Menganalisis Dan Membangunkan Penggalak Isyarat FM (Analyze And Build A FM Signal Booster).

v

ABSTRAK

Projek ini adalah untuk menjalankan analisis dan membangunkan litar penggalak
untuk isyarat FM tempatan dengan meningkatkan isyarat yang bebas daripada hingar. Ia
bertujuan untuk memperbaiki kualiti penerimaan isyarat FM terutamanya di tempat atau
bilik yang tertutup rapat atau terlindung. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberikan
pelajar lebih kefahaman tentang konsep penghantaran dan penerimaan isyarat FM
Projek ini juga akan menambahkan pengetahuan pelajar tentang dua litar utama yang
diakan direkabentuk dalam projek ini iaitu litar penguat dan litar penapis. Litar penapis
yang akan direkabentuk bertujuan untuk meningkatkan kuasa isyarat sebelum proses
penapisan dan selepas penapisan. Manakala litar penapis pula berfungsi untuk menapis
hingar dan menetapkan lebar jalur bagi isyarat keluaran. Apabila projek ini selesai
dilaksanakan, ia boleh diperbaiki dan ditingkatkan untuk penggunaan frekuensi yang
lebih tinggi seperti didalam sistem komunikasi.