Penyataan Masalah Objektif Projek Skop Projek

1.3 Penyataan Masalah

Sistem gerudi berpandukan koorinat ini direka sebagai kit pembelajaran bagi memberikan pendedahan awal kepada para pelajar kepada sistem automasi yang digunakan dalam bidang industri pada hari ini. Oleh yang demikian, terdapat beberapa sebab kenapa projek ini dihasilkan. Sistem gerudi yang terdapat di kebanyakan pusat-pusat pendidikan di Malaysia pada hari ini adalah satu sistem gerudi yang ringkas yang menggunakan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu. Sistem gerudi ini hanya mampu digerakkan dalam satu paksi sahaja. Selain itu, sistem ini juga memerlukan khidmat operator untuk beroperasi. Sistem ini juga tidak boleh diprogramkan bagi melakukan sesuatu kerja yang hendak dilakukan. Tambahan pula, pada hari ini kit pembelajaran yang menggabungkan penggunaan komputer dan perkakasan hardware adalah amat sukar untuk didapati serta harganya yang mahal.

1.4 Objektif Projek

Antara objektif yang hendak dicapai dalam menghasilkan projek ini adalah: a Membangunkan sebuah kit pembelajaran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. b Membangunkan mesin gerudi yang boleh digerakkan pada paksi X,Y dan Z. c Menggunakan perisian Visual Basic 6.0 VB6 untuk menghasilkan Pengantaramuka Grafik Pengguna GUI. d Menggunakan Pengawal Atucara Logik PLC sebagai pengawal kepada proses-proses yang dilakukan oleh perkakasan hardware . e Pengaplikasian soket selari parallel port komputer untuk mengawal perkakasan lain.

1.5 Skop Projek

Skop adalah sesuatu yang amat penting dalam menghasilkan sesuatu projek. Ini adalah kerana, skop projek menghadkan sesuatu projek itu kepada tahap- tahap tertentu yang perlu dicapai. Oleh yang demikian, skop bagi projek ini adalah: a Membangunkan sistem gerudi berpandukan koordinat sebagai kit pembelajaran di pusat pengajian. b Sistem gerudi mampu menggerudi pada bahan kerja yang berasaskan kayu. c Sistem gerudi digerakkan dalam 3 paksi dengan menggunakan stepper motor .

1.6 Jangkaan Hasil