4.3.6. MyFamilyFun
4.3.6.1.
Penjelasan Tema : Memberi peluang kepada peserta memaparkan pengalaman menarik dan indah ketika bercuti bersama-sama keluarga di taman-taman tema,
pusat-pusat hiburan keluarga, pusat rekreasi atau melakukan aktiviti di pantai, air terjun, mendaki gunung dan sebagainya.
4.3.6.2.
Tempoh Penyertaan : November 1, 2017 – December 31, 2017
5. CARA PENYERTAAN
5.1. Peserta hendaklah memuatnaik fotografi atau video pendek 30 hingga 60 saat sebelum tarikh
tutup penyertaan di Instagram atau Facebook dengan hashtag SayangMalaysia
berserta hashtag mengikut Sub Tema Kempen.
5.2. Setiap penyertaan mestilah dimuat naik ke Instagram atau Facebook dan perlu mematuhi
terma dan syarat-syarat penggunaan laman sosial Instagram atau Facebook.
5.3. Sebarang penyertaan yang tidak berjaya dimuat naik tidak akan dipertimbangkan.
5.4. Hanya satu penyertaan daripada setiap peserta akan dipertimbangkan. Pelbagai penyertaan
daripada peserta yang sama akan dibatalkan.
5.5. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat
peraduan ini.
5.6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang penyertaan yang tidak diterima bagi
apa-apa sebab.
6. PERATURAN PENYERTAAN
6.1. Penyertaan-Penyertaan berikut tidak akan dipertimbangkan:
6.1.1. Sebarang penyertaan yang menyalahgunakan atau melanggar hak-hak orang lain,
termasuk hak cipta. 6.1.2.
Sebarang penyertaan yang mengandungi unsur lucah, keganasan, sentimen perkauman, kandungan yang tidak sesuai atau bermotifkan politik atau lain-lain.
6.1.3. Sebarang penyertaan yang melibatkan gangguan yang disengajakan kepada hidupan liar,
atau kerosakan kepada alam sekitar.
6.1.4. Sebarang penyertaan yang meletakkan mana-mana individu atau haiwan dalam bahaya.
6.1.5. Sebarang penyertaan serupa atau sama dengan penyertaan peserta lain.
7. PEMILIHAN PEMENANG
7.1. Penyertaan akan dinilai berdasarkan keaslian, kualiti dan relevan dengan sub tema kempen.
7.2. Penjurian akan dilaksanakan oleh panel juri yang dipilih oleh Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia mengikut budi bicara mutlaknya.
7.3. Panel juri yang dilantik akan menilai semua penyertaan yang sah dan akan memilih pemenang.
Keputusan panel juri adalah muktamad.
7.4. Penjurian adalah 70 berdasarkan pengundian likes dan 30 berdasarkan pemarkahan
Panel Juri yang dilantik oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
8. MAKLUMAN KEPADA PEMENANG