TERMA DAN SYARAT UNTUK PERADUAN FOTO DAN VIDEO NBOS SOSIAL MEDIA KEMPEN SayangMalaysia
1. UMUM
1.1. Peraduan Foto dan Video ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia beralamat No 2, Menara 1, Jalan P5 6 Presint 5, 62200 Putrajaya, Malaysia.
1.2. Tiada yuran penyertaan dan tiada pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan ini.
2. KELAYAKAN
2.1. Peraduan Foto dan Video ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan
warganegara Malaysia.
2.2. Peserta mesti menjadi peminat fan di laman Facebook atau Instagram Rasmi Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk melayakkan diri untuk pertandingan ini.
3. HADIAH
3.1. Hadiah Pertama
3.2. Hadiah Kedua
3.3. Hadiah Ketiga
3.4. 5 Hadiah Saguhati
4. TEMPOH PENYERTAAN
4.1. Peraduan Foto dan Video ini bermula pada 1 Jan, 2017 dan berakhir pada 31 Disember, 2017
Tempoh Penyertaan.
4.2. Penyertaan sebelum atau selepas Tempoh Penyertaan tidak akan dipertimbangkan.
4.3. Penyertaan yang dikemukakan mestilah relevan dengan sub tema kempen dan perlu dihantar
dalam tempoh penyertaan yang ditetapkan seperti berikut : 4.3.1.
MyCuisine 4.3.1.1.
Penjelasan Tema : Memberi peluang kepada peserta memaparkan keunikan dan kepelbagaian jenis makanan dan minuman yang menjadi tarikan dan warisan
kaum-kaum di Malaysia.
4.3.1.2.
Tempoh Penyertaan : Januari 1, 2017 – Februari 28, 2017
4.3.2. MyDestination
4.3.2.1.
Penjelasan Tema : Memberikan peluang kepada peserta untuk memaparkan pengalaman bercuti menerokai lokasi-lokasi tempat-tempat percutian yang
menarik atau lokasi yang kurang diketahui umum.
4.3.2.2. Tempoh Penyertaan : March 1, 2017
– April 30, 2017
4.3.3. MyCulture
4.3.3.1. Penjelasan Tema : Memberi peluang kepada peserta berkongsi pengalaman
mengenali dengan lebih dekat budaya dan warisan kaum seperti tarian, nyanyian, adat dan upacara yang menjadi budaya hidup rakyat Malaysia.
4.3.3.2.
Tempoh Penyertaan : May 1, 2017 – June 30, 2017
4.3.4. MySports
4.3.4.1.
Penjelasan Tema : Memberi peluang kepada peserta memaparkan pengalaman menarik menyaksikan acara-acara atau kejohanan sukan bertaraf dunia yang
dianjurkan di Malaysia misalnya Formula One, Kejohanan Tenis, Golf, Badminton, Sukan SEA dan sebagainya.
4.3.4.2. Tempoh Penyertaan : July 1, 2017
– August 31, 2017
4.3.5. MyEvents
4.3.5.1. Penjelasan Tema : Memberi peluang kepada peserta memaparkan pengalaman
menarik dan dapat menimbulkan semangat patriotisme ketika menyaksikan acara-acara berskala kecil dan besar yang dianjurkan di Malaysia seperti sambutan
Hari Kebangsaan Negara, konsert, seminar, persidangan, pertandingan dan sebagainya.
4.3.5.2. Tempoh Penyertaan : September 1, 2017
– Oktober 31, 2017
4.3.6. MyFamilyFun
4.3.6.1.
Penjelasan Tema : Memberi peluang kepada peserta memaparkan pengalaman menarik dan indah ketika bercuti bersama-sama keluarga di taman-taman tema,
pusat-pusat hiburan keluarga, pusat rekreasi atau melakukan aktiviti di pantai, air terjun, mendaki gunung dan sebagainya.
4.3.6.2.
Tempoh Penyertaan : November 1, 2017 – December 31, 2017
5. CARA PENYERTAAN