan menggunakan perisian Visual Basic 6.0 (VB) atau Visual C++ manakala perkakasan pula adalah mesin gerudi yang boleh digerakkan pada paksi X, Y dan Z bagi membolehkan pengguna memilih tempat yang hendak digerudi. Operasi sistem ini ialah pengguna memasukkan koordinat lokasi yang ingin digerudi pada bahan kerja ke dalam komputer melalui GUI yang telah dihasilkan. Kemudian maklumat itu akan diproses oleh perisian tersebut sebelum dihantar kepada Pengawal Atucara Logik (PLC) melalui soket selari (parallel port) komputer. Akhir sekali, PLC akan menjalankan operasi mengikut program yang telah ditetapkan. Sistem yang menggabungkan penggunaan komputer dan perkakasan ini akan menghasilkan satu sistem automasi yang lengkap dan sempurna. Oleh yang demikian, projek ini amat sesuai untuk dijadikan kit pengajaran dan pembelajaran bagi mendedahkan para pelajar kepada teknologi automasi yang digunakan di industri pada hari ini.
(8)
vii
ABSTRACT
This coordinate based drilling system is a project that integrates the usage of computer and drilling machine. The combination between computer and machine is not something unfamiliar in our industrial world nowadays. This project is divided into two main parts which are software and hardware. The software part is a Graphical User Interface (GUI) that will produce by using the Visual Basic 6.0 (VB6) or Visual C++ software while the hardware part is a drilling machine that can move in three axis which are X, Y and Z axis so that the user can select the drilling location. The operation of this project in the user can enter the coordinate of the drilling location via the developed GUI. Then the information will be processed by the software before being sent to the Programmable Logic Controller (PLC) via the computer parallel port. Lastly, the PLC will run the process according to the desired program. The combination between computer and machine will produce a perfect automation system. Thus, this project is very suitable to be need as a teaching and learning kit in order to expose students to the automation technology that has been widely used in the industry world.
(9)
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN PENYELIA i
TAJUK PROJEK ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI GAMBARAJAH xi
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN
I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Huraian projek 2
1.3 Penyataan masalah 3
1.4 Objektif projek 3
1.5 Skop projek 4
(10)
ix
II KAJIAN ILMIAH
2.1 Kajian Pertama: Gerudi Automatik 5
2.2 Kajian Kedua: Stesen Gerudi Automatik 7
2.3 Teori 9
2.3.1 Motor Stepper 9
2.3.1.1 Operasi Motor Stepper 10
2.3.2 Suis Penghad 12
2.3.3 Soket Selari (Parallel Port) 13
2.3.3.1 Kegunaan Soket Selari 13 2.3.3.2 Sambungan Soket Selari 15
2.3.4 Optocoupler 18
2.3.5 Perisian Visual Basic 6.0 19
2.3.5.1 Kelebihan Perisian Visual Basic 6.0 19 III METODOLOGI PROJEK
3.1 Metodologi Projek 20
3.2 Pembangunan Projek 22
3.2.1 Kajian Ilmiah dan Rekabentuk Projek 22
3.2.2 Pembangunan Perisian 24
3.2.3 Pembangunan Perkakasan 27
3.2.4 Menggabungkan Perisian dan Perkakasan 28
3.2.5 Pengujian dan Troubleshooting 30
IV HASIL PROJEK
4.1 Perkakasan Projek 31
4.1.1 Pendawaian Perkakasan Projek 37
4.2 Litar Kawalan 38
4.2.1 Litar Kawalan Geganti 38
(11)
x
4.3 Pengantaramuka Grafik Pengguna (GUI) 44
4.3.1 Atucara Visual Basic 6.0 46
4.4 Konsol Tangan 52
4.5 Pengawal Atucara Logik (PLC) 54
4.5.1 Penentuan Masukan 55
4.5.2 Penentuan Keluaran 55
4.5.3 Atucara PLC 56
4.6 Hasil Projek 58
4.7 Kos Projek 60
4.7.1 Kos Komponen Elektrik dan Elektronik 60
4.7.2 Kos Kerangka Projek 61
4.7.3 Kos Lain-lain 61
4.7.4 Kos Keseluruhan 62
4.8 Pengujian dan Troubleshooting 62
4.8.1 Ujian Pendawaian Litar Kawalan 63 4.8.2 Ujian Pendawaian Antara Litar Kawalan dan PLC 64
4.8.3 Ujian Simulasi Atucara PLC 66
V PERBINCANGAN
5.1 Perbincangan 69
5.2 Masalah yang Dihadapi 70
5.2.1 Masalah Mekanikal 70
5.2.2 Masalah Elektrikal 72
5.3 Cadangan Penambahbaikan 73
KESIMPULAN 74
RUJUKAN 75
CARTA GANTT 76
(12)
xi
SENARAI GAMBARAJAH
GAMBARAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Pandangan sisi Sistem Gerudi Automatik 6
2.2 Pandangan hadapan Sistem Gerudi Automatik 7
2.3 Stesen Gerudi Automatik 8
2.4 Putaran lengkap motor stepper 10
2.5 Putaran separuh langkah (half stepping) 11
2.6 Litar skematik motor stepper 12
2.7 Suis penghad 12
2.8 Soket selari 13
2.9 Optocoupler 4N35 18
3.1 Carta Alir Metodologi Projek 21
3.2 (a) Gambaran awal paksi-X 23
3.2 (b) Gambaran awal paksi-Y 23
3.2 (c) Gambaran awal paksi-Z 23
3.3 Microsoft Visual Basic 6.0 24
3.4 Soket selari komputer 25
3.5 Isyarat denyut 26
3.6 Gambaran awal litar pengantara 29
4.1 Bahagian 1 (Kerangka Utama) 32
4.2 Bahagian 2 (Meja Paksi-X) 33
4.3 Bahagian 3 (Paksi-Z) 34
4.4 Bahagian 4 (Pemegang Gerudi) 35
4.5 Perkakasan projek 36
(13)
xii
4.7 Litar pendawaian suis penghad perkakasan 37
4.8 Litar kawalan geganti 38
4.9 Sambungan geganti dan masukan PLC 39
4.10 Sambungan keluaran PLC dengan litar stepper motor
40
4.11 Stepper motor driver 41
4.12 Litar kawalan geganti 41
4.13 Litar stepper motor driver 42
4.14 Litar soket selari 43
4.15 Litar soket selari 44
4.16 Pengantaramuka Grafik Pengguna 45
4.17 Tetingkap amaran 45
4.18 Konsol tangan 52
4.19 Litar konsol tangan 53
4.20 Konsol tangan 54
4.21 Atucara PLC 56
4.22 PLC Omron CQM1H 57
4.23 Hasil projek 58
4.24 Hasil projek 59
4.25 Hasil projek 59
4.26 Litar kawalan 63
4.27 Penyambungan wayar antara PLC dan litar kawalan. 65
4.28 Atucara PLC dengan CX-Programmer 67
(14)
xiii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Senarai pin soket selari 17
4.1 Program Visual Basic 6.0 46
4.2 Penentuan masukan PLC 55
4.3 Penentuan keluaran PLC 55
4.4 Kos komponen elektrik dan elektronik 60
4.5 Kos kerangka projek 61
4.6 Kos lain-lain 61
(15)
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Menggunakan Soket Selari (Parallel Port) Untuk Mengawal Data
77
B Motor Stepper 95
C Cara Mengawal Motor Stepper 103
(16)
xv
SENARAI SINGKATAN
PLC - Pengawal Atucara Logik
GUI - Pengantaramuka Grafik Pengguna
VB6 - Visual Basic 6.0
USB - Universal Serial Bus
EMF - Pembalikan Daya Elektromotif
BASIC - Beginners All-Purpose Symbolic Instruction Code
LED - Diod Pemancar Cahaya
(17)
1
BAB I
PENGENALAN
Bab ini merupakan pengenalan kepada projek yang menjelaskan mengenai pengenalan, huraian, penyataan masalah, objektif serta skop projek.
1.1 Pengenalan
Pada hari ini, bidang industri di negara kita sedang mengalami pembangunan yang pesat. Penggunaan sistem automasi adalah tidak asing lagi bagi meningkatkan jumlah pengeluaran, mengurangkan kos operasi serta menjimatkan masa bagi memenuhi permintaan yang tinggi daripada pengguna. Secara amnya, sistem automasi adalah satu sistem lengkap yang menggabungkan penggunaan komputer, alat pengesan (sensor), alat penggerak (actuator) serta penggunaan robot tertentu bagi melakukan sesuatu kerja yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana, dengan menggunakan sistem automasi ini sesuatu kerja itu dapat dilakukan berulang-ulang kali dengan cepat tanpa mengabaikan aspek kualiti barangan yang dihasilkan. Ia juga dapat melakukan sesuatu kerja yang tidak dapat dilakukan oleh pekerja biasa.
(18)
2
Oleh yang demikian, projek ini menggabungkan penggunaan sistem komputer, Pengawal Atucara Logik (PLC) serta perkakasan (hardware) bagi menghasilkan satu sistem automasi yang ringkas sebagai salah satu alat pembelajaran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran di pusat-pusat pendidikan. Selain itu, projek ini juga dihasilkan bagi memberikan pendedahan awal kepada para pelajar kepada teknologi automasi yang digunakan di industri pada hari ini.
1.2 Huraian Projek
Projek sistem gerudi berpandukan koordinat ini adalah sebuah projek yang mengintegrasikan penggunaan komputer dan juga mesin gerudi. Gabungan antara komputer dan juga mesin adalah tidak asing lagi dalam dunia industri pada hari ini. Projek ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu perisian dan juga perkakasan. Perisian yang dimaksudkan adalah Pengantaramuka Grafik Pengguna (GUI) yang dihasilkan dengan menggunakan perisian Visual Basic 6.0 (VB6) manakala perkakasan pula adalah mesin gerudi yang boleh digerakkan pada paksi X, Y dan Z bagi membolehkan pengguna memilih tempat yang hendak digerudi. Operasi sistem ini ialah pengguna memasukkan koordinat lokasi yang ingin digerudi pada bahan kerja ke dalam komputer melalui GUI yang telah dihasilkan. Kemudian maklumat itu akan diproses oleh perisian tersebut sebelum dihantar kepada Pengawal Atucara Logik (PLC) melalui soket selari (parallel port) komputer. Akhir sekali, PLC akan menjalankan operasi mengikut program yang telah ditetapkan.
(19)
3
1.3 Penyataan Masalah
Sistem gerudi berpandukan koorinat ini direka sebagai kit pembelajaran bagi memberikan pendedahan awal kepada para pelajar kepada sistem automasi yang digunakan dalam bidang industri pada hari ini. Oleh yang demikian, terdapat beberapa sebab kenapa projek ini dihasilkan. Sistem gerudi yang terdapat di kebanyakan pusat-pusat pendidikan di Malaysia pada hari ini adalah satu sistem gerudi yang ringkas yang menggunakan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu. Sistem gerudi ini hanya mampu digerakkan dalam satu paksi sahaja. Selain itu, sistem ini juga memerlukan khidmat operator untuk beroperasi. Sistem ini juga tidak boleh diprogramkan bagi melakukan sesuatu kerja yang hendak dilakukan. Tambahan pula, pada hari ini kit pembelajaran yang menggabungkan penggunaan komputer dan perkakasan (hardware) adalah amat sukar untuk didapati serta harganya yang mahal.
1.4 Objektif Projek
Antara objektif yang hendak dicapai dalam menghasilkan projek ini adalah: a) Membangunkan sebuah kit pembelajaran bagi membantu proses pengajaran
dan pembelajaran.
b) Membangunkan mesin gerudi yang boleh digerakkan pada paksi X,Y dan Z. c) Menggunakan perisian Visual Basic 6.0 (VB6) untuk menghasilkan
Pengantaramuka Grafik Pengguna (GUI).
d) Menggunakan Pengawal Atucara Logik (PLC) sebagai pengawal kepada proses-proses yang dilakukan oleh perkakasan (hardware).
e) Pengaplikasian soket selari (parallel port) komputer untuk mengawal perkakasan lain.
(20)
4
1.5 Skop Projek
Skop adalah sesuatu yang amat penting dalam menghasilkan sesuatu projek. Ini adalah kerana, skop projek menghadkan sesuatu projek itu kepada tahap-tahap tertentu yang perlu dicapai. Oleh yang demikian, skop bagi projek ini adalah:
a) Membangunkan sistem gerudi berpandukan koordinat sebagai kit pembelajaran di pusat pengajian.
b) Sistem gerudi mampu menggerudi pada bahan kerja yang berasaskan kayu. c) Sistem gerudi digerakkan dalam 3 paksi dengan menggunakan stepper motor.
1.6 Jangkaan Hasil
Selepas berakhirnya projek ini, adalah dijangkakan bahawa:
a) Menyiapkan sistem gerudi berpandukan koordinat sebagai kit pembelajaran. b) Mengunakan perisian Visual Basic 6 (VB) atau Visual C++ untuk
menghasilkan Pengantaramuka Grafik Pengguna (GUI).
c) Menghubungkan komputer dengan perkakasan luaran melalui soket selari (parallel port).
d) Mengawal stepper motor untuk menghasilkan sistem gerudi yang boleh digerakkan pada paksi X, Y dan Z.
(21)
5
BAB II
KAJIAN ILMIAH
Bab ini menerangkan secara ringkas beberapa kajian yang telah dijalankan sepanjang menghasilkan projek ini. Kajian-kajian ini termasuk beberapa projek yang telah dihasilkan yang mempunyai kaitan dengan projek ini serta teori-teori komponen serta peralatan yang digunakan dalam menghasilkan projek ini.
2.1 Kajian Pertama: Gerudi Automatik
Gerudi Automatik adalah alat dan kaedah menggerudi secara automatik beberapa bilangan lubang dalam satu garis lurus dalam jarak yang tertentu sedalam 12 kaki dalam satu operasi yang tidak terganggu di permukaan batuan seperti batu granit. Alat ini terdiri daripada satu kerangka yang menyokong alat gerudi untuk bergerak dalam paksi tegak dan mendatar. Perkakasan mesin gerudi ini mengandungi pengangkut, pemberat serta ruang simpanan yang menyimpan sekurang-kurangnya satu mata gerudi atau satu penyambung.
(22)
6
Satu komputer yang boleh diprogram digunakan untuk mengawal pergerakan alat gerudi dari keadaan tegak ke keadaan yang berserenjang dengan permukaan yang hendak digerudi. Komputer itu kemudiannya akan mengaktifkan alat gerudi untuk menggerudi dengan kedalaman tertentu yang telah ditetapkan oleh operator sebelum menyah-aktifkan alat gerudi tersebut. Seterusnya komputer akan mengembalikan kedudukan alat gerudi kepada keadaan asal. Alat gerudi kemudiannya akan digerakkan ke kedudukan seterusnya untuk menggerudi lubang yang berikutnya. Proses penggerudian kemudiannya akan diulang sehingga kesemua lubang yang hendak digerudi siap di gerudi [8].
(23)
7
Gambarajah 2.2: Pandangan hadapan Sistem Gerudi Automatik
2.2 Kajian Kedua: Stesen Gerudi Automatik
Stesen Gerudi Automatik yang digunakan dalam sistem pembuatan yang dikawal oleh komputer. Sistem ini terdiri daripada pengapit yang memegang bahan kerja pada meja kerja yang mendatar, alat gerudi yang boleh menukar mata gerudi mengikut kesesuaian kerja, sistem pemanduan yang boleh menggerakkan alat gerudi dalam paksi mendatar dalam kawasan kerja. Selain itu, sistem ini juga mempunyai satu ruang penyimpanan pelbagai jenis serta saiz mata gerudi dan satu robot khas yang ditugaskan untuk mengambil, menyimpan serta menukarkan mata gerudi.
Sistem pemanduan bagi Stesen Gerudi Automatik ini juga berfungsi untuk menggerakkan alat gerudi dari stesen sementara ke stesen kerja selain menggerakkan alat gerudi dalam dua paksi iaitu paksi X dan Y bagi membolehkan sistem ini menggerudi lubang di atas bahan kerja[8].
(24)
8
(1)
1.3 Penyataan Masalah
Sistem gerudi berpandukan koorinat ini direka sebagai kit pembelajaran bagi memberikan pendedahan awal kepada para pelajar kepada sistem automasi yang digunakan dalam bidang industri pada hari ini. Oleh yang demikian, terdapat beberapa sebab kenapa projek ini dihasilkan. Sistem gerudi yang terdapat di kebanyakan pusat-pusat pendidikan di Malaysia pada hari ini adalah satu sistem gerudi yang ringkas yang menggunakan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu. Sistem gerudi ini hanya mampu digerakkan dalam satu paksi sahaja. Selain itu, sistem ini juga memerlukan khidmat operator untuk beroperasi. Sistem ini juga tidak boleh diprogramkan bagi melakukan sesuatu kerja yang hendak dilakukan. Tambahan pula, pada hari ini kit pembelajaran yang menggabungkan penggunaan komputer dan perkakasan (hardware) adalah amat sukar untuk didapati serta harganya yang mahal.
1.4 Objektif Projek
Antara objektif yang hendak dicapai dalam menghasilkan projek ini adalah: a) Membangunkan sebuah kit pembelajaran bagi membantu proses pengajaran
dan pembelajaran.
b) Membangunkan mesin gerudi yang boleh digerakkan pada paksi X,Y dan Z. c) Menggunakan perisian Visual Basic 6.0 (VB6) untuk menghasilkan
Pengantaramuka Grafik Pengguna (GUI).
d) Menggunakan Pengawal Atucara Logik (PLC) sebagai pengawal kepada proses-proses yang dilakukan oleh perkakasan (hardware).
e) Pengaplikasian soket selari (parallel port) komputer untuk mengawal perkakasan lain.
(2)
Skop adalah sesuatu yang amat penting dalam menghasilkan sesuatu projek. Ini adalah kerana, skop projek menghadkan sesuatu projek itu kepada tahap-tahap tertentu yang perlu dicapai. Oleh yang demikian, skop bagi projek ini adalah:
a) Membangunkan sistem gerudi berpandukan koordinat sebagai kit pembelajaran di pusat pengajian.
b) Sistem gerudi mampu menggerudi pada bahan kerja yang berasaskan kayu. c) Sistem gerudi digerakkan dalam 3 paksi dengan menggunakan stepper motor.
1.6 Jangkaan Hasil
Selepas berakhirnya projek ini, adalah dijangkakan bahawa:
a) Menyiapkan sistem gerudi berpandukan koordinat sebagai kit pembelajaran. b) Mengunakan perisian Visual Basic 6 (VB) atau Visual C++ untuk
menghasilkan Pengantaramuka Grafik Pengguna (GUI).
c) Menghubungkan komputer dengan perkakasan luaran melalui soket selari (parallel port).
d) Mengawal stepper motor untuk menghasilkan sistem gerudi yang boleh digerakkan pada paksi X, Y dan Z.
(3)
BAB II
KAJIAN ILMIAH
Bab ini menerangkan secara ringkas beberapa kajian yang telah dijalankan sepanjang menghasilkan projek ini. Kajian-kajian ini termasuk beberapa projek yang telah dihasilkan yang mempunyai kaitan dengan projek ini serta teori-teori komponen serta peralatan yang digunakan dalam menghasilkan projek ini.
2.1 Kajian Pertama: Gerudi Automatik
Gerudi Automatik adalah alat dan kaedah menggerudi secara automatik beberapa bilangan lubang dalam satu garis lurus dalam jarak yang tertentu sedalam 12 kaki dalam satu operasi yang tidak terganggu di permukaan batuan seperti batu granit. Alat ini terdiri daripada satu kerangka yang menyokong alat gerudi untuk bergerak dalam paksi tegak dan mendatar. Perkakasan mesin gerudi ini mengandungi pengangkut, pemberat serta ruang simpanan yang menyimpan sekurang-kurangnya satu mata gerudi atau satu penyambung.
(4)
pergerakan alat gerudi dari keadaan tegak ke keadaan yang berserenjang dengan permukaan yang hendak digerudi. Komputer itu kemudiannya akan mengaktifkan alat gerudi untuk menggerudi dengan kedalaman tertentu yang telah ditetapkan oleh operator sebelum menyah-aktifkan alat gerudi tersebut. Seterusnya komputer akan mengembalikan kedudukan alat gerudi kepada keadaan asal. Alat gerudi kemudiannya akan digerakkan ke kedudukan seterusnya untuk menggerudi lubang yang berikutnya. Proses penggerudian kemudiannya akan diulang sehingga kesemua lubang yang hendak digerudi siap di gerudi [8].